Anda di halaman 1dari 1

Jenis Karangan: Fakta

NOTA

1. Karangan fakta memerlukan murid memberikan pendapat,


idea atau saranan tentang tajuk yang diberi.
2. Kata kunci karangan fakta meminta murid menulis
kebaikan, kepentingan, faedah atau cara-cara.
3. Murid memahami kehendak soalan dan mempunyai
pengetahuan yang luas tentang tajuk.
4. Karangan ini memerlukan murid menyatakan sekurang-
kurangnya empat isi penting dan menghuraikan isi
dengan baik berserta contoh yang sesuai.
5. Karangan ini mengandungi pendahuluan, empat isi
penting diikuti huraian dan penutup.
6. Murid perlu menggunakan bahasa yang jelas dan tepat
untuk menulis karangan fakta.
7. Setiap perenggan boleh dimulakan dengan penanda
wacana seperti selain itu, di samping itu, seterusnya,
selanjutnya, justeru, oleh itu dan banyak lagi.
8. Murid digalakkan menggunakan peribahasa yang sesuai
untuk dikelaskan dalam kalangan cemerlang.
9. Elakkan menggunakan bahasa yang meleret-leret seperti
karangan cerita.