Anda di halaman 1dari 9

Belajar Bahasa Inggeris – Past

Tense, Present Tense dan Future


Tense 
January 8, 2016 by

Nota Anda untuk Belajar Bahasa Inggeris


Perbualan dengan Lebih Mudah
 Antara perkara yang sukar untuk dikuasai dalam pemantapan bahasa Inggeris ialah masalah
Grammar atau Tatabahasa. 

Rata-rata, ramai rasakan agak sukar untuk memahami dan menguasai penggunaan grammar
kerana ia agak mengelirukan. Terutamanya kanak kanak. Untuk kita dewasa ni, walaupun ada
yang masih lagi tak jelas. Tapi kalau anda luangkan masa untuk baca article ini, anda pasti
boleh faham serba sedikit.

Sebab pembelajaran kita lebih kepada mengingati apa yang telah belajar di masa lampau,
berbanding dengan kanak kanak macam peringkat tahun 3 yang ‘dunia bahasa inggeris’ ini
masih lagi baru buat mereka.

Begitu juga dengan faktor yang agak banyak untuk difahami dan diingati.

Selain itu, ia lebih mengelirukan apabila ada pula sesetengah perkataan bahasa Inggeris yang
dikecualikan penggunaannya atas sebab istimewa yang memang dipraktikkan oleh mereka
yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda.

 Apabila sebut faktor bahasa ibunda, memang bahasa Melayu sangat berbeza berbanding


dengan cara aplikasi ayat dalam bahasa Inggeris.

Pendek kata, bahasa Melayu tidak menggunakan struktur ayat bahasa Inggeris.

Perkara ini membuatkan pembelajaran lebih sukar kerana ia unik dan juga baharu.

Namun, ia bukanlah sesuatu yang TIDAK MUNGKIN dipelajari, dengan keazaman dan melalui
kesungguhan untuk mendapatkan ilmu, ia pasti akan dapat dikuasai juga.

Dalam kiriman ini, kami daripada OMNI telah membuat artikel yang pasti akan membantu anda
memahami salah satu perkara yang paling penting dan biasa digunakan dalam penggunaan
bahasa Inggeris, iaitu penggunaan Past, Present dan Future Tense.

Gambaran Keseluruhan Kesemua 12 Bentuk


Tense.
 Apakah yang dimaksudkan dengan tense?
Tense ialah penyokong kepada verb (kata kerja, perbuatan) dengan memberitahu bila ia
berlaku dan apa tindakan yang berlaku.
Contohnya: 

 Ali is watching television.

Seperti ayat di atas, ia merupakan bentuk present tense, kerana ia menambahkan “ing” pada
perkataan dasar kata kerja watch.

Maka, dengan bantuan penggunaan tense iaitu past, present, dan future tense ini kita tahu ia
sedang berlaku sekarang.

Kita akan pergi lebih lanjut untuk contoh past dan future tense di bawah nanti.

Tetapi sebelum itu, sebenarnya 3 perkara utama past, present dan future tense adalah yang
paling asas. Ada 12 kesemuanya seperti di bawah:

1.   simple past
2.   simple present
3.  simple future
4.  past continuous (atau progressive)
5.  present continuous 
6.  future continuous 7. 
past perfect 
8.  present perfect 9. 
future perfect 
10. past perfect continuous (atau progressive
) 11. present perfect continuous 
12. future perfect continuous 

Seperti yang anda dapat lihat, terdapat 12 jenis tense.

Tetapi untuk pembelajaran dalam kiriman ini, kita hanya memberikan penegasan kepada 3
perkara utamanya sahaja.

Perbezaan Simple, Continuous, Perfect dan


Present Continuous
Kalau hendak dihuraikan perbezaannya, ia sebenarnya menunjukkan sesuatu peristiwa itu
berlaku pada waktu atau masa yang lebih khusus.
Contohnya kita ambil faktor Past Tense, iaitu peristiwa yang sudah lepas. 

 Yang juga punyai pecahan past continuous tense, past perfect tense dan past perfect
continuous tense.

Secara asasnya, past tense memanglah perkara yang sudah berlaku, tetapi adakah ia
berlaku semalamnya, ataupun adakah ia berlaku sepanjang malam?

Seperti yang anda lihat, terdapat perbezaan bukan antara “semalam” dengan
“sepanjang malam”? 

Maksudnya, maklumat anda akan disampaikan dengan lebih khusus jika menggunakan
peringkat pembelajaran tense yang lebih detail untuk simple past, past continuous, past perfect
dan

terakhir past perfect continuous


Sekarang kita akan meneliti lebih lanjut mengenai 3 perkara utama yang kita ingin bincangkan
tadi.

Past Tense   Peristiwa yang Sudah Berlaku


  –   

Kata kerja untuk past tense atau peristiwa yang sudah berlaku terbahagi kepada dua.

Iaitu, regular verb dan irregular verb.

Regular verb hanya perlu ditambah “ed” atau “d” sahaja jika sesuatu perkataan itu diakhiri
dengan “e”, manakala irregular verb, anda perlu hafal perkataannya (kami akan memberikan
contoh jadual untuk rujukan anda).

Contoh Regular Verb:

Last year I (live) in Florida.

Untuk menentukan sama ada ruang kosong di atas ditulis dalam bentuk past, present atau
future tense bergantung kepada ayat itu sendiri.

Seperti yang kita dapat lihat, di permulaan ayat itu terdapat perkataan “last year”, yang
membawa maksud ia sudah berlalu, iaitu “tahun lepas”. 

Sayealetpnaysa kaikt a nta bheur biae nmtuekru speapkearnti adyi abta pwasht :tense dan live
pula bukanlah irregular verb maka

Last year I lived in

Florida. Contoh kedua:

 Yesterday I (walk) to school.

 Yesterday – menunjukkan ia sudah berlaku.

Walk – disebabkan ia ayat past tense, maka kita perlu menentukan sama ada ia regular verb
atau irregular verb. Mengikut senarai irregular verb, walk merupakan regular verb. Maka
ayatnya akan berbentuk seperti di bawah:

 Yesterday I walked to school.

Nota Tambahan! 

Untuk regular verb, asas utama ialah dengan menambah atau membentuk akhir perkataan kata
kerja dengan “ed”. 

Walau bagaimanapun, ada sesetengah kes yang istimewa untuk difahami satu per satu di

bawah: 1.  Kata kerja yang berakhir dengan huruf “y” 

Untuk kata kerja yang berakhir dengan huruf “y”, anda buangkan “y” dan tambahkan

“ied”. try –> tried

carry –> carried

2.   Perkataan kata kerja yang hurufnya kedua terakhirnya ialah huruf vowel (huruf vokal, a,e,i,o,u)
 Apabila anda lihat ada huruf vokal di kedudukan kedua terakhir dalam sebarang kata kerja,
pastikan ia adalah antara huruf konsonan kerana anda perlu menambah konsonan terakhir

“ed”. Contohnya: stop

o – ialah huruf vokal.

Manakala ia terletak di antara dua huruf konsonan “t” dan “p”. 

Maka past tense untuk stop ialah stopped (gandakan


“p”). plan –> planned

3.   Huruf terakhir kata kerja ialah “x” 

Seperti perkataan fax, walaupun huruf vokal “a” di tengah-tengah konsonan “f” dan “x”. Kita
tidak perlu menggandakan “x”, untuk menjadi faxxed (salah). 

Maka hanya tambah “ed” seperti biasa, fax –> faxed

4.   Huruf kedua terakhir ialah huruf vokal tetapi akhir perkataan itu ialah “y”, maka anda tidak perlu
menambah “ied” ataupun menggandakan “y” 

Contohnya:

stay –> stayed

a – walaupun huruf kedua terakhir ialah “a” sebagai salah satu daripada 5 huruf vokal. Tetapi
disebabkan ia diakhiri dengan “y”, maka hanya perlu menambah “ed” seperti yang ditunjukkan
dalam contoh itu.

5.   Kata kerja yang berakhir dengan “c” pula anda tambahkan

“ked”. Contoh: panic –> panicked

Contoh Irregular Verb

Untuk kata kerja yang bersifat regular, seperti di atas, kita hanya perlu mengakhirinya dengan

 “ed”. 
Tetapi untuk irregular verb, seperti yang kami nyatakan tadi, kita mesti merujuk jadual kerana
ia memang sudah KHAS dipanggil begitu.

Sila rujuk jadual daripada English Page untuk contoh irregular verb.

 Yang berikut ialah petikan skrin daripada English Page untuk contoh yang kita akan gunakan di
bawah:
 

Untuk lebih mudah, kita cuba tukarkan ayat present tense, iaitu yang berlaku sekarang, kepada
past tense.

I give my mother a present. (present tense kerana ia berlaku sekarang)

Untuk menukarkannya kepada past tense, kita tidak boleh meletakkan “ed”, kerana ia
tersenarai dalam irregular verb seperti yang anda lihat dalam jadual di atas dan akan bertukar
menjadi
gave, maka ayat past tense ialah:
I gave my mother a present.

 Ada juga sesetengah irregular verb yang dikekalkan walaupun ia ayat past tense. Seperti
contoh read di bawah yang juga kami ambil daripada English Page. 

Selain read, perkataan lain yang biasa digunakan ialah put yang turut dikekalkan bentuknya.

Untuk contoh ‘put’, tiada di English Page, and boleh gunakan table dari Grammar Cl untuk
rujukan.

 Atau pun anda hanya gunakan kekunci “simple past tense irregular verbs table” untuk carian di
Google.

Perhatikan petikan skrin daripada English Page itu dalam lajur Past Participle. 

Untuk penerangan di artikel ini, kita tidak akan menyentuh past participle kerana ia digunakan
untuk pecahan past tense yang lebih khusus tadi, iaitu present perfect tense.
Present Tense   Perkara yang Sedang Berlaku
  –   

Di atas tadi, kami ada menyatakan bahawa tense mempunyai unsur yang lebih

khusus. Contohnya untuk present tense, kita ada:

simple present tense 

continuous present tense 


present perfect tense 

present perfect continuous tense 

Untuk present tense, kita akan menyentuh simple dan continuous present tense kerana ia
mempunyai kesinambungan yang jelas. Oleh itu, anda pasti akan tahu yang jika kita
menambah
 “ing” ia membawa maksud present tense, iaitu yang sudah berlaku. 

 Yang sebenarnya penambahan “ing” merupakan unsur untuk continuous

tense. Perbezaan antara simple dan continuous present tense.

Simple Present tense

I speak.

 You listen.

He films.

Continuous Present

tense I am speaking.

 You are

listening. He is

filming.

Seperti yang anda perhatikan, walaupun kedua-dua contoh di atas simple dan continuous ialah
peristiwa yang sudah berlaku, tetapi kita boleh membezakannya dengan bentuk ayat itu
sendiri. Seperti contoh, untuk continuous memang tiada masalah kerana ia memang berlaku
sekarang
dan hanya perlu menambahkan “ing” sahaja. 

Tetapi untuk simple present tense, ayatnya akan lebih bersifat habit atau rutin. Atau perkara
yang biasa (often) dilakukan.

Contohnya:

I speak English every

day. Contoh kedua:

I am wearing a black shirt at the moment. (ini merupakan present continuous)

Ih arlwi) ays wear nice clothes to school. (ini merupakan simple present kerana ia berlaku
setiap
Jika masih lagi keliru tidak mengapa, kerana objektif kita untuk hari ini pun hanya menyentuh
perkara asas tentang past tense, present dan future tense.

Tetapi apa yang paling penting ialah bila anda perlu mengekalkan kata kerja yang asal atau
menambah “s”? Seperti contoh simple present di atas iaitu:

I speak.

 You listen.

He films.

Mudah sahaja, anda hanya perlu menetapkan dalam minda anda untuk hanya menambah “s”
apabila subjek menggunakan He, She dan

It. Seterusnya untuk continuous.

I am speaking.

 You are

listening. He is

filming.

Ia mengandungi bantuan peraturan daripada verb to be.

 Verb to be ialah pengguna


a n am, is, are untuk subjek.

I –> kita akan menggunakan am.

I am speaking.

He, She, It –> oleh sebab ia hanya melibatkan seorang sahaja, maka kita gunakan is.

He is filming (is ialah bantuan sokongan daripada verb to be, manakala “ing” yang
menunjukkan
ia present tense iaitu sedang berlaku).

 You, We, They –> ini melibatkan lebih daripada seorang, iaitu plural, maka kita
menggunakan are.

 You are listening.

Sebelum kita beralih kepada topik yang terakhir, iaitu future tense, kita teliti senario di bawah.

Ini perbezaan yang kami rasa paling jelas untuk anda fahami perbezaan antara simple present
tense dan present continuous tense.

Katakan anda di dapur sedang menyediakan sandwic.

 Ada seseorang yang datang ke dapur dan bertanya apakah yang anda sedang buat, seperti di
bawah:

What are you doing?

Dengan soalan di atas, apakah jawapan yang lebih tepat untuk anda jawab?

M s t il a h d e ng a n m en j awab dalam bentuk continuous present tense kerana


me n y e d i a k a sa dw ic .
anda sedang
I am making a sandwich (kita tambah “ing” untuk perkara yang sedang dilakukan, kita gunakan
verb to be, iaitu am, kerana ia memang peraturan khas untuk subjek “I”). 

 Anda tidak boleh menjawab, I make a sandwich, kerana jawapannya lebih bersifat yang biasa
anda lakukan atau seperti yang kita katakan tadi bersifat rutin.

Future tense
Untuk future tense, ia lebih mudah berbanding dengan present dan past
tense. Kerana ia hanya melibatkan will dan going to.

Cara untuk menggunakannya dalam ayat juga lebih mudah difahami.

Kita tahu yang future tense adalah untuk menunjukkan apa yang akan berlaku pada masa
hadapan.

Contohnya:

I will eat durian.

She will eat

banana.

Seperti di atas, untuk penggunaan will kita hanya perlukan gunakan sahaja dengan subjek.
Tetapi untuk going to anda perlukan menambah verb to be, iaitu am, is atau are seperti apa
yang kita pelajari di atas tadi.

I  – am (walaupun ia bersifat satu orang atau individu kita


tetap menggunakan am).

He, She, It  – is (ini lebih bersifat untuk satu orang, maka kita gunakan is).

 You, They, We  – are

Sekali lagi, untuk menggunakan going to bagi menunjukkan peristiwa, ayat anda berlaku pada
masa yang akan datang haruslah menggunakan peraturan verb to be dengan betul.

Contohnya:

I am going to . . .

We are going to . . .

They are going to . . .

She is going to . . .

Bilakah masanya untuk menggunakan will ataupun going to?

Untuk menggunakan will kebiasaannya ia melibatkan perkara yang berlaku dengan


cepat, ataupun tiada masa untuk anda berfikir panjang.

Contohnya:

Katakan telefon rumah anda berdering.


Tidak sesuai untuk menggunakan:

I am going to . . .

Kerana ia seperti melibatkan masa yang lebih panjang.

Maka . . .

I will take it.....adalah lebih sesuai.

Itu sahaja untuk perkongsian kali ni.

 Apakah yang kita telah pelajari?


Berikut ialah rumusan untuk kiriman artikel

ini. Past Tense, Present Tense dan Future

Tense.

Past Tense
Past tense mempunyai kata kerja yang bersifat regular dan juga irregular.

Untuk regular kebiasaannya anda hanya perlu jadikan akhirannya “ed”. 

Manakala untuk irregular, anda perlu merujuk jadual yang disediakan oleh English Page,
sebagai contoh.

Present Tense
Untuk present tense pula anda hanya perlu menambahkan “ing” di hujung kata kerja. 

Selain itu, jangan lupa untuk menambahkan “s” pada kata kerja yang subjeknya ialah He, She
dan It.

 Anda juga perlu mengingati konsep atau peraturan untuk verb to be.

Future Tense
Kami yakin anda rasakan future tense lebih mudah difahami.

Ia hanya melibatkan dua tambahan sahaja, iaitu will dan going to.

Perkataan will sudah boleh digunakan terus bersebelahan dengan subjek

Manakala going to, mestilah menggunakan verb to be yang betul.

Anda mungkin juga menyukai