Anda di halaman 1dari 7

TEKS MC

MAJLIS SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI 3.0


( TEKS RUJUKAN )
TARIKH ……………… / HARI …………………

ATUR CARA MAJLIS SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI 3.0

11.00 pagi - Kehadiran guru-guru, AKP dan wakil PIBG


- Ketibaan yang diraikan
( CIKGU ……………………………………….)
( ENCIK ……………………………………….)
( PUAN ……………………………………….)
- pemula bicara oleh pengacara majlis.
11.05 pagi - Bacaan Doa ( ust …………………………. )
- Ucapan Tuan Pengetua
11.15 pagi - Ucapan yang diraikan
( CIKGU ……………………………………….)
( ENCIK ……………………………………….)
( PUAN ……………………………………….)
11.25 pagi - Penyampaian Hadiah
( CIKGU ……………………………………….)
( ENCIK ……………………………………….)
( PUAN ……………………………………….)
11.40 pagi - ucapan
( ustazah hafiszah )
- penyampaian hadiah
- ( ustazah hafiszah )
11.50 pagi - bacaan doa dan jamuan makan
12.00 tengah hari - Bersurai

- tayangan Multimedia dan persembahan

Bil AGENDA TEKS


KETIBAAN Hadirin diminta berdiri,
TETAMU DAN DEF
TEKS MC
MAJLIS SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI 3.0
( TEKS RUJUKAN )
TARIKH ……………… / HARI …………………

– DEF JEMPUTAN Mengumumkan ketibaan vvip kehormat dan def-def jemputan, masuk ke
……………………….

1. KATA-KATA Sayang kumbang mencari makan,


ALUAN MC Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu Ilahi.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim

Yang berusaha

Cikgu Abdul Razak bin Abdul Samad


Pengetua SMK Pasir Gudang

Yang dihormati
Cikgu Ruziyah Binti Misran
Pen Kanan Pentadbiran, SMK Pasir Gudang

Cikgu Lily Yusni binti Said


Pen Kanan Hal Ehwal Murid SMK Pasir Gudang

Cikgu Mohd Saharol Affendi Bin Seman


Pen Kanan Kokurikulum , SMK Pasir Gudang

Cikgu Nur Shahidahbariyah binti Abdul


Pen Kanan Petang , SMK Pasir Gudang

Yang Diraikan,
CIKGU HASLINDA BINTI HASSAN
CIKGU NOR ASMAH BINTI ISMAIL

Barisan Guru Kanan Matapelajaran,


Guru –guru, hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Selamat datang ke Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti 6.0


TEKS MC
MAJLIS SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI 3.0
( TEKS RUJUKAN )
TARIKH ……………… / HARI …………………

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan, Itu lah adat, itu lah lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan

Alhamdulillah bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya
dapat kita bersama-sama menghadiri majlis yang cukup bermakna sempena
pertukaran/ perpindahan

CIKGU HASLINDA BINTI HASSAN


CIKGU NOR ASMAH BINTI ISMAIL

yang bakal meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di
sekolah ini.

2. BACAAN DOA Hadirin para jemputan yang dihormati,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan,


USTAZ MOHD ASYRAF BIN CHE HUSIN

untuk memimpin bacaan doa majlis.

Majlis mempersilakan.

  Amin, amin ya Rabbal A’lamin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


USTAZ MOHD ASYRAF BIN CHE HUSIN atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

3.
UCAPAN Sidang hadirin sekalian,
PENGETUA
TEKS MC
MAJLIS SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI 3.0
( TEKS RUJUKAN )
TARIKH ……………… / HARI …………………

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput & mempersilakan


Cikgu Abdul Razak bin Abdul Samad, Pengetua Cemerlang SMK Pasir Gudang
untuk menyampaikan ucapan beliau.

majlis mempersilakan.

( Ucapan tamat )

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan pengetua atas kesudian
beliau menyampaikan ucapan sebentar tadi.

4. UCAPAN YANG Emas tempawan buatmu puteri,


DIRAIKAN Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada yang
kita raikan pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

CIKGU HASLINDA BINTI HASSAN


CIKGU NOR ASMAH BINTI ISMAIL

Untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

( UCAPAN JEMPUTAN )

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

CIKGU HASLINDA BINTI HASSAN


CIKGU NOR ASMAH BINTI ISMAIL

diatas ucapan sebentar tadi.

