Anda di halaman 1dari 230

Suara dan Amanah - Sketsa

Pemimpin Perak memuat Catalan


ringkas tentang riwayat hidup dan
latarbelakang pemimpin negeri
Perak yang terpilih dalam Pilihanraya
Umum 1990. Dari buku ini pembaca
bukan sahaja dapat mengetahui be-
berapa hal tentang peribadi dan
keluarga Yang Berhormat Wakil-wakil
Rakyat di Perak, tetapi sekaligus da-
pat diabadikan jasa dan bakti pemim-
pin rakyat yang hidup dalam pan-
dangan, perhatian, dan buah mulut
rakyat jelata.
Buku seumpama ini sangat
sedikit diterbitkan di negara ini,
terutama untuk dijadikan bahan ru-
jukan sejarah dan politik. Pengalam-
an langsung dan pergaulan yang le-
bih dekat antara pengarang dan to-
koh-tokoh yang dirakamkan, adalah
suatu keadaan yang sulit diperolehi
oleh pengarang lain. Keistimewaan
ini menjadikan maklumat dalam bu-
ku penting untuk analisis sosial dan
politik suatu negara yang sedang
mengamalkan demokrasi rakyat.
Bagi masyarakat pembaca pula,
buku ini tentulah sangat menarik
kerana banyak sekali kisah berkenaan
pemimpin pilihan mereka yang
boleh diketahui seperti kegemaran,
pendidikan, perhubungan keluarga,
dan kampung halaman mereka.
Suara dan Amanah - Sketsa
Pemimpin Perak adalah suatu usaha
untuk mengabadikan sumbangan
dan jasa pelaku-pelaku yang membe-
rikan citra dan bentuk pada dasar-da-
sar kerajaan dan pembangunan ma-
syarakat. Selain itu, ini adalah juga
suatu usaha untuk mengeratkan lagi
perkenalan antara pemimpin dan
rakyatnya.
KANDUNGAN
Kata Pengantar
Sekapur Sirih
YAB Tail Sri Dato' Seri Ramli bin Ngah Talib 1
YB Dato' Haji Mohd. Arshad bin Abdullah 18
YB Dato' Haji Junus bin Wahid 26
YB Dato' Dr. Song Yong Pheow 32
YB Dato' Au How Cheong 36
YB Dato' Haji Mohamed Nazri bin Haji Abdul Rahim 42
YB Dato' Haji Mohamad Razlan bin Haji Abdul Hamid 50
YB Dato' Ong Ka Chuan 58
YB Dato' Haji Azman bin Mahalan 66
YB Puan Mazidah bind Haji Zakaria 72
YB Dato' Haji Ahamed Hambal bin Yeop Majlis 80
YB Dato' Mohamed bin Abas 86
YB Encik Samsudin bin Man 92
YB Tuan Haji Mohamed Taib bin Napiah @ Hanafiah 96
YB Encik Johan bin Lahamat 102
YB Tuan Haji Wan Abdullah bin Wan Im 106
YB Tuan Haji M d . Kassim bin Mahmud 110
YB Encik Ahmad Sharifrudin bin A. Aziz 116
YB Tuan Haji Zulkifli bin Hussein 124
YB Tuan Haji Megat Tajuddin bin Megat Ahmad 130
YB Tuan Haji Mohammad A l i bin Abdullah 136
YB Puan Hajah Zainab bind Haji Ibrahim 142
YBM Raja Haji Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar 148
YB Tuan Haji Talha bin Haji Ismail 156
YB Encik Jamal Nasir bin Rasdi 162
YB Tuan Haji Mohamad Padil bin Harun 166
YB Tuan Haji Mohamad Tahiruddin bin Mohd Tahir 172
YB Tuan Haji Hamdi bin Abu Bakar 176
YB Encik Lee Chee Leong 182
YB Tuan Haji Mohamad Wajdi bin Dato' Haji Ishak 186
YB Tuan Haji Abdullah bin Haji Ahmad 192
YB Encik G. Rajoo 198
YB Encik S. Veerasingam 204
Senarai Darjah Kebesaran, Darjah, Pingat, dan Anugerah
KATA PENGANTAR

uku tentang riwayat hidup atau kisah peribadi seseorang tokoh selalu
menarik minat pembaca. Orang sentiasa ingin tahu bagaimana orang
lain melaksanakan sesuatu, apakah sikapnya terhadap masalah-masalah
tertentu, dan lebih dari itu tentang kisah yang terselindung. Bertolak daripada
keadaan inilah maka lahirnya berbagai-bagai bentuk karya biografi yang imaginatif
ataupun yang ilmiah objektif sifatnya. Walau bagaimanapun tulisan yang seperti ini
sangatlah sulit dilakukan kerana ia menuntut banyak sekali kerja mengumpnl
maklumat dan menuliskannya semula.
Penerbit memahami benar-beiiar tentang kesulitan penerbitan sepcrti ini.
Mengingat akan semua hal ini dan menginsafi betapa sedikitnya jumlali tulisan
biografi dan profil tokoh-tokoh negara, kami memberanikan diri untuk
menerbitkannya juga. Kepuasan lain yang kami perolehi ialah dapat menggalakkan
pengarang buku ini yang hidup dalam suatu kegiatan sosial politik dan status yang
khas untuk turun mengarang sebuah buku. Apabila pengarang kita datang
daripada berbagai-bagai kelompok pengalaman dan kelas sosial maka dunia
penulisan kita akan memperolehi kekayaannya yang luar biasa.
Semoga buku ini dapat sekaligus mengabadikan kenangan terhadap mereka
yang telah banyak berjasa kepada tanah airnya.

Penerbit
Mei 1994
SEKAPUR SIRIH

asrat saya untuk menulis sebuah buku yang mengandungi profil Wakil
Rakyat di Perak telah sekian lama terpendam. Namun begitu usaha
secara serius untuk mengumpulkan maklumat tentang mereka hanya
bermula pada Disember 1992.

Saya sebenarnya telah didorong oleh keinsafan terhadap kerjaya dan semangat
yang ada pada Wakil Rakyat itu sendiri. Secara peribadi, selama 15 tahun saya telah
berkesempatan berkenalan dan melihat mereka bekerja seolah-olah mereka tidak
pernah mengenal istilah penat dan lelah. 'Berkhidmat untuk rakyat' menjadi
pegangan mereka sehinggakan pada banyak ketikanya keluarga mereka mengambil
tempat pinggiran demi melayan dan menyelesaikan masalah rakyat. Rumah Wakil
Rakyat sentiasa menjadi tumpuan orang ramai kerana Wakil Rakyat adalah tempat
untuk mengadu. Justeru itu, isteri atau suami dan anak-anak harus memahami dan
menghayad kehidupan Wakil Rakyat dan menyediakan suasana rumah tangga yang
bersesuaian. Dari satu sudut lain, boleh dikatakan keluarga Wakil Rakyat itu adalah
satu kumpulan keluarga yang unik dan berlainan daripada keluarga lain, ini kerana
pengaruh persekitaran, sosial, dan kegiatan polidk hariannya. Dengan sedutan
latarbelakang ini adalah diharapkan orang ramai dapat memahami masalah
kehidupan Wakil Rakyat dan keluarganya secara lebih mendalam lagi.

Wakil Rakyat bukanlah superman atau superwoman, tetapi yang jelas kekuatan
semangat yang didorong oleh misi untuk memperbaiki kehidupan masyarakat, dan
untuk membangunkan kawasan yang mereka wakili, mengatasi segala cabaran,
halangan, dan rintangan sama ada yang berbentuk luaran atau dalaman. Saya kagum
melihat bagaimana segolongan kecil manusia melalui usaha mereka dapat
mengubah keadaan kehidupan sebahagian besar masyarakat.

Ada beberapa peristiwa yang menarik, menggembirakan, dan mencuit had


dalam usaha saya mendapatkan bahan-bahan untuk buku ini. Saya dapati bahawa
kebanyakan Wakil Rakyat tidak mempunyai gambar keluarga. Ramai yang
mengambil gambar keluarga untuk memenuhi permintaan saya. Ada yang tidak
dapat menghantarkan gambar keluarga kerana anak-anak telah pun tinggal
berasingan daripada mereka. Kisah tidk pertemuan awal antara isteri dan suami
membuat mereka ketawa besar apabila mengimbas kembali zaman manis semasa
muda dahulu. Seperti pasangan-pasangan lain, mereka juga melalui saat-saat manis
yang tersimpan akrab di lubuk had dan kenangan masing-masing. Saya amat
gembira kerana usaha mendapatkan maklumat ini telah mendekatkan saya dengan
satu perspektif Wakil Rakyat yang jarang diketahui umum.
Usaha untuk menulis dan mengumpulkan maklumat mengambil masa yang
lebih panjang daripada yang dijangkakan. Walaupun saya mendapat kerjasama yang
baik daripada Wakil Rakyat dan keluarga mereka, namun ada bahan-bahan tertentu
yang sulit atau mengambil masa yang lama untuk dikumpul dan diselaraskan.

Saya berharap buku profil ini akan dapat memberi sedikit gambaran tentang
Wakil Rakyat yang dipilih dalam pilihanraya umum pada 21 Ogos 1990. Buku ini
juga bertujuan memberi sedikit maklumat tentang keluarga Wakil Rakyat Barisan
Nasional yang sentiasa berada di belakang tabir. Buku ini saya dedikasikan kepada
Wakil Rakyat sebagai mengiktiraf jasa dan bakti mereka kepada nusa dan bangsa.
Moga-moga buku ini dapat dijadikan khazanah negeri Perak Darul Ridzuan.

Buku ini tidak mungkin terhasil tanpa kerjasama pelbagai pihak. Saya ingin
merakamkan terima kasih kepada suami saya, Tan Sri Ramli, yang merupakan
pendorong utama.

Kepada Encik Rosihan Juara saya ingin mengaturkan ucapan terhutang budi
kerana telah sudi membantu menyusun dan menulis profil Tan Sri Ramli dengan
caranya sendiri. Tanpa bantuannya dalam hal ini tentulah sulit dan serba salah bagi
saya untuk mencatat profil individu yang hampir tak ada jarak dengan diri saya
sendiri.

Terima kasih juga dihulurkan kepada semua Wakil Rakyat, isteri atau suami
mereka yang sudi ditemuramah. Saya juga terhutang budi kepada Raja Ahmad
Aminollah bin Raja Abdullah dan Puan Ainon Khariyah yang sudi menyunting buku
ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Raja Ahmad bin Raja Haji Omar
yang banyak membantu dan kepada Cik Lucy Sim Ghim Pheng kerana tidak jemu-
jemu menaip draf demi draf berulang-ulang kali sehingga saya puas hati. Terima
kasih kepada semua pihak yang terlalu ramai untuk saya sebutkan satu persatu.

Sekalian yang baik dan elok saya berikan pujian kepada Allah dan terima kasih
kepada nama-nama yang tersebut di dalam buku ini, dan sekalian yang buruk atau
salah, sayalah yang bertanggungjawab.

Raja Noora Ashikin Raja Abdullah


1 Ogos 1993
Keluarga YAB Tan Sri Dato' Seri Ramli bin Ngah Talib
Putri Azalea, Raja Noora Ashikin Raja Abdullah, YAB Tan Sri Dato' Seri Ramli, Putri Yasmin.
Rizal. dan Ram elle
YAB TAN SRI DATO' SERI RAMLI BIN NGAH TALIB
MENTERI BESAR PERAK
A D U N K A M P U N G GAJAH

ira-kira lima puluh tiga tahun yang lampau sebuah kampung di tebing Sungai
Perak ddak menyangka menjadi tanah tumpah darah seorang anak kecil yang
bakal mewarisi sejarahnya. Anak kecil itu ialah Tan Sri Ramli bin Ngah Talib
yang dilahirkan pada 16 Mac 1941 di Pasir Salak, sebuah kampung yang telah mencatat
nama dan kisah yang tersendiri dalam sejarah kepahlawanan negara. Di sinilah Residen
British yang pertama di negara ini dibunuh oleh pahlawan Melayu. Perisdwa penentangan
dan tragedi itu berlaku lebih 117 tahun dahulu, dan segalanya itu berlaku akibat daripada
tindak tanduk Inggeris yang tidak menghormati ketuanan Melayu. Dan pada bumi yang
sama Tan Sri Ramli dilahirkan seolah-olah untuk menyambut amanah bangsa bagi
mengembalikan kedaulatan tanah air yang terdndas itu.
Ramli dibesarkan di dalam keluarga yang sederhana. Bapanya, Ngah Talib bin
Ahmad, merupakan seorang kakitangan kerajaan, bekerja sebagai Pemungut Cukai di pasar
Telok Anson (sekarang Teluk Intan), sementara ibunya Puan Hajah Bedah bind Mutalib
adalah seorang suri rumah. Kelahirannya sebagai anak kedga dari seramai lima orang adik-
beradik disambut dengan penuh kesyukuran oleh saudara mara sekalian.
Kemadan ayahnya dan kesempitan hidup ibunya, tidak mematahkan semangat anak
kampung ini untuk menimba ilmu pengetahuan ke peringkat tinggi. Pada peringkat awal
persekolahannya, beliau mendapat didikan di Sekolah Melayu Pasir Salak bermula pada
tahun 1947 iaitu dua tahun selepas Perang Dunia Kedua. Beliau seterusnya belajar di
Sekolah Melayu Pulau Tiga dari tahun 1948 hingga 1949, dan tinggal bersama emak
saudaranya iaitu Hajah Nengah bind Mutalib. Ramli kembali belajar di Sekolah Melayu
Pasir Salak pada tahun 1950, hinggalah beliau dipilih untuk melanjutkan pelajaran di
Government English School Teluk Intan. Selain itu, Ramli pernah menuntut di Anglo
Chinese School, Teluk Intan dan Sekolah Menengah St. Anthony, Teluk Intan.
Setelah lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan gred satu serta lulus kategori A
(beliau seorang sahaja yang mendapat kategori ini di sekolah itu) dalam peperiksaan
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Tan Sri Ramli mengangkat sumpah sebagai


Menteri Besar Perak (1 Mac 1983)

Tan Sri Ramli berbincang sesuatu dengan DYMM Sultan Perak


YAB TAN SRI DATO' SERI RAMLI BIN N G A H TALIB

Tan Sri Ramli menandatangani memorandum persefahaman pembangunan


bersama kawasan sempadan negeri Perak dan Selangor

memasuki tingkatan enam, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar
pada tahun 1961. Anak kampung jati yang membesar di tengah-tengah rakyat jelata yang
berjiwa masyarakat ini akhirnya menjejakkan kaki ke menara gading pada tahun 1963
setelah menjadi guru sementara di Sabak Bernam. Semasa di Universiti Malaya iaitu pada
penggal pertama, dengan takdir Ilahi, beliau telah terbaca iklan tawaran dermasiswa ke luar
negara. Ramli terus memohon dan berjaya memperolehi dermasiswa tersebut.
Dengan berbekalkan keinsafan yang besar dan azam yang kental, pada tahun 1964
beliau meninggalkan tanah kelahirannya dari Lapangan Terbang Sungai Besi untuk
melanjutkan pelajaran di dalam jurusan Undang-undang di Queen's University, Belfast,
Ireland Utara. Setelah beijaya mendapat sarjana muda undang-undang, L.L.B. (Hons.) dari
Queen's University beliau memperolehi Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn, London. Di
Belfast Ramli bergiat cergas di dalam persatuan pelajar. Beliau pernah menjadi bendahari
Persatuan Pelajar-pelajar Ireland Utara dan setiausaha Kesatuan Melayu United Kingdom.
Beliau juga pernah menjadi editor majalah Kesatuan Melayu United Kingdom. Melalui
majalah inilah beliau pernah meluahkan perasaan dan pandangan terhadap beberapa
masalah orang Melayu. Namun begitu, Ramli sendiri menyatakan bahawa pada mulanya dia
tidak pernah terfikir untuk memasuki kehidupan politik.
Kepulangan beliau ke tanah tumpah darahnya disambut dengan penuh kesyukuran
oleh ibu, adik-beradik serta saudara mara. Cita-citanya untuk menjadi peguam tercapai.
Beliau diiktiraf sebagai peguamcara dan peguambela oleh Mahkamah Tinggi. Berbekalkan
ijazah, Ramli memulakan kerjayanya dengan menjadi pensyarah undang-undang di Institut
Teknologi Mara pada tahun 1970. Pada masa yang sama beliau menjadi pensyarah sambilan
dalam jurusan undang-undang di Universiti Malaya.
Apabila peluang untuk jawatan penasihat undang-undang diiklankan beliau
memohon jawatan tersebut. Ramli mencatat sejarah apabila dipilih sebagai penasihat
undang-undang yang pertama untuk Lembaga Letrik Negara. Sebagai penasihat undang-

3
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Berucap semasa upacara perasmian bangunan UMNO Perak

Tan Sri Ramli sentiasa membawa keluarga


dalam kempen pilihanraya (1990)

Tan Sri Ramli bersama isteri menghadiri acara Wanita UMNO

4
YAB TAN SRI DATO' SERI RAMLI BIN NGAH TALIB

Anggota pertubuhan wanita sentiasa mendapat perhatian dan


dorongan di dalam menjalankan kegiatan (1993)

undang, beliau berpeluang berurusan dengan masyarakat. Tugasnya juga membawa beliau
ke mahkamah hampir ke seluruh negara. Pada masa ini juga beliau berkesempatan me-
nyertai badan sukarela, iaitu Belia, bersama-sama dengan seorang tokoh Belia iaitu
Allahyarham Encik Lajman bin Siraj seorang pensyarah ekonomi Universiti Malaya. Beliau
juga berkesempatan untuk menyertai kegiatan yang digemari dan disertai dari kecilnya lagi
iaitu serii silat. Pertubuhan silat ini masih ada lagi di Kuala Lumpur walaupun Ramli tidak
aktif lagi kerana umurnya sudah semakin larut dan tubuhnya tidak mengizinkannya untuk
tangkas dan lincah lagi di gelanggang silat itu.
Pada tahun 1977, cita-cita Ramli untuk membuka firma guaman sendiri menjadi
kenyataan apabila beliau bersama dua peguam lain, iaitu Encik Kadir Kassim dan Encik
Tan Jake Lian memulakan firma guaman Kadir Tan dan Ramli di Kuala Lumpur. Setelah
menempuh kejayaan, mereka menubuhkan cawangan di Ipoh. Walaupun firma ini masih
wujud di Kuala Lumpur dengan nama yang sama, Ramli telah meninggalkannya apabila
tugasnya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak membenarkannya
meneruskan kegiatan dengan firma guamannya.
Pada tahun 1972, Ramli yang sudah menjangkau umur 31 tahun telah berkenalan
dengan Raja Noora Ashikin bind Raja Abdullah, seorang pegawai bank, lulusan Ekonomi
dan Pentadbiran dari Universid Malaya. Sepasang sahabat karib Ramli telah merancang
pertemuan makan tengah hari tanpa pengetahuan gadis tersebut. Pertemuan demi
pertemuan yang diatur akhirnya membuat Raja Noora mengambil keputusan memba-
talkan hasratnya melanjutkan pelajaran ke England. Perwatakan Ramli yang lemah lembut,
tidak banyak bercakap, jarang ketawa, serius tetapi penyayang dan sendasa bersedia untuk
memberi perlindungan telah memikat had Raja Noora. Akhirnya pada 1 Disember 1973,
Ramli menamatkan zaman bujangnya pada usia 32 tahun, lalu mendirikan rumah tangga
dengan gadis pilihannya. Acara perkahwinan yang meriah diadakan di Ipoh dan juga di
Teluk Intan. Perkahwinan suka sama suka ini telah dibahagiakan lagi dengan kehadiran
empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua anak kembar perempuan. Anak sulung mereka,
Rizal Ashram dilahirkan pada 26 Julai 1976, sekarang sedang menunrut di dngkatan lima di
Kolej Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan, sementara anak kedua mereka Ramelle Ashram

5
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Keriangan di wajah semua apabila


bertemu Tan Sri Ramli (1990)
Pemilik kebun durian di Sungai Perak gembira
bertemu Tan Sri Ramli (Julai 1993)

Orang kurang bernasib baik juga mendapat perhatian daripada Tan Sri Ramli.
Majlis Perasmian Daybreak Centre (1992)
YAB TAN SRI DATO' SERI RAMLI BIN N G A H TALIB

Tan Sri Ramli mengerat mayang nipah yang mengeluarkan nira di Kg. Teluk Piai (1992)

dilahirkan pada 1 Oktober 1978, sedang menuntut di tingkatan tiga di Sekolah Lelaki
Methodist, Ipoh. Anak kembar mereka pula, Putri Azalea Ashram dan Putri Yasmin Ashram
dilahirkan pada 23 Jun 1982, kini berada di dalam darjah lima Sekolah Rendah
Kebangsaan Convent Ipoh.
Ramli sungguh bertuah kerana mempunyai isteri yang memahami hasrat suami, dan
dapat menghayati tanggungjawab yang dipikul oleh suaminya. Raja Noora telah meletakkan
jawatannya sebagai penasihat pelaburan di Chartered Merchant Bankers untuk
bersama-sama suaminya di Ipoh, setelah empat tahun tinggal berjauhan. Seterusnya beliau
menubuhkan firma sekuritinya sendiri tetapi kemudian terpaksa meninggalkannya untuk
menumpukan seluruh perhatian sebagai isteri Menteri Besar. Semasa bekerja sebagai pena-
sihat pelaburan, beliau merupakan bumiputera yang tunggal memegang jawatan seum-
pamanya pada masa itu. Apabila beliau mendapat lesen untuk membuka firma sekuriti,
beliau sekali lagi menjadi bumiputera yang pertama mempunyai dan menguasai milik
saham yang terbesar sebanyak 85% dalam firma sekuriti.
Pendedahan dan perjalanan yang diperolehi oleh Raja Noora di dalam bidang pernia-
gaan dan ekonomi menjadi pengalaman yang amat bernilai dalam mengharungi hidup se-
bagai isteri seorang Menteri Besar. Peranan beliau sebagai isteri Menteri Besar sudah tentu
memberi faedah secara langsung dan tidak langsung kepada rakyat. Beliau pernah diminta
untuk memegang jawatan Ketua Wanita U M N O Bahagian Hilir Perak sewaktu Ramli men-
jadi E X C O Kerajaan Negeri tetapi Tan Sri tidak merestuinya dan berpendapat lebih berfae-
dah jika beliau menyumbangkan tenaga untuk menolong suami dan bergiat dalam kerja-
kerja amal. Nasihat ini tidak disia-siakannya kerana setelah suaminya dilantik sebagai Men-

7
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Tan Sri Ramli meneliti hasil keluaran yang diusahakan


oleh peniaga-peniaga kecil di Bagan Datoh (1993)

Tan Sri Ramli bersama YAB Perdana Menteri Malaysia


melawat Tapak Caravan Tapah (22 Julai 1993)

Membuat api untuk membakar ikan

8
YAB TAN SRI DATO' SERI RAMLI BIN N G A H TALIB

Sentiasa meluangkan masa untuk mengikuti aktiviti ibu bapa-anak di Sekolah.


Han Sukan Sekolah Convent Ipoh (1991)

teri Besar, Raja Noora telah menubuhkan BAIDURI dan menggemblengkan tenaga semua
isteri wakil rakyat supaya dapat menyumbangkan usaha kepada yang kurang bernasib baik.
Raja Noora telah dapat menyertai kegiatan mencegah penyalahgunaan dadah dan
mewujudkan Pergerakan Ibu Bapa dalam Pencegahan Dadah. Beliau mewakili negara
dalam Persidangan And Dadah Antarabangsa di Geneva, Persidangan Pergerakan Ibu Bapa
di Atlanta, Amerika Syarikat, dan persidangan-persidangan di peringkat A S E A N dan
Komanwel. Penglibatan beliau dalam usaha pencegahan telah membawa beliau ke
kampung-kampung untuk memberi penerangan pencegahan kepada ibu-ibu dan bapa-
bapa sekalian. Semua ini dilakukan tanpa mengabaikan tugasnya sebagai ibu dan isteri.
Kemaraan Ramli dalam U M N O bermula dari peringkat bawah, setapak demi setapak.
Setelah enam bulan menjadi ahli biasa U M N O Cawangan Kampung Teluk, beliau dipilih
menjadi Naib Ketua U M N O Cawangan dan seterusnya dipilih sebagai Ketua U M N O
Cawangan pada tahun 1974. Beliau kemudian mendapat kepercayaan menduduki
Jawatankuasa U M N O Bahagian Hilir Perak pada tahun 1975 dan dilantik sebagai Ahli
Jawatankuasa BN Hilir Perak pada 1977. Beliau kemudiannya terpilih sebagai Ketua
U M N O Bahagian Hilir Perak pada tahun 1978. Bintangnya nampaknya terus bersinar.
Ketokohannya teruji lagi apabila dipilih menjadi calon BN bagi Kerusi Dewan
Undangan Negeri Kawasan Kampung Gajah pada tahun 1978. Ramli berjaya menang
dengan majoriti yang banyak. A D U N muda yang senang bergaul dengan orang-orang
kampung itu, terus dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan
menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Kerajaan Tempatan. Ramli
merupakan peguam Melayu pertama di Perak menjadi wakil rakyat selepas merdeka.
Ketokohannya terus menonjol apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Pegawai
Perhubungan U M N O Negeri pada tahun 1981. Pada pilihanraya umum berikutnya
iaitu pada tahun 1982, Ramli bertanding di kawasan yang sama dan dilantik menjadi
A h l i Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mempengerusikan Jawatankuasa Hal-Ehwal
Perbadanan Awam dan Perindustrian Negeri Perak.
Kewibawaan dan kebolehannya memimpin U M N O Negeri Perak menyebabkan be-
liau diberikan kepercayaan untuk memangku jawatan sebagai Menteri Besar pada 20
Oktober 1982. Pada 1 Mac 1983, Ramli akhirnya dilandk sebagai Menteri Besar Negeri Pe-
rak menggantikan Dato' Seri Haji Wan Mohamad bin Haji Wan Teh, yang mengundurkan

9
SUARA DAN A M A N A H SKETSA PEMIMPIN PERAK

Berjoging dengan Pasukan Bola Sepak


Perak di pekarangan kediaman
Menteri Besar (5 Julai 1989)

A Tan Sri Ramli sebagai Presiden PAFA,


dengan perasaan gembira turut menjulang
piala FA sambil dikerumuni oleh ribuan
peminat bolasepak Perak (1990)

Sukan Polo menjadi kegemaran Tan Sri Ramli


sekeluarga

Bersama Pasukan Badminton BAIDURI yang menjadi Naib johan


Piala Perdana 1992

10
diri atas sebab keuzuran. Ramli menyifatkan perlantikannya itu sebagai 'takdir yang tidak
pernah dimimpikan'. Bahkan katanya banyak perkarayang berlaku adalah secara kebetulan
sahaja. Salah satu impian dan misinya apabila beliau dilantik menjadi Menteri Besar, ialah
untuk mempelbagaikan perusahaan di negeri Perak yang pada ketika itu sedang dilanda
oleh kemelesetan ekonomi yang amat sangat akibat daripada kejatuhan harga bijih timah.
Negeri Perak yang pada satu ketika membuat sumbangan ketara dan bermakna kepada
Keluaran Negara Kasar hampir menjadi negeri miskin akibat pergantungannya kepada bijih
timah.
Hari ini, dalam tempoh 10 tahun di bawah pimpinannya dan dengan kerjasama ahli-
ahli E X C O dan pegawai-pegawai kerajaan, negeri Perak telah bertukar wajah daripada
sebuah negeri yang bergantung kepada bijih timah kepada sebuah negeri yang pesat mem-
bangun di dalam sektor perindustrian, pelancongan, perdagangan, dan pembangunan
sosiobudaya. Misi-misi pelaburan ke luar negara yang diketuainya telah berjaya menarik
banyak pelaburan asing ke Perak. Beliau juga telah merintis usaha dagangan dengan
negara-negara Eropah Timur pada tahun 1993. Sektor perindustrian telah berkembang de-
ngan begitu pesat, dengan sumbangan kepada KDNK meningkat tahun demi tahun. Yang
pasti, kemasukan pelaburan ke negeri Perak telah membawa rahmat kepada penduduk
tempatan. Dari 1971 hingga 1993 sahaja sebanyak 200,000 peluang pekerjaan telah dapat
diwujudkan.
Namun begitu sektor pertanian tidak pernah diabaikan. Beliau adalah orang
kampung. Jiwanyajiwa kampung. Ramli paling selesa apabila berada di kawasan-kawasan
tani dan beliau menghayati perasaan petani-petani, lantaran itu beliau sedar bahawa sektor
pertanian kampung perlu diberikan tumpuan yang khusus. Ramli sering memberi
semangat rajin berusaha kepada penduduk luar bandar supaya menyertai sektor pertanian
secara komersial dan membangunkan tanah terbiar untuk meningkatkan pendapatan.

11
SUARA D A N AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Membawa anak-anak bersiar menaiki basikal (1991)

Penyelenggaraan penghantaran kad Aidil Fitri


menjadi satu tradisi keluarga

Hari jadi Tan Sri Ramli disambut bersama keluarga

Tan Sri Ramli menyambut hari jadi anak kembamya (1992)


YAB TAN SRI DATO' SERI RAMLI BIN N G A H TALIB

Bermain bersama anak-anak (1988)


Bersedia untuk melungsur salji

Beliau juga menyeru petani-petani luar bandar supaya mengubah sikap perdesaan dan
mencuba tanaman yang baru termasuk menanam sayur secara komersial di kampung.
Walaupun kelihatan lembut, tidak menonjolkan diri, dan berhad-hati membuat kepu-
tusan tetapi Ramli sebenarnya seorang yang tegas dalam kepimpinannya. Beliau masih be-
lum berpuas had dengan kejayaan yang telah dicapai oleh negeri Perak. Beliau ingin me-
lihat lebih banyak perusahaan ditempatkan di pangkuan masyarakat kampung agar pem-
bangunan dan peluang pekerjaan dapat wujud di pekan-pekan kecil dan di kampung-kam-
pung. Dengan cara ini juga, penghijrahan anak-anak muda ke bandar dapat dikurangkan
dan masalah sosial dapat dibendung.
Dalam usaha meletakkan Perak di puncak kemajuan, Ramli telah menggariskan Stra-
tegi Pembangunan Negeri. Strategi Pembangunan Negeri bertujuan mewujudkan keseim-
bangan antara pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang adil; meningkatkan daya sa-
ling lengkap antara sektor bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang optima; mengurang-
kan jurang keddaksamaan sosial dan ekonomi dalam negeri; memperkukuhkan perpaduan
kauin; mewujudkan tenaga kerja mahir, berilmu, berdisiplin, dan produktif; membina
sebuah masyarakat progresif yang mengamalkan nilai-nilai positif; dan menjadikan sains
dan teknologi tunjang penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi
negeri Perak.
Ramli telah menjadi Ahli Majlis Terdnggi U M N O sejak tahun 1984. Dalam pemilihan
pucuk pimpinan tahun 1984, beliau telah mendapat undi kedua terdnggi. Ramli juga
pernah menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden pada tahun 1987. Walaupun
beliau tewas, ia tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus berkhidmat. Pada
pemilihan tahun 1989, Ramli sekali lagi menang sebagai Ahli Majlis Terdnggi dengan
mendapat tempat ketiga terdnggi. Bagi Ramli perkhidmatannya kepada pard, bangsa, dan
negara akan diteruskan selagi tenaga dan buah fikirannya diperlukan.
Politik negeri Perak yang terkenal dengan berpuak-puak beransur bertukar corak di
bawah pimpinan Ramli hasil daripada azamnya untuk menjadi agen perpaduan sebaik saja
beliau memegang teraju kepimpinan negeri Perak. Hasrat beliau ialah untuk melihat
U M N O Perak kukuh dan bersatu. Ia menjadi kenyataan apabila Perak menempa sejarah
dengan pemilihan lima orang menduduki Majlis Terdnggi U M N O , lima orang di dalam
E X C O Pemuda U M N O dan lima orang di dalam E X C O Wanita U M N O pada Pemilihan
U M N O tahun 1989. Kestabilan dan kekukuhan politik U M N O amat penting agar segala
usaha dan penumpuan tenaga dapat dipusatkan terhadap pembangunan negeri dan
kesejahteraan rakyat.
SUARA DAN A M A N A H SKETSA PEMIMPIN PERAK

Kegembiraan terpancar diwajah anggota masyarakat


ketika menyambut Tan Sri Ramli ke majlis mereka

Merenjis mempelai

Tersenyum hang bermesra dengan masyarakat

14
YAB TAN SRI DATO Sl-RI RAMI J BIN NGAH TALIB
1

usaha dan penumpuan tenaga dapat dipusatkan terhadap pembangunan negeri dan
kesejahteraan rakyat.
Bagi Ramli, walaupun negeri Perak telah menampakkan perubahan yang meng-
galakkan, namun beliau mahu melihat pembangunan ekonomi ini dimanfaatkan oleh
semua .pihak. Beliau tidak mahu orang Melayu tinggal di pinggiran sewaktu negeri
membangun dengan pesat. Beliau seringkali mengingatkan orang Melayu dengan ucapan
yang dalam bahasa Inggerisnya berbunyi, "We must not be bystanders and watch opportunities
bypass us. We must benefit from these developments " Keseimbangan pertumbuhan ekonomi dan
pengagihannya akan dapat mengurangkan ketidaksamaan dan jarak sosial dan ekonomi
dalam negeri, di samping memperkukuhkan perpaduan dan persefahaman antara kaum.
Beliau sering menyeru agar peluang yang terbuka luas harus dinikmati dengan sentiasa
meningkatkan ilmu pengetahuan di bidang-bidang yang diperlukan.
Minat Ramli adalah membaca, bersukan, dan bercucuk tanam. Membaca adalah cara
hidup baginya dan minat ini dikongsi oleh isterinya. Ramli adalah mentor kepada isteri dan
anak-anaknya. Dalam bidang sukan Ramli pernah mewakili Kolej Melayu dalam acara
badminton, dan mewakili Anglo Chinese School dalam bolasepak dan olahraga. Di dalam
kesibukkannya Ramli tetap meluangkan masa untuk beriadah. Semangat yang sama disemai
kepada isteri dan anak-anaknya, sehingga semuanya minat bermain badminton, berjoging,
dan menunggang kuda. Beliau dan kedua-dua anak lelakinya bermain polo dan mewakili
kelab untuk sukan polo antara kelab di negara dan di Singapura. Mereka juga suka
melungsur salji pada musim cuti di luar negara. Ramli berhenti bermain golf kerana
permainan ini mengambil terlalu banyak masa. Minatnya bercucuk tanam mendatangkan
banyak faedah kerana sehingga hari ini, rakan-rakan beliau dapat menikmati sama ada
jagung, pisang atau betik yang ditanam di belakang rumah kediaman rasmi Menteri Besar.
Ramai yang tidak tahu bahawa Ramli juga pandai memasak dan mempunyai beberapa jenis
masakan yang digemari oleh anak-anaknya. Namun begitu peluang untuk memenuhi

15
SUARA DAN A M A N A H SKETSA PEMIMPIN PFRAK

Di seldtar majlis penganugerahan gelaran Sri Maharajalela Mangkubumi oleh


Lembaga Adat dan Ugama Acheh. (25 November 1986)

16
YAB TAN SRI DATO' SERI RAMLI BIN N G A H TALIB

hasrat ini hanya dapat dilakukan apabila mereka bercud bersama-sama.


Atas jasa dan khidmat baktinya kepada masyarakat dan negara, Ramli telah
dikurniakan Bintang Panglima Setia Mahkota (PSM), Paduka Cura SiManja Kini (PCM),
Darjah Seri Paduka Cura SiManja Kini (SPCM), Ahli Mangku Negara (AMN), Jaksa
Pendamai (JP), dan Paul Harris Fellowship oleh Rotary International.
Selain itu Ramli juga telah menerima anugerah terdnggi Kerajaan Aceh Indonesia
pada 25 November 1986 ketika mengetuai rombongan penulis dan tokoh masyarakat ke
Sumatera Utara dengan gelaran 'Seri Maharaja Lela Mangkubumi' yang disampaikan oleh
Gabenor Aceh, Professor Dr. Ibrahim Hassan.
Peristiwa yang juga amat bermakna di dalam sejarah kehidupannya juga ialah pada 1
Oktober 1987 Ramli dilantik sebagai Orang Besar Lapan Negeri dengan gelaran Orang
Kaya-Kaya Seri Agar Di Raja (lebih dikenali dengan gelaran Dato' Sagor) oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah. Tan Sri Ramli adalah keturunan Dato'
Sagor dan mempunyai pertalian darah dengan Datuk Maharaja Lela, salah seorang
pembesar negeri Perak yang mengetuai penentangan terhadap penjajahan Inggeris
sehingga membawa kepada peristiwa berdarah pembunuhan Residen British Perak yang
pertama iaitu J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak. Dengan anugerah ini
seolah-olah terakam sudah periktirafan rakyat dan kerajaan terhadapnya sebagai pewaris
yang menebus kedaulatan dan nasib rakyat jelata yang terdndas dalam keaiban.
Tan Sri Ramli Ngah Talib masih tidak jemu-jemu berusaha untuk membebaskan
rakyat daripada kemiskinan ekonomi dan kemunduran sosialnya. Visi masa depan beliau
ialah untuk memodenkan kehidupan rakyat supaya negeri Perak Darul Ridzuan dan
penduduknya sama-sama dapat menyumbang dan menikmati kemajuan Malaysia sebagai
negara industri pada abad ke-21 nanti.

17
Keluarga YB Dato' Haji Mohd. Arshad bin Abdullah
YB Dato' Haji Mohd. Arshad dan isterinya Datin Rohani bind Haji Abdul Mutalib,
Anis Khariah. Saiful Bahar, Saiful Adli, Anis Saleha, dan Sarifah Zaharah
YB DATO' HAJI MOHD. ARSHAD BIN ABDULLAH
SPEAKER DEWAN U N D A N G A N NEGERI PERAK
A D U N CHANGKAT J O N G

B Dato' Haji Mohd. Arshad bin Abdullah dilahirkan pada 21 Ogos 1937 di
Sungai Sumun, Hutan Melintang, Bagan Datoh, Perak. Bapanya Encik Abdullah
bin Jahar adalah seorang petani dan ibunya Hajah Halimah bind Haji Sidek
adalah seorang suri rumah yang membantu suaminya di kebun dan di sawah padi. Arshad
adalah anak kedua daripada sepuluh adik-beradik. Ibunya pernah melahirkan anak kembar
dga tetapi ketiga-dganya meninggal dunia sewaktu kecil. Beliau telah dididik dengan penuh
kasih sayang oleh kedua ibu bapanya. Beliau dibesarkan di Sungai Sumun, tetapi
kemudiannya berpindah ke Kampung Chikus selepas pemerintahan Jepun.
Arshad mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Sumum dan kemudian
berpindah ke Sekolah Melayu Chikus sehingga darjah enam. Beliau melanjutkan pelajaran
ke Sekolah Melayu Sultan Idris Shah, Teluk Intan sehingga darjah tujuh dan di sebelah
petang belajar di Sekolah ACS Teluk Intan sehingga mendapat Malaysian Certificate
Education. Beliau dipilih menjadi guru pelatih pada tahun 1956 dan bertugas di Sekolah
Umum Jalan Baharu, Parit Buntar dan selepas itu melanjutkan pelajaran di maktab
perguruan. Pada tahun 1969 beliau bertukar ke Sekolah Kebangsaan Chenderong Balai,
Teluk Intan. Pada tahun itu juga beliau meletakkan jawatan sebagai guru dan bekerja
sebagai wartawan di Utusan Melayu (M) Berhad di Kuala Lumpur dan pernah bertugas di
Ipoh dan Teluk Intan.
Arshad pernah mengikuti beberapa kursus kewartawanan di dalam dan di luar negara.
Pada tahun 1976 beliau meletakkan jawatan sebagai wartawan dan berkhidmat sebagai
Pegawai Perhubungan Akhbar kepada Menteri Besar Perak, Allahyarham Tan Sri Ghazali
Jawi dan seterusnya Dato' Seri Wan Mohamed bin Wan Teh.
Pada tahun 1982 Arshad dipilih menjadi calon BN bagi Dewan Undangan Negeri
Kawasan Changkat Jong. Sewaktu itu beliau menjadi Timbalan Ketua U M N O Bahagian
Teluk Intan. Pada tahun 1963 beliau dipilih menjadi Ketua U M N O Bahagian Teluk Intan
menggantikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Allahyarham Encik Darus bin Said.

19
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Dato' Haji Mohd. Arshad mengangkat sumpah menjadi


Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (J990)

YB Dato' Haji Mohd. Arshad ketika menerima darjah kebesaran


DPCM daripada DYMM Sultan Perak

20
YB DATO' HAJI MOHD. ARSHAD BIN ABDULLAH

YB Dato' Haji Mohd. Arshad menyambut YAB Perdana Menteri Malaysia


ke majlis jamuan makan malam (1993)

Pada tahun yang sama beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,
menggantikan YB Encik Ramli bin Ngah Talib yang dilantik menjadi Menteri Besar Perak
pada 1 Mac 1983. Di antara 5 September 1983 sehingga 20 Oktober 1990 Arshad menjadi
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa
Perbadanan Awam dan Perindustrian. Selepas Pilihanraya Umum 22 Oktober 1990 beliau
dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Jawatan ini masih dipegangnya
sehingga sekarang.
Arshad semenjak kecil lagi begitu berminat dalam politik dan pertubuhan sosial.
Beliau pernah bergiat dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, pertubuhan-
pertubuhan belia dan beberapa kesatuan guru-guru. Kerjaya politiknya dalam U M N O
bermula pada 1 April 1954 apabila beliau menjadi ahli U M N O di kampungnya sendiri iaitu
U M N O Cawangan Kampung Chikus di mana Ketua Cawangan pada kedka itu ialah Encik
Mat Arbi bin Jamil. Walaupun menjadi ahli biasa, beliau banyak membantu dalam kempen
pilihanraya. Arshad terkenal sebagai seorang ahli pidato yang berkaliber. Beliau mempakan
anak murid kepada dua orang pemimpin polidk yang terkenal di Hilir Perak pada waktu itu
iaitu Allahyarham Dato' Haji Mohd. Abas bin Ahmad dan Allahyarham Encik Sulaiman bin
Bulon.
Sebagai wartawan Arshad seringkali menggunakan rencana-rencana akhbar yang
bemas dan tajam bagi memperjuangkan golongan yang tertindas. Pengalamannya yang
banyak mengetahui penderitaan rakyat memudahkannya mendapat sokongan golongan
bawahan terutama di kalangan ahli-ahli U M N O .
Sewaktu menjadi Pegawai Perhubungan Akhbar di bawah dua orang Menteri Besar,
Arshad banyak menimba ilmu pengetahuan dari segi politik dan pentadbiran kerajaan.

21
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Dato' Haji Mohd. Arshad bersama YB Dato'Abdullah Ahmad Badawi dan ahli-ahli UMNO

YB Dato' Haji Mohd. Arshad ketika berucap di majlis kesyukuran setelah menang
Pilihanraya Umum kawasan Changkat Jong buat pertama kali (1982)

22
YB DATO' HAJI MOHD. ARSHAD BIN ABDULLAH

Memberi ceramah semasa kempen Pilihanraya Umum di Teluk Intan (1990)

Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi, seorang veteran politik yang matang bersama Dato' Seri
Wan Mohammed bin Haji Wan Teh adalah dua orang guru yang tidak boleh dilupakannya.
Pada tahun 1960, Arshad berpindah cawangan, iaitu daripada U M N O Cawangan
Durian Sebatang Seberang ke U M N O Cawangan Kampung Bahagia. Beliau adalah peng-
asas cawangan baru itu. Pada waktu itu U M N O Bahagian Pasir Salak, Teluk Intan, dan
Bagan Datoh yang ada sekarang berada dalam satu Bahagian sahaja iaitu U M N O Bahagian
Kawasan Hilir Perak. Bahagian ini kemudiannya dipecahkan kepada tiga mengikut kawasan
parlimen.
Arshad tidak pernah merebut jawatan dalam U M N O di Cawangan Kampung Bahagia
dan sehingga sekarang beliau hanya Pengerusi Tetap Cawangan tersebut. Beliau merupa-
kan seorang pemimpin yang sabar menunggu giliran. Setelah 29 tahun barulah beliau
dipilih menjadi Ketua U M N O Bahagian. Beliau pernah menjadi Ketua Penerangan U M N O
Bahagian, Ketua Pemuda U M N O Bahagian, dan Timbalan Ketua U M N O Bahagian. Jawat-
an paling tinggi yang pernah dipegangnya ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan
U M N O Negeri Perak. Satu jawatan yang diamanahkan kepadanya sehinggalah sekarang.
Arshad telah berkahwin dengan Cik Rohani bind Haji Abdul Mutalib, seorang guru,
pada 4 Ogos 1963. Walaupun beliau mula melihat Cik Rohani ketika anak gadis tersebut
berusia tiga belas tahun, namun mereka hanya menjalinkan perhubungan secara serius se-
telah Cik Rohani melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.
Perkahwinan mereka yang diiringi doa oleh kedua belah orang tua, telah dirahmati dengan
lima orang anak termasuk seorang anak angkat.

23
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Bersama pemimpin -pemimpin lain


di perayaan Hari Kebangsaan di Ipoh (1986)

Mengangkat sumpah sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak (1983)

24
YB DATO' HAJI MOHD. ARSHAD BIN ABDULLAH

Berucap di majlis makan malam anjuran Persatuan Bekas


Perajunt Malaysia di Teluk Intan (1987)

Anak sulung mereka Saiful Bahar, masih menuntut di London, manakala anak kedua,
Anis Khariah lulusan ITM bekerja di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Anis Saleha anak
kedga, masih menuntut di Universid Islam Antarabangsa di tahun akhir, dan anak keempat
mereka pula, Saiful Adli, baru sahaja masuk ke universiti yang sama, manakala anak angkat
mereka, Sarifah Zaharah binti Syed Serbaini, lulusan Diploma Universiti Pertanian, sudah
pun bekerja.
Atas khidmat baktinya Arshad telah dianugerahkan DPMC, PMP, dan PPT. Azamnya
ialah untuk meneruskan perjuangannya demi kepentingan Agama, Bangsa, dan Tanah air
yang tercinta sehingga ke saat yang diizinkan oleh Allah S.W.T.

25
YB Dato Haji Junus bin Wahid bersama isterinya Datin Hajah Insah binti Daharun
1

serta anak-anak mereka Yusnariah, Hasniyati, Norfaizah, Haslina, dan Norhaslinda.


YB DATO' HAJI JUNUS BIN WAHID
A H L I MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
A D U N SLIM RIVER

B Dato' Haji Junus bin Wahid dilahirkan di Chikus, Sungai Manik, Teluk Intan,
Perak pada 23 Disember 1947. Bapanya Wahid bin Malim Ibrahim merupakan
seorang pesawah padi dan ibunya Jani bind Lebai Musa, seorang suri rumah
turut membantu suami di sawah. Anak kelima daripada enam orang adik-beradik ini meng-
harungi hidup yang sukar sewaktu kecil, apabila bapanya meninggal dunia sewaktu beliau
masih di sekolah rendah. Akibat pemergian bapanya, Junus tinggal bersama ibu saudaranya
buat seketika dan kemudian pula bersama bapa saudaranya. Keperitan hidup mengajar
Junus berdikari sejak kecil lagi. Beliau juga menanam semangat ingin berjaya di sanu-
barinya. Setelah lulus peperiksaan Malaysian Certificate Education beliau merantau ke
Johor dan bekerja sebagai penyelia ladang getah selama setahun.
Dari tahun 1966 hingga 1968 beliau menjadi guru di Sekolah Menengah Khir Johari
Sungai Sumun, Hutan Melintang dan menjalani latihan guru di Regional Training Centre
Teluk Intan. Keazamannya untuk menjejakkan kaki ke insitusi pengajian tinggi mendo-
rongnya mengambil peperiksaan Higher School Certificate dan dengan berkat usaha yang
gigih, beliau berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dari tahun 1969 hingga
1971. Segulung ijazah di dalam genggaman, Junus memulakan tugas sebagai Penolong
Kanan di Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani, Bidor dari tahun 1972 hingga 1974.
Pada tahun 1975 hingga 1978 beliau menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris,
Tanjung Malim. Setelah itu beliau memegang jawatan pengetua di beberapa buah sekolah
menengah, seperd Sekolah Menengah Sri Tapah, Sekolah Menengah Sungkai, dan Sekolah
Menengah Sri Kampar.
Bidang pendidikan yang diceburinya ditinggalkan apabila beliau diberi kepercayaan
oleh BN bertanding Kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Slim River pada tahun 1986.
Beliau seterusnya dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Belia dan Sukan dan Kebajikan Masyarakat. Pada
pilihanraya umum berikumya, iaitu pada 22 Oktober 1990, beliau sekali lagi dipilih untuk

27
SUARA DAN A M A N A H SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Dato' Haji Junus mengangkat sumpah sebagai Ahli EXCO


Kerajaan Negeri Perak buat kali kedua (1990)

YB Dato' Haji junus bersama isteri dan ahli-ahli EXCO semasa Istiadat
Perasmian Dewan Undangan Negeri (1992)

28

*
Y B D A T O ' HAJI J U N U S BIN W A H I D

YB Dato' Haji Junus bersama isteri semasa Perhimpunan Agung UMNO


di Pusat Dagangan Dunia Putra (1992)

mewakili kerusi yang sama. Beliau memenangi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan Slim River dengan majorid 9781 undi, mengalahkan calon Semangat 46, Auzir bin
M o h d Yaacob. Beliau sekali lagi dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Perak, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Industri, Perbadanan Awam, Kebuda-
yaan, dan Pelancongan.
Junus mula aktif dalam U M N O sewaktu beliau bertugas di Sekolah Menengah Syeikh
Abdul Ghani, Bidor pada tahun 1972. Bermula daripada jawatan Ketua Pemuda U M N O Ca-
wangan Bidor, beliau seterusnya dipilih sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda U M N O
Bahagian Tanjung Malim dari tahun 1976 hingga 1980. Seterusnya beliau dipilih pula
menjadi Ketua Pemuda U M N O Bahagian Tanjung Malim selama enam tahun sejak 1980.
Dari tahun 1982 hingga 1984 beliau juga dilantik sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda
U M N O Perak. Kewibawaan berpolitiknya terserlah sejak tahun 1976 lagi. Sewaktu beliau
menjadi Naib Ketua Pemuda U M N O beliau juga dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa U M N O
Bahagian. Apabila had umur tidak mengizinkan beliau menjadi Ketua Pemuda, beliau telah
dipilih menjadi Ketua U M N O Bahagian Tanjung Malim sehingga ke hari ini. Di peringkat
Perhubungan' U M N O Negeri Perak, beliau telah dilandk sebagai Ketua Penerangan
U M N O Perak dari tahun 1986 hingga sekarang. Selain itu beliau juga menjadi Ahli Jawa-
tankuasa Biro Penerangan U M N O Malaysia.
Junus mula mengenali isterinya Insah bind Daharun semasa mereka bersama-sama
menjadi guru di Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun, Hutan Melintang. Hu-
bungan yang terjalin diikat dengan pertunangan pada tahun 1966. Sewaktu Junus menun-
tut di Universiti Malaya, Insah menjalani latihan perguruan di Maktab Perguruan Perem-
puan Melayu Melaka dari tahun 1969 hingga 1970. Guru manis lulusan maktab ini seterus-
nya mengajar di Kampung Chepor, Lenggong. Setelah berkahwin dengan suaminya pada

29
SUARA DAN A M A N A H SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Dato' Haji Junus bersama rakyat


di Majlis Sukan Bahagian Tanjung Malim

YB Dato' Haji Junus menyampaikan geran tanah di Bidor

30
YB DATO' HAJI JUNUS BIN WAHID

15 Mac 1970, Insah kemudian mengajar di Sekolah Sri Petaling, Petalingjaya pada tahun
1971. Insah meneruskan kariernya sebagai guru sehingga lO Julai 1992 apabila beliau me-
milih sendiri untuk bersara.
Mereka dikurniakan lima orang anak perempuan. Anak sulung mereka, Hasniyati
sedang menuntut di Sheffield Hallam University, United Kingdom, dalam jurusan Penilaian
Harta, sementara itu Haslina merupakan pelajar tahun dua di Politeknik Ungku Omar,
Ipoh dalam bidang perakaunan. Anak ketiga mereka, Norfaizah yang berkelulusan Sijil Pe-
lajaran Malaysia kini sedang menunggu tawaran untuk memasuki salah satu pusat pengajian
tinggi tempatan. Anak keempat mereka, Yusnariah 17 tahun sedang menuntut dalam
tingkatan lima manakala anak bongsu mereka, Norhaslina merupakan pelajar dngkatan
dua, di Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Junus bernasib baik kerana mempunyai seorang isteri yang berminat di dalam segala
kegiatan suaminya. Insah sendiri merupakan ahli U M N O yang aktif. Beliau menjadi Ketua
Pergerakan Wanita U M N O Cawangan Bidor dan Bendahari Pergerakan Wanita U M N O
Bahagian Tanjung Malim. Selain itu beliau juga berkecimpung dalam pelbagai akdviti per-
tubuhan sosial yang lain. Datin Insah juga melibatkan diri dalam permainan badminton
dan mewakili BAIDURI sejak 1987. Beliau juga berminat bermain golf, iaitu kegiatan yang
dikongsi bersama oleh suami dan anak-anaknya. Beliau turut mengambil berat mengenai
masyarakat setempat, kerana beliau adalah Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung dan Penasihat Perkumpulan Wanita Slim River.
Atas jasanya kepada masyarakat dan negeri, YB Dato' Haji Junus bin Wahid telah
dikurniakan PPT(1978), AMN(1980), AMP(1986), dan DPCM(1990), manakala isterinya
pula, Datin Hajah Insah bind Daharun telah dikurniakan PPT(1992).

31
YB Dato' Dr. Song Yong Pheow bersama istehnya Datin Doreen Song dan
anak-anak mereka Melissa Song, Don Song, dan Melanie Song
YB DATO' DR. SONG YONG PHEOW
A H L I MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
ADUN CHENDERONG

B Dato' Dr. Song Yong Pheow telah dilahirkan di Alor Setar, Kedah Darul Aman
pada 7Januari 1949, di dalam keluarga tani. Kedua ibu bapanya adalah petani di
Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Pan Min Primary School dan Keat Hwa
Secondary School sehingga lulus peperiksaan Malaysian Certificate Education pada tahun
1966.
Setelah tamat persekolahan, beliau berjaya memasuki University of Bombay, India da-
lam tahun 1968 sehingga mendapat Sarjana Sains Haiwan. Kerjaya beliau bermula sekem-
balinya ke tanah air, di mana beliau berkhidmat sebagai doktor haiwan. Pada tahun 1973,
Dr. Song telah sekali lagi melangkah ke luar negara untuk melanjutkan pelajarannya. Kali
ini beliau mengikuti kursus post-graduate diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan
di University of Leeds, United Kingdom selama setahun enam bulan. Apabila beliau kemba-
li pada akhir tahun 1975, beliau memenuhi cita-citanya membuka klinik haiwannya di Ipoh.
Minat Dr. Song dalam politik bermula sejak beliau di Bombay lagi. Di sana beliau se-
ring melibatkan diri dalam Kesatuan Pelajar. Beliau mula menceburkan diri secara serius di
dalam M C A sekembalinya dari England pada tahun 1975, dengan menyertai M C A Bahagi-
an Ipoh. Pada tahun yang sama, beliau telah dipilih menjadi setiausaha M C A cawangan
Padu Ward. Kepimpinannya mendapat perhadan dan pada tahun 1984, beliau dilantik se-
bagai Ketua Bahagian Bruas. Pada tahun 1987, beliau dipilih sebagai Ketua Pergerakan
Pemuda M C A Negeri Perak, Naib Pengerusi Pemuda M C A Kebangsaan, Ketua Hal Ehwal
Antarabangsa Pergerakan Pemuda M C A Kebangsaan, dan Ketua Biro Hal-Ehwal Perhu-
bungan M C A Negeri. Kesemua jawatan ini disandangnya hingga sekarang.
Kegiatan Dr. Song mendapat perhatian pucuk pimpinan. Pada tahun 1982, beliau
menjadi calon BN untuk Dewan Undangan Negeri Kawasan Bidor. Beliau mendapat ke-
jayaan yang memuaskan dan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, me-
megang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan sehingga tahun 1986. Dalam
Pilihanraya Umum 1986 dan 1990, Dr. Song ditempatkan di Dewan Undangan Negeri

33
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Dato' Dr. Song Yong Pheow mengangkat sumpah


sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

YB Dato' Dr. Song Yong Pheow menerima DPMP


daripada DYMM Sultan Perak

34
YB DATO' SONG YONG PHEOW

Kawasan Chenderong, dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Kemudahan


Awam dan Perhubungan dari 14 Ogos 1986 sehingga sekarang.
Dr. Song telah mendirikan rumah tangga dengan Cik Wong Gook Cheng atau lebih
dikenali sebagai Doreen pada 2 Ogos 1974 di England. Mereka telah bertemu di Pulau
Pinang semasa Doreen balik bercuti dari England pada tahun 1973. Doreen sendiri adalah
seorang jururawat negeri berdaftar (SRN) dan Bidan Negeri (SCN) dari St. James Hospital,
University of Leeds. Setelah bekerja di beberapa buah hospital dan pusat rawatan kecan-
tikan, Doreen telah membuka perniagaannya sendiri iaitu Professionals Slimming Centre di
Ipoh.
Perkahwinan Dr. Song dan Doreen telah dikurniakan 3 orang anak. Anak mereka
yang sulung Don Song dilahirkan pada 13Januari 1976 sekarang menuntut di tingkatan
empat, sementara Melanie Song yang dilahirkan pada 16 Februari 1979 belajar di tingkatan
dua, manakala Melissa Song yang berusia 10 tahun masih belajar di darjah enam.
Atas khidmat baktinya Dr. Song telah dikurniakan PMP (1985), dan DPMP (1988)
yang membawa gelaran Dato'.

35
YB Dato' Au How Cheong bersama Datin Chan How Cheng

Datin Chan How Cheng bersama anak lelaki dan cucunya YB Dato Au How Cheong bersama
anak perempuannya Eva
YB DATO' AU HOW CHEONG
A H L I MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
A D U N SEPETANG

B Dato' Au How Cheong dilahirkan pada 10 April 1933 di Teluk Intan. Kedua
ibu bapanya yang berasal dari China Selatan telah berhijrah ke Malaya untuk
mencari kehidupan yang lebih selesa. Akhirnya ayah How Cheong telah menjadi
seorang ahli perniagaan yang terkemuka di Teluk Intan. How Cheong yang datang dari
pada keluarga yang besar, merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik,
enam lelaki dan seorang perempuan.
How Cheong memulakan pendidikan awalnya di Anglo Chinese Primary School Teluk
Intan, dan seterusnya memasuki Anglo Chinese Secondary School, Pulau Pinang dan akhir
sekali di C h u n g L i n g High School, Pulau Pinang sehingga lulus Senior Cambridge pada
tahun 1951. Alam persekolahannya penuh cabaran, pelajarannya pernah tergendala be-
berapa kali akibat Perang Dunia Kedua yang melanda Malaya dari tahun 1941 hingga 1945.
Namun begitu, beliau bercita-cita besar, dan akhirnya pada tahun 1953, How Cheong ber-
lepas ke England untuk meneruskan pelajaran dalam jurusan Perakaunan.
Ibu bapa How Cheong menaruh harapan besar terhadap anak sulung mereka, agar
suatu hari nanti How Cheong akan dipertanggungjawabkan mengurus perniagaan keluar-
ga. Belum sempat How Cheong menjadi seorang Akauntan Berkanun yang bertauliah,
beliau terpaksa kembali ke tanah air pada tahun 1955 apabila ayahnya meninggal dunia.
How Cheong secara mendadak memikul tanggungjawab mengurus perusahaan kilang
papan keluarga, satu kerjaya yang dilaksanakan sehingga tahun 1978.
Selain daripada mengurus perniagaan kilang papan keluarganya, How Cheong juga
melibatkan diri dengan kegiatan persatuan sekolah dan persatuan sosial. Pendapat dan
pandangan beliau yang bemas mengenai pelbagai isu sering mendapat perhatian.
Justeru itu beliau dijemput untuk menjadi ahli M C A tempatan yang diketuai oleh Dr.
Ng Kam Poh. Walaupun tidak pernah berniat untuk mejadi seorang ahli politik, bakat ke-
pimpinan yang sedia ada telah menonjolkan beliau. Sebaik sahaja menjadi ahli M C A pada
tahun 1962, beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda Cawangan dan setapak demi

37
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Dato' Au How Cheong menerima DPMP daripada


DYMM Sultan Perak

YB Dato' Au How Cheong di perayaan Hari Kebangsaan peringkat negeri (1993)


YB DATO' AU HOW CHEONG

YB Dato' Au How Cheong di bilik operasi mengawal tumpahan minyak di Lumut (1992)

setapak beliau menaiki tangga parti sehingga terpilih menjadi Ahli Jawatankuasa Terdnggi
Pemuda M C A yang pada ketika itu diterajui oleh Datuk Lee San Choon. Karier politiknya
semakin ketara apabila beliau berjaya memenangi kerusi Teluk Intan pada tahun 1963.
Maka bermulalah kerjaya politik yang lebih terperinci dan terancang.
Tahun 1970 hingga 1972 merupakan tahun-tahun yang amat mencabar bagi How
Cheong. M C A telah kalah teruk di dalam Pilihanraya Umum 1969. Akibat kekalahan
tersebut M C A telah dicap sebagai "parti politik yang hidup segan mati tak mahu" oleh
Allahyarham Tun Dr. Ismail, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Tun Tan Siew Sin telah mengarahkan M C A Perak supaya menyusun semula jentera
parti bagi seluruh negara. Ahli-ahli muda M C A Perak, diketuai oleh Dr. Lim Kheng Yaik,
serta beberapa tokoh yang lain, termasuk Paul Leong Khee Seong dan Au How Cheong
telah bekerja keras untuk menyusun semula parti. 'The Young Turks" ini, iaitu gelaran yang
diberi kepada mereka, tidak mengenal erti penat dan lelah, sehingga menurut How
Cheong, mereka sebenarnya bekerja lebih daripada 24 jam sehari. Akhirnya, orang seperti
mereka telah dipecat oleh M C A pada tahun 1971 kerana kepimpinan parti inula meragui
keikhlasan mereka yang kononnya boleh menjatuhkan kepimpinan Tun Tan Siew Sin.
Pada tahun 1972. How Cheong menyertai Parti Gerakan Malaysia, tan pa mengetahui
secara mendalam peijuangan sebenar parti tersebut yang telah mencapai kejayaan
cemerlang dalam Pilihanraya Umum 1969, terutama sekali di Pulau Pinang. How Cheong
serta rakan-rakan seperjuangannya yang dipecat dari M C A telah mendengar desas-desus
bahawa mereka akan ditahan sebagai tahanan politik. Justeru itu mereka menyertai
Gerakan untuk mendapat perliiidungan. Ketua Gerakan ketika itu, Dr. Lim Chong Eu telah
membuka mata mereka dan berjaya meyakinkan mereka bahawa Gerakan mempunyai
perspektif politik yang baik untuk negara. Sedikit demi sedikit secara beransur-ansur,
pandangan mereka diubah daripada peijuangan untuk satu kaum kepada perjuangan

39
YB Dato Haji Mohamed Nazri bin Haji Abdul Rahim
bersama isterinya Datin Puteri Nor Hasiah binti Haji Megat Hussain
dan anak-anak mereka Shuhaila, Ahmad Rashidi, dan Nazura Laili
YB DATO' HAJI MOHAMED NAZRI BIN HAJI ABDUL RAHIM
A H L I MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
A D U N SUNGAI MANIK

B Dato' Haji Mohamed Nazri bin Haji Abdul Rahim dilahirkan pada 19 Januari
1942 di Kampung Kepala Pulau, Pasir Salak. Bapanya Haji Abdul Rahim bin Haji
Abdul Rahman seorang guru sekolah, sementara ibunya Puan Hajah Lijah ialah
seorang suri rumah. Kedua-dua ibu bapa Nazri berasal dari Kampung Kepala Pulau, Pasir
Salak, sebuah kampung di pinggir Sungai Perak. Nazri ialah anak bongsu daripada lima
orang adik-beradik.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Muar pada tahun 1949
hingga 1953 dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Clifford, Kuala
Kangsar dari tahun 1954 hingga I960 sehingga lulus peperiksaan Senior Cambridge/FMC
pada tahun 1960.
Kerjaya beliau bermula di Jabatan Pengairan dan Saliran pada tahun 1961 dan ber-
akhir di jabatan yang sama pada tahun 1983. Ketika itu beliau memegang jawatan Merinyu
Kanan Pengairan. Perkhidmatan beliau yang meluas dan mendalam dalam bidang pertani-
an mempakan pengalaman yang begitu bernilai sekali apabila beliau diberi tanggungjawab
sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatan sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Hal-Ehwal Pertanian.
Beliau yang berminat untuk menceburi bidang politik selepas peristiwa 13 Mei 1969,
telah memasuki U M N O pada tahun 1970. Pada tahun yang sama beliau telah dipilih
sebagai ahli jawatankuasa pergerakan pemuda U M N O Bahagian Hilir Perak dan sejak itu
beliau terus bergiat dalam U M N O dan dipilih memegang beberapajawatan penting dalam
parti seperd Naib Ketua U M N O Bahagian dari tahun 1979, dan Ketua Pergerakan Pemuda
U M N O Bahagian Hilir Perak dari tahun 1980 hingga 1982. Sekarang beliau memegang
jawatan Naib Ketua U M N O Bahagian Pasir Salak.
Perlantikan Tan Sri Ramli sebagai Menteri Besar Perak pada 1 Mac 1983 membawa
tuah kepada Nazri. Nazri merupakan pilihannya sebagai Setiausaha Politik, iaitu jawatan
yang disandang oleh Nazri dari 1983 hingga 1986. Karier politik Nazri terus bersinar apabila

43
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Dato' Haji Mohamed Nazri menerima darjah kebesaran


DPCM daripada Pemangku Raja Perak (1990)

YB Dato' Haji Mohamed Nazri diarak oleh penyokong-penyokong


BN semasa hari penamaan calon Pilihanraya Umum (1990)

44
YB DATO HAJI MOHAMED NAZRI HAJI ABDUL RAHIM
1

YB Dato' Haji Mohamed Nazri bergambar bersama pemimpin Perak yang lain (1993)

beliau diberi peluang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Manik
pada Pilihanraya Umum tahun 1986. Beliau menggantikan Tuan Haji Yusof bin Madin yang
telah menjadi wakil rakyat selama 3 penggal.
Kemenangan Nazri menjadi satu sejarah bagi keluarganya. Beliau seterusnya dilantik
menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri mempengerusikan Jawatankuasa Hal-Ehwal
Pertanian Negeri, satu jawatan yang amat sesuai dengan pengalaman dan had nuraninya.
Dalam Pilihanraya Umum 1990 Nazri sekali lagi bertanding di kawasan yang sama
mengalahkan Tuan Haji Ali bin Haji Daud dari PAS dengan majoriti 2819 undi.
Sebagai anak desa yang telah lahir dan hidup di kalangan masyarakat tani tradisional,
beliau berpeluang untuk memahami dan melihat kesengsaraan dan masalah mereka.
Beliau merasakan sebarang usaha untuk membantu mereka meninggalkan belenggu kemis-
kinan menjadi satu tanggungjawab yang besar dan murni. Hasrat dan cita-cita murni ini
bersesuaian dengan kehendak dan peijuangan YAB Tan Sri Ramli Ngah Talib yang ingin
melihat supaya ekonomi penduduk luar bandar yang berasaskan pertanian terus diperjuang
dan dimajukan walaupun menghadapi seribu rintangan. Asas inilah yang mendorong
beliau untuk menghayati Dasar Pertanian Negeri (DPN). Implimentasi serius amat perlu
bagi memenuhi misi perjuangan penduduk luar bandar. Oleh itu, penyelarasaii yang
menyeluruh akan kegiatan jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah Jawatankuasa Hal-
Ehwal Pertanian amatlah penting.
Penyelarasaii ini dilaksanakan oleh beliau semata-mata sebagai usaha ke arah mem-
percepatkan kejayaan dan pencapaian matlamat dasar tersebut. Intipati yang terkandung
dalam D P N yang beliau perjuangkan ialah permodenan sektor pertanian dan peningkatan
status ekonomi masyarakat peladang, penternak, dan nelayan di negeri ini melalui pertam-
bahan pengeluaran hasil pertanian dan perikanan untuk menampung keperluan bahan
makanan yang terus meningkat. Usaha ini masih giat dijalankan walaupun bilangan masya-
rakat peladang, penternak, dan nelayan semakin kecil.
Beliau yakin matlamat dan cita-cita ini akan tercapai walaupun perubahaii sikap dan

45
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Dato' Haji Mohamed Nazri bersama ahli-ahli MCA di Langkap (1990)

Majlis perjumpaan dengan masyarakat India di Degong Ketami, Langkap (1988)

46
YB DATO' HAJI MOHAMED NAZRI HAJI ABDUL RAHIM

penerimaan teknologi baru oleh masyarakat peladang dan nelayan agak perlahan di
peringkat avval. Perubahan ini mula dapat dilihat dengan peningkatan pengeluaran hasil
padi dan lain-lain tanaman makanan, sayur-sayuran, daging, dan beraneka jenis buah-
buahan yang bermuui.
Ketika ini dan pada masa akan datang beliau berhasrat untuk meningkatkan taraf
sosioekonomi golongan peladang dan nelayan dengan memberi perangsang dan galakkan
kepada mereka. Mereka perlu diberi modvasi supaya mereka mampu berfikir, berjiwa besar,
dan berubah sikap dengan berusaha secara komersial, mengusahakan tanaman dan ter-
nakan yang bernilai dnggi seperd okid, bunga-bungaan, temakan udang, temakan ikan da-
lam sangkar dan lain-lain, menggalakkan penggunaan mekanisasi secara meluas dan meng-
amalkan teknologi yang lebih tinggi selaras dengan Dasar Pertanian Negara yang bam.
Nazri berkahwin dengan Puteri Nor Hasiah bind Haji Megat Hussain, seorang gadis
dari Kampung Tanjong Bidara, Pulau Tiga, Perak. Walaupun mereka mempunyai talian
persaudaraan, tetapi mengikut ceritanya mereka tidak pernah bertegur sapa. Persahabatan
mereka bermula apabila keduanya ditunangkan oleh kedua ibu bapa.

47
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Mendengar penerangan di Kempen Meninggikan Mutu Koko, Bagan Datoh (1988)

YB Dato' Haji Mohamed Nazri melepaskan anak tuntung di Bota, Perak

48
YB DATO' HAJI MOHAMED NAZRI HAJI ABDUL RAHIM

Dalam kehidupan yang penuh persefahaman, mereka berjaya membina sebuah


rumah tangga yang cukup bahagia. Pasangan ini dikurniakan dga orang cahaya mata,
seorang lelaki dan dua orang perempuan. Anak sulung mereka Ahmad Rashidi, dilahirkan
pada 7Jun, 1968 sementara Nazura Laili lulusan School of Marketing, Ipoh, sedang bekerja
di Bank Pertanian, dan Shuhaila berusia 21 tahun adalah lulusan Diploma Perhotelan
daripada Kolej Damansara Utama, Petaling Jaya.
Sememangnya Datin Puteri Nor Hasiah mempunyai perwatakan dan tutur kata yang
lemah lembut. Walaupun seorang yang pemalu, dari awal lagi beliau bergerak aktif dalam
Wanita U M N O Cawangan dan Wanita U M N O Bahagian Pasir Salak. Namun begitu, beliau
lebih senang berdiri di belakang tabir mendorong suami dan anak-anak. Nor Hasiah adalah
Timbalan Yang di-Pertua BAIDURI, dan merupakan pemain badminton yang handal.
Ketangkasannya di gelanggang terbukti apabila beliau sering memenangi pertandingan-
pertandingan yang disertainya.
Atas jasanya kepada masyarakat dan negeri, YB Dato' Haji Mohamed Nazri telah
dikurniakan PJK (1979), PPN (1982), P C M (1987), dan D P C M (1989).

49
YB Dato Haji Mohamad Razlan bin Haji Abdul Hamid dan Datin Hajah Nor Aminah binti Mohd. Dahlan
bersama 9 daripada 12 orang anak-anak mereka
B Dato' Haji Mohamad Razlan bin Haji Abdul Hamid lahir hasil perkongsian
hidup di antara Haji Abdul Hamid bin Haji Kulop Ahmad dan Puan Saadiah
bind Haji Ibrahim. Beliau dilahirkan pada pukul dua pagi, hari Isnin 9 Mei 1942
di Selama, Perak. Anak bongsu ini, daripada sembilan adik-beradik iaitu empat perempuan
dan lima lelaki, merupakan seorang yang riang, lasak, dan aktif sejak kecil lagi. Beliau ada-
lah buah had semua ahli keluarganya namun apabila masa untuk bersekolah tiba, ayahnya
menekankan tentang betapa pentingnya ilmu pengetahuan. Ayahnya sendiri, Haji Abdul
Hamid bin Haji Kulop Ahmad merupakan seorang yang terpelajar pada zamannya.
Ayahnya lulus peperiksaan Junior Cambridge atau lebih dikenali sebagai darjah tujuh di
Sekolah Anderson pada tahun 1915, satu pencapaian yangjarang-jarang diperolehi oleh
anak Melayu ketika itu. Ayahnya juga telah dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke Rallies
College of Medicine selama setahun dalam bidang kesihatan. Sewaktu bersara pada tahun
1956, Allahyarham ayahnya adalah Chief Sanitory Board Inspector. Ibunya pula, yang
berasal dari Kampung Pisang, Ipoh, adalah seorang suri rumah.
Razlan amat bangga dengan ayahnya. Rata-rata peribadinya banyak dipengaruhi oleh
ayahnya. Haji Abdul Hamid pernah mewakili negeri Perak dalam sukan bola sepak dari
tahun 1926 hingga tahun 1932. Walaupun Razlan tidak sehandal ayahnya, beliau meminati
sukan yang sama dan pernah bermain mewakili sekolahnya.
Razlan mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Selama sehingga darjah tiga iaitu
dari tahun 1949 hingga 1951. Tahun berikutnya beliau memasuki Sekolah King Edward
VII, Taiping dari Kelas SMC I hingga keperingkat menengah dan lulus peperiksaan Senior
Cambridge dan Federation of Malaya Certificate pada tahun 1959. Pada tahun 1960, Razlan
memulakan latihan perguruannya di Day Training Centre, Taiping. Setelah tamat pada ta-
hun 1961, beliau memulakan tugas sebagai pendidik dari awal tahun 1962 hingga bulan
Mac 1982, iaitu selama dua puluh tahun tiga bulan. Pengalaman sebagai seorang guru lidak
temilai harganya. Ia merupakan tapak latihan untuk kejayaan beliau dalam arena politik.

51
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Dato' Haji Mohamad Razlan menerima anugerah PCM


daripada DYMM Sultan Perak

YB Dato' Haji Mohamad Razlan bermesra dengan YAB Perdana Menteri Malaysia

52
YB DATO' HAJI MOHAMAD RAZLAN BIN HAJI ABDUL HAMID

YB Dato' Haji Mohamad Razlan bersama Tan Sri Ramli di Kompleks Sejarah Pasir Salak

Razlan meminati U M N O sejak di bangku sekolah lagi. Beliau berazam untuk mene-
gakkan martabat bangsanya dengan melibatkan diri dalam polidk. Kejayaan ayahnya dalam
kerjayanya membukdkan bahawa tidak ada halangan yang terlampau besar yang tidak
boleh dihadapi. Yang nyata ia memerlukan kesedaran, kesungguhan, dan organisasi untuk
merealisasikan kejayaan orang Melayu. Justeru itu, setahun setelah menjadi guru iaitu pada
awal tahun 1963, beliau terus menyertai U M N O Cawangan Taiping Selatan. Pada tahun
1964, beliau mendirikan rumah tangga, dan berpindah tempat tinggal ke Kampung Jana,
Kemundng, lalu menyertai U M N O Cawangan Kampung Jana. Karier politiknya bermula di
sini apabila beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda U M N O Cawangan Kampung Jana dari
tahun 1965 hingga tahun 1969. Razlan berpindah ke Simpang, Taiping pada tahun 1970,
dan membantu abang iparnya Khalid bin Haji Ismail untuk menghidupkan kembali
U M N O Cawangan Simpang. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Cawangan Simpang se-
hingga tahun 1973. Pada tahun berikutnya apabila berlaku pindaan kawasan pilihanraya
kawasan Parlimen Matang, Razlan dilantik sebagai salah seorang Jawatankuasa Penaja
Pergerakan Pemuda U M N O Bahagian Matang sehingga tahun 1976. Pada tahun yang sama
apabila diadakan pemilihan, Razlan dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda U M N O
Bahagian Matang sehingga tahun 1982. Masa hadapannya cerah kerana beliau diterima
oleh masyarakat. Peribadinya yang mudah mesra dan disenangi, serta ideanya yang bernas
merupakan antara faktor yang membantu beliau di dalam hiraki politik bahagian. Pada
pemilihan tahun 1982, Razlan terpilih sebagai Timbalan Ketua U M N O Bahagian Matang
sehingga pindaan kawasan pilihanraya dibuat sekali lagi pada tahun 1985. Pada tahun yang
sama Bahagian Matang bertukar nama kepada Bahagian Bukit Gantang. Dua tahun
kemudian, pada tahun 1987, beliau dipilih menjadi Ketua Bahagian Bukit Gantang.
Apabila U M N O diharamkan pada tahun 1987, dan didaftarkan semula Razlan dilantik
sebagai Pengerusi Penaja U M N O Bahagian Bukit Gantang. Di dalam pemilihan tahun

53
SUARA DAN A M A N A H SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Dato' Haji Mohamad Razlan menyampaikan derma sempena majlis Maal Hijrah
Peringkat Daerah Hilir Perak di Teluk Intan

YB Dato' Mohamad Razlan bersama anak-anak yatim BAKIP

54
YB DATO' HAJI MOHAMAD RAZLAN BIN HAJI ABDUL HAMID

Majlis berkhatan beramai-ramai anak-anak yatim Bakip

1989, Razlan sekali lagi telah dipilih menjadi Ketua Bahagian sehingga ke hari ini.
Razlan meninggalkan kerjayanya dalam bidang pendidikan apabila dipilih sebagai
calon BN bagi Parlimen Kawasan Matang pada pilihanraya umum yang diadakan pada 22
April 1982. Beliau menang dengan majoriti 10,462 undi dengan mengalahkan pencabar-
pencabarnya daripada PAS dan DAP. Pada Pilihanraya Umum 1986, Razlan bertanding di
kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Changkat Jering. Beliau memenangi kerusi
tersebut dengan majoriti 3400 undi mengalahkan calon PAS. Pada Pilihanraya Umum
1990, Razlan sekali lagi bertanding di tempat yang sama. Beliau mengalahkan Dr. Azizan
bin Haji Ismail dari PAS dengan majoriti 3585 undi. Sejak tahun 1986 lagi, Razlan telah
dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan dipertanggungjawabkan sebagai
Pengerusi Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Perak.
Gadis manis pilihan Razlan ialah Cik Nor Aminah binti Mohd. Dahalan yang
dilahirkan di Kampung Assam Kumbang Taiping pada 22 Februari 1946. Beliau yang lebih
dikenali dengan panggilan Amy, merupakan ahli U M N O yang aktif menyertai program-
program U M N O Bahagian. Beliau juga merupakan Naib Ketua Wanita U M N O Cawangan
Simpang dan Ahli Jawatankuasa U M N O Wanita Bahagian Bukit Gantang sejak tahun 1982.
Amy juga pandai menjahit, menekad timbul, memasak lauk-pauk dan kuih-muih tradisional
dan moden. Beliau sememangnya salah seorang ahli BAIDURI yang kreatif dalam kerja-
keija tangan.
Rumah tangga yang dibina pada 9 Ogos 1964 telah dikurniakan dengan dua belas
orang anak. Empat daripada anak mereka iaitu Mohamad Lafti 28 tahun, Rosniza 27 tahun,
Noraida 26 tahun dan Norhana 25 tahun telah pun berumahtangga. Sudani 23 tahun,
berkelulusan Diploma Perbankan dari Institut Teknologi MARA sedang menunggu untuk
bekerja. Begitu juga Marina 21 tahun, Normawati 20 tahun, Ahmad Rizal Farid 19 tahun,
dan A m i r Hatta 17 tahun yang sekarang sedang berada di rumah. Idham Faizal 16 tahun

55
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Lawatan Tan Sri Ramli ke kawasan Parlimen Matang (1984)

Lawatan YB Dato Seri Najib ke kawasan Parlimen Bukit Gantang

56
YB DATO' HAJI MOHAMAD RAZLAN BIN HAJI ABDUL HAMID

Majlis perasmian UMNO Cawangan Simpang oleh YB Dato' Sabbaruddin Chik

pula sedang menuntut di tingkatan empat, Mohamad Razif 12 tahun berada di tingkatan
satu, dan anak bongsu mereka Mohamad Ikhwan 7 tahun sedang bersekolah di dalam
darjah dua. Pasangan ini sudah pun mempunyai tiga orang cucu.
YB Dato' Haji Mohamad Razlan telah banyak menaburjasa untuk uegeri dan negara.
Di atas khidmat baktinya kepada masyarakat, beliau telah dikurniakan DPCM, PCM, AMP,
PPN, dan PPT.

57
YB Dato' Ong Ka Chuan dan Datin Chan Beng Choo bersama anak sulung mereka, OngXin Shan
YB DATO' ONG KA CHUAN
A H L I MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
A D U N CHENDERIANG

B Dato' Ong Ka Chuan, 39 tahun, menyertai politik semata-mata atas kesedaran


dan keinsafan untuk membela nasib rakyat miskin. Beliau sendiri berasal dari
keluarga tenniskin, lahir pada 29 Mei 1954 di Kampung Baru Kota Tampan,
Lenggong. Kedua ibu bapanya, Encik O n g Leng Seng dan Puan Toh K i m Eng bekerja
sendiri, menanam tembakau di atas tanah pajakan untuk menyara sepuluh orang anak,
enam lelaki dan empat perempuan. Hidup mereka bertambah sulit apabila ayah Ka Chuan
meninggal dunia ketika Ka Chuan berumur sepuluh tahun. Justeru itu ibunya mengambil
alih segala tanggungjawab mengasuh dan mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak.
Oleh kerana menanam tembakau adalah kerja yang terlalu berat, ibu Ka Chuan mengam-
bil keputusan mengambil upah menoreh getah. Mereka sentiasa di dalam serba kekurang-
an kerana pendapatan dari memotong getah bukan sahaja rendah tetapi tidak menentu
dan banyak bergantung pada cuaca. Pada musim hujan ibunya sering balik ke rumah de-
ngan tangan yang kosong.
Pahit getir hidup sejak kecil ini menjadi asas pembentukan peribadinya yang kuat, ce-
kal, clan tabah. Beliau bekerja keras dan memusatkan fikiran serta tenaganya untuk mem-
perbaiki kehidupan diri dan keluarga. Beliau berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran
kerana beliau yakin bahawa kejayaan dalam pelajaran akan memantapkan kedudukan
ekonomi dan menjamin kehidupan yang berkualiti.
Ka Chuan, anak kelapan dalam keluarganya, memulakan pendidikan awal di SRJK
(C) Kota Tampan sehingga darjah enam. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di SMJK
Dato' Ahmad Lenggong hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Semasa bersekolah, Ka Chuan
membahagikan masa untuk belajar dan mengambil upah memetik daun tembakau.
Apabila beliau lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1972, cita-citanya untuk
melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam terpaksa diketepikan buat sementara waktu oleh
kerana pendapatan keluarga yang tidak mengizinkan. Tambahan pula hanya sekolah di
Ipoh sahaja yang menawarkan tingkatan enam. Ka Chuan menceritakan bahawa ramai

59
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Dato' Ong Ka Chuan semasa menerima darjah


kebesaran DPMP daripada Pemangku Raja Perak

YB Dato' Ong Ka Chuan menerima perlantikan sebagai Ahli EXCO Kerajaan Negeri Perak
daripada DYMM Pemangku Raja Perak

60
YB DATO' O N G KA CHUAN

YB Dato' Ong Ka Chuan bersama pemimpin lain menyambut Han Kebangsaan peringkat negeri Perak

rakannya senasib dengan beliau. Bahkan keadaan ini berlarut hingga sekarang. Justeru itu
beliau berazam untuk memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Lenggong dan sekitarnya,
agar Lenggong dan Gerik mempunyai sekolah yang menawarkan tingkatan enam.
Pada tahun 1973, beliau menjadi guru sementara mengajar selama enam bulan di
SRJK(C) Teong Hwa, Lenggong. Tahun berikutnya, beliau mengajar di SRJK(C) Padang
Grus. Pada tahun 1975 hingga 1976, beliau mengikuti Kursus Perguruan di Maktab Pergu-
ruan Seri Kota dari Kuala Lumpur. Setiap masa terluang dimanfaatkannya untuk meng-
ulangkaji. Apabila sijil perguruan berada di dalam genggamannya, beliau ditugaskan
mengajar di SRJK(C) Pulau Ketam pada tahun yang sama. Dengan had yang berat dan ber-
belah bagi beliau menerima tawaran tersebut. Perjalanan ke Pulau Ketam memakan masa
dua jam dengan perahu dari Pelabuhan Kelang. Pengalaman di Pulau Ketam, dari tahun
1977 hingga 1979, amat sukar beliau lupakan. Keadaan di Pulau Ketam jauh berbeza dari-
pada tempat lain. Pulau Ketam seolah-olah berada dalam satu zaman asing berbanding
Kelang, mahupun Lenggong dan Gerik yang dianggap kawasan pedalaman. Namun begitu,
tugas beliau di situ merupakan satu hikmat, kerana di sinilah beliau mula membakdkan diri
kepada anak-anak nelayan dan keluarga nelayan. Beliau cuba memberikan pendidikan yang
sempurna kepada mereka di samping sering menganjurkan lawatan ke Pekan Kelang. Se-
tiap kali lawatan diadakan, dengan menaiki bas, ramai murid muntah-muntah setiba sahaja
mereka di Kelang kerana mereka tidak biasa menaiki kenderaan seperti bas dan kereta.
Perkara seperti ini tidak aneh kerana di Pulau Ketam tidak ada kenderaan seperti bas dan
kereta. Ka Chuan juga insaf dengan keadaan penduduk Pulau Ketam yang mempunyai ta-
hap pendidikan yang amat rendah dan kebanyakan orang dewasa tidak pernah bersekolah.
Pulau Ketam membawa tuah kepada Ka Chuan. Di sinilah beliau merealisasikan impi-
an untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Beliau belajar sendiri. Gaji
bulanan disimpan untuk ke universiti. Ini amat mudah dilakukan kerana tiada tempat
untuk berbelanja di Pulau Ketam. Di sini jugalah beliau mula bergiat aktif dalam kegiatan
masyarakat M C A walaupun beliau ahli MCA Cawangan Kota Tampan, sejak tahun 1977.

61
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Dato' Ong Ka Chuan bersenam sempena perayaan Tahun Sukan untuk Semua (1993)

Memulakan pertandingan tarik tali di Hari Keluarga JKR (1988)

&2

YH DATO' O N G KA CHUAN

YB Dato' Ong Ka Chuan melawat Projek Lebuhraya bersama Tan Sri Ramli

Cita-citanya untuk ke universiti termakbul pada tahun 1979 apabila beliau menje-
jakkan kaki ke Universiti Malaya. Kesengsaraan dan pengorbanan selama ini terubat juga
apabila beliau memperolehi sarjana muda dengan kepujian pada tahun 1982. Semasa di
universid, Ka Chuan mengajar Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Cheras untuk menyara
keperluannya. Beliau juga bangga kerana kedua-dua adik lelakinya berjaya memasuki
universiti berkat daya usalia beripai kesemua adik-beradik.
Setelah lulus Ka Chuan mengajar di Sekolah Menengah Confucius dari tahun 1982
hingga 1984. Pada tahun 1982 juga, beliau telah mula berkenalan dengan Tan Koon Swan
dan dilantik sebagai Setiausaha MCA Bahagian Setapak. Bermula dari situlah Ka Chuan me-
libatkan diri dalam arus politik semasa. Buah fikirannya yang bertepatan dengan arus
pemikiran politik semasa meyakinkan Tan Koon Swan bahawa Ka Chuan adalah seorang
yang berkaliber. Pada tahun 1985, Ka Chuan berhenti sebagai guru untuk memulakan per-
niagaannya sendiri. Beliau telah juga diarahkan oleh Tan Koon Swan untuk balik ke negeri
Perak. Pada tahun yang sama, beliau menjadi Ketua Pemuda M C A Tasek Chenderoh dan
pada tahun 1986 beliau dilantik sebagai Setiausaha MCA Perak. Jawatan ini masih dipegang
oleh beliau sehingga sekarang. Sesungguhnya kedudukan Ka Chuan dalam politik adalah
diibaratkan sebagai gajah samagajah mengamuk, si kancil yang bertuah. Ini ekoran krisis
yang melanda kepimpinan M C A pada tahun 1984 hingga 1985, apabila berlaku pergeseran
di antara Tan Koon Swan dan Dr. Neo Yee Pan. Untuk mengelakkan perselisihan yang ber-
terusan, kepimpinan M C A telah memilih muka-muka baru sebagai calon BN bagi Pilihanra-
ya Umum 1986. Bintangnya bertambah cerah apabila M C A meletakkan beliau sebagai
calon BN dalam Pilihanraya Umum 1986. Setelah memenangi kerusi Dewan Undangan
Negeri Kawasan Chenderiang, Ka Chuan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Perak, mempengerusikan Jawatankuasa Hal-Ehwal Kerja Raya. Jawatan ini terus
disandangnya setelah sekali lagi menang dalam Pilihanraya Umum 1990.
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Dato' Ong Ka Chuan mengiringi Tan Sri RamII

YB Dato' Ong Ka Chuan sedang berehat sambil berbual


dengan rakan-rakan di rumah beliau (1992)

64
YB DATO' O N G KA CI II AN

Dalam parti, di samping memegang jawatan Setiausaha M C A Negeri Perak, Ka Chuan


adalah A h l i Majlis Terdnggi M C A Kebangsaan sejak tahun 1988, Ketua Bahagian Tapah
sejak tahun 1988, dan Setiausaha Pengelola M C A yang bertanggungjawab mendapatkan
ahli-ahli baru. Pada tahun 1991 Ka Chuan diberi tugas mencabar iaitu menubuhkan M C A
di Sabah, satu misi yang memerlukan beliau berulang alik ke Sabah. Hasil usahanya dan
rakan-rakan separti, M C A telah bertapak di Sabah dengan jayanya.
Ka Chuan bertemu isterinya Cik Chan Beng Choo, graduan lulusan Ottawa University
pada tahun 1985 dalam satu majlis anjuran MCA. Beng Choo yang baru balik dari Canada
sering mengikuti bapa saudaranya ke acara M C A . Bahkan Beng Choo turut membantu
dalam aktiviti sukarela MCA. Oleh kerana mereka sering bertemu, secara tidak disedari
masing-masing memendam perasaan kasih yang mula bersemi di samping sibuk dengan
tugas parti. Akhirnya mereka mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 19 Mei
1991 dalam satu acara yang dihadiri lebih daripada seribu sahabat handai, saudara mara
dan ahli-ahli parti. Ka Chuan bertuah kerana Beng Choo sanggup meletakkan jawatannya
di sebuah syarikat swasta untuk menumpukan sepenuh masa membantu Ka Chuan.
Ka Chuan sendiri menceritakan bahawa isterinya banyak membantu beliau dalam
politik. Beng Choo bukan sahaja sering menemani suaminya ke kawasan, bahkan sifatnya
yang peramah memudahkan masyarakat berbicara dengannya. Pasangan suami isteri yang
bahagia ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Ong X i n Shan, pada 2 Disember 1992.
Bagi Ka Chuan, tugasnya belum berakhir. Masih banyak yang mahu beliau lakukan
untuk meningkatkan taraf hidup rakyat miskin. Beliau banyak menjalankan kegiatan
kemasyarakatan yang luar daripada tugas rasminya semata-mata atas keprihatinan mem-
bantu sesama insan. Beliau juga yakin hanya melalui politik BN sahajalah, negara ini akan
terus membangun.

65
YB Dato' Haji Azman bin Mahalan bersama isterinya
Datin Kamsiah binti Ahmad Kusri dan anak-anak
YB DATO' HAJI AZMAN BIN MAHALAN
A H L I MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
A D U N AYER KUNING

B Dato' Haji Azman bin Mahalan dilahirkan pada 21 April 1942 di Kuala Dipang,
sebuah kampung tradisional dalam kawasan perlombongan bijih timah di Sungai
Siput Selatan, Kampar, dan Malim Nawar. Ayahnya, Allahyarham Mahalan bin
Abbas terkenal sebagai peniaga dan tuan punya kebun di kampung tersebut, sementara
ibunya Safiah bt. Idris, di samping berniaga kain adalah juga pembantu kepada suaminya.
Azman boleh dikatakan datang daripada keluarga yang berada mengikut nilaian ketika itu.
Anak ketiga daripada empat adik-beradik ini, sejak kecil lagi telah didedahkan ke alam
perniagaan, suatu bidang yang telah menjadi darah dagingnya.
Apabila umurnya meningkat tujuh tahun, beliau telah dimasukkan ke Sekolah Melayu
Kuala Dipang untuk mendapat pelajaran asas. Beliau belajar di sekolah tersebut selama 5
tahun, seterusnya melanjutkan pelajaran di dalam Special Malay Class 1 Anglo Chinese
School, Kampar. Pada tahun 1962 setelah tamat peperiksaan Senior Cambridge dan
Federal Malaysian Certificate, Azman mengajar buat sementara waktu di Sekolah Inggeris
Chee Yan, Ipoh dan Sekolah Melayu Kuala Dipang selama satu tahun. Beliau seterusnya
berkhidmat sebagai Special Apprentice di Perak River Hydro. Pada awal tahun 1964 beliau
menyertai perkhidmatan kerajaan sebagai Pegawai Imigresen di Jabatan Imigresen
Malaysia. Semasa memegang jawatan ini beliau diarah berkhidmat di beberapa tempat
seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Keruh, dan akhir sekali di Ipoh di mana pada 31
Disember 1980 beliau telah meletakkan jawatan untuk menceburi sepenuh masa bidang
perniagaan.
Kerjayanya sebagai pegawai di Jabatan Imigresen telah membolehkan beliau menemui
orang ramai. Bertolak dari itu, Azman mula melibatkan diri dalam politik. Semasa beliau
bertugas di Pulau Pinang dan Pengkalan Hulu (dahulu Kroh), Azman kerap pulang ke
kampungnya di Kuala Dipang. Sungguhpun jaraknya agakjauh, namun ia tidak pernah
menjadi halangan. Minatnya yang mendalam mendorong U M N O memilih beliau sebagai
Ketua U M N O Cawangan Kuala Dipang pada tahun 1976. Usahanya yang tidak mengenal

67


SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Menerima darjah kebesaran DPCM daripada


DYMM Pemangku Raja Perak

YB Dato' Haji Azman mengangkat sumpah


sebagai Ahli EXCO Kerajaan Negeri Perak (1990)

68
YB DATO' HAJI AZMAN BIN MAHALAN

YB Dato' Haji Azman bersama isteri melawat kawasan beliau (1993)

erti mengalah akhirnya membolehkan beliau melangkah lebih jauh dengan mengetuai
U M N O Bahagian Tapah (dahulu Batang Padang) pada 22 April 1984 apabila berjaya
menumpaskan Tuan Haji Jumah Satir dalam satu pemilihan peringkat Bahagian Tapah.
Bintangnya semakin cerah apabila beliau dicalon bertanding kerusi Dewan Undangan
Negeri Ayer Kuning dalam Pilihannya Umum 1986. Dalam Pilihanraya Umum 1990, beliau
telah sekali lagi diberi kepercayaan bertanding di kerusi yang sama dan berjaya mengatasi
calon Semangat 46 dengan majoriti yang cemerlang. Beliau seterusnya dilantik sebagai Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, mempengerusikan Jawatankuasa Hal-Ehwal Kemajuan
Tanah dan Pembangunan Luar Bandar.
Azman juga bergiat cergas dalam bidang kemasyarakatan. Berdasarkan sikap kepim-
pinan yang semula jadi, beliau telah diberi kepercayaan untuk menerajui beberapa pertu-
buhan dan juga persatuan sukan di peringkat daerah dan juga negeri. Antaranya sebagai
Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Tapah, dan Pengerusi Pemadam Daerah Batang
Padang. Beliau juga adalah seorang yang aktif dalam bidang sukan semasa di bangku
sekolah dan juga zaman remajanya. Kesibukan tugas harian sebagai seorang ahli politik dan
masa yang begitu terhad menyebabkan beliau terpaksa melupakan aktiviti-aktiviti ini. Buat
masa ini beliau lebih banyak menumpukan perhatian dalam usaha memimpin persatuan-
persatuan sukan yang memerlukan khidmat beliau. Antaranya sebagai Yang di-Pertua
Persatuan Bola sepak Melayu Perak dan Persatuan Seni Silat Melayu Perak (PESAKA).
Azman telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1969. Isterinya, Datin Kamsiah
bind Ahmad Kusri, ketawa kecil menceritakan pertemuan mereka hampir tiga puluh tahun
yang lampau, di sekitar tahun 1964. Pertemuan mereka yang pertama sememangnya tidak
dirancang. Sewaktu itu Azman menjadi guru sementara di Sekolah Chee Yan, Ipoh
manakala Kamsiah pula sedang menuntut di tingkatan dua. Kamsiah telah terserempak
dengan Azman selepas menonton wayang. Oleh kerana usia Kamsiah yang begitu muda.

69
SUARA D A N AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Dato' Haji Azman melawat kawasan beliau: Ayer Kuning

YB Dato' Haji Azman di hari penamaan calon (1990)

70

YB D A T O ' HAJI AZMAN BIN MAHALAN

YB Dato'Haji Azman di Bilik Gerakan BN Tapah (1990)

Azman terpaksa menunggu lima tahun sebelum dapat menyunting gadis idamannya.
Setelah setahun bertunang, akhirnya mereka diijabkabulkan di Kampung Haji Arif, Tapah.
Kamsiah merupakan seorang suri rumah yang sentiasa memberi tumpuan dan perhatian
sepenuh masa kepada rumah tangga dan anak-anak. Hasil perkahwinan, mereka berdua
telah dikurniakan lima orang anak, dan sekarang mereka telah pun mempunyai seorang
cueu. Anak yang sulung, Aniza 23 tahun telah be rumah tangga, berkelulusan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia dan kemudian melanjutkan pelajarannya dalam bidang perniagaan di
Institut Pengajian Swasta School of Marketing dan kini bertugas di sebuah f i r m a
perakaunan di Ipoh, sementara Roziena 20 tahun berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia
sedang menjalani pengajian dalam bidang yang sama seperti kakaknya, manakala Fadhil di
tingkatan empat menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Rizal di tahun dua Sekolah
Saint Michael, Ipoh dan anak bongsu mereka Fareez baru berumur 3 tahun.
Atas khidmatnya kepada masyarakat, YB Dato' Haji Azman telah dikurniakan PJK
(1976), PPT (1979), JP (1986), K M N (1991), dan D P C M (1992) yang membawa gelaran
Dato'.

71
YB Puan Mazidah binti Haji Zakaria bergambar bersama suami, anak-anak, dan menantunya

*
YB PUAN MAZIDAH BINTI HAJI ZAKARIA
A H L I MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
A D U N SUNGAI R O K A M

B Puan Mazidah bind Haji Zakaria dilahirkan pada 19 Julai 1939 di Teluk Intan.
Anak kelima daripada enam adik beradik ini, sejak kecil lagi sudah petah ber-
cakap. Bapanya, Encik Zakaria bin Ariffin adalah guru al-Quran yang ditauliah-
kan oleh Jabatan Agama Islam Perak, sementara ibunya Puan Mariam Zanariah bind Ali
Basha adalah seorang suri rumah.
Mazidah memulakan persekolahannya di Sekolah Perempuan Melayu Teluk Intan.
Setelah melalui Special Malay Class 1, beliau memasuki Sekolah Inggeris, iaitu Sekolah St.
Anthony, sebelum berpindah ke Sekolah Rendah Convent Teluk Intan. Beliau seterusnya
melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Menengah Convent Teluk Intan dan akhirnya
berjaya memasuki tingkatan enam di Sekolah Anderson, Ipoh. Gadis kecil molek bercita-
cita tinggi ini tidak mengenal erd ledh. Beliau berusaha dengan gigih sehingga berjaya ke
Universiti Malaya pada tahun 1962. Tidak cukup dengan Sarjana Muda Sastera, beliau
melangkah kaki ke luar negara untuk meneruskan pengajian postgraduate nya di Cornell
University, Amerika Syarikat di mana beliau memperolehi sarjananya pada tahun 1974.
Sejak di bangku sekolah lagi Mazidah merupakan pelajar yang lincah, petah, dan
sering menyertai aktiviti-aktiviti sekolah, terutama dalam kegiatan berpersatuan. Paling
diminatinya adalah berbahas dan berpidato. Mazidah juga amat gemar dengan kegiatan
rekreasi terutama yang berkenaan alam semula jadi, dan minat ini berkekalan sehingga
kini. Beliau juga sering mengambil bahagian dalam persembahan kebudayaan terutama
seni lakon, dan pada ketika itu juga beliau sering mengiringi adiknya Maziah, yang terkenal
di Teluk Intan kerana suara merdunya, dalam persembahan nyanyian.
Kerjaya Mazidah di bidang akademik bermula sebagai seorang pengajar di Universiti
Malaya pada tahun 1967. Beliau mendidik anak bangsa dalam bidang budaya di Jabatan
Pengajian Melayu, Fakulti Sastera, satu bidang yang amat digemarinya. Melalui dunia akade-
mik juga Mazidah mendapat pendedahan di arena antarabangsa melalui penyertaannya
sebagai wakil delegasi Malaysia. Di persidangan-persidangan ini beliau sering membentang
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Puan Mazidah semasa menerima darjah


AMP daripada DYMM Pemangku Raja Perak

YB Puan Mazidah mengangkat sumpah sebagai ADUN (1990)

74
YB PUAN MAZIDAH B1NT1 HAJI ZAKARIA

YB Puan Mazidah tersenyum riang di samping suaminya semasa upacara mengangkat sumpah
sebagai Ahli EXCO Kerajaan Negeri Perak (1990)

dan menulis kertas-kertas kerja terutama dalam bidang yang membincangkan isu-isu wanita
dan pendidikan. Namun begitu, demi tanggungjawab yang lebih mencabar, beliau melepas-
kan jawatannya sebagai Profesor Madya di Jabatan Antropologi dan Sosiologi di universiti
yang sama pada bulan September 1985, untuk memberikan perhatian yang khusus dan
sepenuhnya kepada politik tanah air. Penceburan Mazidah dalam politik didorong oleh
cabaran yang sering dilemparkan terhadap golongan wanita yang dikatakan berpendidikan
tinggi tetapi enggan melibatkan diri dalam kancah politik.
Mazidah mula bergerak aktif dalam U M N O pada tahun 1980, walaupun sebelum itu
beliau sering membantu Biro Pendidikan Wanita U M N O Malaysia. Pada tahun 1980,
Mazidah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Wanita U M N O Bahagian Kinta. Beliau mem-
perolehi undi yang keempat paling tinggi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa U M N O
Bahagian tersebut. Apabila Bahagian Kinta dipecahkan kepada Bahagian Tambun dan
Bahagian Gopeng pada tahun 1985, Mazidah dipilih tan pa bertanding menjadi Ketua
Wanita U M N O Bahagian Gopeng. Pada tahun 1984, Mazidah telah dilantik sebagai Peno-
long Setiausaha Wanita U M N O Perak. Beliau juga adalah Ahli E X C O Pergerakan Wanita
U M N O Malaysia.
Karier politiknya terus bersinar dengan perlantikannya sebagai Senator pada bulan
Februari 1986, jawatan yang disandangnya hingga Disember 1990. Hasrat dan minatnya
untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat terserlah apabila beliau sering me-
nyuarakan pendapat dalam perbahasan di Dewan Negara. Pada tahun 1990, Mazidah telah
diberi peluang bertanding dalam pilihanraya umum di Kawasan Dewan Undangan Negeri
Kawasan Sungai Rokam. Beliau telah menang dengan majoriti 5644, mengalahkan Haji
Ismail bin Yeop Dahari dari Semangat 46. Mazidah mencatat sejarah bukan sahaja bagi
dirinya tetapi juga negeri Perak apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri me mpengerusikan Jawatankuasa Hal-Ehwal Pendidikan Kemajuan Masyarakat, Belia

75

SUARA D A N A M A N A H SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Puan Mazidah bersama anaknya sewaktu upacara penyampaian


ijazah di Universiti East Anglia, Norwich, England

Bersama Dato' Seri Paduka Rafidah Aziz dan Dato' Napsiah Omar (1989)
YB PUAN MAZIDAH BINTI HAJI ZAKARIA

dan Sukan. Mazidah merupakan wanita pertama dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri di Perak. Perlantikan beliau disambut dengan gembira oleh semua pihak
terutamanya kaum wanita. Hasratnya untuk membangunkan taraf pencapaian wanita di
pelbagai bidang adalah juga hasrat kaum wanita di Perak.
Keluarga yang bahagia dan harmonis amat penting untuk kemajuan setiap insan sama
ada wakil rakyat lelaki mahupun wanita. Beliau mendapat sokongan yang kuat daripada
suaminya yang telah turut berkempen semasa Pilihanraya Umum 1990. Persefahaman di
antara mereka membolehkan beliau menjalankan tugasnya dengan sempurna.
Menceritakan detik pertemuan mereka, Mazidah tersenyum ria. Walaupun pernah
terpandang satu sama lain di kampus, namun pertemuan mereka di Dewan Bahasa dan
Pustaka pada akhir tahun 1964 adalah permulaan perkenalan yang tidak dirancang. Ketika
itu, Mazidah berada di akhir tahun dua Universid Malaya, sementara Mohamad bin Ayob
juga berada di tahun dua jurusan sains. Mereka merupakan antara sekumpulan mahasiswa
yang membuat kerja sambilan menterjemahkan buku Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa
Melayu. Sementara Mohamad menterjemahkan buku-buku teks sains, Mazidah pula
menterjemah buku teks Antropologi dan Sosiologi. Persamaan minat ini, kelincahan, dan
keriangan Mazidah serta jolokan daripada kawan-kawan, telah menggiatkan had Mohamad
untuk terus melamar Mazidah. Akhirnya mereka disandingkan di Sungai Rokam pada
bulan Oktober 1965 di dalam suasanayang sungguh meriah.

77
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Menghadiri "Conference of Parlimentarians"

78
YB PUAN MAZIDAH BINTI HAJI ZAKARIA

YB Puan Mazidah semasa kemenangan beliau dalam Pilihanraya Umum 1990

Pasangan Mohamad dan Mazidah telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Anak
sulung mereka, Mazlin berumur 25 tahun, lulusan University of East Anglia, United
Kingdom dalam bidang Ekonomi bertugas sebagai Tax Assistant di Price Waterhouse,
sudah pun mendirikan rumah tangga. Anak lelaki mereka Muzaffar, 23 tahun adalah
seorang juruterbang dengan Sistem Penerbangan Malaysia.
Atas segala khidmat bakti beliau kepada anak baiigsa, beliau telah dikurniakan darjah
A M P (1987), dan DSM (1989).

79
Keluarga YB Dato' Haji Ahamed Hambal bin Yeop Majlis
YB Dato Haji Ahamed Hambal dan Datin Zainab bind Mohamad
1

Azura, Hirwan, Hisham, Meor Fakharuddin (menantu), dan Anilah


YB DATO' HAJI AHAMED HAMBAL BIN YEOP MAJLIS

B Dato' Haji Ahamed Hamba) bin Yeop Majlis dilahirkan pada 21 Mac, 1940 di
Lambor Kanan, Parit. Beliau mempakan anak kepada Tuan Haji Yeop Majlis bin
Panclak Mohir, seorang guru Ugama bersama Puan Mee binti Abdul Rahman,
seorang suri rumah. Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Lambor Kanan,
Parit, dan seterusnya melanjutkan pelajaran hingga lulus peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia. Akhirnya beliau berpeluang menuntut di Sultan Iclris Teacher's College, diikuti
dengan satu tahun di Day Teacher's Centre Ipoh pada tahun 1961,
Kata pepatah, cinta itu buta. Jika tidak kerana bot yang mereka tumpang, sudah tentu
Ahamed Hambal ddak berjaya memiliki Zainab binti Mohamad. Mereka bertemu semasa
belajar di Day Teacher's Centre, Ipoh. Oleh kerana saban hari mata berpandangan, mekar
cinta dalam hati dua insan ini tidak dapat disembunyikan. Peristiwa manis tergambar
apabila Ahamed Hambal sering membantu gadis yang diminatinya menaikkan basikal ke
atas bot ketika berulang alik dari tempat mengajar mereka. Pada ketika itu, Ahamed
Hambal mengajar di Sekolah Telok Kepayang, Parit, sementara Zainab pula mengajar di
Sekolah Kebangsaan Bota Kiri. Akhirnya setelah direstui oleh kedua ibu bapa mereka.
Ahamed Hambal dan Zainab selamat diijabkabul pada 29 Februari 1964.
Ahamed Hambal yang kaya dengan budi bahasa dan Zainab yang lemah lembut tapi
periang mengemudikan bahtera hidup mereka dengan jayanya. Mereka dikurniakan
dengan empat orang cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan. Anak sulung mereka,
Hisham, berusia 28 tahun, lulus dari University Darling Down, Australia dalam bidang
perakaunan. Anak kedua mereka, Anilah berusia 24 tahun, seorang pendidik di Kerteh,
Terengganu, baru mendirikan rumah tangga sementara Azura, 21 tahun sedang menuntut
di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang. Anak bongsu mereka Hirwan, 17 tahun masih
menuntut di Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, dalam tingkatan lima.
Kajayaan anak-anak mereka yang amat membanggakan ini adalah berkat asuhan dan sifat
pendidik yang dimiliki oleh pasangan suami isteri ini.

81
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Dato' Haji Ahamed Hambal menerima darjah kebesaran DPCM


daripada DYMM Sultan Perak (1988)

YB Dato' Haji Ahamed Hambal menyambut anggota masyarakat ke rumah terbuka


beliau sempena Adil Fitri
YB DATO' HAJI AHAMED HAMBAL BIN YEOP MAJLIS

YB Dato' Haji Ahamed Hambal sedang berucap (1993)

Kerjaya Zainab sebagai pendidik, memberi peluang untuk beliau bergerak cergas
dalam badan-badan kebajikan dan politik di kawasannya. Lantaran itu beliau mengambil
kesempatan yang ada untuk berbakti dengan bergiat di dalam U M N O di peringkat
cawangan dan bahagian. Beliau juga menyertai BAIDURI pada tahun 1986 dan menjadi
Naib Yang di-Pertua BAIDURI dari tahun 1987 sehingga sekarang.
Kata orang, hendak seribu daya. Tidak cukup dengan sijil yang dimiliki, Ahamed
Hambal meneruskan pelajaran di Universiti Malaya, di antara tahun 1970 hingga 1973.
Naluri pendidik tetap bertapak maka dengan ijazah sarjana muda tergenggam, Ahamed
Hambal kembali bertugas sebagai Guru Kanan di Sekolah Menengah Dato' Abdul Rahman
Yaacob, Bota Kanan. Berikutnya tahun 1977 beliau dilantik menjadi pengetua di Sekolah
Menengah Sultan Muzafar Shah, Lambor Kanan. Pada tahun 1980 beliau ditugaskan
sebagai Pengetua Sekolah Menengah Dato' Maharajalela Kampung Gajah. Di sini beliau
telah memberikan khidmat yang cemerlang di mana beberapa perubahan telah
dilaksanakan termasuk meningkatkan mutu pelajaran pelajar- pelajarnya.
Penglibatan Ahamed Hambal dalam politik bermula sewaktu beliau bertugas sebagai
guru di kampung kelahirannya. Apabila Dato' Haji Hisan Ibrahim mengundur diri sebagai
Ketua Bahagian, Ahamed Hambal dipilih mengetuai U M N O Bahagian Parit, setelah
berpengalaman menjadi Ketua Pemuda dan Setiausaha U M N O Bahagian. Ahamed
Hambal bukan sahaja aktif dalam politik tetapi juga dalam pertubuhan yang lain. Beliau
pernah menjadi Yang Dipertua Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMNB)
Daerah Perak Tengah pada tahun 1976 hingga 1982, dan mengasaskan penubuhan PIBG
Sekolah Menengah Sains Taiping, di mana beliau menjadi Pengerusi dari tahun 1983
hingga 1986.
Tuah manusia tiada siapa yang tahu. Bintangnya terus bersinar apabila pertama kali
terpilih mewakili Parlimen di Kawasan Parit pada Pilihanraya Umum 1982. Pada Pilihan-
raya Umum berikutnya iaitu pada tahun 1986, beliau bertanding kerusi Dewan Undangan
Negeri Kawasan Bota, dan dilantik menjadi A h l i Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

83
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Gotong-royong Taman Cempaka Sari, Parit (1985)

YB Dato' Haji Ahamed Hambal dalam majlis penyampaian geran tanah di Bota (1985)
YB DATO' HAJI AHAMED HAMBAL BIN YEOP MAJLIS

YB Dato' Haji Ahamed Hambal pada Hah Sukan SRJK (T) Tronoh (1984)

mempengerusikan Jawatankuasa Tanah dan Pembangunan sehingga 1990. Sejak tahun


*

1986 sehingga sekarang beliau kekal menjadi Setiausaha Badan Perhubungan U M N O


Negeri Perak. Sekarang, beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bota, setelah
mengalahkan Encik Mustapha bin Ibrahim calon Semangat 46 dengan majoriti 3183 undi.
Ahamed Hambal yang sekarang mengetuai sebuah badan korporat iaitu Syarikat
Permodalan dan Perusahaan Perak, juga aktif dalam pertubuhan belia dan sosial yang
lain. Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam bidang sukan, beliau juga telah dilantik
menjadi Naib Presiden Kanan Persaaian Bola sepak Perak dari tahun 1988 hingga sekarang.
Pada tahun 1991, beliau dipilih menjadi Naib Presiden Persatuan Bola sepak Melayu Perak.
Atas khidmat baktinya kepada masyarakat dan negeri, YB Dato' Haji Ahamed Hambal
telah dikurniakan PPT (1978), A M N (1980), PMP (1983), dan darjah kebesaran D P C M
(1986).
Dato' Mohamed bin Abas sekeluarga pada Hari Raya Aidil Fitri 1993
YB DATO' MOHAMED BIN ABAS
A D U N A L O R PONGSU

B Dato' Mohamed bin Abas dilahirkan pada 3 Mac 1927 di Kampung Masjid
Tinggi, Bagan Serai dalam sebuah keluarga yang serba daif. Bapanya Encik Abas
bin Salleh bekerja sebagai petani sementara ibunya Puan Badariah binti Haji
Mohamad seorang suri rumah. Dari sebuah keluarga yang besar seramai lapan adik ber-
adik, Mohamed berserta adik-beradiknya melalui zaman kanak-kanak dan remaja mereka di
Kampung Masjid Tinggi. Walaupun kehidupan mereka dihimpit oleh kemiskinan, ibu bapa
Mohamed membesarkan anak-anak dalam suasana masyarakat yang berpadu, bersendikan
adat, dan bertunjangkan agama. Sesungguhnya, nenek moyang Mohamed berasal dari Ban-
jarmasin, Kalimantan, Borneo. Datuk nenek beliau yang warak berserta rakan-rakan telah
meneroka Kampung Masjid Tinggi. Di kampung inilah kebanyakan orang Banjar dari puak
Kelua menetap; walaupun orang Banjar puak Alai dan lain-lain ada juga di kalangan
mereka.
Mohamed memulakan alam pendidikannya di Sekolah Melayu Teluk Medan hingga
ke darjah lima. Kemudian beliau telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan T i n Serong, Parit
Buntar hingga tamat darjah enam. Nasibnya memang baik. Sebaik sahaja tamat alam pen-
didikan, beliau dipilih menjadi guru pelatih pada tahun 1939, jawatan yang disandangnya
sehingga tahun 1942, apabila beliau terpaksa berhenti akibat Perang Dunia Kedua.
Semasa mengajar di Sekolah Temelok, gaji beliau adalah lima belas ringgit sebulan,
dan setiap tahun gaji ini dinaikkan seringgit sehinggalah beliau mendapat gaji lapan belas
ringgit sebulan pada tahun 1942. Pendapatan sedemikian dianggap lumayan dan
Mohamed berbangga kerana dapat membantu keluarganya di kampung. Beliau menum-
pang di rumah Tuan Haji Shaari dan berbelanja enam ringgit sebulan untuk makanan.
Pada setiap hari Sabtu beliau mengayuh basikal sejauh tiga puluh batu untuk balik ke
Kampung Masjid Tinggi dan pada hari Ahad beliau mengayuh basikal pulang ke Kampung
Temelok. Itulah yang dilakukannya setiap minggu.
Kedatangan Jepun membawa kesengsaraan kepada rakyat Malaya. Mohamed sendiri

87
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Dato' Mohamed menerima darjah kebesaran


DPMP daripada DYMM Pemangku Raja Perak

YB Dato' Mohamed melayani sebahagian Pemuda MCA yang hadir


pada majlis Hari Raya Aidil Fitri di kediaman beliau (1993)

88
YB DATO' MOHAMED BIN ABAS

YB Dato' Mohamed di Dewan Perhimpunan Negeri

diperintah bekerja di Pejabat Penerangan Perak Utara. Apabila Jepun kalah, British telah
memerhadkan gerak geri beliau kerana penglibatan beliau pada zaman Jepun.
Sesungguhnya unsur-unsur kepimpinan yang sedia ada di dalam dirinya dan
digemburkan pula dengan semangat ingin menentang penjajah tidak dibiarkan hanyut.
Pada tahun 1946 beliau bersama rakan-rakan dan dengan restu Ishak Haji Mohammad,
Pengerusi P K M M Perak, telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM)
Cawangan Bagan Serai. Pada tahun yang sama Angkatan Pemuda Islam (API) Cawangan
Bagan Serai telah ditubuhkan dan Mohamed dijadikan Ketua. Pada tahun yang sama juga,
beliau menubuhkan Persatuan Kalimantan yang bertujuan membela nasib orang Banjar.
Mohamed telah ditahan selama lima tahun (1948-1952) di bawah kuatkuasa Undang-
Undang Darurat (Emergency Regulations) 1948 yang diisytiharkan untuk menentang Parti
Komunis Malaya. Mohamed bersama Ustaz A b u Bakar Al-Baqir, Ustaz Wahab N o r dan
rakan-rakan yang lain ditahan kerana dianggap berhaluan kiri. Setelah ditahan di Penjara
Bagan Serai, Mohamed dan rakan-rakannya dihantar ke Penjara Taiping selama dua bulan.
Mohamed kemudiannya dipindahkan dan ditempatkan di Kem Tahanan Pulau Jerjak
selama dua tahun, dan seterusnya ditahan di Kem Tahanan Tanjung Beruas, Melaka selama
dua tahun lagi. Pengalaman pahit getir semasa dalam tahanan menguatkan semangatnya
untuk meneruskan perjuangan menentang penjajah. Namun saluran dan strategi mestilah
diubah untuk mencapai kejayaan.
Allahyarham Ishak Haji Mohammad telah menasihatkan Mohamed supaya menyertai
parti yang berunsur kebangsaan. Beliau juga menasihatkan Ustaz Wahab N o r supaya me-
nyertai pard bercorak agama. Allahyarham Ishak Haji Mohammad memberi peringatan:-
Walaupun saluran berlainan tetapi tujuannya sama iaitu untuk mencari kemerdekaan.
Mohamed ddak berlengah lagi. Sekembalinya dari tahanan pada tahun 1952, beliau
terns menyertai U M N O Cawangan Bagan Serai. Pada tahun 1953, apabila U M N O Cawang-
an Masjid Tinggi diisytiharkan oleh Dato' Ghazali Jawi, Mohamed menjadi Setiausaha,
jawatan yang dipegangnya sehingga tahun 1975, sementara Dato' Masud Untoi menjadi Pe-
ngerusi Cawangan. Pada tahun 1955, Mohamed dilantik sebagai A h l i Jawatankuasa U M N O
Bahagian Bagan Serai sehingga tahun 1974 apabila beliau terpilih menjadi Naib Ketua
U M N O Bagan Serai sehingga tahun 1977. Pada tahun 1975 beliau menjadi Ketua Cawang-

89
SUARA D A N AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Dato' Mohamed merasmikan surau baru


Kampung Selekoh, Matang Pasir Beriah (1989)

YB Dato' Mohamed selepas


merasmikan Mesyuarat
Agung Persatuan Syarikat/
Koperasi Teksi Sdn. Bhd.
Kenan, Bagan Serai (1990)

Sewaktu menentukan arah kibtat dan


meletakkan batu asas masjid baru
kampung tersusun Nibong
Hangus, Kuala Kurau

90
YB DATO' MOHAMED BIN ABAS

an U M N O Masjid Tinggi sehingga sekarang; pada tahun 1977 beliau dipilih pula menjadi
Timbalan Ketua Bahagian sehinggalah tahun 1989 apabila beliau dilantik menjadi Pemang-
ku Ketua U M N O Bahagian Bagan Serai kerana pengunduran Dato' Ramli Haji Omar.
YB Dato' Mohamed bin Abas adalah veteran dalam politik dan Ahli Dewan Undangan
Negeri yang paling lama memegang jawatan. Semasa beliau dicalonkan pada tahun 1974,
beliau amat terkejut dan menganggapnya sebagai rahmat dan laluan untuk beliau terus ber-
bakti kepada masyarakat. Setiap kali pilihanraya umum diadakan, iaitu tahun 1974, 1978,
1982, 1986, dan 1990, beliau berhadapan dengan calon PAS dan pernah juga pada tahun
1974 berhadapan dengan calon DAP dan PAS. Dalam Pilihanraya Umum 1990, Mohamed
telah mengalahkan Ustaz Rahmat Husin dari PAS dengan majorid 3021.
Mengimbas kembali perjuangannya, beliau berasa puas had dengan kemajuan yang
dicapai di kawasannya. Banyak perubahan yang membawa manfaat kepada penduduk Alor
Pongsu dapat dilaksanakan sejak tahun 1974. Kini, di samping meneruskan tugasnya se-
bagai wakil rakyat, beliau banyak menumpukan masa dan tenaga kepada sebuah sekolah
agama di kawasannya.
Mohamed telah mendirikan rumah tangga dengan Salmah binti Abdullah pada tahun
1955. Keluarga Salmah berasal dari Kedah dan menetap di Kampung Masjid Tinggi. Sewak-
tu Salmah dilahirkan, bapanya telah dikerah oleh tentera Jepun untuk membina Landasan
Keretapi Maut di Burma. Ibunya gelisah telah menyerahkan Salmah kepada keluarga
Banjar yang membesarkan Salmah hingga ke darjah lima. Tidak ramai yang mengetahui
bahawa Dadn Salmah binti Abdullah berasal dari Kedah kerana loghat Banjarnya.
Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan lapan orang anak dan seorang
anak angkat. Mereka adalah Robeah 38 tahun, Azizah 36 tahun, Jamilah 33 tahun, Abdul
Rahim 32 tahun, Fatimah 30 tahun, Zulkifli 28 tahun, Ahmad Khairi 24 tahun, Hariyad 20
tahun dan Yusniah 11 tahun. Lima orang daripada anak mereka telah berkahwin. Sekarang
Mohamed mempunyai lapan orang cucu.
YB Dato' Mohamed bin Abas telah dikurniakan bin tang kebesaran DPMP yang
membawa gelaran Dato' dan PMP dan di atas segala pengorbanan dan khidmat baktinya
kepada masyarakat.
Keluarga YB Encik Samsudin bin Man
YB Encik Samsudin bin Man, Noorman Affendi, dan Puan Kalsom binti Abu Bakar.
Noor Juita Azmin, Noorhatini, Noorsalihin, Mansor (menantu), Nooraini, dan Noor Juita Azli.
YB ENCIK SAMSUDIN BIN MAN
A D U N G U N O N G SEMANGGOL

B Encik Samsudin bin Mail, anak Kampung Kubu Gajah, dilahirkan pada 16 Sep-
tember 1942 adalah anak kepada Encik Man bin Lebai Tamin dan Puan Che Ah
bind A l i . Samsudin, anak bongsu daripada tiga adik-beradik telah piatu dalam
usia enam tahun apabila ibunya kembali ke Rahmatullah. Setelah sekian lama menduda,
ayahnya telah berkahwin semula, dan Samsudin telah dibesarkan di bawah peliharaan ibu
drinya bersama-sama adik-beradik baru yang berjumlah empat orang. Samsudin mencerita-
kan bahawa beliau tidak mempunyai saudara mara daripada sebelah ayahnya. Datuknya
berasal dari Jawa, Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu sekitar tahun 1880an. Datuk-
nya berkahwin dengan gadis Gunong Semanggol dan begitu juga ayah Samsudin yang
berkahwin dengan gadis Kampung Kubu Gajah. Kehidupan mereka adalah seperti orang
kampung, sekadar cukup untuk menyara keluarga tanpa kemewahan.
Anak jati Gunong Semanggol ini telah memulakan alam persekolahannya di Sekolah
Melayu Gunong Semanggol hingga ke darjah lima sebelum berpindah ke Sekolah Melayu
Sungai Kepar hingga darjah enam. Samsudin seterusnya mendapat pendidikan menengah
di Government English School Bruas hingga lulus peperiksaan Lower Certificate Education
dan di sekolah King Edward VII Taiping, sehingga lulus peperiksaan Malaysian Certificate
Education.
Samsudin pernah bekerja sebagai pekerja am di Jabatan Ukur Taiping bermula dari
tahun 1957 hingga 1966. Pada pertengahan tahun 1966, beliau menjadi Pembaca Meter
Kanan Jabatan Kerja Raya Taiping sehingga tahun 1982.
Dua tahun selepas bekerja beliau mendirikan rumah tangga dengan Cik Kalsom @
Som binti A b u Bakar pada 11 Jun 1959, gadis pilihan dari keluarga yang tinggal hanya 20
rantai daripada rumah bapanya di Kampung Kubu Gajah. Mereka telah dikurniakan tujuh
orang anak termasuk sepasang anak kembar perempuan yang sekarang berusia 20 tahun.
Anak sulung mereka Nooraini 33 tahun, berkelulusan Sarjana Muda Agribase dari Univer-
siti Pertanian Malaysia (1984) merupakan seorang guru di Sabah dan telah pun berkahwin

93
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Encik Samsudin bin Man berbicara dengan Tan Sri Ramli


sambil diperhatikan oleh masyarakat setempat

clan mempunyai dua orang anak, Noorasikin 31 tahun berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia, seorang guru di Sarawak, baru berpindah ke Perak mempunyai dua orang anak,
Noorsalihin 28 tahun, lulusan ITM, seorang pegawai di Syarikat Tekstil di Melaka mem-
punyai seorang anak. Noorhatini 26 tahun lulusan Sijil Pelajaran Malaysia, seorang kerani di
Pejabat Tanah dan Galian Taiping sudah berkahwin, Noor Juita Azmin lulusan Sijil
Pelajaran Malaysia bekerja dalam bidang komputer di sebuah syarikat, Noor Juita Azli
lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia bekerja sambilan dalam bidang komputer sambil
menunggu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, dan Noorman Affendi 18 tahun
sedang mengikuti kursus di Institut Kemahiran M A R A Sungai Petani. Terus-terang
Samsudin melahirkan kesyukuran mempunyai seorang isteri yang bijak mengasuh dan
mendidik anak-anak tanpa banyak bantuan daripadanya oleh kerana beliau sibuk dengan
urusan kerjaya dan politik.
Samsudin mula mengukir nama dalam arena politik ketika berusia 18 tahun. Beliau
menyertai U M N O atas jemputan seorang veteran politik iaitu Encik Ramli bin Omar (seka-
rang Dato' Haji Ramli Omar) dan terus dilantik sebagai Setiausaha U M N O Cawangan Bukit
Putus sehingga tahun 1967. Penerimaan ahli-ahli U M N O terhadapnya amat menggalakkan
sehingga beliau berjaya menaiki hierarki politik Bahagian langkah demi langkah. Keteram-
pilannya terserlah dan kesungguhannya terbukti apabila dipilih sebagai Naib Ketua U M N O
Cawangan dari tahun 1967 hingga 1980, Ahli Jawatankuasa Pemuda U M N O Bahagian
Bagan Serai dari tahun 1969 hingga 1978, Naib Ketua Pemuda U M N O Bahagian dari tahun
1978 hingga 1980, dan Ketua Pemuda U M N O Bahagian dari tahun 1982 hingga 1984.
Beliau telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa U M N O Bahagian sejak tahun 1965, jawatan
yang disandangnya hingga tahun 1982. Pada tahun 1984 beliau dipilih sebagai Timbalan
Ketua U M N O Bahagian. Sebaik sahaja U M N O dirombak semula dan berstatus penaja,
ekoran peristiwa hitam akibat Perhimpunan Agong 1987, Samsudin dilantik sebagai Naib
Ketua U M N O Bahagian, hinggalah beliau memangku jawatan Timbalan Ketua Bahagian.
Mengimbas kembali penyertaannya dalam U M N O , Samsudin menceritakan bahawa
sekembalinya beliau untuk bermastautin di Kampung Kubu Gajah setelah mendirikan
rumah tangga telah membuka matanya terhadap kepalsuan perjuangan PAS. Oleh itu
beliau menerima jemputan Ketua Cawangan Bukit Putus, untuk menjadi ahli U M N O .

94
YB ENCIK SAMSUDIN BIN M A N

YB Encik Samsudin bin Man bersalam dengan DYMM Pemangku Raja Perak (1990)

Beliau kesal dengan sikap PAS yang memperbodohkan masyarakat Gunong Semang-
gol dan Kawasan Parlimen Kerian Barat (sekarang Bagan Serai). Parlimen Kerian Barat
merupakan kubu kuat PAS sehinggakan pada Pilihanraya Umum 1959 calon Perikatan
Encik Ramli Omar, telah kalah kepada PAS. Samsudin yang turut berkempen untuk
U M N O menganggap peristiwa ini sebagai satu tamparan dan cabaran yang hebat. Bahkan
bapa mertuanya sendiri adalah orang PAS. Penglibatannya secara aktif yang berasaskan
keinginan untuk memperkukuhkan silaturahim dengan kawan-kawan telah bertukar corak
kepada perjuangan mengembalikan maruah U M N O .
Pada tahun 1980, Cawangan Bukit Putus telah dirombak kepada tiga cawangan iaitu
Cawangan Balik Bukit, Cawangan Kampung Jaya, dan Cawangan Kampung Kubu Gajah di
mana beliau menjadi Ketuanya yang pertama.
Tuah ayam dapat dilihat, tuah manusia siapa tahu. Dari seorang pembaca meter,
Samsudin telah menjadi Yang Berhormat apabila terpilih menjadi calon BN pada
Pilihanraya Umum 1982. Wakil rakyat selama tiga penggal ini sering menghadapi saingan
daripada PAS tetapi beliau bangga majoritinya bertambah pada Pilihanraya Umum 1986
dan 1990. Adalah nyata bahawa kepimpinannya melayan kerenah anak buah kawasannya
berkesan memperbaiki taraf hidup mereka.
Di samping menjadi ahli politik sepenuh masa, Samsudin adalah juga seorang yang
berminat dalam bidang pertanian, hobi yang sudah menjadi sebahagian daripada hidup-
nya. Beliau juga menjadi penaung dan penasihat kepada beberapa badan sukarela di kawa-
san Bagan Serai.
Atas segala khidmat baktinya beliau telah dikurniakan A M P , dan PJK
YB Tuan Haji Mohd. Taib bin Hanafiah
bersama isterinya, Puan Siti Hasnah binti Haji Shamsuddin, dan keluarga
YB TUAN HAJI MOHD. TAIB BIN HANAFIAH
A D U N T I T I SERONG

B Tuan Haji Mohd. Taib bin Hanafiah dilahirkan di Parit Buntar pada 24 Januari
1939. Bapanya Haji Hanafiah bin Haji Salleh bekerja sendiri dan pernah juga
menyandang jawatan Imam Masjid, sementara ibunya Puan Sid bind Din adalah
seorang suri rumah. Anak keempat daripada tujuh adik-beradik ini menghadapi hidup
yang sukar sewaktu kecil akibat kemiskinan yang membelenggu keluarganya dan masya-
rakat persekitarannya. Kemiskinan dan kesempitan hidup yang dialami oleh Mohd. Taib
sejak kecil telah mengajar beliau erd kehidupan. Ini sekaligus telah membina semangat dan
kekuatan diri untuk memperjuangkan nasib rakyat luar bandar.
Mohd. Taib atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Su Taib mendapat didikan awal
di Sekolah Kebangsaan Sungai Megat Aris, Bagan Tiang sehingga lulus darjah enam. Beliau
kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah British Royal Signal dan mendapat
kelulusan Army Certificate of Educadon. Berbekalkan segulung sijil, beliau menyertai The
British Army Royal Signal pada tahun 1957, dan bertugas di Central Royal Air Force Pasir
Panjang Singapura hingga tahun 1967. Apabila beliau kembali ke Semenanjung, beliau
bekerja sebagai penyimpan kira-kira di kilang padi bapa mertuanya hingga tahun 1978.
Dari tahun 1978 hingga 1982 beliau bertugas sebagai Penyelia Kelas Perpaduan Rakyat.
Pak Su Taib sedar bahawa para belia perlu diberi bimbingan. Tenaga muda anak-anak
tani yang ramai sekiranya diasuh dan dijuruskan akan melahirkan tenaga muda yang
berkemampuan memperjuangkan diri sendiri dan masyarakat setempat. Justeru itu beliau
telah mengasaskan Gerakan Belia 4B Kawasan Sungai Baru. Kepimpinan beliau mendapat
pengiktirafan apabila terpilih menyertai rombongan lawatan sambil belajar ke luar negara
pada tahun 1973.
Oleh kerana kecenderungannya untuk memimpin, Pak Su Taib yang turut meng-
anggotai U M N O Bahagian Parit Buntar, telah diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan
parti untuk menghidupkan semula Cawangan Bam 11 Sungai Burung dan terpilih menjadi
Ketua Cawangan. Disebabkan kualiti kepimpinan yang ada pada dirinya, Pak Su Taib telah

97
SUARA D A N AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Tuan Haji Mohd. Taib menerima darjah AMP


daripada DYMM Sultan Perak (1986)

YB Tuan Haji Mohd. Taib selepas Persidangan Dewan


Undangan Negeri

98
YB TUAN HAJI MOHD. TAIB BIN HANAFIAH

diberi kepercayaan menjadi Naib Ketua Pemuda U M N O Bahagian pada tahun 1975
setelah buat pertama kalinya memenangi pertandingan yang diadakan. Setelah dua
penggal Pak Su Taib menjadi Naib Ketua Pemuda, Bahagian Parit Buntar telah dilanda
krisis. Bahagian Parit Buntar telah diambil alih buat sementara oleh YAB Menteri Besar
Perak pada ketika itu. Namun demikian setelah berakhirnya kemelut politik Parit Buntar,
Pak Su Taib terpilih menduduki ahli jawatankuasa bahagian pada tahun 1978. Dua tahun
kemudian beliau dilantik menjadi Naib Ketua U M N O Bahagian.
Nasibnya semakin cerah apabila beliau terpilih menjadi calon BN pada Pilihanraya
Umum 1982 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Simpang Lima yang sekarang
dikenali sebagai Titi Serong. Dalam Pilihanraya Umum 1986 dan 1990, beliau ditempatkan
di kawasan yang sama berhadapan dengan calon PAS. Beliau menang pada tahun 1990
dengan majoriti undi 2962 mengalahkan Cikgu Khalid bin Abdul Hamid dari PAS. Beliau
juga telah diberi kepercayaan oleh YAB Tan Sri Ramli untuk mempengerusikan
Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan Negeri sejak tahun 1990. Di bawah pimpinannya, ahli
jawatankuasa tersebut telah mengadakan lawatan ke India, buat pertama kalinya.
Sungguhpun telah mempunyai kedudukan dalam masyarakat Pak Su Taib tidak lupa diri.
Beliau tetap prihatin dengan nasib para petani sebagaimana hidup yang pernah beliau
alami. Justeru itu beliau telah mengetuai pertubuhan peladang kawasan Tanjung Piandang
selama dua penggal. Ekoran daripada itu, beliau juga pernah dilantik menjadi Pengerusi
Lembaga Pengarah PPK Negeri Perak dan juga menganggotai Lembaga Pengarah
Peringkat Kebangsaan hingga sekarang. Seperkara lagi yang ada pada diri Pak Su Taib ini
ialah beliau tidak pernah menolak sebarang undangan termasuk dalam menjayakan sesuatu

99
SUARA D A N AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Tuan Haji Mohd. Taib di Majlis Perayaan Hari Kebangsaan di Parit Buntar (1987)
YB TUAN HAJI MOHD. TAIB BIN HANAFIAH

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringat negeri Perak

kegiatan sukan. Sekalipun telah berusia, beliau masih sanggup turun ke padang untuk
bermain bolasepak bersama-sama pasukan YAB Menteri Besar Perak.
Pak Su Taib telah mendirikan rumah tangga dengan Cik Sid Hasnah @ Sid Zainab
binti Haji Shamsuddin pada 20 April 1962. Mereka telah dikurniakan lima orang anak iaitu
seorang perempuan dan empat lelaki. Anak sulung mereka Noor Aliza berusia 30 tahun
adalah pemegang ijazah Degree of Nutridon, sementara Mohd. Sofie berusia 29 tahun
sedang mengikuti kajian lepasan Sarjana Pertadbiran Perniagaan. Anak ketiganya Mohd.
Khairi sedang menuntut di MARA, sementara anak keempat pula Mohd. Khairuddin
berada dalam tingkatan empat dan anak bongsu Mohd. Khairuzani masih di tadika.
Beliau ingin melihat anak-anaknya berusaha supaya boleh berjaya dalam hidup, dan
merasai segala yang tidak dapat dikecapinya semasa beliau kecil dahulu akibat keadaan
hidup yang ddak mengizinkan.
Di atas segala khidmat baktinya kepada masyarakat dan negeri, beliau telah dikur-
niakan AMP, A M N , PJK, dan JP.

101
YB Encik Johan bin Lahamat bersama isteri pertamanya
Puan Hajah Che Eshah binti Che Harun
YB ENCIK JOHAN BIN LAHAMAT
A D U N KENERING

ilahirkan di Kampung Bersia pada 31 Disember 1941, YB Johan bin Lahamat


beruntung kerana beliau berada di kalangan keluarga yang dihormad oleh
masyarakat. Keistimewaan ini lahir daripada kedudukan ayahnya, seorang ketua
kampung yang juga pernah menganggotai Force 136 bersama Allahyarham Dato' Seri Haji
Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, bekas Menteri Besar Perak. Semasa Perang Jepun,
pasukan sukarela Force 136 bergerak secara senyap menggembeling tenaga pemuda-
pemuda kampung menentang penjajahan Jepun. Kehandalan Tok Ketua Lahamat pada
zaman Jepun menjadi legenda orang Kampung Bersia dan kampung-kampung di
persekitarannya. Oleh kerana semangat perjuangan yang kuat mempertahankan nyawa
anak buah, beliau telah dikurniakan gelaran Toh Purba, Orang Besar Tiga Puluh Dua pada
tahun 1966 oleh Almarhum Sultan Idris Shah, gelaran yang sekarang disandang oleh YB
Johan bin Lahamat.
Johan telah mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung halamannya
pada tahap yang sederhana. Pada tahun 1957, beliau mula bertugas di Jabatan Orang Asli
sebagai pemandu bot sehingga akhir tahun 1959, apabila beliau dinaikkan pangkat kepada
Field Assistant. Ketika usia hampir mencecah 20 tahun Johan mengambil keputusan
berhend kerja. Jiwanya mahu bebas. Dia merasakan ada yang kekurangan lantaran mahu
menceburi bidang perniagaan. Perniagaan yang dipilih berkisar pada bijih timah,
pengeluaran rotan, dan pembalakan.
Keuzuran Dato' Seri Haji Wan Mohamed bin Wan Teh pada tahun 1982 dan 1983
mengakibatkan peralihan' pucuk pimpanan eksekutif negeri bertukar. Encik Ramli bin
Ngah Talib, seorang pegnam, telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak apabila Dato' Seri
Wan Mohamed mengundurkan diri. Dato' Seri Wan Mohamed juga mengosongkan kerusi
Dewan Undangan Negeri Kawasan Kenering.Johan menjadi pilihan untuk bertanding di
dalam pilihanraya kecil yang diadakan pada bulan April 1983. Johan berjaya mengalahkan
lawannya Tuan Haji Mat Arif Yaacob dari PAS. Pada Pilihanraya Umum berikutnya iaitu

103
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Encik Johan merasmikan Temasya Sukan Yang Ke-12


SRJK(C) Padang Grus, Lenggong (1988)

Berdialog dengan penduduk Bukit Sapi (1991)

104
YB ENCIK J O H A N BIN LAHAMAT

Menghadiri Mesyuarat Agong PEMADAM di Kota Kinabalu Sabah (1989)

pada tahun 1986, Johan sekali lagi mengalahkan penentang yang sama dengan majoriti
yang bertambah kepada 6116. Kewibawaannyajelas. Beliau berkhidmat dengan cara lem-
butnya yang kurang bercakap, kuat bekerja, dan berusaha membantu rakyat yang sentiasa
ketagihkan pembangunan. Maka tidak hairanlah, apabila Pilihanraya Umum 1990 diada-
kan, Johan lagi sekali dicalonkan untuk menentang Ustaz Haji Yusoff Haji Mokhtar calon
Semangat 46. Ustaz Haji Yusoff pernah menjadi orang kuat U M N O sebelum peristiwa hi-
tam pengharaman U M N O pada tahun 1987. Johan yang mewakili U M N O menang dengan
majoriti 2077 undi.
Johan menyertai U M N O pada usia 25 tahun. Beliau menjadi ahli U M N O Cawangan
Bandaran Gerik pada tahun 1966 dan terus dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda
U M N O Bahagian Ulu Perak. Johan terkenal kerana keluarga dan kerjayanya. Kebolehannya
terserlah. Maka pada tahun 1974 hingga 1980, beliau dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa
U M N O Bahagian Gerik. Bintangnya bertambah cerah apabila dipilih menjadi Ketua
Pemuda U M N O Bahagian Gerik dari tahun 1980 hingga 1982. Dari tahun 1983 beliau men-
jadi Timbalan Ketua U M N O Bahagian, jawatan yang dipegang beliau sehingga sekarang.
Johan juga telah menjadi wakil calon sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1974 untuk
Dato' Seri Wan Mohamed bin Wan Teh, dan pada tahun 1977 dalam pilihanraya kecil dan
tahun 1978, kedua-duanya untuk Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Tan Sri Haji Ghazali.
Johan mempunyai dua orang isteri. Perkahwinannya dengan Hajah Che Eshah binti
Che Harun berlangsung pada tahun 1961, sementara perkahwinan kedua dengan Hajah
Wan Jarmiah binti Wan Osman berlangsung pada tahun 1968. Mereka mempunyai tujuh
orang anak, Roslina Johan 26 tahun, Sazarimah Johan 24 tahun, Shafulzahan Johan 23
tahun, Shafura Johan 21 tahun, Johanizah Johan 20 tahun, Rohaniza Johan 17 tahun dan
Rozihan Johan 8 tahun.

105
YB Tuan Haji Wan Abdullah bin Wan Im bersama Allahyarhamah Hajah Sharifah
Khadijah binti Syed Yaacob bergambar dengan anak-anak dan cucu-cucunya

YB Tuan Haji Wan Abdullah bin Wan Im


bersama Puan Nooriah binti Haji Mohd. Noor
YB TUAN HAJI WAN ABDULLAH BIN WAN IM
ADUN TEMENGGOR

B Tuan Haji Wan Abdullah bin Wan Im lahir hasil daripada perkongsian hidup
antara Toh Mekong Wan Im bin Wan Lembut dan Puan Mek Betong binti Haji
Daud. Teriak tangis menandakan anak keenam dari tujuh adik-beradik telah
selamat dilahirkan pada 2 November 1936 di Kampung Padang, Gerik, sebuah kampung di
mana ramai saudara kedua-dua ibu bapanya menetap.
Wan Abdullah dilahirkan dari kalangan keluarga yang disanjung masyarakat. Seme-
mangnya beliau datang dari keluarga bangsawan dan dihormati umum. Bapanya, seorang
penghulu di Temenggor, juga merupakan orang besar Tiga Puluh Dua dengan gelaran
Toh Mekong, gelaran yang diwarisi melalui keturunan. Latar belakang yang sentiasa didam-
pingi masyarakat merupakan latihan yang amat berguna dan sesuai sekali sebagai perse-
diaan beliau untuk menjadi pemimpin masyarakat suatu hari kelak. Lantaran apabila beliau
menjadi wakil rakyat, bak kata perpatah Melayu 'seperti sirih pulang ke gagang atau ikan
pulang ke lubuk.' Wan Abdullah amat disenangi masyarakat dan sentiasa bersikap terbuka
apabila dibawa berunding.
Wan Abdullah melalui peringkat persekolahan awalnya di Sekolah Melayu Grik hing-
ga darjah lima. Beliau sungguh bertuah kerana merupakan antara segelintir pelajar yang
terpilih untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Setelah lulus
peperiksaan Senior Cambridge, Wan Abdullah dengan tidak berlengah lagi memohon
untuk bekerja.
Pada tahun 1957 beliau memulakan pekerjaan sebagai kerarii di Jabatan Hal-Ehwal
Agama Islam Perak. Setahun kemudian beliau dilantik sebagai setiausaha peribadi kepada
Yang DiPertua Majlis Agama Perak. Pada tahun 1959 beliau bertukar ke Jabatan Perbenda-
haraan Negeri Perak. Pada 1 Ogos 1960, beliau dilantik menjadi seorang penghulu, jawatan
yang disandangnya selama dua puluh lima tahun. Batu Kurau, tempat pertama beliau ditu-
gaskan mempunyai banyak kenangan manis, di mana beliau mendapat ramai kawan dan
kenalan. Beliau bertugas di Batu Kurau selama empat belas tahun dan suka duka di Batu

107
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Tuan Haji Wan Abdullah mengiringi Tan Sri Ramli dalam upacara
perasmian jalan dari kampung Sumpitan ke kampung Masjid

YB Tuan Haji Wan Abdullah bersama Allahyarhamah isterinya


di majlis Perasmian Dewan Undangan Negeri (1988)

108
YB HAJI WAN ABDULLAH BIN WAN IM

YB Tuan Haji Wan Abdullah m e n g h a d i r i


sebuah majlis agama di kawasannya

Kurau sukar dilupakan. Pada tahun 1975 Wan Abdullah dinaikkan pangkat kepada Peng-
hulu Besar Gerik. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1986 apabila beliau
dicalonkan sebagai calon BN untuk Dewan Undangan Negeri Kawasan Temenggor. Pada
Pilihanraya Umum 1990, beliau telah sekali lagi dicalonkan. Penentangnya Haji M d . Arif
bin Yaacob dari PAS telah dikalahkan dengan majoriti 4272.
Sehingga hari ini Wan Abdullah dikenali sebagai Tok Penghulu. Sewaktu memegang
jawatan Penghulu, beliau juga telah terlibat dengan kerahan tenaga dan menjadi tentera
wataniah selama tujuh tahun sehingga berpeluang mendapat pangkat kapten.
Mengimbas kembali penglibatannya di dalam politik, Wan Abdullah menerangkan
bahawa beliau meminati U M N O sejak di Maktab Melayu Kuala Kangsar lagi. Perjuangan
U M N O adalah perjuangan yang boleh meningkatkan martabat Melayu. Maka apabila
beliau tamat pengajian cli Maktab, beliau terus menyertai U M N O pada tahun 1957. Wan
Abdullah pernah menjadi Pengerusi Tetap U M N O Bahagian Larut Utara pada tahun 1969
hingga tahun 1975, sewaktu beliau bertugas sebagai penghulu di Batu Kurau. Sekembalinya
ke kampung asalnya, beliau telah dilantik sebagai Bendahari U M N O Bahagian Gerik dari
tahun 1980 hingga tahun 1984. Pada pemilihan U M N O tahun 1984, beliau terpilih sebagai
Naib Ketua U M N O Bahagian Gerik sehingga ke hari ini.
Wan Abdullah telah mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya Allahyar-
hammah Hajah Sharifah Khadijah bind Syed Yaacob pada tahun 1955. Perkongsian hidup
mereka selama 39 tahun telah dikurniakan tujuh orang anak. Mereka adalah Wan Faridah,
Wan Zulkifli, Wan Abdul Halim, Wan Omar, Wan Faizah, Wan Shamzul Anuar, dan Wan
Azura. Wan Azura sedang menuntut di Kuala Lumpur di dalam bidang kesetiausahaan.
Atas sebab sunyi hidup keseorangan, serta desakan keluarga dan kawan-kawan, maka
pada 21 Januari 1992, Wan Abdullah telah mengakhiri zaman dudanya. Beliau telah
berkahwin dengan Puan Noriah binti Haji Mohd. Noor.
Bakti YB Tuan Haji Wan Abdullah bin Wan Im terlalu banyak untuk dinilai. Di dalam
usia lima puluh tujuh tahun beliau terus bekerja keras untuk anak buah di kawasannya. Di
atas segala khidmat baktinya beliau dikurniakan AMP, PPN, dan PPT.

109
YB Tuan Haji Md. Kassim bin Mahmud serta Puan Sawifah binti Yahya dan anak-anak
mereka Winziah, Ahmad Nadzri, Ahmad Tarmizi, Mohd. Faudzi, Mazwin, dan Fauziah

YB Tuan Haji Md. Kassim bin Mahmud bersama


isterinya Puan Sawifah binti Yahya
YB TUAN HAJI MD. KASSIM BIN MAHMUD
A D U N KAWASAN SELAMA

ima puluh tujuh tahun yang lampau pada 7 September 1938 kelahiran seorang
bayi cornel telah disambut dengan penuh kesyukuran oleh sepasang suami isteri,
Encik Mahmud Abdul Kadir dan Puan Rojmah Abdul Kadir. Anak bongsu
daripada dua adik-beradik ini telah dibesarkan di dalam suasana perniagaan di tempat
tumpah darahnya iaitu Pekan Batu Kurau. Ibunya seorang suri rumah yang menumpukan
perhadan mendidik dan mengasuh anak-anak. Sejak kecil lagi M d . Kassim telah biasa
dengan alam perniagaan. Justeru itu beliau amat memahami keperluan perniagaan yang
mewajibkan seseorang berusaha gigih tanpa mengenal erti putus asa. Di samping itu pen-
dedahan ini merupakan tapak yang baik dalam pembentukan peribadi yang senang
berhubung dengan orang ramai. Di kedai makanan ini juga, beliau sentiasa dapat men-
dengar rintihan rakyat jelata yang inginkan bebas daripada penjajah.
M d . Kassim sendiri di waktu dewasanya telah menceburi pelbagai jenis perniagaan,
bahkan, sewaktu menjadi guru lagi beliau berniaga teh dan roti canai. Bagi penduduk Ke-
munting, M d . Kassim amat dikenali kerana teh dan rod canainya yang isdmewa.
M d . Kassim telah memulakan pendidikan awalnya pada tahun 1945 di Sekolah Melayu
Sungai Akar sehingga lulus darjah enam pada tahun 1951. Di waktu yang sama beliau
belajar di waktu petang di Sekolah Arab Subbaniah, Bam Kurau, dan merupakan di antara
kumpulan murid yang pertama memulakan pendidikan di sekolah tersebut bersama bekas
MB Perak, Allahyarham Dato' Seri Kamaruddin Mohd. Isa. Setelah lulus peperiksaan darjah
enam beliau dilantik sebagai guru sementara pada 27 Januari 1952 dan ditempatkan di
Sekolah Melayu Kampung Perak, Batu Kurau.
M d . Kassim ddak pernah berpuas hati dengan kelulusan yang ada. Beliau berusaha un-
tuk memperbaiki dirinya. Pada tahun 1961, sewaktu masih lagi mengajar di Sekolah Melayu
Kampung Perak, beliau mengayuh basikal ke Batu Kurau, dan seterusnya menaiki bas ke
Kemunting untuk belajar di sebuah sekolah saudagar. Usaha gigihnya akhirnya membawa
kejayaan apabila beliau lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

111

-

SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Tuan Haji Md. Kassim menerima JP

YB Tuan Haji Md. Kassim gembira menyambut YAB Perdana Menteri Malaysia

112

YB TUAN HAJI MD. KASSIM BIN MAHMUD

M d . Kassim sebenarnya ddak asing dengan dunia polidk. Beliau telah melalui zaman
pemerintahan Bridsh, pemerintahan Jepun, kembali ke pemerintahan British dan seterus-
nya ke zaman kemerdekaan. Sejak di bangku sekolah lagi beliau mempunyai kesedaran
politik yang tebal. Kesedaran politiknya adalah proses pembinaan semangat yang berlaku
secara sedar apabila tokoh-tokoh politik datang memberi syarahan di Sekolah Agama
Subbaniah. Di antara tokoh-tokoh politik yang pernah meniupkan semangat nasionalisme
adalah Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Allahyarham Ahmad Boestaman, Ustaz
A b u Bakar dan Ustaz Abdul Hacli bin Haji Salleh. Guru-guru Sekolah Arab Subbaniah
sendiri sering mendorongkan semangat menentang penjajahan British dan melaungkan
kebebasan untuk orang Melayu. Semangat politik yang membara mendorong M d . Kassim
bertindak menyertai politik dalam usia yang muda. Beliau menjadi ahli U M N O Cawangan
Batu Kurau dalam U M N O Bahagian Larut Matang.
Cawangan Batu Kurau pada ketika itu diketuai oleh Allahyarham Dato' Seri Haji
Kamaruddin bin Mohd. Isa. Md. Kassim telah dilantik sebagai Setiausaha U M N O Cawangan
Batu Kurau daripada tahun 1952 hingga tahun 1954. Keaktifannya dalam aktiviti masya-
rakat serta kedudukannya sebagai guru yang disegani mendorong ahli U M N O memilihnya
sebagai Ahli Jawatankuasa U M N O Bahagian Larut Matang pada tahun 1955. Pada tahun
yang sama M d . Kassim telah berpindah dari U M N O Cawangan Batu Kurau ke U M N O
Cawangan Kampung Perak.
Pada tahun 1960 U M N O Bahagian Larut Matang telah dipecahkan kepada dua ba-
hagian iaitu Bahagian Larut Utara dan Bahagian Selama. Md. Kassim terus bergerak di Ca-
wangan Kampung Perak dalam Bahagian Larut Utara. Beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda
Bahagian Larut Utara dari tahun 1964 hingga tahun 1968. Perpecahan bahagian ini tidak
digemari oleh Majlis Terdnggi yang telah berulang kali menyarankan agar ianya dican-
tumkan kembali. Ini kerana bahagian-bahagian tersebut terlalu kecil untuk ditadbir secara
berasingan. M d . Kassim adalah antara wakil bahagian yang mempertahankan ianya patut
terus berasingan. Namun begitu, akhirnya pada tahun 1968, kedua bahagian dicantum di
bawah U M N O Bahagian Larut. Pada tahun yang sama sehingga tahun 1974, M d . Kassim
menjadi Ketua Pemuda Bahagian baru ini.
Pada tahun 1974, U M N O Bahagian Larut sekali lagi menghadapi perubahan akibat
pecahan kawasan pilihanraya. U M N O Bahagian Larut dipecahkan kepada dua bahagian ia-
itu U M N O Bahagian Larut dan U M N O Bahagian Taiping. Md. Kassim terpaksa berpindah
ke U M N O Bahagian Taiping kerana U M N O Cawangan Kampung Perak masuk ke dalam
U M N O Bahagian Taiping. Kemaraannya dalam politik terus mendapat sambutan dan beli-
au dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian, jawatan yang disandang sehingga tahun 1984.
Pada tahun 1984 Md. Kassim sekali lagi berpindah ke Bahagian Larut. Beliau terpilih
menjadi Ahli Jawatankuasa U M N O Bahagian Larut. Bintangnya terus bersinar apabila ter-
pilih menjadi calon BN dalam Pilihanraya Umuml986 bagi Dewan Undangan Negeri Ka-
wasan Selama. Beliau mengalahkan Encik Ismail bin Mohamad, seorang anak tempatan
yang bertanding di atas tiket PAS. Selepas memenangi kerusi tersebut Md. Kassim telah di-
pilih mengetuai U M N O Bahagian Larut mengalahkan Dato' Seri Haji Kamaruddin Mohd.
Isa, Ketua Bahagian Larut ketika itu.

Berkat daya usahanya, Md. Kassim telah berjaya memimpin rakyat yang diwakilinya
melalui musyawarah. Beliau bangga kerana dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

113
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Tuan Haji Md. Kassim menyampaikan hadiah sempena Hari Terbuka PPK
di BatuKurau (1992)

Bersalam semasa rumah terbuka beliau


YB TUAN HAJI M D . KASSIM BIN MAHMUD

Pada Pilihanraya Umum 1990, Md. Kassim telah sekali lagi diamanahkan untuk bertanding
sebagai calon B N . Kali ini kawasan Selama menghadapi pertandingan dga penjuru. Md.
Kassim ditentang oleh Encik Ahmad bin Yusoh dari PAS dan Encik Mohamad Rodzi bin
Awang Kechik calon BEBAS. M d . Kassim telah menang dengan majorid 6296 undi.
Sekolah Melayu Kampung Perak banyak membawa kenangan manis kerana di sinilah
M d . Kassim pertama kali terpandang Sawifah bind Yahya dan dengan pandangan im bibit
cinta mula bertapak. Mengimbas kembali, Md. Kassim menceritakan bahawa beliau terpikat
dengan Sawifah yang belajar di sekolah tersebut, dan pada kedka itu sedang dididik oleh
rakannya Kamaruddin bin M d . Isa. Rupa-rupanya gadis idaman im adalah anak kepada dua
guru di sekolah yang sama. Pada ketika itu, cikgu Yahya adalah guru biasa, sementara ibu
Sawifah pula adalah guru besar di sekolah tersebut. Walaupun pada peringkat awal Sawifah
ddak menyedari perasaan yang tersembunyi di had guru muda yang baru mengajar itu,
tetapi kerana saban hari mata berpandangan akhirnya cinta M d . Kassim berbalas. Sawifah
mengakhiri persekolahannya setakat darjah lima. Akhirnya setelah kedua belah pihak
merestui, dan bertukar hantaran, mereka menjadi raja sehari pada 24 April 1954.
Perkahwinan mereka telah dikurniakan dga orang anak perempuan dan 3 orang anak
lelaki. Mohd. Faudzi 36 tahun seorang perniagaan, Fauziah 35 tahun seorang suri rumah,
Ahmad Tarmizi 34 tahun seorang Pegawai Kastam, Ahmad Nadzri 31 tahun seorang ahli
perniagaan, Winziah 30 tahun seorang suri rumah, dan Mazwin 21 tahun juga seorang suri
rumah. Kini mereka mempunyai lima belas orang cucu.
M d . Kassim berhasrat melihat penduduk kawasan beliau menikmati kehidupan yang
lebih sempurna. Beliau mahu penduduk yang kebanyakannya bergantung kepada sektof
pertanian iaitu penoreh getah dan pekebun kecil, memperbaiki kehidupan mereka dengan
mengamalkan kaedah pertanian moden. Selama bukanlah tempatnya sendiri, lalu beliau
dan keluarga berpindah untuk memudahkan rakyat berhubung dengannya. M d . Kassim
berusaha untuk memajukan dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk di kawasan terse-
but, kawasan yang terpisah kerana jauh di pedalaman. Beliau bangga kerana semasa di
penggal pertama menjadi wakil rakyat lagi beliau telah dapat menyelesaikan banyak mas-
alah infrastruktur seperd mendapatkan bekalan air dan api serta membina jalan kampung.
Selain dari memperjuangkan nasib rakyat, M d . Kassim juga merupakan anggota ma-
syarakat yang aktif. Beliau pernah menjadi Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Larut Ma-
tang dalam tahun lapan puluhan, Presiden Kehormat PPK Kawasan Selama dari tahun 1989
hingga sekarang, Pengerusi Koperasi Serbaguna U l u Selama dari tahun 1989 hingga seka-
rang, dan pelbagai lagi jawatan-jawatan penting dalam masyarakat.
Atas segala khidmat baktinya kepada masyarakat dan negeri YB Md. Kassim telah di-
kurnikan PPT, A M N , AMP, PMP, dan anugerah JP.

115
Keluarga YB Encik Ahmad Sharifuddin bin A. Aziz
Sharliasalwa, YB Encik Ahmad Shariffudin bin A. Aziz bersama isterinya
Puan Norlia binti Ishak, Ahmad Shafiq, dan Sharliashida, Sharliza, Sharlianita,
Sharliawati, Shariiawani,
YB ENCIK AHMAD SHARIFFUDIN BIN A. AZIZ
ADUN KUALA KURAU

B Encik A h m a d Shariffudin bin A. Aziz dilahirkan pada 8 Januari 1952 di


Kampung Lalang, Padang Rengas, Perak semasa ibu bapanya bertugas di
Sekolah Rendah Kampung Lalang sebagai pendidik. Anak kedua daripada lima
adik-beradik ini telah mendapat didikan yang sempurna daripada bapanya Encik A. Aziz
bin Suleiman, dan ibunya Puan Shariffah binti M o h d . Nor. Ahmad Shariffudin mendapat
didikan awal di Sekolah Kebangsaan Assam Kumbang, Taiping, Sekolah Kebangsaan
Selinsing, Simpang Empat Semanggol, dan Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Ijok. Beliau
seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Selama selama enam
bulan. Kemudian beliau bertukar ke Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping
sehingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia.
Kekerapan bertukar sekolah disebabkan tugas ibu bapanya tidak sekalipun menjejas
pelajarannya. Berlatarbelakangkan ibu bapa pendidik, maka tidak hairanlah apabila beliau
juga memilih untuk menceburi bidang perguruan. Beliau menjalani latihan perguruan di
Maktab Perguruan Pulau Pinang dan setelah lulus terus mengajar di Sekolah Teluk Pial,
Kuala Kurau, diikuti dengan Sekolah Kebangsaan Tanjong Piandang di mana bapanya juga
pernah mengajar.
Maktab Perguruan Pulau Pinang membawa banyak kenangan manis bagi beliau,
kerana di situlah beliau bersua muka dengan seorang guru pelatih rupawan berasal dari
Kedah, iaitu Cik Norlia binti Ishak. Ikan di laut, asam di darat, di dalam belanga bertemu
jua. Begitulah nampaknya kedua insan ini. Bukan sahaja menuntut di maktab yang sama
bahkan turut belajar di kelas dan tahun yang sama. Mereka bagaikan seiring dan sehaluan,
kerana di maktab keduanya bergerak dalam kegiatan yang sama. Keriangan gadis tersebut
telah mewujudkan jalinan mesra antara mereka. Kemesraan ini mendorong Ahmad
Shariffudin untuk menjadikannya teman hidup.
Apabila masing-masing telah meraih sijil perguruan dan setelah direstui oleh kedua
keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada 12 Julai 1973. Setelah setahun bertunang
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Penganugerahan darjah AMP oleh


DYMM Sultan Perak

Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Parit Buntar (1993)

118
YB ENCIK A H M A D SHARIFFUDIN BIN A. AZIZ

YB Encik Ahmad Shariffudin bersama rakyat

dan dengan persetujuan kedua belah pihak mereka diijabkabulkan pada 13Julai 1974 di
Kedah, dalam suasana yang meriah.
Pasangan yang bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata, enam perem-
puan dan seorang lelaki. Anak sulung mereka Sharliza 18 tahun, Sharlianita 17 tahun,
Sharliawati 14 tahun, Sharliawani 13 tahun, Sharliashida 10 tahun, Sharliasalwa 7 tahun,
dan anak bongsu mereka Ahmad Syafiq baru berumur lapan bulan.
Penglibatan Ahmad Shariffudin dalam arena politik bermula dalam Pergerakan
Pemuda U M N O Cawangan Parit Lebai Akir, Bagan Tiang pada tahun 1979. Beliau adalah
pemimpin Belia tempatan pada ketika itu. Bakat kepimpinan beliau terus berkembang di
mana beliau dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda U M N O Cawangan Parit Lebai Akir
pada tahun 1980. Kemudian beliau dipilih sebagai Naib Ketua U M N O Cawangan yang
sama. Semangat serta kesungguhannya terbukti apabila beliau dipilih menjadi salah
seorang Jawatankuasa Penaja U M N O Bahagian serta Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan
dan Biro Penerangan U M N O Bahagian Parit Buntar semasa Bahagian Parit Buntar dilanda
masalah dan digantung. Kekalahan beliau semasa bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda
U M N O Bahagian dengan satu undi pada tahun 1984 tidak sedikit pun mematahkan
semangat anak muda ini. Baginya apa sekalipun kedudukan di dalam parti, perjuangannya
tetap sama. Pada tahun yang sama beliau dilantik sebagai Setiausaha U M N O Bahagian Parit
Buntar. Beliau menerimanya dengan penuh tanggungjawab, dan semangatnya untuk
berjuang membela masyarakat tetap tidak luntur. Beliau diberi kepercayaan oleh pimpinan
Bahagian untuk bersama-sama memulihkan pentadbiran U M N O Bahagian.
Pada tahun 1985 sekali lagi beliau bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda U M N O
Bahagian dan beliau menang dengan majoriti yang baik. Pada tahun 1987 beliau dipilih
menjadi Naib Ketua U M N O Bahagian Parit Buntar hingga sekarang. Tuah manusia tiada
siapa yang tahu, di atas khidmat bakti kepada masyarakat dan badan sukarela yang begitu
aktif beliau telah dikurniakan, A M N pada tahun tersebut. Beliau juga telah dipilih
menyertai pertukaran belia Malaysia - Jepun di bawah program 21st Century Friendship
(JIGA) selama sebulan.
Pada tahun 1986 dengan kehendak Allah S.W.T. beliau terpilih pula menjadi calon
BN untuk Dewan Undangan Negeri Perak Kawasan Kuala Kurau. Walaupun beliau menang

119
SUARA D A N AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Lawatan ke projek ikan dalam sangkar temak air negeri Perak (Oktober 1987)

Lawatan ke Indonesia anjuran pertanian negeri Perak Di hadapan Taj Mahal bersama isteri semasa
(Disember 1990) lawatan PAC negeri Perak ke India (1992)

120
YB ENCIK A H M A D SHARIFFUDIN BIN A. AZIZ

YB Encik Ahmad Shariffudin di Hari Sukan Keluarga ADUN di kediaman MB

dengan majoriti 360 undi dalam pilihanraya tersebut, pengundi di situ mendapat layanan
sama rata. Dalam Pilihanraya Umum 1990, beliau telah dicalonkan semula bertanding di
tempat yang sama dan berjaya mengalahkan Ustaz Hashim bin Haji Walad dari PAS dan
Clement de Brite dari DAP dengan majorid 1417 undi.
Ahmad Shariffudin sangat prihatin dalam hal-hal yang menyentuh status sosial
golongan masyarakat di kawasannya. Beliau ingin melihat taraf kemudahan asas, ekonomi,
pendidikan, dan kebajikan masyarakat yang terdiri daripada golongan petani dan nelayan
ditingkatkan. Sebagai wakil rakyat di kawasan luar bandar, beliau mempunyai ciri-ciri
kepimpinan yang tersendiri dalam menangani masalah sosioekonomi. Jumlah pemilih
seramai 19,409 orang, yang terdiri daripada pelbagai kaum, serta struktur pekerjaan yang
pelbagai, serta pembangunan dan kemudahan asas yang jauh ketinggalan, menyebabkan
beliau banyak menghadapi cabaran di kawasannya. Namun sebagai seorang yang biasa
bergaul serta mengetahui sedap kerenah rakyat dan memahami keperluan yang perlukan
perhadan serius, segala-galanya dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
Di atas sokongan dan kerjasama daripada semua pihak beliau telah dapat membawa
pembangunan di kawasannya dengan begitu pesat. Jasa dan bakti beliau tidak dilupakan.
Ahmad Shariffudin telah dikurniakan darjah A M P (1988). Hasrat beliau untuk terus ber-
khidmat untuk meningkatkan pembangunan dari segala aspek akan diteruskan demi masa
hadapan dan kesejahteraan rakyat di kawasannya. Kesungguhan serta kegigihan beliau itu
tidak harus dipandang ringan. Semoga tercapailah hendaknya hasrat dan cita-cita beliau
yang selaras dengan WAWASAN 2020.
Selain daripada tugas sebagai wakil rakyat, beliau juga telah dilantik oleh pihak
pentadbiran negeri sebagai A h l i Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri Perak, Ahli
Jawatankuasa Hal-Ehwal Pertanian Negeri Perak, Ahli Jawatankuasa Ternaksir Negeri Perak
dan A h l i Jawatankuasa Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Perak. Beliau
juga aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan badan sukarela peringkat daerah dan negeri,

121
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Lawatan bersama JKR Perak ke Thailand (1990)

YB Encik Ahmad Shariffudin menyertai larian obor (1989)

122
YB ENCIK A H M A D SHARIFFUDIN BIN A. AZIZ

Melawat rumah terbakar di Tanjung Piandang (1989)

di mana beliau sekarang ini adalah seorang Ahli Jawatankuasa Belia 4B(M) Negeri Perak,
Ahli Jawatankuasa Persatuan Bola sepak Perak, Naib Pengerusi 1 Belia 4B(M) Kawasan Parit
Buntar, Yang DiPertua Majlis Bola sepak Daerah Kerian, Pengerusi Pemulihan Dadah
Daerah Kerian, Naib Pengerusi Majlis Kebudayaan Daerah Kerian, AJK Pemadan Daerah
Kerian, AJK Perkim Daerah Kerian, dan AJK Majlis Pengakap Daerah Kerian.

123
YB Tuan Haji Zulkifli bin Hussein dan isterinya Puan Safiah binti Ismaii
berserta anak-anak mereka S h a i f u l Nizam. Tina Haslinda,
dan Shamsul Iskandar
YB TUAN HAJI Z U L H F U BIN HUSSEIN
A D U N KAMUNTING

B Tuan Haji Zulkifli bin Hussein dilahirkan di Seri Menanti, Negeri Sembilan
pada 18 Mei 1942. Kelahiran anak sulung ini disambut dengan penuh
kegembiraan oleh pasangan suami isteri Major Hussein bin Abdul Hadi dan
Puan Mariah binti Abdul Hamid. Zulkifli yang diasuh dengan penuh kasih sayang, boleh
dianggap tergolong dalam kumpulan anak yang bertuah. Ini kerana bapanya seorang
pegawai tentera berpangkat Major pada zaman penjajahan British. Pendedahan dan
pergaulan keluarganya mencorakkan didikan yang diterimanya. Justeru asuhan da'n
didikan daripada ibu yang menggalakkan, dan ayah yang prihatin, maka Zulkifli dan
adiknyajamilus (sekarang Dato'Jamilus seorang pengarah kanan di Kementerian Kerja
Raya) dapat menimba ilmu pengetahuan dengan sempurna.
Walaupun Zulkifli sering bertukar sekolah kerana tugas ayahnya, namun ini tidak
menjejaskan pelajarannya. Zulkifli mengakhiri zaman persekolahan peringkat rendah di
Sekolah Sultan Yusof, Taiping dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah
King Edward VII, Taiping.
Kata pepatah Melayu, "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian". Berpegang
kepada petua ini, Zulkifli bukan sahaja dapat bertahan dalam politik tetapi mara kehadap-
an sehingga ke hari ini. Perwatakannya yang disenangi oleh semua yang bergaul dengannya
merupakan asetyang pendng. Zulkifli mencatatkan sejarah apabila menjadi orang pertama
menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Kamunting lebih daripada satu
penggal.
Penglibatan beliau dalam politik bermula pada tahun 1972, apabila beliau dan
keluarganya kembali bermastaudn di Kampung Pinang, Kamunting. Zulkifli sentiasa meng-
hayad perkembangan semasa dan peijuangan U M N O . Anak kelahiran Negeri Sembilan ini
mula memegangjawatan Ketua Pemuda U M N O Cawangan Kampung Pinang dari tahun
1978 hingga 1979. Pada tahun berikutnya beliau dipilih menjadi Ketua Cawangan, jawatan
yang disandangnya sehingga sekarang.

125
SUARA DAN AMANAH SKI-TSA PI-MIMPIN PI-KAK

Upacara mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (1990)

YB Tuan Haji Zulkifli selepas memenangi Pilihanraya Umum 1990

126

I
YB TUAN HAJI ZULKIFLI BIN HUSSEIN

YB Tuan Haji Zulkifli semasa menyambut Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad
ke UMNO Bahagian Taiping (1986)

Zulkifli melangkah setapak demi setapak dan pernah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa
Pemuda U M N O Bahagian, A h l i Jawatankuasa Bahagian, Naib Ketua Bahagian, dan
Timbalan Ketua Bahagian. Bintangnya bertambah cerah apabila terpilih menjadi Ketua
U M N O Bahagian Taiping sewaktu U M N O dalam proses pemulihan pada tahun 1988.
Beliau menggantikan Ketua Bahagian Dato' Haji Khalid Nasir, yang telah berpaling tadah.
Setelah sekian lama aktif dalam U M N O , nama beliau disebut-sebut sebagai calon BN
bagi Dewan Undangan Negeri Kawasan Kamunting pada tahun 1986. Apabila ianya men-
jadi kenyataan, Zulkifli telah melepaskan jawatannya sebagai guru, kerjayayang diceburinya
sejak tahun 1965. Peluang yang diberi tidak disia-siakan. Zulkifli bekerja keras untuk
memperbaiki dan memperjuangkan nasib pengundinya. Pada Pilihanraya Umuml990,
beliau sekali lagi diberi kepercayaan bertanding di tempat yang sama, dan berjaya me-
ngalahkan Dato' Haji Khalid Nasir, calon Semangat 46, dengan majoriti 7083 undi.
Zulkifli bernasib baik kerana mempunyai seorang isteri yang turut membantu karier
politiknya. Puan Safiah binti Ismail, juga seorang pendidik, adalah anggota Wanita U M N O
yang aktif. Beliau bergerak cergas sejak tahun 1972 dengan menjawat Ahli Jawatankuasa
Cawangan, kemudian ke Wanita Bahagian hinggalah menjadi Naib Ketua Wanita U M N O
Bahagian Taiping. Safiah telah memangku jawatan Ketua Wanita U M N O Bahagian ekoran
kematian Allahyarham Dato' Hajah Taksiah binti Dato' Tak pada awal tahun 1993. Minat
dan penghayatan yang seiring memudahkan Zulkifli menjalankan tugasnya sebagai wakil
rakyat dan Ketua U M N O Bahagian.
Jodoh di tangan Tuhan, sekalipun pasangan ini tidak pernah bersua muka, mereka
ditakdir berkongsi hidup. Safiah dan Zulkifli adalah sahabat pena. Pada ketika itu, Safiah
merupakan guru pelatih di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka, manakala
Zulkifli pula seorang gum pelatih mengajar di Bagan Serai. Persahabatan mereka menjadi
lebih erat apabila Zulkifli mengajar di Sekolah Menengah Pengkalan Baru, Bruas, dan
Safiah pula di Sekolah Kebangsaan Kupang, Baling. Setelah berkahwin pada 4 November
1966 mereka bertukar ke Taiping.
Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tiga orang cahaya mata. Shaiful
Nizam yang dilahirkan pada 28 Ogos 1967 telah lulus dengan Sarjana Muda Pendidikan

127
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Tuan Haji Zulkifli sedang berucap mewakili Jawatankuasa


Kira-Kira Wang Negeri Perak semasa lawatan ke India (1992)

YB Tuan Haji Zulkifli gembira menyorak permainan badminton BAIDURI bersama rakan-rakan

128
YB TUAN HAJI ZULKIFLI BIN HUSSEIN

YB Tuan Haji Zulkifli menghadiri hari sukan salah sebuah sekolah di kawasan beliau (1988)

dari University of Southampton, Regis, United Kingdom, sementara anak gadis tunggal
mereka Tina Haslinda berusia 22 tahun adalah penuntut tahun akhir ITM Perlis dalam
bidang perniagaan. Anak mereka yang bongsu, Shamsul Iskandar 20 tahun, berada di
tahun dua Matrikulasi Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Kejayaan
anak-anak mereka yang amat membanggakan adalah hasil daripada keprihatinan kedua-
dua ibu bapa terhadap nilai ilmu pengetahuan.
Pada waktu lapang, Zulkifli rajin membaca dan bermain tenis serta badminton. Beliau
juga adalah salah seorang pemain golf yang tidak asing di bandar Taiping.
Atas jasa dan khidmat baktinya, Zulkifli telah dikurniakan PJK (1985), A M P (1987),
PMP (1989), danJP (1993).

129
YB Tuan Haji Megat Tajuddin bin Megat Ahmad bersama
Puan Halijah binti Hussein dan anak-anak mereka


YB TUAN HAJI MEGAT TAJUDDIN BIN MEGAT AHMAD
A D U N BUKIT C H A N D A N

B Tuan Haji Megat Tajuddin bin Megat Ahmad dilahirkan pada 7 Disember
1942 di Jawang Karai, Perak. Megat adalah anak bongsu daripada sembilan adik-
beradik, enam lelaki dan tiga perempuan. Apabila ayahnya Megat Ahmad bin
Megat Aris meninggal dunia, kedka Megat baru berusia dga tahun, kehidupan keluarganya
terpaksa berubah. Dengan had yang berat tetapi cekal, ibunya Puan Bahayah binti Abdul
Hamid menghantar Megat bersama dua lagi anak perempuannya untuk tinggal dengan
kakak di Kota Lama Kiri. Megat mendapat didikan dan asuhan yang sempurna daripada
kakak-kakak beliau dan juga ibu yang sekali-sekala datang untuk bermesra dengannya.
Keadaan hidup sedemikian memupuk kematangan dan menjadi latihan untuk beliau
menjadi lebih bertanggungjawab dan berdikari. Malahan pengalaman masa kecilnya ini
merupakan unsur yang positif dalam pembentukan peribadi Megat.
Megat memulakan zaman persekolahan di Sekolah Rendah Jawang dan meneruskan
pendidikan menengah di Sekolah Clifford. Beliau telah menempuh pelbagai cabaran dan
dugaan akibat keperitan hidupnya. Setelah lulus dngkatan lima, beliau bekerja sebagai guru
sementara dan berpeluang membantu ibunya. Pada tahun 1965, Megat memulakan
perkhidmatan dengan kerajaan sebagai Penyelenggara Setor untuk 22 Engineers Kluang.
Beliau bersyukur apabila kembali ke Perak pada tahun 1966 dan bertugas di Jabatan
Pertanian; penempatan pertamanya di Kuala Kangsar dan akhirnya berpindah ke Titi
Serong, Parit. Namun demikian jiwanya ingin berdikari, lalu beliau meletakkan jawatan
untuk memulakan perniagaan sendiri pada tahun 1980. Pada ketika inilah Megat
menghadapi cabaran yang amat sangat apabila usaha menjalankan pembalakan sendiri
menemui kegagalan. Beliau mencuba pula menanam ubi kayu di sebidang tanah 300 ekar
di Perlop dan sekali lagi menemui kegagalan yang mengakibatkan kerugian besar. Pahit
gedr hidup dapat diringankan kerana isterinya bertugas sebagai jururawat dan sifat isterinya
yang sabar dan memahami kesulitan suaminya, menjadi penawar baginya.
Anak kelahiran Kampung Jawang ini mula berjinak-jinak dengan U M N O pada awal

131

1
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Tuan Haji Megat Tajuddin bersama rakan-rakan wakil rakyat

YB Tuan Haji Megat Tajuddin mengiringi Tan Sri Ramli melawat chalet di Kuala Kangsar

132


YB TUAN HAJI MEGAT TAJUDDIN BIN MEGAT AHMAD

YB Tuan Haji Megat Tajuddin di samping Tan Sri Ramli


di Cawangan MCA kawasan beliau (1990)

tahun enam puluhan apabila beliau sering mengikut abangnya dalam kegiatan polidk pada
zaman Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi. Abang beliau adalah Ketua U M N O Cawangan
Jawang pada ketika itu. Pendedahan yang meluas mendorong beliau menyertai U M N O
pada tahun 1962. Dengan kebolehannya yang ketara beliau telah diberi kepercayaan
menjadi Ketua Pemuda U M N O Cawangan Kampung Jawang pada tahun 1965. Pada tahun
1982 hingga 1984, beliau bertanding untuk jawatan A h l i Jawatankuasa Pemuda U M N O
Bahagian Sungai Siput. Megat bertukar tempat tinggal pada tahun 1985, dan justeru itu
menjadi ahli U M N O di Bukit Kerajaan, Kuala Kangsar. Di atas sokongan ahli-ahli, beliau
terus menjadi Ketua Cawangan U M N O Bukit Kerajaan. Perwatakannya disenangi
masyarakat dan daya kepimpinannya ternyata. Angin perubahan juga telah mula bertiup di
Bahagian Kuala Kangsar yang sekian lama dipimpin oleh Dato' Shafie Mat Saman. Di atas
desakan kawan-kawan dan semangat mahu membawa perubahan, beliau bertanding
jawatan Ketua Bahagian pada tahun 1985. Berkat kegigihan dan sokongan padu daripada
ahli-ahli, Megat telah menang dan beliau menyandang jawatan im sehingga sekarang.
Memandangkan kegiatan beliau yang aktif serta kewibawaannya, Megat telah diberi
kepercayaan mewakili BN dalam Pilihanraya Umum 1986. Pada tahun 1990, beliau lagi
sekali bertanding untuk kerusi Bukit Chandan dan berjaya mengalahkan Encik Mohd.
Noor bin Othman dari Semangat 46 dengan majoriti 2695.
Tugasnya belum selesai. Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pertanian, dan
mewakili kawasan di mana ramai penduduk terdiri daripada petani, beliau mahu
menentukan agar taraf ekonomi rakyat yang diwakilinya dipertingkatkan. Beberapa usaha
telah dijalankan ke arah matlamat tersebut. Beliau yakin bahawa dengan kerjasama semua
pihak ianya akan tercapai.
Mengimbas pertemuan Megat dan Halijah binti Hussein, semuanya bermula melalui
kawan seasrama Halijah yang menemukan mereka. Halijah gadis lepasan Lower Certificate
Educadon sedang menjalani latihan jururawat di Hospital Daerah Taiping. Perwatakan
Halijah yang lemah-lembut telah menarik perhadan Megat. Pertemuan pertama disusuli
pula dengan beberapa pertemuan yang membuahkan kemesraan. Akhirnya mereka
bertunang dua bulan selepas berkenalan. Keluarga kedua belah pihak sungguh gembira

133
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Tuan Haji Megat Tajuddin sentiasa memberi perhatian kepada rakyat yang diwakilinya

YB Tuan Haji Megat Tajuddin bersama Exco Perak di Hari Keluarga ADUN di kediaman Tan Sri Ramli

134
YB TUAN HAJI MEGAT TAJUDDIN BIN MEGAT AHMAD

untuk menerima menantu, dan pada 1 September 1968, mereka mendirikan rumah tangga
di Kampung Sitiawan. Belum pun sempat menikmati kehidupan berkeluarga, mereka
terpaksa berpisah kerana masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab. Halijah
bekerja di Gerik, dan hanya pada saat hampir melahirkan anak sulung mereka, Megat
Muzaffar baru mendapat pertukaran ke Kuala Kangsar. Kehadiran anak sulung mereka ini
sungguh membawa makna.
Pasangan suami isteri ini dikurniakan lima orang cahaya mata, tiga lelaki dan dua
perempuan. Megat Muzaffar berusia 24 tahun sedang menuntut di University of Notre
Dame Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan Kimia, sementara Megat Zubairy, 22
tahun menjalani kursus Perakaunan di Institut Teknologi MARA, manakala Megat Zuhairy
20 tahun sedang menuntut di Universiti John Hopkins Amerika Syarikat dalam bidang
Kejuruteraan Komputer. Kejayaan kedga-tiga anak lelaki ini amat membanggakan mereka,
dan buat waktu ini sedang menumpukan perhatian kepada dua anak gadis mereka iaitu
Puteri Maizura yang berada di tingkatan lima Sekolah Raja Perempuan Kclsom dan Puteri
Maizatolakma yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Dr. Burhanuddin. Terus-
terang Megat menyatakan bahawa kejayaan anak mereka adalah di atas perhatian serius
yang diberikan oleh isterinya.
Megat bertuah kerana Halijah sendiri melibatkan diri dengan masyarakat. Dalam
kesibukkannya bekerja sehingga tahun 1984, beliau sentiasa memberi galakan dan do-
rongan kepada suaminya.
Halijah juga adalah ahli jawatankuasa cawangan dan bergiat aktif dalam BAIDURI
sejak Megat menjadi wakil rakyat pada tahun 1986.
Atas jasa melibatkan diri dalam politik, YB Tuan Haji Megat Tajuddin telah di-
kurniakan PJK, AMP, dan JP.

135
Keluarga YB Tuan Haji Mohamad Ali bin Abdullah
YB Tuan Haji Mohamad Ali, Norliana Dalila, Puan Hajah Latifah binti Hashim,
Razali, Fadhilah, dan Mohd Altifazal
YB TUAN HAJI MOHAMAD AU BIN ABDULLAH
A D U N BATU HAMPAR

aji Mohamad A l i bin Abdullah, anak ketiga daripada lima orang adik-beradik
telah dilahirkan pada 29 April 1942, di Sitiawan, Perak. Kelahirannya disambut
penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. oleh kedua ibu bapanya, Encik
Abdullah bin Musa dan Puan Zainab binti Shafie. Ketika itu bapanya bekerja sebagai
pengawas hutan manakala ibunya sebagai suri rumah.
Beliau mula bersekolah di Sekolah Umum Kroh, Hulu Perak pada tahun 1949. Se-
masa darurat, beberapa kali keluarga beliau terpaksa lari dan menyorok pada waktu malam
oleh kerana kampung dimasuki pengganas komunis. Salakan anjing pada waktu malam
menandakan pengganas masuk mencari makanan dan akhirnya diikuti dengan tembak
menembak. Pada keesokan harinya selepas belajar Quran, di sekolah pada waktu petang,
beliau dan rakan sebayanya selalu meninjau-ninjau ke balai polis untuk melihat mangsa
tembakan.
Pada tahun 1953 beliau memasuki Special Malay Class 1 di Government English School,
Baling, Kedah dan merupakan salah seorang daripada pelajar pertama memasuki sekolah
tersebut. Rakannya termasuklah YBM Dato' Raja Ariffin bin Raja Sulaiman. Satu peristiwa
bersejarah berlaku dua tahun kemudian di sekolah ini. Pada tahun 1955, Perdana Menteri
Malaysia yang pertama, Y T M Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, telah mengadakan
pertemuan dengan Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.
Pada tahun 1954 apabila bapanya ditukarkan bertugas ke Sauk, Kuala Kangsar, beliau
ditempatkan di asrama untuk belajar di Sekolah Clifford, Kuala Kangsar. Beliau telah
dipilih menjadi kapten asrama dan pengawas sekolah. Di samping bergiat dalam persatuan,
beliau juga aktif dalam pasukan beruniform. Dalam kadet beliau berpangkat sarjan dan
lulus sijil bahagian satu dan dua dari Rejimen ke-7, Askar Melayu Di Raja, Taiping. Dalam
bidang sukan pula beliau mewakili sekolah dalam permainan ragbi dan menjadi ketua
pasukan badminton pada tahun 1961.
Setelah lulus peperiksaan Senior Cambridge beliau menjadi guru sementara di

137
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Tuan Haji Mohamad Ali mencuba jentera pertanian yang


dibekalkaH kerajaan kepada petani

YB Tuan Haji Mohamad Ali bergambar bersama penduduk kawasan beliau

138
YB TUAN HAJI MOHAMAD ALI BIN ABDULLAH

YB Tuan Haji Mohamad Ali menyertai pertandingan tank tali


di Hari Keluarga ADUN bertempat di kediaman Tan Sri Ramli

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pantai Remis sebelum ditawarkan masuk latihan guru DTC
Taiping di mana beliau mendapat latihan perguruan selama dua tahun. Semasa dalam
latihan beliau telah dipilih menjadi Setiausaha Majlis Pelajar.
Cikgu A l i gemar bersukan. Waktu lapangnya dipenuhi dengan kegiatan sukan
terutama badminton. Permainan ini telah membawa beliau ke merata tempat mewakili
Pertubuhan Belia, Majlis Sukan Guru dan MKSAK daerah dan negeri. Bahkan penglibatan
dalam U M N O juga bermula melalui sukan, bilamana beliau ditawarkan bermain bagi
pasukan Pergerakan Pemuda U M N O Bahagian Kuala Kangsar. Ketika ini juga beliau
menjadi Sedausaha Kesatuan Guru Lepasan Maktab dan bergerak aktif dengan gabungan
Persatuan Belia dan Perkumpulan Perempuan di dalam melancarkan beberapa program
pungutan derma di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga pernah terfikir untuk
memperbaiki taraf akademiknya dengan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ma-
laysia. Kelulusan dicapai cukup untuk mengikuti pengajian luar kampus, tetapi malangnya
faktor umur menghalang beliau untuk mendapat separuh gaji.
Kesedaran politiknya mula dmbul dan minatnya terus berkembang melalui pergaulan
dan dorongan tokoh-tokoh U M N O tempatan. Walaupun sibuk dengan urusan Kesatuan
Guru Lepasan Maktab, beliau sempat juga memegang jawatan Setiausaha Pergerakan
Pemuda U M N O Cawangan Bandar dan seterusnya menjadi Ketua Pemuda Cawangan Seri
Mercu. Seterusnya beliau telah dilantik sebagai Bendahari Pergerakan Pemuda U M N O
Bahagian Kuala Kangsar.
Pada tahun 1980. beliau menubuhkan cawangan baru di Taman Jasa, Kuala Kangsar
dan menjadi Ketua Cawangan tersebut. Pada tahun 1985 beliau telah dilantik menjadi
Setiausaha U M N O Bahagian Kuala Kangsar dan kini memegang jawatan Timbalan Ketua
U M N O Bahagian tersebut sejak tahun 1987.
Soal perkahwinan tidak pernah timbul dalam sanubarinya. Di atas nasihat ibu angkat-
nya beliau telah ditunangkan atas pilihan orang tuanya dengan Cik Latifah binti Hashim,
seorang gadis dari Pengkalan Bharu. Dengan senyuman lebar Latifah menceritakan bahawa
beliau pertama kali melihat wajah Cikgu Ali pada hari pertunangan mereka.

139
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Tuan Haji Mohamad Ali berserta pemimpin lain menghadiri


jamuan Makan Malam BAKA (1990)

YB Tuan Haji Mohamad Ali menikmati jamuan bersam,


orang-orang kampung selepas acara gotong royong

140
YB TUAN HAJI MOHAMAD ALI BIN ABDULLAH

Cikgu A l i mengakhiri zaman terunanya apabila diijabkabulkan dengan Latifah pada


16 Mei 1970 dengan penuh isdadat Melayu. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata,
dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Mohd. Altifaizal yang dilahirkan pada 21 Mei
1971 adalah penuntut tahun satu di Universiti Pertanian Malaysia, manakala Fadhilah yang
dilahirkan pada 22 November 1975 sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia
dari Sekolah Menengah Sultan Azlan Shah, Bota. Anak ketiga mereka, Razaleigh dilahirkan
pada 11 Januari 1977 sedang belajar di dngkatan empat dan Norlina Dalila yang dilahirkan
pada 26 Disember 1981 berada dalam darjah enam. Seperti ibu bapa yang lain, pasangan
suami isteri ini ingin melihat anak-anak mereka berjaya di dunia dan akhirat.
Pada tahun 1986, beliau telah disaran untuk meletakkan jawatan sebagai guru bagi
membolehkannya bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu
Hampar. Di atas kesedaran untuk membela nasib rakyat beliau telah meninggalkan
profesion perguruan yang telah diceburinya selama dua puluh tahun. Dalam Pilihanraya
U m u m 1986 beliau telah memenangi kerusi yang ditandingnya dengan kelebihan 4107
undi dan sekali lagi pada tahun 1990 beliau diletakkan sebagai calon BN menentang orang
yang sama iaitu Encik Mohd. Nor Haron dari PAS. Beliau memenangi pilihanraya ini
dengan majoriti 4085 undi. Dalam pilihanraya itu beliau hanya menggunakan nama 'Cikgu
A l i ' dalam kertas undi.
Walaupun sibuk dengan urusan masyarakat, Cikgu A l i tidak pernah mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga. Sebagai seorang yang mempunyai latihan perguruan,
beliau tetap menitikberatkan kepentingan pelajaran anak-anak.
Sehingga kini Cikgu Ali masih bermain badminton apabila ada masa terluang. Beliau
merupakan salah seorang pemain untuk pasukan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.
Sebagai mengenang jasa-jasanya, beliau telah dikurniakan PJK (1985), A M P (1987),
dan P P N (1988).

141
*

YB Puan Hajah Zainab binti Haji Ibrahim bersama suaminya,


Allahyarham Cikgu Taib bin Haji Lajman dan anak-anak mereka
YB PUAN HAJAH ZAINAB BINTI HAJI IBRAHIM
A D U N BELANJA

B Puan Hajah Zainah binti Haji Ibrahim dilahirkan di Kampung Kepayang,


Sungai Raya, Ipoh pada 31 Disember 1939. Zainah adalah anak kelima daripada
tujuh orang adik-beradik. Ayahnya Tuan Haji Ibrahim bin Haji Md. Aji ialah
guru besar yang pernah bertugas di Tronoh selama 18 tahun, di Parit selama 5 tahun, dan
di Tanjung Tualang selama setahun. Ibunya Puan Nengah binti Kulop pula adalah seorang
guru al-Quran. Berlatar belakangkan keluarga yang dihormati, Zainah dibesarkan dalam
suasana persekitaran yang sempurna dan sesuai untuk pembentukan sifat peribadi yang
berdikari dan berkeyakinan. Kedua-dua sifat ini terbukti besar nilainya apabila beliau
dipertanggungjawabkan menjadi wakil rakyat di Belanja, Perak.
Sejak kecil lagi Zainah biasa bergaul dengan orang ramai. Rumah mereka sentiasa
menjadi tumpuan. Masyarakat kampung dan murid-murid yang belajar Quran selalu me-
ngunjungi ayah dan ibunya. Perwatakan riang dan senang didekati, berkat asuhan ibu bapa-
nya, telah diperkukuhkan oleh suaminya yang sentiasa memberi bimbingan, dorongan, dan
galakan moral.
Zainah memulakan didikan awal di Parit. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran
menengah di Sekolah Menengah Iskandar, Parit sehingga tingkatan tiga, Sebelum ke Sultan
Yusof School pada tahun 1956 dan lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1957.
Pada ketika itu, anak gadis Melayu jarang dihantar belajar ke sekolah Inggeris. Namun, ayah
Zainah yang berpandangah jauh telah memecah tradisi. Kepercayaan ibu bapa tidak
dipersiakan. Zainah, seorang pelajar yang aktif, bukan sahaja merupakan pemidato tetapi
beliau juga mewakili sekolahnya dalam olahraga, badminton dan bolajaring.
Adalah amat jelas bahawa Zainah menyayangi, menghormati, dan menyanjungi
suaminya Allahyarham Cikgu Taib bin Haji Lajman yang kembali ke Rahmatullah pada 19
Jun 1992. Beliau berkali-kali melahirkan kesyukuran mempunyai seorang suami yang bukan
sahaja memberi dorongan, tetapi sanggup mengikutinya ke mana sahaja. Sokongan yang
kukuh membolehkannya menjalankan tugas tanpa gangguan. Kini semuanya tinggal

143
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Puan Hajah Zainab menerima darjah PMP


daripada DYMM Sultan Perak

YB Puan Hajah Zainab dalam Majlis Ramah Mesra Wanita UMNO

144
YB PUAN HAJAH ZAINAB BINTI HAJI IBRAHIM

YB Puan Hajah Zainab di Malam Mawar Perak anjuran Wanita UMNO Perak (1990)

kenangan. Zainab dengan linangan air mata menyatakan bahawa pada saat-saat akhir,
sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang akhir di pangkuannya di Mekah, beliau
mengingatkan semoga Zainab jangan kahwin semula agar mereka dapat diketemukan di
syurga kelak.
Mengimbas kembali pertemuan awal mereka, Zainab berkata beliau sedang menuntut
di tingkatan tiga di Sekolah Menengah Iskandar, Parit pada ketika itu. Cikgu Taib merupa-
kan guru Bahasa Inggeris di sekolah tersebut. Namun hubungan mereka biasa sahaja tanpa
timbul apa-apa perasaan. Apabila Zainab meneruskan pelajaran ke Sultan Yusof School,
Cikgu Taib merasakan suatu kehilangan, lalu mengikuti perkembangan Zainab. Setelah
lulus peperiksaan Senior Cambridge, dan dengan restu keluarga masing-masing, hubungan
mereka termetri dengan ikatan perkahwinan pada 25 Disember 1957, dan disambut secara
besar-besaran oleh keluarga lelaki pada 1 Januari 1958.
Zainab menumpukan seluruh perhatian terhadap suami dan keluarga. Perkahwinan
mereka diserikan dengan kehadiran tiga orang anak. Anak sulung mereka, Ahmanul dila-
hirkan pada 28 September 1958, lulusan Universiti Teknologi Malaysia, bekerja sebagai ju-
rutera di Metal Box Berhad, sementara Shamsinar, 31 tahun, lulusan dngkatan lima bekerja
dengan Malaysia Airlines, telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua anak pe-
rempuan. Anak bongsu mereka, Azwa 26 tahun lulusan Insdtut Teknologi MARA, bekerja
sebagai jurutrengkas di Universiti Islam Antarabangsa. Semuanya telah berumah tangga
dan Zainab bangga kerana sekarang beliau mempunyai lima orang cucu.
Zainab telah membabitkan diri dalam politik hampir 28 tahun. Beliau menyertai
U M N O Parit pada tahun 1965 atas nasihat suaminya. Tanpa diduga, beliau telah dilantik se-
bagai setiausaha cawangan pada tahun 1967. Menurut Zainab pada ketika itu semuanya
bertolo-tob tidak mahu memegang jawatan, jauhbezanya dengan sekarang yang mana setiap
jawatan sering menjadi rebutan. Keupayaannya telah mendorong Wanita U M N O Bahagian
melantiknya sebagai Setiausaha Wanita U M N O Bahagian pada tahun 1973, jawatan yang

145
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Mewakili negeri Perak ke Persidangan ke-13 IFNGO tentang Pencegahan


Penyalahguna Dadah di Manila (1991)

YB Puan Hajah Zainab menyampaikan bantuan kepada rakyat yang daif

146
YB PUAN HAJAH ZAINAB BINTI HAJI IBRAHIM

disandangnya sehingga tahun 1986. Pada tahun 1978 beliau dilantik sebagai Penyelia
KEMAS. Pengalaman yang luas semasa berkhidmat dengan KEMAS dan Jabatan Pene-
rangan telah menjadikan beliau wakil rakyat yang mudah berurusan dan berinteraksi de-
ngan penduduk tempatan.
Beliau adalah salah seorang daripada dua wakil rakyat wanita di Perak. Kewibawaan
dan pengalamannya yang disenangi rakyat telah membolehkan beliau mengalahkan calon
PAS Haji Mohd. Nor Al Hafis pada Pilihanraya Umum 1986 dengan mudah. Pada Pilihan-
raya Umum berikutnya, pada tahun 1990, Zainab telah mengalahkan Dato' Haji Hisan bin
Ibrahim dari Semangat 46 dengan majoriti 2583 undi. Zainab menganggap pertarungan ini
sebagai yang paling hebat kerana Dato' Haji Hisan merupakan orang kuat U M N O sebelum
menyertai Semangat 46.
Zainab berhasrat melihat penduduk Dewan Undangan Negeri Kawasan Belanja me-
nikmati kehidupan yang sempurna. Beliau mahu penduduk yang kebanyakannya bergan-
tung kepada sektor pertanian mengubah sikap dan mengikuti pertanian moden. Penda-
patan petani hanya akan dapat diperdngkatkan dan taraf ekonomi diperbaiki melalui per-
tanian secara komersial. Di samping sibuk dengan masalah rakyat, Zainab sejak tahun 1966
lagi adalah wanita tunggal sebagai Pengerusi Pemadam Daerah di Perak.
Zainab mahu melihat lebih ramai wanita, terutamanya yang berpendidikan tinggi,
menyertai U M N O . Wanita perlu pembelaan dan wanita juga memerlukan tenaga untuk
memberi ceramah kepada wanita tentang hak-hak mereka di bawah undang-undang kerana
tanpa pengetahuan, wanita boleh dan mudah dipermainkan. Beliau juga menyarankan
agar wanita sentiasa ikhlas dalam perjuangan, kerana perjuangan yang suci tiada menuntut
ganjaran. Walau di mana sekali pun wanita berada, mereka masih boleh membuat sumba-
ngan pada tahap-tahap yang termampu. Jasa dan budi memang sukar diberi nilai tetapi jasa
yang suci pasti akan diberkati Allah.
Atas khidmat cemerlang, Zainab telah dikurniakan PJK (1977), PPN (1980), dan A M P
(1988).

147
YBM Raja Haji Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar bersama Puan Sabaniah bind Haji
Ahmad Sabri dan anak mereka Raja Ahmad Zhafir
YBM RAJA HAJI AHMAD ZAINUDDIN BIN RAJA HAJI OMAR
A D U N BATU K U R A U

i Perak dia dikenali sebagai Raja Bola. Raja Haji Ahmad Zainuddin bin Raja Haji
Omar, dilahirkan pada 13 Februari 1956 merupakan anak sulung lelaki kepada
Raja Haji Omar bin Raja Haji Alang dan Mardiah binti Lah. Dari sebuah
keluarga yang besar, seramai 13 orang, Raja Ahmad dilahir dan dibesarkan di Kampung
Raja, Tebing Tinggi, Selama, Perak.
Sesungguhnya unsur-unsur kepimpinan yang lahir dalam dirinya bukanlah sesuatu
yang baru. Sewaktu di bangku sekolah lagi, cucu kepada seorang waris di raja dari Sumatera
Utara ini telah menunjukkan bakat kepemimpinan semula jadi. Ini ddak menghairankan
kerana beliau mewarisi darah kepemimpinan daripada bapanya, Raja Haji Omar dan
datuknya, Allahyarham Raja Haji Ahmad bin Raja Alang yang meneroka Kampung Raja,
Tebing Tinggi, sebuah kampung yang namanya berasal dari Sumatera. Raja Ahmad amat
dikenali di kalangan rakan-rakan sekolahnya sebagai seorang pemimpin pelajar yang
radikal, tegas, dan berdisplin. Dia juga dikenali sebagai seorang pemimpin berhaluan kiri.
Sekalipun ibunya hanya seorang suri rumah yang ddak berpelajaran, Raja Ahmad telah
mencatat sejarah keluarga apabila diterima masuk ke Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi
pada usia hanya lima tahun setengah. Setelah usianya cukup tujuh tahun, Raja Ahmad telah
mencatat satu lagi sejarah keluarga apabila menjadi anak pertama memasuki sekolah
Inggeris. Beliau memulakan alam persekolahannya di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Inggeris Bagan Serai. Beliau seorang yang cergas dalam bidang sukan dan pernah terpilih
mewakili Daerah Kerian dalam acara lari berganti-ganti 4 X 100 untuk peringkat kawasan
Perak Utara. Di samping itu, beliau aktif dalam pertubuhan pengakap, tetapi anehnya, dia
menolak apabila dipilih menjadi ketua sekolah dan pengawas.
Raja Ahmad kemudian melanjutkan pelajaran hingga ke tingkatan lima di Sekolah
Menengah Inggeris Bagan Serai. Beliau turut bergerak aktif di dalam persatuan sejarah dan
pernah terpilih menjadi pemidato terbaik. Beliau juga menjadi jaguh dalam permainan
catur, di samping bergerak cergas dalam lapangan sukan. Beliau juga menjadi pemuzik dan

149
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YBM Raja Haji Ahmad Zainuddin menerima darjah PMP


daripada DYMM Pemangku Raja Perak (1992)

YBM Raja Haji Ahmad Zainuddin bersama dengan skuad bola ssepak Perak (1994)

150
Y B M RAJA HAJI AHMAD ZAINUDDIN BIN RAJA HAJI OMAR

YBM Raja Haji Ahmad Zainuddin bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian larut
semasa lawaran ke Medan Indonesia

pernah menganggotai beberapa kumpulan muzik di sekolah dan juga di luar sekolah.
Beliau pernah membuat rakaman bersama sebuah kumpulan muzik di Radio Malaysia,
Ipoh pada tahun 1976.
Seperti kata pepatah, 'bapa borek anak rindk'; sewaktu menunggu keputusan
Malaysian Certificate Education, Raja Ahmad telah diasuh untuk berdikari. Ayahandanya
yang berkerja sendiri, di samping menjadi pengarang beberapa majalah dan akhbar secara
sambilan juga ingin melihat anaknya ini turut mengikuti jejak langkahnya. Maka tidak
hairanlah bila Raja Ahmad terus menceburi bidang kewartawanan. Beliau pernah menjadi
wartawan di beberapa buah pertubuhan. Hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke
menara gading terpaksa dilupakan kerana tekanan hidup.
Raja Ahmad telah menjadi pelatih di Bernama pada tahun 1976. Sewaktu bertugas de-
ngan Bernama, beliau mula berjinak-jinak dengan beberapa pemimpin kerajaan sehingga
terpilih mengikuti beberapa siri lawatan anjuran kerajaan dan pemimpin U M N O . Pada
tahun 1979, Raja Ahmad telah ditawar menganggotai sebuah akhbar berbahasa Inggeris
yang berpengaruh di kawasan Utara iaitu The National Echo. Dua tahun kemudian, dia
menyertai kumpulan akhbar The New Straits Times. Raja Ahmad adalah pengasas
Persatuan Wartawan Perak pada tahun 1980 sehinggalah ianya berkubur apabila beliau
berhenti daripada menjadi wartawan.
Raja Ahmad juga telah memecah tradisi apabila dilantik menjadi Setiausaha Akhbar
dan Setiausaha Politik pada usia yang muda apabila beliau dilantik oleh YAB Menteri Besar
Perak Tan Sri Ramli bin Ngah Talib. Beliau menjadi Setiausaha Akhbar pada usia 26 tahun
dan Setiausaha Politik pada usia 30 tahun. Kerjayanya sebagai Setiausaha Akhbar bermula
pada bulan September 1982. Empat tahun kemudian beliau dilantik sebagai Setiausaha
Politik Menteri Besar, menggantikan Datuk Haji Mohd. Nazri Rahim. Pada Pilihanraya
Umum 1990 yang lalu, Raja Ahmad terpilih mewakili kerusi Dewan Undangan Negeri
Kawasan Batu Kurau, menggantikan Tuan Haji Abdul Manan Mohd. A l i .
Raja Ahmad mengakhiri zaman bujangnya pada usia 27 tahun. Beliau mengenali
isterinya, Sabaniah binti Ahmad Sabri dalam satu majlis sukan di Stadium Perak anjuran

151
SUARA DAN A M A N A H SKETSA PEMIMPIN PERAK

YBM Raja Haji Ahmad Zainuddin memenangi


pertandingan badminton mewakili pasukan Menteri
Besar Perak

YBM Raja Haji Ahmad Zainuddin bersama YB Tuan Haji Md. Kassim Mahmud A DUN
Selama dan YB Tuan Haji Mohd Zihin Haji Mohd Hassan. Ahli Parlimen Larut

152
Y B M RAJA HAJI AHMAD ZAINUDDIN BIN RAJA HAJI OMAR

YBM Raja Haji Ahmad Zainuddin dan rakan-rakan wakil rakyat berehat diperasmian jalan
di kampang Sumpitau ke Kampung Masjid (1993)

Pergerakan Pemuda U M N O Perak pada tahun 1981. Pertemuan yang tidak dirancang itu
telah disusuli dengan beberapa pertemuan sukan dan akhirnya mereka mengikat tali
pertunangan pada 2 Oktober 1982 iaitu pada hari jadi isterinya. Mereka memilih tarikh
lahir Raja Ahmad untuk disandingkan di Railway Quarters, Ipoh pada 13 Februari 1983.
Kehadiran seorang cahaya mata iaitu Raja Ahmad Zhafir, yang sekarang berusia dga tahun
v

telah menyerikan lagi kehidupan pasangan ini.


Raja Ahmad bernasib baik mempunyai isteri yang memahami tugasnya dan sering
memberi peransang dan galakan. Sewaktu mengurus pasukan bolasepak Perak untuk tem-
poh beberapa tahun, Sabaniah turut bersama memberi galakan kepada pasukan Perak.
Bahkan kehadiran Sabaniah menambahkan seri pihak penyokong. Sabaniah berkelulusan
Malaysian Certificate Education, masih bekerja sebagai pegawai kerani di Jabatan MARA
Negeri Perak. Akhir-akhir ini beliau sering turut serta dalam acara sukan BAIDURI. Beliau
mewakili BAIDURI dalam Pertandingan Badminton Piala Perdana di Kuala Lumpur (1991)
dan di Ipoh (1992).
Raja Ahmad diberi kepercayaan mengurus skuad bola sepak Perak sejak tahun 1988.
Pada musim pertama, Perak telah menjulang Piala Bapa Malaysia. Tahun berikutnya (1989)
Perak muncul sebagai Naib Juara Divisyen Dua, di samping memenangi Piala Fair Play yang
pertama, dan melangkah kaki ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia. Pada tahun 1990
Perak telah keluar sebagai juara pertama Piala FA di samping menduduki tempat kedga liga
divisyen satu serta berjaya sekali lagi bermain dalam perlawanan separuh akhir Piala
Malaysia.
Pada tahun 1991 Perak telah keluar sebagai Naib Juara Piala FA, sekali lagi menduduki
tempat ketiga divisyen satu dan turut memenangi hadiah pasukan terbaik, anugerah Majlis
Sukan Negeri. Sekalipun sibuk dengan tugas luar, Raja Ahmad tidak lupa tanggungjawab-

153
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YBM Raja Haji Ahmad Zainuddin bermain untuk Pasukan MB Perak dalam satu perlawanan p e r s a h a b a t a m
antara pasukan Dato' Najib dan MB Perak (1988)

YBM Raja Haji Ahmad Zainuddin di Yugoslavia

154
Y B M RAJA HAJI AHMAD ZAINUDDIN BIN RAJA HAJI OMAR

nya kepada keluarga, kerana merekalah yang menjadi inspirasi sewaktu ia menghadapi
kesulitan.
Mengenai penglibatannya dalam arena polidk pula, Raja Ahmad mula terpilih men-
jadi Naib Ketua Pergerakan Pemuda U M N O Cawangan Tebing Tinggi pada tahun 1977.
Setahun kemudian dia terpilih menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda U M N O Bahagian Larut
Pada tahun 1986, beliau terpilih tanpa bertanding menjadi Ketua Pemuda U M N O Bahagi-
an. Di peringkat Negeri Raja Ahmad adalah bendahari Pergerakan Pemuda U M N O . Se-
sungguhnya darah U M N O telah mengalir dalam jiwanya sejak kecil lagi sewaktu dia sering
dibawa oleh ayahandanya ke majlis-majlis anjuran U M N O . Menurut orang tuanya, Raja
Ahmad sejak kecil, telah pandai menggunakan dn-tin kosong yang dijadikan corong pem-
besar suara untuk berucap.
Kesempatan berdamping dengan pemimpin-pemimpin negeri, terutamanya bimbing-
an yang diberikan oleh ke tuanya sendiri Tan Sri Ramli, telah mendorong Raja Ahmad
untuk bergerak aktif dalam politik. Justeru im dia telah dilantik menjalankan kerja sukarela
U M N O dan BN Perak pada Pilihanraya Kecil Kenering 1977 dan Pilihanraya Umum 1978.
Dalam kegiatan sosial yang lain, Raja Ahmad telah dilantik menjadi Presiden Dart Perak.
Beliau adalah pengasas dan presiden pertama Ping Pong Melayu Perak. Raja Ahmad adalah
setiausaha kepada Kumpulan Setiausaha Politik Menteri Besar dan Ketua Menteri. Di
peringkat Belia, Raja Ahmad menjadi Naib Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Perak.
Atasjasanya terhadap masyarakat, beliau telah dikurniakan PPT (1983), A M P (1988),
dan PMP (1992).

155
YB Tuan Haji Talha bin Haji Ismail bersama isteri, Puan Hajah Rakiah binti Haji Mat Jan dan
keluarga

*
YB TUAN HAJI TALHABIN HAJI ISMAIL
ADUN LENGGONG

B Tuan Haji Talha bin Haji Ismail dilahirkan pada 27 Julai 1936 hasil jalinan
kasih di antara Haji Ismail bin Haji Mohammad dan Puan Hajah Esah binti
Awang Kecil. Kampung tumpah darahnya iaitu Kampung Teluk Batu,
Lenggong, sebuah kampung sederhana, yang telah diasaskan oleh moyang beliau sendiri,
Tuan Haji Salleh bin Saman yang berasal dari Pattani.
Justeru itu, kebanyakan anggota masyarakat Kampung Teluk Batu mempunyai
pertalian darah dengan beliau. Anak kedua daripada tujuh adik-beradik ini, empat lelaki
dan tiga perempuan, sejak kecil lagi telah didedahkan kepada U M N O kerana kedua ibu
bapanya adalah ahli U M N O yang bergerak aktif.
Talha memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Lenggong sehingga
darjah empat. Beliau kemudian memasuki Sekolah Kebangsaan Bukit Chandan selama
setahun setengah. Beliau mengakhiri alam persekolahannya di Sekolah Kebangsaan
Lenggong pada tahun 1950. Sejak di bangku sekolah lagi, Talha adalah pelajar yang aktif
dan sering bergiat di dalam kegiatan sekolah.
Kerjaya Talha dalam bidang pendidikan bermula sebagai guru pelatih pada tahun
1951. Cita-citanya untuk menjadi seorang guru yang bertauliah kelihatan cerah apabila
beliau berjaya memasuki Sultan Idris Teachers College, Tanjung Malim pada tahun 1954.
Beliau berusaha dengan gigih hingga meraih kejayaan. Berbekalkan ilmu dan semangat
serta usaha untuk mendidik anak bangsa, beliau telah ditugaskan untuk mengajar di
Sekolah Kebangsaan Gelok, Lenggong.
Kegigihannya mendidik anak-anak murid sememangnya disanjung oleh penduduk
kampung. Kecemerlangannya terbukti apabila beliau dilantik sebagai Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Luat pada tahun 1969 sehingga tahun 1979. Sewaktu bertugas, Talha cuba
menukar corak pemikiran murid-murid serta cuba menambahkan kesedaran di kalangan
ibu bapa tentang betapa pentingnya sokongan dan galakan daripada ibu bapa di rumah.
Pada tahun 1980, Talha bertukar tempat kerja dan menjadi Guru Besar di Sekolah

157
SUARA D A N AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Tuan Haji Talha menerima darjah AMP


daripada DYMM Pemangku Raja Perak (1992)

YB Tuan Haji Talha menyerahkan tugas Guru Besar Sek. Ren. Seri Adika
Raja Gerik selepas dipilih sebagai ADUN Kawasan Lenggong

158
Kebangsaan Raban, dan pada 16 Mei 1989, beliau dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar
Sekolah A di Sekolah Seri Adika Raja Gerik. Pada 9 Oktober 1990 beliau meletakkan
jawatan untuk bertanding sebagai calon BN Dewan Undangan Negeri Kawasan Lenggong.
Menceritakan detik pertemuan dengan isterinya pada tahun 1956, Talha ketawa riang.
Bagi beliau banyak kenangan manis tersimpul indah di dalam ingatannya walaupun gadis
berkenaan tidak tahu menahu tentang perasaannya. Anak muda lulusan SITC itu telah
tertarik had dengan seorang anak gadis darjah enam di Sekolah Kebangsaan Gelok. Namun
segala perasaan disembunyikan sehinggalah Rakiah binti Haji Mat Jan berpindah ke
Sekolah Sultan Idris Shah, Kuala Kangsar untuk melanjutkan pelajaran ke darjah tujuh.
Pada tahun 1957, keluarga Talha telah melamar Rakiah yang kedka itu berusia 15 tahun.
Usia Rakiah yang muda tidak menghalang pertunangan mereka. Sebentuk cincin
disarungkan ke jari manis Rakiah, tandajalinan ikatan persetujuan antara mereka. Pada 24
Julai 1959, mahligai yang diidamkan terbina dalam majlis persandingan yang meriah.
Kesibukan dan kemeriahan sambutan kedua-dua keluarga meninggalkan kenangan manis
yang abadi di sanubari mereka.
Pasangan Talha dan Rakiah telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata. Anak sulung
mereka Amir Hamzah, lahir pada tahun 1960, bertugas di L P P K N merupakan Ahli
Jawatankuasa Pemuda U M N O Bahagian Padang Rengas. Saiful Amir 32 tahun Penolong
Pegawai RISDA, Mazlina 30 tahun seorang guru, Zulfikri 29 tahun seorang usahawan, Ainul
Fauziah 22 tahun seorang kerani di Bank Simpanan Nasional, Ainal Sahura 14 tahun
sedang menuntut di tingkatan dua, dan Nor Aqilah 9 tahun berada dalam darjah tiga.
Talha menyertai U M N O pada tahun 1956 dan mula bergerak aktif sejak mula
menyertai U M N O . Kecenderungannya dalam bidang politik didorong oleh keluarga yang
mempunyai kesedaran politik. Ibu bapa, bapa saudara, dan adik-beradiknya bukan sahaja
menjadi ahli U M N O tetapi mereka semua bergiat aktif.
Bahkan abangnya sendiri pernah menjadi wakil rakyat Dewan Undangan Negeri dan
Speaker Dewan Undangan Negeri. Adik perempuannya adalah Pengerusi Tetap Wanita
U M N O Bahagian dan adik-beradik yang lain memegang jawatan di dalam cawangan
masing-masing.
Karier politiknya sendiri bermula dengan pemilihannya sebagai Ketua Pemuda
Cawangan Teluk Batu pada tahun 1956. Hasrat dan minat yang mendalam membolehkan
beliau dipilih sebagai A h l i Jawatankuasa Pemuda Bahagian Hulu Perak dari tahun 1958
hingga tahun 1970. Pada tahun 1971, Talha terpilih sebagai Ketua Pemuda U M N O
Bahagian Hulu Perak. Apabila pecahan kawasan berkuatkuasa pada 1974, Talha menjadi
Ketua Pemuda Bahagian Tasek Chenderoh sehingga tahun 1978. Pada tahun 1978 hingga
tahun 1986 Talha dilantik sebagai Ketua Penerangan dan seterusnya menjadi Setiausaha
Bahagian.
Talha adalah seorang yang sederhana. Namun beliau mendapat perhatian kerana
sering menyuarakan pendapat di kalangan guru-guru dan di Bahagian. Pada tahun 1990,
apabila YB Dato' Haji Umar bin Haji Ismail, Speaker Dewan Undangan Negeri
mengundurkan diri, Talha telah diberi peluang bertanding dalam Pilihanraya Umum
menggantikan abangnya. Beliau telah menang dengan majoriti 3156 mengalahkan Haji
Nuruddin Mansor dari Semangat 46.
Wakil rakyat penggal pertama ini bercita-cita untuk membangunkan lagi masyarakat di

159
SUARA D A N AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Majlis Perasmian Hari Ucapan Sek. Ren. Seri Adika Raja Gerik (1990)

YB Tuan Haji Talha semasa perjumpaan dengan penduduk Kampung Beng, Lenggong

160

YB TUAN HAJI TALHA BIN HAJI ISMAIL

kawasan yang diwakilinya. Talha berpendapat bahawa untuk memajukan kawasan,


pembangunan manusia im sendiri perlu diberi penekanan. Perubahan fikiran dan sikap
orang Melayu akan menentukan maju mundurnya masyarakat, pergantungan kepada
kerajaan akan melemahkan bangsa. Dalam usaha untuk mengubah fikiran dan sikap, beliau
menggerakkan U M N O Bahagian dengan mengaturkan program-program kesedaran.
Beliau sedar bahawa tugas ini akan mengambil masa yang panjang dan penuh dengan onak
dan duri tetapi ia perlu dilakukan demi masa depan orang Melayu.

161
YB Encik Jamal Nasir bin Rasdi bergambar bersama anggota keluarga beliau

YB Encik Jamal Nasir bin Rasdi di samping Puan Rosiah bind Notdin,
dan anak-anak mereka Mohd. Shazwani, Muhamad Raezhan
Hakeem, dan llya Farhana
YB ENCIK JAMAL NASIR BIN RASDI
ADUN LUBUK MERBAU

B Encik Jamal Nasir bin Rasdi dilahirkan pada 17Jun 1959 di Kampung Sungai
Ati, Padang Rengas dalam keluarga penoreh getah yang miskin. Anak ketiga
daripada Sembilan adik-beradik ini adalah anak kepada pasangan Rasdi bin Mat
Esa dan Puan Hasinah binti Mohd. Sarikh. Beliau memulakan alam persekolahannya di
Sekolah Kebangsaan Paya Salak pada tahun 1966. Jamal meneruskan pengajiannya ke
Sekolah Menengah Tun Perak, Padang Rengas hingga ke tingkatan tiga, dan kemudian ke
Sekolah Menengah Bukit Mercu dalam aliran sains. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia,
beliau memasuki Institut Penyelidikan Getah Malaysia untuk mengambil kursus profesional
dalam bidang teknologi getah. Setelah lulus dengan diploma, beliau ditawarkan jawatan
dalam RISDA sebagai Penolong Pegawai RISDA.
Sejak kecil lagi, Jamal tidak kecewa dengan keadaan hidup yang serba kekurangan.
Sebaliknya, beliau mengatur langkah masa hadapannya untuk membela nasib rakyat.
Berpegang kepada falsafah ingin berjaya, dan insaf dengan kedudukan orang Melayu serta
menyedari hakikat bahawa kerajaan melalui U M N O boleh membela nasib rakyat, Jamal
mula menjinakkan dirinya dengan U M N O sebaik sahaja tamat persekolahan.
Jawatannya sebagai pegawai RISDA mendedahkan Jamal kepada masalah-masalah
yang dihadapi oleh orang Melayu terutamanya pekebun-pekebun kecil. Beliau pernah
ditugaskan di beberapa stesyen di Perak, dengan jawatan terakhir sebagai Guru Tunjuk di
Institut Latihan RISDA Padang Rengas. Setelah sepuluh tahun berkhidmat dengan RISDA,
beliau meletakkan jawatan pada tahun 1990 untuk bertanding di dalam Pilihanraya Umum
pada 21 Oktober 1990. Jamal, yang bertanding atas tiket B N , telah berjaya mengalahkan
Cikgu Hilmi dari PAS dengan majoriti 3544.
Jamal memulakan karier politiknya dengan menganggotai U M N O Cawangan Kam-
pung Keroh, Hulu Padang Rengas. Beliau kemudian terpilih menjadi Ketua Pergerakan
Pemuda U M N O Cawangan pada tahun 1978. Seterusnya pada tahun 1981, Jamal dilantik
menduduki Jawatankuasa Pemuda U M N O Bahagian Padang Rengas. Pada tahun 1987

163
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Encik Jamal Nasir menerima pingat AMP


daripada DYMM Pemangku Raja Perak (1992)

YB Encik Jamal Nasir mengiringi Dato' Dr. Abd. Hamid Othman


semasa melawat Lubuk Merbau

164
YB ENCIK JAMAL NASIR BIN RASDI

Susah senang sama dirasa. Bersedia untuk menaiki sampan


untuk melawat kawasannya.

pula, beliau terpilih menjadi Naib Ketua Pergerakan Pemuda U M N O Bahagian Tasek
Chenderoh. Pada tahun 1989, Jamal menjadi Ketua Pemuda Bahagian Tasek Chenderoh
apabila YB Haji Hamzah Mohd. Zin, Ahli Parlimen Tasek Chenderoh mengundur diri.
Perjuangan politiknya juga banyak didorong oleh seorang tokoh yang disayangi,
Allahyarham Dato' Haji Mior Aris, bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kawasan
dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lubuk Merbau.
Di samping itu, Jamal juga terlibat dalam kegiatan belia dan sukan serta pertubuhan
sukarela. Pada tahun 1979, beliau menubuhkan cawangan Belia 4B di Kampung Kroh,
Hulu Padang Rengas. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih menjadi A h l i Jawatankuasa
Belia 4B Daerah Kuala Kangsar. Pada tahun 1984 beliau terpilih menjadi Naib Pengerusi
Belia 4B Kawasan Parlimen Tasek Chenderoh dan pada tahun 1991 beliau meningkat lagi
untuk menjadi Pengerusi Belia 4B Kawasan Parlimen Tasek Chenderoh, dan seterusnya
pada tahun 1992 beliau menjadi Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Kangsar. Di bidang
sukan pula, Jamal amat meminad dan pandai bermain bola sepak. Beliau merupakan Yang
Dipertua Persatuan Bola sepak Daerah Kuala Kangsar sejak tahun 1987, dan sejak tahun
1990 telah dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Persatuan Bola sepak Perak.
Jamal yang telah berumah tangga dengan Cik Rosiah binti Nordin pada 31 Januari
1987 telah dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohd. Shazwani 6 tahun, Ilya Farhana 4
tahun, dan Muhammad Raezhan Hakeem 10 bulan.

165
YB Tuan Haji Mohamad Padil bin Harun di samping
isterinya, Puan Saiamah binti Haji Haron serta anak-anak
mereka Yuhaniz, dan Mohd Husnuzzaim
YB TUAN HAJI MOHAMAD PADIL BIN HARUN
A D U N LINTANG

B Tuan Haji Mohamad Padil bin Harun dilahirkan di Kampung Lintang, Sungai
Siput (Utara) Perak pada 31 Disember 1951. Beliau mendapat didikan awal di
Sekolah Kebangsaan Lintang dan Sekolah Kebangsaan Lasah, Sungai Siput dan
seterusnya belajar di Sekolah Menengah Agama Yahyawiah, Padang Rengas sehingga lulus
Empat Thanawi. Beliau juga lulus Malaysian Certificate Education setelah belajar melalui
kelas malam di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar.
Haji Mohd. Padil merupakan anak kedua daripada sepuluh orang adik-beradik. Ibu
bapa beliau bekerja sebagai penoreh getah dan berniaga runcit di Kampung Lintang. Minat
dan penglibatan Haji Mohd. Padil dalam kerja-kerja kemasyarakatan diwarisi bapanya, yang
merupakan seorang tokoh yang disegani di kampung itu kerana penglibatannya sebagai
gum al-Quran dan imam masjid. Beliau juga memegangjawatan sebagai Ahli Jawatankuasa
Keselamatan Kampung di samping memegang beberapa jawatan penting di dalam
pertubuhan dan badan-badan kebajikan. Di atas jasa dan khidmat baktinya beliau telah
dianugerah pingat PJK.
Pada tahun 1974 beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Cik Salamah binti
Haji Haron seorang gadis dari Kampung Jeliang, Manong, Kuala Kangsar, Perak. Titik
pertemuan mereka bermula kedka bersama-sama menuntut di Sekolah Menengah Agama
Yahyawiah, Padang Rengas yang mana kedka itu kedua-duanya aktif dalam persatuan
sekolah iaitu persatuan Badan Kebajikan Pelajar Yahyawiah. Haji Mohd. Padil memegang
jawatan sebagai Ketua Biro Sukan di dalam persatuan tersebut manakala Puan Salamah
sebagai Naib Pengerusinya. Mereka mula menjalinkan hubungan secara serius setelah
menamatkan persekolahan dan seterusnya ke gerbang perkahwinan ketika masing-masing
berusia 23 tahun. Sebelum berkahwin, Puan Salamah menyumbangkan khidmat baktinya
kepada masyarakat setempat sebagai guru agama di sebuah sekolah agama rakyat di
kampung beliau. Selepas berkahwin, Puan Salamah berpindah mengikut suaminya dan
meneruskan kariernya sebagai guru agama di Sekolah Agama Rakyat Kampung Lintang,

167
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Tuan Haji Mohamad Padil bemcap di Perhimpunan Agong UMNO Malaysia


di PWTC Kuala Lumpur (1992)

YB Tuan Haji Mohamad Padil bergambar kenangan dengan Tan Sri Ramli (1991)

168
YB TUAN HAJI MOHAMAD PADIL BIN HARUN

YB Tuan Haji Mohamad Padil dan isteri bergambar bersama ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO

Sungai Siput(U) Perak. Puan Salamah telah pun berhenti daripada tugas mengajarnya dan
menumpukan masa beliau sebagai suri rumah di samping memegang beberapa jawatan
dalam syarikat dan juga melibatkan diri dalam beberapa pertubuhan serta badan-badan
kebajikan.
Perkahwinan mereka telah menghasilkan dua orang cahaya mata, seorang lelaki dan
seorang perempuan. Anak pertama mereka, Mohd Husnuzzaim yang dilahirkan pada 25
September 1975 dan kini sedang menuntut di Maktab Yayasan Pelajaran MARA Bangi,
Selangor. Anak kedua mereka, Yuhaniz pula dilahirkan pada 19 Oktober 1978 dan kini
sedang menuntut di tingkatan dga Sekolah Menengah Idrisiah, Kuala Kangsar.
Haji Mohd. Padil dan isteri sendasa menasihad kedua-dua anak mereka supaya
menanamkan sikap penyayang di antara satu sama lain, menidkberatkan soal agama dalam
kehidupan mereka, menjaga kesopanan dan tingkah laku, sentiasa menghargai waktu,
mementingkan pelajaran, dan ddak jemu mencari ilmu untuk dunia dan akhirat.
Apabila tamat sahaja persekolahan, Haji Mohd Padil memulakan karier beliau sebagai
Setiausaha Kerja U M N O Bahagian Sungai Siput pada tahun 1973. Di samping itu beliau
telah mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan, dan pada tahun 1979 beliau telah
berhenti daripada menjadi Setiausaha Kerja U M N O Bahagian dan terus menceburkan diri
sepenuhnya dalam bidang perniagaan di samping bergiat cergas dalam U M N O , Persatuan
Belia 4B, dan juga beberapa pertubuhan sukarela yang lain. Setelah beberapa tahun beliau
bergiat cergas di dalam Persatuan Beliau 4B, beliau telah dilandk menjadi Pengerusi Belia
4B Kawasan Sungai Siput dan Ahli Jawatankuasa Belia 4B Negeri Perak hingga sekarang.
Pada ketika itu beliau sering mengikud kursus-kursus, terutamanya Kursus Usahawan dan
Kursus Kepimpinan, yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Pada
tahun 1980 beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Kuala Kangsar. Jawatan ini
dipegang oleh beliau sehingga tahun 1990.
Haji Mohd. Padil bin Haji Harun telah mula melibatkan diri dalam U M N O sejak
tahun 1973. Beliau menjadi Setiausaha U M N O Bahagian Sungai Siput dari 1 Ogos 1973
hingga 31 Disember 1979. Pada tahun 1980 beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda U M N O
Bahagian dan pada tahun 1984 beliau terpilih sebagai E X C O Pemuda U M N O Malaysia.

169
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Tuan Haji Mohamad Padil melawat Pusat Latihan Temakan Sungai Siput

YB Tuan Haji Mohamad Padil menjamu selera bersama orang-orang asli di Kawasan Lintang

170

*
YB TUAN HAJI M O H A M A D PADIL BIN HARUN

YB Tuan Haji Mohamad Padil mendengar masalah rakyat (1990)

Kegigihan dan penghayatannya terhadap aspirasi masyarakat ternyata apabila beliau dipilih
menjadi Ketua U M N O Bahagian Sungai Siput pada tahun 1989 dan seterusnya menjadi
Pengerusi BN Sungai Siput pada tahun 1990, setelah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan
Negeri Kawasan Lintang pada 22 Oktober 1990.
Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis M A R A pada tahun 1989 dan sebagai Ahli
Lembaga Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kawasan Lintang pada tahun
1985. Beliau juga memegang jawatan Pengerusi Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Perak
Berhad, dan menjadi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa beberapa buah sekolah di sekitar
Sungai Siput di samping menjadi penaung dan penasihat beberapa pertubuhan lain. Di atas
jasa dan khidmat baktinya, beliau telah dianugerah JP (1983) dan PMP (1991).
Minat Haji Mohd. Padil pada masa lapang ialah memburu dan bersukan. Di bidang
sukan, beliau sering menyertai pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh persatuan-
persatuan dan juga pernah beberapa kali menyertai pasukan bola sepak YAB Menteri Besar
Perak. Oleh kerana minat dan penglibatan beliau dalam sukan bola sepak begitu kuat,
beliau telah dilantik sebagai Pengerusi FA Daerah Sungai Siput dan A h l i Lembaga PAFA
Negeri Perak.

171
YB Tuan Haji Mohamad Tahiruddin bin Mohd. Tahir
bergambar dengan isterinya, Puan Hajah Faridah binti
Shahurain, dan anak bongsu mereka Norazimah
YB TUAN HAJI MOHAMAD TAHIRUDDIN BIN MOHD. TAHIR
ADUN CHEMOR

elahiran YB Tuan Haji Mohamad Tahiruddin bin M o h d . Tahir pada 18 No-


vember 1942 disambut dengan penuh kesyukuran oleh bapanya Encik M o h d .
Tahir bin Zainuddin dan ibunya Puan Fatimah bind Zainuddin.
Tahiruddin mendapat pendidikan di beberapa buah sekolah di negeri Perak kerana
mengikud bapanya yang bertugas sebagai penghulu yang sering bertukar tempat kerja. Be-
liau pernah mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Bahasa pada tahun 1963
hingga 1964. Pada tahun 1967 beliau melanjutkan pelajaran ke Universid Malaya dan lulus
dengan Sarjana Muda Ekonomi pada tahun 1970. Sebelas tahun kemudian, iaitu pada ta-
hun 1981, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Drake University, Iowa,
Amerika Syarikat. Beliau berjaya mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada tahun
1983.
Pada awal kerjayanya. Tahiruddin pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsa-
an Simpang Ampat, Seberarig Prai Selatan. Simpang Ampat banyak membawa kenangan
manis kerana di sinilah bermulanya titik pertemuan di antara Tahiruddin dan Faridah bind
Shahurain, seorang guru sementara yang mengajar Bahasa Inggeris di sebelah petang. Per-
hubungan mereka terus terjalin apabila Tahiruddin melanjutkan pelajarannya di Universiti
Malaya pada tahun 1967. dan pada masa yang sama Faridah pula mengambil kursus Sains
Perpustakaan di Institut Teknologi Mara. Walau bagaimanapun Faridah tidak meneruskan
pelajaran. Sebaliknya beliau memilih untuk bekerja dengan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja di Petaling Jaya. Akhirnya setelah Tahiruddin tamat pengajiannya di Universid Ma-
lava pada tahun 1970, mereka mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 1970.
Perkahwinan mereka menghasilkan dga orang cahaya mata, iaitu dua lelaki dan
seorang perempuan. Anak sulung mereka Mohamad Johan dilahirkan pada 7 Julai 1971
dan sekarang menuntut di tahun dua Leicester University, United Kingdom dalam jurusan
Ekonomi Perniagaan. Anak kedua mereka Mohamad Adli, dilahirkan pada 8 Julai 1974 dan
kini menuntut di tahun dua A Level di Irwin College, Leicester, manakala anak bongsu

173
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Tuan Haji Mohamad Tahiruddin bergambar bersama ADUN -ADUN Perak

YB Tuan Haji Mohamad Tahiruddin


bergotong royong bersama rakyat

174
YB TUAN HAJI MOHAMAD TAHIRUDDIN BIN MOHD. TAHIR

mereka Norazimah, yang dilahirkan pada 25 Oktober 1985 ialah penuntut tahun dua
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Marian Convent, Ipoh. Seperd ibu bapa yang lain,
Tahiruddin dan Faridah sering mendoakan agar anak-anak mereka berjaya dalam bidang
kerjaya pilihan masing-masing.
Tahiruddin mula menyertai U M N O pada tahun 1970 di Larkin, Johor, iaitu semasa
beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Tun Fatimah. Pada tahun 1973 beliau meletakkan
jawatan dalam kerajaan dan memulakan pekerjaan sebagai pegawai di Perbadanan Ke-
majuan Negeri Perak di Ipoh pada 19hb Jun 1973 sehingga Disember 1988, apabila beliau
meletakkan jawatan Timbalan Pengurus Besar untuk menerajui Gopeng Berhad sebagai
Pengarah Urusan sehingga ke hari ini.
Sejak menetap di Ipoh, beliau menjadi Ahli U M N O Bahagian Menglembu. Pada ta-
hun 1984 beliau mula aktif dan dilandk sebagai Setiausaha U M N O Bahagian Kinta. Pada ta-
hun 1986, beliau dipilih menjadi Timbalan Ketua Bahagian Tambun dan pada tahun 1987
hingga sekarang menjadi Bendahari U M N O Bahagian Tambun. Penglibatan aktif beliau
adalah secara kebetulan sahaja. Beliau sebenarnya bergiat cergas di dalam Dewan Per-
niagaan Melayu dan melalui pertubuhan inilah beliau terus aktif dalam U M N O . Di dalam
Pilihanraya Umun 1990 beliau diletakkan sebagai calon BN untuk Dewan Undangan Nege-
ri Kawasan Chemor. Beliau menang dengan majoriti 5695 setelah mengalahkan calon Se-
mangat 46 iaitu Encik Mohd. Saffi bin Hashim.
Isteri beliau juga aktif dalam U M N O . Faridah adalah Ketua Pergerakan Wanita
U M N O Cawangan Taman Maju Rapat dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita U M N O
Bahagian Tambun merangkap Ketua Biro Ekonomi. Walau bagaimanapun beliau lebih
menumpukan masa untuk keluarga.
Tahiruddin, pemimpin politik yang berkelulusan tinggi ini mempunyai satu keistime-
waan iaitu dalam bidang seni lakon. Sejak di bangku sekolah lagi beliau telah melibatkan di-
ri dalam bidang seni pementasan drama dengan penuh minat. Antara watak-watak penting
yang pernah dipegangnya ialah Megat Terawis dalam pementasan drama di Parit Buntar
pada tahun 1961 dan Tun Lenggang dalam pementasan Maktab Perguruan Bahasa pada
tahun 1963.

175


YB Tuan Haji Hamdi bin Haji Abu Bakar sekeluarga


Eiya Zetti, YB Tuan Haji Hamdi bin Haji Abu Bakar.
Puan Zahidah binti Saedin, dan Izham Hakimi
YB TUAN HAJI HAMDI BIN HAJI ABU BAKAR
A D U N PENGKALAN B A R U

B Tuan Haji Hamdi bin Haji Abu Bakar dilahirkan di Pengkalan Baru, Pantai
Remis pada 17 Ogos 1949. Bapanya Haji Abu Bakar Mustapha pada kedka itu
adalah seorang nelayan dan ibunya Hajah Ramlah bind Mat Ali adalah seorang
suri rumah. Hidup mereka yang serba kekurangan bertukar corak apabila Haji Abu Bakar
mula bertugas di Jabatan Kerja Raya Sitiawan. Walaupun mempunyai pendapatan tetap,
ibunya sentiasa bekerja keras menampung keperluan keluarga dengan menjual kuih.
Hamdi merupakan anak yang kedua daripada empat orang adik-beradik. Beliau
memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baru sehingga tamat
darjah enam dan seterusnya belajar di Sekolah Menengah Iskandar Shah Parit sehingga
lulus Malaysian Certificate Education. Walaupun jiwanya melonjak-lonjak untuk men-
jejakkan kaki ke menara gading, ia terpaksa diketepikan dahulu demi membantu ibu bapa
dan adik-beradik. Justeru itu, Hamdi memilih untuk mengikuti kursus di Maktab
Perguruan Bahasa Kuala Lumpur selama setahun setengah. Berbekalkan Sijil Perguruan,
beliau memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan pada tahun 1969 di Sekolah
Menengah Dato' Idris Pengkalan Baru. Walaupun cita-citanya terbantut buat seketika, ianya
tidak pernah lekang daripada sanubarinya. Beliau belajar sambil bekerja. Berkat usaha yang
gigih beliau akhirnya berjaya walaupun terpaksa mengambil peperiksaan selama tiga kali
untuk mendapatkan Higher Certificate Education. Dengan wang yang terkumpul, pada
tahun 1972, Hamdi berjaya menjadi mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Penyertaan Hamdi dalam arena politik berlaku secara spontan pada tahun 1969 apa-
bila beliau menjadi ahli U M N O Cawangan Pengkalan Baru. Keaktifannya di dalam aktiviti-
aktiviti kampung seperti Persatuan Silat Gayung dan Persatuan Belia, serta kedudukannya
sebagai seorang guru yang disegani, mendorong ahli-ahli U M N O memilihnya sebagai Ahli
Jawatankuasa Cawangan pada tahun 1969. Pada tahun 1976, beliau dipilih menjadi Ketua
Pemuda Cawangan, jawatan yang disandangnya sehingga tahun 1982. Pada tahun 1982
beliau dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian. Walaupun beliau telah dipilih

177
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Tuan Haji Hamdi menerima darjah PMP


daripada DYMM Pemangku Raja Perak (1992)

YB Tuan Haji Hamdi bermesra dengan orang ramai


di rumah terbukanya sempena Aidil Fitri (1987)

178
YB HAJI HAMDI BIN HAJI ABU BAKAR

Perjumpaan dengan MIC Bemas (1990)

sebagai A h l i Jawatankuasa Pemuda Bahagian pada tahun 1984, beliau telah meletakkan
jawatan tersebut apabila timbul perselisihan faham dengan YB Dato' Haji Abdul Malik,
Ketua Bahagian kedka im. Beliau mengharungi pengalaman mencabar ini dengan kesabar-
an yang merupakan sifat semula jadinya yang menguntungkan. Walaupun beliau menjadi
ahli biasa dan bergerak di Cawangan sahaja, perjuangannya ddak berganjak. Keikhlasannya
mendapat perhatian dan beliau diberi kepercayaan dan dilandk sebagai Pengarah Kemas
Negeri Perak pada tahun 1986.
Dedk hitam melanda U M N O seluruh negara pada tahun 1987. Kepimpinan U M N O
Bahagian Beruas diambil alih oleh YAB Tan Sri Ramli bin Ngah Talib, Ketua Perhubungan
U M N O Perak, apabila Dato' Haji Abdul Malik berpaling tadah menyertai Semangat 46.
Hamdi dilantik sebagai Setiausaha Penaja U M N O Bahagian. Apabila jentera parti kembali
pulih, Hamdi dipilih sebagai Ketua Bahagian. Hamdi sememangnya pilihan yang tepat bagi
jawatan im. Beliau telah berjaya menggembleng tenaga ahli-ahli U M N O untuk bersatu dan
bekerja keras bagi memastikan kejayaan BN dalam pilihanraya yang menjelang tiba. Kewi-
bawaan beliau sebagai pemimpin teruji apabila dipilih sebagai calon BN dalam Pilihanraya
Umum 1990.
Beruas yang dianggap sebagai kubu Semangat 46 telah ditawan. Calonnya Dato' Haji
Abdul Malik yang merupakan Ketua Semangat 46 di Perak telah berjaya beliau tumpaskan.
Beliau menang dengan majoriti 2409.
Hamdi berjaya menyelesaikan masalah-masalah rakyat yang diwakilinya melalui run-
dingan. Pengalamannya sebagai guru dan pengarah kemas serta sifat semula jadinya yang
senang berurusan dengan orang ramai membolehkan beliau menjalankan tugas dengan
berkesan.
Hamdi sememangnya tidak asing dengan urusan kepimpinan. Sejak dibangku sekolah
lagi, beliau aktif di dalam persatuan sekolah. Beliau pernah menjadi Pengerusi Persatuan
Matematik dan Sains, Pengerusi Persatuan Sejarah dan Geografi, dan juga pemidato serta
merupakan johan syarahan, Perbahasan dan Pantun Daerah Kuala Kangsar Bahagian
Sekolah Menengah Atas bagi tahun 1964 dan 1965. Beliau juga bergiat cergas di universiti.
Bagi Hamdi penglibatan beliau dalam kegiatan universiti dan belia telah membawa keyakin-
an dalam dirinya untuk berpolitik. Kematangan yang diperolehi dalam memimpin pelbagai
pertubuhan telah melayakkan beliau menjadi pemimpin yang disegani. Antara jawatan lain

179
*

SUARA DAN A M A N A H SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Tuan Haji Hamdi melawat ke Pusat Giat MARA, Beruas

YB Tuan Haji Hamdi disambut mesra oleh penyokong-penyokong beliau

180
YB HAJI HAMDI BIN HAJI ABU BAKAR

yang pernah dipegangnya ialah A h l i Jawatankuasa Kebudayaan Persatuan Mahasiswa


Universiti Kebangsaan, Ketua Pengarang 'SEMESTA' - Majalah Tahun Kolej I U K M , Penge-
rusi Alumni U K M Cawangan Perak, Ahli Jawatankuasa GPMS Ipoh, dan Ahli Jawatankuasa
MAYC Negeri. Sehingga sekarang, Hamdi adalah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan
Dakwah Islamiah Perak (PEKIDA), Ahli Jawatankuasa PEKIDA Malaysia, Setiausaha
P E M A D A M Negeri, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Kebangsaan, dan Naib Pengerusi
P E M A D A M Daerah Manjung. Beliau juga telah menubuhkan Premier Insdtute Ipoh, yang
menyediakan kemudahan persekolahan untuk pelajar-pelajar tercicir. Sehingga kini lebih
10,000 pelajar telah berpeluang belajar di institut tersebut.
Hamdi bercita-cita untuk membina sebuah masjid baru di kampung kelahirannya.
Beliau sedang berusaha mendapatkan derma bernilai RM satu juta agar masjid tersebut da-
pat didirikan pada tahun 1995. Di samping itu, beliau sedang berusaha mengumpul wang
untuk menyediakan sebuah asrama anak yatim di Beruas agar anak-anak yatim mendapat
pendidikan yang sempurna.
Hamdi mula berkenalan dengan Cik Zahidah binti Haji Saedin pada tahun 1973. Hari
Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sentiasa membawa kenangan ma-
nis kepada pasangan ini. Kali pertama mereka bertemu ialah di Tugu Peringatan Kuala
Lumpur. Pada hari cuti umum tersebut, Zahidah, guru pelatih di Maktab Perguruan Ibu
Kota Kuala Lumpur sedang bersiar-siar bersama rakan-rakan semaktab, sementara pada
waktu sama Hamdi pula sedang melawat tugu bersama rakan-rakan. Mereka diperkenalkan
oleh rakan Hamdi yang juga merupakan kenalan sekampung Zahidah. Pertemuan yang
tidak dirancang ini telah membuahkan bibit-bibit percintaan. Setelah tamat kursus di
maktab, Zahidah bertugas sebagai guru di Kuala Nerang. Minat yang ditunjukkan oleh
Hamdi melalui perutusannya, serta budi bahasanya telah membawa mereka ke jinjang
pelamin pada 5 April 1975.
Zahidah terus terang menyatakan bahawa Hamdi memang seorang yang amat mudah
disenangi. Kualiti ini telah menyakinkan hati kecil Zahidah bahawa Hamdi akan berjaya
kerana hubungannya yang akrab dengan masyarakat. Walaupun beliau adalah Naib Ketua
Wanita Cawangan Pengkalan Baru, beliau lebih menunjukkan perhatian kepada kerjaya,
rumah tangga dan aktiviti-aktiviti BAIDURI.
Sebagai seorang pendidik, kebajikan dan prestasi pelajaran anak-anak adalah keuta-
maannya, apatah lagi bagi kedua anak-anak mereka yang akan mengambil peperiksaan pen-
ting pada tahun ini. Anak sulung mereka Elya Zetti, lahir pada 6 Julai 1976, menuntut di
tingkatan lima Sekolah Menengah Methodist Perempuan Ipoh, sementara Izham Hakimi,
lahir pada 11 Disember 1978, sedang menuntut di tingkatan tiga, Sekolah Menengah
Gunung Rapat. Zahidah berpegang pada prinsip kesederhanaan, dan berharap agar anak-
anaknya akan berusaha gigih untuk mencapai kejayaan hidup dalam bidang pilihan
masing-masing.
Di atas khidmat baktinya kepada negeri, YB Haji Hamdi bin Haji Abu Bakar telah di
kurniakan PMP, A M P , PPT, dan JP.

181
YB Encik Lee Chee Leong di samping isterinya, Dr. Lee Siang
Shuen, dan anak-anak mereka Lee Jiaan Yiing dan Leejiaan Lin
YB ENCIK LEE CHEE LEONG
A D U N TANJUNG T U A L A N G

B Encik Lee Chee Leong, 36 tahun adalah di antara Ahli Dewan Undangan
Negeri Perak yang termuda. Beliau bersama-sama YB Raja Ahmad Zainuddin
dan YB Jamal Nasir adalah di antara barisan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
yang di berumur bawah 40 tahun. Bahkan Lee merupakan salah seorang wakil rakyat M C A
yang termuda di negara ini.
Beliau dilahirkan di Ipoh pada 22 Oktober 1957. Bapanya Encik Lee Chai Sen (JP)
adalah seorang ahli perniagaan yang terlibat dalam perniagaan pembalakan dan perusa-
haan perkilangan kayu, sementara ibunya Puan Yon Yew Keow adalah seorang suri rumah.
Lee Chee Leong memulakan alam persekolahannya di Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (C) Sungai Durian, Tanjung Tualang. Beliau mendapat asas pendidikan yang
sempurna, sehingga berjaya ke Sekolah Menengah Dato' Bendahara C.M.Yusuf, Tanjung
Tualang dan Sekolah Menengah Sam Tet Ipoh, sehingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia
dengan cemerlang. Lee Chee Leong telah dihantar oleh ayahnya untuk melanjutkan
pelajaran A Level di Hitching College, England. Peluang keemasan ini digunakan dengan
sepenuhnya sehinggalah beliau berjaya memiliki sarjana muda Perakaunan dan Kewangan
dari Bristol Polytechnic, England.
Lee menyertai M C A Tanjung Tualang pada tahun 1982 sebagai ahli biasa. Beliau
mendapat dorongan daripada bapanya yang aktif pada satu ketika. Orang tuanya pernah
menjadi Ketua Pemuda M C A Bahagian Bam Gajah.
Sebenarnya beliau menyertai politik setakat mahu membantu sahaja. Sehingga hari ini
beliau kurang faham bagaimana beliau boleh terlibat secara serius dalam kancah polidk.
Buat permulaan beliau ddak mempunyai cita-cita, apatah lagi untuk menjadi wakil rakyat
Begitu pun, Lee telah bergerak aktif pada tahun 1988 dan mulai tahun 1989 menghi-
dupkan semula M C A Cawangan Sungai Durian dan dilantik menjadi pengerusinya.
Cawangan ini telah digantung buat beberapa kedka akibat krisis Tan Koon Suan dan Neo
Yee Pan.

183
SUARA D A N AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Encik Lee Chee Leong bersama Tan Sri Ramli semasa melawat Tanjung Tualang

YB Encik Lee Chee Leong di upacara perasmian


tapak perindustian Taman Bandar Baru Kampar (1990)

184
YB ENCIK LEE CHEE LEONG

YB Encik Lee Chee Leong bersama masyarakat Melayu, Cina, dan India

Di samping itu, beliau juga adalah Timbalan Pengerusi M C A Bahagian Kampar, Ahli
Jawatankuasa M C A Perak dan pada Mei 1993 dilandk sebagai Timbalan Bendahari M C A
Perak.
Bak kata pepatah Melayu, Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal
lengan.' Dengan kedudukannya sebagai wakil rakyat, yang dimenanginya pada tahun 1990,
setelah mengalahkan Chang H i m Hu calon Bebas dan Wong Yoon Choong dari DAP
dengan majoriti 1946, Lee bertekad untuk memperbaiki kehidupan rakyat di kawasan
Tanjung Tualang.
Beliau telah bertemu jodoh dengan isterinya, Dr. Lee Sieng Shuen, seorang doktor
jelita, di satu majlis jamuan pada tahun 1987. Dr. Lee, lulusan Alexanda College, Dublin
baru kembali dari United Kingdom dan sedang menunggu untuk menjalankan
housemanship. Pertemuan yang bermula tanpa diduga akhirnya terangkum indah dalam
gabungan dua kasih sayang. Mereka telah melangsungkan perkahwinan pada 15 Disember
1990. Setakat ini mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Lee Jiann Yiing lahir
pada 11 Ogos 1991 dan Lee Jiann Lin lahir pada 23 Januari 1993.
Walaupun mereka sibuk dengan tugas masing-masing, kedua-duanya ddak lupa
berbakti kepada rakyat melalui bidang yang berlainan. Mereka mempunyai falsafah
menghormati profesion masing-masing, dan dalam kesibukan ini mereka masih mampu
meluangkan masa untuk satu sama lain dan anak-anak yang masih terlalu kecil.

185
YB Tuan Haji Mohamad Wajdi bin Dato' Haji Ishak di samping isteri YM Raja Hajizah binti Raja Mohd. Nadzir
dan anak-anak

«
1

YB TUAN HAJI MOHAMAD WAJDI BIN DATO' HAJI ISHAK


A D U N PANGKOR

apa borek, anak rintik', pepatah ini berlaku ke atas diri Mohamad Wajdi, yang
dilahirkan pada 25 Ogos 1949 di Sidawan.
Anak kepada Allahyarham Dato' Haji Ishak bin Mahmud, bekas wakil
rakyat, dan Datin Hajah Zainab binti Haji Yunus ini menjalani alam persekolahannya
hingga ke peringkat menengah di Sekolah Anglo Chinese, Sitiawan dan lulus Malaysian
Certificate Education.
Sebagai anak sulung, beliau telah diamanahkan untuk mengendalikan urusan per-
niagaan bapanya. Oleh kerana bidang yang diceburinya itu terdedah kepada perhubungan
dengan masyarakat, Mohamad Wajdi telah berjinak-jinak dengan politik. Darah politik yang
diwarisi daripada bapanya menggiatkan penglibatan beliau.
Bermula daripada menjadi Bendahari Pemuda U M N O Cawangan Sitiawan pada
tahun 1974, beliau kemudian menjadi Naib Ketua Pemuda Cawangan hingga tahun 1984.
Pada tahun 1975 beliau dilantik menjadi A h l i Jawatankuasa Cawangan Sitiawan sehingga
tahun 1980. Pada tahun 1976 beliau dilantik pula menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda
U M N O Bahagian Lumut sehingga tahun 1979. Pada tahun 1979 pula beliau menjadi Naib
Ketua Pemuda U M N O Bahagian sehinggalah pada tahun 1984. Pada tahun 1980 pula be-
liau menjadi Ketua U M N O Cawangan Kampung Serdang dan seterusnya dilantik sebagai
A h l i Jawatankuasa U M N O Bahagian. Pada tahun 1984 beliau telah dipilih mengetuai
U M N O Bahagian Lumut sehinggalah ke hari ini.
Seperti kata pepatah, 'ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi', beliau terpilih
menjadi calon BN pada Pilihanraya Umum 1990 yang lalu dan memenangi kerusi Dewan
Undangan Negeri Pangkor yang sebelum ini diperuntukkan kepada MIC. Mohamad Wajdi
telah mengalahkan Komander (B) Abu Hassan bin Usop dari Semangat 46 dengan majoriti
7033.
Mohamad Wajdi dilahirkan dalam keluarga politik. Beliau telah biasa dengan
kehidupan keluarga politik yang sering menerima kedatangan tetamu pada bila-bila masa

187
I

SUARA D A N AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Penganugerah darjah PMP oleh DYMM


Pemangku Raja Perak (1992)

YB Tuan Haji Mohamad Wajdi berserta Tan Sri Ramli dalam satu lawatan

188
YB T U A N HAJI M O H A M A D WAJDI BIN DATO" HAJI ISHAK

sahaja. Begitulah keadaannya sekarang. Rumahnya sentiasa dikunjungi oleh orang kawasan
dan isterinya sangat memahami keadaan itu sehinggakan semasa Mohamad Wajdi mula
menjadi wakil rakyat beliau telah mengambil cuti tanpa gaji buat beberapa ketika.
Mohamad Wajdi telah melangsungkan perkahwinan dengan Raja Hajizah binti Raja
Mohd. Nadzir, seorang kakitangan kerajaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Saat yang
paling membahagiakan kedua-dua pasangan tersebut ialah pada 31 Mac 1977 iaitu detik
mereka diijabkabulkan sebagai raja sehari. Majlis tersebut telah berlangsung di rumah ibu
Raja Hajizah di Klang.
Menyingkap kembali peristiwa perkenalan pasangan tersebut, mereka telah bertemu
di kelas malam FEC Sekolah Anderson, Ipoh pada tahun 1969. Kedua-dua mereka meng-
ikuti pelajaran tingkatan enam. Raja Hajizah yang tinggal bersama neneknya di Ipoh telah
kembali ke Klang setelah tamat tingkatan enam dan memulakan pekerjaan sebagai kerani
di Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja pada tahun 1970, manakala Mohamad Wajdi mene-
ruskan pelajarannya dengan mengikuti kursus enam bulan di Jepun. Perhubungan mereka
bagaimanapun berterusan melalui surat dan akhirnya kedua-dua mereka tidak boleh
dipisahkan lagi dan bersepakat mengambil keputusan untuk bertunang pada tahun 1975.
Setelah mendirikan rumah tangga, Raja Hajizah berpindah ke Ipoh, di mana beliau
bertugas di Jabatan Pendidikan sehingga tahun 1991 dan di Jabatan Pengangkutan Jalan Ra-
ya sehingga sekarang. Mahligai yang mereka bina telah diserikan dengan kehadiran enam
cahaya mata, empat perempuan dan dua lelaki. Anak sulung mereka Noorhana Farahiyah,

189
SUARA D A N AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Wakil rakyat serba boleh

Lawatan ke perkampungan nelayan Pangkor (1991)

190
J

YB T U A N HAJI M O H A M A D WAJDI BIN DATO' HAJI ISHAK

YB Tuan Haji Mohamad Wajdi dengan ahli-ahli UMNO kawasan beliau

16 tahun berada di dngkatan dua, Noorhani Fadhlina, 12 tahun di darjah enam, Nurul
Harlina Haniza, 9 tahun dalam darjah dga, Nurul Illyani, 7 tahun dalam darjah satu, dan
dua orang puteranya Mohamad Zulfadhi, 5 tahun dan Mohamad Zulkifli, 2 tahun, masih
belum bersekolah.
Dalam kegiatan sosial pula, Mohamad Wajdi memegang pelbagai jawatan. Di antara-
nya ialah Ahli Lembaga Pengarah LKIM Malaysia; penasihat Kelab MAYC Daerah Manjong,
pengerusi P E M A D A M Daerah Manjong, pengerusi Persatuan Bola sepak Daerah Manjong
dan timbalan pengerusi Persatuan Bola sepak Melayu Perak.
Di atas khidmat baktinya beliau telah dikurniakan darjah PMP dan JP.

191
YB Tuan Haji Abdullah bin Haji Ahmad bersama isterinya Puan Sabariah binti Md. Hassan
dan anak-anak mereka Asdiana, Saiful Adli, dan Adila

i
YB TUAN HAJI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD
A D U N RUNGKUP

B Tuan Haji Abdullah bin Haji Ahmad dilahirkan pada 13 Mei 1946 adalah
anak kepada Haji Ahmad bin Mahbud dan Puan Cik An bind Abu Bakar. Anak
kelahiran Kampung Pasang A p i , Bagan Datoh ini dilahirkan dalam keluarga
miskin, namun beliau menganggap latar belakang hidupnya sebagai asam garam hidup
yang telah mendorong dan melatih beliau menjadi seorang yang cekal, tahah, dan tidak
mudah mengaku kalah. Sebagai seorang nelayan, pendapatan ayahnya tidak menentu
mengikut keadaan laut dan hasil tangkapan ikan. Ibunya sendasa berusaha menampung
keperluan keluarga dengan menjual kuih. Abdullah sendiri menjual kuih dan apabila mula
bersekolah beliau menjual kuih pada waktu pagi dan membantu ayahnya menjual ikan
pada waktu petang apabila ayahnya balik dari laut selepas waktu zohor. Abdullah
menceritakan bahawa beliau biasa melakukan pelbagai pekerjaan seperd mengambil upah
menebas, bercucuk tanam, dan menolong ayahnya menangkap ikan pada sedap Sabtu dan
Ahad. Bahkan di sepanjang zaman persekolahan, beliau ddak pernah menyertai aktiviti-
aktiviti sekolah oleh kerana desakan hidup yang menghimpit. Pengalaman yang perit ini
telah menguatkan semangatnya untuk berusaha membawa keluarga dan masyarakatnya
keluar daripada belenggu kemiskinan. Malah beliau berpendapat bahawa tidak ada
masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan syarat masalah itu diberi perhatian yang
serius.
Anak sulung daripada dua adik-beradik ini memulakan alam persekolahan di Sekolah
Melayu Kampung Pasang Api sehingga darjah enam. Seterusnya beliau melanjutkan
pelajaran ke Anglo Chinese School dan Government English School Teluk Intan sehingga lulus
peperiksaan Malaysian Certificate Education Beliau yang memahami dan menghayati
kehidupan petani, nelayan, dan orang kampung, memohon dan seterusnya memasuki
Institut Pertanian Serdang pada tahun 1965, dan lulus dengan Sijil Pertanian pada tahun
1966.
Berbekalkan ilmu yang diperolehi, Abdullah memulakan pekerjaan sebagai

193
YB Tuan Haji Abdullah menerima darjah AMP
daripada DYMM Pemangku Raja Perak (1991)

194
YB TUAN HAJI ABDULLAH BIN HAJI A H M A D

Menyampaikan trophy kejohanan Larian Peladang sempena


Perayaan Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan di Ipoh (1993)

juruteknik pertanian di Kampung Gajah pada tahun 1967, dan seterusnya bekerja dengan
Persatuan Peladang Padang Rengas dari tahun 1969 hingga tahun 1971. Dari tahun 1972
hingga l973 beliau menjadi tenaga pengajar di Pusat Latihan Pertanian Manong. Kemudian
pada tahun 1974 beliau ditukar ke Jabatan Pertanian Teluk Intan sehingga tahun 1983.
Pada tahun 1983 beliau dinaikkan pangkat ke Juruteknik Pertanian Kanan dan ditugaskan
di Pusat Pengeluaran Benin Koko Teluk Baru, Hutan Melintang sehinggalah beliau
meletakkan jawatan pada tahun 1990.
Masalah masyarakat petani, nelayan, dan orang kampung sentiasa di jiwanya. Penyer-
taannya dalam U M N O sendiri adalah juga hasil hubungannya dengan masyarakat tani.
Pada tahun 1967, sewaktu bertugas di Kampung Gajah beliau sering memberi ceramah dan
khidmat nasihat kepada petani dalam cara menanam padi, penggunaan baja, dan kaedah
meningkatkan daya pengeluaran. Pergaulan dan penglibatannya dengan masyarakat men-
dorong beliau menjadi ahli U M N O Cawangan Pekan Kampung Gajah pada tahun 1967,
ketika itu Ketua Cawangannya Dato' Haji Ahmad Razali. Abdullah dilantik sebagai Ketua
Penerangan Cawangan sehingga beliau bertukar ke Padang Rengas, di mana beliau men-
jadi ahli U M N O Cawangan Pekan Manong sehingga tahun 1973. Pertukaran kerja ke Teluk
Intan mendorong Abdullah untuk menjadi ahli U M N O di kampung kelahirannya. Maka
bermulalah karier politik yang serius. Beliau dipilih menjadi Ketua Cawangan Kampung
Pasang A p i pada tahun 1973. Dari tahun 1974 hingga 1980 beliau dipilih sebagai A h l i Ja-
watankuasa Bahagian. Pada tahun T980 beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian,
yang ketika itu, disandang oleh YB Yahya Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan
Rungkup. Kekalahan tidak mematahkan semangat perjuangannya. Pada tahun 1982, beliau
bertanding dan memenangani jawatan Naib Ketua Bahagian. Pada pemilihan tahun 1984,
Abdullah bertanding pula untuk jawatan Ketua Bahagian yang disandang oleh YB Dato'
Mohd. Jamrah. Kekalahannya dalam pertandingan ini mengakibatkan beliau tersisih dari-
pada politik Bahagian, sehingga tahun 1987 apabila beliau dijemput menganggotai Jawatan-
kuasa Penaja U M N O untuk memulihkan U M N O di semua peringkat. Setelah U M N O dipu-
lihkan di seluruh negara, dan jentera parti berjalan seperti sediakala, maka pada tahun

195
SUARA D A N AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Tuan Haji Abdullah menyampaikan hadiah pertandingan memasak sempena


perhimpunan Kumpulan Peladang Wanita peringkat Negeri Perak, bertempat di
kampung Sungai Balai Darat, Bagan Datoh (1992)

Merasmikan perayaan Hari Wanita anjuran Pergerakan Wanita UMNO


Bahagian Bagan Datoh (1991)

196
YB TUAN HAJI ABDULLAH BIN HAJI A H M A D

YB Tuan Haji Abdullah bersama ADUN Perak di saw majlis makan malam

1989, Abdullah bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian mengalahkan YB Yahya


Zakaria. Abdullah menghadapi kesukaran dan rintangan sepanjang perjuangannya dalam
U M N O . Namun beliau tetap berpegang teguh kepada prinsip mahu memperbaiki nasib
bangsa.
Bintangnya semakin cerah apabila pada Pilihanraya Umum 1990, beliau dipilih
sebagai calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Rungkup, di mana beliau
mengalahkan Kumar Simin calon Semangat 46 dengan majoriti 3303.
Dari mula lagi, perjuangannya bertujuan meningkatkan taraf ekonomi penduduk
kampung. Sebagai wakil rakyat beliau menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat. Be-
liau yakin kerjasama penduduk kampung dan agensi kerajaan serta perubahan sikap masya-
rakat, amat perlu untuk membaiki kehidupan rakyat. Beliau impikan suatu hari nanti ke-
miskinan dapat dihapuskan dan rakyat dapat hidup dengan sempurna.
Perkongsian hidup hampir 20 tahun dengan Puan Sabariah bind Hassan telah meng-
hasilkan seramai tiga orang cahaya mata. Adila yang dilahirkan pada 15 September 1970
adalah penuntut tahun dga di Wilkes University, Amerika Syarikat, sementara Asdiana yang
dilahirkan pada 2 Februari 1975 sedang mengambil kursus Sedausaha di Kolej Damansara
Utama, manakala Saiful Adli 13 tahun sedang berada di dngkatan satu di Maktab Yayasan
Pelajaran M A R A Bangi.
Pasangan suami isteri ini mahu melihat anak-anak mereka berjaya dalam hidup.
Abdullah sendiri amat pentingkan pendidikan, sementara Sabariah, seorang pendidik yang
membuat pilihan untuk bersara, merupakan ibu yang sentiasa mendorong dan membim-
bing anak-anak dalam pelajaran masing-masing.
YB Tuan Haji Abdullah bin Haji Ahmad telah dikurniakan AMP, A M N , PPT, dan PPN
di atas khidmat baktinya kepada kerajaan dan masyarakat.

197
YB Encik Rajoo bersama isteri Puan Radhamani a/p Karupiah dan
anak-anak mereka Geethanjali, Sundaram, dan Umasangkari
YB ENCIK G. RAJOO
A D U N H U T A N MELINTANG

B Encik Rajoo a/1 Govindasamy dilahirkan di Sungkai, Perak pada 11 Januari


1938. Beliau merupakan anak kepada Govindasamy @ Desari dan Theivanai,
kedua-duanya buruh yang bekerja di Ladang Sungai Sungkai. Walaupun,
Goovindasamy akhirnya menjadi penyelia ladang, namun hidup mereka sekeluarga amat
susah, sepertimana kebanyakan pekerja-pekerja ladang yang lain. Oleh yang demikian,
Rajoo anak kelima daripada enam adik-beradik ini melalui zaman kanak-kanak dan
remajanya dalam serba kekurangan. Namun begitu, beliau bertuah kerana mempunyai ibu
bapa yang menghargai kependngan ilmu. Mereka telah menanamkan semangat rajin di
jiwa anak-anak, dan mendorong mereka belajar bersungguh-sungguh supaya boleh
menjamin masa depan yang cerah.
Rajoo memulakan pendidikan awal di SRJK(T) Sungkai pada tahun 1949 dan lulus
darjah enam. Setelah mendapat kelulusan darjah tujuh, yang pada ketika itu dianggap
kelulusan terdnggi dan kedka negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Rajoo telah
pun memulakan kerjayanya sebagai seorang pendidik. Pada tahun 1959, beliau mengikuti
Normal Teacher Training Class di Ipoh pada sedap hari Sabtu dan Ahad selama tiga tahun
sehingga meraih sijil perguruan pada tahun 1962. Sijil ini melayakkan beliau dilantik
sebagai guru tetap. Rajoo yang bercita-cita tinggi, tidak menghiraukan penat lelah dan masa
demi melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan. Beliau mendidik anak bangsanya
di SRJK (T) Sungkai pada waktu pagi, dan pada sebelah petang beliau menaiki bas ke
Tapah untuk mengikuti Further Education Class di Sekolah Menengah Buyong A d i l , di
dalam tingkatan tiga, empat dan lima, sehingga lulus peperiksaan Malaysian (certificate
Education pada tahun 1971. Berkat kesungguhan dan azam yang menebal, kerjayanya
meningkat. Pada tahun 1970, beliau dinaikkan pangkat kepada guru besar SRJK (T)
Sungkai.
Rajoo adalah seorang yang aktif dalam kegiatan kemasyarakatan. Sejak tahun 1959
lagi, beliau telah menyertai MIC Cawangan Sungkai. Bakat kepimpinannya diiktiraf apabila

199
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Encik Rajoo menerima darjah PMP (1983)

YB Encik Rajoo dalam majlis penamaan calon Pilihanraya Umum (1990)

200
YB ENCIK G. RAJOO

YB Encik Rajoo bersama ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO dan ahli-ahli MK

beliau dipilih memegang jawatan Ketua Pemuda Cawangan dari tahun 1960 hingga tahun
1962, dan seterusnya sebagai Setiausaha Cawangan dari tahun 1963 hingga 1979. Apabila
beliau berpindah ke Ipoh, ekoran perlantikannya sebagai guru besar SRJK (T) Tanjung
Rambutan, beliau dipilih menjadi Pengerusi MIC Cawangan Kuala Pari, jawatan yang di-
sandangnya sehingga sekarang. Perkembangan beliau di dalam arus politik MIC terus me-
ningkat apabila beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda MIC Perak dari tahun 1971 hingga
tahun 1974, Bendahari MIC Perak dari tahun 1975 hingga 1978, Setiausaha M I C Perak
pada tahun 1980 hingga sekarang, dan Ahli Majlis Terdnggi MIC Kebangsaan pada tahun
1985 hingga sekarang. Kejayaan demi kejayaan yang dicapainya tidak menghairankan kera-
na beliau amat disenangi oleh masyarakat kerana sifatnya yang mudah mesra. Beliau menya-
takan bahawa kejayaannya adalah di atas sokongan dan kerjasama orang ramai, dan kerja-
sama ini menjadi pendorong untuk beliau terus memajukan masyarakat India khususnya
dan negeri amnya.
Kegiatan kemasyarakatan Rajoo tidak sekadar politik sahaja. Menyedari hakikat baha-
wa anak-anak muda India tidak mempunyai tempat mencurahkan tenaga dan masa di sam-
ping MIC, beliau mengasaskan Kelab Bell Tamil Sungkai pada tahun 1972, di mana beliau
menjadi pengerusinya sehingga tahun 1977. Rajoo juga adalah Ahli Jawatankuasa Kelab Bell
Perak dari tahun 1975 hingga tahun 1980, dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Besar Ipoh
sejak tahun 1985. Derma baktinya kepada masyarakat amat jelas. Keprihatinannya terhadap
kelemahan masyarakat India di negara ini menjuruskan beliau bekerja luar daripada tugas
sebagai guru besar. Beliau sering melawat murid-murid di rumah, terutama murid-murid
yang bermasalah dan membincangkan masalah itu dengan ibu bapa mereka. Beliau juga
suka menimbulkan kesedaran di kalangan ibu bapa terutama di ladang-ladang, agar mem-
beri perhatian yang serius terhadap pelajaran anak-anak. Beliau sedar bahawa ramai ibu
bapa yang keluar ke ladang waktu stibuh lagi, sewaktu anak-anak masih tidur, lantaran tidak
tahu sama ada anak-anak pergi ke sekolah atau tidak. Beliau menasihatkan agar satu sistem
rujukan diadakan supaya anak-anak tidak akan terus tercicir. Rajoo sungguh bangga de-
ngan kerjayanya sebagai pendidik. Wajahnya ceria apabila mengenangkan waktu itu. Bagi-
nya cabaran yang terbesar adalah supaya menentukan agar kaum India terdidik untuk masa
hadapan mereka terjamin. Perjuangannya berterusan, dan walaupun beliau telah bersara
pada tahun 1986, kerjayanya sebagai ahli politik boleh meningkatkan martabat masyarakat
keturunan India.

201

SUARA D A N AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

Majlis perasmian kuil di Hutan Melintang (1992)

YB Encik Rajoo mengikut Tan Sri Ramli meiawat Korea Selatan

202
YB ENCIK G. RAJOO

YB Encik Rajoo menyambut ulangtahunnya yang ke-50

Oleh itu di bawah payung MIC, beliau menubuhkan program tadika dan kelas bim-
bingan UPSR. Setakat ini sambutan terhadap kelas-kelas tersebut sungguh menggalakkan.
Rajoo yakin bahawa masyarakat India akan datang akan lebih terdidik dan kualiti hidup
mereka akan bertambah baik.
Rajoo dilantik sebagai senator pada 1 April 1986, jawatan yang disandangnya untuk
satu setengah penggal iaitu selama empat tahun setengah. Pada 9 Oktober 1990 beliau
meletakkan jawatan untuk bertanding di dalam Pilihanraya Umum 1990 di atas tiket B N .
Beliau telah menang dengan majoriti 3343 mengalahkan M.A. Vadiveloo dari Semangat 46.
Rajoo telah mendirikan rumah tangga dengan Cik K Radhamani anak gadis dari
Kapar, Selangor pada tahun 1967, di dalam satu upacara di sebuah kuil di Kuala Lumpur.
Perkahwinan atas pilihan ibu bapa ini telah dikurniakan tiga orang anak, dua perempuan
dan seorang lelaki. Anak lelaki tunggal mereka, Sundaram dilahirkan pada 9 Januari 1968,
seorangjurutera, memiliki Sarjana Kejuruteraan Awan dari United Kingdom, Geethanjali
yang lahir pada 6 November 1970 adalah seorang kerani, sementara Umasangkari yang
lahir pada 7 Julai 1972, akan melanjutkan pelajaran ke India dalam bidang perubatan.
Sesungguhnya, Rajoo mempratikkan apa yang disarankannya kepada masyarakat India.
Walaupun beliau sibuk, Rajoo sentiasa meluangkan masa untuk mendidik anak-anaknya
sehingga mereka berjaya. Radhamani, seorang suri rumah sepenuh masa bersama
mengasuh dan mendidik anak mereka mengikut citarasa suaminya. Sekarang beliau
mempunyai masa untuk menyertai kegiatan-kegiatan MIC dan aktiviti- aktiviti BAIDURI.
Walaupun pengiktirafan tidak dicari, usaha-usahanya telah mendapat perhatian. YB
Rajoo telah dikurniakan A M P , K M N , PJK, PPT, dan JP di atas segala khidmat baktinya.

203
YB Encik S. Veerasingam sekeluarga
Puan Usha Veerasingam, YB Encik 5. Veerasingam, Canindran (cucu), dan Darshani (cucu)
Sharmila Singam, Premani Singam, Viknesh Singam, Shanti Singam, dan Ragevan (menantu)

201
YB ENCIK S.VEERASINGAM
A D U N SUNGKAI

B Encik S.Veerasingam yang lahir di Nibong Tebal pada 13 Oktober 1941


memang dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Ayahnya Encik V.
Suppiah seorang mekanik di JKR dan ibunya Puan P.Thanapakiam seorang suri
rumah cuba mengasuh dan mendidik lima orang anak-anak mereka supaya menghargai
ilmu. Justeru itu mereka diberikan pelajaran yang secukupnya. Untuk menampung keper-
luan keluarga, Veera anak sulung daripada lima adik-beradik, empat lelaki dan seorang pe-
rempuan, terpaksa mencari rezeki dengan menjual kuih-muih. Sebelum pergi ke sekolah,
beliau akan mengayuh basikal berulang-alik sejauh 20 batu untuk menjual kuih. Berkat da-
ya usaha yang gigih daripada ibu bapa dan beliau sendiri, kesemua adik-beradiknya
mencapai kejayaan. Beliau bangga adiknya S.Visualingam adalah seorang pembantu hospi-
tal, S.Moggen seorang pegawai insuran, S.Chandragesan seorang peguam di syarikat guam-
annya sendiri, sementara adik perempuannya, Saraswathy telah pun mendirikan rumah
tangga. Kemiskinan tidak pernah melemahkan semangatnya untuk berjaya. Walaupun perit
ia tetap diharungi dengan tabah.
Veera memulakan alam persekolahan di Sekolah Inggeris Batu Road, diikuti dengan
Sekolah Inggeris ACS Parit Buntar. Veera seringkali bertukar-tukar sekolah semasa remaja-
nya, kerana mengikut ayahnya yang sering merantau mengikut arahan majikan. Setelah
menamatkan persekolahan, Veera yang bercita-cita untuk menjadi guru mendapat peluang
memasuki Maktab Latihan Harian Pulau Pinang dan seterusnya Maktab Perguruan Kota
Baharu. Dengan Sijil Perguruan Sekolah Rendah dan Sijil Bahasa Melayu dalam genggam-
an, beliau mengajar di SRK Batu Pekaka, Kuala Ketil, Kedah dari tahun 1962 hingga 1964.
Bermula dari 1 Januari 1965, beliau mengajar di SRK Methodist (ACS) Kampar selama 25
tahun hingga membuat pilihan bersara pada 8 Oktober 1990. Beliau dikenang oleh bekas
murid-muridnya dan rakan-rakan guru sebagai seorang guru yang dedikasi dan aktif di da-
lam dan di luar sekolah.
Sejak di bangku sekolah lagi, Veera cergas dalam kerja-kerja sosial dan kebajikan. Sela-

205
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Encik 5. Veerasingam menerima darjah AMP (1985)

YB Encik S. Veerasingam geli had di atas sesuatu yang dibualkan


oleh YB Dato Lok Yuen Yow, Timbalan Menteri Kewangan

206
YB ENCIK S.VEERASINGAM

YB Encik S. Veerasingam dijulang apabila beliau menang dalam pemilihan


Majlis Tertinggi MIC Kebangsaan (1991)

ma menetap cli Kampar, beliau memberi perkhidmatan yang meluas di beberapa kelab dan
persatuan. Bidang ini mudah diceburi memandangkan penvatakannya yang senang mesra
dengan orang ramai. Di antara jawatan sukarela yang disandangiiya ialah Presiden Majlis
Sukan India Perak, Pengerusi Kelab Taekwondo Kampar, Pengerusi Kuil Sri Nagammal
Kampar, Naib Pengerusi Persatuan Bola sepak Kampar, Ahli Jawatankuasa Majlis Sukan
India Malaysia, Naib Presiden Persatuan Kavadi Malaysia, dan Penasihat Persatuan Karate
Do Perak.
Beliau mula menceburkan diri dalam politik pada tahun 1967 sebagai Naib Pengerusi
MIC Kampar. Perjuangannya mudah. Beliau bercita-cita melepaskan kaum India, terutama
kaum India di dalam estet dan luar bandar dari belenggu kemiskinan dan menyedarkan
mereka tentang betapa pentingnya pendidikan. Beliau berpendapat bahawa kemiskinan
serta sikap masyarakat kaumnya sendiri boleh menyekat kemajuan.
Veera telah berjaya menaiki tangga kepimpinan MIC daripada Naib Pengerusi ke
Pengerusi Kampar Jaya, Ketua Bahagian MIC Kampar, Ahli E X C O MIC Negeri Perak, dan
seterusnya A h l i Majlis Tertinggi MIC Kebangsaan, satu kejayaan yang penuh bermakna.
Bintangnya terus bersinar apabila beliau telah dinamakan sebagai calon BN bagi Dewan
Undangan Negeri Kawasan Sungkai dalam Pilihanraya Umum 1990. Beliau telah berjaya
mengalahkan John Richard Woodworth dari DAP dengan majoriti 2747. Dengan kejayaan
ini, dan sebagai wakil rakyat beliau sering memenuhi keperluan-keperluan rakyat dan
mewakili kepentingan semua pengundi di kawasannya.
Veera mula berkenalan dengan Usha seorang gadis jelita, pada tahun 1962. Pertemu-
an mereka di majlis pertunangan emak saudara Usha merupakan cinta pertama yang
membawa mereka ke gerbang perkahwinan pada tahun yang sama. Pasangan bahagia ini
telah dikurniakan empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki, iaitu Shanti,

207
SUARA DAN AMANAH SKETSA PEMIMPIN PERAK

YB Encik S. Veerasingam mengadakan perjumpaan dengan


orang-orang asii Kg. Tisoong, Sungkai (1992)

YB Encik S. Veerasingam menjamu selera bersama penduduk


Kampung Guntung, Periuk Sungkai
YB ENCIK S.VEERASINGAM

Ucapan perasmian Pertandingan Kabadi Kebangsaan sempena Perayaan Hari Kebangsaan (1993)

Sharmila, Premani dan Viknesh. Shanti mengikut jejak ayahnya menjadi seorang guru, se-
mentara Sharmila sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia, Premani bertugas
di Southern Bank Berhad dan Viknesh akan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia ddak lama lagi.
Usha sendiri bergiat aktif dalam Wanita MIC dan memegang jawatan Pengerusi Wa-
nita MIC Cawangan Matahari, Kampar. Beliau juga bergiat cergas dalam BAIDURI sejak
tahun 1990 dan merupakan seorang pemain badminton BAIDURI.
YB S.Veerasingam telah dikurniakan A M N dan PJK di atas jasanya yang meluas dalam
bidang sukarela dan politik.

209
SENARAI DARJAH KEBESARAN, DARJAH, PINGAT, DAN ANUGERAH

DARJAH KEBESARAN

SPCM
Seri Paduka Cura Si Manja Kini
DPCM
Dato' Paduka Cura Si Manja Kini
DPMP
Dato' Paduka Mahkota Perak

DARJAH
PCM
Paduka Cura Si Manja Kini
PMP
Paduka Mahkota Perak
ACM
Ahli Cura Si Manja Kini
AMP
Ahli Mahkota Perak

PINGAT
PPT
Pingat Pekerti Terpilih
PJK
Pingat Jasa Kebaktian

ANUGERAH

JP
Jaksa Pendamai
Penulis buku ini Raja Noora
Ashikin Raja Abdullah atau sering
d i p a n g g i l dengan nama Raja
Noora, bukan sahaja pernah me-
megang jawatan penting dalam
bidang profesional kewangan dan
pelaburan, tetapi sangat aktif da-
lam kegiatan seni, sosial, dan su-
kan. Lepasan jurusan ekonomi dan
pentadbiran dari Universiti Malaya
i n i sekarang berada langsung da-
lam kehidupan politik, terutama
sebagai isteri pemimpin tertinggi
politik Perak dan pucuk pimpinan
kerajaan negeri. Justeru itu beliau
adalah antara yang paling hampir
dengan tokoh-tokoh politik negeri
sehingga memungkinkan beliau
merakamkan perhatian dan penga-
lamannya tentang peribadi dan ke-
luarga tokoh-tokoh tersebut secara
auientik. Ini adalah karya awal dari-
pada apa yang bakal lahir dari ta-
ngannya pada masa depan.

Anda mungkin juga menyukai