Anda di halaman 1dari 3

SURAT PERJANJIAN

PAJAKAN KEBUN

KELAPA SAWIT

DI ANTARA

FAZIAL BIN YAHAYA PIHAK PERTAMA

DAN

MUTALLIB PIHAK KEDUA

BERTARIKH : ________________________
SURAT PERJANJIAN PAJAKAN

KEBUN KELAPA SAWIT

BAHAWA satu perjanjian telah dibuat hari ini _________________ bersamaan hari ______ diantara:

1. FAZIAL BIN YAHAYA, NO. KP : beralamat di NO 22


GERBANG SUNGAI ARA 2A, TAMAN PAGAR BULOH, 11900 BAYAN LEPAS , PULAU
PINANG dalam perjanjian ini disebut ( PIHAK PERTAMA ) bagi satu pihak.

DENGAN;

2. MUTALLIB, NO. KP : yang beralamat di


_________________ ( didalam Perjanjian ini deisebu PIHAK KEDUA ) bagi satu pihak
yang lain.

PERJANJIAN :

1. Pihak Pertama tuanpunya tanah dan pemilik tanah


________________________________________________________________________
____________ dengan ini telah bersetuju memberi pajak tanaman kelapa sawit di atas
tanah lot tersebut bagi maksud:
a) Mengambil dan memungut buah buah kelapa sawit di tanah-tanah lot tersebut.
b) Menjalankan usaha/kerja membersih dan membaja semua tanaman kelapa sawit di
tanah-tanah lot tersebut.
c) Pihak kedua mengaku akan menjaga semua keselamatan tanaman kelapa sawit di
atas tanah-tanah tersebut serta tidak menjalankan kegiatan yang menyalahi undang-
undang di atas tanah tersebut.
d) Pihak Kedua bertanggungjawab membayar wang Insurans Pekerja , KWSP, dan
SOCSO, sekiranya PIhak Kedua menggunakan pekerja.
e) Pihak Kedua bertanggungjawab menjual semua hasil perolehan buah kelapa sawit ,
di atas tanah-tanah lot tersebut , dan mengadakan lessen/permit dan sebagainya.
f) Jika Pihak Pertama berhajat untuk mengambil balik tanah tersebut dalam tempoh
pajakan , maka Pihak Pertama mengaku akan membayar ganti rugi sebanyak RM
30,000.00 ( RM TIGA PULUH RIBU SAHAJA ) kepada Pihak Kedua dalam tempoh 30
hari dari tarikh pengambilan tanah tersebut serta memberi 3 bulan (TIGA ) bulan
notis Bertulis.
g) Jika Pihak Kedua ingin menamatkan pajakan sebelum tamat tempoh tamat, maka
Pihak Kedua perlu memberi 3 (TIGA ) bulan notis bertulis kepada Pihak Pertama.
h) Anak pokok kelapa sawit akan dibekalkan oleh Pihak Pertama.

SYARAT-SYARAT YANG DIPERSETUJUI IALAH:

a) Tempoh masa Pajakan ini ialah selama 20 tahun berkuatkuasa pada


b) Bayaran pajakan ini adalah 20 % daripada hasil kutipan buah-buahan kelapa sawit
atas tanah lot tersebut setiap bulan ( Pihak Kedua hendaklah jelaskan kepada Pihak
Pertama 20% daripada hasil tidak berselang satu bulan).
c) Waris-waris Pihak adalah terikat dengan perjanjian ini dan perjanjian ini tidak akan
dimansuhkan.
d) Jika berlaku masalah yang berbangkit dengan perjanjian ini , maka kedua-dua pihak
hendaklah merujukan kepada SURAT PERJANJIAN ini dan satu perundingan
hendaklah diadakan seberapa segera yang boleh bagi menyelesaikan masalah .
e) SURAT PERJANJIAN ini berjalan kuatkuasanya setelah masing-masing menurunkan
tandatangan dan telah memahami isi kandungan SURAT PERJANJIAN ini. Maka di
bawah ini masing-masing menurunkan tandatangan di bawah sebagai persetujuan
bagi perkara perjanjian ini.
f) Perjanjian PAJAKN ini boleh diteruskan (disambung ) jika kedua-dua belah pihak
bersetuju untuk menyambung tempoh pajakan ini, dengan syarat-syarat baru ( jika
ada ) setelah tamatnya perjanjian ini.

T.TANGAN PIHAK PERTAMA ) …………………………………………………………………

T.TANGAN SAKSI PIHAK PERTAMA )………………………………………………………………….

T.TANGAN PIHAK KEDUA )……………………………………………………………………

T.TANGAN SAKSI PIHAK KEDUA )……………………………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai