Anda di halaman 1dari 4

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW

MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JELI


2019

PERATURAN DAN BORANG PERTANDINGAN


SYARAT-SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MSSD JELI 2019

1. Pendaftaran

1.1 Setiap sekolah menengah dikehendaki/dibenarkan mendaftarkan maksimum 3 Regu manakala


sekolah rendah maksimum 2 regu.
1.2 Setiap regu boleh menyenaraikan minimum 3 orang pemain dan maksimum 4 orang pemain
termasuk pemain simpanan.
1.3 Setiap pasukan/regu dikehendaki melampirkan salinan surat beranak @ Kad Pengenalan yang telah
disahkan berserta borang maklumat M01 dan R01 dengan selengkapnya dan diserahkan kepada
urusetia semasa hari pendaftaran pertandingan. Borang M01 dan R01 juga boleh dimuat turun dalam
email mssdjeli@yahoo.com ( kata laluan : tekniksukan ).

2. Bayaran Pengurusan

Setiap regu dikenakan bayaran pengurusan sebanyak RM 40.00 (Empat puluh sahaja) bagi satu regu.

3. Pengurusan.

Jawatankuasa Pengelola yang dibentuk adalah bertanggungjawab sepenuhnya di atas pengurusan


pertandingan. Jawatankuasa ini juga bertindak membuat keputusan yang difikirkan perlu bagi
melicinkan perjalanan pertandingan.

4. Waktu Pertandingan.

Tarikh : 11 Februari 2019 (Isnin) - Bawah 18 Tahun

: 12 Februari 2019 (Selasa) - Bawah 15 Tahun

: 13 Februari 2019 (Rabu) - Bawah 12 Tahun

Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang .

Tempat : Gelanggang Sepak Takraw SK Sungai Rual.

5. Peraturan Pertandingan.

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar lelaki sekolah rendah dan menengah diseluruh
daerah jeli yang berumur 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun ke bawah.
5.2 Setiap regu dikehendaki memakai jersey bernombor dengan jelas dan memakai lilitan kapten
untuk ketua regu.
5.3 Selain dari peraturan yang terkandung, kejohanan ini juga dijalankan mengikut Undang-Undang
PSM / ASTAF/ ISTAF yang terbaru..
5.4 Semua keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

6. Sistem pertandingan.

6.1 Pertandingan ini dijalankan secara LIGA dan KALAH SINGKIR pada peringkat seterusnya.
6.2 Pembahagian kumpulan dan kedudukan satu-satu regu akan ditentukan melalui undian oleh
Jawatankuasa Pengelola.
6.3. Sistem kiraan mata untuk pertandingan ini ialah 21 mata (dua set). Set penentuan atau tie-break
akan dijalankan sekiranya kedudukan set terikat 1-1, menggunakan kiraan 15 mata sahaja.
Sekiranya kedudukan mata seri 20-20 dalam sesuatu set, tambahan 2 mata akan digunakan
untuk menentukan pemenang sehingga mata 25. Sekiranya kedudukan mata seri 14-14 dalam
set penentuan, tambahan 2 mata akan digunakan untuk menentukan pemenang sehingga mata
17.
6.4. Tekong regu yang memulakan permainan akan melakukan servis 3 kali berturut-turut walaupun
gagal mendapatkan mata dan akan bergilir-gilir dengan regu lawan selepas itu.
6.5. Regu sesebuah pasukan akan dikira menang jika memperolehi keputusan 2-0, dan sekiranya seri
1-1, set penentuan akan dijalankan untuk mencari pemenang mutlak
6.6. Kategori bawah 12 tahun, pemain dilarang bermain 1 sentuhan terus, hanya 2 dan 3 sentuhan
dikira mata. Sekiranya berlaku 1 sentuhan dan melepasi jaring, akan dikira BATAL dan mata
akan diberikan kepada pihak lawan.

7. Pengadil / Penjaga Garisan.

Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil-pengadil yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.
Keputusan pengadil / penjaga garisan adalah MUKTAMAD.

8. Tangungan.

Segala perbelanjaan adalah ditanggung oleh pasukan / regu masing-masing. Sebarang kecederaan/
keselamatan pemain sebelum, semasa atau selepas pertandingan adalah tanggungjawab pasukan/
regu yang bertanding.

9. Bantahan / Rayuan / Penangguhan.

9.1 Semua bantahan/rayuan hendaklah dikemukakan oleh pengurus pasukan dengan menulis surat
kepada juri rayuan dalam tempoh tidak lebih dari 30 minit selepas perlawanan tersebut tamat.
9.2 Tiap-tiap bantahan / rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai RM 200.00. Wang ini akan
luput sekiranya bantahan itu tidak wajar dan tidak berasas.
9.3 Setiap permainan yang tergendala atau ditangguhkan melibatkan ke hari yang berikutnya akan
dimulakan dengan pusingan pertama dengan kiraan mata (0 – 0 ).
9.4 Pasukan yang gagal hadir 15 minit selepas pengumuman perlawanan tanpa sebarang alasan
munasabah akan dikira kalah. Kemenangan 2-0 (21-0, 21-0) akan diberikan kepada pihak lawan.

10. Juri Rayuan.

Juri rayuan akan bersidang dalam masa 30 MINIT setelah menerima bantahan dan menyampaikan
keputusan mesyuarat kepada jawatankuasa pengelola untuk diumumkan.

11. Am.

Sebarang kelakuan buruk ke arah seseorang pegawai kejohanan atau pengadil diluar daripada
gelanggang perlawanan adalah dianggap sebagai satu kesalahan yang dilakukan dalam gelanggang.
KEJOHANAN SEPAKTAKRAW
MSSD JELI
2019

SENARAI REGU

KATEGORI : B12 B15 B18 * Tanda ‘ / ‘ pada yang berkenaan

PASUKAN :

REGU : A B * Tanda ‘ / ‘ pada yang berkenaan

NO
POSISI NAMA NO MYKAD
JERSI

TEKONG

APIT KANAN

APIT KIRI

GANTIAN

NOTA :
1. Borang ini mestilah diserahkan semasa pendaftaran pasukan dilakukan sebelum jadual
perlawanan pertama dijalankan.
2. Tulis (K) di hujung nama ketua regu.
3. Pertukaran pemain gantian - Pengurus / Jurulatih hendaklah memaklumkan kepada pengadil
perlawanan.
4. Ketua regu hendaklah memakai ARM BAND.
5. Jersi perlulah SERAGAM dan BERNOMBOR seperti didaftarkan.

Tandatangan pengurus pasukan, Pengesahan Guru Besar/Pengetua,

__________________________ .......................................................
Nama : Cop Sekolah :
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai