Anda di halaman 1dari 6

MP002

FACILITY
PAGES
MANAGEMENT 1 OF 6
23.10.2018
MOBILIZATION &
PUBLISH REVISION:
DEMOBILIZATION NO: 01 00

1.0 PENGENALAN

Pelan pengurusan ini mewujudkan dan melaksanakan pergerakan yang menyeluruh


dan rancangan pengurusan mobilisasi dan demobilisasi menurut peraturan dan
spesifikasi teknikal yang ditetapkan di dalam kontrak. Namun disebabkan oleh
peralihan kontrak lama dengan kontrak yang baru yang melibatkan kontraktor yang
berbeza, maka pengurusan mobilisasi telah dikeluarkan dalam skop kontrak baru.

2.0 OBJEKTIF

Pelan Pengurusan Mobilisasi dan Demobilisasi ini bertujuan bagi menyediakan


sumber yang relevan dan diperlukan dalam proses mobilisasi dan demobilisasi.

3.0 SKOP

Skop kerja projek ini adalah meliputi penubuhan rancangan untuk proses mobilisasi
dan demobilisasi semasa proses pengambil–alihan (taking over) kontrak baru dan
proses keluar dari tapak setelah tamat kontrak perkhidmatan.

Pelaksanaan Kontrak adalah mengikut “Technical Specification Appendix 4”


(Dokumen Kontrak),

Clause 4.2 - Demobilization Management

4.0 DEFINISI DAN SINGKATAN

4.1 Demobilization – Demobilisasi : Aktiviti yang meminimakan penggunaan


sumber untuk mengendalikan dan mengekalkan aset, menjelaskan dan
memperbetulkan semua kecacatan sebelum tarikh akhir kontrak dan
menyerahkan kepada kontraktor yang baru.
4.2 Mobilization – Mobilisasi : Proses perancangan kerja yang melibatkan aktiviti-
aktiviti kerja sebelum pemilikan tapak yang memerlukan penyediaan sumber
manusia, kewangan, peralatan, proses kaedah kerja dan pengesahan dari
pihak pelanggan terhadap pemilikkan tapak kerja.
MP002
FACILITY
PAGES
MANAGEMENT 2 OF 6
23.10.2018
MOBILIZATION &
PUBLISH REVISION:
DEMOBILIZATION NO: 01 00

4.3 JKR – Jabatan Kerja Raya


4.4 MSB – Mohisma (M) Sdn Bhd
4.5 FM – Pengurusan Fasiliti
4.6 P.P – Pegawai Penguasa
4.7 MD – Pengarah Urusan
4.8 FMgr – Pengurus Fasiliti
4.9 SrM – Pengurus Kanan
4.10 Mgr – Pengurus (Perkhidmatan Korporat/ Kewangan/ Operasi/
Sumber Manusia)
4.11 HOD – Head of Department (Ketua Jabatan)
4.12 Exec – Eksekutif Kanan/ Eksekutif/ Penyelia/ Penjaga Jentera

5.0 PELAN PENGURUSAN

5.1 Pengurusan Kos


Kos bagi projek pengurusan mobilisasi dan demobilisasi ini adalah mengikut norma
kos tertentu sebagaimana kontrak dan dirunding dengan pihak Kerajaan seperti
rujukan yang terkandung dalam cadangan Projek Pengurusan Fasiliti berkaitan.

5.2 Pengurusan Masa


5.2.1 Tempoh untuk pengurusan demobilisasi adalah dua minggu dari tempoh akhir
kontrak selesai.
5.2.2 MSB perlu mengenalpasti sebarang kecacatan (defect) yang ditemui
sepanjang tempoh demobilisasi tersebut dan memaklumkan pihak berkaitan.
5.2.3 Tempoh pengurusan mobilisasi dianggap tiada disebabkan oleh peralihan
kontrak lama dengan kontrak yang baru melibatkan kontraktor yang sama
sahaja dan tiada perubahan besar dilakukan.

5.3 Pengurusan Kualiti


5.3.1 MSB perlu membentuk dan melaksanakan Pelan Pengurusan Demobilisasi
yang termasuk tapi tidak terhad kepada :-

5.3.1.1 Carta Organisasi bagi tempoh demobilisasi


5.3.1.2 Butiran Sumber (kakitangan dan peralatan) yang akan disediakan
semasa demobilisasi
MP002
FACILITY
PAGES
MANAGEMENT 3 OF 6
23.10.2018
MOBILIZATION &
PUBLISH REVISION:
DEMOBILIZATION NO: 01 00

5.3.1.3 Mengemukakan jadual terperinci (detailed schedule) semua aktiviti


dan pencapaian utama (key milestone). Jadual tersebut perlu
membuktikan kejayaan dan pencapaian proses demobilisasi tepat
pada masanya.
5.3.1.4 Pelan pengurusan tersebut perlu selaras dengan semua pelan
pengurusan lain MCSB dan perancangan Pegawai Penguasa (P.P)
atau wakilnya.

5.3.2 MSB perlu memastikan Pengurusan Mobilisasi dan Demobilisasi memenuhi


kriteria berikut:
5.3.3.1 Mengambil alih perkhidmatan FM yang berhubungan dengan
pengurusan utiliti atau perkhidmatan mengikut kehendak Pegawai
Penguasa (P.P) atau wakilnya.
5.3.3.2 Memastikan perkhidmatan FM disediakan secara berterusan tanpa
gangguan di sepanjang tempoh tersebut.
5.3.3.3 Memastikan semua sistem pengurusan dilaksanakan dan kakitangan
yang sesuai dilatih dan ditempatkan dalam tempoh mobilisasi dan
demobilisasi tersebut.
5.3.3.4 Menguruskan aktiviti mobilisasi dan demobilisasi secara teratur dan
tersusun.
5.3.3.5 Menyediakan cadangan senarai tenaga kerja atau kakitangan untuk
diluluskan Pegawai Penguasa (P.P) atau wakilnya.
5.3.3.6 Mengemukakan pelan pengurusan mobilisasi dan demobilisasi yang
akan diluluskan oleh Pegawai Penguasa (P.P) atau wakilnya sebelum
tarikh permulaan kuatkuasa yang ditentukan Pegawai Penguasa
(P.P) atau wakilnya.
5.3.3.7 Melaksanakan sistem dan prosedur pengurusan sepanjang tempoh
mobilisasi dan demobilisasi tersebut.
5.3.3.8 Menyediakan kakitangan yang sesuai untuk menghadiri semua
taklimat dan sesi latihan yang diadakan oleh Pegawai Penguasa
(P.P) atau wakilnya
5.3.3.9 Menyediakan kakitangan yang sesuai untuk menghadiri apa-apa
aktiviti lain yang diperlukan oleh Pegawai Penguasa (P.P) atau
wakilnya.
MP002
FACILITY
PAGES
MANAGEMENT 4 OF 6
23.10.2018
MOBILIZATION &
PUBLISH REVISION:
DEMOBILIZATION NO: 01 00

5.3.3.10 Mengadakan Kumpulan Pelarasan Peralihan (Transition


Coordination Group) yang terdiri dari kalangan Pegawai Penguasa
(P.P) atau wakilnya, kontraktor yang berjaya dan pelanggan bagi
pengurusan demobilisasi.

5.4 Pengurusan Risiko


Antara risiko yang mungkin terlibat bagi pelan pengurusan mobilisasi dan
demobilisasi ini. Walaubagaimanapun, secara khususnya pengurusan risiko adalah
merujuk kepada Pelan Pengurusan Risiko yang disediakan.
5.4.1 Ketidakakuran aktiviti FM yang dirancang untuk disiapkan mengikut
jadual asal menyebabkan tempoh demobilisasi tertunda (delayed) dari
perancangan.
5.4.2 Kelancaran kerja akan terbantut jika pengurusan mobilisasi tidak
dilaksanakan dengan terancang dan berkesan serta menyebabkan
operasi pengguna terganggu.

5.5 Pengurusan Komunikasi


5.5.1 Penyediaan dokumen berkaitan dengan proses mobilisasi dan
demobilisasi berkaitan aliran komunikasi adalah sepertimana
ketetapan dan persetujuan Pegawai Penguasa (P.P) JKR atau
wakilnya.
5.5.2 Komunikasi antara MCSB dan pelanggan perlu disalurkan melalui
kakitangan yang dilantik terhad kepada bidang kuasa masing-masing.
Komunikasi antara MCSB dan pengguna/penghuni perlu disalurkan
melalui Mgr/Exec serta dimajukan kepada FMgr/SrM.
5.5.3 Adalah menjadi tanggungjawab SrM/Mgr untuk memaklumkan kepada
FMgr sebarang permasalahan yang timbul semasa perlaksanaan kerja
dalam tempoh ini.
5.5.4 SrM/Mgr adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua
peringkat staf memahami sebaik mungkin tanggungjawab dan bidang
kuasa masing-masing sepanjang tempoh mobilisasi dan demobilisasi.
MP002
FACILITY
PAGES
MANAGEMENT 5 OF 6
23.10.2018
MOBILIZATION &
PUBLISH REVISION:
DEMOBILIZATION NO: 01 00

5.6 Pengurusan Sumber Manusia


5.1.1 Pengurusan sumber bagi pelan ini menentukan tanggungjawab, kuasa
dan fungsi pelaporan kakitangan yang terlibat dalam tempoh
mobilisasi dan demobilisasi tersebut.
5.1.2 MSB perlu mengambil alih perkhidmatan FM yang berkaitan dengan
utiliti atau perkhidmatan atas permintaan Pegawai Penguasa (P.P)
atau wakilnya.
5.1.3 Selain dari itu sumber manusia perlu mengemukakan senarai
cadangan kakitangan pengurusan utama dan pasukan mobilisasi dan
demobilisasi tapak mengikut kelulusan Pegawai Penguasa (P.P) atau
wakilnya.
5.1.4 Jumlah Sumber Manusia bagi pemilihan kakitangan pengurusan
ditetapkan bersama Wakil P.P

5.7 Pengurusan Perolehan


5.7.1 Sebarang urusan pembelian akan dibekukan sekiranya perlu bagi
tempoh tersebut bagi memudahkan proses demobilisasi jika semua
defect telah telah sempurna dilaksanakan dan telah diperakui.
5.7.2 Pengurusan perolehan melibatkan proses pengemasan peralatan dan
dokumen syarikat keluar dari tapak projek.

5.8 Pengurusan Integrasi


5.8.1 Pelan-pelan perancangan berkaitan dengan Pengurusan Demobilisasi ialah :
(i) Pelan Pengurusan Kualiti (Quality Management Plan)
(ii) Pelan Pengurusan Perolehan (Procurement Management Plan)
(iii) Pelan Pengurusan Peralihan (Transition Management Plan)
(iv) Pelan Pengurusan Sumber Manusia (HR Management Plan)
(v) Pelan Pengurusan Operasi & Senggaraan
(Operation & Maintenance Management Plan)
MP002
FACILITY
PAGES
MANAGEMENT 6 OF 6
23.10.2018
MOBILIZATION &
PUBLISH REVISION:
DEMOBILIZATION NO: 01 00

6.0 OUTPUT

6.1. Initial Defect Report


6.2. Key Management Personnel
6.3. List of Tenant/ Department
6.4. List of Receiving Material/ Parts
6.5. List of As-Built-Drawing
6.6. List of Operation Manual

7.0 RUJUKAN

7.1. Dokumen Kontrak ”Pengurusan Bangunan Sultan Iskandar Bukit Chagar Johor
Bahru” (No. Kontrak : XXXXXXXXXXX)
7.2. A Guide to The Project Management Body of Knowledge 3rd Edition (PMBOK
3rd Edition, 2004), An American National Standard, Project Management
Institute Pennyslvania, 2004
7.3. International Standard ISO 9001:2008 Quality Management System –
Requirement
7.4. Manual Sistem Pengurusan Bersepadu MSB

8.0 LAMPIRAN

8.1 Carta Organisasi Mobilisasi dan Demobilisasi


8.2 Jadual Kompetensi Kakitangan Operasi & Senggaraan
8.3 Senarai Peralatan

Anda mungkin juga menyukai