Anda di halaman 1dari 23

PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN LUTONG, MIRI MIRI

98000 MIRI
SARAWAK

KERTAS KERJA

MINI SUKANEKA PRASEKOLAH

Disediakan oleh
PUAN MOZIANA BINTI ABDUL RAHMAN

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

MOZIANA BINTI ABDUL RAHMAN SAUFIE BIN HAJI SAAIT


PENYELARAS UNIT PRASEKOLAH GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN LUTONG, MIRI SEKOLAH KEBANGSAAN LUTONG, MIRI
MIRI MIRI

1
TUJUAN

Sebagai satu program bersama sekolah dan ibubapa dalam

menjalankan projek kokurikulum peringkat kanak-kanak

prasekolah

2
1.0 PENGENALAN

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya

kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka

mempunyai peranan yang penting dalam Tunjang Fizikal dan estetika bagi murid-murid

prasekolah . melalui permaian permainan sukaneka, kanak-kanak dapat membina sifat

jasmani dan sosial seperti yang diingini. Berdasarkan kepada objektif Tunjang Fizikal dan

estetika, murid boleh melakukan kemahiran motor halus dan asas kemahiran motor kasar

dengan cara yang betul; membina tabiat menjaga kebersihan fizikal diri dan kebersihan

persekitaran serta menjaga keselamatan diri. Dari segi pemupukan Tunjang ketarampilan

diri, murid akan lebih mengenali emosi sendiri dan emosi orang lain, berkebolehan untuk

mengawal emosi sendiri, mempunyai konsep kendiri yang positif. Di samping itu, murid

lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. pula,

Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran adalah beberapa contoh sifat jasmani

yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan

pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama sukaneka ini diadakan adalah bertujuan memupuk semangat

kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta terutamanya kanak-

kanak dalam menjalankan aktiviti yang dirancang. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka

yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif dikalangan kanak-kanak

dengan menunjukkan disiplin yang tinggi serta memupuk semangat berpasukan dan

bersukan . Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan

kanak-kanak tersebut aktif dan belajar melalui sukan.


3
3.0 KONSEP

Secara umumnya konsep sukaneka prasekolah merupakan satu aktiviti yang

mengandungi Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid, belajar melalui bermain, dan

aktiviti memberi keutamaan kepada pengalaman yang menyuburkan

(enriching),penglibatan aktif (engaging), selamat (safe) dan menyeronokkan (fun).

4.0 OBJEKTIF

Berdasarkan kepada keperluan kanak-kanak berkaitan Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan , aktiviti sukaneka menyediakan peluang kepada kanak-kanak

berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi

dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:

1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta

2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.

3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.

4. Membina kecergasan badan, Mempunyai tubuh badan yang sihat., serta Mempraktikkan

amalan kesihatan yang baik.

5. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar

6. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing.

7. Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan

8. Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui aktiviti-

aktiviti sukaneka yang dijalankan.

9. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan

bertanggungjawab.
4
10. Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam penghasilan

kertas kerja.

11. Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh

pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat

dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan

5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 19 SEPTEMBER 2020

Hari : SABTU

Tempat : TANAH LAPANG HADAPAN SEKOLAH KEBANGSAAN LUTONG, MIRI

6.0 KUMPULAN SASARAN/PESERTA

Semua Kanak-Kanak Prasekolah Berumur 4-6 Tahun , Sekolah Kebangsaan Lutong, Miri

Miri

5
7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA
07:00 PAGI PENDAFTARAN PESERTA
07:30 PAGI SENAMROBIK
g08:00 PAGI TAKLIMAT BERSAMA PENGADIL
08:20 PAGI SUKANEKA BERMULA
 LARI BERGANTI-GANTI SEJAUH 25 METER
 LARI BERGANTI-GANTI BAWA BOLA
 LARI MEMBAWA BOLA PING PONG
 LERET BOLA GUNA GELUNG ROTAN/PLASTIK
 ISI AIR DALAM BOTOL
09:40 PAGI REHAT
10:00 PAGI PENYAMPAIAN HADIAH DAN CABUTAN BERTUAH
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
10:30 PAGI MAJLIS BERSURAI

8.0 JAWATANKUASA INDUK MINI SUKANEKA PRASEKOLAH 2020

Pengerusi : En. Saufie bin Hj. Saait

Naib Pengerusi : En. Kiprawi @ Othman bin Mohamad

: Pn. Durie ak Jelaping

: En. Christopher Nizam

Setiausaha : Pn. Heng Siew Chern

: Pn. Moziana Abdul Rahman

Bendahari : Pn. Wendy Wan

Juruacara Majlis : Pn. Moziana Abdul Rahman

Persiapan & Alatan : En. Zulkarnain bin Senin

6
Wakil ibubapa

Pengadil : Pn. Heng Siew Chern (K)

Wakil Ibubapa

Jurufoto : En. George Langat Ngau

Senamrobik : Pn Norasyikin

Ajk PA Sistem : En. Iskanda

AJk Makanan : Pn Norashidah Bt Hussen

Wakil ibubapa

Hadiah & Cenderamata : Pn. Rohaniah bt. Musa

Penyelia Peserta : Pn. Heng Siew Chern

: Pn. Moziana Abdul Rahman

: Pn. Wendy Wan

: Wakil Ibubapa

Keselamatan : Wakil Majlis Permuafakatan Prasekolah (4 org)

9.0 JAWATANKUASA DAN BIDANG TUGAS-TUGAS

BIL BIDANG TUGAS TUGASAN


1. PENDAFTARAN/ - Mendapatkan senarai nama peserta dari setiap kelas

URUSETIA - Mendapat dan menjemput para pengadil

- Memastikan jawatankuasa kecil telah mengambil tindakan

yang sepatutnya.
2. JEMPUTAN - Memastikan nama tetamu dan jemputan.

- Mengedarkan surat jemputan.


3. BUKU PROGRAM - Menyediakan buku program dan surat jemputan kepada

/SURAT JEMPUTAN para tetamu dan pegawai bertugas.


4. SAMBUTAN UNTUK - Mengendalikan majlis sambutan dan majlis penutupan.

PENUTUPAN PROGRAM

7
5. HADIAH DAN - Menempah cenderamata untuk Guru Besar, dan kanak-

CENDERAMATA kanak Prasekolah

- Menyediakan alatan penyampaian hadiah seperti dulang

dan lain-lain.
6. JURUFOTO - Mengambil gambar sepanjang program berlangsung.
7. JURUACARA SAMBUTAN - Mengacarakan majlis dari awal hingga akhir.

PENUTUPAN
9. TEKNIKAL/ PA SISTEM - Memastikan peralatan P.A system dalam keadaan yang

baik.
10. JAMUAN - Menyediakan tempat duduk jemputan.

GURU/PPM/MURID - Menyediakan jamuan untuk pelajar


12. PERSIAPAN ALATAN - Menyedia dan menyiapkan lorong-lorong pertandingan

mengikut stesen.

- Menyediakan semua alatan yang diperlukan untuk

pertandingan sebelum dan semasa acara sukaneka.

- Menguruskan sistem pengeluaran dan penyimpanan

semula alatan.
13. PENGELOLA PESERTA - Menyediakan peserta-peserta untuk setiap acara sebelum

memulakan pertandingan berdasarkan senarai nama

pendaftaran peserta
16. PERTOLONGAN CEMAS - Menyediakan peti pertolongan cemas.
17. TUGAS-TUGAS KHAS - Mengambil, mengumpul dan menghantar markah ke meja

urusetia.

- Menyediakan papan skor.

- Tugasan semasa jika diperlukan.

8
10.0 ANGGARAN KEWANGAN DAN PERALATAN

10.1 Pendapatan

Dana yang diperolehi adalah daripada Geran Khas Sarawak yang diperolehi pada

tahun 2020 .

10.2 Perbelanjaan

BIL PERKARA HARGA / UNIT (RM) JUMLAH (RM)


1. Jamuan Untuk Kanak- RM 5.00 X 50 =RM 250.00

Kanak
2. Hadiah

a. Medal emas RM 3.50 X 20 =RM 70.00

b. Medal perak RM 3.50 X 20 =RM 70.00

c. Medal gangsa RM 3.50 X 20 =RM 70.00


4 Peralatan sukan Bola ping pong 3 set = RM 50.00

Straw 1 innos = RM 10.00

lain-lain =RM 100.00


4 Jamuan ringan Rm 5.00X 50 orang = RM250.00
5 Minuman RM10.00 x 6 kotak = RM 60.00
6 Hamper RM 30.00 X 1 =RM70.00

RM 20.00 X 2
JUMLAH KESELURUHAN RM 1000.00

9
10.3 KEPERLUAN PERALATAN

Alatan Kuantiti
Skittle 10 buah
Bola 10 biji bola
Bola pingpong 10 biji bola
Sudu 10
Botol kaca 5
Span 5
Baldi 5
Botol mineral 2 kotak (24 botol kecil)
Gelung rotan/plastik 10

11.0 PROSEDUR PELAKSANAAN ACARA PERTANDINGAN

BIL ACARA LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI

10
1. LARI BERGANTI-GANTI SEJAUH Peserta akan berlari ke arah 25 meter secara

25 METER berganti-ganti dengan membuat satu pusingan

larian . Peserta perlu mengelilingi skitel dan

Alatan : bergerak semula ke tempat permulaan.

- Skitel Permainan akan diteruskan oleh peserta yang

lain di dalam kumpulan tersebut. Kumpulan

yang tamat melakukan permainan terlebih

dahulu akan dikira sebagai pemenang.


2 LARI BERGANTI-GANTI BAWA Peserta akan membawa bola sambil berlari ke

BOLA arah 25 meter secara berganti-ganti dengan

membuat satu pusingan larian . Peserta perlu

Alatan : mengelilingi skitel dan bergerak semula ke

- bola tempat permulaan. Permainan akan diteruskan

- Skitel oleh peserta yang lain di dalam kumpulan

tersebut. Kumpulan yang tamat melakukan

permainan terlebih dahulu akan dikira sebagai

pemenang.
3 LARI BAWA BOLA PING PONG Peserta akan membawa bola pingpong

Alatan : menggunakan sudu sambil berlari ke arah 15

- Bola pingpong meter secara berganti-ganti dengan membuat

- Sudu satu pusingan larian . Peserta perlu

- Skitel mengelilingi skitel dan bergerak semula ke

tempat permulaan. Permainan akan diteruskan

oleh peserta yang lain di dalam kumpulan

11
tersebut. Kumpulan yang tamat melakukan

permainan terlebih dahulu akan dikira sebagai

pemenang.
4 LERET BOLA GUNA GELUNG Peserta akan membawa bola berlari sejauh 25

ROTAN/PLASTIK meter menggunakan gelung rotan.plastik.

peserta perlu leret bola dan patah balik ke

Alatan : garisan permulaan. Permainan akan diteruskan

- bola oleh peserta yang lain di dalam kumpulan

- Skittle tersebut. Kumpulan yang tamat melakukan

- Gelung rotan/plastik permainan terlebih dahulu akan dikira sebagai

pemenang.
5 ISI AIR DALAM BOTOL GUNA Peserta bagi setiap kumpulan akan bergilir-

SPAN gilir untuk mengisi air di dalam botol

menggunakan span. Air yang terdapat di dalam

Alatan : baldi hendaklah diambil dengan memerap air

- air yang ada dalam baldi guna span dan berlari ke

- baldi arah botol disediakan. Kumpulan yang berjaya

- botol kaca mengisi air dengan banyak dengan peruntukan

- span masa 5 minit akan dikira pemenang.

12.0 PELAN TINDAKAN/PERANCANGAN

BIL PERKARA TARIKH TINDAKAN


1. Menyediakan kertas kerja 22 FEBRUARI 2020 Setiausaha
2. Mesyuarat Pertama Ahli Kumpulan 3 OGOS 2020 Semua guru dan
- Perlantikan AJK pembantu

12
- Perbincangan pengisian kertas Ajk Permuafakatan
kerja Ibubapa Prasekolah

3. Pengurusan hadiah, cenderahati, 15-30 OGOS 2020 AJK Hadiah


makanan dan juga peralatan. AJK Makanan
AJK Peralatan
4. Penyediaan Buku Program serta 15-30 OGOS 2020
borang-borang yang berkaitan.
5. Mesyuarat penyelarasan 12 SEPTEMBER Semua AJK
projek/aktiviti 2020
- Persediaan setiap AJK
6. Pelaksanaan projek/aktiviti 19 SEPTEMBER Semua AJK dibantu
2020 oleh Guru Prasekolah
dan Pembantu
Pengurusan Murid

13.0 LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN

13.1 SEBELUM PERLAKSANAAN PROGRAM

- Mengadakan perjumpaaan bersama semua ibubapa bagi menentukan lokasi, tempat,

dan tarikh perlaksanaan program

13
- Menyenaraikan beberapa senarai acara yang hendak dilaksanakan , hadiah, menu

makanan, serta surat menyurat untuk sokongan dari pihak sekolah

- Penyediaan draf kertas kerja untuk dikemaskini dan bertujuan untuk serahan kepada

pihak sekolah bagi tujuan semakan dan sebagai panduan untuk melaksanakan aktiviti

di sekolah tersebut

- Menyediakan surat-surat jemputan, buku program, tentatif program, perlaksanaan

permainan, tatacara dan peraturan permainan, serta menyenaraikan alatan serta draf

borang penyertaan

- Mengumpul kertas, kerja, draf contoh surat, buku program, borang dan senarai semak

alatan yang hendak digunakan untuk dikemaskini.

- Mengadakan mesyuarat bersama semua ibubapa, berhubung secara sms dan online dari

semasa ke semasa

- Mengadakan Mesyuarat terakhir untuk tujuan pengemaskinian. Mengaadakan gorong

royong untuk persiapan tempat , alatan dan pentas sehari sebelum acara bermula

- Memastikan semua hadiah dan cenderamata disusun dan dilabel mengikut acara yang

dipertandingkan

- Memastikan bahan-bahan dan peralatan untuk jamuan disediakan lengkap dan

mencukupi mengikut keperluan

13.2 HARI MINI SUKANEKA PRASEKOLAH 2020

13.2.1 SEBELUM

- Sebelum memulakan permainan, pastikan segala peralatan dan kawasan permainan

telah siap sedia untuk digunakan.

14
- Memastikan semua hadiah dan cenderamata disusun dan dilabel mengikut acara yang

dipertandingkan

- Memastikan bahan-bahan dan peralatan untuk jamuan disediakan lengkap dan

mencukupi mengikut keperluan

13.2.2 SEMASA

- Kumpulkan para peserta yang terlibat dengan sukaneka ini.

- Bahagikan para peserta kepada 3 kumpulan iaitu mengikut kelas masing masing.

- Memastikan semua peralatan, tempat dan pentas untuk penutupan berada dalam

keadaan sedia dan elengakp

- Terangkan cara melaksanakan setiap aktiviti dalam sukaneka ini.

- Berikan penerangan kepada semua pasukan mengenai peraturan dan syarat-syarat

permainan yang dijalankan.

- Ingatkan peserta tentang langkah-langkah keselamatan dan kaedah yang sepatutnya

digunakan dalam setiap aktiviti dalam sukaneka ini

13.2.3 SELEPAS

- Membuat senarai semak peralatan sukaneka yang telah digunakan dan diserahkan

semula kepada pihak sekolah

- Membuat surat ucapan terima kasih tanda penghargaan dan kerjasama yang

diberikan oleh pihak sekolah , guru-guru prasekolah dan pembantu pengurusan

sekolah berkenaan .

- Membuat post mortem tentang perlaksanaan program yang dijalankan.

15
13.3 Peraturan Am

- Bilangan pemain adalah seramai 5 orang bagi setiap pasukan.

- Syarat-syarat bagi setiap permainan adalah seperti yang tertakluk dalam prosedur

pelaksanaan permainan yang disediakan oleh penganjur.

16
- Sekiranya didapati terdapat penyelewengan dalam permainan, kumpulan tersebut akan

disingkirkan dari permainan.

- Keputusan pengadil adalah muktamad.

13.4 Pemarkahan

Setiap acara yang dipertandingkan mempunyai skor markah untuk dikumpulan seperti

berikut

Nombor 1 = 10 markah

Nombor 2 = 7 markah

Nombor 3 = 5 markah

Kumpulan yang mendapat skor yang terbanyak setelah selesai ke lima-lima aktiviti dikira

pemenang.

Hadiah Tempat pertama hingga ke tiga diberikan berbentuk hamper manakala saguhati

diberikan kepada semua pemenang.

14.0 PENUTUP

Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang baru

kepada para peserta. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat melaksanakan setiap

17
aktiviti untuk mencapai matlamat permainan sukaneka ini dengan sempurna supaya

mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka dapat membentuk kemahiran-kemahiran

asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia juga dapat membentuk diri para peserta

menjadi seorang yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai

bakal guru pula, apa yang penting, melalui pengelolaan sukaneka ini, kami dapat belajar

mengenai pengurusan, pengelolaan dan perlaksanaan aktiviti di sekolah nanti. Pengalaman

yang ditimba ini sedikit sebanyak dapat memudahkan tanggungjawab kami juga dapat

memberi kepuasan serta keseronokkan kepada para peserta. Mereka dapat meredakan

tekanan belajar di samping meningkatkan keyakinan mereka terhadap kemampuan dan

keupayaan masing-masing.

18
LAMPIRAN

Prasekolah Sekolah Kebangsaan Lutong, Miri


SK Lambir Village,
98000 Miri,
Sarawak

19
Guru Besar, Tarikh : 12 SEPTEMBER 2020
ENCIK Saufie Bin Hj Saait
Sekolah Kebangsaan Lutong, miri
98000 Miri
SARAWAK.

Tuan,

JEMPUTAN UNTUK MERASMIKAN MINI SUKANEKA PRASEKOLAH


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu, dengan hormatnya ingin menjemput Tuan untuk merasmikan Mini
Sukaneka Prasekolah yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 19 SEPTEMBER 2020


Hari : Sabtu
Masa : 7.00
Tempat : Ruang Legar, Sekolah Kebangsaan Lutong, Miri.

3. Oleh yang demikian, kehadiran Tuan amatlah diharapkan bagi memeriahkan lagi
sukaneka ini. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak Puan berhubungan dengan perkara
ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,


…………………………..
( Puan Moziana Bt Abdul Rahman )
Penyelaras Program
Jawatankuasa Induk Mini Sukaneka Prasekolah.

LAMPIRAN 1

CONTOH BORANG PENYERTAAN DAN BORANG KEPUTUSAN

ACARA 1 : LARI BERGANTI-GANTI ( 25 METER)

KUMPULAN BATMAN

20
BIL NAMA PESERTA
1.
2.
3.
4.
5.

KUMPULAN SUPERMAN
BIL NAMA PESERTA
1.
2.
3.
4.
5.

KUMPULAN ULTRAMAN
BIL NAMA PESERTA
1.
2.
3.
4.
5.

KUMPULAN SPIDERMAN
BIL NAMA PESERTA
1.
2.
3.
4.
5.

LAMPIRAN 2

BORANG PEMARKAHAN

21
ACARA : TANDAKAN ( √ )

1 2 3 4 5

KEPUTUSAN KUMPULAN MARKAH

Tarikh : ………………. …………………… ……………………..

(Pencatat) (Pengadil)

22
KEPUTUSAN RASMI

TEMPAT KUMPULAN MARKAH KESELURUHAN


1
2
3
4

23

Anda mungkin juga menyukai