Anda di halaman 1dari 15

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KETIDAKHADIRAN DI

KALANGAN PELAJAR MODULAR SIJIL SERVIS KENDERAAN


RINGAN KOLEJ KOMUNITI LEDANG
Nor Azida Binti Mansor, Siti Hasanah Binti Ahmad Shah, Hanimarlia Binti Hassan
azida@kklej.edu.my, hasanah@kklej.edu.my, hanihassan@kklej.edu.my
Kolej Komuniti Ledang Johor

ABSTRAK

Gejala ketidakhadiran menyebabkan generasi hari ini akan hilang jati diri, tidak terdidik mental,
gangguan emosi, lemah jasmani, lemah rohani dan ketandusan ilmu akan menyebabkan mereka
mudah terjebak dalam kegiatan yang negatif. Peranan utama Kolej Komuniti adalah untuk
melatih pelajar supaya lebih berfikiran matang dalam menghadapi permasalahan, nilai budi dan
jati diri yang unggul bagi melayari kehidupan sebagai bakal pekerja dan individu yang seimbang
rohani, jasmani, intelek dan sahsiah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor sikap
pelajar, faktor keluarga, faktor prasarana, faktor pensyarah dan faktor rakan sekelas yang
mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan dan
mengenalpasti faktor dominan yang mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan pelajar modular
Sijil Servis Kenderaan Ringan. Ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 30 orang
responden yang tidak termasuk dalam sampel kajian dan Alpha Cronbach yang diperoleh ialah
0.752. Kajian berbentuk tinjauan diskriptif ini mengambil pelajar modular Sijil Servis Kenderaan
Ringan Kolej Komuniti Ledang sebagai sampel kajian. Seramai 39 orang pelajar diambil sebagai
responden kajian yang terdiri daripada keseluruhan populasi pelajar modular Sijil Servis
Kenderaan Ringan. Data yang dikumpulkan dianalisa dengan menggunakan SPSS Version 20.0
(Statiscal Package For Social Science) dan dijelaskan dalam bentuk skor min. Keseluruhan item
soal selidik yang dibangunkan menjadi instrumen kajian serta menggunakan skala likert 4 mata.
Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor prasarana kolej merupakan faktor dominan yang
mempengaruhi ketidakhadiran kalangan pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan KKLJ.
Namun penyelidik mendapati item “Keluarga saya berkemampuan menyara saya untuk belajar”
menunjukkan min terendah iaitu 2.31. Oleh itu, pihak pengurusan boleh mempertingkatkan
prasarana kolej agar lebih menarik dan kondusif. Peningkatan kadar Elaun Wang Saku juga
boleh dinaikkan agar dapat mengurangkan beban kewangan keluarga untuk menyara
pembelajaran pelajar di Kolej Komuniti Ledang.

Kata kunci : ketidakhadiran, pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan

1.0 PENGENALAN

Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran, Kamus
Dewan (2005). Secara umum ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang
munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Walaupun begitu ada yang tidak
hadir tetapi dalam pengetahuan ibu bapa. Ponteng juga sering dikaitkan dengan isu yang
menampilkan pelajar yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah. Ponteng sekolah adalah sejenis
penyakit lama yang telah berakar umbi semenjak masyarakat kita mengenal alam persekolahan.

Menurut Rasidah (2004), ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke
sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Masa yang sepatutnya diisikan
dengan menimba ilmu pengetahuan di bangku sekolah sebaliknya dihabiskan dengan melakukan
aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di komplek membeli belah atau pusat rekreasi dan
pusat hiburan.

Menurut Buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Pengajian Kolej Komuniti, pelajar wajib
menghadiri setiap sesi Pembelajaran dan Pengajaran tidak kurang dari 80% daripada jumlah jam
pertemuan bagi setiap kursus. Ketidakhadiran bersebab dikategorikan kepada ketidakhadiran
yang dirancang (contohnya menghadiri aktiviti kolej) dan ketidakhadiran yang tidak dirancang
(contohnya kematian ahli keluarga terdekat). Bagi ketidakhadiran yang dirancang, pelajar
hendaklah mengisi Borang Permohonan Cuti Pelajar dengan mendapatkan perakuan dari Ketua
Jabatan dan Kejuruteraan (KJKK) dan mengemukakan dokumen sokongan kepada pensyarah
kursus berkenaan untuk kelulusan tidak lewat daripada tiga (3) hari sebelum tarikh
ketidakhadiran tersebut. Bagi ketidakhadiran yang tidak dirancang, pelajar hendaklah mengisi
Borang Permohonan Cuti Pelajar dengan mengemukakan dokumen sokongan kepada pensyarah
kursus tidak lewat daripada tiga (3) hari selepas tarikh ketidakhadiran tersebut untuk kelulusan.
Tempoh maksimum bagi ketidakhadiran bersebab adalah lima (5) hari sepanjang semester /
modular. Sijil cuti sakit / surat kebenaran cuti dan lain-lain dokumen sokongan yang
membenarkan ketidakhadiran pelajar tidak diambil kira dalam pengiraan peratus kehadiran
pelajar. Sekiranya pelajar tidak mengemukakan Borang Permohonan Cuti Pelajar bersama
dokumen sokongan cuti kepada pensyarah kursus, pelajar dianggap tidak hadir.

Menurut Manual Prosedur Pelaksanaan Pembiayaan Elaun Wang Saku (EWS) Pelajar Sijil
Modular Kebangsaan (SMK) Kolej Komuniti, antara syarat pembiayaan EWS adalah peratus
kehadiran bulanan pelajar mencapai 80% dan ke atas. Sekiranya kehadiran pelajar kurang 80%
daripada jumlah jam pertemuan setiap kursus ia akan memberi impak kepada pengurusan di
Kolej Komuniti Ledang. Bagi Unit Biasiswa, pembayaran elaun wang saku sebanyak RM 250
bagi bulan tersebut ditahan, Unit Peperiksaan akan menahan pelajar daripada menduduki
penilaian akhir kursus tersebut dan menyebabkan penolakan markah demerit pelajar seterusnya
melibatkan masalah disiplin pelajar.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Teori Pembelajaran

Dalam kajian ini penyelidik memilih teori pembelajaran sosial oleh Albert Bandura (1973),
sebagai model kajian kerana teori ini melihat masalah ponteng sebagai tingkah laku yang
dipelajari dan bukannya satu tingkah laku yang wujud secara semula jadi dalam diri individu.
Oleh itu pendekatan teori pembelajaran sosial adalah sesuai pada pandangan penyelidik untuk
melihat dan menganalisis masalah ponteng di kalangan pelajar modular Servis Kenderaan
Ringan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tingkah laku pelajar remaja, iaitu
kelakuan pelajar itu sendiri, pengaruh persekitaran dan interaksi kognitif. Jika dikaitkan dengan
teori pembelajaran sosial, apa yang dilakukan oleh anak-anak merupakan hasil dari pemerhatian
dan peniruan daripada ibu bapanya. Penyelidik juga memilih teori ini kerana dalam teori
pembelajaran sosial menekankan aspek interaksi antara manusia dan sekitaran.

Kajian ini menggunakan soal selidik yang disediakan oleh pengkaji sendiri yang
melibatkan 5 komponen utama kajian. Rangka Kerja Teori Kajian ini seperti yang digambarkan
dalam rajah 1. Faktor Ketidakhadiran

Sikap pelajar Prasarana Kolej Pensyarah Rakan Sekelas Keluarga

Sampel

Alat Kajian

Jika Alpha kurang dari Ujian Rintis Jika Alpha 0.7 ke atas,
0.7, baiki item bagi edarkan kepada
factor berkenaan sampel sebenar

Analisa Data
Rajah 1 : Rangka Kerja Teori Kajian

Punca Sikap Pelajar


Duke (1980), menyatakan bahawa tiap-tiap individu bertanggungjawab di atas perlakuannya
sendiri. Tan Kui Ngor (2006), menegaskan individu yang mempunyai kemahuan tinggi untuk
kejayaan adalah lebih berkesanggupan (bermotivasi) dalam menghadapi kerja-kerja bercorak
cabaran yang boleh menguji keupayaannya. Tetapi bagi pelajar-pelajar yang gemar ponteng
sekolah adalah sebaliknya. Mereka tidak mempunyai kemahuan yang tinggi untuk berjaya kerana
mereka tidak yakin pada diri mereka yang mereka boleh berjaya seperti orang lain sekiranya
mereka berusaha bersungguh-sungguh.

Punca Hubungan Keluarga


Kajian oleh Sham Sani Salleh (1994) menyatakan bahawa tingkah laku devian dan anti sosial
seperti ponteng sekolah turut dikaitkan dengan tingkah laku dan struktur keluarga itu sendiri. Hal
ini disahkan oleh Ismail Daros (1981), melalui dapatan kajiannya menunjukkan bahawa terdapat
enam elemen berlakunya ponteng sekolah. Di antaranya ialah faktor keluarga. Menurutnya,
kelemahan sosialisasi dalam keluarga dan tiada galakan daripada ibu bapa menyebabkan pelajar-
pelajar tidak mempunyai semangat untuk belajar dan berasa bosan terhadap sekolah.

Punca Rakan Sebaya


Kajian Wan Norasiah (2003) mendapati bahawa pengaruh rakan sebaya adalah juga antara faktor
gejala sosial pelajar. Beliau menjelaskan ajakan dan pujukan rakan untuk melakukan gejala
sosial menyebabkan pelajar terjebak dalam salah laku seperti ponteng sekolah dan gangsterisme.
Ini kerana rakan sebaya adalah individu yang paling hampir dengan remaja selepas keluarga.

Punca Sikap Pensyarah


Di dalam kajian yang dilakukan oleh Abd. Karim Desa (1994), beliau menyatakan bahawa guru
mempunyai peranan yang penting dalam menarik minat pelajar dengan cara mempelbagaikan
kaedah pengajaran. Di dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa pelajar tidak akan ponteng
kelas kerana guru mempelbagaikan kaedah semasa mengajar iatu dengan peratusan sekitar 90%.
Ini membuktikan bahawa guru berperanan besar dalam menangani masalah ponteng di kalangan
anak didiknya. Menurut pendapat Smink dan Reimer (2005), isi mata pelajaran yang tidak
berkaitan atau kurang rangsangan, kerja sekolah yang kurang mencabar dan hubungan yang
rapuh antara guru dan pelajar merupakan faktor yang berkait rapat dengan jumlah kehadiran.
Situasi ini perlu di ubah oleh guru dalam menarik minat pelajar untuk menghadirkan diri ke
sekolah atau belajar. Menurut Olweus (1978), guru yang memalukan pelajar, menyindir, dan
mengejek, adalah faktor utama pelajar ponteng. Kesan perbuatan ini menyebabkan pelajar
kurang keyakinan diri dan hilang rasa hormat kepada guru mereka.

Punca Prasarana Kolej


Menurut Azizah (2002), pembinaan fizikal dan alam sekitar sekolah yang menarik dan kondusif,
boleh membantu kehadiran pelajar ke sekolah. Untuk tujuan itu, pembangunan terhadap
kemudahan-kemudahan sekolah yang berhubung kait dengan kepentingan pendidikan dan
perkembangannya perlu dilaksanakan dengan sedaya upaya bagi mengatasi masalah ponteng.
Selain itu, faktor sekolah juga menjadi salah satu penyebab kepada permasalahan ponteng dan
mengganggu suasana pembelajaran. Menurut Kerlinger (1986), telah terbukti bahawa
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui kegiatan latihan amali di makmal dan
bengkel tidak akan diperolehi sekiranya kemudahan dan kelengkapannya tidak mencukupi atau
terlalu usang, kekurangan guru dan penyelia juga penyumbang kepada ketidak keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah kelas.

Menurut Manual Prosedur Pelaksanaan Pembiayaan Elaun Wang Saku (EWS) Pelajar Sijil
Modular Kebangsaan (SMK) Kolej Komuniti, antara syarat pembiayaan EWS adalah peratus
kehadiran bulanan pelajar mencapai 80% dan ke atas. Daripada data Laporan Perbelanjaan
Elaun Wang Saku Pelajar Program Sijil Modular Kebangsaan Tahun 2013 lebihan
sebanyak RM 9750.00 telah dipulangkan pada hujung tahun. Lebihan ini berpunca daripada
tahanan pembayaran EWS kepada pelajar tertentu di mana peratus kehadiran bulanan pelajar
kurang 80% jumlah jam pertemuan setiap kursus.

Berdasarkan analisis Jadual Pembayaran Pelajar Modular Kolej Komuniti Ledang Bagi
Bayaran Wang Saku Tahun 2013 (Rujuk Jadual 1) menunjukkan pelajar Servis Kenderaan
Ringan seringkali ditahan daripada menerima EWS. Penahanan EWS ini berpunca daripada
peratus kehadiran modular Sijil Servis Kenderaan Ringan kurang daripada 80%. Kajian ini
dijalankan di kalangan pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan Kolej Komuniti Ledang
bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan pelajar
modular Sijil Servis Kenderaan Ringan

Jadual 1 : Analisis Bilangan Pelajar Modular Kolej Komuniti Ledang Ditahan Bagi
Bayaran Wang Saku Tahun 2013

BIL PROGRAM JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS

1 SAU 2 3 2 4 2 3 6 3 7 10 4 5

2 SPU 2 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

3 SPP 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

4 SBK 2 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

Sumber: Unit Biasiswa, Kolej Komuniti Ledang

Jadual 1 di atas menunjukkan bilangan pelajar modular Kolej Komuniti Ledang yang
ditahan daripada menerima elaun wang saku sepanjang tahun 2013. Data menunjukkan seramai
51 orang pelajar Sijil Servis Kenderaan Ringan telah ditahan daripada menerima elaun wang
saku sepanjang tahun 2013. Manakala seramai 4 orang pelajar Sijil Penyejukan dan Penyamanan
Udara dan 2 orang pelajar Sijil Bakeri dan Konfeksioneri telah ditahan daripada menerima elaun
wang saku sepanjang tahun 2013. Tiada pelajar Sijil Perakaunan Perniagaan yang ditahan
daripada menerima elaun wang saku sepanjang tahun 2013.

Pengkaji telah menjalankan satu tinjauan awal. Temubual telah dilakukan kepada beberapa
pensyarah dan maklumbalas yang mereka berikan adalah seperti berikut :

“Ada pelajar yang datang belajar atas desakan ibu bapa” (Pensyarah 1)

“Sesetengah pelajar lebih minat kelas amali daripada kelas teori” (Pensyarah 2)

“Pelajar kerja malam kerana keluarga kurang berkemampuan menyara hidup pelajar”
(Pensyarah 3)

3.0 OBJEKTIF / PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif yang berikut :


(i) Mengenal pasti faktor sikap pelajar yang mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan
pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan.
(ii) Mengenal pasti faktor keluarga yang mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan
pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan.
(iii) Mengenal pasti faktor prasarana kolej yang mempengaruhi ketidakhadiran di
kalangan pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan.
(iv) Mengenal pasti faktor pensyarah yang mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan
pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan.
(v) Mengenal pasti faktor rakan sekelas yang mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan
pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan.
(vi) Mengenalpasti faktor dominan yang mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan
pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan.

Persoalan kajian dalam penyelidikan ini adalah untuk mengetahui :

(i) Adakah faktor sikap pelajar mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan pelajar


modular Sijil Servis Kenderaan Ringan.
(ii) Adakah faktor keluarga mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan pelajar modular
Sijil Servis Kenderaan Ringan.
(iii) Adakah faktor prasarana mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan pelajar modular
Sijil Servis Kenderaan Ringan.
(iv) Adakah faktor pensyarah mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan pelajar modular
Sijil Servis Kenderaan Ringan.
(v) Adakah faktor rakan sekelas mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan pelajar
modular Sijil Servis Kenderaan Ringan.
(vi) Apakah faktor dominan yang mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan pelajar
modular Sijil Servis Kenderaan Ringan.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif. Dalam kaedah ini, data
dianalisis secara deskriptif. Analisis deskritif merupakan kajian yang berbentuk kajian tinjauan.
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui apakah faktor utama yang mempengaruhi
ketidakhadiran pelajar di kalangan pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan Kolej
Komuniti Ledang. Seramai 39 responden yang dipilih daripada keseluruhan populasi pelajar.
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik sebagai alat ukur
bagi mengumpul data.

5.0 ANALISIS DAPATAN

Bagi analisis data, perisian Statistical Package for Social Science Version 20.0 (SPSS)
digunakan. Hasil dapatan kajian diukur berdasarkan kepada julat interpretasi skor min
berpandukan Jadual 1.

Jadual 2 : Jadual Tafsiran Min (Sumber Landell, 1977)

Skor Min Tahap Kecenderungan

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.67 Sederhana

3.68 – 5.00 Tinggi

Objektif 1 : Mengenal pasti faktor sikap pelajar yang mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan
pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan.

Jadual 3 : Analisis Min dan Min Keseluruhan bagi faktor pelajar

Bil Item Skor Min Tahap


Kecenderungan

1 Saya belajar dengan rela hati tanpa paksaan sesiapa 3.15 Sederhana

2 Saya akan pastikan sampai awal sebelum kelas 2.69 Sederhana


bermula

3 Saya mempunyai motivasi tinggi untuk belajar 3.21 Sederhana


4 Kurang tidur menyebabkan saya sukar bangun awal 2.90 Sederhana
untuk ke kuliah

5 Saya lebih suka kelas amali daripada kelas teori 3.28 Sederhana

6 Saya berminat untuk belajar di kolej 3.49 Sederhana

Jumlah min keseluruhan bagi faktor sikap pelajar 3.12 Sederhana

Penyelidik telah mengenalpasti faktor sikap pelajar yang mempengaruhi ketidakhadiran di


kalangan pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan seperti yang dinyatakan di dalam
Jadual 3. Analisis dapatan menunjukkan faktor sikap pelajar berada pada tahap sederhana iaitu
dengan nilai min keseluruhan 3.12. Item kedua iaitu “Saya akan pastikan sampai awal sebelum
kelas bermula” menunjukkan min terendah iaitu 2.69. Ini menunjukkan bahawa pelajar
mempunyai masalah untuk sampai awal ke kelas. Apabila mereka tidak dapat menepati masa
kelas bermula, mereka cenderung untuk tidak hadir ke kelas.

Objektif 2 : Mengenal pasti faktor keluarga yang mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan


pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan.

Jadual 4 : Analisis Min dan Min Keseluruhan bagi faktor keluarga

Bil Item Skor Min Tahap


Kecenderungan

1 Keluarga saya mengambil berat kehadiran saya ke 3.54 Sederhana


kelas
2 Keluarga saya mengambil berat tentang 3.49 Sederhana
perkembangan pembelajaran saya
3 Keluarga saya jarang bergaduh di rumah 3.74 Tinggi

4 Keluarga saya sentiasa berada di rumah 3.21 Sederhana

5 Keluarga saya berkemampuan menyara saya untuk 2.31 Rendah


belajar
6 Saya terpaksa bekerja pada waktu malam bagi 2.85 Sederhana
menampung perbelanjaan seharian saya
Jumlah min keseluruhan bagi faktor keluarga 3.19 Sederhana
Penyelidik telah mengenalpasti faktor keluarga yang mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan
pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 4.
Analisis dapatan menunjukkan faktor keluarga berada pada tahap sederhana iaitu dengan nilai
min keseluruhan 3.19. Item kelima iaitu “Keluarga saya berkemampuan menyara saya untuk
belajar” menunjukkan min terendah iaitu 2.31. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan keluarga
pelajar kurang berkemampuan untuk menampung perbelanjaan anak mereka sepanjang belajar di
kolej. Pelajar juga cenderung untuk bekerja bagi menampung perbelanjaan mereka.

Objektif 3 : Mengenal pasti faktor prasarana kolej yang mempengaruhi ketidakhadiran di


kalangan pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan.

Jadual 5 : Analisis Min dan Min Keseluruhan bagi faktor prasarana kolej

Bil Item Skor Min Tahap


Kecenderungan

1 Ada kemudahan pengangkutan ke kolej 2.95 Sederhana

2 Suasana kelas memberi keselesaan kepada saya 3.01 Sederhana


dalam proses pembelajaran

3 Bilangan pelajar dalam kelas sesuai dengan 2.64 Sederhana


kemudahan (alat,mesin dan bahan) yang ada di
bengkel/makmal

4 Ada tempat berehat sekiranya tiada kelas 2.56 Sederhana

5 Persekitaran kolej menarik dan ceria. 3.18 Sederhana

6 Peraturan kolej terlalu ketat 2.85 Sederhana

Jumlah min keseluruhan bagi faktor prasarana kolej 2.87 Sederhana

Penyelidik telah mengenalpasti faktor prasarana yang mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan


pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 5.
Analisis dapatan menunjukkan faktor prasarana kolej berada pada tahap sederhana iaitu dengan
nilai min keseluruhan 2.87. Item keempat iaitu “Ada tempat berehat sekiranya tiada kelas”
menunjukkan min terendah iaitu 2.56. Ini menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap
prasarana kolej berada pada tahap sederhana. Pelajar kekurangan tempat berehat sekiranya tiada
kelas, menyebabkan pelajar cenderung balik ke rumah sekiranya terdapat jarak antara kelas.
Objektif 4 : Mengenal pasti faktor pensyarah yang mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan
pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan.

Jadual 6 : Analisis Min dan Min Keseluruhan bagi faktor pensyarah

Bil Item Skor Min Tahap


Kecenderungan

1 Pensyarah mempunyai pengetahuan yang luas dalam 3.31 Sederhana


bidang yang diajar

2 Pensyarah mengajar dengan kaedah pengajaran yang 3.31 Sederhana


menarik

3 Pensyarah akan membantu sekiranya saya ada 3.36 Sederhana


masalah dalam proses pembelajaran

4 Pensyarah memberi perhatian samarata kepada semua 2.90 Sederhana


pelajar

5 Pensyarah tidak akan mengeluarkan surat amaran 2.64 Sederhana


sekiranya saya tidak hadir tanpa sebab

6 Pensyarah mudah dihubungi di luar waktu kelas 2.77 Sederhana

Jumlah min keseluruhan bagi faktor pensyarah 3.05 Sederhana

Penyelidik telah mengenalpasti faktor pensyarah yang mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan


pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 6.
Analisis dapatan menunjukkan faktor pensyarah berada pada tahap sederhana iaitu dengan nilai
min keseluruhan 3.05. Item kelima iaitu “Pensyarah tidak akan mengeluarkan surat amaran
sekiranya saya tidak hadir tanpa sebab” menunjukkan min terendah iaitu 2.64. Ini menunjukkan
bahawa masih terdapat pensyarah yang tidak mematuhi peraturan pengajaran di mana pensyarah
perlu mengeluarkan surat amaran sekiranya pelajar tidak hadir ke kelas mengikut bilangan jam
yang ditetapkan.

Objektif 5 : Mengenal pasti faktor rakan sekelas yang mempengaruhi ketidakhadiran di


kalangan pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan.
Jadual 7 : Analisis Min dan Min Keseluruhan bagi faktor rakan sekelas

Bil Item Skor Min Tahap


Kecenderungan

1 Rakan saya pernah mengajak saya ponteng kelas 2.49 Sederhana

2 Saya tidak mudah terpengaruh dengan rakan yang 2.54 Sederhana


kerap ponteng kelas

3 Saya lebih mempercayai ibu bapa saya sendiri 3.59 Sederhana


daripada rakan sekelas

4 Rakan tidak mentertawakan saya apabila tidak dapat 3.15 Sederhana


menjawab soalan yang diajukan oleh pensyarah

5 Saya rasa bangga mempunyai rakan yang 2.97 Sederhana


berkebolehan dalam kepimpinan dan berpengaruh
terhadap rakan lain

6 Saya mudah menyesuaikan diri bergaul dengan rakan 3.10 Sederhana


sekelas

Jumlah min keseluruhan bagi faktor rakan sekelas 2.97 Sederhana

Penyelidik telah mengenalpasti faktor rakan sekelas yang mempengaruhi ketidakhadiran di


kalangan pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan seperti yang dinyatakan di dalam
Jadual 7. Analisis dapatan menunjukkan faktor rakan sekelas berada pada tahap sederhana iaitu
dengan nilai min keseluruhan 2.97. Item pertama iaitu “Rakan saya pernah mengajak saya
ponteng kelas” menunjukkan min terendah iaitu 2.49. Ini menunjukkan bahawa ramai pelajar
yang masih menganggap hadir ke kelas bukan suatu kemestian sehingga sanggup mengajak
rakan yang lain untuk turut ponteng ke kelas.

Objektif 6 : Mengenalpasti faktor dominan yang mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan


pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan.

