Anda di halaman 1dari 2

Reka bentuk Elektronik

Reka bentuk electronik merupakan satu daripada teknologi yang agak muda. Antara tugas seorang
pereka bentuk elektronik ialah dalam pembetukan perkakasan atau peranti elektronik untuk syarikat-
industri atau orang ramai, bermula dengan proses mereka bentuk bentuk litar skema reka, pemilihan
bahan dan komponen, susunatur komponen, pemindahan litar skima ke papan tercetak, , sehingga
menjadi prototaip. Kesemua gadegt yang dibagunkan ini ialah untuk menyelesaikan masalah negara
seperti pertahanan, komunikasi,pembuatan perindusteri atau untuk kegunaan orang ramai.

Bidang elektronik
Bidang elektronik boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu analog dan digital. Contoh yang paling
ketara perbezaan antara elektronik analog dan digital ialah jam. Jam analog, mempunyi jarum penunjuk
masa yang berputar 3600 sementara jam digital hanya memaparkan masa melalui nombor.

Litar analog merujuk kepada litar yang mempunyai kuantiti sebenara seperti voltan, arus dan
sebagainya, tetapi dalam elektronik digital, kuantiti hanyalah dalam bentuk kiraan bukan sebenar yang
diukur. Perkiraan bererti kamu mendapat hasil yang tepat, sementara mengukur hanya anda
mendapatkan hasil secara anggaran. Sebiji telur yang dikira sebiji-sebiji tidak sama dengan sesudu teh
yang disukat.

Jadi siapa lebih tepat - analog atau digital?


Dari satu segi, litar digital adalah lebih tepat
kerana ia melakukan perkiraan dengan
ketepatan dan lengkap.

Lantaran itu kebanyakan litar elektronik hari ini sudah beralih kepada litar digital. Antara kompoene
elektronik digital yang meluas penggunaannya ilah mikropemproses dan mikropengawal.

Mikropemproses

Mikropemprosesan(MPU) adalah subbidang miroelektronik. Ia berkaitan dengan kajian dan pembuatan


reka bentuk litar elektronik yang sangat kecil. MPU dibina melalui gabungan pelbagai komponen dan
fungsi litar yang komplek dalam satu cip IC litar terkamil ( integrated circuit IC).

Mikropemproses sebenarnya adalah sebuah komputer yang termuat dalam sebuah IC. Tugas utamanya
ialah untuk membolehkan pemprosesan maklumat/data dilakukan dengan lebih pantas melalui atur
cara. Data dimasukkan ke dalam pemprosesmikro dalam bentuk isyarat digital, MPU memproses data
mengikut arahan yang disimpan dalam ingatan MPU, dan mengeluarkan hasil yang telah diproses oleh
unit pemprosesan pusat (CPU) sebagai output. Mikropemproses mengandungi litar logik bergabungan
dan logik digital berjujukan. Mikropemproses beroperasi menggunakan sistem nombor perduaan.

micropemprosesn dikenali
juga sebagai computer on a
chip
Dengan mengintegrasi keseluruhan tugas dalam satu cip tunggal, kos pemindahan pemprosesan dapat
dijimatkan terutamanya jika melibatkan jumlah data yang besar,Kerja pemprosesan ini dilakukan secara
automatik. Pemproses dalam cip tunggal meningkatkan kebolehpercayaan kerana sambungan
elektriknya lebih sedikit untuk gagal.

Rajah 2.1 Chip mikropemprosesan

Bahagaian dalam miropemprosesan


Mikropemprosesan dibahagikan kepada lima kelompok tugas iaitu. Unit Aritmetik dan Logik (ALU), Unit
Kawalan, Pendaftar, Pengkodan (Decoder) Arahan dan Bas Data. Gambarajah 2.2 menunjukkan blok
mikropemproses bersama komponen asas.

Rajah Rajah 2.2 Blok mikropemprosesan

Anda mungkin juga menyukai