Anda di halaman 1dari 7

“ZAKAT FITRAH PENGIKAT KASIH INSANI”

(8 JUN 2018 / 23 RAMADAN 1439)

‫﴿ﮫﮪﮩﮨﮧﮦﮥﮤﮣﮢﮡ‬
﴾‫ﯙﯘﯗﯖﯕﯔﯓﮱﮰﮯﮮﮭﮪ‬

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang
jemaah sekalian, marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan
segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita
menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta berbahagia di dunia dan di
akhirat. Bersempena bulan yang penuh keberkatan ini mimbar akan membicarakan
khutbah bertajuk: “ Zakat Fitrah Pengikat Kasih Insani ”.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang difardhukan kepada
umat Islam sejak disyariatkan pada tahun kedua hijrah, iaitu tahun yang sama
difardhukan ibadah puasa Ramadan. Ia merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan
bertujuan untuk membersih dan menyucikan jiwa. Ibnu Abbas Radhiallahu ‘Anhuma
meriwayatkan sebuah hadis berkenaan zakat fitrah dengan katanya:

1
.

Mafhumnya: “Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya


dapat membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan
perkataan keji dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang
menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang
diterima, dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia
adalah sedeqah seperti sedeqah-sedeqah yang lain.”
(Riwayat Imam Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Daripada hadis di atas dapat diambil pengajaran bahawa zakat fitrah yang
dilaksanakan bukan sekadar memenuhi kewajipan individu terhadap tuntutan agama,
bahkan membina jaringan kemanusiaan dengan menyalurkannya kepada asnaf yang
berhak menerimanya.

Islam telah dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW membawa
Rahmatan lil ‘Alamin (‫ )ةمحر نيمالعلل‬- rahmat kepada sekalian alam. Ia menerapkan
perasaan kasih sayang, bertimbang rasa dan perihatin kepada setiap makhluknya.
Atas dasar inilah Islam mewajibkan pelaksanaan zakat fitrah yang merangkumi
semua umat Islam tanpa mengira umur, jantina dan latar belakang ekonomi. Antara
hikmahnya ialah supaya setiap umat Islam berpeluang untuk berkongsi rezeki dengan
golongan susah dan menghadapi kesukaran hidup sebagai tanda kasih sayang dan
perihatin dengan nasib mereka.

Zakat juga berperanan mewujudkan kemakmuran rakyat dan pengagihan


kekayaan dalam kalangan manusia. Zakat akan menyuburkan akhlak yang mulia iaitu
kepedulian terhadap nasib kehidupan orang lain yang serba kekurangan,
menghilangkan rasa kikir dan egoisme. Zakat berfungsi secara sosial untuk
2
mensejahterakan kelompok asnaf terutama golongan fakir miskin ke arah kehidupan
yang lebih baik dan sejahtera. Zakat merupakan salah satu instrumen bagi
menyamaratakan pendapatan. Apabila zakat diurus dengan baik menumbuhkan
ekonomi sekali gus agihan kekayaan secara adil dalam kalangan masyarakat apabila
yang kaya mengeluarkan zakat dan membantu fakir miskin untuk akhirnya keluar
daripada belenggu kemiskinan. Benarlah firman Allah SWT dalam surah al-Taubah
ayat 103.

﴾‫﴿ﮫﮪﮩﮨﮧﮦﮥﮤﮣﮢﮡﮠﮟﮞﮝﮜﮛﮚ‬

Ertinya: “Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu
membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya
doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah maha mendengar
lagi maha mengetahui”.

Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada


penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial
masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Di negara kita, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri telah mengambil peranan
dalam menentukan kadar zakat fitrah berdasarkan nilaian makanan asas di sesebuah
negeri. Oleh itu setiap individu muslim wajib mengeluarkan zakat fitrah ini
berpandukan keputusan yang telah ditetapkan. Setelah kita mengetahui kefardhuan
dan kelebihan berzakat, mimbar menyeru sidang Jumaat sekelian agar marilah sama-
sama kita bersegera melaksanakan pembayaran lebih awal dan jangan menunggu di
saat-saat akhir. Pihak Majlis Agama Islam Negeri-Negeri telah mengambil langkah
proaktif dengan melantik amil-amil yang ditugaskan di kaunter-kaunter di masjid,
surau, pusat membeli belah, bazar Ramadan dan lokasi-lokasi yang difikirkan
strategik. Malah kita juga diberikan pilihan untuk melaksanakan bayaran zakat

3
melalui atas talian dan tiada halangan juga kita mewakilkan kepada pihak lain untuk
membayarnya.

Sekiranya pembayaran bil-bil bulanan kita boleh dilaksanakan secara


elektronik, kenapa tidak untuk pelaksanaan zakat fitrah. Oleh itu, di zaman siber ini kita
tiada lagi alasan untuk mengatakan tiada kesempatan atau lupa membayar
sedangkan kempen dan peringatan sentiasa diberikan sama ada melalui media cetak,
media elektronik, media sosial dan ketika kita hadir menunaikan solat fardhu Jumaat
melalui pendekatan tradisi iaitu pengumuman Jumaat.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Di kesempatan ini juga, khatib turut berpesan agar sidang Jumaat sentiasa
mengutamakan keselamatan sempena musim perayaan kelak. Pihak Polis DiRaja
Malaysia telah pun berusaha mencegah pecah rumah serta meminimumkan
kemalangan jalan raya melalui OP Selamat 13 dengan tema “Rumah Selamat,
Selamat Sampai ke Destinasi”. Kita juga perlu memainkan peranan bagi
menghargai nyawa anugerah Allah SWT dengan mengelak diri daripada melakukan
perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan memudharatkan kehidupan.
Beradab dan bersopanlah ketika berada di jalan raya dengan mematuhi undang-
undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sentiasa
memohon perlindungan daripada Allah SWT ketika hendak meninggalkan rumah dan
memulakan perjalanan.

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI,


Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar menyeru sidang Jumaat
sekelian untuk sama-sama kita merenung dan menghayati intipati tajuk khutbah iaitu :
Pertama: Zakat Fitrah merupakan zakat yang wajib dikeluarkan oleh individu
muslim tanpa mengira umur dan jantina.

4
Kedua: Zakat Fitrah dapat menjalinkan hubungan kasih insani antara golongan
berkemampuan dan golongan asnaf.
Ketiga: Pelaksanaan zakat boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah
seiring dengan kemajuan teknologi.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 43 :

‫ﭻﭺﭹﭸﭷ‬
﴾‫﴿ﮡﮠﮟﮞﮝﮜﮛ‬
Ertinya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan
rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk”.

5
KHUTBAH KEDUA

6
Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara kami ini
dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan. Tanamkanlah
rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami. Semoga dengannya
kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai