Anda di halaman 1dari 11

Hairul Bin Sahib Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3033)

SENARAI KANDUNGAN
TAJUK…………………………………………………………………………………………2
ABSTRAK……………………………………………………………………………….…….2
PENGENALAN………………………………………………………………………….……2-4
TINJAUAN LITERATUR…………………………………………………………………….4
INSTRUMEN KAJIAN……………………………………………………………………….5
SOAL SELIDIK…………………………………………………………………..….5
PEMERHATIAN……………………………………………………………….……5
METODOLOGI………………………………………………………………………..…….5-6
REKA BENTUK KAJIAN…………………………………………………………..6
PEMILIHAN LOKASI…………………………………………………………..…..6
SAMPEL ATAU SUBJEK KAJIAN…………………………………………..……6
TEKNIK PENGANALISAN DATA…………………………………………………6
KEPUTUSAN KAJIAN…………………………………………………………………..…..7-8
PERBINCANGAN ………………………………………………………………….……….9
KESIMPULAN……………………………………………………………………………….10
RUJUKAN…………………………………………………………………………………….11

1
Hairul Bin Sahib Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3033)

1.0 TAJUK ARTIKEL/LAPORAN :

TAHAP KESEDARAN GURU PELATIH IPG KAMPUS BATU LINTANG


TERHADAP PENGGUNAAN BEG PLASTIK

2.0 ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kesedaran dan pengetahuan guru pelatih
terhadap penggunaan beg plastik dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk
mengurangkan dan meminimumkan penggunaan beg plastik. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan borang soal selidik secara atas talian iaitu dengan menggunakan “Google
form”. Seramai 100 orang responden telah memberi maklum balas terhadap soalan yang
diberikan serta memilih langkah yang sesuai untuk mengurangkan penggunaan beg plastik.
Responden yang dipilih adalah terdiri daripada guru pelatih lelaki dan guru pelatih
perempuan. Secara keseluruhan kajian, didapati bahawa tahap kesedaran guru pelatih
adalah berada pada tahap yang memuaskan iaitu sebanyak 71.1% manakala tahap
pengetahuan berada pada tahap sangat memuaskan iaitu 92.1%. Terdapat beberapa
langkah-langkah untuk mengatasi yang diberikan oleh responden seperti mengadakan hari
sifar plastik, pengiklanan, kampus hijau dan penyediaan tong kitar semula. Sebagai seorang
bakal guru yang menjadi pendidik kepada generasi akan datang, seharusnya tahap
kepekaan dan keperihatinan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar perlu
ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi serta memberi contoh dan tauladan yang baik
terhadap masyarakat di luar berkenaan dengan alam sekitar.

3.0 PENGENALAN

Penggunaan dan penghasilan beg plastik di dunia pada masa kini adalah semakin
banyak dan tidak terkawal terutamanya di negara-negara yang sedang membangun dengan
pesat termasuklah juga Malaysia. Setiap negara yang terdapat di dunia seolah-olah tidak
boleh lari daripada menggunakan bahan plastik. Bahan plastik sangat diperlukan dalam
pelbagai industri seperti industri makanan dan minuman, industri pakaian, dan industi-
industri yang lain. Hal ini amat membimbangkan kerana setiap tahun, puluhan ribu tan
metrik dibuang dan menyebabkan peningkatan sisa pepejal yang seterusnya boleh
menyebabkan pencemaran alam sekitar. Menurut laporan Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, secara purata, setiap seorang penduduk di Malaysia menghasilkan 0.8
kilogram sampah sehari dan kira-kira 16, 247 tan sampah dihasilkan di negara ini setiap

2
Hairul Bin Sahib Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3033)

hari. Hal ini sangat membimbangkan kerana apabila dibiarkan, penggunaan plastik akan
semakin bertambah setiap tahun. Masalah pengurusan sisa pepejal merupakan masalah
lapok yang diwarisi sejak berabad lamanya, apabila lapisan ini cukup tinggi masyarakat lebih
berminat menaikkan bumbung mereka atau berpindah terus ( Alter, H dan Dunn, J J 1980)

Penggunaan beg plastik menjadi suatu keperluan dalam kehidupan manusia dan
wujud budaya beg plastik dikalangan masyarakat kita. Ini kerana beg plastik mempunyai
pelbagai fungsi dan dapat memenuhi keperluan masyarakat. Manusia dan plastik seolah-
olah tidak dapat dipisahkan apabila melihat jumlah penggunaan plastik yang begitu
membimbangkan. Disamping itu, teknologi terkini banyak menghasilkan beg plastik dengan
pelbagai variasi reka bentuk, saiz, warna, malahan corak yang amat menarik. Hal ini
menyebabkan penggunaan plastik secara besar-besaran tidak dianggap menjadi satu
masalah dan dianggap normal oleh sesetengah masyarakat. Selain itu masyarakat dari
pelbagai peringkat umur telah dididik untuk menggunakan beg plastik dan akan terus
menurunkan budaya penggunaan beg plastik ini kepada generasi seterusnya. Kanak-kanak
telah mendapat didikan secara langsung dan tidak langsung daripada ibu bapa terhadap
penggunaan plastik.

Penggunaan beg plastik yang banyak juga boleh menyebabkan masalah


pencemaran dan kesan yang buruk kepada alam sekitar. Selain itu, ia juga boleh
menjejaskan kesihatan manusia kerana terdapat kajian yang mengaitkan peningkatan
penyakit kanser dengan penggunaan plastik secara berleluasa pada masa ini. Apabila sisa
buangan yang mengandungi plastik dibuang ke dalam laut, ia akan menyebabkan laut
tercemar dan menjejaskan hidupan akuatik dalam laut tersebut. Terdapat hidupan laut yang
mati akibat daripada termakan bahan yang mengandungi plastik. Plastik yang terurai dalam
laut akan menjadi mikroplastik dan nanoplastik yang akan terkumpul dalam badan hidupan
laut apabila memakan plankton atau tumbuhan laut yang mengandungi bahan kimia
tersebut.

Umum mengetahui bahawa untuk melupuskan bahan yang mengandungi plastik, ia


memerlukan suatu tempoh masa yang panjang dan agak sukar untuk melupuskannya.
Cabaran bagi mendidik masyarakat tentang meminimumkan penggunaan plastik bukanlah
mudah. Realitinya, sebelum undang-undang “Tolak Plastik” dilaksanakan, masyarakat harus
diberi pendedahan dan kesedaran mengenai kesan penggunaan beg plastik. Selain itu,
ramai yang memikirkan manfaat jangka masa pendek sahaja misalnya keistimewaan beg
plastik antaranya mempunyai banyak kelebihan seperti ringan, mudah dibawa kemana-
mana sahaja, tahan lasak, sangat kukuh, dan lebih ekonomi berbanding dengan beg-beg
lain seperti beg kertas mahupun beg serba guna Justeru itu, satu kajian dijalankan bagi

3
Hairul Bin Sahib Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3033)

mengetahui tahap kepekaan dan pengetahuan guru pelatih IPGK Batu Lintang tentang
penggunaan beg plastik. Kajian yang bersifat setempat ini bertujuan mengetahui sejauh
mana tahap kesedaran dan pengetahuan guru pelatih terhadap penggunaan plastik.

4.0 TINJAUAN LITERATUR

Menurut Amani Dahaman (2011), tinjauan literatur merupakan ulasan maklumat yang
diperolehi daripada jurnal, buku, prosiding dan penyelidikan-penyelidikan lepas (tesis) untuk
sesuatu penyelidikan terbaru. Dalam proses membuat tinjauan literatur seseorang penyelidik
akan mengenalpasti apakah yang telah dipelajari oleh orang lain mengenai permasalahan
yang serupa dengan permasalahan yang dikaji.

4.1 Dapatan Kajian Lepas

Plastik merupakan bahan yang diperbuat daripada sumber utama dunia iaitu minyak.
Selain itu, ia ditambah dengan bahan yang dinamakan “karsinogen dan benzene”. Menurut
kajian Gbee Sung (2010), masyarakat kini mempunyai tahap kesedaran yang rendah
terhadap penggunaan beg plastik. Hal ini boleh dilihat di sekitar kita bahawa penggunaan
beg plastik adalah menjadi perkara yang biasa tanpa sebarang rasa bersalah oleh
pengguna. Hanya segelintir individu yang mempunyai tahap kesedaran yang tinggi berkaitan
dengan beg plastik. Walaupun ses eorang itu mempunyai pengetahuan berkenaan kesan
akibat penggunaan beg plastik, namun mereka kurang mengambil berat terhadap
penggunaan beg plastik. Hal ini kerana apabila mereka tidak menggunakan beg plastik, ia
akan menyusahkan kehidupan seharian mereka. Menurut kajian yang dilakukan oleh Maher
Ali (2014) mendapati bahawa pengguna malas membawa beg plastik sendiri ketika membeli
belah dan kurang faham akan kesan-kesan penggunaan beg plastik tersebut. Secara
purata, 1 orang akan menggunakan 8 beg plastik dalam tempoh seminggu. Jika plastik ini
dibakar, bahan karsinogen akan tersebar dan dibebaskan yang boleh mendatangkan kanser
kepada manusia. Oleh itu, penggunaan plastik adalah isu yang masih lagi belum dapat
diselesaikan dengan efektif dan berkesan.

4
Hairul Bin Sahib Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3033)

5.0 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan oleh penyelidik ketika menjalankan
sesuatu penyelidikan. Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi memperoleh data
sepeti mana yang dikehendaki oleh penyelidik untuk mencapai objektif kajian. Kaedah yang
digunakan oleh pengkaji ialah kaedah soal selidik dan kaedah pemerhatian. Sebanyak 100
orang responden yang telah dipilih secara rawak yang terlibat dalam kajian ini. Instrumen
yang digunakan untuk memperoleh data terbahagi kepada dua iaitu kuantitatif dan kualitatif.
Kuantitatif dijalankan melalui borang soal selidik dan kualitatif dijalankan melalui
pemerhatian untuk memperoleh data yang lebih tepat

5.1. Soal Selidik

Pengkaji telah mengunakan soal selidik melalui “Google form” yang mana responden terdiri
daripapa 100 orang guru pelatih IPG Kampus Batu Lintang. Pengkaji juga menggunakan
aplikasi “whatsapp” untuk menyebarkan alamat laman web untuk menuju ke halaman
Google form. Pengkaji telah menetapkan limit responden yang perlu menjawab Adanya
penyoalan berdasarkan soalan yang disusun teratur untuk ditadbir ke atas peserta. Boleh
ditadbir pengkaji ataupun pembantunya dan soalan ini diisi oleh responden. Kualiti soalan
menentukan nilai sesuatu kajian.

5.2. Pemerhatian

Situasi di mana pengkaji melakukan pemerhatian untuk mendapatkan maklumat. Disini


pengkaji mengutip data dengan melihat gelagat, corak perlakuan atau rupa tertentu untuk
kutip maklumat tentang sesuatu kajian. Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap
longgokan sampah di dalam tong sampah yang kebanyakannya terdiri daripada beg plastik.
Melalui pemerhatian, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa jumlah penggunaan beg
plastik dalam keadaan yang kurang baik.

6.0 METODOLOGI

Pendahuluan Metodologi kajian adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan


mempunyai kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan
kajian. Oleh itu, kaedah kajian yang dirangka adalah melibatkan reka bentuk kajian,
pemilihan lokasi kajian subjek atau sampel kajian, prosedur kajian, prosedur pengambilan
data serta teknik penganalisisan data.

5
Hairul Bin Sahib Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3033)

6.1 Reka Bentuk kajian

Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan. Pengkaji ingin menggambarkan atau
menghuraikan keadaan yang ingin dikaji iaitu tahap kesedaran dan pengetahuan guru
pelatih berkaitan dengan penggunaan beg plastik. Pengkaji mendapatkan data dari satu
populasi iaitu dalam kalangan guru pelatih IPGK Batu Lintang bagi mendapatkan jawapan
yang memuaskan atau benar-benar daripada responden. Kaedah Tinjauan sesuai
digunakan bagi mendapatkan maklumat mengenai sikap, perilaku, persepsi, faktor-faktor
dan pendapat melalui sampel dari populasi. Kajian ini bersifat deskriptif dengan berbantukan
borang soal selidik.

6.2 Pemilihan Lokasi

Kajian ini adalah bersadasarkan kawasan setempat (place based). Oleh kerana pengkaji
ingin mengetahui tahap kepekaan dan pengetahuan guru pelatih tentang penggunaan
plastik, maka kawasan yang dikaji hanyalah merangkumi institut Pendidikan guru kampus
batu lintang sahaja. Kajian ini tidak melibatkan para pensyarah, staf sokongan dan lain-lain
dan hanya berfokus kepada guru pelatih yang dipilih secara rawak berdasarkan soal selidik
yang diberikan.

6.3 Subjek atau Sampel Kajian

Seramai 100 orang responden telah dijadikan subjek atau sampel dalam kajian ini.
Responden ini terdiri daripada guru pelatih lelaki dan perempuan Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu lintang. Seramai 45 orang guru pelatih lelaki dan 55 orang guru pelatih
perempuan yang menjadi sampel kajian. Mereka mewakili sebahagian guru pelatih yang
terdapat dalam IPG Kampus Batu Lintang.

6.4 Teknik Penganalisaan Data

Data-data yang diperolehi daripada borang kaji selidik yang telah dianalisis menggunakan
Statistical Package For The Social Sciences (SPSS for window). Terdapat dua analisis yang
dilakukan iaitu berkenaan dengan tahap kepekaan dan juga tahap pengetahuan guru pelatih
terhadap isu dan penggunaan beg plastik.. Teknik pengutipan data Kaedah penyelidikan
adalah secara kualitatif menggunakan lebih dari satu teknik pengutipan data. Sebarang
teknik mengumpulkan data seperti pemerhatian, temu bual, soal selidik terbuka dan
dokumen boleh digunakan dalam kaedah kualitatif ini.Teknik-teknik pengutipan data untuk
kajian ini adalah:

6
Hairul Bin Sahib Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3033)

7.0 KEPUTUSAN KAJIAN

KEKERAPAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK OLEH GURU PELATIH

BI PERNYATAAN SANGAT SETUJU TIDAK SANGAT


L SETUJU SETUJU TIDAK
SETUJU
1. Soalan 1 20 20% 50 50% 20 20% 10 10%
2. Soalan 2 50 50% 50 50% - - - -
3. Soalan 3 90 90% 10 10% - - - -
4. Soalan 4 - - - - 28 28% 72 72%
5. Soalan 5 79 79% 21 21% - - - -
Jadual 1 : Kekerapan Penggunaan Beg Plastik oleh Guru Pelatih

(Sumber : Kajian Lapangan, 2019)

Pada bahagian A, objektif soalan adalah untuk mengenal pasti kekerapan


penggunaan beg plastik dalam kalangan guru pelatih IPG Kampus Batu Lintang. Untuk
soalan pertama, seramai 50% guru pelatih menyatakan setuju menggunakan beg plastik
setiap hari, 20% pula sangat setuju manakala seramai 20% menyatakan tidak setuju
terhadap menggunakan beg plastik setiap hari. Selebihnya pula iaitu sebanyak 10% sangat
tidak setuju menggunakan beg plastik setiap hari. Hal ini menunjukan bahawa sebilangan
besar guru pelatih menggunakan beg plastik setiap hari. Untuk soalan yang kedua, seramai
50% menyatakan sangat setuju terhadap membawa beg sendiri dari rumah ketika membeli
belah. Selebihnya pula iaitu sebanyak 50% menyatakan setuju. Hal ini menunjukan separuh
daripada responden bersetuju manakala separuh pula menyatakan tidak setuju. Soalan
ketiga, seramai 90% menyatakan sangat setuju terhadap program “sifar plastik” untuk
diadakan pada hari sabtu, manakala selebihnya pula iaitu 10% menyatakan setuju. Hal ini
menunjukan sebilangan besar guru pelatih menyokong kempen “sifar plastik” pada hari
sabtu. Soalan keempat menyatakan sama ada pengguna tidak berasa bersalah terhadap
penggunaan plastik setiap hari. Seramai 72 orang bersamaan dengan 72% menyatakan
sangat tidak setuju terhadap soalan tersebut manakala selebihnya pula iaitu 28%
menyatakan tidak setuju. Untuk soalan yang keempat, Seramai 89% guru pelatih
menganggap bahawa plastik lebih mudah dan murah untuk dibawa dan digunakan.
Selebihnya pula menyatakan tidak setuju. Seterusnya untuk soalan yang terakhir pada
bahagian A, responden ditanya sama ada kempen sifar plastik penting untuk diadakan
selain daripada hari sabtu. Seramai 79 orang bersamaan 79% menyatakan setuju,
manakala seramai 21 orang sangat setuju. Ini bermakna bahawa semua guru pelatih

7
Hairul Bin Sahib Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3033)

bersetuju bahawa kempen sifar plastik perlu diamalkan bukan sahaja pada hari sabtu. Ini
menunjukkan bahawa kesedaran guru pelatih berada pada tahap yang memuaskan.

KESAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK

BI PERNYATAAN SANGAT SETUJU TIDAK SANGAT


L SETUJU SETUJU TIDAK
SETUJU
1. Soalan 1 98 98% 2 2% - - - -
2. Soalan 2 100 100% - - - - - -
3. Soalan 3 80 80% 15 15% 5 5% - -
4. Soalan 4 40 40% 34 34% 26 26% - -
5. Soalan 5 100 100% - - - - - -
Jadual 2 : Tahap Pengetahuan Penggunaan Beg Plastik Dalam Kalangan Guru
Pelatih IPG Kampus Batu Lintang

(Sumber : Kajian Lapangan, 2019)

Pada bahagian B, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan
penggunaan beg plastik dalam kalangan guru pelatih IPG Kampus Batu Lintang. Untuk
soalan pertama, pengguna sedar bahawa plastik yang dibuang ke dalam sungai atau laut
merosakkan ekosistem di Kawasan tersebut. Seramai 98% menyatakan sangat setuju
manakala 2% menyatakan cuma setuju. Hal ini menunjukan bahawa tahap pengetahuan
guru pelatih berkenaan dengan isu ini berada pada tahap yang amat memuaskan. Untuk
soalan yang kedua, kesemua responden iaitu 100% yang menyatakan sangat setuju
bahawa plastik yang dibuang merata-rata akan merosakkan kesuburan tanah. Soalan yang
ketiga, Kempen plastik sifar dapat membantu mengelakkan pembaziran plastik daripada
berlaku.Seramai 80% sangat setuju, 15 % setuju dan 5 % tidak bersetuju dengan
pernyataaan tersebut. Soalan yang seterusnya pula iaitu kempen sifar plastik dapat
mengelakkan penyakit akibat daripada pencemaran alam, seramai 40 orang bersamaan
40% menyatakan sangat setuju, 34% pula menyatakan setuju dan selebihnya iaitu 26%
tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Untuk soalan yyang terakhir pada bahagian B,
kesemua responden iaitu 100% menyatakan sangat setuju bahawa kempen plastik sifar
mengurangkan penghasilan bahan kimia semasa pelupusan sampah. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa guru pelatih mempunyai pengetahuan yang sangat memuaskan
berkenaan dengan masalah atau kesan akibat penggunaan beg plastik. Jadual dibawah
menunjukan jawapan yang diberikan oleh guru pelatih dalan soalan bahagian B :

8
Hairul Bin Sahib Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3033)

8.0 PERBINCANGAN

Menerusi keputusan kajian, guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang secara keseluruhannya mempunyai tahap kepekaaan dan pengetahuan yang tinggi
dan memuaskan berkenaan dengan isu alam sekitar iaitu berkenaan dengan penggunaan
beg plastik. Tahap kepekaan adalah penting kerana boleh menjadikan guru pelatih lebih
bertanggungjawab dengan alam sekitar dan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar
yang semakin hari semakin kritikal. Antara punca segelintir guru pelatih yang masih kurang
mempunyai kepekaan dan pengetahuan yang mantap berkaitan dengan penggunaan beg
plastik adalah disebabkan oleh kurangnya pendedahan berkenaan alam sekitar serta
mempunyai didikan awal yang kurang menitikberatkan masalah alam sekitar. Oleh itu
terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi menjadikan guru
pelatih lebih peka dengan isu alam sekitar.

8.1 Cadangan Penambahbaikan

Sebagai langkah pertama bagi menjadikan seseorang individu itu lebih peka dan
prihatin terhadap alam sekitar, mereka perlu mendidik kefahaman dan kerisauan tentang
penggunaan plastik. Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan membeli barang
yang boleh dipegang atau diangkut dengan tangan, dan meminta jurujual atau cashier
supaya tidak memasukkannya di dalam plastik, sebaiknya bawalah dengan kedua belah
tangan ataupun memasukan kedalam beg kain yang dibawa dari rumah. Selain itu,
belanjakan sedikit wang untuk membeli beg kain, beg, guni dan sebagainya yang dirasakan
sesuai dengan kuantiti pembelian barangan.

Bagi pihak pelaksana, jurukempen dan pihak berkuasa pula, mereka boleh
mengadakan kempen penggunaan beg serbaguna secara meluas. Hal ini boleh menjadikan
pengguna lebih peka dan ingat untuk membawa beg plastik dari rumah. Pihak berkenaan
juga boleh memperkenalkan beg serba guna seperti beg kain dan sebagainya yang menarik,
besar dan tahan lama dengan harga yang lebih murah. Seterusnya, mereka juga boleh
menghentikan pengeluaran beg plastik yang tidak terbiodegrasi yang mana mengambil
masa selama 500 tahun untuk dilupuskan. Mereka perlu memperbanyakkan kajian dalam
industri pembuatan beg plastik yang lebih selamat. Selain daripada itu, mengadakan
perundangan yang melarang sebarang pengeluaran dan penggunaan beg plastik yang tida
terbiodegradasi. Media massa juga haruslah memainkan peranan sebgai perantara untuk
segala program promosi mengenai kesan penggunaan beg plastik

9
Hairul Bin Sahib Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3033)

9.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, Secara keseluruhannya, guru pelatih Institut Pendidkan Guru Kampus


Batu Lintang mempunyai tahap kesedaran dan pengetahuan yang amat memuaskan
berkenaan dengan isu yang berkaitan dengan alam sekitar iaitu penggunaan beg plastik.
Oleh hal yang demikian, setiap guru pelatih perlu kekalkan dan tingkatkan tahap kepekaan
dan pengetahan mereka berkenaan dengan masalah dan isu yang berlaku terhadap alam
sekitar seperti isu penggunaan beg plastik. Kepekaan dan pengetahuan ini sangat
diperlukan oleh setiap individu terutamanya kepada mereka yang bakal menjadi seorang
insan pendidik yang mencorakkan masa depan negara. Apabila guru mempunyai tahap
kesedaran dan pengetahuan yang tinggi, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dan
berintegriti untuk mendidik masyarakat supaya lebih peka dengan alam sekitar yang menjadi
tempat tinggal hidupan di muka bumi ini.

10
Hairul Bin Sahib Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3033)

RUJUKAN

Amani Dahaman (2011). Penyelidikan Pendidikan. Tinjauan Literatur/Sorotan Kajian


(April 2011)

GOOI BEE SUNG (2010), Ban On Plastic Bags Usage : Is It A Right Move ? University
Sains
Malaysia

Maher Ali (2014). The Impact of Plastic Bags on Environment : A field survey of thecity of
sana’a and the surrounding areas,Sana’a University, Yemen.

Notem, B. A. (2002). Pemanasan global: punca dan kesannya terhadap ekosistem dan
hidupan. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains
Malaysia.

Rahman, H. A., & Suppian, R. (2015). Pemanasan global: impak kepada masyarakat dan
kesihatan. Sintok, Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Reo de Jenerio Declaration. 2010. Rio Declaration on Environment and Development.


http://www.unep.org/Documents.Multilingual/Default.asp?
DocumentID=78&ArticleID=1163 [17 Januari 2010].

11

Anda mungkin juga menyukai