Anda di halaman 1dari 8

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 1 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 1 - Soalan 24
Baca petikan cerita di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor yang boleh makan pelbagai jenis makanan.
Bagi memudahkan kita untuk mengesan udang galah, seeloknya gunakan umpan yang berbau.
Jika di kawasan air jernih, udang galah sangat peka dan agak sukar untuk ditangkap melainkan
jika dipancing pada waktu malam. Umpan yang selalu digunakan untuk memancing udang galah
adalah seperti cacing tanah atau anak udang malahan isi kerang, isi remis, dan isi ikan juga boleh
dijadikan umpan untuk memperdayakan udang galah. Udang galah boleh makan ikan longkang
sama ada ikan tersebut mati atau masih hidup.
Umpan lain seperti jantung ayam atau hati ayam juga sesuai digunakan jika memancing
udang galah yang dipelihara di dalam kolam. Jangan pasang umpan yang terlalu besar pada mata
kail kerana umpan ini akan melambatkan udang galah untuk menelannya. Sebaiknya, sediakan
umpan yang sesuai dan sepadan dengan mata kail yang digunakan. Waktu terbaik memancing
udang galah adalah pada musim kering, tiada hujan turun sebelum hari memancing. Udang galah
merupakan antara hasil sungai yang agak tinggi harganya. Kepelbagaian menu masakan yang
berasaskan udang galah segar menjadi hidangan popular semasa makan tengah hari atau ketika
makan malam bersama-sama keluarga di samping rasanya yang enak dan lazat.

(a) Apakah empat jenis umpan yang selalu digunakan untuk memancing udang galah?
Lima jenis umpan yang selalu digunakan untuk memancing udang galah ialah cacing
_________________________________________________________________________________________
tanah, anak udang, isi kerang, isi remis dan isi ikan.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang salah.

Udang galah yang dipelihara di dalam kolam makan hati ayam


X
dan jantung ayam sahaja.

Jika air sungai jernih, udang galah lebih mudah ditangkap pada

waktu malam berbanding waktu siang.
[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, apakah keistimewaan orang yang menjadi kaki pancing udang galah?
Pada pendapat saya keistimewaan menjadi kaki pancing udang galah adalah kerana udang
_________________________________________________________________________________________
galah merupakan antara lauk yang sangat enak dihidangkan semasa makan tengah hari
_________________________________________________________________________________________
atau makan malam di samping harganya yang agak mahal di pasaran sekarang ini.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 2 - Soalan 24
Baca petikan berita di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUALA LUMPUR, 30 Ogos - Perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negara iaitu sistem
transit aliran ringan (LRT), monorel dan bas bandar kelolaan Rapid KL akan dilanjutkan untuk
memberi peluang kepada orang ramai yang mula membanjiri ibu kota bagi menyambut ambang
Hari Kebangsaan 2016 malam ini, di Dataran Merdeka. Orang ramai juga ingin menyaksikan
pertunjukan bunga api yang berwarna-warni itu.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini berkata, stesen LRT
Masjid Jamek dan Hang Tuah bagi Laluan Sri Petaling; stesen LRT KLCC dan Masjid Jamek
bagi Laluan Kelana Jaya; dan stesen Bukit Bintang dan Hang Tuah bagi laluan monorel akan
dilanjutkan sehingga pukul 2:30 pagi nanti.
Stesen lain akan ditutup seperti biasa, pengguna boleh keluar di kesemua stesen LRT dan
monorel bagi meneruskan perjalanan mereka. Pusat kawalan operasi Prasarana Malaysia Berhad
di Subang dan di Ampang akan memantau rapi pergerakan penumpang di kedua-dua stesen itu
untuk memastikan sama ada waktu operasi perlu dilanjutkan jika perlu. Sebarang perubahan dan
penambahan waktu operasi LRT dan monorel di Stesen Subang dan di Stesen Ampang akan
dimaklumkan atau dihebahkan kepada orang ramai.

(a) Apakah jenis perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh pihak Prasarana?
Perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh pihak Prasarana ialah sistem
_________________________________________________________________________________________
transit aliran ringan (LRT), monorel dan bas bandar kelolaan Rapid KL.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang salah.

Perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negara dilanjutkan dari



30 Ogos sehingga 31 Ogos 2016.

Semua laluan sistem transit aliran ringan (LRT), monorel dan bas
X
bandar akan melanjutkan operasinya sehingga 2:30 pagi.
[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, apakah istimewanya Dataran Merdeka pada ambang 31 Ogos 2016 itu?
Pada pendapat saya istimewanya Dataran Merdeka pada ambang 31 Ogos 2016 itu adalah
_________________________________________________________________________________________
kerana pada masa dan tarikh itu orang ramai berkumpul untuk menyambut dan meraikan
_________________________________________________________________________________________
Hari Kebangsaan 2016 di samping ingin menyaksikan kemeriahan pertunjukan bunga api
_________________________________________________________________________________________
yang gilang-gemilang dan penuh warna-warni.
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 3 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 3 - Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Menara ini asalnya dikenali
sebagai Jam Tinggi kerana di bahagian atasnya terdapat sebuah jam. Orang yang bertanggang
jawab membuat Menara Jam Tinggi ini ialah Leong Choon Cheong atau Ah Cheong. Sebagai
arkitek, beliau telah mendapat ilham membina reka bentuk Jam Tinggi sedemikian berdasarkan
bangunan pagoda di negara China. Tujuan asal pembinaan menara Jam Tinggi pada tahun 1885
adalah untuk menempatkan sebuah tangki air. Air daripada tangki ini digunakan oleh penduduk
setempat apabila musim kemarau atau sebagai keperluan bagi memadamkan kebakaran. Hal ini
kerana pada waktu itu tidak ada perkhidmatan bomba.
Pada tahun 1895 berlaku banjir besar di Teluk Anson (nama lama Teluk Intan) yang
menyebabkan tapak dan tingkat bawah menara ini tenggelam. Kesan banjir yang berlaku serta
bebanan tangki air yang begitu berat dipercayai punca menara ini mula condong ke arah barat
sehinggalah ke hari ini. Mercu tanda yang mempunyai ketinggian 85 kaki dari aras bumi ini
hampir menyerupai Menara Pisa yang terletak di Itali. Menara Condong ini mempunyai tiga
tingkat, setiap aras mempunyai ketinggian 15.5 kaki. Menara Condong juga mempunyai 110
anak tangga yang diperbuat daripada kayu yang berkualiti.

(a) Apakah punca bangunan mercu tanda bagi bandar Teluk Intan ini condong ke arah barat?
Bangunan mercu tanda ini condong ke arah barat disebabkan oleh banjir besar pada tahun
_________________________________________________________________________________________
1895 dan bangunan ini juga terpaksa menanggung bebanan air yang sangat berat.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang salah.

Menara Condong ini ialah bangunan tiga tingkat dan mempunyai


X
ketinggian 85 meter dari aras bumi.

Arkitek yang bertanggang jawab mereka cipta serta membina



Menara Jam Tinggi ini ialah Leong Choon Cheong.
[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, mengapakah bangunan seperti Menara Condong ini perlu dipulihara?
Pada pendapat saya bangunan mercu tanda seperti Menara Condong perlu dipulihara bagi
_________________________________________________________________________________________
melindungi peninggalan sejarah yang tinggi nilainya ini supaya sentiasa berada dalam
_________________________________________________________________________________________
keadaan yang baik seterusnya, dapat ditatap oleh generasi akan datang.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 4 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 4 - Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Menurut Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, kraf tangan Melayu boleh dibahagikan
kepada lima bidang iaitu aneka kraf, hasil rimba, hasil tanah, logam dan tekstil. Seni kraf tangan
bukan sahaja hasil seni yang dicipta untuk digunakan tetapi digubah dengan memasukkan unsur
seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraf tangan itu memerlukan
keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal
sehinggalah sesuatu hasil kraf tangan itu tercipta. Proses penciptaan kraf tangan itu memerlukan
daya estetika demi untuk memberikan reka bentuk yang indah dan menarik.
Antara kraf tangan yang sangat memerlukan penelitian adalah seperti seni tembikar. Seni
tembikar merupakan sejenis hasil kraf tangan orang Melayu yang menggunakan tanah liat yang
dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk
nasi, bekas air, pinggan mangkuk dan pasu bunga. Kebanyakan barang yang dihasilkan adalah
untuk menyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat tembikar
secara tradisional masih lagi dilakukan malahan diusahakan secara komersial oleh masyarakat
Melayu khususnya di daerah Sayong, Perak. Seni tembikar labu sayong ini juga telah mengalami
perubahan dan mengikut peredaran zaman dengan pelbagai corak serta berwarna-warni.

(a) Nyatakan empat jenis bidang seni kraf tangan yang menjadi kebanggaan orang Melayu?
Empat jenis bidang seni kraf tangan yang menjadi kebanggaan orang Melayu ialah hasil
_________________________________________________________________________________________
rimba, hasil tanah, hasil logam, dan hasil tekstil.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang salah.

Proses penciptaan kraf tangan itu memerlukan daya estetika demi



untuk memberikan reka bentuk yang menarik.

Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraf tangan orang Melayu



yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap.
[2 markah]

(c) Ceritakan secara ringkas tentang perusahaan membuat tembikar di daerah Sayong, Perak.
Perusahaan membuat tembikar di daerah Sayong, Perak tertumpu pada penghasilan labu
_________________________________________________________________________________________
sayong. Perusahaan tembikar ini dijalankan secara komersial oleh masyarakat Melayu
_________________________________________________________________________________________
dengan menghasilkan produk yang mengikut peredaran zaman dengan kepelbagaian corak
_________________________________________________________________________________________
serta berwarna-warni.
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 5 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 5 - Soalan 24
Baca petikan berita di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memaklumkan
perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari stesen KL Sentral ke Padang Besar, Perlis dan Ipoh, Perak
ke Padang Besar telah bermula hari ini. KTMB dalam kenyataannya memberitahu, kedua-dua
perkhidmatan tren tersebut dikendalikan oleh KTM Intercity.
Buat permulaan KTMB hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah
bagi dua unit ETS. Kekerapan tren akan ditambah dari semasa ke semasa apabila ETS baharu
mula beroperasi. Perkhidmatan ETS Ekspres ke Padang Besar hanya akan berhenti di 15 buah
stesen atau hentian bermula dari KL Sentral.
“Laluan tren dari KL Sentral ke Padang Besar berlepas pada pukul 9:30 pagi dan
dijangka tiba pada pukul 3:00 petang manakala, perjalanan dari Padang Besar ke KL Sentral
pula bertolak pada pukul 4:00 petang dan sampai 9:15 malam. Harga tiket untuk perjalanan
sehala adalah RM80.00,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak KTMB hari ini.
Dalam pada itu, menurut kenyataan KTM itu lagi, perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh
ke Butterworth ke Padang Besar dan sebaliknya telah bermula semalam. Perkhidmatan transit ini
akan berhenti di kesemua 24 stesen dari Ipoh ke Padang Besar.

(a) Nyatakan laluan perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang telah diperkenalkan oleh KTMB.
Laluan yang diperkenalkan oleh KTMB melalui perkhidmatan ETS yang bermula pada 11
_________________________________________________________________________________________
Julai ialah dari KL Sentral ke Padang Besar, Perlis dan Ipoh, Perak ke Padang Besar.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang salah.

Perkhidmatan ETS dari stesen KL Sentral ke Padang Besar, dan



Ipoh ke Padang Besar dikelolakan oleh KTM Intercity.

Perjalanan ETS Ekspres dari KL Sentral ke Padang Besar hanya



memakan masa selama lebih kurang empat jam setengah.
[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, apakah istimewanya menggunakan perkhidmatan tren elektrik (ETS)?
Pada pendapat saya keistimewaan menggunakan perkhidmatan tren elektrik (ETS) adalah
_________________________________________________________________________________________
kerana para penumpang berasa selesa, masa perjalanan juga lebih cepat dan orang ramai
_________________________________________________________________________________________
tidak perlu risau dengan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di atas jalan raya.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 6 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 6 - Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pelbagai jenis tepung digunakan dalam penyediaan kuih-muih tradisional Melayu, antaranya
tepung beras, tepung pulut, tepung ubi, tepung sagu, tepung jagung, tepung kastard, tepung
kacang hijau, tepung kentang dan juga tepung gandum. Tepung beras adalah antara tepung yang
paling banyak digunakan dalam menyediakan kuih-muih tradisional Melayu terutama dalam
membuat kuih lapis, apam, kuih tepung talam, laksa, juadah kudapan, bancuhan gorengan untuk
pisang, keledek, sukun dan sebagainya.
Dalam penyediaan kuih moden pula, tepung beras diadun dengan tepung pilihan yang
bersesuaian dengan menu untuk mendapatkan tekstur kuih yang lebih lembut atau kenyal serta
memberi warna dan rasa. Sebagai contoh, kita ambil cara-cara bagi penyediaan adunan kuih
tepung pelita. Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang sedap serta
enak rasanya. Tepung pelita merupakan sejenis kuih yang manis tetapi tidak tahan lama.
Bahan asas kuih tepung pelita ialah santan dan tepung beras. Adunan ini dimasak dalam
bekas yang diperbuat daripada daun pisang. Di tengah-tengahnya pula diisi dengan air gula yang
menjadikan rasa kuih ini lemak-lemak manis. Kemudian, kukus kuih ini sehingga masak. Kuih
tepung pelita juga boleh disimpan dalam peti sejuk agar tahan lebih lama.

(a) Apakah tiga bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kuih tepung pelita?
Tiga bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kuih tepung pelita ialah tepung
_________________________________________________________________________________________
beras, santan kelapa, dan gula pasir.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang salah.

Bahagian bawah kuih tepung pelita sangat lembut kerana bahan


X
utamanya berasaskan adunan santan kelapa.

Tepung beras diadun dengan tepung pilihan untuk menghasilkan



menu masakan serta tekstur kuih yang lebih lembut.
[2 markah]

(c) Ceritakan dengan ringkas, bagaimanakah cara-cara hendak membuat kuih tepung pelita?
Cara-cara hendak membuat kuih tepung pelita yang berasaskan santan dan tepung beras.
_________________________________________________________________________________________
Adunan kuih ini dimasak dalam bekas yang diperbuat daripada daun pisang. Isikan air
_________________________________________________________________________________________
gula di tengah-tengah kuih supaya rasa kuih ini lemak-lemak manis, kukus kuih sehingga
_________________________________________________________________________________________
kuih tersebut masak.
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 7 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 7 - Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Berbasikal merupakan satu bentuk keseronokan yang boleh diperoleh dengan mudah. Namun
demikian, aktiviti berbasikal akan menjadi lebih berfaedah jika aktiviti sihat ini dijadikan satu
program untuk membentuk kecergasan fizikal. Berbasikal amat berkesan dan dapat menjadi satu
latihan untuk memantapkan fizikal serta dapat mengurangkan ketegangan fikiran atau stress.
Aktiviti ini boleh dijadikan satu rutin yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Dalam pada itu, beberapa halangan serta cabaran untuk merealisasikan hobi ini. Bagi
melaksanakan hobi suka berbasikal ini antaranya, memerlukan kos yang tinggi untuk membeli
peralatan, terutama basikal yang baik, aksesori terpilih yang disarankan untuk aktiviti berbasikal.
Basikal yang digunakan juga memerlukan perhatian yang lebih dan boleh meragam atau rosak
semasa sedang menunggangnya. Kos baik pulih dan harga alat ganti bagi komponen tertentu
pada basikal berkenaan juga agak mahal.
Berbasikal turut memerlukan laluan yang panjang dan permukaan jalan yang mencabar.
Boleh menyebabkan kecederaan akibat jatuh atau perlanggaran. Kemahiran yang khusus adalah
amat penting sekali dalam mewujudkan aktiviti berbasikal yang lasak dan mencabar. Seterusnya,
aktiviti sebegini sangat menarik dan dapat merasai suatu pengalaman yang baharu.

(a) Nyatakan dua kesan yang boleh diperoleh secara tidak langsung melalui aktiviti berbasikal.
Dua kesan yang boleh diperoleh secara tidak langsung melalui aktiviti berbasikal seperti
_________________________________________________________________________________________
dapat memantapkan fizikal serta mampu mengurangkan ketegangan fikiran atau stress.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang salah.

Seseorang itu memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi untuk



melaksanakan hobi berbasikal.

Bagi penggemar hobi berbasikal tidak perlu risau kerana basikal


X
yang digunakan tidak mudah meragam atau rosak.
[2 markah]

(c) Apakah tiga halangan bagi seseorang yang hendak melaksanakan aktiviti berbasikal ini?
Tiga halangan bagi seseorang yang hendak melaksanakan aktiviti berbasikal ini adalah
_________________________________________________________________________________________
berpunca daripada harga basikal yang agak mahal di samping kos baik puluh serta alat
_________________________________________________________________________________________
ganti yang agak tinggi harganya.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 8 Kertas Bahasa Melayu (011) – Bahagian ‘B’

Latihan 8 - Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada cuti sekolah yang lalu, Damia sekeluarga bercuti ke Pulau Langkawi. Berikut merupakan
maklumat yang telah tercatat di dalam diarinya. Marilah kita berkongsi pengalaman dengannya.
18 Mac 2017 (Sabtu)
Bertolak dari Teluk Intan ke Pulau Langkawi pada pukul 7:00 pagi. Setelah hampir tiga jam
perjalanan, melalui Lebuhraya Utara Selatan tiba di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Merah,
Perak. Bersarapan roti canai telur kuah banjir dan teh tarik. Setibanya di Hentian Rehat dan
Rawat Gurun, Kedah, segera menunaikan solat. Meninjau-ninjau gerai untuk mencari makanan
yang berkenan di hati. Setelah hajat tertunai, perjalanan diteruskan. Pada ukul 2:30 petang, tiba
di Jeti Kuala Perlis. Setengah jam kemudian, menaiki feri untuk ke Pulau Langkawi.
Kira-kira sejam perjalanan, tiba di Jeti Kuah, Langkawi. Menaiki kereta sewa menuju
tempat penginapan di Hotel Legenda. Percutian bermula, menjelajahi tiga buah pulau terkemuka
dengan menaiki bot. Penjelajahan hampir empat jam di Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa
Besar, dan Pulau Beras Basah. Destinasi yang turut dilawati ialah Laman Padi, Taman Buaya
dan kemuncaknya berada di “Underwater World”.

(a) Namakan lebuh raya serta dua kawasan rehat dan rawat yang dilalui oleh penulis?
Lebuh raya yang dilalui oleh penulis ialah Lebuhraya Utara Selatan manakala, Hentian
_________________________________________________________________________________________
Rehat dan Rawat yang dia singgah ialah Bukit Merah, Perak dan Gurun, Kedah.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang salah.

Pada pukul 2:30 petang, Damia menaiki feri di Jeti Kuala Perlis
X
untuk bertolak ke Pulau Langkawi.

Damia menikmati sarapan roti canai telur kuah banjir di Hentian



Rehat dan Rawat, Bukit Merah, Perak.
[2 markah]

(c) Ceritakan secara ringkas percutian hari pertama Damia dan keluarganya di Pulau Langkawi.
Pada hari pertama percutian di Pulau Langkawi Damia dan keluarganya menaiki bot untuk
_________________________________________________________________________________________
menjelajahi tiga buah pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, dan Pulau
_________________________________________________________________________________________
Beras Basah. Selepas itu, mereka melawat Laman Padi, Taman Buaya dan kemuncaknya
_________________________________________________________________________________________
mengunjungi “Underwater World” Langkawi.
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, (mdramlisabran@ymail.com), (019-5758131)
Hakcipta Terpelihara © Kem Akademik “Unggul Prestasi Semarak Realiti” (UPSR) Bahasa Melayu (Kertas 011) – Format Baharu 2016

Anda mungkin juga menyukai