Anda di halaman 1dari 3

SINOPSIS BUKU

1. HOW TO TALK SO KIDS WILL LISTEN

Memiliki anak-anak yang comel memang satu anugerah. Namun mendidik mereka
bukan calang-calang cabarannya. Tambahan pula apabila anak-anak sudah mula petah
bercakap dan sudah bijak berfikir. Sekiranya ibu bapa tersalah langkah dalam mendidik
anak-anak, pendekatan negatif seperti menghukum, memukul, menengking, dan
sebagainya akan dianggap sebagai pendekatan yang efektif.

Menerusi buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa
Melayu ini, ibu bapa akan lebih memahami kaedah yang betul tentang cara mendidik
dan mendisiplinkan anak seperti :

1. Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka


2. Mewujudkan Kerjasama
3. Alternatif Selain Hukuman
4. Galakan Berdikari
5. Pujian
6. Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan
7. Menggabungkan Semuanya Bersama

Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan
kehidupan mereka, ambil masa dan sentiasa berikan usaha terbaik dalam mendidik
supaya mereka tidak membesar dengan sia-sia.

ISBN: 978-967-411-412-1
Muka Surat: 414
Saiz: 6" x 9"
Tarikh Terbit: 14 Feb 2017
Keluarga, Keibubapaan
Imprint: PTS Publishing House

PENGARANG: Adele faber, Elaine Mazlish


365 TIPS DIDIK ANAK REMAJA GAYA RASULULLAH

Seronok sangat apabila dapat geng dalam kalangan remaja.

Anak-anak kita apabila sudah menginjak ke usia remaja

memang boleh diharap sangat kerana idea mereka sentiasa

segar, berani mencuba, dan mereka menjadi harapan umat. Tetapi

apabila tidak kena cara, boleh demam kita menguruskan anak

remaja kita yang degil, bertindak sesuka hati, pentingkan kawan,

dan selalu melawan!

Buku kompilasi 365 Tip Didik Anak Remaja Gaya Rasulullah

adalah hasil daripada pengalaman yang diadun dengan matlamat

keremajaan dan disokong oleh dalil-dalil yang berkaitan.

Terdapat lapan bahagian dalam buku ini iaitu:

1)Mengenali Fitrah Remaja

2)Membentuk Keperibadian Anak-Anak

3)Pengurusan Akil Baligh dan Batasan Aurat

4)Komunikasi Berkesan antara Anak Remaja dan Ibu Bapa

5)Melakar Kecemerlangan Masa Hadapan

6)Mengurus Cinta Remaja

7)Membentuk Emosi Remaja

8)Bonus! 60 Tip Mengurus Penyakit Remaja

365 Tip Didik Anak Remaja Gaya


Rasulullah
oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

RM 22.00 / RM 25.00Sabah/Sarawak
VERSI CETAK

Beli Online

ISBN: 978-967-481-398-7
Muka Surat: 0
Saiz: 6" x 9"
Tarikh Terbit: 22 Jan 2020
Bantu Diri, Bukan Fiksyen, Bukan Fiksyen Umum, Isu
Semasa, Islam, Keluarga, Keibubapaan, Keluarga Umum, Perkahwinan, Wanita
Imprint: PTS Publishing House

HIJAB SANG PENCINTA

Dengan Hijab Sang Pencinta ini, maka terjawablah pengakhiran kisah hidup di antara Laksamana Sunan
(Saifudin) dan Haryani yang berlainan zaman. Pengakhiran yang agak menyedihkan tetapi tidak mengecewakan!
Itu sudah semestinya bagi kebanyakkan karangan Ramlee Awang Mursyid.
Watak Laksamana Sunan masih tidak berubah dengan sikap dan sifatnya yang bertaqwa, istiqamah, bersabar
dan berani. Namun dia sebagai manusia biasa masih tidak dapat lari dari fitrah seorang manusia yang amat
merindui mereka yang tersayang. Dia terkenal dengan gelaran ‘lelaki berduka dari Tanah Rencong’.
Bagi kronologi kali ini agak tidak terlalu berat berbanding Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Hijab Sang
Pencinta terbahagi kepada dua zaman yang berbeza di mana kisahnya tidak dicampuradukkan di dalam satu
masa. Pada awal penceritaan, menceritakan tentang perjalanan Laksamana Sunan untuk pulang ke tanah
kelahirannya, Kampung Punggor. Sepanjang perjalanan, dia diduga dengan berdepan musuh-musuh ALLAH
yang ingin membalas dendam terhadap dirinya. Dugaannya kepadanya masih berterusan apabila tiba di
kampungnya dengan kehilangan orang yang tersayang dan dendam dari mereka yang benci terhadapnya
termasuk sultan Melaka. Namun akhirnya dia ‘dicampak’ ke abad 21 yang akhirnya bertemu dengan Haryani.

503 MS

Anda mungkin juga menyukai