Anda di halaman 1dari 5

Faktor - Personaliti pelajar

Selain itu, faktor personaliti pelajar juga salah satu faktor yang

menyebabkan keciciran pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana pemikiran

seseorang individu yang paling menentukan mereka menerima pendidikan atau

tidak. Pemikiran tersebut dipengaruhi oleh keminatan pelajar diri sendiri dan

seterusnya akan mengubah sikap mereka. Oleh itu, pemikiran seorang pelajar

dapat dihubungkaitkan dengan prestasi pembelajarannya.

Dari sudut keminatan, keciciran pelajar berlaku sekiranya minatnya

terhadap pelajaran amat rendah. Menurut Slameto (2003) keminatan seseorang

itu adalah berkaitan dengan perasaan lebih suka dan perikatan terhadap sesuatu

objek tanpa disuruh. Seseorang itu yang lebih berminat terhadap suatu perkara

pasti akan menumpukan lebih banyak perhatian kepadanya berbanding perkara

lain termasuklah pembelajaran. Menurut Fajri et al. (2021) keminatan kepada

pelajaran adalah faktor psikologi yang memberikan impak kepada proses

pembelajaran seseorang pelajar itu. Keminatan yang tinggi pada seorang

pelajar dapat memudahkan proses pembelajarannya.

Selain itu, keminatan yang rendah terhadap pembelajaran juga

dipengaruhi oleh kandungan atau topik yang perlu dipelajari. Kemungkinan

yang tinggi pelajar akan kehilangan minat dengan sesuatu mata pelajaran jika

bahan pembelajaran tidak dapat menarik minat mereka (Rusmiati, 2017).

Kesannya, pelajar tersebut tidak akan berfokus semasa proses pembelajaran

dan seterusnya menimbul pemikiran ingin ponteng kelas di mana akan

mengakibatkan keciciran pelajar. Sebaliknya, jika kandungan topik dapat

menarik minat pelajar, pastinya mereka akan belajar dengan lebih bersungguh-

sungguh dan akhirnya menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang.


Menurut Lambert (1973) sikap ialah tindak balas seorang individu kepada individu

lain, kumpulan, atau perkara berdasarkan pemikiran atau perasaannya. Sikap seorang pelajar

akan memberi impak kepada penguasaannya dalam pembelajaran. Sebagai contoh, seorang

murid yang memegang kepada sikap positif seperti menyedari tentang kepentingan

pendidikan, dia akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat. Sebaliknya, jika

seorang murid itu bersikap negatif seperti tidak mementingkan pendidikan, maka dia tidak

akan menumpukan perhatian semasa pembelajaran dan akhirnya menjadikan masalah

keciciran pelajar.

Sikap dapat berhubung kaitkan dengan faktor keminatan. Pelajar yang tidak berminat

dalam pembelajaran pasti mempunyai sikap yang negatif terhadapnya. Oleh itu, dia tidak

akan menumpukan segala usahanya kepada pembelajaran. Akhirnya pemikirannya akan

mendorong untuk ponteng kelas dan menyumbang kepada masalah keciciran pelajar. Jelaslah

bahawa personaliti pelajar merupakan salah satu faktor yang menyebabkan keciciran pelajar

Cadangan Penyelesaian - Meningkatkan motivasi pelajar

Ibu bapa dan pihak sekolah berperanan dalam menyelesaikan masalah

keciciran pelajar kesan daripada faktor personaliti pelajar.

Pertama, ibu bapa harus membentuk personaliti anak-anak sejak kecil

lagi. Ibu bapa merupakan contoh teladan yang paling mempengaruhi kepada

anak-anak sebab setiap individu akan menerima pendidikan pertama daripada

keluarga (White dan Kelly, 2010). Tidak dapat dinafikan bahawa pemikiran

seorang remaja adalah lebih sukar untuk diubah berbanding dengan seorang

kanak kerana mereka bermula mempunyai idea tersendiri. Oleh itu, ibu bapa

perlu menerapkan nilai betul seperti kepentingan pendidikan dalam diri anak-
anak sejak kecil lagi. Tujuannya bagi memastikan nilai tersebut dapat diserap

menyeluruh dalam diri anak-anak sehingga remaja agar tidak tercicir semasa

waktu persekolahan.

Menurut Asbullah dan Halim (2016) pelajar yang bermotivasi akan

mempunyai keinginan yang kuat untuk mengetahui tentang perkara yang ingin

disampaikan termasuklah pendidikan. Oleh itu, motivasi perlu diberikan

kepada pelajar supaya mereka akan terus menumpukan perhatian dalam

pembelajaran. Pihak sekolah harus mengadakan pelbagai kempen motivasi

yang dapat memberikan pelajar kesedaran tentang kepentingan pendidikan.

Para guru pula harus memberikan motivasi dengan menyampaikan insentif

semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti, pujian, penghargaan,

markah atau tanda bintang. Segala tindakan tersebut dapat memupuk semangat

motivasi dalam diri pelajar supaya keminatan pelajar ditarik semula untuk

belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan mengelakkan daripada masalah

keciciran.

Menurut teori funglionalis, tugas utama pendidikan ialah

mensosialisasikan pelajar-pelajar dengan nilai dan peraturan yang wujud

dalam masyarakat. Sekiranya masalah keciciran pelajar terus meningkat,

perubahan yang besar akan menimbul dalam masyarakat di mana kualiti

sumber daya manusia akan menurun akibat tahap pendidikan yang rendah.

Kesan tersebut akan mencerminkan bahawa perubahan dalam pendidikan telah

menimbul. Oleh itu, setiap pihak termasuklah pihak sekolah, ibu bapa dan

masyarakat perlu melaksanakan peranan masing-masing agar matlamat yang

ditetapkan dapat dicapai dengan mengatasi masalah keciciran pelajar.


Perpustakaan Universiti Islam Riau. (n.d.). Bab 2 kajian teori 2.1 Pengertian Minat Belajar.

Retrieved June 25, 2022, from https://repository.uir.ac.id/5413/5/BAB%20II.pdf

Perpustakaan Universiti Islam Riau. (n.d.). Bab 2 kajian kepustakaan 2.0 pengenalan - um.

Sikap Bahasa. Retrieved June 25, 2022, from

http://studentsrepo.um.edu.my/3392/5/Bab2.pdf

Fajri, Z., Baharun, H., Muali, C., Shofiatun, Farida, L., & Wahyuningtiyas, Y. (2021).

Student’s learning motivation and interest; the effectiveness of online learning during

COVID-19 pandemic. Journal of Physics: Conference Series, 1899(1), 012178.

https://doi.org/10.1088/1742-6596/1899/1/012178

Rusmiati. (2017). Pengaruh Minat Belajar Terhadap Prestasi Belajar Bidang Studi Ekonomi

Siswa Ma Al Fattah Sumbermulyo. Utility: Jurnal Ilmiah pendidikan Dan Ekonomi.

Retrieved June 25, 2022, from https://journal.unha.ac.id/index.php/utility

White, S. W., & Kelly, F. D. (2010). The school counselor's role in school dropout

prevention. Journal of Counseling & Development, 88(2), 227–235.

https://doi.org/10.1002/j.1556-6678.2010.tb00014.x

Asbullah, N., & Halim, H.A. (2016). Motivasi Pelajar Mobiliti Dalam Pembelajaran Bahasa

Perancis. Jurnal Kesidang, 1(1), 86 - 101.

Zakari, N.A., Abd. Majid, M.Z., & Hussin, M. (2022). Keciciran Murid Sekolah di Malaysia:

Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities

(MJSSH).

Anda mungkin juga menyukai