Anda di halaman 1dari 1

Ref: 202004/JUN/006

Date: Jun 15, 2020

YBhg. Datuk Ibrahim Hj Ahmad


Brahim’s Holdings Berhad
7-05, 7th Floor, Menara Hap Seng
Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Malaysia

YBhg. Datuk,

Memohon Sumbangan Dana untuk Perbelanjaan Rumah Kebajikan Kanak- Kanak BRDB
Rotary (BRCR) Berikutan Penularan Wabak COVID-19

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

2. Adalah dimaklumkan bahawa berikutan penularan wabak COVID-19, RUMAH KEBAJIKAN


KANAK- KANAK BRDB ROTARY atau juga dikenali sebagai BRDB Rotary Children’s Residence
(BRCR) sukar meraih sumbangan dari orang ramai – Individu dan ahli perniagaan. Justeru, pihak
BRCR ingin memohon sumbangan ikhlas bagi mengumpul dana dalam membantu kanak-kanak
kurang bernasib baik di dalam penjagaan dan perlindungan kami.

3. Untuk makluman, RUMAH KEBAJIKAN KANAK- KANAK BRDB ROTARY (BRCR) (No.
Rujukan JKM: B/PJB KK 010/2017) adalah sebuah rumah perlindungan kanak- kanak berbilang
kaum yang dibina oleh ROTARY BRDB TRUST. BRCR berkapasiti sehingga 150 orang kanak-
kanak ini juga disokong oleh BRDB DEVELOPMENTS SDN BHD dan KELAB ROTARY KUALA
LUMPUR DIRAJA dan kini, terdapat 62 orang kanak-kanak berusia 3 hingga 16 tahun di dalam
penjagaan dan perlindungan pihak BRCR yang amat memerlukan sumbangan orang ramai dalam
menampung kos perbelanjaan harian mereka.

4. Oleh itu, pada masa yang sama pihak BRCR dengan rendah hati berharap agar pihak
YBhg. Datuk dapat meluangkan masa membuat lawatan ke rumah ini sekaligus dapat
memberikan inspirasi dan keceriaan kepada kanak- kanak BRCR. Sebarang pertanyaan boleh
diajukan ke 017-6430072 Amirah (Pegawai Perhubungan Awam BRCR) atau emel kami di
marketing@brcrmalaysia.org.

Kerjasama, keperihatinan dan keikhlasan pihak YBhg. Datuk diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

“RUMAH PELBAGAI KAUM. TRANSFORMASI KEHIDUPAN”

Yang Menjalankan Tugas,

YBhg. Datuk Chan Kam Fatt


Pengerusi EXCO
Rumah Kebajikan Kanak- Kanak BRDB Rotary

Anda mungkin juga menyukai