Anda di halaman 1dari 13

Arahan :

1. Baca dengan teliti sebelum menjawab soalan.

2. Latihan boleh dibuat di dalam buku latihan yang kosong, di dalam


kertas atau jika ada mesin pencetak, boleh cetak soalan yang
disediakan.

3. Jika latihan dibuat dengan menyalin, sila salin soalan dan tulis
jawapannya.

4. Maksud simpulan bahasa boleh dicari di laman web.

5. Untuk soalan pemahaman, sila jawab dengan lengkap.

6. Buat latihan mengikut tarikh yang ditetapkan.

7. Latihan tambahan boleh dibuat pada bila - bila masa jika


berkesempatan.

8. Latihan yang dibuat akan dibincangkan apabila sekolah dibuka


semula.

9. Mohon bantuan ibu bapa untuk bimbing anak - anak dalam melakukan
latihan.
Tarikh : 30 Mac 2020

Simpulan Bahasa

Tulis maksud simpulan bahasa di bawah.

1. Ada angin

2. Ada bakat

3. Ada jalan

4. Ajak - ajak ayam

5. Alas perut
Tarikh : 30 Mac 2020

Tatabahasa

KATA SENDI

Kata sendi nama Penerangan


Di untuk menunjukkan tempat
Ke untuk menunjukkan tempat, arah
yang ditujui atau masa
Dari untuk menunjukkan tempat, tempat
asal, tempat bermula atau masa.
Daripada untuk menunjukkan punca bagi
manusia, berada dan perbandingan.
Pada untuk menunjukkan keterangan
waktu, manusia dan benda.
Kepada untuk menunjukkan tempat, orang
atau haiwan yang ditujui.

Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

1. Adib menerima hadiah _________________ kakaknya.

2. Abu hendak ______________ kedai.

3. Kami akan bertolak _______________ pukul 10.00 malam nanti.

4. Jika awak tidak faham, tanyalah ____________ Ariff.

5. PemilihanTokoh Nilam Peringkat Negeri Kedah akan ______ adakan di


Pusat Sumber Negeri Kedah.

6. Nenek berasal ___________ Kelantan.


Tarikh : 1 April 2020

Simpulan Bahasa

Tulis maksud simpulan bahasa di bawah.

1. Ambil angin

2. Ambil berat

3. Anak emas

4. Asam garam

5. Atas pagar
Tarikh : 1 April 2020

Susun perkataan dibawah supaya menjadi ayat yang lengkap.

1. berkunjung Adam pasar malam. ke Pada hari Ahad,

2. dan Adam berkawan Haziq baik.

3. rosak. Beg Adam sekolah sudah

4. berbasikal Setiap hari, sekolah. ke Adam

5. berwarna putih baju Adam sekolah. ke memakai

6. membeli Adam kantin sekolah. di makanan


Tarikh : 6 April 2020

Simpulan Bahasa

Tulis maksud simpulan bahasa di bawah.

1. Ayam tambatan

2. Banyak akal

3. Banyak mulut

4. Batu api

5. Batu loncatan
Tarikh : 6 April 2020

Tatabahasa

Kategorikan perkataan di bawah mengikut kumpulan.

hospital Haziq Perodua Myvi motorsikal Sang Kancil


cermin mata Jalur Gemilang kucing Perak perempuan
kereta Sang Belang kasut Seremban gajah
Si Jalak sekolah Batu Pahat lelaki Adam

Kata Nama Am Kata Nama Khas


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Tarikh : 8 April 2020

Simpulan Bahasa

Tulis maksud simpulan bahasa di bawah.


1. Bau - bau bacang

2. Bawa hati

3. Berat lidah

4. Berat sebelah

5. Berat tulang

Tarikh : 8 April 2020


Latihan Tambahan
Simpulan Bahasa

Tulis maksud simpulan bahasa di bawah.

1. Bertegang leher

2. Besar hati

3. Besar kepala

4. Bidan terjun

5. Buah mulut

Latihan tambahan
Gariskan kata adjektif yang sesuai.

1. Daging itu dihiris (tebal, nipis) agar cepat empuk.

2. Saya suka makan keropok ikan kerana rasanya (sedap, hebat).

3. Udara di pergunungan memang (enak, nyaman).

4. Dia datang (lanjut, lambat) kerana rumahnya jauh dari sekolah.

5. Riana berasa (segar, penat) setelah bermain agak lama.

6. Peristiwa (ganjil, panas) yang berlaku di kawasan itu telah menggemparkan


orang ramai.

7. Para peminat bola sepak berbaris (cepat, panjang) untuk membeli tiket
perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional.

8. Fajar hanya kelihatan pada waktu (siang, subuh).

Latihan Tambahan
Simpulan Bahasa

Tulis maksud simpulan bahasa di bawah.

1. Buta huruf

2. Cahaya mata

3. Cakar ayam

4. Cakap besar

5. Campur tangan

Latihan Tambahan
Bina ayat berdasarkan gambar dan perkataan yang diberikan.

Anda mungkin juga menyukai