Anda di halaman 1dari 5

Cara Menulis Aktiviti Dalam RPH Dengan Betul

Bagaimana cara menulis RPH yang betul? Kita sering kali melihat gaya penulisan Rancangan
Pengajaran Harian yang berbeza-beza, ada yang ringkas, ada yang terlalu padat dan ada yang
mengikut format serta kehendak penulisan RPH Abad 21.

Di sini ingin dikongsikan cara menulis RPH, tetapi difokuskan di sini cara menulis aktivti. Panduan ini
adalah hasil perkongsian asal dari SISC Azura.

Cara menulis aktiviti di dalam RPH


Aktiviti yang dirancang mestilah menunjukkan cara objektif dicapai.
Aktiviti mesti ditulis dengan jelas dalam bentuk ayat lengkap, dan bukan hanya menulis perkataan.
Kesalahan yang berlaku adalah hanya menulis perkataan sahaja seperti:

1. Soal jawab.
2. Perbincangan
3. Penerangan
4. Latihan
5. Sumbang saran

Sepatutnya aktiviti ditulis seperti berikut:

1. Murid dan guru bersoal jawab tentang video yang ditonton.


2. Murid dalam kumpulan meneroka maklumat daripada pelbagai sumber berdasarkan kad arahan.
3. Wakil kumpulan membuat pembentangan.
4. Murid dan guru membuat penambahbaikan dan penjelasan lanjut berserta soal jawab.
5. Murid dalam kumpulan menyelesaikan masalah mengikut aras.
6. Murid dan guru membuat semakan dan peneguhan.
___________
Ya, apabila kita menulis dalam bentuk ayat barulah jelas, apa aktiviti yang hendak kita lakukan. kalau
sekadar menulis soal jawab atau pebincangan, kita juga tidak jelas kaedah bagaimana yang
digunakan.

Dikongsikan juga di sini, perkara yang perlu ada di dalam RPH Abad 21, ini antara contoh yang
disarankan mungkin ada yang berbeza dan lebih ringkas daripada yang ini.

CONTOH ITEM DI DALAM RPH ABAD 21

Minggu/ Tarikh/ Hari Kelas/ Masa/ Mata Pelajaran

Bidang Pembelajaran Objektif/ Kriteria Kejayaan

Aktiviti ABM/ BBM

Elemen Merentas Kurikulum Tahap Pemikiran/ KBAT

Penilaian Pengajaran dan


Peta Pemikiran ITHINK
Pembelajaran

Tahap Penguasaan Penilaian

Impak/ Refleksi Kehadiran

Item ini mungkin tidak sama bagi semua subjek, sekiranya Panitia anda telah tetapkan contoh RPH
tersendiri terpulanglah pada saranan Jurulatih Utama atau PPD di tempat anda.

Berbalik semula kepada aktiviti yang boleh dilaksanakan di dalam PA 21, sebenarnya terdapat
pelbagai aktiviti yang boleh kita tulis, namun begitu tidak semua yang ditulis di RPH mampu
diterjemahkan semasa PdPc. Ini berikutan kerana terdapat beberapa faktor yang tidak dapat
dielakkan seperti kekangan masa, ingin mengejar silibus, masalah murid belum menguasai topik
lepas, belum mahir membaca dan sebagainya.

Walaubagaimanapun kita percaya guru sangat memahami murid-murid mereka, kata orang kita
sahaja kenal murid kita, kita tahu masalah mereka.

Apapun kaedah atau cara aktiviti kita lakukan yang penting murid dapat faham dan menguasai topik,
serta mencapai objektif pembelajaran. Jangan lupa rujuk Borang Standard 4 sebagai panduan
melihat kriteria yang diperlukan dalam pencerapan Pdp Abad 21.
Borang Penskoran Standard 4: PDPC
Borang Penskoran Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Di dalam SKPMg2 Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran
(PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian
murid pada tahap optimum secara berterusan.
Berikut adalah Borang Standard 4, iaitu intrumens penilaian bagi PdPc guru. Boleh MUAT TURUN versi
PDF pada pautan di bawah.
Pelbagai kriteria yang dinilai oleh penilai.
 Guru sebagai perancang.
 Guru sebagai pengawal.
 Guru sebagai pembimbing.
 Guru sebagai pendorong.
 Guru sebagai penilai.
 Murid sebagai pembelajar aktif.

Guru sebagai perancang bermaksud guru mempunyai perancangan dalam melaksanakan pdpc. Ia
sebenarnya adalah apa yang telah ditulis di dalam RPH.
Guru sebagai pengawal pula merupakan elemen penting, guru bertanggungjawab mengelola kelas
dengan aktiviti yang telah disusun.

Cara guru menguruskan murid di dalam kelas juga akan dilihat dalam Standard 4 SKPMG2 ini.

Muat turun borang Standard 4 di sini :

Standard 4 PDPC
Borang Standard 4 PDF

Anda mungkin juga menyukai