Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim...

Yang Berbahagia Datuk Haji Fadillah Bin Hj Yusof, Calon P. 194 Petra Jaya

Yang Berusaha Tuan Haji Obeng Bin Koteng, Penghulu Kampung Pinang Jawa dan Kawasan Matang

Yang Berusaha Ketua Kaum Pinang Jawa/ Gita Tengah/ Gita Laut dan Laruh Skim

Ketua-ketua ranting, Ketua Ketua Wanita, Ketua-ketua Pemuda Pinang Jawa,/ Gita Laut/ Gita Baru/ Gita Tengah

Ketua-ketua yang mewakili kaum Iban, Pengerusi Saberkas, Tadika Islam dan Surau Darul Naim Gita Lama

Dan semua penduduk Gita Lama

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Selamat Datang ke Majlis Bersembang bersama YBhg Datuk Haji Fadillah bin Hj. Yusof Calon 194 Petra Jaya.

Sebelum saya meneruskan ucapan saya ini, terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian YBhg Datuk untuk meluangkan masa, menghadirkan diri pada majlis hari ini.

Dengan kehadiran YBhg Datuk , dapatlah kami meluangkan masa bersama YBhg Datuk serta menyuarakan kekurangan di kawasan kami.

Untuk makluman YBhg Datuk, permasaalahan kami ini akan disuarakan oleh wakil penduduk daripada bahagian pembangunan, bahagian pendidikan, bahagian kebajikan dan bahagian Persatuan.

Sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg Datuk kerana sudi hadir pada pagi ini walaupun YBhg Datuk kepenatan setelah menghadiri pelbagai jemputan dan ceramah. Ucapan terima kasih ini ditujukan juga kepada Ustaz Haji Abdul Latif B Hj Abdul Karim, Pengerusi Surau Darul Naim, kerana memberi keizinan menggunakan perkarangan dan kelengkapan Surau.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya menyampaikan dua rangkap pantun.

Cincin permata kilauan cahaya, Cincin suasa pengikat mesra Beza Ranting, Agama, dan Budaya, Bukan penghalang penyatuan bangsa

Barisan Nasional memang terbaik.. Ikut menifesto rakyat bahagia.. Sekali ini kita bagi naik.. Perintah negara aman sentosa.. saya meminta semua jemputan dan penduduk untuk sama-sama berdiri sebagai tanda sokongan , dengan laungan SATU YANG BERBAHAGIA DATUK, SATU YANG BERBAHAGIA DATUK, SATU YANG BERBAHAGIA DATUK , HIDUP BN.

Sekian.

Wabillahittaufiq

Walhidayah

Wassalamualaikum

Warrahmatullahi Wabarakatuh...

Anda mungkin juga menyukai