Anda di halaman 1dari 2

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK PEDAS Kod Sekolah: NEA 3038

1. Nama Guru MOHAMMAD RIDZUAN BIN ZAIDIN

2. Judul Menangani Sifat Marah 3. Bidang: Motivasi

4. Pengarang Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, 5. Muka Surat:104


Mumtazah Tumian dan Mahfuzah
Omar
6. Terbitan Telaga Biru sdn. bhd
7. Sinopsis :
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri. Sifat
marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang lepas
bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan garang. Ianya digelar
raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti singa
sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga kanak-kanak
pun mampu terpikat kepadanya,
Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah. Marah
harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi tidak
menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.
Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang terjadi
kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia tetap singa.
Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat serta menjadi dalil
sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji,
mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan
harmonis.
Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al
Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang disarankan
untuk menjadi amalan sekeluarga.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak
terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya. Marah
yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan, menjadikan diri
dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah
tinggi dan jangkitan kuman.
Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti
beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang sedang
marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri bahawa marah
bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia bertamadun,
memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka orang yang sedang
marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk dan
bersembahyang sunat.
“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”.
(Al Ankabut : 45)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah
tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar
yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah
laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi
supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal
kemarahan kerana marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti
melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-
pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru
untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.

1 Kesimpulan
0

Tuntasnya, sifat marah perlu dizahirkan dalam bentuk lain seperti keazaman , kesungguhan, kegigihan,
kerja keras, semangat mengatasi orang lain, dan paling penting ilmu mengawal kemarahan perlu
dikuasai supaya diri menjadi individu yan berjaya di dunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai