Anda di halaman 1dari 10

Akta Kilang dan Jentera 1967

1.0 Takrif "kilang"

Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, "kilang" ertinya
mana-mana premis atau sebahagian daripada premis yang:-

(a) Di dalam lingkungan atau halaman atau pekarangan premis atau sebahagian daripada
premis itu orang diambil kerja dalam kerja kasar dalam apa-apa proses bagi atau berkaitan
dengan atau bersampingan dengan membuat, mengubah, membaiki, menghias, mengisih,
mengemaskan, membersihkan, membasuh, memecahkan, meruntuhkan, membina,
membina semula, memasang, memasang semula, menyelaraskan atau menyesuaikan apa-apa
benda atau sebahagian daripadanya.

(b) Kerja tersebut dijalankan dengan cara perdagangan bagi maksud mendapat laba atau
yang bersampingan dengan apa-apa urusan yang dijalankan sedemikian, dan (sama ada atau
tidak ia merupakan kilang oleh sebab takrif yang terdahulu itu) ungkapan kilang juga
termasuk premis yang berikut yang di dalamnya orang diambil kerja dalam kerja kasar:

(i) Mana-mana limbungan atau dok kering (termasuk pekarangannya) yang di


dalamnya kapal atau vesel dibina, dibina semula, dibaiki, dipasang semula,
dikemaskan atau diruntuhkan;
(ii) Mana-mana premis yang di dalamnya urusan membasuh atau mengisi botol
atau bekas atau membungkus benda dijalankan secara bersampingan dengan
maksud mana- mana kilang;
(iii) Mana-mana premis yang di dalamnya urusan mencangkuk, memintal,
melipat, menghias atau membungkus yan atau kain dijalankan;
(iv) Mana-mana tempat mendobi yang dijalankan sebagai tambahan kepada
urusan lain atau yang bersampingan dengan maksud mana-mana institusi
awam;
(v) Mana-mana premis yang di dalamnya pembinaan, pembinaan semula atau
pembaikan lokomotif, kenderaan atau loji lain untuk digunakan
bagi maksud pengangkutan dijalankan bersampingan dengan suatu
perusahaan pengangkutan atau perusahaan perindustrian atau komersial
lain;
(vi) Mana-mana premis yang di dalamnya pencetakan dengan cetak timbul,
litograf, fotoukiran, atau proses serupa lain atau penjilidan buku dijalankan
secara perdagangan atau bagi maksud mendapat laba atau yang bersampingan
dengan urusan lain yang dijalankan;
(vii) Mana-mana premis yang di dalamnya pengeluaran filem sinematograf
dijalankan secara perdagangan atau bagi maksud mendapat laba;

(viii) mana-mana premis yang di dalamnya buruh kasar diambil kerja dan kuasa
mekanik digunakan berkaitan dengan pembuatan atau pembaikan apa-apa
benda logam atau kayu yang bersampingan dengan apa-apa urusan yang
dijalankan secara perdagangan atau bagi maksud mendapat laba;
(ix) mana-mana premis yang digunakan untuk menyimpan gas dalam suatu bekas
gas yang mempunyai keupayaan menyimpan tidak kurang daripada lima ribu
kaki padu;
(x) mana-mana premis, tempat atau ruang yang apa-apa pengendalian bangunan
atau kerja binaan kejuruteraan dijalankan; dan
(xi) mana-mana premis yang dipunyai atau diduduki oleh Kerajaan Persekutuan
atau Kerajaan mana-mana Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan
atau pihak berkuasa awam lain yang sepatutnya menjadi suatu kilang
mengikut pengertian Akta ini jika tidak kerana perenggan

(b)Tetapi tidak termasuk:-

(i) mana-mana premis yang digunakan bagi maksud menyimpan lokomotif atau
kenderaan jika hanya pencucian, pembasuhan, pembaikan atau penyelarasan kecil
dijalankan; atau
(ii) mana-mana premis yang lima orang atau kurang menjalankan apa-apa kerja yang di
dalamnya jentera tidak digunakan walaupun premis itu, oleh sebab kerja itu sepatutnya
menjadi suatu kilang mengikut pengertian seksyen ini.

(2) Mana-mana landasan atau sisian yang digunakan berkaitan dengan dan bagi maksud sesuatu
kilang, hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada kilang itu.
1.1 Akta Kilang & Jentera mengandungi :

 Keselamatan, kesihatan & kebajikan


 Pekerja yang dipertanggungjawabkan & sijil kelayakan
 Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian berbahaya & penyakit pekerjaan
 Notis penggunaan kilang, pendaftaran & penggunaan jentera

1.2 Peraturan-peraturan Akta Kilan dan Jentera 1967

 Dandang Stim dan Pengandung Tekanan Tak Berapi.


 Lif Barangan dan Pengangkutan Elektrik.
 Pemagaran Jentera dan Keselamatan.
 Orang Bertanggungjawab.
 Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan.
 Pentadbiran.
 Peperiksaan-Sijil Kelayakan.
 Pemberitahuan, Sijil Kelayakan dan Pemeriksaan.
 Pengkompaunan Kesalahan.
 Kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaunkan.
 Lead.
 Proses Asbestos.
 Operasi Bangunan dan Kerja-kerja Pembinaan Kejuruteraan.
 Pendedahan Bunyi.
 Habuk Mineral.

1.3 Peraturan “Pressure Vessel”

Peraturan “Steam Boiler & Unfired Pressure Vessel 1970”


 Dikuatkuasakan pada Feb 1970
 Melibatkan “Steam Boiler & Unfired Pressure Vessel”

1.4 Jentera / Mesin berikut yang dikendalikan oleh Kerajaan perlu mematuhi Seksyen
36,37,39.

 Dandang stim
 Penerima stim
 Pengandung tekanan berapi
 Pengandung tekanan tak berapi
 Lif

1.5 Seksyen 36

 Pemasangan jentera mesti mendapat pengesahan bertulis daripada Inspektor.


 Bagi jentera yang memerlukan perakuan kelayakan (CF), pemilik mesti
menghantar notis bertulis kepada Inspektor atau orang berlesen b i j ik bagi tujuan
pemeriksaan.
 CF akan dikeluarkan jika jentera lulus pemeriksaan.
 Jika tidak lulus, sebab penolakan kelulusan akan diberikan.

1.6 Seksyen 37

Kesalahan membabitkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau
kedua-duanya sekali.
1.7 Seksyen 39

Tidak dibenarkan mengalih, membuat pengubahan atau penambahan kepada jentera jika
keberkesanan pengadang atau alat keselamatan akan terjejas kerana pengalihan, pengubahan atau
penambahan tersebut.

Untuk tindakan tersebut, perlu mendapat pengesahan bertulis daripada Inspektor. Bagi tujuan
pengesahan, perlu:

 Menghantar dengan terperinci cadangan pengalihan, pengubahan dan


penambahan.
 Menghantar cadangan pengubahan pengadang dan alat keselamatan.
 Nama dan alamat orang yang akan menjalankan kerja tersebut.
 Satu lakaran yang menunjukkan pengubahan tersebut secara terperinci.
1.8 Kegagalan Jentera Berfungsi

http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/akta/565-03-akta-kilang-dan-jentera-1967-
disemak-1974-akta-139/file

http://comp.utm.my/lab/files/2013/03/Tajuk1.1_Akta-Kilang-dan-Jentera-1967.pdf
Akta (pekerjaan) Kanak-kanak dan Orang Muda, 1966.

 
2.0 Seksyen 1A
            “Kanak-Kanak” adalah orang yang belum mencapai umur 14 tahun atau umur yang
dinyatakan oleh Y.D.P. Agung (& diWartakan).
 
               “Orang muda” adalah orang yang belum mencapai umur 16 tahun.
 
2.1 Seksyen 2 (2)
          Kanak-kanak cuma boleh melaksanakan kerja-kerja berikut:
 
            (a)   kerja-kerja ringan yang sesuai dengan keupayaannya bagi pekerjaan yang dijalankan
keluarganya.
 
            (b)   pekerjaan hiburan awam yang mengikut syarat-syarat permit.
 
            (c)   pekerjaan yang perlu dilakukannya seperti dilulus atau dianjur oleh Kerajaan dan
dilaksanakan di sekolah, institusi latihan atau kapal latihan.
 
            (d)   pekerjaan sebagai aprentis dibuat suatu kontrak aprentis yang diluluskan oleh Ketua
Pengarah Buruh.
 
            Seseorang orang muda pula boleh lakukan:
 
            (a)   Semua/mana-mana (a) - (d) di atas,
 
            (b)   sebagai pembantu rumah
 
            (c)   pekerjaan di pejabat, kedai, gudang, kilang, bengkel, setor, rumah tumpangan,
pawagam, pementasan, kelab atau persatuan
 
            (d)   pekerjaan dalam sesuatu industri yang sesuai dengan keupayaan
 
            (e)         pekerjaan di kapal yang dibawah kawalan keluarga
 
            Dengan syarat orang muda wanita hanya boleh bekerja di hotel, bar, restoran, rumah
penginapan dan kelab yang dibawah pengurusan/kawalan keluarga/penjagaanya (kecuali
diluluskan oleh Ketua Pengarah Buruh).
 
2.2 Seksyen 2 (5)
          Kanak-kanak atau orang muda tidak boleh bekerja yang berlawanan dengan Akta Kilang
Dan Jentera 1967 atau Akta Elektrik 1949 atau bekerja dibawah tanah.
 

2.3 Seksyen 4
          Kanak-kanak atau orang muda tidak boleh bekerja berturutan lebih dari 6 hari.
 
2.4 Seksyen 5
          Kanak-kanak tidak boleh :
 
            (a)   bekerja dari 8 malam - 7 pagi (kecuali yang bekerja untuk hiburan awam)
 
            (b)   bekerja lebih dari 3 jam berterusan tanpa rehat sekurang-kurang 30 minit
 
            (c)   bekerja lebih dari 6 jam sehari, atau jika kanak-kanak itu bersekolah, tidak lebih 7
jam (termasuk masa tempoh bersekolahnya)
 
            (d)   untuk memulakan kerja pada mana-mana hari tanpa diberi tak kurang 14 jam rehat.
 
2.5 Seksyen 6
          Orang-orang muda tidak boleh :
 
            (a)   bekerja antara 8 malam hingga 6 pagi
 
            (b)   bekerja berterusan lebih 4 jam tanpa rehat sekurang-kurang 30 minit
 
            (c)   bekerja lebih 7 jam sehari, atau jika dia bersekolah, tidak lebih 8 jam (termasuk
waktu sekolah itu). Tetapi jika dia aprentis, tak boleh lebih 8 jam sehari.
 
            (d)   Mula kerja pada mana-mana hari tanpa diberi tak kurang 12 jam rehat
 
2.6 Seksyen 7
          Kanak-kanak atau orang muda hanya boleh bekerja di tempat hiburan awam jika:
 
            (i)   dibenarkan secara bertulis oleh Ketua Pengarah Buruh (dengan dikenakan syarat-
syarat tertentu);
            (ii)   ianya tidak membahayakan nyawa, anggota, kesihatan atau moral mereka itu
 
2.7 Seksyen 14
          Mana-mana orang (iaitu ibubapa atau penjaga atau orang lain) yang melanggar Akta ini
boleh di penjara tidak lebih 6 bulan atau didenda tidak lebih RM2,000.00 atau kedua-
duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, di penjara tidak lebih 2 tahun atau
denda tidak lebih RM3,000.00 atau kedua-duanya.
 

Rajah 1.0

Rajah di atas adalah contoh kanak-kanak yang dipaksa menjadi buruh kasar.
http://billwatcher.sinarproject.org/bill/doc/53041f278e2b401964b9f4f2

Anda mungkin juga menyukai