Anda di halaman 1dari 2

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

TAJUK 24 RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW UstDi, NDr 011-10095423

1. Nabi Muhammad SAW merupakan seorang Nabi dan Rasul terakhir yang diutuskan oleh
Allah Taala untuk menerima RAHMAT ke seluruh alam.
2. Allah Taala memelihara kehidupan baginda Nabi SAW sejak kecil hinggalah kewafatan
baginda Nabi SAW.
3. Yang berikut merupakan biodata Nabi Muhammad SAW;
1. Nama Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim
2. Nama Ibu Aminah Binti Wahab
3. Tarikh Lahir 12 Rabiul Awal Tahun Gajah
4. Tempat Lahir Makkah
5. Gelaran Al-Amin
6. Kuniyah Abu Al-Qasim
7. Nama Lain Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-‘Aqib
8. Ibu Susuan Suwaibah Al-Aslamiyyah & Halimatus Saadiah
9. Pengasuh Ummu Aiman
10. Isteri-isteri 1. Khadijah binti Khuwailid.
2. Aisyah biti Abu Bakar.
3. Zainab binti Jahsyi.
4. Ummu Salamah binti Abu Umaiyah.
5. Safiyyah binti Huya.
6. Hafzah binti Umar.
7. Maimunah binti al-Haris.
8. Juwairiyyah binti al-Haris.
9. Ummu Habibah binti Abu Sufian.
10. Saudah binti Zam’ah.
11. Mariah al-Qibtiyyah.
12. Zainab binti Khuzaimah.
11. Anak 1. Al-Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Ruqayyah
5. Ummu Kalsum
6. Zainab
7. Fatimah al-Zahra’
12. Tarikh Wafat 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah
13. Tempat Wafat Madinah al-Munawwarah
4. Kuniyah ialah panggilan kepada seseorang di samping nama atau gelaran dengan
meletakkan “Abu” bagi lelaki dan “Ummu” bagi perempuan di awal sesuatu nama.
5. Nabi Muhammad berasal daripada keturunan bangsawan Arab Quraisy iaitu golongan
yang terkenal dan berpengaruh dalam kalangan masyarakat Arab.
6. Keturunan bapa dan ibu Baginda bersatu pada datuk baginda bernama KILAB.
7. Bapa baginda bernama Abdullah bin Abdu Mutalib dan ibu Baginda Aminah binti
Wahab.
8. Sifat fizikal Nabi Muhammad SAW ialah;
a. Sederhana tinggi dan berbadan tegap;
b. Rambut ikal mayang dan sentiasa kelihatan berminyak;
c. Bulu mata lentik dan mata hitam yang pekat;
d. Memiliki rupa paras yang amat tampan, sentiasa ceria dan segak.

1
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1
TAJUK 24 RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW UstDi, NDr 011-10095423

9. Selepas lahir, Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh Halimatus Saadiah yang tinggal di
perkampungan Bani Saad.
10. Malaikat Jibril membedah dada Nabi Muhammad SAW ketika berusia 4 tahun.
11. Ketika nabi Muhammad SAW berusia 6 tahun, ibu Baginda SAW meninggal dunia di
Abwak.
12. Setelah ibu Baginda meninggal dunia, Baginda dipelihara oleh datuk Baginda iaitu Abdul
Mutalib.
13. Ketika berusia 12 tahun Baginda mengikut bapa saudara Baginda Abu Talib berniaga di
negeri Syam.
14. Ketika berusia 25 tahun, Baginda SAW berkahwin dengan Saidatina Khadijah dan
dikurniakan 6 orang anak. [rujuk jadual atas]
15. Ketika berusia 40 tahun, Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama dan
diperintahkan menyampaikan dakwah.

Anda mungkin juga menyukai