Jadual 8 : Analisis Min Bagi Mengenalpasti Faktor Dominan yang mempengaruhi


ketidakhadiran di kalangan pelajar modular Sijil Servis Kenderaan Ringan.
Bil Faktor Ketidakhadiran Skor Min

1 Sikap pelajar 3.12

2 Keluarga 3.19

3 Prasarana kolej 2.87

4 Pensyarah 3.05

5 Rakan sekelas 2.97

Berdasarkan Jadual 8 menunjukkan faktor yang paling mempengaruhi ketidakhadiran pelajar


adalah faktor prasarana kolej yang mencatatkan min terendah iaitu 2.87.

6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor yang paling mempengaruhi ketidakhadiran pelajar
adalah faktor prasarana kolej yang mencatatkan min terendah iaitu 2.87. Oleh itu, pihak
pengurusan kolej boleh mempertingkatkan prasarana agar lebih menarik dan kondusif. Untuk
tujuan itu, pembangunan terhadap kemudahan-kemudahan kolej yang berhubung kait dengan
kepentingan pendidikan dan perkembangannya perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah
ketidakhadiran. Manakala dari segi item iaitu “Keluarga saya berkemampuan menyara saya
untuk belajar” menunjukkan min terendah iaitu 2.31. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan
keluarga pelajar kurang berkemampuan untuk menampung perbelanjaan anak mereka sepanjang
belajar di kolej. Justeru, pihak pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti perlu memandang
serius situasi ini dalam meningkatkan semangat pelajar untuk datang ke kelas. Perkara ini berkait
langsung dengan kadar pemberian Elaun Wang Saku. Sekiranya terdapat peningkatan pemberian
Elaun Wang Saku sudah tentu dapat mengurangkan beban keluarga untuk menyara pembelajaran
anak mereka di Kolej Komuniti.

7.0 RUJUKAN

Kamus Dewan (2005). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Rasidah Omar (2004). Gejala Ponteng Sekolah di Kalangan Pelajar Sekolah. Prosiding Seminar
Wanita. PWTC, Kuala Lumpur.

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Buku Garis
Panduan Pelaksanaan Program Pengajian Kolej Komuniti.

Bahagian Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan


Malaysia (2013) Manual Prosedur Pelaksanaan Pembiayaan Elaun Wang Saku (EWS)
Pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Kolej Komuniti

Bandura, A. (1973) Aggression: A Social Learning Analysis. Englewood Cliffs: Prentice Hall.

Duke, D.L & Duke, P.M (1980). The Prediction or Deliquency in Girls. Journal of Research and
Development in Education. Boston. 11, 2, 18-33.

Tan Kui Ngor (2006). Pengaruh Persekitaran Sekolah Terhadap Masalah Disiplin Pelajar dan
Kaedah Pengurusan Disiplin. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Sham Sani Salleh. (1994). Latar Belakang Keluarga, Perhubungan Ibu Bapa Dengan Remaja
dan Konsep Kendiri Remaja Delinkuen dan Bukan Delinkuen. Tesis Sarjana Muda.
Universiti Pertanian Malaysia.

Ismail Daros (1981). Faktor-faktor Utama yang Menyebabkan Pelajar-pelajar Di Peringkat


Menengah Melakukan Kegiatan Ponteng Sekolah. (latihan ilmiah yang tidak diterbitkan).
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Wan Norasiah Wan Ismail (2003), Akhlak Remaja di Felda Ulu Belitong. (Disertasi Master
Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Abd. Karim Desa (1994). Keberkesanan Guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
TesisB.Ed.Universiti Teknologi Malaysia. (latihan ilmiah yang tidak diterbitkan).
Smink J dan Reimer M S (2005). Fifteen Effective Strategies for Improving Student Attendance
and Truancy Prevention. National Dropout Prevention Center/Network: Universiti
Clemson. Sumber: Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia 1993

Olweus, D. (1978). Victimisation by Peers: Antecedents and Longiterm Outcomes. In K.H.


Rubin & J.B. Asendorpf (Eds.), Social Withdrawal, Inhibition and shyness In Childhood.
Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja. (Tesis Ph. D, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Kerlinger, FM. (1986). Foundation of Behavioral Research. (3rd ed.) New York: Winston Inc.

Anda mungkin juga menyukai