Banyak ingatan, banyak kenangan, banyak lagi pengalaman yang telah dikongsi
bersama. Bukan mudah menerima perpisahan tapi adat pertemuan selalu
berpasangan dengan perpisahan.

5. PENYERAHAN Para tetamu yang dihormati,


HADIAH
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda
TEKS MC
MAJLIS SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI 3.0
( TEKS RUJUKAN )
TARIKH ……………… / HARI …………………

kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada pagi ini, Sebelum itu, Majlis
dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang berusaha
Cikgu Abdul Razak bin Abdul Samad, Pengetua Cemerlang SMK Pasir Gudang
mengiringi yang Diraikan

CIKGU HASLINDA BINTI HASSAN


CIKGU NOR ASMAH BINTI ISMAIL

untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan,Tuan pengetua untuk menyampaikan cenderamata mewakili


pentadbir G9,

(terima kasih tuan pengetua)

seterusnya,
Dipersilakan, ………………………………………… mewakili unit Kurikulum,

(terima kasih …………………………………………)

seterusnya,
Dipersilakan, …………………………………...mewakili unit Hal Ehwal Murid,

(terima kasih …………………………………….)

seterusnya,
Dipersilakan, ………………………………………. mewakili unit Kokorikulum,

(terima kasih ………………………………………….)

seterusnya,
Dipersilakan, Cikgu Nor ShahidahBariyah Binti Abdul mewakili unit Sesi Petang

(terima kasih Cikgu Nor ShahidahBariyah)

seterusnya,
Dipersilakan, Cikgu Azliana Bt Ahmad mewakili bidang Sains & Matematik,
TEKS MC
MAJLIS SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI 3.0
( TEKS RUJUKAN )
TARIKH ……………… / HARI …………………

(terima kasih cikgu azliana)

seterusnya,
Dipersilakan, Cikgu Hafidzah bt Basiran mewakili bidang Bahasa,

(terima kasih cikgu hafidzah)

seterusnya,
Dipersilakan, Cikgu Zaifarizah Bt Md Sukor mewakili bidang Teknik &
Vokasional,

(terima kasih cikgu zaifarizah)

seterusnya,
Dipersilakan, Cikgu ………………………………… mewakili bidang Sains
Kemasyarakatan,

(terima kasih cikgu ……………………….)

seterusnya,
Dipersilakan, ……………………………….mewakili AKP & Pembantu makmal

(terima kasih…………………………………)

seterusnya,
Dipersilakan, Cikgu……………………………. mewakili Pusat Sumber Sekolah

(terima kasih cikgu ………………………………)

seterusnya,
Dipersilakan, ……………………………………………… mewakili unit
Kebirus

(terima kasih …………………………………………… )

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata


sebentar tadi.

6. UPACARA Majlis diteruskan lagi dengan upacara memotong kek/pulut kuning.


MEMOTONG
KEK/PULUT
KUNING
Majlis menjemput Cikgu Abdul Razak bin Abdul Samad, Pengetua Cemerlang
TEKS MC
MAJLIS SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI 3.0
( TEKS RUJUKAN )
TARIKH ……………… / HARI …………………

SMK Pasir Gudang bagi menjemput

CIKGU HASLINDA BINTI HASSAN


CIKGU NOR ASMAH BINTI ISMAIL

Dengan diringgi oleh barisan Penolong kanan bagi menyempurnakan sesi


pemotongan kek/pulut kuning.

Terima kasih diucapkan kepada def-def kehormat menyempurnakan sesi


pemotongan kek sebentar tadi.

7. PENUTUP
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung majlis,Dengan itu,
berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang
diraikan

CIKGU HASLINDA BINTI HASSAN


CIKGU NOR ASMAH BINTI ISMAIL

kerana sudi bersama kita pada pagi ini dan kami semua mendoakan agar kalian
semua ceria dan terus cemerlang berada di sekolah baharu.

Kami dari pihak KEBIRUS2022 ingin mengucapkan Terima Kasih kepada


semua hadirin dan hadirat yang sudi meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan Majlis pada petang ini.

Bunga dedap diatas para,


Anak dusun pasang pelita
Kalu tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai