Anda di halaman 1dari 1

PROSES KERJA PENGURUSAN KESAKITAN (FARMAKOLOGIKAL) DI

‘SECONDARY TRIAGE’ JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA, HOSPITAL


RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
1. Kenalpasti ‘pain score’ pesakit adalah 1-3 (Mild Pain ) atau 4-6 (Moderate Pain) semasa
mengambil ‘vital sign’.

2. Pastikan pesakit tiada ALAHAN kepada ubat-ubat tahan sakit.

3. Sila bincang dengan Pegawai Perubatan ( Pakar / MO Bilik 1/ MO Zon Kuning) sebelum
memberikan ubat tahan sakit.

4. Jika ‘Pain Score’ adalah 1-3 (Mild Pain) - pilihan ubat tahan sakit adalah :
a. Tablet Paracetamol 1gm stat ATAU
b. Tablet Diclofenac Sodium (Voltaren) 50mg stat ATAU
c. Supp. Paracetamol 40mg/kg stat @ Syrup Paracetamol 20mg/kg stat untuk kanak-
kanak yang belum mengambil Paracetamol dirumah.
(Bagi yang telah mengambil Paracetamol dirumah boleh beri Supp. Paracetamol 30mg/kg
selepas 6 jam @ Syrup Paracetamol 15mg/kg selepas 4 jam).

5. Jika ‘Pain Score’ adalah 4-6 (Moderate Pain) : pilihan ubat tahan sakit adalah :
a. Tablet Tramadol 50mg stat ATAU
b. IM/IV Tramadol 50mg stat ATAU
c. IM Diclofenac Sodium (Voltaren) 50mg stat ATAU
d. Supp. Paracetamol 40mg/kg stat @ syrup paracetamol 20mg/kg stat untuk kanak-
kanak yang belum mengambil Paracetamol dirumah. (bagi yang telah mengambil
paracetamol dirumah boleh beri supp. Paracetamol 30mg/kg selepas 6 jam @ Syrup
Paracetamol 15mg/kg selepas 4 jam)

6. Sila dokumentasikan :
a. Nama ubat dan cara pemberian ubat.
b. Masa ubat diberikan
c. PPP/SN yang memberikan ubat kepada pesakit.
d. Pegawai perubatan ( Pakar / MO) yang membenarkan ubat diberikan.

7. Pesakit akan menunggu ditempat menunggu zon hijau sementara dipanggil untuk dirawat oleh
Pegawai Perubatan.

8. Pesakit dengan Pain Score 7 – 10 ( Severe Pain) hendaklah di triage ke zon kuning atau
merah mengikut jenis penyakit.

Anda mungkin juga menyukai