Anda di halaman 1dari 2

PENANAMAN JAGUNG MANIS

Posted on February 21, 2017 by Harress


Jagung sejenis tanaman monoeciuos dimana bunga jantan dan bunga betina tumbuhan
ini terpisah dalam satu tanaman. Jagung adalah tanaman buah buahan yang sangat
digemari oleh rakyat Malaysia terutama kanak kanak kerana rasanya yang manis dan
enak apabila direbus. Ianya mempunyai tongkol yang keras manakala butir biji jagung
berwarna kuning yang tersusun elok menarik perhatian sesiapa sahaja untuk
menikmatinya. Isi jagung boleh dinikmati dengan cara merebus atau dibakar
tongkolnya. Aroma yang terhasil sangat membuka selera sesiapa yang dapat menghidu
keharuman bau jagung tersebut.

Jagung merupakan tanaman jangka pendek dan singkat dimana tempoh tanaman dan
tuaian disekitar 68 hingga 72 hari sahaja. Satu pokok jagung boleh menghasil 2 atau 3
tongkol jagung yang diselaputi helaian lapisa daun berwarna hijau dan dihujung
pangkal tongkol jagung mempunyai rerambut halus yang berwarna coklat kekuningan.
Di Malaysia, negeri Johor, Selangor, Perak dan Pahang merupakan kawasan
penanaman jagung dan negeri Johor mengeluarkan 35% pengeluaran buah jagung
manis.
Jagung adalah dari keluarga Zea dan dari spesis Zea may spp Mexicana. Kebanyakkan
benih jagung yang ditanam di Malaysia adalah jenis kacukan atau hybrid dari varieti
mas madu, manis madu dan Thai Superweet.

Anda mungkin juga menyukai