Anda di halaman 1dari 142

KIT PROGRAM TRANSISI

Tema Program Transisi:

“KAMI MURID TAHUN SATU ”

(Minda Cerdas, Mata Bercahaya)

Edisi Kedua

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN SATU

KIT PROGRAM TRANSISI


(Edisi Kedua)

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DISEMBER 2001
Cetakan Pertama 2001
” KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini, tidak dibenarkan diterbit
semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan
dalam sebarang bentuk atau cara, baik elektronik, mekanik, penggambaran semula
mahupun dengan cara perakaman, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia, Paras 7, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50604
Kuala Lumpur.

Dicetak oleh :

CETAKRAPI sdn. bhd.


No. 22, Jln. Sri Ehsan 1,
Taman Sri Ehsan,
Kepong
52000 Kuala Lumpur
PENGENALAN
Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program yang
bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak
formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah
rendah.

Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid
Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi
yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada
tahap pencapaian yang hampir sama.

Bagi memastikan program ini dapat difahami dan berjalan dengan lancar, Kit
Program Transisi ini telah dibina sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibat
untuk menjalankan aktiviti Program Transisi ini secara lebih bersistematik dan
seragam di seluruh negara. Untuk itu, sasaran utama penggunaan kit ini bertumpu
kepada personalia yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program iaitu
pihak Pengurusan Sekolah, Guru Prasekolah, Guru Tahun Satu dan Ibu Bapa murid-
murid Tahun Satu.

Fokus utama dalam pengisian Kit Program Transisi ini ialah pemetaan program
melalui persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh personalia yang terlibat
dalam pelaksanaan program. Selain dari itu kit ini juga turut memberi tumpuan
kepada Jadual Perancangan Strategik Program yang melibatkan perancangan
program yang berterusan sama ada di peringkat negeri atau sekolah di samping
Penilaian Keberkesanan Program yang berterusan.

(i)
Dari segi perancangan aktiviti, strategi yang digunakan dalam kit ini ialah melalui
perancangan sebelum , semasa dan selepas program. Setiap aktiviti yang dirancang
itu pula dilihat dari segi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh setiap personalia
yang terlibat.

Bagi Pihak Pengurusan Sekolah yang terdiri dari Guru Besar, Penolong Kanan dan
Guru-Guru Kanan perlulah melihat pelaksanaan program ini secara menyeluruh
dengan menyediakan guru-guru yang sesuai di samping pendedahan dan latihan
yang diperlukan, penyediaan perancangan aktiviti yang kemas dan berterusan
sepanjang tempoh program berjalan, penyediaan kelas dan persekitaran yang
sesuai, memberi taklimat kepada pihak ibu bapa dan membuat pemantauan serta
penilaian program yang berterusan.

Bagi guru-guru prasekolah pula, mereka perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti yang


mampu untuk menyediakan kanak-kanak prasekolah dari aspek fizikal, mental, sosial
dan emosi sebelum kanak-kanak itu masuk ke Tahun Satu di sekolah rendah.

Sementara itu bagi Guru-guru Tahun Satu, persediaan yang perlu mereka lakukan
termasuklah aktiviti-aktiviti untuk menerima murid Tahun Satu, aktiviti minggu
orientasi , penyediaan kelas dan persekitaran yang sesuai agar terdapat
kesinambungan budaya dan aktiviti pembelajaran antara Prasekolah dan Tahun
Satu. Guru-guru Tahun Satu juga perlu mengenal pasti potensi dan masalah
perkembangan murid di samping merancang aktiviti dan membuat penilaian yang
berterusan di sepanjang Program Transisi ini berjalan.

Kit ini juga turut memberi panduan kepada ibu bapa untuk membantu keberkesanan
program. Antara persediaan yang boleh dilakukan oleh mereka ialah melalui
persediaan fizikal dan emosi anak-anak seperti penyediaan peralatan dan
kelengkapan sekolah yang mencukupi, membawa anak-anak melihat suasana
persekitaran sekolah sebelum hari pertama persekolahan, sokongan moral melalui
kata-kata perangsang dan nasihat di samping mendapatkan gambaran dan taklimat
dari pihak pengurusan sekolah.

Untuk melihat keberkesanan program yang dijalankan, kit ini juga menyediakan
contoh borang penilaian keberkesanan program secara menyeluruh. Penilaian
keberkesanan program ini boleh dijalankan sebanyak dua kali iaitu sekali selepas
tamat minggu orientasi dan kali kedua pada bulan Mac iaitu selepas tamat Program
Transisi dijalankan secara keseluruhannya.

(ii)
MINDA CERDAS
MATA BERCAHAYA

Minda Cerdas

Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan


mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui
aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara
satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang
dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas.

Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan


perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian
dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada.

Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang
dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat
memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari
prasekolah.

Mata Bercahaya

Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan


untuk terus belajar bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana,
persekitaran dan guru-guru yang baru.

Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui
aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada
sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat
diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap
masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.

(iii)
PROGRAM TRANSISI
PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

KIT PROGRAM TRANSISI

Modul 1 : Pelaksanaan Program Transisi

Modul 2 : Persediaan Pihak Pengurusan Sekolah

Modul 3 : Persediaan Persekitaran Kelas Tahun Satu

Modul 4 : Persediaan Guru Prasekolah

Modul 5 : Persediaan Murid Prasekolah

Modul 6 : Persediaan Guru Tahun Satu

Modul 7 : Persediaan Ibu Bapa

Modul 8 : Satu Contoh Pelaksanaan Program Transisi

Modul 9 : Dinamika Kumpulan dan Pembinaan Pasukan

Modul 10: Penilaian Keberkesanan Program Transisi

Modul 11: Perancangan Strategik : Program Transisi

(iv)
MODUL 1
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

Tajuk Perkara Perincian

1 Pelaksanaan Program Pengenalan


Transisi

2 Tahap Pelaksanaan Tahap Pertama : Persediaan Awal


Program Transisi Tahap Kedua : Minggu Orientasi
Tahap Ketiga : Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran

3 Matlamat Program Tema Program Transisi


Transisi 3-Bulan Minggu Pertama
Minggu Kedua
Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

4 Cadangan Aktiviti Minggu Pertama


Dan Teknik Minggu Kedua
Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI
PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Tajuk 1
PENGENALAN

Secara keseluruhannya Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu ini mengambil


jangka masa selama 3 bulan. Program ini bermula pada awal Januari iaitu pada hari
pertama sesi persekolahan hinggalah ke penghujung bulan Mac. Jangka masa 3
bulan ini pula telah dibahagikan kepada beberapa fasa aktiviti mengikut keperluan
tertentu. Walau bagaimanapun, dari segi persediaan ianya perlu bermula sejak awal
lagi iaitu bermula bulan oktober hinggalah bermulanya sesi persekolahan yang baru.
Secara keseluruhannya persediaan dan pelaksanaan program ini dapat dibahagikan
kepada tiga tahap utama :

Tahap Pertama
Persediaan Awal
( Bulan Oktober Hingga Disember )

Tahap Kedua
D
U
ORIENTASI AWAL
A Prinsip : KESEPADUAN
ƒ Memperluaskan Penyesuaian dan
M pengalaman Prasekolah fokus ke arah KBSR T
I ƒ Pengenalan ke sekolah I
N baru dan jangkaan guru G
serta sekolah
G A
G AKTIVITI
U Pranombor
Pratulisan B
Prabacaan U
L
A
Tahap Ketiga
N
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KBSR DITERUSKAN
Aktiviti:
Main Sambil Belajar
Bersepadu
Bertema

AKTIVITI BERTERUSAN
BAGI MURID YANG KURANG BERKEMAMPUAN
1-1
Tajuk 2

TAHAP PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

TAHAP PERTAMA

Persediaan awal ( Oktober hingga Disember )


Pada tahap ini, persediaan yang dilakukan ialah seperti membuat persiapan fizikal
bilik darjah dan perancangan aktiviti untuk pendaftaran murid Tahun Satu, taklimat
dengan ibu bapa, Minggu Orientasi, program pembelajaran dan pengajaran selepas
Minggu Orientasi hingga tamat Program Transisi dan aktiviti lanjutan untuk murid
yang masih memerlukan penyesuaian.

TAHAP KEDUA

Pelaksanaan Minggu Orientasi ( Minggu Satu dan Dua Januari )


Aktiviti di minggu orientasi ini berteraskan kepada prinsip untuk memperluaskan
pengalaman Prasekolah dan pengenalan ke sekolah baru kepada murid-murid
Tahun Satu.

Dalam minggu pertama Minggu Orientasi beberapa aktiviti perlu disediakan mengikut
objektif seperti aktiviti suaikenal, hidup bersama, pembentukan tingkah laku ,
motivasi diri, penglibatan dalam aktiviti kreatif, main sambil belajar dan belajar sambil
meneroka. Semua aktiviti yang dijalankan berfokus kepada penyediaan murid untuk
aktiviti pembelajaran mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Dalam minggu kedua, selain dari mengukuhkan aktiviti dalam minggu pertama,
murid-murid Tahun Satu akan didedahkan dengan kesepaduan pengajaran dan
pembelajaran KBSR yang diperlukan seperti kemahiran pranombor, pratulisan dan
prabacaan.

TAHAP KETIGA

Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


( Minggu Ketiga Bulan Januari hingga Mac )

Selepas minggu orientasi selama dua minggu, diharapkan murid-murid Tahun Satu
sudah bersedia untuk meneruskan proses pembelajaran dalam suasana yang
menyeronokkan. Dalam masa yang sama guru-guru sudah dapat mengenalpasti
murid yang sudah dapat menguasai kemahiran asas motor kasar dan halus, kognitif,
bahasa, estetika dan daya kreatif, keagamaan dan ketatanegaraan.

Namun begitu, peluang masih diberikan kepada murid yang masih kurang
berkemampuan mencapai tahap yang diharapkan melalui aktiviti yang berterusan
sehinggalah tamat dalam jangkamasa tiga bulan proses transisi. Ini bermakna
selepas aktiviti orientasi selama dua minggu, proses pengajaran dan pembelajaran
KBSR akan diteruskan tetapi masih dalam suasana persekitaran kelas yang menarik,
pembelajaran yang menyeronokkan dan terancang.

1-2
Tajuk 3

Matlamat Program Transisi 3-Bulan

x Tema Program Transisi


x Minggu Pertama
x Minggu Kedua
x Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

1-3
PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Tema Program Transisi:

“KAMI MURID TAHUN SATU”


(Minda Cerdas, Mata Bercahaya)

MINGGU PERTAMA MINGGU KEDUA MINGGU KETIGA-BULAN KE-3


Matlamat Untuk Dicapai: Matlamat Untuk Dicapai: Matlamat Untuk Dicapai:
Apakah Yang Kami Boleh Buat
Siapa Saya? Bersama? “Kami Seronok Belajar
Siapa Kawan Saya? Dengan Keyakinan”
Siapa Guru Saya? Matlamat Kolaboratif:
Mana Sekolah Saya? “ Kelas Saya Yang Bersih, Ceria
dan Seronok Untuk Belajar”.
OBJEKTIF
OBJEKTIF Selepas Program Transisi dijalankan, murid :
OBJEKTIF
Selepas Minggu Pertama, murid : OBJEKTIF 1. Meningkatkan perkembangan potensi diri
Selepas Minggu Kedua, murid : dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomotor
1. Mengenali dan membina dan fizikal dan sosio emosi secara beransur-
hubungan mesra di kalangan ansur dan bersistematik;
kanak-kanak dan antara kanak- 1. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan
kanak dan guru dalam masa murid-murid Tahun Satu; 2. Menggunakan kemahiran yang ada untuk
yang singkat; perkembangan diri yang berterusan;
2. Memupuk semangat bekerjasama dengan
2. Mengurangkan rasa malu, cara menetapkan dan mencapai matlamat 3. Membina dan meningkatkan kemahiran
segan dan takut di kalangan yang kolaboratif; murid yang lemah dan potensi diri mereka;
murid yang berlainan latar
belakang, pengalaman dan 3. Mendedahkan murid dengan suasana 4. Mengurangkan perbezaan yang ketara
sosio ekonomi; dan pengajaran dan pembelajaran KBSR yang tentang perkembangan kognitif dan
menyeronokkan; dan hubungan yang sosial antara murid; dan
3. Mendedahkan murid dengan
suasana dan persekitaran di 4. Mengesan potensi murid melalui bidang 5. Memulakan pengajaran dan pembelajaran
sekolah baru. yang ditekankan dalam pendidikan KBSR yang bersepadu melalui pendekatan
Prasekolah. tematik.

1-4
CADANGAN
CONTOH JADUAL MAJLIS SUAIKENAL : PENDAFTARAN MURID-MURID TAHUN SATU
(Dijalankan sebelum Minggu Orientasi)

Masa Jangka Perkara Aktiviti Tempat


Masa
0830 1000 1 ½ jam Pendaftaran Murid Tahun Satu Guru kelas merekodkan butiran Bilik Darjah
murid-murid

Mengutip bayaran-bayaran tertentu

1000 1100 1 jam Taklimat Pihak Pengurusan Sekolah Memperkenalkan guru-guru Tahun Dewan Sekolah:
Satu
Muzik dimainkan
Menerangkan tentang pengisian Pameran Kesihatan
Program Transisi Pembentangan

Memohon kerjasama pembentukan


budaya sekolah

1100 1130 ½ jam Taklimat Kementerian Kesihatan Menerangkan tentang buku rekod Dewan Sekolah
kesihatan dengan Ibu Bapa

Penerangan tentang khidmat Klinik


Pergigian

1130 1230 1 jam Majlis Suaikenal murid-murid Tahun Mengenali kawasan kelas Kawasan Sekolah
Satu Nyanyian : bersama, berseorangan
Permainan (pilihan) :
Objektifnya: Tiup Belon
Suasana tidak mengancam Cantum gambar
Guru yang baik Diri Saya
Bermotivasi memandang ke
pengalaman baru Penyampaian Cendermata

1230 Minum /Bersurai


PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Pertama : Minggu Orientasi

Di minggu pertama Minggu Orientasi, aktiviti-aktiviti yang dirancang menjurus kepada empat komponen iaitu :

x Aspek Pengurusan Kelas,


x Aktiviti Fizikal
x Aktiviti Nilai Kerohanian Dan Nilai-Nilai Murni
x Aktiviti Membina Semangat Patriotik.

Dalam Pengurusan Kelas, guru-guru boleh melakukan aktiviti-aktiviti rutin seperti mengambil kedatangan murid,
mengutip yuran, menguruskan kebersihan dan fizikal bilik darjah di samping menanamkan amalan membaca doa dan
sebagainya.

Aktiviti berbentuk fizikal pula bukan sekadar untuk menggalakkan kecergasan murid tetapi ia juga bertujuan melatih
pergerakan kreatif di kalangan mereka. Di samping itu, ia juga mampu mewujudkan hubungan mesra dan saling kenal
mengenali antara satu dengan lain dalam suasana yang menyeronokkan.

Aktiviti kerohanian dan nilai-nilai murni pula ditekankan secara gabungjalin dengan aktiviti-aktiviti lain seperti amalan
membaca doa, aktiviti bercerita, kemahiran berfikir dan berkomunikasi, penyelesaian masalah, lawatan dan mewarna.

Dalam masa yang sama, semangat patriotik turut diberikan perhatian melalui aktiviti nyanyian, dinamika kumpulan,
pembinaan pasukan dan gabungan aktiviti-aktiviti yang lain.

Pada akhir minggu ini, murid-murid telah didedahkan ke suasana dan persekitaran baru serta membina hubungan
mesra antara mereka, secukupnya untuk menjawab:

Siapa Saya? Siapa Kawan Saya?


Siapa Guru Saya? Mana Sekolah Saya?

1-6
PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Kedua : Minggu Gerakerja Berkumpulan

Di Minggu Kedua pula, diharapkan sudah terbina semangat kerja dalam kumpulan di kalangan murid ekoran
dari aktiviti di Minggu Pertama.

Untuk itu, aktiviti di minggu ini lebih menumpukan kepada Gerakerja Berkumpulan melalui :

x Aktiviti Bercerita
x Belajar Sambil Bermain
x Melaksanakan Tugasan Kumpulan
x Pertandingan Antara Kumpulan

Dalam minggu ini, apa yang diharapkan selain dari menekankan tentang kemahiran berfikir dan kreativiti di
kalangan murid, akhirnya murid mampu bekerjasama secara kolaboratif bagi menghasilkan persekitaran kelas
yang seronok untuk mereka belajar.

Setiap sudut dan bahan yang terhasil adalah dari daya usaha dan kekreatifan murid itu sendiri dan
kumpulannya. Di sini peranan guru hanya sebagai pembimbing dan fasilitator sahaja, memberi tugasan-
tugasan kepada muridnya ke arah mencapai matlamat minggu kedua ini.

Pada akhir minggu ini, murid-murid telah diberi peluang bekerja dalam kumpulan untuk menghasil matlamat
yang ingin dicapai iaitu:

“ Kelas Saya Yang Bersih, Ceria dan Seronok Untuk Belajar”.

1-7
PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Ketiga-Bulan Ke-3 : “Kami Seronok Belajar Dengan Keyakinan”


Penggunaan Pendekatan Tematik dalam Pengajaran dan Pembelajaran

PENDEKATAN TEMATIK

Pendekatan tematik adalah usaha untuk mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran
yang kreatif dengan menggunakan tema. Guru sepatutnya menggalakkan murid mengambil bahagian secara aktif dan
fizikal dalam proses pembelajaran kerana kanak-kanak dengan semula jadi belajar dengan cara ‘membuat’

Aspek mengkaji dan meneroka dengan menggunakan deria (melihat, mendengar, merasa, menghidu, menyentuh) juga
patut digalakkan. Pembelajaran yang semulajadi kepada kanak-kanak adalah pembelajaran secara ‘membuat’ dan
‘mengalami’ sendiri sesuatu aktiviti itu.

Guru mesti mencuba untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang bererti kepada murid supaya mereka bukan
sahaja ada elemen ‘seronok’ tetapi juga untuk mencetuskan minat ingin tahu dan seterusnya mencari maklumat dengan
sendiri. Pengalaman-pengalaman seperti ini membina kemahiran, menambahkan keyakinan dan juga pengetahuan
yang khas akan menyediakan mereka untuk kehidupan harian mereka. Murid juga sepatutnya diberi peluang untuk
berdikari, meneroka dan mengalami untuk dan bagi diri sendiri.

PENDEKATAN TEMATIK BAGI PROGRAM TRANSISI

Pendekatan tematik bagi Program Transisi boleh dijalankan berperingkat. Proses pembelajaran secara tematik
menolong kanak-kanak berfikir secara kreatif dan kritikal sementara belajar. Pendekatan ini membolehkan
perkembangan minda dan pemikiran dalam keadaan yang mencabar dan menyeronokkan dan pada masa yang sama,
menepati hasil pembelajaran dan keperluan-keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan PelajaranTahun Satu.

1-8
Tajuk 4

Cadangan Aktiviti Dan Teknik

x Minggu Pertama
x Minggu Kedua
x Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

1-9
PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU
Tema Program Transisi:
Tajuk 4
‘KAMI MURID TAHUN SATU”
(Minda Cerdas , Mata Bercahaya)

MINGGU PERTAMA MINGGU KEDUA MINGGU KETIGA-BULAN KE-3


CADANGAN AKTIVITI CADANGAN AKTIVITI CADANGAN AKTIVITI

1. Dinamika Kumpulan a. Pemupukan Kumpulan a. Pengajaran dan pembelajaran yang


2. Pemupukan kumpulan b. Pergerakan motor kasar berterusan melalui pendekatan tematik,
3. Pengukuhan sosialisasi c. Motivasi bersepadu dan bermain dalam
4. Pergerakan motor halus d. Pembentukan tingkah laku kumpulan
5. Main sambil belajar e. Main sambil belajar
6. Motivasi diri f. Belajar sambil meneroka b. Membaca, menulis, mewarna dan
7. Belajar sambil meneroka g. Aktiviti Kognisi bekerjasama untuk tiga perkembangan
8. Pemupukan kreativiti h. Aktiviti Bahasa utama iaitu perkembangan kognitif dan
9. Pemupukan nilai murni i. Aktiviti Estetika & Daya Kreatif bahasa, Psikomotor dan fizikal serta
j. Aktiviti Keagamaan sosio emosi
k. Aktiviti Ketatanegaraan
l. Pemupukan sosial emosi c. Mengaplikasi apa yang dipelajari ke
dalam kehidupan seharian

TEKNIK TEKNIK TEKNIK

1. Simulasi kumpulan 1. Simulasi kumpulan 1. Pendekatan Tematik


2. Main Peranan 2. Main Peranan 2. Kerja Berkumpulan
3. Kerja Berpasangan 3. Bercerita: Teknik Sebab dan Akibat 3. Berpusatkan pelajar
4. Kerja Kumpulan 4. Kerja Kumpulan : 4. Simulasi kumpulan
5. Pertandingan antara kumpulan Teknik Mencita-citakan Kejayaan 5. Main peranan
6. Bercerita dan Teknik Awan TOC 5. Pertandingan antara kumpulan

1-10
MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (Cadangan)
1
Selepas Minggu Pertama, murid :

1. Mengenali dan membina hubungan mesra di kalangan kanak-kanak dan antara kanak-kanak dengan guru dalam masa yang singkat;
2. Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi; dan
3. Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran di sekolah baru.

Hari
Jangka ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
Komponen Masa

I Perhimpunan Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas

II Pengurusan Kelas Pembinaan Pasukan Aktiviti Fizikal: Sukaneka Aktiviti Fizikal:


*(Modul 9) Pergerakan Kreatif * Lakonan Cerita *

III Dinamika Kumpulan Melawat Kawasan Kesedaran Tentang Bercerita: Bercerita:


* (Modul 9 Tajuk 1) Sekolah Budaya Sekolah Teknik Awan TOC “Arnab dan Kura-
(Nilai Kerohanian dan Kura”
Melawat Kawasan Nilai Murni) Teknik Awan TOC
Sekolah * (Modul 8) * (Modul 8)

IV Mengenali Nyanyian Lagu Nyanyian Melawat Kawasan Mewarnakan Gambar


Kawasan Sekolah ’Negara Ku’, Lagu Sekolah (Lukisan)
Lagu Negeri dan
Lagu Sekolah Nyanyian
Lagu

1. Contoh Aktiviti disertakan dalam Kit Program Transisi


1-11
MINGGU KEDUA PERSEKOLAHAN (Cadangan) 2
Selepas Minggu Kedua, murid :

1. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid-murid Tahun Satu;


2. Memupuk semangat bekerjasama dengan cara menetapkan dan mencapai matlamat yang kolaboratif;
3. Mendedahkan murid dengan suasana pengajaran dan pembelajaran KBSR yang menyeronokkan; dan
4. Mengesan potensi murid melalui sembilan bidang yang ditekankan dalam pendidikan Prasekolah.

Hari
Jangka ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
Komponen Masa

I Perhimpunan Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas

II Aktiviti Fizikal Bercerita: Bercerita: Bercerita: Kerja Kumpulan


Sebab dan Akibat Sebab dan Akibat Main Peranan Menjalankan Tugasan
*(Modul 8) *(Modul 8) * (Modul 8)

III Aktiviti Kerja Kumpulan Kerja Kumpulan: Kerja Kumpulan Kolaborasi Kumpulan
Mencita-Citakan Belajar Sambil Keselamatan Diri Satu Kolaborasi Kreatif “Kelas saya Yang Bersih,
Kejayaan Bermain: *(Modul 8) * (Modul 8) Ceria dan Seronok untuk
* (Modul 8) Diri Saya Belajar”

IV Kerja Kumpulan Nyanyian dan Ritma: Kerja Kumpulan: Kerja Kumpulan Pertandingan
Matlamat Kolaboratif Aktiviti Fizikal Menjalankan Tugasan Menjalankan Tugasan Antara Kumpulan Atau
(Bincang dan Rancang) Penyelesaian Masalah * (Modul 8) * (Modul 8) Kelas

* Contoh Aktiviti disertakan dalam Kit Program Transisi


1-12
MINGGU KETIGA SEHINGGA AKHIR BULAN KETIGA 3
Selepas Program Transisi dijalankan, murid :

1. Meningkatkan perkembangan potensi diri dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomotor dan fizikal dan sosio emosi secara beransur-
ansur dan bersistematik;
2. Menggunakan kemahiran yang ada untuk perkembangan diri yang berterusan;
3. Membina dan meningkatkan kemahiran dan potensi diri murid yang lemah dan potensi diri mereka;
4. Mengurangkan perbezaan yang ketara tentang perkembangan kognitif dan hubungan yang sosial antara murid; dan
5. Memulakan pengajaran dan pembelajaran KBSR yang bersepadu melalui pendekatan tematik.

Hari
Jangka ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
Komponen Masa

TEMA

Perhimpunan
I Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas

II

III

IV

VII

VIII

Sila rancang mengikut perancangan jadual waktu sekolah


1-13
MODUL 2
PERSEDIAAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

Tajuk Perkara Bil. Perincian


1 Guru Besar 1.1 Guru Besar mendapatkan
Mengetahui Tentang maklumat tentang
Prasekolah Prasekolah.

2 Memberi Pendedahan 2.1 Mengadakan sesi perkembangan


Kepada Staf tentang staf di sekolah
Program Transisi

3 Mewujudkan 3.1 Menyediakan persekitaran yang


Persekitaran Yang sesuai untuk pelaksanaan
Sesuai Untuk program.
Menjalankan Program
Transisi

4 Pelaksanaan Program 4.1 Menubuhkan Jawatankuasa Induk


Transisi Program Transisi di peringkat
sekolah.

4.2 Merancang aktiviti

4.3 Cadangan aktiviti orientasi murid.

4.4 Memastikan adanya guru yang


sesuai untuk menjalankan program

4.5 Mendapatkan sumber kewangan

5 Penilaian Program 5.1 Pihak pengurusan menjalankan


Transisi pemantauan Program Transisi.
PERSEDIAAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

Pihak pengurusan sekolah yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan
dan Guru-Guru Kanan sekolah merupakan tunggak utama dalam pelaksanaan
Program Transisi. Mereka berperanan untuk membuat persiapan awal bagi
pelaksanaan program yang berkesan.

Di antara persediaan yang boleh dilakukan ialah seperti mendapatkan kefahaman


yang jelas tentang kurikulum di Prasekolah, mengadakan sesi perkembangan staf,
menyediakan persekitaran yang sesuai, menubuhkan Jawatankuasa Induk
Pelaksanaan, merancang aktiviti yang bersesuaian dan membuat pemantauan yang
berterusan.

Persediaan awal yang dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah sangat diperlukan
bagi memastikan pelaksanaan program ini dapat berjalan dengan lancar dan
berkesan.

Tajuk I

GURU BESAR MENGETAHUI TENTANG PRASEKOLAH

1.1 Guru Besar mendapatkan maklumat tentang


Prasekolah.

Tujuan

Untuk mendapatkan pengetahuan bagi menguruskan


pelaksanaan Program Transisi di peringkat sekolah

LANGKAH_LANGKAH

1 Rancang satu perjumpaan dengan Pengurus/Guru


Prasekolah yang berdekatan.

2 Guru Besar/Penolong Kanan berbincang dengan


pengurusan Prasekolah berdekatan melalui mesyuarat
tentang :

x Kurikulum Prasekolah.
x Perkembangan murid.
x Masalah-masalah murid semasa di Prasekolah.
x Isu-isu kesinambungan Prasekolah ke Tahun Satu.
x Murid keperluan khas.

3. Maklumat di atas dibawa ke mesyuarat AJK Induk


Program Transisi di peringkat sekolah.

2-1
Tajuk 2

MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA STAF TENTANG PROGRAM TRANSISI

2.1 Mengadakan sesi perkembangan staf di sekolah.

Tujuan

Semua guru dan kakitangan mendapat maklumat dan


pengetahuan tentang Program Transisi

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru Besar memberi taklimat tentang Program Transisi


kepada guru-guru dan kakitangan dengan bantuan.
x Manual Program Transisi
x Kit Program Transisi

2. Guru yang menghadiri kursus Program Transisi memberi


kursus dalaman kepada semua guru tentang
pelaksanaan program termasuk:
x Persediaan guru (rujuk kit manual persediaan
guru Tahun Satu)
x Isi kandungan dalam pengajaran dan
pembelajaran iaitu menyepadukan Kurikulum
Tahun Satu KBSR dengan Program Transisi
mengikut keperluan kanak-kanak seperti :-

o Kegiatan pra menulis disepadu dengan


lukisan dan tulisan.

Kesinambungan aktiviti Prasekolah dalam Program Transisi


seperti :- Pendekatan
x Bermain sambil belajar.
x Bertema
x Bersepadu

2-2
Tajuk 3

MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG SESUAI UNTUK MENJALANKAN


PROGRAM TRANSISI

3.1 Menyediakan persekitaran yang sesuai untuk


pelaksanaan program.

Tujuan

Guru dapat menjalankan aktiviti-aktiviti Program Transisi


dengan berkesan.

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru Besar memastikan kedudukan bilik darjah adalah


sesuai untuk Tahun Satu.

2. Guru Besar atau Guru Penolong Kanan memastikan


guru-guru yang mengajar Tahun Satu menceriakan
bilik darjah dengan mengadakan ruang sudut-sudut
yang sesuai.

3. Penggunaan kawasan di luar bilik darjah untuk


menjalankan Program Transisi jika ruang bilik darjah
yang sempit.
x Pondok bacaan
x Kawasan permainan luar
x Bilik-bilik khas
x Dewan.

2-3
Tajuk 4

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

4.1 Menubuhkan Jawatankuasa Induk Program


Transisi di peringkat sekolah.

Tujuan

Memastikan program dapat dilaksanakan di peringkat


sekolah.

LANGKAH-LANGKAH

1. Mengadakan mesyuarat penubuhan Ahli Cadangan Struktur Ahli


Jawatankuasa Induk Struktur Organisasi: Jawatankuasa di peringkat
2. sekolah
x Pengerusi
x Setiausaha
x Ahli Jawatan Kuasa
x Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
x Agensi setempat
x Tadika setempat

3. Menentukan bidang tugas jawatankuasa.

4. Merancang pelan tindakan:


x Jadual pelaksanaan
x Jangka masa (maksimum 3 bulan )

5. Merancang aktiviti:
a) Taklimat kepada guru-guru dan kakitangan.
b) Orientasi murid Tahun Satu.
c) Ceramah dan dialog dengan ibubapa.

2-4
Tajuk 4

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

4.2 Merancang aktiviti

Tujuan

Guru-guru dapat melaksanakan program dengan lancar.

LANGKAH-LANGKAH

1. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Program


Transisi

2. Guru Besar memastikan Jawatankuasa Pelaksana :

a) mengadakan kursus dalaman dengan menyediakan;

x Tempat dan peralatan


x Jadual kursus
x Strategi mengendalikan kursus.

b) menjalankan orientasi murid Tahun Satu (2 minggu )


x Majlis Penyerahan
Menyerahkan murid kepada guru kelas
masing-masing pada hari pendaftaran.

x Program Suaikenal.
‰ Persekitaran
‰ Guru-guru
‰ Murid-murid
‰ ( pendedahan program kepada murid lain
semasa perhimpunan).

x Aktiviti Pra menulis bersepadu dengan :


‰ Lukisan
‰ Tulisan

2-5
Tajuk 4

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

4.3 Cadangan aktiviti orientasi murid.

Tujuan

Menentukan aktiviti orientasi yang sesuai, mencabar dan


menyeronokkan

LANGKAH-LANGKAH

1 Aktiviti menggalakkan pertuturan :


x Bercerita
x Menyanyi
x Berbual

2 Aktiviti menggalakkan pergaulan dan interaksi :


x Kumpulan kecil bagi melengkapkan projek.
x Mengambil giliran menjadi ketua.
x Menjalankan aktiviti berasaskan tugasan
(tugasan berpasangan melakukan sesuatu
mengikut arahan).

Tajuk 4

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

4.4 Memastikan adanya guru yang sesuai untuk


menjalankan program .

Tujuan

Memastikan kesediaan guru untuk menjalankan Program


Transisi.

LANGKAH-LANGKAH

1. Menemubual guru-guru yang layak.

2. Mengenalpasti guru-guru yang berminat.

3. Guru Besar/Guru Penolong Kanan memberi motivasi


kepada guru yang dipilih.

2-6
Tajuk 4

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

4.5 Mendapatkan sumber kewangan

Tujuan

Menampung kos pengurusan dan pelaksanaan program

LANGKAH-LANGKAH

1. Membuat anggaran belanjawan program.


2. Mendapatkan sumber kewangan dari sekolah dan pihak
lain.
x Persatuan ibu bapa dan guru.
x Pihak swasta dan lain-lain.

Tajuk 5

PENILAIAN PROGRAM TRANSISI

5.1 Pihak pengurusan menjalankan pemantauan


Program Transisi.

Tujuan

Menilai sejauh mana keberkesanan Program Transisi yang


dilaksanakan oleh guru Tahun Satu

LANGKAH-LANGKAH

1. Penubuhan Panel Penilai yang terdiri daripada Guru


Besar dan Penolong Kanan.

2. Menggunakan instrumen penilaian yang disediakan


untuk menilai perkembangan murid

3. Hasil penilaian digunakan untuk :


x pengumpulan maklumat
x merekod maklumat.
x menyediakan laporan.
x membuat tindakan susulan.

2-7
MODUL 3
PERSEDIAAN PERSEKITARAN KELAS

Tajuk Perkara Bil Perincian

1 Penyediaan Bilik 1.1 Menyenaraikan bahan yang


Darjah diperlukan.

1.2 Mendapatkan kerjasama dan


sumbangan tenaga
orang perseorangan.

2 Pemilihan Perabot 2.1 Memilih perabot yang


Yang Sesuai bersesuaian dengan kelas
Untuk Kelas Tahun Satu.

3 Susun atur 3.1 Susun atur perabot yang


Perabot Di Dalam sesuai di dalam kelas
Kelas Tahun Satu dengan mengambil kira faktor
keselamatan murid.

4 Keceriaan Bilik 4.1 Membaik pulih persekitaran


Darjah bilik darjah.

5 Mengekalkan 5.1 Menetapkan kedudukan kelas


Kedudukan Kelas Tahun Satu supaya
Tahun Satu. tidak berkongsi dengan kelas
lain.
PERSEDIAAN PERSEKITARAN KELAS

Susunan fizikal kelas Tahun Satu perlu ada kesinambungan dengan ciri-ciri yang terdapat
di kelas Prasekolah. Bagi memenuhi matlamat ini, beberapa persediaan awal boleh
dilakukan dalam usaha menjadikan persekitaran kelas Tahun Satu yang menarik, ceria
dan memberangsangkan.

Antara persediaannya ialah seperti menentukan keperluan yang diperlukan di dalam dan
di luar kelas, mendapatkan kerjasama dan sumbangan orang perseorangan, pemilihan
dan susun atur perabot yang sesuai, menentukan lokasi kedudukan kelas yang sesuai
dan membaik pulih suasana persekitaran kelas agar lebih ceria dan menarik untuk
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Tajuk I

PENYEDIAAN BILIK DARJAH

1.1 Menyenaraikan bahan yang diperlukan.


Pada bulan November
dan Disember
Tujuan

Menyediakan persekitaran kelas dan keperluan asas yang


diperlukan untuk Program Transisi.

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru mengemukakan kertas cadangan tentang


penyediaan kelas dan aktiviti yang berkaitan dengan
Program Transisi.

(a) dalam bilik/darjah

1. perabot
2. bahan P&P
3. kertas mahjong, manila kad, carta.

(a) Luar bilik darjah


1. Alatan
2. Tikar

3-1
Tajuk 1

PENYEDIAAN BILIK DARJAH (disambung)

1.1 Mendapatkan kerjasama dan sumbangan tenaga


orang perseorangan.

Tujuan

Dapat membantu guru menyediakan alat bantu mengajar


sebuah bilik darjah yang ceria dan menarik.

LANGKAH-LANGKAH

1. Mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan


sekolah dan memohon kerjasama dari PIBG.

2. menyediakan senarai semak keperluan bahan dan


senarai tugas.

3. Taklimat pelaksanaan penyediaan kelas yang


berkenaan.

4. Menjalankan aktiviti penyediaan alat bantu


mengajar dan acara gotong-royong

3-2
Tajuk 2

PEMILIHAN PERABOT YANG SESUAI UNTUK KELAS

2.1 Memilih perabot yang bersesuaian dengan kelas


Tahun Satu.

Tujuan

Memastikan bahawa perabot yang sesuai memberi


kemudahan dan keselesaan kepada murid-murid.

LANGKAH-LANGKAH

1. Menyeragamkan saiz kerusi dan meja.

2. Memilih dan mendapatkan perabot-perabot yang


sesuai dengan kelas Tahun Satu.

3. Membuat susun atur secara gotong-royong

Tajuk 3
SUSUN ATUR PERABOT DI DALAM KELAS TAHUN 1

3.1 Susun atur perabot yang sesuai di dalam kelas


dengan mengambil kira faktor keselamatan murid.

Tujuan

1. Menyediakan kelas yang selamat bagi murid.


menyediakan kemudahan pembelajaran murid.

LANGKAH-LANGKAH

1. Merangka dan menyediakan pelan lantai di dalam kelas.

2. Menyediakan ruang pembelajaran:


x Sudut bacaan
x Sudut hasil kerja murid
x Sudut pengajaran dan pembelajaran

3-3
Tajuk 4

KECERIAAN BILIK DARJAH

4.1 Membaik pulih persekitaran bilik darjah.

Tujuan

Menimbulkan rasa minat murid untuk mengikuti pengajaran


dan pembelajaran.

LANGKAH-LANGKAH

1. Mengecat dinding

2. Menampal carta/Alat Bantu Mengajar (ABM) yang


menarik.

3. Mempamerkan hasil kerja murid dengan cara


bermakna

a. Hiasan dalaman kelas .


b. Langsir
c. Alas meja/skirting
d. Pokok bunga.

4. Membina jadual tugas menjaga kebersihan bilik


darjah.

3-4
CONTOH

PERSEDIAAN PERSEKITARAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH

Bilik Darjah Tahun Satu Sebelum Diubahsuai

Bilik Darjah Tahun Satu Selepas Diubahsuai

3-5
Di Luar Bilik Darjah Tahun Satu Sebelum Diubahsuai

Di Luar Bilik Darjah Tahun Satu Selepas Diubahsuai

S.K Permatang Badak, Kuantan, Pahang


September 2000

3-6
Tajuk 5

MENGEKALKAN KEDUDUKAN KELAS TAHUN SATU

5.1 Menetapkan kedudukan kelas Tahun Satu supaya


tidak berkongsi dengan kelas lain. (Sekolah 2 sesi / 2
pengurusan )
Tujuan

Guru dapat mengekalkan persekitaran kelas dan


melaksanakan Program Transisi tanpa gangguan.

LANGKAH-LANGKAH

1. Mengadakan perbincangan dengan Guru Besar


tentang rasional mengadakan kelas tersebut.

2. Guru Besar memberikan taklimat dan penerangan


kepada semua guru tentang pengekalan kelas Tahun
Satu.

3. Pihak pengurusan sekolah memberi keutamaan


kepada kelas Tahun Satu sekiranya timbul isu-isu
yang berkaitan.

3-7
MODUL 4
PERSEDIAAN GURU PRASEKOLAH

Tajuk Perkara Bil. Perincian

1 Iklim Dan Budaya 1.1 Memahami iklim dan budaya


Sekolah Rendah sekolah rendah.

2 Lawatan Ke Sekolah 2.1 Guru Prasekolah perlu


Rendah mengetahui tentang urusan dan
prosedur lawatan
PERSEDIAAN GURU-GURU PRASEKOLAH

Guru-guru Prasekolah perlu membuat persiapan terutama dalam menyediakan


murid dari aspek fizikal, mental dan sosio emosi sebelum mereka memasuki
Tahun Satu. Dalam masa yang sama, mereka juga harus bersedia untuk
memahami iklim dan budaya sekolah rendah melalui lawatan dan perbincangan
yang terancang, di samping menyediakan rekod perkembangan murid yang
lengkap.

Tajuk I
IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH RENDAH

1.1 Memahami iklim dan budaya sekolah rendah.

Tujuan

Guru Prasekolah dapat :

i) Memahami keadaan yang sebenar tentang


budaya sekolah di Tahun Satu.

ii) Menerapkan budaya Tahun Satu ke Prasekolah

LANGKAH-LANGKAH

1. Membina hubungan yang baik dengan guru Tahun Satu Lawatan dan
melalui: perjumpaan antara
dua belah pihak
x Aktiviti yang dianjurkan oleh Prasekolah seperti: akan menggalakkan
perbincangan dan
- Sukaneka memberikan
- Pertandingan mewarna kefahaman yang
- Pertandingan bercerita jelas tentang budaya
di sekolah masing-
x Perjumpaan secara tidak formal dengan guru- masing
guru Tahun Satu

2. Guru Prasekolah membuat lawatan secara formal atau


tidak formal ke sekolah rendah untuk melihat sendiri
keadaan dan budaya sekolah yang sebenar.

3. Menjemput guru-guru Tahun Satu ke Prasekolah


untuk memahami dan menghayati budaya
Prasekolah

4-1
Tajuk 2

LAWATAN KE SEKOLAH RENDAH

2.1 Guru Prasekolah perlu mengetahui tentang


urusan dan prosedur lawatan

Tujuan

Guru Prasekolah dapat :

i) menguruskan lawatan mengikut prosedur


ii) merancang lawatan dengan lebih teratur.

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru Prasekolah perlu mengetahui prosedur lawatan.

a. Urusan surat-menyurat kepada.

i) Guru Besar sekolah


ii) Ibu Bapa/Waris (surat kebenaran)

b. Memastikan ada skim perlindungan (insuran)


kelompok telah diambil
.
c. Menguruskan permohonan kenderaan.

2. Merancang aktiviti lawatan.

a. Personal yang terlibat adalah


x Guru Besar
x Guru Tahun Satu.

b. Jadual aktiviti lawatan.


c. Aktiviti membeli di kantin sekolah
d. Murid dibawa untuk melihat suasana P&P di
Tahun Satu.
e. Melihat keadaan tandas dan kelas di Sekolah
Rendah.

4-2
MODUL 5
PERSEDIAAN MURID-MURID PRASEKOLAH

Tajuk Perkara Bil Perincian

1 Mencita-Citakan Kejayaan 1.1 Mencita-citakan kejayaan


(Teknik ‘Ambitious Targets’ adalah usaha mencapai satu
Toc) objektif yang amat diidamkan.
Pencapaian Matlamat :
“Saya Yakin Masuk Ke Menjalankan aktiviti untuk
Tahun Satu”. 1.2 mengenal pasti kebimbangan
murid-murid sebelum masuk ke
Tahun Satu

MATLAMAT:
“Saya Yakin Masuk Ke Tahun
Satu”

2 Budaya Sekolah Tahun 2.1 Menyesuaikan murid-murid


Satu dengan budaya sekolah.

3 Lawatan 3.1 Lawatan ke sekolah rendah


yang berhampiran
PERSEDIAAN MURID-MURID PRASEKOLAH

Murid-murid Prasekolah perlu diberi bantuan agar mereka dapat membuat


persediaan awal sebelum masuk ke Tahun Satu. Persediaan yang mereka
perlukan termasuklah penerangan dan pengalaman tentang suasana persekitaran
serta budaya sekolah di Tahun Satu di samping persediaan dari aspek fizikal,
mental dan emosi.

Tajuk 1
MENCITA-CITAKAN KEJAYAAN (Teknik ‘Ambitious Targets’ TOC)
Pencapaian Matlamat : :“Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu”

1.1 Mencita-citakan kejayaan adalah usaha Menggunakan teknik


mencapai satu objektif yang amat diidamkan. Mencita-citakan kejayaan
(Ambitious Targets (AT)
Tujuan TOC Modul 8 Tajuk 4)
mengupayakan
Menjalankan aktiviti mengenal pasti kebimbangan murid- seseorang atau
murid sebelum masuk ke Tahun Satu kumpulan dengan
tanggungjawab ke atas
pencapaian sesuatu
matlamat.
LANGKAH-LANGKAH

1. Mengenal pasti matlamat yang diingini Teknik AT membina


semangat kumpulan
2. Mengenal pasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi dengan motivasi dan
sebelum matlamat itu boleh dicapai kemahiran perancangan
strategik yang akan
3. Murid digalakkan memberi cadangan cara bagaimana berjaya oleh sebab
cabaran-cabaran ini boleh diatasi. prosesnya melibatkan
persetujuan ahli
4. Menyusun cadangan-cadangan cara mengatasi kumpulan.
cabaran mengikut keutamaan murid atau kelas.
Mencita-citakan kejayaan
5. Murid digalakkan memberi langkah-langkah sesuai diperlukan pada situasi
yang boleh diambil untuk menangani cabaran itu. atau keadaan di mana
semua ahli kumpulan
6. Murid cadangkan urutan penting dan utama bagi bersetuju tentang
setiap langkah yang telah diberi. matlamat yang relevan

Menyediakan pelan untuk memain peranan, drama atau Kerjasama antara ibu
simulasi perkara-perkara yang dicadangkan untuk bapa, guru, pihak
mengelakkan kebimbangan bagi setiap situasi. Prasekolah dan sekolah
rendah amat digalakkan.

(Contoh Modul yang


lengkap: sila lihat muka
surat sebelah)

5-1
PERSEDIAAN MURID-MURID PRASEKOLAH
MATLAMAT: “Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu”

CARA MENGGUNAKAN TEKNIK “MENCITA-CITAKAN KEJAYAAN” (TOC)

1.2 Menjalankan aktiviti mengenal pasti kebimbangan Baca tentang Teknik


murid-murid sebelum masuk ke Tahun Satu Theory of Constraints
(TOC) (Modul 8 Tajuk 4)

Tujuan

Mengenal pasti masalah dan kebimbangan oleh murid Guru membantu murid
sendiri dengan menggunakan teknik penyelesaian masalah dengan menggunakan
‘Mencita-citakan Kejayaan” (Ambitious Targets TOC) teknik Mencita-citakan
kejayaan

LANGKAH-LANGKAH

1. Menentukan Matlamat : MATLAMAT


:“Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu” :“SAYA YAKIN MASUK
KE TAHUN SATU”
Guru bercakap tentang kemasukan ke sekolah
Langkah
rendah dan cabaran-cabarannya. cabaran menangani
masalah
2. Setiap orang murid Prasekolah memberi
kebimbangan (cabaran) mereka bila masuk ke
Tahun Satu. Guru menulis atau melukis simbol
untuk setiap kebimbangan

Lukis di papan hitam

3. Selepas semua telah memberi kebimbangan seorang


murid yang akan masuk ke Tahun Satu, guru meminta VARIASI AKTIVITI
setiap orang memikir tentang masalahnya dan memberi Guru menyuruh setiap
langkah untuk mengatasinya dalam bentuk perkataan orang murid-murid
atau lukisan simbol atau gambar. mencatat kebimbangan
utama mereka dalam
4. Melalui perbincangan bersama guru, murid-murid kertas dan memberi
menyusun keutamaan cabaran yang dihadapi dari langkah-langkah
senarai yang telah disiapkan. mengatasinya secara
menulis atau melukis

5-2
5. Guru dan murid memilih cabaran yang utama dan
membimbangkan mereka. Guru dan murid
menggunakan aktiviti main peranan dan simulasi
dengan kerjasama ibu-bapa supaya murid-murid dapat
menangani cabaran itu dengan penuh keyakinan.

6. Pada akhir aktiviti ini, murid-murid akan menjalankan


tugasan menyediakan persekitaran kelas yang
menyeronokkan dan berasakan mereka telah berjaya Pelan Tindakan itu
mencapai matlamat: dipamerkan di sudut
sosio-emosi

:“Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu”

Aktiviti ini lebih baik


dijalankan pada
hujung tahun
prasekolah
sebelum murid
masuk ke Tahun
Satu sekolah
rendah.

5-3
Tajuk 2

BUDAYA SEKOLAH TAHUN SATU

2.1 Menyesuaikan murid-murid dengan budaya


sekolah.

Tujuan

Murid-murid Prasekolah dapat : Aktiviti simulasi


dapat meningkatkan
x Gambaran awal tentang suasana persekitaran di keyakinan diri dan
Tahun Satu kefahaman murid
tentang situasi
x Menyesuaikan diri dengan keadaan dan budaya sebenar.
sekolah

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru menunjukkan gambaran sebenar keadaan Contoh bahan :-


suasana dan susun atur kelas Tahun Satu di sekolah video,slaid, gambar,
rendah : dan simulasi

2. Guru menjelaskan gambaran tentang keadaan di Tahun


Satu seperti :
‰Budaya bunyi loceng.
‰Rutin kelas.
‰Perhimpunan kelas.
‰Bilangan guru yang ramai di Tahun Satu.
‰Suasana persekitaran sekolah

3. Guru membuat aktiviti simulasi dan main peranan


tentang senario di no. 2.

Bunyi loceng Murid dilatih untuk


Contoh:. menyiapkan tugasan
Guru membunyikan loceng :- dalam waktu yang
Murid diminta berbaris di tapak perhimpunan. ditentukan
Murid bersiap sedia untuk keluar rehat.
Murid bersiap sedia untuk balik.

Rutin kelas
Murid di latih menjalankan tugas-tugas harian

Memadam papan
hitam
Membuka tingkap
Membuang sampah
Menyusun kerusi
meja
5-4
Tajuk 3

LAWATAN

3.1 Lawatan ke sekolah rendah yang berhampiran

Tujuan

Murid-murid Prasekolah dapat:

1. Menyesuaikan diri dengan suasana sekolah melalui


pengalaman sebenar.

2. Membina keyakinan diri untuk menghadapi suasana


baru di Tahun Satu.

LANGKAH-LANGKAH

1. Pengurus Tadika dan Guru Tadika

Merancang lawatan ke sekolah


a - Mengikut prosedur lawatan:
x surat kebenaran dari ibu bapa
x memastikan persiapan dibuat

b - Membuat temu janji dengan Guru Besar dan


pihak sekolah.

2. Menyediakan program atau aturcara atau jadual aktiviti


lawatan; semasa lawatan ke sekolah rendah untuk
melihat :
i) Budaya sekolah
ii) Keadaan fizikal sekolah
- Kantin
- Tandas
- Bilik kelas Tahun Satu
- Kedai buku
- Tempat menunggu. (bas/ibu bapa)
- Tapak perhimpunan

3. Lawatan ke sekolah bersama murid Prasekolah.

5-5
MODUL 6
PERSEDIAAN GURU-GURU TAHUN SATU
Tajuk Perkara Bil. Perincian

1 Kefahaman Tentang 1.1 Menerima pendedahan tentang matlamat,


Konsep dan Objektif konsep dan strategi pelaksanaan Program
Program Transisi Transisi.

2 Memahami Kurikulum 2.1 Mendapatkan bahan dan maklumat


dan Budaya kurikulum Prasekolah daripada pihak
Prasekolah pengurusan sekolah.

2.2 Melawat ke kelas Prasekolah dan


membuat pemerhatian.
2.3
Memahami budaya Prasekolah dan
sekolah rendah yang berbeza

3 Memahami Rekod 3.1 Mendapatkan penerangan khusus untuk


Perkembangan Murid menganalisis rekod perkembangan murid
Prasekolah.

4 Memahami 4.1 Memerhati guru Prasekolah dan


Pendekatan melaksanakan pengajaran dan
Pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran di
Prasekolah Untuk
diaplikasikan dalam
Program Transisi

5 Kursus Pengurusan 5.1 Menghadiri Kursus Pengurusan


Penyayang Guru Penyayang Murid Tahun Satu
Tahun Satu

6 Kesediaan Guru 6.1 Mengenali dan mengetahui cara melayan


Menerima Murid Yang murid.
Menghadapi Masalah
Awal Pembelajaran 6.2 Menyediakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian untuk
murid-murid yang berkenaan.

7 Kemahiran Guru 7.1 Pemahaman mengenai keperluan murid


Menangani Masalah yang berbeza kebolehan.
Perbezaan Murid
8 Pelbagai Pendekatan 8.1 Menerima pendedahan khusus berhubung
Menangani Tingkah dengan psikologi dan sosio-emosi
Laku Murid
Mendapatkan pengetahuan dan
8.2 pengalaman berkaitan dengan
penyelesaian terhadap tingkah laku murid.
PERSEDIAAN GURU-GURU TAHUN SATU

Kejayaan Program Transisi ini banyak bergantung pada keupayaan guru Tahun Satu
melaksanakan setiap aktiviti yang dirancang. Perancangan yang dijalankan termasuklah
beberapa persediaan yang perlu mereka lakukan.

Perkara-perkara penting yang perlu dilakukan adalah seperti memahami dengan jelas
konsep dan pengertian Program Transisi, memahami kurikulum Prasekolah, memahami
kemajuan murid melalui rekod perkembangan murid, memahami pendekatan pengajaran dan
pembelajaran di Prasekolah untuk dilaksanakan dalam Program Transisi.

Selain daripada itu, menghayati kandungan Kursus Pengurusan Penyayang Guru Tahun
Satu, kesediaan guru menerima murid yang menghadapi masalah pembelajaran,
meningkatkan kemahiran menangani masalah perbezaan murid serta mencari pelbagai
pendekatan mengenai tingkah laku murid adalah antara perkara-perkara lain yang diperlukan.

Tajuk I

KEFAHAMAN TENTANG KONSEP DAN OBJEKTIF PROGRAM TRANSISI

1.1 Menerima pendedahan tentang matlamat, konsep


dan strategi pelaksanaan Program Transisi. Sebelum sesi
persekolahan bermula
Tujuan

Membantu guru memahami dan melaksanakan Program Program Transisi ialah


Transisi dengan jayanya. satu program yang
bertujuan untuk membantu
LANGKAH-LANGKAH kanak-kanak menghadapi
perubahan diri dalam
Guru Tahun Satu menerima taklimat daripada Guru Besar pendidikan tidak formal ke
tentang: pendidikan formal.

1. Mengapa perlu tindakan Program Transisi


2. Konsep
3. Matlamat
4. Strategi
5. Bahan-bahan yang disediakan untuk dikaji.
6. Persediaan yang perlu dibuat oleh guru.

6-1
Tajuk 2

MEMAHAMI KURIKULUM PRASEKOLAH

2.1 Mendapatkan bahan dan maklumat kurikulum


Prasekolah daripada pihak pengurusan sekolah. Sebelum sesi
persekolahan bermula
Tujuan

1. Membantu guru memahami kurikulum Prasekolah untuk


membolehkan pelaksanaan Program Transisi dijalankan
dengan jayanya.

2. Meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran


secara terancang dan sistematik

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru mendapatkan maklumat kurikulum Garis Panduan Kurikulum


Prasekolah dari sumber berikut : Prasekolah Kebangsaan
dan Huraian Kurikulum
x Guru Besar /Guru Pusat Sumber. Prasekolah
x Guru Prasekolah.
x Pasaran.

2. Meneliti dan mengkaji kandungan kurikulum


Prasekolah dengan kurikulum Tahun Satu.

3. Merangka aktiviti-aktiviti kesinambungan Prasekolah ke


Tahun Satu.

6-2
Tajuk 2 (disambung)
MEMAHAMI KURIKULUM PRASEKOLAH

2.2 Melawat ke kelas Prasekolah dan membuat


pemerhatian.

Tujuan:
Mendapatkan gambaran sebenar bagaimana pelaksanaan
kurikulum Prasekolah dijalankan.

LANGKAH-LANGKAH

1. Mengenal pasti dan mendapatkan persetujuan dari


pihak Prasekolah yang ingin dilawati.

2. Guru mengadakan lawatan untuk memerhatikan


persekitaran serta proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan dari aspek Kesinambungan keadaan
persekitaran serta proses
x Pengurusan dalam dan luar bilik darjah. pengajaran dan
x Amalan dan budaya pembelajaran akan
x Strategi pengajaran dan pembelajaran diteruskan semasa
x Konsep kesepaduan dan pendekatan tematik. Program Transisi
x Penilaian kanak-kanak. dijalankan.
x Budaya
x Aktiviti Psikomotor
x Aktiviti nilai-nilai murni.

3. Mendapatkan penerangan bagaimana cara merekod dan


menganalisa perkembangan murid.

4. Perbincangan dua hala dengan guru-guru prasekolah


berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kesinambungan
Prasekolah yang dirancang.

5. Guru menyediakan laporan lawatan untuk tujuan rujukan.

6-3
Tajuk 2 (disambung)
MEMAHAMI KURIKULUM PRASEKOLAH

2.3 Memahami perbezaan budaya antara Prasekolah


dan sekolah rendah

Tujuan:

1. Guru dapat membuat penyesuaian pendekatan untuk


menerima murid Tahun Satu.

2. Guru dapat menyediakan kesinambungan aktiviti dan


persekitaran di kelas Tahun Satu.

LANGKAH-LANGKAH

3. Guru memahami dan menghayati kurikulum di


Prasekolah.

4. Merancang aktiviti yang bersesuaian dan ada kaitan


dengan aktiviti di Prasekolah

5. Meneruskan nilai-nilai budaya yang telah diterapkan


semasa murid-murid membina persekitaran dan budaya
baru untuk kelas dan sekolah.

6. Bersama murid-murid membina persekitaran dan


budaya baru untuk kelas dan sekolah

7. Mendapatkan bantuan dari rakan sekerja untuk


membina dan memantapkan persekitaran yang ceria
dan budaya yang cemerlang

6-4
Tajuk 3

MEMAHAMI REKOD PERKEMBANGAN MURID

3.1 Mendapatkan penerangan khusus untuk Hari Pendaftaran Murid Ke


menganalisis rekod perkembangan murid Tahun 1
Prasekolah.

Tujuan :

1. Guru dapat mengenal pasti tahap perkembangan dan


pencapaian murid.

2. Menyesuaikan dengan kurikulum Tahun Satu.

3. Merancang aktiviti Transisi dan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran secara berkesan.

LANGKAH-LANGKAH

1. Mendapatkan Rekod Perkembangan Potensi Murid yang Rekod Perkembangan


mengikuti Prasekolah daripada ibu bapa . Potensi Murid dibawa dari
prasekolah dan
2. Menyemak dan membuat analisa tentang tahap mengandungi catatan
perkembangan murid. tentang perkembangan
murid semasa murid itu
3. Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap berada di Prasekolah
perkembangan potensi murid.

x Cara menganalisis maklumat-maklumat murid.


x Cuba mengesan tahap kemajuan murid
- 3M
- emosi, kebolehan, minat.

x Membuat tanggapan (cadangan ) dari segi


kesediaan murid menerima Program Transisi Tahun
Satu.
x Cara pemerhatian.

6-5
Tajuk 4

MEMAHAMI PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI


PRASEKOLAH UNTUK DIAPLIKASIKAN DALAM PROGRAM TRANSISI

4.1 Memerhati guru Prasekolah dan pelaksanaan


proses pengajaran dan pembelajaran. Istilah Penting:

Tujuan: SUDUT PEMBELAJARAN


BERMAIN SAMBIL
Untuk mengetahui bagaimana pengajaran dan pembelajaran BELAJAR
prasekolah dilaksanakan MENEROKA SAMBIL
BELAJAR
LANGKAH-LANGKAH

1. Mendapatkan persetujuan daripada pihak


pengurusan Prasekolah.

2. Memerhatikan teknik/kaedah pengajaran dan


pembelajaran yang dijalankan:-

a) Guru dengan murid.


b) Murid dengan murid

3. Mengadakan perbincangan dengan guru-guru


Prasekolah tentang keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran

6-6
Tajuk 5

KURSUS PENGURUSAN PENYAYANG GURU TAHUN 1

5.1 Menghadiri Kursus Program Transisi dan Guru Program Pengurusan


Penyayang Penyayang Guru Tahun
Satu diuruskan dan
dijalankan oleh pihak
Bahagian Pendidikan Guru
Tujuan :

Pendedahan tentang cara mengendalikan Program Transisi


mengenai keperluan kanak-kanak yang datang dari pelbagai
latar belakang.

LANGKAH-LANGKAH

1. Memahami kandungan kursus mengikut modul yang


diedarkan :

a) Modul 1
Konsep Awal Kanak-Kanak

b) Modul 2
Kesinambungan kurikulum Prasekolah dan
Tahun Satu.

c) Modul 3
x Pengurusan pembelaran dan pelajaran
x Mengenali perbezaan individu.
x Teknik permudahcaraan
x Kes tingkah laku kanak-kanak.
x Keceriaan suasana bilik darjah amalan budaya.

d) Modul 4
Pengesanan kemajuan kanak-kanak.

e) Kit Program Transisi dan konsep Program Transisi

2. Menjalankan latihan dalaman di peringkat sekolah.

6-7
Tajuk 6

KESEDIAAN GURU MENERIMA MURID YANG MENGHADAPI MASALAH AWAL


PEMBELAJARAN

6.1 Mengenali dan mengetahui cara melayan murid. Modul Program


Pengurusan Penyayang
Guru Tahun Satu
diuruskan dan dijalankan
oleh pihak Bahagian
Pendidikan Guru.
Tujuan : Modul-modul Program
Membantu mengurangkan tahap kebimbangan dan rasa Transisi diuruskan oleh
rendah diri murid Pusat Perkembangan
Kurikulum

LANGKAH-LANGKAH

1. Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah awal


pembelajaran.
- Awal bacaan
- Awal tulisan
- Pranombor

2. Mengetahui tahap kebolehan dan peningkatan


dalam 3 aspek di atas.

3. Mencadangkan contoh aktiviti dan bahan yang


sesuai

Contoh:-
Pranombor menggunakan bahan maujud bagi
membandingkan jumlah banyak/sedikit

6-8
Tajuk 6 (disambung)

KESEDIAAN GURU MENERIMA MURID YANG MENGHADAPI MASALAH AWAL


PEMBELAJARAN

6.2 Menyediakan aktiviti pengajaran dan November/Disember


pembelajaran yang bersesuaian untuk murid-
murid yang berkenaan.

Tujuan :

Membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran


yang baru.

LANGKAH-LANGKAH

1. Memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menyeronokkan Program Guru Penyayang


seperti:- diuruskan dan dijalankan
oleh pihak Bahagian
x permainan Pendidikan Guru.
x permainan komputer

2. Memilih lagu-lagu yang bersesuaian seperti : Pendekatan Tematik dan


pendekatan terkini :
x Kaset lagu-lagu Kurikulum Baru Sekolah Rendah contohnya- sesi bercerita
(KBSR) dengan Teknik Sebab dan
x Lagu-lagu rasmi Akibat atau Teknik Awan
x Perhimpunan sekolah (Modul 8 Tajuk 3)

3. Merangka aktiviti-aktiviti simulasi kumpulan

Contoh:-
Permainan "Pukul Berapa Datuk Harimau" * Permainan "Pukul
Berapa Datuk Harimau"
bertujuan mengenalkan
konsep belajar nombor
dan menerapkan nilai
kerjasama dalam
kumpulan.

6-9
Tajuk 7
KEMAHIRAN GURU MENANGANI MASALAH PERBEZAAN MURID

7.1 Pemahaman mengenai keperluan murid yang Program Pengurusan


berbeza kebolehan. Penyayang Guru Tahun
Satu diuruskan dan
dijalankan oleh pihak
Bahagian Pendidikan
Guru.
Tujuan :

Membolehkan guru merancang aktiviti dan bahan yang


dapat merapatkan jurang perbezaan antara murid.

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru membentuk kumpulan yang sama rata dari


kepelbagaian kebolehan untuk memenuhi keperluan
program.

2. Guru merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan


pembelajaran yang bersesuaian dengan Program
Transisi.

3. Guru dan murid melaksanakan aktiviti pengajaran


dan pembelajaran

44.. Metodologi Secara Intensif

x Instrumen untuk mengenal pasti kebolehan murid. 1. mengikut kebolehan


x Pendekatan yang sebenar. kumpulan yang tidak
x Bahan pengajaran dan pembelajaran serta tetap dan boleh
tujuannya. berubah mengikut
x Kesepaduan arahan dalam pelbagai. mata pelajaran
kegiatan yang menyatukan beberapa unsur
secara bersepadu. 2. penyediaan bahan
x Diketengahkan pelbagai situasi. mengikut aras
x Kegiatan pengukuhan dengan bantuan/aktiviti kecerdasan.
sokongan
x Penyediaan bahan contoh berhubung strategi 3. asing dalam konteks
di atas.
4. memberi pengajaran.
x Mengesan aras kebolehan atau kecerdasan murid
bagi memudahkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran

6-10
Tajuk 8

PELBAGAI PENDEKATAN MENANGANI TINGKAH LAKU MURID

8.1 Menerima pendedahan khusus berhubung Matlamat perkembangan


dengan psikologi dan sosio-emosi diri dan sosio emosi

Tujuan :

Guru dapat menyelesaikan masalah yang dialami oleh


murid yang berkaitan dengan psikologi dan sosio-emosi
secara sistematik.

1. Mengenal pasti masalah tingkah laku murid yang


memerlukan bantuan
x Terlampau Aktif (Hyperactive)
x Menimbulkan Gangguan (Disruptive)

2. Teknik bagi menangani masalah tingkah laku.


Contoh :
x Teknik ‘Theory of Constraints (TOC)
x Modifikasi tingkah laku Theory of Constraints/
x Time out (TOC)
x Ganjaran (Modul 8 tajuk 3)

3. Kes-kes tertentu yang berkaitan Kajian Masa Depan

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru didedahkan kepada pendekatan TOC, Teknik Teknik Awan


Awan (The Cloud) dan cara menggunakan Teknik Sebab (Modul 8 Tajuk 3)
dan Akibat ( Negative Branch) bersama murid untuk
mengelakkan kelakuan yang tidak digalakkan.

Contoh:-

Teknik Awan ( ' The Cloud' TOC) di satu bahagian


kawasan sekolah. (dinding / halaman) dan boleh digunakan
oleh murid kelas lain.

6-11
Tajuk 8 (disambung)

PELBAGAI PENDEKATAN MENANGANI TINGKAH LAKU MURID

8.2 Mendapatkan pengetahuan dan pengalaman


berkaitan dengan penyelesaian terhadap
tingkah laku murid.

Tujuan :
Guru dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman
guru tentang tingkah laku murid-murid serta teknik
menangani masalah

LANGKAH-LANGKAH

1. Mendapatkan maklumat tingkah laku murid dan teknik


menyelesaikannya melalui kaedah:-

x Buku
x Surat Khabar
x Majalah
x Risalah
x dan lain-lain.

2. Membuat kajian kes tingkah laku dan cara


penyelesaiannya

3. Menggunakan Teknik Awan (The Cloud TOC) dan


Teknik Sebab Dan Akibat (Negative Branch TOC) dan
Teknik Garis Masa (Kajian Masa Depan) Theory of Constraints/
TOC
4. Berbincang atau bertukar-tukar pendapat dengan guru- Kajian Masa Depan
guru prasekolah dan guru-guru lain yang
berpengalaman.

5. Mendapatkan kerjasama dengan guru bimbingan dan


kaunseling untuk mengenal pasti dan menangani
masalah.

6-12
MODUL 7
PERSEDIAAN IBU BAPA

Tajuk Perkara Bil Perincian


1 Persediaan Ibu 1.1 Menyediakan persiapan awal untuk
Bapa Di Rumah anak-anak sebelum masuk Tahun
Satu.

1.2 Berinteraksi dan memberi perhatian


terhadap hasil kerja dan persiapan
anak-anak.

1.3 Mewujudkan hubungan dua hala


antara ibu bapa atau penjaga
dengan pihak sekolah

1.4 Memberi komitmen dan mengikuti


perkembangan aktiviti yang
dijalankan oleh pihak sekolah.

2 Hubungan Ibu 2.1 Berinteraksi dengan guru terhadap


Bapa dengan hasil kerja dan persiapan anak-
Guru anak.

2.2 Membuat tindakan susulan terhadap


aktiviti pembelajaran di sekolah.

3 Hubungan Ibu 3.1 Mewujudkan hubungan dua hala


Bapa dengan antara ibu bapa atau penjaga
Guru Besar dan dengan pihak sekolah
Sekolah
PERSEDIAAN IBU BAPA

Persediaan awal ibu bapa untuk anak-anak mereka masuk ke Tahun Satu turut
berperanan menjayakan Program Transisi di samping membantu anak-anak
memulakan proses pendidikan secara formal dengan jayanya.

Antara persediaan yang boleh dilakukan melalui persediaan di rumah seperti


persediaan sosio-emosi, mental dan fizikal anak-anak. Persediaan yang lain
termasuklah mewujudkan hubungan mesra dengan pihak guru-guru dan
pengurusan sekolah di samping melihat dan memerhati perkembangan diri, tingkah
laku dan pencapaian akademik anak-anak secara berterusan. Keprihatinan ibu
bapa terhadap perkembangan anak-anak dan Program Transisi akan memberi
kesan yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta kemajuan diri
anak-anak.

Tajuk 1

PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH

1.1 Menyediakan persiapan awal untuk anak-anak


sebelum masuk Tahun Satu.

Tujuan

Supaya anak-anak lebih bersedia daripada segi mental,


sosio emosi dan fizikal untuk memasuki Tahun Satu.

LANGKAH-LANGKAH

Ibu bapa atau penjaga perlu:

1. Memastikan anak telah didaftarkan dan ditempatkan di


sekolah yang ditentukan.
2. Mengkaji dan meneliti rekod perkembangan serta
pencapaian anak mereka di Prasekolah.
3. Bagi kanak-kanak yang tidak mengikuti Prasekolah, ibu
bapa perlu memaklumkan tahap perkembangan anak-
anak mereka seperti tahap kesihatan anak-anak, alahan
anak-anak dan tahap kebolehan akademik anak-anak
mereka kepada guru kelas Tahun Satu. Persiapan awal
keperluan fizikal
4. Membuat persiapan awal dengan menyediakan kanak-kanak seperti
keperluan fizikal anak-anak seperti pakaian, alat tulis, pakaian, alat tulis
buku-buku dan sebagainya. dan buku-buku dapat
memberi semangat
kepada anak-anak
untuk memulakan
pembelajaran di
Tahun Satu
7-1
Tajuk 1

PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH (Disambung)

5. Membawa anak-anak melihat keadaan dan persekitaran


sekolah sebelum hari pendaftaran .
Jiran tetangga akan
6. Memaklumkan kepada jiran dan masyarakat setempat
turut rasa
bahawa anak akan memasuki Tahun Satu supaya
berbangga dan
mendapat kerjasama dan perhatian daripada mereka.
boleh memberikan
7. Memberikan dorongan dan gambaran positif tentang kerjasama seperti
sekolah baru. memberi pujian
a. ramai kawan pengukuhan,
b. banyak aktiviti teguran, perhatian
c. jadi pandai kepada anak-anak
di mana sahaja
mereka bersua

7-2
Tajuk 1

PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH (Disambung)

1.2 Berinteraksi dan memberi perhatian terhadap


hasil kerja dan persiapan anak-anak.

Tujuan

Supaya ibu bapa dapat mengikuti perkembangan


perkembangan anak-anak

LANGKAH-LANGKAH

Ibu bapa atau penjaga perlu :

1. Bertanya kepada anak-anak tentang apa yang telah


dipelajari di sekolah.
2. Menyemak dan meneliti kerja-kerja sekolah anak-
anak melalui buku-buku latihan dan lembaran kerja.
3. Meneliti dan mengenal pasti tahap pencapaian anak-
anak melalui rekod profil.
4. Memberi lebih perhatian terhadap aspek yang perlu
diperbaiki dengan membeli buku-buku dan bahan
rujukan.
5. Memberi bimbingan dan motivasi yang berterusan.
6. Menyedarkan anak-anak tentang kepentingan ilmu
dalam hidup seharian.

7-3
Tajuk 1

PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH (Disambung)

1.3 Mewujudkan hubungan dua hala antara ibu bapa/


penjaga dengan pihak sekolah

Tujuan

1. Supaya dapat mewujudkan kesefahaman antara ibu


bapa dan pihak sekolah.

2. Menjalin hubungan mesra antara ibu bapa dengan pihak


sekolah

LANGKAH-LANGKAH

Ibu bapa atau penjaga perlu :

1. Menghadiri perjumpaan dan perbincangan dengan


pihak sekolah khususnya guru kelas bagi
mendapatkan maklumat tentang perkembangan dan
pencapaian anak-anak.

2. Melibatkan diri dengan setiap aktiviti yang dijalankan


oleh pihak sekolah seperti memberikan sumbangan
dari segi idea, tenaga dan kewangan.

3. Sentiasa memberi kerjasama dan sokongan padu


terhadap setiap aktiviti yang dirancang dan
dijalankan oleh pihak sekolah seperti gotong-royong,
sukaneka, pertandingan mewarna, nyanyian dan
sebagainya.

7-4
PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH (Disambung)
1.4 Memberi komitmen dan mengikuti perkembangan
aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Tujuan

Supaya ibu bapa dapat :

1. Memupuk minat, semangat kerjasama serta rasa


tanggungjawab dikalangan ibu bapa

LANGKAH-LANGKAH

Ibu bapa atau penjaga perlu :

1. Menghadiri sesi penerangan dan taklimat yang


dianjurkan oleh pihak sekolah.

2. Menyertai aktiviti yang memerlukan penglibatan ibu


bapa.

3. Melibatkan diri secara aktif dalam PIBG

7-5
Tajuk 2
HUBUNGAN DENGAN GURU

2.1 Berinteraksi dengan guru terhadap


hasil kerja dan persiapan anak-anak.

Tujuan
Supaya ibu bapa dapat mengikuti perkembangan anak-
anak

LANGKAH-LANGKAH

Ibu bapa atau penjaga perlu :

1. Bertanya guru tentang apa yang telah dipelajari oleh


anak-anak di sekolah.
2. Menyemak dan meneliti kerja-kerja sekolah anak-
anak melalui buku-buku latihan dan lembaran kerja
yang diberi oleh guru.
3. Meneliti dan mengenal pasti tahap pencapaian anak-
anak melalui rekod profil.
4. Memberi lebih perhatian terhadap aspek yang perlu
diperbaiki dengan membeli buku-buku dan bahan
rujukan.
5. Memberi bimbingan dan motivasi yang berterusan
selepas perbincangan bersama guru.

7-6
Tajuk 2
HUBUNGAN DENGAN GURU (Disambung)

2.2 Membuat tindakan susulan terhadap aktiviti


pembelajaran di sekolah.

Tujuan

Supaya ibu bapa dapat :


Membantu agar kesinambungan pembentukan budaya
sekolah diteruskan di rumah.

LANGKAH-LANGKAH

Ibu bapa perlu:


1. Bertanya kepada anak-anak tentang aktiviti yang
dijalankan di sekolah.
Kanak-kanak mula
2. Menggalakkan anak-anak mengamalkan budaya yang mengenal corak
dipelajari di sekolah diteruskan di rumah seperti budaya disiplin dan tingkah
membaca, berjimat cermat dan sebagainya. laku melalui
hubungan mesra
3. Mengesan tahap kemajuan diri anak-anak: dengan ahli-ahli
a. tingkah laku keluarga terutama
b. semangat pergi sekolah sekali dengan ibu
c. semangat untuk belajar bapa.
d. pencapaian dalam kemahiran 3M

4. Membantu meningkatkan tahap pengurusan diri di


kalangan anak-anak dan bekerjasama melakukan
sendiri:
a. mandi
b. sikat rambut
c. pakai baju / seluar
d. pakai kasut

5. Mengelolakan kemahiran sosio-emosi di kalangan anak-


anak:
a. komunikasi dengan ahli keluarga
b. memberi pendapat
d. suka bertanya
e. menerima pandangan atau nasihat

6. Berbincang dengan guru-guru tentang tahap


pencapaian akademik, pengurusan diri dan sosio-
Ibu bapa yang selalu
emosi anak-anak.
berinteraksi dengan
anak-anak akan
meningkatkan lagi
perasaan selesa,
harmoni dan rasa
dihormati antara satu
dengan lain.

7-7
Tajuk 3

HUBUNGAN DENGAN GURU BESAR DAN SEKOLAH

3.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara ibu bapa


atau penjaga dengan pihak sekolah

Tujuan

1. Supaya dapat mewujudkan persefahaman antara ibu Untuk mematuhi


bapa dengan pihak sekolah peraturan dan tahap
hubungan ibu bapa
2. Meningkatkan hubungan mesra antara ibu bapa dengan dengan sekolah
pihak sekolah

Perbincangan mengenai
bidang yang boleh ibu
bapa beri bantuan kepada
pihak sekolah
LANGKAH-LANGKAH

Ibu bapa atau penjaga perlu :


Ibu bapa perlu sedar
1. Menghadiri perjumpaan dan perbincangan dengan pihak bahawa dalam 3 bulan
sekolah. pertama lebih kepada
aktiviti penyesuaian,
2. Melibatkan diri dengan setiap aktiviti yang dijalankan bukan bercorak terlalu
oleh pihak sekolah seperti memberikan sumbangan dari akademik
segi idea, tenaga dan kewangan.

3. Sentiasa memberi kerjasama dan sokongan padu


terhadap setiap aktiviti yang dirancang dan dijalankan
oleh pihak sekolah seperti gotong-royong, sukaneka,
pertandingan mewarna, nyanyian dan sebagainya.

4. Memahami matlamat Progaram Transisi dan tidak


terlalu ghairah dengan aktiviti bercorak akademik pada 3
bulan pertama persekolahan.

7-8
MODUL 8
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI
Tajuk Perkara Perincian
1 Pelaksanaan Program Transisi Majlis Suaikenal: Pendaftaran Murid- Murid
Minggu Pertama Persekolahan
Minggu Kedua Persekolahan
Minggu Ketiga Sehingga Akhir Bulan Ketiga

2 Pengajaran dan Pembelajaran Struktur dan Organisasi Pengajaran &


KBSR Yang Bersepadu dan Pembelajaran Bersepadu dan Tematik
Tematik 3 Peringkat Perkembangan Tema

3 Pembinaan Kemahiran dalam x Teknik Kemahiran Berfikir dan


Perkembangan Sosio-emosi dan Berkomunikasi ( Teori TOC )
Asas Kemahiran Berfikir dan
Berkomunikasi x Teknik Awan
x Teknik Sebab Dan Akibat
x Teknik Mencita-citakan Kejayaan

4 Contoh Aktiviti Mencapai x Tugasan Untuk Berkerjasama dan


Matlamat Kolaboratif Kolaborasi Yang Kreatif:

x Teknik Mencita-citakan x “Kelas Saya Yang Bersih Dan Ceria”


Kejayaan

MODUL 8 Tajuk 1
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

Persediaan yang telah dilakukan ialah seperti membuat persiapan fizikal bilik darjah dan
perancangan aktiviti untuk pendaftaran murid Tahun Satu serta taklimat dengan ibu bapa.

Pelaksanaan Minggu Orientasi dan program pembelajaran dan pengajaran selepas Minggu
Orientasi hingga tamat Program Transisi dan aktiviti lanjutan untuk murid yang masih
memerlukan penyesuaian adalah focus untuk tiga bulan program yang telah dirancang.

Majlis Suaikenal: Pendaftaran Murid- Murid


Minggu Pertama Persekolahan
Minggu Kedua Persekolahan
Minggu Ketiga Sehingga Akhir Bulan Ketiga

8-1
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG

MINGGU PERTAMA

Matlamat Untuk Dicapai:

Siapa Saya?
Siapa Kawan Saya?
Siapa Guru Saya?
Mana Sekolah Saya?

MINGGU KEDUA

Matlamat Untuk Dicapai:


Apakah Yang Kami Boleh Buat
Bersama?

Matlamat Kolaboratif:
“ Kelas Saya Yang Bersih, Ceria dan
Seronok Untuk Belajar”.

MINGGU KETIGA
Matlamat Untuk Dicapai:

“Kami Seronok Belajar


Dengan Keyakinan”

8-2
“KAMI MURID TAHUN SATU”
(Minda Cerdas, Mata Bercahaya)

Selepas Minggu Pertama, murid :

1. Mengenali dan membina hubungan mesra di kalangan kanak-kanak dan antara kanak-
kanak dan guru dalam masa yang singkat;

2. Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid yang berlainan latar
belakang, pengalaman dan sosio ekonomi; dan

3. Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran di sekolah baru.

Selepas Minggu Kedua, murid :

1. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid-murid Tahun Satu;

2. Memupuk semangat bekerjasama dengan cara menetapkan dan mencapai matlamat


yang kolaboratif;

3. Mendedahkan murid dengan suasana pengajaran dan pembelajaran KBSR yang


menyeronokkan; dan

4. Mengesan potensi murid melalui bidang yang ditekankan dalam pendidikan Prasekolah.

Selepas Program Transisi dijalankan, murid :

1. Meningkatkan perkembangan potensi diri dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomotor
dan fizikal dan sosio emosi secara beransur-ansur dan bersistematik;

2. Menggunakan kemahiran yang ada untuk perkembangan diri yang berterusan;

3. Membina dan meningkatkan kemahiran murid yang lemah dan potensi diri mereka;

4. Mengurangkan perbezaan yang ketara tentang perkembangan kognitif dan hubungan


yang sosial antara murid; dan

5. Memulakan pengajaran dan pembelajaran KBSR yang bersepadu melalui pendekatan


tematik.

8-3
MINGGU PERTAM (MINGGU ORIENTASI)

CADANGAN AKTIVITI
1. Dinamika Kumpulan TEKNIK
2. Pemupukan kumpulan 1. Simulasi kumpulan
3. Pengukuhan sosialisasi 2. Main Peranan
4. Pergerakan motor halus 3. Kerja Berpasangan
5. Main sambil belajar 4. Kerja Kumpulan
6. Motivasi diri 5. Pertandingan antara
7. Belajar sambil meneroka kumpulan
8. Pemupukan kreativiti 6. Bercerita dan Teknik
9. Pemupukan nilai murni Awan TOC

MINGGU KEDUA (MINGGU ORIENTASI)

CADANGAN AKTIVITI
1. Pemupukan Kumpulan
TEKNIK
2. Pergerakan motor kasar
1. Simulasi kumpulan
3. Motivasi
2. Main Peranan
4. Pembentukan tingkah laku
3. Bercerita: Teknik Sebab dan
5. Main sambil belajar
Akibat
6. Belajar sambil meneroka
4. Kerja Kumpulan :
7. Aktiviti Kognisi
Teknik Mencita-citakan
8. Aktiviti Bahasa
Kejayaan
9. Aktiviti Estetika & Daya Kreatif
5. Pertandingan antara kumpulan
10. Aktiviti Keagamaan
11. Aktiviti Ketatanegaraan
12. Pemupukan sosial emosi

MINGGU KETIGA-BULAN KE-3

CADANGAN AKTIVITI
1. Pengajaran dan pembelajaran yang
berterusan melalui pendekatan tematik,
bersepadu dan bermain dalam kumpulan TEKNIK
2. Membaca, menulis, mewarna dan 1. Pendekatan Tematik
bekerjasama untuk tiga perkembangan 2. Kerja Berkumpulan
utama iaitu perkembangan kognitif dan 3. Berpusatkan pelajar
bahasa, Psikomotor dan fizikal serta sosio
4. Simulasi kumpulan
emosi
5. Main peranan
3. Mengaplikasi apa yang dipelajari ke
dalam kehidupan seharian

8-4
MODUL 8 Tajuk 2

Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Yang


Bersepadu dan Tematik

Struktur dan Organisasi


Pengajaran dan Pembelajaran
Bersepadu dan Tematik

8-5
PENDEKATAN TEMATIK

Pendekatan Tematik merupakan satu usaha untuk mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan
nilai pembelajaran serta pemikiran yang kreatif dengan menggunakan tema.

Guru sepatutnya menggalakkan murid mengambil bahagian secara aktif dan fizikal dalam
proses pembelajaran kerana kanak-kanak dengan semula jadi belajar dengan cara ‘membuat’

Aspek mengkaji dan meneroka dengan menggunakan deria (melihat, mendengar, merasa,
menghidu, menyentuh) juga patut digalakkan.

Pembelajaran yang semula jadi dan bermakna kepada kanak-kanak adalah pembelajaran
secara ‘membuat’ dan ‘mengalami’ sendiri sesuatu aktiviti itu.

Guru mesti mencuba untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang bererti kepada murid
supaya mereka bukan sahaja ada elemen ‘seronok’ tetapi juga untuk mencetuskan minat ingin
tahu dan seterusnya mencari maklumat dengan sendiri.

Murid juga sepatutnya diberi peluang untuk berdikari, meneroka dan mengalami untuk diri
sendiri dan bagi diri sendiri.

PENDEKATAN TEMATIK BAGI PROGRAM TRANSISI

Pendekatan tematik bagi Program Transisi boleh dijalankan berperingkat. Proses pembelajaran
secara tematik menolong kanak-kanak berfikir secara kreatif dan kritis sementara belajar.

8-6
PENDEKATAN TEMATIK

CARA PERKEMBANGAN TEMA DAN


PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN TEMA

PERINGKAT PERTAMA

Perbincangan Dan Perkembangan Tema

PERINGKAT DUA

Pelaksanaan Aktiviti-Aktiviti Dengan Idea-idea Perkembangan Tema

PERINGKAT TIGA

Pelajaran bersepadu mengikut tema yang berdasarkan


Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran

8-7
PERINGKAT PERTAMA

Perancangan oleh guru merupakan peringkat yang paling penting. Garis panduan di bawah
boleh membantu guru berbincang dan membentuk perkembangan dari perspektif kurikulum
berdasarkan tema yang dipilih.

GARIS PANDUAN
PERBINCANGAN DAN PERKEMBANGAN TEMA

SEJAUH MANA
TUJUAN DICAPAI? TUJUAN BAHAN

Refleksi atas tahap Kenapa kita belajar Manakah antara


kejayaan dan perubahan topik itu? bahan yang sedia ada
yang boleh dilakukan yang sesuai dengan
tujuan kita?

TEMA YANG APAKAH YANG INGIN


DIPILIH DIPELAJARI?
Guru dan pelajar
boleh menanya soalan
terbuka untuk mengenal
BAGAIMANKAH KITA pasti : sikap
TAHU APAKAH YANG konsep
TELAH DIPELAJARI? kemahiran; dan
isi kandungan
Strategi penilaian formatif yang perlu dipelajari
dan sumatif yang akan
digunakan oleh guru
dan murid CARA TERBAIK
UNTUK BELAJAR

Merancang dan memilih


aktiviti yang berkaitan
dengan soalan-soalan utama
di bahagian apakah yang ingin dipelajari

8-8
PERINGKAT KEDUA

Bagi peringkat ini, guru perlu mengambil perbincangan dan perkembangan dari peringkat
pertama dan menyoal tentang perkara ini :

Apakah yang kita ingin murid kita faham tentang tema?

Guru seterusnya boleh memperkembangan aktiviti-aktiviti berdasarkan soalan tersebut. Aktiviti


yang dirancang itu boleh dilihat dari beberapa aspek, contohnya

PERSPEKTIF FUNGSI
Bolehkah kita melihat tema Bagaimana benda ini
ini dari sudut yang berfungsi?
berlainan?

SEBAB & AKIBAT


Bagaimana ia menjadi
begini? PERUBAHAN
Bagaimana ia berubah?

TEMA
YANG
DIPILIH
REFLEKSI
Apakah pandangan kita
mengenai tema ini
PERKAITAN
Bagaimana ia berkait dengan
benda-benda lain?

TANGGUNG JAWAB
Apa yang boleh kita lakukan bagi
menunjukkan bahawa kita
bertanggung jawab terhadap tema
ini?

8-9
PERINGKAT KETIGA

Selepas aktiviti perkembangan idea dan perspektif tema telah dijalankan, pengajaran dan
pembelajaran tema boleh dikaitkan ke spesifikasi yang terdapat di Huraian Sukatan Pelajaran
dan rujukan ke Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran :

x Bahasa Melayu
x Bahasa Inggeris
x Matematik
x Pendidikan Agama
x Nilai-nilai Murni
x Pendidikan Seni
x Pendidkan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
x Pendidikan Muzik dan sebagainya.

Pelajaran yang bersepadu akan menggabungjalinkan unsur-unsur dari mata pelajaran lain
dalam pengajarannya. Misalnya,

Mata pelajaran : Bahasa Melayu


Tema : HAIWAN
Tumpuan : “Mengecam jenis bunyi”
Unsur tematik dan gabungjalinan: Pelajaran itu boleh disisip dengan unsur

x kesyukuran dan kesayangan makhluk ciptaan Allah S.W.T (Pendidikan Agama)


x kesayangan binatang (nilai murni)
x pergerakan jenis-jenis haiwan yang berbeza (Pendidikan Jasmani)
x melukis bentuk haiwan atau mewarnakan binatang (Pendidikan Seni)

8-10
Peringkat Pertama

LANGKAH PERANCANGAN

1. Apa tujuannya?
Mengapa kita belajar tajuk ini?

2. Bahan yang hendak digunakan


Yang manakah antara bahan yang sedia ada paling sesuai
dengan tujuan?

3. Apakah yang hendak dipelajari?


Soalan terbuka oleh guru dan murid bagi menghuraikan tema untuk mengenal pasti

Konsep
Kemahiran
Sikap
Isi kandungan yang hendak dipelajari

4. Bagaimana cara terbaik untuk belajar?


Merancang berbagai aktiviti pembelajaran berkaitan dengan soalan utama dengan
disuai padan dengan Huraian Sukatan Pelajaran.

5. Bagaimana kita boleh ketahui apakah yang telah dipelajari?


Penilaian formatif dan sumatif yang akan digunakan oleh guru dan
murid

6. Sejauh manakah tujuan telah dicapai?


Refleksi tentang tahap kejayaan yang telah dicapai dan sebarang perubahan
yang boleh dilakukan dalam perancangan berikutnya.

8-11
Peringkat Kedua

FUNGSI PEMETAAN SOALAN MENGENAI KONSEP UTAMA

x Membantu mengintegrasi pembelajaran merentas kurikulum

x Membantu menentukan skop dan bidang mengenai tema

x Membolehkan mengenal pasti kerangka isi bagi merancang pengajaran dan pembelajaran

x Membantu mengenal pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai

x Membantu murid mengenal pasti bidang dan tugasan pembelajaran yang mereka minati

x Membantu mengenal pasti aspek penilaian dan membina item mengikut aras kebolehan
murid

Mengapa Perlunya Membuat Refleksi ?

x Guru yang berpengetahuan akan mempunyai ilmu pengajaran yang luas

x Banyak yang boleh dipelajari mengenai pengajaran melalui inkuiri kendiri

x Semasa mengajar, banyak yang berlaku yang guru kurang sedar

x Refleksi kendiri yang kritis boleh membawa kepada pemahaman mendalam tentang
pengajaran

x Apabila refleksi kritis dijadikan rutin, guru menjadi lebih yakin mencuba option yang lain dan
menilai keberkesanannya

8-12
Selepas Mengajar Pelajaran

SOALAN YANG PATUT SAYA TANYA KENDIRI

x Apakah tujuan utama pelajaran tadi?

x Apakah sebenarnya yang murid belajar dalam pelajaran itu?

x Apakah cara (kaedah) mengajar yang telah saya gunakan?

x Apakah masalah yang saya hadapi dan bagaimana saya menanganinya?

x Apakah dalam pelajaran tadi yang paling berkesan?

x Apakah yang paling kurang berkesan?

x Ada tidak sebarang ubah suaian atau kelainan yang saya akan lakukan sekiranya saya

mengajar sekali lagi pelajaran itu?

8-13
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

Peringkat Ketiga

PENDEKATAN TEMATIK
Pelaksanaan Program Transisi dijalankan sebaik sahaja tamat aktiviti di minggu
orientasi. Aktiviti diteruskan melalui pengajaran dan pembelajaran KBSR yang
bersepadu.

Ini bertujuan untuk mengurangkan perbezaan yang ketara tentang perkembangan


kognitif, emosi dan hubungan sosial antara murid.

Dalam tempoh masa yang ditetapkan, murid-murid tahu akan rasa seronok dan
berkeyakinan untuk meneruskan proses pembelajaran yang riang dan menarik
seperti aktiviti tematik dan bersepadu serta main sambil belajar.

Pendekatan ini membolehkan perkembangan minda dan pemikiran dalam


keadaan yang mencabar dan menyeronokkan dan pada masa yang sama,
menepati hasil pembelajaran dan keperluan-keperluan Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan PelajaranTahun Satu.

S
elepas aktiviti orientasi selama dua minggu, proses pengajaran dan pembelajaran KBSR
akan diteruskan tetapi masih dalam suasana persekitaran kelas yang menarik,
pembelajaran yang menyeronokkan dan terancang.
BERMAIN SAMBIL BELAJAR
Pembelajaran Yang Menyeronokkan dan Mencabar

Ciri-Ciri pembelajaran bermain sambil belajar:


x Memajukan aktiviti bermain yang terancang
x Merancang dan membina persekitaran yang mencabar
x Memperluaskan dan memperkembangkan penggunaan
bahasa dan komunikasi melalui aktiviti bermain

x Memperluaskan dan memajukan aktiviti bermain yang


spontan

8-14
x Pembawaan untuk belajar
Bermula Dari Apa x Sikap positif
Yang Sedia Ada x Elakkan kegagalan pada
peringkat awal

x Dari segi agama, budaya,


Tiada kekecualian latar belakang keluarga,
keperluan khas, jantina,
bahasa ibunda, kebolehan

Menstrukturkan x Mengambil kira tahap


kurikulum dengan perkembangan yang berbeza
teliti x Kandungan yang relevan dan
PENDIDIKAN
sesuai
AWAL KANAK- x Activiti yang terancang
KANAK YANG
BERKESAN x Melibatkan kanak-kanak
Mengadakan aktiviti dalam proses pembelajaran
yang terancang dan dan pembelajaran
bermakna dan sesuai memusatkan murid

Bekerjasama antara x Saling menghormati


guru Prasekolah, ibu- sumbangan setiap golongan
bapa dan kanak-
kanak

Pendidikan x Ke arah pembelajaran


Prasekolah dan dan perkembangan
asuhan yang bermutu yang berkesan.
tinggi

Guru Prasekolah yang x Pengetahuan cara


peka dan sedar bagaimana kanak-
tentang keperluan kanak belajar.
kanak-kanak

8-15
Modul 8 Tajuk 3

Pembinaan Kemahiran
dalam Perkembangan Sosio-Emosi dan
Asas Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi

Teknik Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi


Teknik TOC (“Theory of Constraints”)

8-17
PEMBINAAN KEMAHIRAN SOSIO EMOSI DAN
ASAS KEMAHIRAN BERFIKIR DAN BERKOMUNIKASI

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN SOSIO-EMOSI YANG BAIK

Perkembangan sosio-emosi diperlukan supaya seorang kanak-kanak dapat menunjukkan


kesedaran, penerimaan rakan-rakan yang berbeza serta meluahkan emosi dan perasaannya.
Kanak-kanak boleh menggunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan
menyelesaikan masalah sosio-emosi.

Kebolehan menghadapi cabaran harian dan penyesuaian kepada perubahan seperti


penerimaan apa yang tidak boleh diubah mengakibatkan pilihan alternatif.

Perkembangan teknik menangani masalah menambahkan perkembangan esteem kendiri (self


esteem), penghormatan antara kanak-kanak dengan rakan-rakan lain memerlukan kemahiran
penyelesaian masalah. Pembinaan nilai-nilai murni, sikap keyakinan diri dan initiatif pergaulan
serta persefahaman antara mereka juga diperkembangkan bila mereka sendiri digalakkan
membuat keputusan yang bertanggung jawab dan berkesan.

Mengapa guru perlu x Selalunya guru-guru terpaksa menguruskan konflik atau


membina kemahiran sosio percanggahan antara murid-murid mereka
emosi ?
x Jika murid boleh berdikari dan mampu menyelesaikan
konflik, suasana pembelajaran di bilik darjah dan sekolah
tidak terjejas dan akan berjalan lancar

x Sekiranya murid tidak tahu menyelesaikan konflik dalam


kehidupan seharian, mereka sukar bertanggung jawab ke
atas tingkah laku mereka

Guru bermain peranan x Gunakan cara bermain sambil belajar yang terancang
yang kritikal dalam untuk membolehkan pembelajaran yang mencabar dan
perkembangan sosio- menyeronokkan.
emosi kanak-kanak
x Mengajar kanak-kanak untuk memahami hak orang-
orang lain, akibat dari kelakuan dan percakapan. Guru
menunjukkan sikap dan kemahiran seperti ini semasa
mengajar dan kanak–kanak akan menganggap guru
sebagai ‘role model’

Mengapa guru perlu x Pembawaan yang positif untuk belajar bermula dari
mengajar kemahiran pengalaman yang menyeronokkan dan boleh dikawal
berfikir dan kemahiran oleh kanak-kank sendiri. Ini memberi keyakinan diri dan
berkomunikasi serta keupayaan kepada mereka ke arah mencapai kejayaan.
mengajar penyelesaian
masalah ? x Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
menyelesaikan masalah, membina keyakinan diri dan
perasaan berdikari sehingga menjadi satu kelaziman.
Mereka diajar menghadapi setiap cabaran untuk mereka
tangani sendiri.

8-18
Mencuba
aktiviti baru Memberi idea dan
Membina hubungan baik berkomunikasi
dengan orang dewasa dan
kawan sebaya Bermotivasi dan
bersemangat untuk
belajar
Menunjukkan keyakinan

Bekerjasama dan memahami


peraturan serta persefahaman
nilai dan tingkah laku ke arah Memberi perhatian dan
keadaan berharmoni berfokus tentang sesuatu

Kesedaran tentang
Tahu tentang apa yang Matlamat Perkembangan Diri dan keperluan, pandangan
betul dan salah Sosial-Emosi dan perasaan diri sendiri
Kanak-Kanak 5-8 Tahun serta orang lain.

Pengurusan diri dan kesihatan 8-17


diri
Menghormati kebudayaan dan
Memilih aktiviti dan sumber- kepercayaan sendiri dan orang lain
sumber sendiri.
Mempertimbangkan akibat
dari percakapan dan tingkah
Saling menghormati laku diri sendiri Memberi respon yang sesuai dan
pandangan, keperluan dan menunjukkan pelbagai jenis
kepercayaan orang lain perasaan terhadap pengalaman
yang berbeza yang penting

8-19
PEMBINAAN KEMAHIRAN SOSIO EMOSI DAN
ASAS KEMAHIRAN BERFIKIR DAN BERKOMUNIKASI

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN SOSIO-EMOSI YANG BAIK

P
erkembangan sosio-emosi diperlukan supaya seorang kanak-kanak dapat menunjukkan
kesedaran, penerimaan rakan-rakan yang berbeza serta mengucapkan emosi dan
perasaannya. Kanak-kanak boleh gunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan
dan menyelesaikan masalah sosio-emosi.

Kebolehan menghadapi cabaran harian dan penyesuaian kepada perubahan seperti


penerimaan apa yang tidak boleh diubah mengakibatkan pilihan alternatif.

Perkembangan teknik menangani masalah menambahkan perkembangan esteem kendiri,


penghormatan antara kanak-kanak dengan rakan-rakan lain memerlukan kemahiran
penyelesaian masalah. Pembinaan nilai-nilai murni, sikap keyakinan diri dan usaha initiatif
serta persefahaman antara mereka juga diperkembangkan bila mereka sendiri digalakkan
membuat keputusan yang bertanggung jawab dan berkesan.

TEKNIK TOC
(THEORY OF CONSTRAINTS)

TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian
masalah yang berdasarkan pemikiran logic dan sistematik. Teknik dan proses TOC
menggunakan teknik pemikiran kritis dan kreatif yang mudah dan konkrit.

TOC diperkembangkan oleh Yayasan TOC for Education, Inc. (http://www.tocforeducation.com)


dan didermakan dengan percuma kepada pendidikan.

Proses dan teknik TOC membina kemahiran kanak-kanak menangani masalah dan membuat
keputusan yang bertanggung jawab dan berkesan dari segi komitmen kanak-kanak. Kemahiran
berfikir dan cara berkomunikasi pemikiran yang jelas juga dibina.

Teknik TOC mengupayakan kanak-kanak dengan kemahiran berkomunikasi yang jelas dan
tepat serta kemahiran berfikir yang berkesan dan bertanggung jawab dan merupakan
pembelajaran sepanjang hayat.

8-20
Teknik TOC
Theory Of Constraints For Education (TOCFE)
Satu Teknik Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah

Pemikiran logik Cara sistematik


Pemikiran kritis dan kreatif

Mudah dan konkrit

Sesuai untuk semua peringkat pelajar

8-21
TIGA TEKNIK TOC YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PENGAJARAN
TEKNIK FUNGSI

Teknik Awan : • Penyelesaian Konflik


1 • Memikir tentang sesuatu keadaan, situasi, idea
(The Cloud)

• Memikir tentang akibat dari sesuatu idea, tingkah


Teknik laku, kejadian…)

Sebab dan Akibat • Membuat keputusan selepas memberi


2 Negative Branch : pertimbangan tentang akibatnya dari sesuatu
Cause And Effect

Teknik Mencita- • Merancang dengan sistematik secara kolaboratif

3 citakan Kejayaan
• Menyelesaikan masalah dengan menghadapi cabaran-
(Ambitious Targets cabarannya
Together)
• Memikir dengan cara sistematik dan logik

8-22
Cadangan Penggunaan Teknik TOC :
Teknik ini digunakan bagi mengupayakan murid dengan
•Sesi Bercerita alat dan teknik yang memberi mereka
(Pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan) kemahiran:

•Kajian Kes x mencapai matlamat


(Modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai
murni dan kerohanian) x menyelesaikan masalah dengan berkesan
x membuat keputusan
•Kandungan HSP x berkomunikasi dan
(Kemahiran berfikir, perancangan strategik)
x memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.

Rangka Pelaksanaan Teknik TOC


APA PERLU DIUBAH? APAKAH PERUBAHAN YANG BERLAKU? BAGAIMANA
Situasi Bagi Keadaan Selepas MENGENDALIKAN
Menggunakan Teknik Menggunakan Teknik Ini PERUBAHAN?
Teknik TOC yang
(Pernyataan Masalah) (Penyelesaian Masalah) diaplikasikan
(Pelaksanaan
CONTOH: CONTOH: Penyelesaian
Masalah)
Konflik Peribadi Menyelesaikan konflik sendiri Gunakan Teknik Awan

Pemahaman yang tidak mendalam Pemahaman yang lebih mendalam dan menyeluruh Gunakan Teknik Awan
tentang kandungan atau maklumat
Kelakuan yang negatif Kebolehan memikir tentang akibat dari sesuatu Gunakan
kelakuan Teknik Sebab dan Akibat

Menghafal dan menghayati kandungan Memahami kandungan melalui cara sebab dan akibat Gunakan
sesuatu bahan Teknik Sebab dan Akibat
Tiada kebolehan menentukan dan Gunakan cabaran-cabaran bagi mencapai matlamat Gunakan
mencapai matlamat melalui perancangan strategik Teknik Mencita-citakan Kejayaan

8-23
TEKNIK
TOC
1 Teknik Awan : (The Cloud)

Teknik Awan adalah teknik memikir tentang sesuatu kejadian, situasi, idea dan penyelesaian
konflik yang mempunyai kehendak yang bertentangan

Isu dan anggapan berkenaan dengan sesuatu yang dipertikaikan atau dipersoalkan akan diberi
pertimbangan sehingga penyelesaian dan hubungan yang baik diteruskan.

Penyelesaian “WIN-WIN” diberi oleh murid sendiri.


Guru membantu murid mencari penyelesaian yang baik supaya murid boleh membuat
keputusan yang bertanggung jawab.

Kehendak Yang TEKNIK “AWAN” (Cloud)


Bertentangan
ANGGAPAN
(Teknik Awan : The Cloud)
Memikir tentang sesuatu
B
kejadian, situasi, idea dan A Keperluan Kehendak D
Penyelesaian Konflik

Matlamat
Bersama
Istilah Penting:
Keperluan Kehendak D1
Kehendak (D dan D1)
Keperluan (B dan C )
Matlamat Bersama (A) C
Konflik ANGGAPAN
Anggapan
Penyelesaian “WIN-WIN”
Berkomunikasi A-B-D ANGGAPAN
Berkomunikasi A-C-D1
B
5 Soalan Penting A Mengapa sebelah ini Apakah
dikehendaki
yang
oleh
D
memerlukan
1. Apakah yang dikehendaki oleh kehendak itu? sebelah ini?

sebelah ini?
2. Apakah yang dikehendaki oleh Apakah
sebelah yang lain ? Matlamat
Bersama?
3. Mengapa sebelah ini
memerlukan kehendak itu?
4. Mengapa sebelah yang lain
Mengapa sebelah
yang lain
Apakah
dikehendaki
yang
oleh D1
memerlukan sebelah yang lain?
memerlukan kehendak itu? kehendak itu?

5. Apakah Matlamat Bersama?

C ANGGAPAN

TEKNIK AWAN TOC (The TOC Evaporating Cloud)

8-24
TEKNIK AWAN
ISTILAH PENTING

ANGGAPAN

B
A Keperluan Kehendak
D
Matlamat
Bersama

Keperluan Kehendak D1

C ANGGAPAN

TEKNIK AWAN TOC merupakan satu bentuk grafik yang boleh digunakan untuk memikir
tentang sesuatu situasi, idea atau masalah yang bertentangan (mengandungi keadaan konflik).

Contoh Teknik Awan

Saya perlu rasa Saya suka makan


sihat sayur-sayuran

HARUN
HIDUP YANG
BAHAGIA
MUTU

Saya makan Saya tak suka


makanan yang makan sayur-
sedap sayuran

1. KEHENDAK (D dan D1 ) bertentangan dan tidak boleh wujud pada saat yang sama.
D: Saya suka makan sayur-sayuran (Harun)
D1: Saya tidak suka makan sayur-sayuran (Mutu)

2. Pastikan kedua-dua KEPERLUAN (pada B dan C) boleh diterima dan diberi secara positif
dan tidak bertentangan. Tanya soalan “Mengapa…?”
B: Saya suka makan sayur-sayuran kerana saya boleh rasa sihat
C: Saya tidak suka makan sayur-sayuran kerana saya suka makanan yang
sedap.

8-25
3. MATLAMAT BERSAMA (A) diingini oleh kedua-dua pihak. ( A=B+C ). Cara untuk
menentukannya - Tanya soalan
Apakah yang akan dicapai jika keperluan (pada B dan C) dicapai?
B: Saya boleh rasa sihat
C: Saya suka makanan yang sedap.

A: HIDUP YANG BAHAGIA =


Saya boleh rasa sihat (B) + saya makan makanan yang sedap (C)

4. BERKOMUNIKASIKAN tentang pemikiran, idea atau situasi menggunakan


Teknik Awan dibuat dari A-B-D dan dari A-C-D1. Contoh:

Baca dari segi A-B-D


Sekiranya saya……(A) .., saya perlu ……(B)……., jadi saya …(D)…...

Sekiranya saya ingin hidup bahagia (A), saya perlu rasa sihat (B) , jadi, saya
suka makan sayur-sayuran (D).

Baca dari segi A-C-D1


Sekiranya saya……(A) .., saya perlu ……(C)…., jadi saya …( D1)…..

Sekiranya saya ingin hidup bahagia (A), saya perlu makan makanan yang sedap C), jadi, saya
tidak suka makan sayur-sayuran (D1).

5. ANGGAPAN yang dibuat antara B-D dan C-D1 menerangkan perkaitan antara Keperluan (
B atau C) dengan Kehendak (D atau D1).

Anggapan menjawab soalan ini:


Mengapa kehendak itu penting untuk keperluan itu?

Saya perlu rasa sihat (B) dan saya suka makan sayur-sayuran (D sebab makanan sayur sihat
untuk badan (anggapan).

Saya perlu makan makanan yang sedap C) dan saya tidak suka makan sayur-sayuran (D1))
sebab makanan sayur tidak enak (anggapan)

6. PENYELESAIAN “WIN-WIN” diberi oleh murid sendiri. Guru membantu murid mencari
penyelesaian yang baik. Guru tidak boleh beri cadangan penyelesaian kepada murid.

Maksud “WIN-WIN” :
Apakah yang paling penting untuk memenuhi keperluan di kedua belah?
Fokus pada apa yang diperlukan dan bukan apa yang dikehendaki. Penyelesaian itu
menunjukkan kehendak boleh tukar tetapi keperluan tidak boleh tukar

8-26
CONTOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEKNIK AWAN TOC

SESI BERCERITA
DENGAN TEKNIK AWAN TOC
DI S.K RAJA MUDA
KUALA LUMPUR
28 SEPTEMBER 2000
Sesi Bercerita bertajuk “Cerita Kura-kura
Dengan Arnab” dijalankan dengan Teknik
Awan TOC . Dengan cara ini pemahaman
cerita yang lebih bererti dan mendalam
membolehkan murid menerapkan nilai-nilai
murni yang penting. Apa akan jadi jika Arnab yang laju rehat
sebentar dan Kura-Kura yang perlahan
teruskan usahanya ke destinasi terakhir? Siapa
yang akan sampai dulu ?

Arnab yang laju boleh kalah, Kura-Kura yang


Puan Nur Malina, Guru Tahun Satu pelahan boleh menang. Kita harus jangan
putus asa dan selalu teruskan usaha.

Bentuk “Awan” (The Cloud) di sini diletak di


luar bilik darjah tetapi boleh juga digunakan Kita semua ingin dapat kejayaan. Kita semua
dalam bilik darjah semasa sesi bercerita. boleh berjaya. Jangan lupa teruskan usaha
rajin belajar dan jangan putus asa. Cuba
sehingga berjaya.

Pergerakan fizikal (Arnab lompat dan Kura- Murid-murid boleh berbincang tentang cerita
Kura merangkak) memberi pemahaman konkrit dan memberi pandangan tentang apakah
tentang keadaan yang menunjukkan dua pihak sikap dan kelakuan yang sesuai. Kaitkan
yang bertentangan. dengan keadaan murid sendiri.

8-27
CONTOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEKNIK AWAN TOC
TEKNIK AWAM TOC (THEORY OF CONSTRAINTS)

Mengajar Teknik Awan Dengan x Guru gunakan cerita (story-line) yang sesuai dalam kehidupan
Cara Bercerita seorang murid (Situasi di rumah atau di kawasan sekolah) yang
“Makan Sayur-Sayuran” mempunyai konflik kehendak yang perlu diselesaikan.

x 2 jenis konflik boleh digunakan : Konflik dalaman dan konflik


antara dua pihak atau dua orang.
B D x Sediakan 5 helai tikar atau ‘cardboard cut-outs’ yang boleh
disusun di depan bilik darjah .
A
C D1 Contoh Cerita 1(Story-line)
Cerita “Makan Sayur-Sayuran”
Pergerakan atas tikar Harun dan Mutu mempunyai pandangan bertentangan
menyeronokkan dan memberi terhadap sayur-sayuran. Harun dan Mutu berbincang
peluang untuk belajar konflik tentang perkara itu .
sebagai sesuatu yang x Guru memberikan senario cerita 2 orang kawan yang berbeza.
bertentangan dari segi ruang x Murid main peranan Harun dan Mutu menggunakan 5 helai tikar
fizikal yang konkrit. secara pergerakan semasa berlakun.
x Guru menjadi pemudahcara dan memandukan pemikiran kanak-
kanak dengan soalan-soalan.
Apakah kehendak Harun? (Kehendak D)
Cara menggunakan soalan bagi Apakah kehendak Mutu? (Kehendak D1)
merangsangkan pemikiran Mengapa (Harun/Mutu) berpandangan begitu?(Keperluan B/C)
adalah teknik yang penting. “Harun suka makan sayur-sayuran (kehendak D) sebab Harun
perlu rasa sihat (keperluan B) “
Mengapa Mutu tidak suka makan sayur?(Anggapan C- D1)
MATLAMAT BERSAMA:
Kedua orang kawan ini bertentangan dalam pemilihan mereka.
Adakah mereka mempunyai matlamat yang sama?
Matlamat Bersama : Apakah yang mereka akan capai jika
kedua keperluan (B) dan (C) diterima?

