Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KONSEP PENGGUNAAN TABLET DI RUMAH DAN PRASEKOLAH

UNTUK PEMBANGUNAN KEMAHIRAN LITERASI AWAL

RINA ZAFIRAH JAKRIN


Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Kanak-kanak pada masa kini yang hidup dalam komuniti berasaskan teknologi, menggunakan tablet
untuk melibatkan diri dengan dunia digital. Tablet popular dalam kalangan murid cilik prasekolah
kerana keistimewaannya seperti skrin mudah sentuh, kemudahan untuk memuat turun aplikasi dan
mudah alih untuk dibawa ke mana sahaja. Penyelidikan ini adalah berkaitan penggunaan aplikasi
tablet dalam pembangunan literasi awal kanak-kanak di rumah dan prasekolah. Tablet dilihat
mempunyai potensi dalam membangunkan kemahiran awal menulis dan mengecam huruf. Namun,
kualiti aplikasi dalam tablet yang digunakan dan bimbingan penggunaan tablet di rumah dan
prasekolah oleh ibu bapa dan guru perlu diambil kira dalam menyokong perkembangan literasi awal
kanak-kanak. Cadangan penyelidikan masa depan dan rekomendasi kepada ibu bapa dan guru juga
dibincangkan.

Kata Kunci: tablet, aplikasi, kemahiran literasi awal, prasekolah, rumah, ibu bapa, guru.

Pengenalan

Berbanding dengan peranti digital lain seperti komputer riba, komputer peribadi, dan
telefon mudah alih, tablet adalah lebih popular dalam kalangan kanak-kanak dan trend ini
semakin meningkat (Livingstone et al., 2014; Ofcom, 2014; Siegle, 2013). Dengan
meningkatnya akses kepada tablet di rumah dan prasekolah, kanak-kanak kecil
membelanjakan sebahagian besar waktu mereka menggunakan tablet untuk hiburan dan
tujuan pendidikan, meneroka internet dan berkomunikasi.

Penggunaan dan penerokaan tablet oleh kanak-kanak kecil dapat membangunkan


pelbagai kemahiran dan operasi teknikal mereka seperti membuka kunci peranti, navigasi,
pemilihan menu, dan menggunakan gerak isyarat sentuhan yang berbeza pada skrin tablet
seperti seretan atau menekan (Michael Cohen dan USDOE, 2011). Sebagai contoh, kajian
terhadap sepuluh buah keluarga di UK (dengan kanak-kanak berumur 0-5) di rumah mereka
mendapati bahawa kanak-kanak kecil merupakan pengguna tablet yang kompeten dengan
kebolehan menavigasi antara ikon dan penggunaan aplikasi dengan rangsangan visual dan
audio (Livingstone et al.,2014).

Dalam persekitaran Prasekolah, tablet dilihat sebagai medium untuk bermain,


berkomunikasi, dan mengekspresi diri (Geist, 2014), yang merangsang interaksi sosial yang
positif, komunikasi yang bermakna, motivasi untuk belajar (Flewitt, Messer, dan Kucirkova,
2014; Hatherly dan Chapman, 2013),dan menggalakkan sikap berdikari dalam pembelajaran
(Conn, 2012; Lee, 2015). Tablet boleh digunakan di dalam bilik darjah untuk
mengintegrasikan pembelajaran, menambahkan kesukaran tahap cabaran dalam pembelajaran,
memberi maklum balas dan ganjaran (Riconscente, 2013). Sehubungan itu, tablet telah
digunakan sebagai panduan di dalam bilik darjah, dan dalam kumpulan kecil untuk pelbagai
tujuan bagi menyokong pertumbuhan aspek literasi awal dalam persekitaran prasekolah
(Beschorner et al. 2013; Huang et al. 2013; Northrop dan Killeen, 2013).

Walaupun anak-anak kecil ini mampu menggunakan tablet secara berdikari,


scaffolding daripada ibu bapa dan guru turut diperlukan. Scaffolding (Wood, Bruner, dan
Ross, 1976) adalah proses di mana ibu bapa, guru arau rakan sebaya menyediakan kanak-
kanak dengan panduan sebagai bantuan dalam menyelesaikan tugas.

Kerangka Teori / Kajian

Alat Bantu  Scaffolding


Perkembangan Mengajar daripada ibu bapa
kemahiran literasi berteknologi dan guru
awal kanak-kanak
 Tablet  Pengetahuan guru
berkenaan
 iPad pedagogi dan
kandungan
kurikulum.

Rajah 1 : Kerangka konseptual kajian terhadap penggunaan tablet atau ipad dalam
perkembangan kemahiran literasi awal kanak-kanak.

Rajah 1 di atas menunjukkan fungsi alat bantu mengajar berteknologi dalam


membantu perkembangan kemahiran kanak-kanak awal umur. Kerangka konseptual kajian
ini diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian Noor Aini (2013). Melalui alat bantu mengajar
berteknologi seperti tablet dan iPad akan menjadi penggerak kepada murid untuk belajar
kerana lumrah kanak-kanak khususnya menyukai sesuatu yang bersifat interaktif dan menarik.
Namun begitu, keberkesanan alat bantu mengajar berteknologi dalam peningkatan kemahiran
awal kanak-kanak bergantung kepada scaffolding daripada ibu bapa dan guru selain
pengetahuan guru berkenaan pedagogi dan kandungan kurikulum dalam konteks pengajaran
dalam persekitaran bilik darjah prasekolah.
Penggunaan tablet di rumah

Pendedahan kanak-kanak terhadap bahan cetak bermula melalui interaksi mereka


bermain dengan tablet di rumah (McManis and Gunnewig, 2012). Sebagai contoh,
Livingstone et al. (2014) melihat murid prasekolah di UK menggunakan tablet di rumah
mereka untuk mencari maklumat di internet dan bermain dengan aplikasi yang berbentuk
pendidikan dan hiburan. Kemahiran literasi awal kanak-kanak dalam kajian Livingstone et al.
(2014) telah dikenalpasti sewaktu mereka bermain dengan tablet dan tahu menggunakan
perkataan asas pada butang skrin tablet seperti Play, Ok, Click, Next. Kemahiran fonetik awal
mereka juga diperhatikan sewaktu menaip perkataan di Google atau YouTube. Peningkatan
kesedaran awal kanak-kanak terhadap cetakan dan ikon pada tablet kemungkinan mempunyai
persamaan dengan cara mereka mengembangkan pemahaman cetakan secara bukan digital
(Neumann dan Neumann, 2014). Sejauh mana kanak-kanak pada peringkat awal ini dapat
mengembangkan pengetahuan memahami cetakan ke peringkat yang lebih susah untuk
memahami ikon pada skrin tablet apabila bermain secara bebas masih tidak diketahui. Walau
bagaimanapun, terdapat bukti yang dapat dilihat bahawa interaksi antara ibu bapa dan anak
sewaktu menggunakan tablet boleh memainkan peranan utama yang dapat menyokong
perkembangan literasi awal kanak-kanak. Sehingga kini, kajian terhadap peningkatan literasi
awal kanak-kanak dan tablet dalam konteks di rumah masih terhad (Kucirkova, Messer,
Sheehy, dan Flewitt, 2014). Walau bagaimanapun penggunaan tablet untuk menyokong
perkembangan literasi awal kanak-kanak melalui scaffolding di rumah adalah tidak mustahil.

Penggunaan tablet di prasekolah


Kajian kualitatif dalam persekitaran prasekolah telah meneliti bagaimana tablet
membantu meningkatan kemahiran literasi awal seperti kemahiran pra-tulis (Beschorner dan
Hutchison (2013), Bigelow (2013), Crescenzi et al., 2014) dan kemahiran mengecam huruf
(Huang et al.,2013). Sebagai contoh, Huang et al. (2013) dalam kajian beliau mengenai
bagaimana guru prasekolah menggunakan aplikasi memadankan ABC (menyeret huruf
merentasi skrin dengan jari untuk membuat perkataan),dan aplikasi ABC Letter Tracing telah
membantu murid prasekolah dalam pembelajaran celik huruf. Kajian kes melaporkan bahawa
melalui penggunaan tablet, terdapat peningkatan dalam mengecam dan membunyikan huruf
selain meningkatkan keyakinan, motivasi dan fokus dalam pembelajaran.

Tablet telah digunakan untuk pengajaran kelas secara keseluruhan,secara bebas, dan
dalam kumpulan kecil untuk pelbagai tujuan bagi menyokong perkembangan literasi awal
kanak-kanak dalam konteks pembelajaran prasekolah di dalam bilik darjah (Beschorner dan
Hutchison, 2013; Huang, Clark, dan Wedel, 2013; Northrop dan Killeen, 2013).

Guru-guru prasekolah juga memainkan peranan utama dalam scaffolding bagi aktiviti
penulisan mengunakan iPad dengan menggunakan pelbagai pendekatan seperti rangsangan
fizikal menekan papan kekunci bagi aktiviti mengecam huruf selain memberi galakan
(Bigelow, 2013), dan bertanya soalan (Beschorner dan Hutchison, 2013). Sentuhan
pergerakan yang paling mudah bagi kanak-kanak adalah tap dan swipe, bagaimanapun
terdapat kanak-kanak meminta guru mereka bantuan teknikal bagi pergerakan yang sukar
(contohnya, pinch atau stretch; Bigelow, 2013).

Perbincangan
Walaupun bilangan kajian terhadap tablet dalam dan perkaitan perkembangan literasi
awal dalam konteks persekitaran prasekolah dan di rumah adalah terhad pada masa kini,
terdapat beberapa bukti bahawa tablet boleh menyokong aspek literasi awal seperti pra-
menulis dan pembelajaran huruf (Beschorner dan Hutchison, 2013; Bigelow, 2013; Crescenzi
et al., 2014; Huang et al., 2013).Walau bagaimanapun, hubungan antara tablet dan kemahiran
literasi awal adalah kompleks. Berdasarkan kajian, terdapat dua ciri yang dikenal pasti
memberikan impak yang besar iaitu kualiti aplikasi yang digunakan dalam tablet dan
bagaimana ibu bapa menguruskan penggunaan tablet secara berkesan terhadap kanak-kanak.
Pengalaman yang diperolehi dengan tablet dan hasil kemahiran yang muncul adalah
bergantung pada kualiti aplikasi celik huruf dan variasi dalam kualiti aplikasi celik huruf yang
telah dikaji oleh penyelidik ( Sandvick, Smordal, dan Osterud, 2012; Verenikina dan Kervin,
2011). contohnya, aplikasi the see and Say app untuk prasekolah telah dikaji oleh Sandvik et
al. (2012) dan didapati kurang mencabar berbanding aplikasi Puppet Pals.
Aplikasi yang direka yang pada asalnya untuk membuat latihan bagi pembangunan
literasi mungkin juga mempunyai ciri yang mengurangkan tumpuan kanak-kanak dalam
aktiviti membaca dan menulis. Sebagai contoh, Bigelow (2013) melaporkan bahawa
sesetengah kanak-kanak dalam kajian mereka menjadi terganggu melalui iklan dalam aplikasi
iWrite. Kebimbangan lanjut mengenai pemilihan aplikasi adalah iklan komersil yang
diselitkan terutama aplikasi yang disediakan secara percuma. Sebagai contoh external links
dan pop up adds yang mempunyai kesan menjengkelkan kanak-kanak dan mengganggu
pembelajaran mereka (Holloway, Green, dan Love, 2014). Adalah amat penting untuk ibu
bapa dan guru menilai secara kritis dalam memilih kualiti aplikasi literasi dalam tablet untuk
pembelajaran kanak-kanak. Hal ini tidak boleh dipandang ringan (Chau, 2014; Graves, 2012;
More dan Travers, 2013). Penekanan kritikal terhadap reka bentuk dan pemilihan aplikasi
dalam tablet akan dapat meningkatkan perkembangan literasi awal kanak-kanak. (Lee,2015;
More dan Travers, 2013).

Rumusan dan Kesimpulan


Kanak-kanak kecil belajar tentang literasi melalui pelbagai pengalaman sama ada
melalui bahan cetak bukan digital seperti buku cerita, papan tanda atau label mahupun
cetakan digital pada komputer atau tablet. Kedua-duanya memberikan pengalaman awal
kepada mereka dalam memebentuk kemahiran literasi. Walau bagaimanapun, penggunaan
tablet untuk tujuan meningkatkan kemahiran literasi awal kanak-kanak memerlukan kajian
yang lebih lanjut. Penyelidik, pendidik, pemaju aplikasi,dan pembuat polisi perlu memastikan
bahawa aplikasi untuk kanak-kanak direka dengan standard yang ketat, mempunyai asas teori
yang kuat, dan standard yang tinggi. Ibu bapa dan guru perlu bersedia dengan strategi
scaffolding yang berkesan terhadap penggunaan tablet oleh kanak-kanak awal umur selain
pemilihan aplikasi literasi yang berpotensi meningkatkan kemahiran literasi awal anak-anak.
RUJUKAN

Beschorner B and Hutchison A. 2013. iPads as a literacy teaching tool in early childhood.
International Journal of Education in Mathematics, Science and Technology
1(1):16- 24.

Bigelow EC .2013. Write: Digital message making practices of young children. PhD
Thesis, Vanderbilt University, USA.
http://gradworks.umi.com/35/75/3575558.html

Chau C.2014.Positive Technological Development for Young Children in the Context of


Children's Mobile Apps (PhD Thesis). Tufts University, USA.
http://gradworks.umi.com/3624692.pdf

Crescenzi L, Jewitt C and Price S. 2014. The role of touch in preschool children’s
learning using iPad versus paper interaction. Australian Journal of Language and
Literacy 37: 87-95.

Conn C. 2012. Managing and maximising a class set of iPads. Learning and Leading with
Technology. June/July: 32-33.

Flewitt R, Messer D and Kucirkova N. 2014. New directions for early literacy in a
digital age: The iPad. Journal of Early Childhood Literacy.

Geist E. 2014. Using tablet computers with toddlers and young pre-schoolers. Young
Children 69 (March): 58-63

Graves A.2012. Here to stay mobile technology and young children in the library. Children
and Libraries Winter: 52-54

Holloway D, Green L and Love C. 2014. ‘It’s all about the apps’: parental mediation of
preschoolers’ digital lives. Media International Australia 153(Nov): 148-156

Huang S, Clark N and Wedel W. 2013. The use of an iPad to promote preschoolers’
alphabet recognition and letter sound Practically Primary 18(1): 24-16.

Hatherly A and Chapman B. 2013. Fostering motivation for literacy in early childhood
education using iPads. Computers in New Zealand Schools: Learning,Teaching,
Technology 25(1-3): 138-151.

Lee L. 2015. Digital media and young children’s learning: A case study of using iPads in
American preschools. International Journal of Information and Education Technology
5(12): 947-950.

Livingstone S, Marsh J, Plowman L, Ottovordemgentschenfelde S and Fletcher-Watson


B.2014. Young children (0-8) and digital technology: a qualitative exploratory study
national report - UK. Joint Research Centre, European Commission, Luxembourg.
http://eprints.lse.ac.uk/60799/
More CM and Travers JC (2013) What's app with that? Selecting educational apps for young
children with disabilities. Young Exceptional Children 16(2): 15-32.

McManis LD and Gunnewig SB (2012) Finding the education in educational technology with
early learners. Young Children 67(3): 14-24.

Michael Cohen Group and USDOE [US Department of Education]. 2011. Young children,
apps and iPad. New York, NY: Michael Cohen Group.
http://mcgrc.com/wpcontent/uploads/2012/06/ipad-study-cover-page-report-mcg-
info_new-online.pdf’

Neumann, Michelle, Neumann, David. 2017. The use of touch-screen tablets at home and
pre-school to foster emergent literacy. Journal of Early Childhood Literacy. 17(2).
Noor Aini Ahmad. 2014. Mengintegrasi Teknologi Komunikasi dan Maklumat Sebagai
Media Pengajaran Bahasa dalam Kalangan Kanak-kanak Awal Umur. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu 4(2) : 36-43

Northrop L and Killeen E.2013. A framework for using iPads to build early literacy skills.
The Reading Teacher 66(7): 531–537.

Ofcom.2014. Children and Parents: Media Use and Attitudes Report. London: Office of
Communications.
http://stakeholders.ofcom.org.uk/binaries/research/medialiteracy/media-use-attitudes-
14/Childrens_2014_Report.pdf

Riconscente MM. 2013. Results from a controlled study of the iPad fractions game
motion math. Games and Culture 8(4): 186-214.

Sandvik M, Smørdal O and Østerud S .2012. Exploring iPads in practitioners' repertoires for
language learning and literacy practices in kindergarten. Nordic Journal of Digital
Literacy 7(3): 204-220.

Siegle D . 2013. iPads: Intuitive technology for 21st-century student. Gifted Child Today
36(2): 146-150

Verenikina I and Kervin L .2011. iPads, digital play and pre-schoolers. He Kupu 2(5): 4-19.

Anda mungkin juga menyukai