NOTA Tatabahasa 1
NOTA Tatabahasa 1
A. Kesalahan istilah:
Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai
dengan kehendak ayat atau situasi.
Contoh 1:
Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara.
Betul: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara.
Contoh 2:
Salah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.
Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.
Contoh 3:
Salah: Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan pada borang di atas meja tersebut
sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
Betul: Pekerja yang mengambil cuti itu menurunkan tandatangan pada borang di atas meja tersebut
sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
Contoh 4:
Salah: Ibu menghadiahi kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Betul: Ibu menghadiahi kakak sebuah telefon bimbit kerana mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
B. Kesalahan tatabahasa:
Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalam pembinaan ayat yang gramatis.
Kesalahan ini melibatkan kesalahan hukum tatabahasa.
Contoh 1:
Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia.
Contoh 2:
Salah: Azim diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu.
Betul: Azim diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat pertandingan itu.
Contoh 3:
Salah: Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para
pemain gagal menjaringkan gol.
Betul: Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para
pemain gagal menjaringkan gol.
Contoh 4
Salah: Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan pemeliharaan Pulau Kerdas.
Betul: Terdapat beribu-ribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan pemeliharaan Pulau Kerdas.