Nilai-nilai murni boleh diajar PENYELESAIAN ‘WIN-WIN’


(Dua keperluan tidak boleh berubah, kehendak boleh diubah)
semasa keputusan dibuat Apa cara lain yang jika kita perlu ini ? (Keperluan B dan C)
(teachable moments)
INGATAN: Jika anggapan antara sesuatu keperluan dan kehendak
(B-D atau C- D1) tidak betul, kehendaknya (D atau D1) tidak tepat dan
boleh diubahsuai.
Perkataan sesuai untuk
berkomunikasikan pemikiran Guru gunakan cara berkomunikasi….Jika ……..,
maka….(if…..then,…..) dan murid yang berlakun juga gunakan
digunakan setiap kali sehingga
perkataan itu.
kanak-kanak telah biasakan diri
dengan bentuk sebutan itu. Contoh Cerita lain (Storyline) :
x Cerita Arnab dan Kura-Kura
x Gunakan perkataan tidak sopan di bilik darjah
x Seorang Yang Bising Dalam Kelas
x Terjumpa Gula-Gula di Taman Rekreasi

8-28
Teknik Awan
“Sayur-Sayuran” Anggapan Kehendak
Keperluan Makanan sayur sihat untuk badan

B Kehendak
Saya Perlu Saya suka makan
Rasa Sihat sayur-sayuran

Harun D
A

HIDUP YANG
BAHAGIA Muthu

D1

Matlamat
Bersama Saya Makan
Makanan Saya tidak suka makan
Yang Sedap sayur-sayuran

C
Keperluan
Anggapan Kehendak
Masakan sayur tidak enak

Penyelesaian “WIN-WIN” (Memenuhi keperluan di B dan C) Usaha Guru Bahasa Melayu dan Murid-
Bolehkah rasa sihat (B) dan juga makan makanan yang sedap (C) ? Murid Tahun Satu:
x Makan sayur-sayuran yang dimasak dengan cara masakan yang sedap.(resipi) S.K Dato’ Shah Bandar Abu Bakar,
Labu Hilir, Negeri Sembilan
x Makan makanan lain (bukan sayur) yang berkhasiat dan sihat untuk badan dan September 2000
sedap rasanya (misalnya buah-buahan) 8-29
CONTOH PERISTIWA HARIAN : Makan Sayur-Sayuran

CARA BERKOMUNIKASI dengan Teknik Awan Theory of Constraints (TOC)


Teknik Awan “THE CLOUD” B Anggapan B-D D
Apakah yang
dikehendaki oleh
Saya perlu rasa Saya suka makan
Mengapa sebelah ini sebelah ini?
memerlukan kehendak sihat sayur-sayuran
itu?

HARUN Apakah yang


A HIDUP dikehendaki oleh
YANG sebelah yang
Apakah
Matlamat BAHAGIA
MUTU
Bersama?
Saya makan Saya tak suka
makanan yang makan sayur-
sedap sayuran D1
Mengapa sebelah yang C
lain memerlukan
kehendak itu?
Anggapan C- D1

PEMIKIRAN YANG BERTENTANGAN

Lihat dari segi A-B-D Lihat dari segi A-B-D1

A Sekiranya saya nak..., A Sekiranya saya nak...,


B saya perlu……… B saya perlu………
D jadi, saya…… D1 jadi, saya……

Baca dari segi A-B-D (HARUN)


Sekiranya saya ingin hidup bahagia, saya perlu rasa sihat, jadi, saya suka makan sayur-sayuran.

Baca dari segi A-B-D1 (MUTU)


Sekiranya saya ingin hidup bahagia, saya perlu makan makanan yang sedap, jadi, saya tidak suka
makan sayur-sayuran.
BETUL ATAU SALAH ANGGAPAM_ANGGAPAN INI?
Anggapan B-D x Makanan sayur sihat untuk badan
(cadangan Harun)
Anggapan C- D1 x Makanan sayur tidak enak
(cadangan Mutu)
x
x Penyelesaian “WIN-WIN” : (Cadangan murid)
x Bolehkah rasa sihat (B) dan makan makanan yang sedap (C)?
x Makan sayur-sayuran yang dimasak dengan cara masakan yang sedap (resipi)
x Makan makanan lain (bukan sayur) yang berkhasiat dan sihat untuk badan dan sedap rasanya (misalnya
buah-buahan)

8-30
SEBAB DAN AKIBAT “NEGATIVE BRANCH”
(Memikir Tentang Akibatnya dan Kesan-Kesan Negatif)

TEKNIK Sebab Dan Akibat (Negative Branch) adalah teknik TOC yang
TOC menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea, kejadian
mengakibatkan kesan-kesan yang negatif.
2

Sekiranya seorang kanak-kanak menggunakan Teknik Sebab dan


Akibat (Negative Branch) (NB) , ia akan sedar tentang kesan-kesan negatif dari sesuatu
tingkah laku yang dilakukan dari segi hubungan sebab dan akibat. NB juga memberinya
cara untuk berkomunikasi kesan-kesan itu.

Kesan-kesan Negatif Cikgu marah saya

Mula dengan: Saya tak buat kerja


rumah
TINGKAH LAKU

Apa akan jadi….jika…..?


Menerima Saya rasa
mereka selepas memikir malu
tentang
Akibatnya Yang
akibatnya.
ada Kesan-
Kesan negatif
Cikgu
menghukum saya
Selalunya hubungan antara kelakuan Kesan dari
kanak-kanak dan akibatnya yang langkah tadi
negatif tidak jelas kepada mereka . Cikgu menjadi
marah
Untuk membolehkan kanak-kanak
menyedari bahawa kelakuannya
Langkah
boleh mengakibatkan beberapa Pertengahan Cikgu anggap saya
kejadian yang membawa kesan kurang sopan
yang negatif, Teknik Sebab dan
Akibat boleh digunakan. Mereka
akan mengubahsuai kelakuan
Mula
Saya bercakap
dengan: dengan cara
TINGKAH LAKU menjerit

8-31
CONTOH TEKNIK SEBAB DAN AKIBAT

Apakah keputusan murid ini selepas memikir tentang


kelakuannya menggunakan teknik sebab dan akibat? ?

Jangan
Mengganggu
kawan

Tidak pandai
Guru marah

Tidak kuasai Kawan marah


Kemahiran

Kerja tidak siap

Suka ganggu
kawan
Rujukan : Modul Latihan Guru Program Transisi(TOC)
Modul 3 : Program Penyayang 3.3.2

8-32
TEKNIK MENCITA-CITAKAN KEJAYAAN
(Teknik TOC Ambitious Targets Collaboratively )

Teknik Mencita-Citakan Kejayaan (Teknik Ambitious Targets (TOC)) adalah usaha


mencapai satu objektif yang amat diidamkan. Walau bagaimanapun, pada
permulaannya, matlamat yang diingini tidak mungkin dapat dicapai.
TEKNIK
TOC Menggunakan Teknik Mencita-Citakan Kejayaan membolehkan seseorang atau
3 kumpulan bertanggungjawab mencapai sesuatu matlamat.

Teknik Teknik Mencita-Citakan Kejayaan (AT) juga dapat membina semangat berkumpulan untuk
mencapai kejayaan melalui motivasi dan kemahiran perancangan strategik yang melibatkan
persetujuan ahli kumpulan.

Mencita-citakan kejayaan diperlukan pada situasi atau keadaan di mana semua ahli kumpulan
bersetuju tentang matlamat yang relevan.

MATLAMAT
CABARAN LANGKAH PENTING KEUTAMAAN

Langkah-Langkah

1. Mengenal pasti matlamat yang diingini

2. Mengenalpasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebelum matlamat itu boleh dicapai

3. Cadangkan langkah penting dan cara bagaimana cabaran-cabaran ini boleh diatasi

4. Susunkan cara-cara menghadapi cabaran-cabaran mengikut keutamaan.

5. Berikan langkah-langkah sesuai yang boleh diambil untuk menangani cabaran itu
INGATAN:
x Setiap cabaran perlu diatasi sebelum pencapaian matlamat yang diidamkan.
x Sekiranya cabaran itu tidak dapat diatasi, kita sukar boleh mencita-citakan kejayaan

8-33
Modul 8 Tajuk 4

CONTOH TUGASAN-TUGASAN
MINGGU KEDUA MINGGU ORIENTASI
Matlamat: “KELAS SAYA YANG BERSIH DAN CERIA”

1. Tugasan Susun-Atur

Bincang dan rancang di mana letaknya ini:-


- Perabot
- Alat-alat tulis
- Buku-buku

2. Tugasan Diri dan Kawan Saya

Hasil lukisan “Diri dan Kawan Saya” dikutip dan dipilih untuk pameran

3. Tugasan Persekitaran

Berbincang tentang perhiasan dan di mana letak bahan yang sedia ada

4. Tugasan Kolaboratif

Bersama kawan, lukis gambar untuk dipamerkan di Sudut Seni Lukis

8-34
MENCITA-CITAKAN KEJAYAAN

Pada Minggu Kedua penggal persekolahan pertama, murid Tahun Satu digalakkan
berinteraksi dan bekerjasama menentukan satu matlamat yang perlu dicapai dengan cara
kolaboratif.

Teknik Mencita-citakan Kejayaan digunakan oleh murid pada Minggu Kedua dan matlamat yang
ditetapkan ialah “KELAS SAYA YANG BERSIH DAN CERIA”. Tugasan yang menggunakan teknik
perancangan strategik ini akan memupuk sikap bertanggungjawab dan membina semangat
pembinaan pasukan yang bermotivasi serta kemahiran perancangan strategik.

Semua sekolah rendah digalakkan menjalankan aktiviti ini bagi murid Tahun Satu. Di bawah ini
adalah contoh usaha murid Tahun Satu yang menggunakan teknik TOC Mencita-citakan Kejayaan
bagi mewujudkan “KELAS SAYA YANG BERSIH DAN CERIA”.

Matlamat :
“KELAS SAYA YANG
BERSIH DAN CERIA”.

Murid Tahun Satu menggunakan


Teknik Mencita-citakan Kejayaan di
Sek.Ren Sungai Bakau, Nibong
Tebal, Pulau Pinang

Matlamat :
“KELAS SAYA YANG BERSIH DAN CERIA”.

Murid Tahun Satu menggunakan Teknik Mencita-citakan Kejayaan di Sek.Ren Permatang Badak,
Kuantan, Pahang,

Guru membantu murid dengan menyediakan kad gambar bagi cabaran-cabaran yang akan dihadapi.
Murid melukis, menulis atau menggunakan symbol bagi menerangkan cabaran yang dilihat sebagai
masalah bagi mencapai matlamat.

Kursus Orientasi Prasekolah ke Tahun Satu


Concorde Inn, Sepang, Selangor, Malaysia
Oktober 2000.

8-35
Guru dan murid menyeranaikan cabaran-cabaran yang dihadapi semasa berusaha mencapai
matlamat dan memberi langkah-langkah penting untuk setiap cabaran.
Guru dan murid mengutamakan langkah-langkah yang perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum
sesuatu yang lain dapat dicapai. Guru membantu murid menentukan tugasan-tugasan yang sesuai
bagi mengatasi masalah.

Hasil kerja murid Tahun Satu Shahuddin (7 tahun) dari Sek.Ren.Sungai Bakau, Pulau Pinang pada
Minggu Kedua (Januari 2001)

8-36
Hasil kerja murid Tahun Satu dari Sek.Ren. Permatang Bertam, Kepala Batas, Pulau
Pinang pada Minggu Kedua (Januari 2001)

8-37
MODUL 9
DINAMIKA KUMPULAN DAN
PEMBINAAN PASUKAN

Tajuk Perkara Bil Perincian

1 Dinamika Kumpulan 1.1 Set Induksi

1.2 Mengenali Rakan

1.3 Berinteraksi dalam kumpulan

1.4 Pembinaan kumpulan

1.5 Melantik ketua kumpulan

1.6 Penutup

2 Pembinaan 2.1 Pengukuhan pasukan


Pasukan
2.2 Mewarna Bendera Jalur
Gemilang
DINAMIKA KUMPULAN DAN
PEMBINAAN PASUKAN

Dinamika Kumpulan merupakan satu aktiviti awal yang bertujuan untuk


memecahkan rasa malu dan segan di kalangan murid-murid baru dari pelbagai
latar belakang dan persekitaran. Di samping itu aktiviti ini juga membolehkan
kanak-kanak mengenali antara satu dengan lain dalam masa yang singkat.

Pembinaan Pasukan ialah aktiviti yang dijalankan selepas aktiviti dinamika


kumpulan. Dalam aktiviti ini, kanak-kanak dipupuk untuk meningkatkan
semangat bekerja dan berinteraksi dalam kumpulan sebagai persediaan untuk
aktiviti pembelajaran seterusnya.

Tajuk I

DINAMIKA KUMPULAN

1.1 Set Induksi


5 minit
Tujuan

Menyediakan minda pelajar (mind set ) untuk aktiviti seterusnya.

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan Pengetahuan guru tentang
semua murid yang berjaya masuk ke Tahun Satu di Sekolah ini. kelebihan murid-murid seperti
potensi, bakat, sahsiah,
ketrampilan diri, kekemasan
2. Guru juga memberi pujian kepada semua murid kerana pakaian untuk di beri pujian
berpakaian kemas dan cantik. individu.

Guru digalakkan juga


3. Guru meminta semua murid memberikan tepukan bergemuruh mengajar murid melakukan
untuk diri sendiri di atas kejayaan semua. tepukan bersatu atau
tepukan bersambut.

Masa aktiviti dijalankan


semua guru tahun satu
hendaklah ada bersama

9-1
Tajuk I

DINAMIKA KUMPULAN
1.2 Mengenali Rakan

Tujuan

Murid dapat mengenali rakan baru dan merapatkan hubungan


mesra antara mereka dalam masa yang singkat.

LANGKAH-LANGKAH

1. Beri setiap murid satu belon pelbagai warna dan minta mereka
meniup dan mengikatnya dengan benang. Bahan :-
Belon pelbagai warna dan
2. Minta murid berkumpul dalam kumpulan mengikut warna belon. benang

3. Selepas berkumpul murid-murid dikehendaki berkenalan 1. Guru mengawasi dan


dengan rakan baru mereka melalui sebutan nama ringkas membantu murid
sambil bersalaman. sewaktu aktiviti berjalan.

2. Murid digalakkan
membantu kawan untuk
Contoh : Saya Fadhil meniup dan mengikat
belon.
4. Guru bertanyakan kepada murid mengapa kita perlu mengenali
3. Semasa arahan
nama kawan-kawan melalui soalan-soalan ringkas. diberikan, beri jangka
masa yang singkat agar
Contoh Soalan : mereka dapat bergerak
dengan pantas.
a. Seronok tak kalau orang panggil nama yang betul?
4. Galakkan murid
b. Apa rasa kalau orang main-mainkan nama kita? berjumpa dengan rakan
c. Mana seronok, ada ramai kawan atau sedikit kawan? yang belum dikenali.

5. Murid digalakkan
mengingat nama kawan-
kawan baru.

9-2
Tajuk I

DINAMIKA KUMPULAN

1.3 Berinteraksi dalam kumpulan 20 minit

Tujuan

Murid dapat mengurangkan rasa malu dan bimbang semasa


berinteraksi dengan rakan-rakan baru dari pelbagai latar belakang.

LANGKAH-LANGKAH

1. Beri setiap murid sekeping gambar binatang seperti gambar


kucing, ayam, burung, itik, harimau, kambing dan lain-lain. 1. Guru digalakkan
membuat demontrasi
bunyi binatang agar
2. Kemudian mereka dikehendaki melakonkan bunyi binatang difahami oleh murid.
tersebut sambil mengajuk pergerakan binatang bergerak di
merata tempat. 2. Setiap pergerakan murid
perlu diawasi oleh guru.
3. Murid-murid berkumpul dalam kumpulan mengikut bunyi 3. Guru digalakkan
binatang-binatang tersebut. menyanyikan dahulu lagu
tersebut.
4. Murid berkenalan dengan rakan baru dengan menyebut nama
4. Murid yang enggan
dan satu sifat baik. bekerjasama, minta
mereka duduk dan
Contoh : Saya Liza memerhati. Sekali-sekali
Saya rajin fasilitator tanyakan
samada ia mahu turut
serta atau tidak.
5. Setiap kumpulan diminta mencari apakah makanan yang
dimakan oleh haiwan tersebut (ikut nama kumpulan ) SENIKATA LAGU BUNYI
HAIWAN
6. Guru menyanyikan lagu haiwan bersama dengan
murid-murid Saya ayam
kok, kok, kok, kok....

Saya itik
pak,... pak,... pak, ...
Saya burung
pit, ... pit,... pit,... pit,...

Kami bunyi
. kok, kok, kok, kok....
pak,... pak,... pak, ...
pit, ... pit,... pit,... pit,

9-3
Tajuk I

DINAMIKA KUMPULAN

1.4 Pembinaan kumpulan 30 minit

Tujuan

Memupuk nilai-nilai murni dan semangat bekerjasama di kalangan


murid.

LANGKAH-LANGKAH

1. Beri setiap murid satu nombor dan mereka dikehendaki


berkumpul mengikut kumpulan nombor tersebut dan duduk
dalam satu bulatan.

2. Minta setiap murid menyebutkan dan mengingat nama kawan Berikan ganjaran kepada murid
di sebelah kiri dan kanan. Rakan yang lain digalakkan yang dapat mengigat nama
semua ahli dalam kumpulan.
mengingat nama setiap ahli kumpulan.

3. Selepas itu minta mereka bertukar tempat duduk. Setiap kali


Jika hendak bentuk
bertukar tempat duduk minta mereka mengingat nama kawan 5 kumpulan maka nombor
di sebelah kiri dan kanan. mestilah antara
1 hingga 5
4. Minta setiap kumpulan menyebutkan nombor kumpulan
masing-masing dengan kuat, bersemangat dan sama. (Boleh
juga adakan pertandingan menyebut nombor kumpulan ). Nombor yang diberikan
mestilah sama bilangan
mengikut ahli dalam kumpulan.

9-4
Tajuk I

DINAMIKA KUMPULAN

1.5 Melantik ketua kumpulan

Tujuan

Murid mengetahui perlunya ada seorang ketua di dalam satu


kumpulan

LANGKAH-LANGKAH

1. Murid-murid dikehendaki melantik seorang ketua kumpulan Nama dan ahli kumpulan ini
secara sukarela atau pilihan kawan-kawan. kekal hingga tamat orientasi

2. Minta mereka berbincang untuk mencari nama bagi kumpulan


mereka dan kumpulan yang mendahului kumpulan lain diberi
ganjaran.

3. Fasilitator menerangkan mengapa perlu seorang ketua dalam


satu-satu kumpulan.

