Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT LAWATAN KE ZOO NEGARA 2010

MINIT MESYUARAT
LAWATAN KE ZOO NEGARA

Tarikh : 24 September 2010


Masa : 8 p.m – 10 p.m
Tempat : Bilik M211 Fakulti Pendidikan
Kehadiran : 29 ahli Lawatan ke Zoo Negara

Bil. Perkara Tindakan


1 Ucapan alu-aluan Pengarah Lawatan ke Zoo Negara

Pengarah Lawatan Zoo Negara, Saudara Aqeel bin Idrus membuka


mesyuarat tepat jam 8.30 p.m dan mengucapkan ribuan terima kasih
atas kehadiran ahli persatuan.
2 Ketidakhadiran Ahli

Jumlah ahli yang tidak hadir:- 0 orang


3 Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

Disahkan oleh: Siti Nadiah Ibni Hajar


Disokong oleh: Norhayati Abdul Samad
4 Perkara Penting

4.1 Pembahagian Tugas


4.1.1 Pengangkutan
Pengarah program menyerahkan tugas kepada AJK
Logistik dan Keselamatan, Saudara Mohamad Ikhtar
untuk mendapatkan bas UiTM dari pengurusan fasiliti
UiTM. AJK Logistik dan Keselamatan
menerangkan jadual bas UiTM dan perbincangan dengan
pihak pengurusan akan dijalankan pada 25 September
2010.

4.1.2 Makanan
Pengarah program menyerahkan tugas kepada AJK
Makanan, Saudara Mohammad Noor Shazwan untuk
mendapatkan bekalan makanan untuk 60 orang peserta
Lawatan Zoo Negara dan memberi tarikh 28 September
2010 sebagai tarikh akhir untuk mencari pembekal
makanan. AJK Makanan menerangkan akan memberi
MINIT MESYUARAT LAWATAN KE ZOO NEGARA 2010

keputusan pada mesyuarat akan datang.

4.1.3 Surat Jemputan


Pengarah program menyerahkan tugas kepada Setiausaha
program, Saudari Nurul Aniza untuk menjemput
pensyarah pengiring. Setiausaha program menerangkan
semua surat jemputan sudah dihantar dan keputusan
belum diberikan oleh pensyarah pengiring. Pengarah
mencadangkan agar pensyarah pengiring yang tidak dapat
hadir digantikan dengan pensyarah pengiring yang lain.
4.2 Penyelarasan program

AJK Program, Saudara Nur Muhammad menerangkan tentang


aktiviti – aktiviti yang akan dijalankan di Zoo Negara. Antaranya
ialah:-

Aktiviti- aktiviti di Zoo Negara:


1. ‘Treasure Hunt’
- Program ini akan dijalankan pada 2 Oktober 2010 pada
sebelah pagi iaitu dari pukul 9 a.m hingga 12 p.m. Terdapat
5 ‘checkpoint’ yang perlu dilalui oleh peserta-peserta dan 2
orang ahli akan ditugaskan di setiap ‘checkpoint’.

2. Melawat sekitar Zoo Negara


- Peserta akan diberi peluang untuk menonton pertunjukan
haiwan pada pukul 3 p.m dan selepas itu peserta boleh
melakukan aktiviti bebas.

5 Hal – hal Berbangkit

Tiada.
6 Masa, Tarikh, dan Tempat untuk mesyuarat seterusnya

Pengarah program telah memutuskan mesyuarat seterusnya akan Setiausaha


diberitahu kemudian. Setiausaha program akan mengeluarkan notis
pemberitahuan mesyuarat seterusnya.
7 Penutup

Pengarah program Zoo Negara mengucapkan terima kasih kepada


semua ahli Lawatan ke Zoo Negara yang terlibat dalam mesyuarat dan
menutup mesyuarat tepat jam 10 p.m.
MINIT MESYUARAT LAWATAN KE ZOO NEGARA 2010

Disahkan oleh, 25 September


2010

________________________
(SITI NADIAH IBNI HAJAR)
Presiden,
Science Education Society (SEEDS)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi MARA

Disediakan oleh,

______________________________
(NURUL ANIZA BT MOHD ROSLI)
Setiausaha Program Lawatan Zoo Negara,
Science Education Society (SEEDS)

Anda mungkin juga menyukai