Tajuk I

DINAMIKA KUMPULAN

1.6 Penutup

Tujuan

Mengeratkan lagi hubungan di antara rakan-rakan yang baru


dikenali.

LANGKAH-LANGKAH

Berpegang tangan membuat bulatan sambil menyanyi .


Contoh : Lagu rasa sayang hei atau
Lagu-lagu di Tadika.
2. Dalam barisan, picit belakang kawan.

3. Bersalaman di antara satu sama lain.

9-5
Tajuk 2

PEMBINAAN PASUKAN

2.1 Pengukuhan Pasukan

Tujuan

1. Meningkatkan semangat kerjasama di kalangan murid.

2. Mengurangkan rasa malu di kalangan murid semasa


berinteraksi dalam kumpulan

3. Untuk meningkatkan daya saing dalam diri murid-murid.

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru mulakan perjumpaan dengan sama-sama membacakan


Surah Al-Fatihah (bagi yang beragama Islam).
Permainan menyebut nama-
2. Beri pengukuhan positif kepada semua murid yang telah nama :
memberikan kerjasama menjayakan aktiviti Dinamika buah-buahan
Kumpulan. benda dalam kelas
benda dalam rumah
kereta
3. Guru menjalankan pertandingan menyebut nama kumpulan. binatang
Setiap kumpulan diminta menyebut nama kumpulan mereka
(Seperti Tajuk 1.5 Langkah 2). Kumpulan yang berjaya ialah Contoh
yang dapat menyebut nama kumpulan mereka secara bersama,
Kumpulan A menyebut nama
kuat dan bersemangat. buah-buahan. Kumpulan B
menyebut nama benda dalam
4. Setiap kumpulan diberi tugasan menyebut nama benda maujud kelas dan seterusnya.
yang ditetapkan seberapa banyak yang boleh.

CONTOH:
Kumpulan 1 sebut nama buah-buahan
Kumpulan 2 sebut nama kereta

5. Guru mengumumkan keputusan kumpulan yang


paling banyak menyebut nama benda yang
ditugaskan.

9-6
Tajuk 2

PEMBINAAN PASUKAN

2.1 Pengukuhan Pasukan (disambung)

LANGKAH-LANGKAH

7. Guru bertanyakan khabar secara umum dan rambang


kepada murid-murid.

8. Guru memuji murid-murid yang telah menunjukkan


kerjasama, kecergasan dan sebagainya.

9-7
Tajuk 2

PEMBINAAN PASUKAN

2.2 Mewarna Bendera Jalur Gemilang

Tujuan

1. Mengukuhkan pengetahuan murid tentang warna-warna


Jalur Gemilang.

2. Memupuk nilai-nilai patriotik dalam diri murid-murid.

3. Memupuk daya saing dalam diri murid-murid.

LANGKAH-LANGKAH

1. Murid-murid diminta duduk dalam kumpulan masing- Dicadangkan saiz bendera


masing. yang akan di warna oleh
murid adalah berukuran kad
manila.
2. Guru menunjukkan contoh Jalur Gemilang yang sebenar di
depan kelas.

3. Guru memberi setiap kumpulan sehelai kertas yang siap


dilukis gambar Jalur Gemilang.

4. Murid-murid mewarna bendera secara bekerjasama


dengan menggunakan crayon atau pensil warna

5. Guru meminta kumpulan demi kumpulan menunjukkan Guru boleh menambah


hasil mereka kepada semua murid. aktivit-aktiviti pembinaan
pengukuhan kumpulan yang
lain seperti :
6. Guru mengumumkan kumpulan yang dapat mewarnakan Pertandingan Nyanyian
jalur gemilang dengan betul dan menarik. Kumpulan seperti lagu “Kalau
Rasa Gembira..”
7. Ketua kumpulan mempamerkan hasil kumpulan di sudut Lagu :-(If you know you’re
lukisan happy and you know it…”)

Tepuk Tangan
8. Guru bebincang dengan murid mengenai: Hentak Kaki
- warna dan makna Petik Jari
- cara menghormati Tepuk Peha
Sebut “Hurray”
- cara mendaulatkan negara

9-8
MODUL 10
PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM

Tajuk Perkara

1 Penilaian Program Transisi

2 Penilaian Kemajuan Murid Transisi


DALAM PROGRAM TRANSISI
3 Panduan Penilaian Program Transisi
PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM TRANSISI

Dalam pelaksanaan Program Transisi ini, penilaian terhadap program sangat diperlukan
bagi dua tujuan yang utama. Pertama ialah untuk melihat keberkesanan program secara
keseluruhan sama ada ia mencapai matlamat yang diharapkan atau sebaliknya. Kedua , ia
bertujuan untuk mengenalpasti tahap pencapaian dan kemajuan setiap murid di dalam
kelas Tahun Satu.

Tujuan Yang Pertama : Pencapaian Matlamat dan Keberkesanan Program


Penilaian bagi tujuan yang pertama ini menjuruskan kepada beberapa aspek seperti pihak
pengurusan, guru Tahun Satu, murid Tahun Satu dan keadaan fizikal bilik darjah.

Format Penilaian Program Transisi


Satu format Penilaian Program Transisi telah dibina untuk kegunaan pihak Jabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau Bahagian dan pihak Pengurusan Sekolah sewaktu membuat
pemantauan aktiviti secara berterusan.

Status Pelaksanaan Aktiviti


Dalam borang penilaian ini terdapat dua aspek yang dilihat iaitu status pelaksanaan aktiviti melalui
kriteria Ya atau Tidak.

Keberkesanan Aktiviti
Manakala bagi melihat keberkesanan aktiviti , skala Likert digunakan mengikut tahap pemarkahan :

5 sangat memuaskan
4 memuaskan
3 sederhana
2 kurang memuaskan
1 sangat tidak memuaskan

Tujuan Yang Kedua : Tahap Pencapaian Dan Kemajuan Murid


Satu format penilaian tahap pencapaian dan kemajuan murid dibina bagi kegunaan guru kelas Tahun
Satu. Penilaian dibuat menggunakan skala Likert mengikut skala keberkesanan seperti :

5 sangat memuaskan
4 memuaskan
3 sederhana
2 kurang memuaskan
1 sangat tidak memuaskan

Kriteria Penilaian
Bagi tujuan kedua, criteria penilaian melihat kepada aspek penyesuaian diri murid, minat terhadap
pengajaran dan pembelajaran, penguasaan kemahiran membaca, menulis, mengira dan
interpersonal, keyakinan diri dan pemupukan nilai-nilai murni di kalangan murid.

10-1
Modul 10 Tajuk 1

Penilaian Program Transisi

Sekolah / Kelas :___________________ Tarikh : ____________

Nama Guru Besar/Guru Kelas : ___________________ Masa : ____________

Bil Murid Tahun 1/ Kelas : ____ L ___ P Jumlah : ____________

x Tandakan ( ✔ ) diruangan status pelaksanaan untuk kategori Ya/Tidak


x Bulatkan nombor di skala Keberkesanan aktiviti mengikut skala berikut :

5 : Sangat Memuaskan.
4 : Memuaskan.
3 : Sederhana.
2 : Kurang Memuaskan.
1 : Sangat Tidak Memuaskan

Bil. Perkara Status Keberkesanan Catatan


Pelaksanaan

1. Pengurusan (10 Item) Ya Tidak

1.1 Kertas Cadangan. 5 4 3 2 1

1.2 J/Kuasa Induk/Kerja. 5 4 3 2 1

1.3 Taklimat untuk Guru/ 5 4 3 2 1


kakitangan.

1.4 Pelaksanaan aktiviti 5 4 3 2 1


- Pendaftaran.

- Taklimat 5 4 3 2 1
ibu/bapa/penjaga.

- Perancangan aktiviti 5 4 3 2 1
selepas minggu
orientasi.

10-2
Bil. Perkara Status Keberkesanan Catatan
Pelaksanaan
1.5 Pemilihan Guru Tahun Satu. 5 4 3 2 1

1.6 Penilaian berterusan. 5 4 3 2 1

1.7 Laporan aktiviti 3 Bulan. 5 4 3 2 1

1.8 Kerjasama PIBG/pihak lain 5 4 3 2 1


yang terlibat.

Bil. Perkara Status Keberkesanan Catatan


Pelaksanaan

2. Guru Tahun Satu (10 Item) Ya Tidak

2.1 Memahami Objektif Program 5 4 3 2 1


Transisi.

2.2 Memahami Kurikulum dan 5 4 3 2 1


Budaya Prasekolah.

2.3 Kesediaan memahami 5 4 3 2 1


perbezaan murid.

2.4 Kemesraan terhadap murid. 5 4 3 2 1

2.5 Persediaan menjalankan aktiviti 5 4 3 2 1


Transisi.

2.6 Memahami teknik penyelesaian 5 4 3 2 1


masalah.

2.7 Memahami pelaksanaan aktiviti 5 4 3 2 1


Tematik.

2.8 Personaliti dan perwatakan 5 4 3 2 1


Guru.
5 4 3 2 1
2.9 Kerjasama dengan guru lain

2.10 Usaha meningkatkan 5 4 3 2 1


kemahiran

10-3
Bil Perkara Status Keberkesanan Catatan
Pelaksanaan
3. Murid (23 Item) Ya Tidak

3.1 Penyesuaian diri dengan

x kawan-kawan 5 4 3 2 1
x guru 5 4 3 2 1
x persekitaran dalam kelas 5 4 3 2 1

3.2 Minat terhadap aktiviti 5 4 3 2 1


Pengajaran dan Pembelajaran

3.3 Penguasaan kemahiran :

x Pratulisan 5 4 3 2 1
x Prabacaan 5 4 3 2 1
x Pranombor 5 4 3 2 1
x Prawarna 5 4 3 2 1

3.4 Kemahiran berkomunikasi

x Berinteraksi murid dengan 5 4 3 2 1


rakan
x Berbual murid dengan guru 5 4 3 2 1
x menyanyi 5 4 3 2 1

3.5 Murid mempunyai keyakinan 5 4 3 2 1


diri.

3.6 Pemupukan nilai murni. 5 4 3 2 1

3.7 Kemajuan Murid Dalam


Pendekatan Tematik

x Mengambil bahagian secara 5 4 3 2 1


aktif

x Berani mencuba sesuatu 5 4 3 2 1

x Menunjukkan minat ingin tahu 5 4 3 2 1

x Mampu mencari maklumat 5 4 3 2 1


sendiri
5 4 3 2 1
x Penerokaan melalui deria

10-4
Bil Perkara Status Keberkesanan Catatan
Pelaksanaan
3.8 Perkembangan Sosio-Emosi

x Bertanggungjawab di atas 5 4 3 2 1
tingkah laku sendiri

x Bekerjasama dalam 5 4 3 2 1
penyelesaian masalah

x Mampu menghadapi konflik 5 4 3 2 1


kehidupan harian yang mudah

x Mampu membuat keputusan 5 4 3 2 1


sendiri

x Sentiasa nampak ceria dan 5 4 3 2 1


gembira

Bil. Perkara Status Keberkesanan Catatan


Pelaksanaan
4. Fizikal (7 item)

4.1 Lokasi bilik darjah. 5 4 3 2 1

4.2 Keceriaan bilik darjah. 5 4 3 2 1

4.3 Pemilihan dan susunan 5 4 3 2 1


perabot.

4.4 Penggunaan ruang / sudut 5 4 3 2 1

4.5 Keceriaan luar bilik darjah. 5 4 3 2 1

4.6 Hasil kerja murid 5 4 3 2 1

4.7 Ada kesungguhan/kreativiti 5 4 3 2 1

10-5
Ulasan Pegawai Penilai:

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

_______________________

Tanda tangan dan nama pegawai penilai.

Catatan :
Cadangan penilaian dibuat sekurang-kurangnya 2 kali di sepanjang tempoh program tansisi

10-6
Modul 10 Tajuk 2

PENILAIAN KEMAJUAN MURID


DALAM PROGRAM TRANSISI

Nama Murid : ______________________________ Tarikh : ________

Nama Guru Kelas : ______________________________ Masa : ________

Bil Murid Dalam Kelas : ____________ L ___________ P Jumlah : ________

x Bulatkan nombor di skala keberkesanan aktiviti mengikut skala berikut :

5 : Sangat Memuaskan.
4 : Memuaskan.
3 : Sederhana.
2 : Kurang Memuaskan.
1 : Sangat Tidak Memuaskan

Bil Perkara Skala Catatan


Keberkesanan
1. Penyesuaian diri dengan
x kawan-kawan 5 4 3 2 1
x guru / kakitangan 5 4 3 2 1
x persekitaran dalam kelas 5 4 3 2 1

2. Minat terhadap aktiviti Pengajaran dan 5 4 3 2 1


Pembelajaran

3. Penguasaan kemahiran :
x Pratulisan 5 4 3 2 1
x Prabacaan 5 4 3 2 1
x Pranombor 5 4 3 2 1
x Mewarna 5 4 3 2 1

4 Kemahiran Interpersonal
x berinteraksi 5 4 3 2 1
x menyanyi 5 4 3 2 1

5. Murid mempunyai keyakinan diri. 5 4 3 2 1

6. Pemupukan nilai murni. 5 4 3 2 1

10-7
Bil Perkara Skala Catatan
Keberkesanan
7. Kemajuan Murid Dalam Pendekatan
Tematik

x Mengambil bahagian secara 5 4 3 2 1


aktif

x Berani mencuba sesuatu 5 4 3 2 1

x Menunjukkan minat ingin tahu 5 4 3 2 1

x Mampu mencari maklumat 5 4 3 2 1


sendiri

x Penerokaan melalui deria 5 4 3 2 1

8. Perkembangan Sosio-Emosi

x Bertanggungjawab di atas tingkah 5 4 3 2 1


laku sendiri

x Bekerjasama dalam penyelesaian 5 4 3 2 1


masalah

x Mampu menghadapi konflik 5 4 3 2 1


kehidupan harian yang mudah

x Mampu membuat keputusan 5 4 3 2 1


sendiri

x Sentiasa nampak ceria dan 5 4 3 2 1


gembira

9. Perkembangan Kemahiran Berfikir 5 4 3 2 1

10. Perkembangan Kemahiran 5 4 3 2 1


Berkomunikasi

11. Menjalankan kerja dan tugasan dengan 5 4 3 2 1


cara sistematik dan terancang

10-8
Ulasan Guru :

-----------------------------------------

Tandatangan Guru Kelas :

Tarikh:

10-9
Modul 10 Tajuk 3
PANDUAN PENILAIAN PROGRAM TRANSISI

Penilaian Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu terbahagi kepada tiga bahagian:-

Bahagian pertama: melihat status pelaksanaan aktiviti.


Bahagian kedua: melihat keberkesanan hasil dari pelaksanaan aktiviti
Bahagian ketiga: melihat perkembangan potensi pencapaian setiap murid hasil daripada
aktiviti yang telah dijalankan.

Penilaian bahagian pertama dan kedua boleh digunakan oleh pegawai-pegawai Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian atau Daerah dan pihak Pengurusan Sekolah.
Bahagian ketiga pula boleh digunakan oleh Guru Kelas Tahun Satu untuk menilai potensi pencapaian
murid sepanjang program berjalan.

PENILAIAN UNTUK BAHAGIAN PERTAMA :

Dalam bahagian pertama kaedah yang digunakan cuma dengan menandakan tanda ( / ) di
ruangan Ya atau Tidak. Dalam bahagian ini terdapat empat bahagian yang dilihat pelaksanaannya
iaitu bahagian Pengurusan, Guru Tahun Satu, Murid dan Fizikal Bilik Darjah.

Dari sini kesemuanya mempunyai 50 item yang dilihat iaitu 10 dari bahagian Pengurusan, 10 dari
bahagian guru Tahun Satu, 23 dari bahagian Murid Tahun Satu dan 7 dari bahagian Fizikal Bilik
Darjah.

Setiap item yang ditanda (Ya) oleh penilai, 2 markah diberikan. Ini bermakna 50 item bersamaan 100
markah. Tiada markah untuk item yang ditandakan (Tidak)

Untuk melihat status pelaksanaan aktiviti pula dilihat melalui jumlah markah yang diperolehi mengikut
skala berikut :

Markah Tahap Kategori


Pelaksanaan

80 - 100 markah : Cemerlang (A)


60 - 79 markah : Baik (B)
40 - 59 markah : Sederhana (C)
20 - 39 markah : Sederhana Lemah (D)
0 - 19 markah : Lemah (E)

Sebagai bahan perbincangan, Penilai bolehlah melihat dari aspek pencapaian tahap pelaksanaan
dan kategori yang diperolehi. Cadangan untuk memperbaiki status pelaksanan juga boleh dilihat
melalui item-item yang tidak ditandakan untuk diberi perhatian dan tindakan selanjutnya.

10-10
Modul 10 Tajuk 3
PENILAIAN UNTUK BAHAGIAN KEDUA :

Dalam bahagian kedua kaedah skala likert digunakan untuk menilai keberkesanan aktiviti. Penilai
dikehendaki membulatkan nombor berdasarkan penilaian yang diberikan mengikut seperti berikut :

SKALA
5 : Sangat Memuaskan
4 : Memuaskan
3 : Sederhana
2 : Kurang memuaskan
1 : Sangat tidak memuaskan

Bahagian ini mempunyai 50 item untuk dinilai. 10 dari bahagian Pengurusan, 10 dari Guru Tahun
Satu, 23 dari Murid-murid Tahun Satu dan 7 dari bahagian Fizikal Bilik Darjah.

Untuk menentukan tahap keberkesanan aktiviti, Penilai bolehlah menggunakan kebijaksanaan dan
budi bicara dalam membuat pemerhatian dan perbincangan berdasarkan Panduan Kriteria
Penilaian Mengikut Item di setiap bahagian untuk menentukan pencapaiannya sama ada di tahap
sangat memuaskan, memuaskan, sederhana, kurang memuaskan atau sangat tidak memuaskan.

Aktiviti-aktiviti yang ada seperti di panduan digabungkan dengan kebijaksanaan dan budi bicara
penilai melalui pemerhatian dan perbincangan, bolehlah dipertimbangkan untuk skala nombor 5 dan
begitulah seterusnya.

Status keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan dilihat melalui peratusan (%) bagi setiap skala yang
dibulatkan. Peratusan(%) ini dikira melalui jumlah skala yang dibulatkan dibahagi dengan keseluruhan
item (40) dan didarabkan dengan 100.

Contoh , jika skala 5 ditanda sebanyak 40 oleh Penilai bermakna :

40 X 100 = 80 %
50

Dari sini % yang tinggi bagi skala 5 (sangat memuaskan) bererti keberkesanannya sangat
memuaskan. Jika % yang tinggi bagi skala 1 (sangat tidak memuaskan) bermakna keberkesananya
sangat tidak memuaskan.

Sebagai bahan perbincangan, Penilai boleh melihat aspek atau item mana yang perlu di
pertingkatkan melalui skala yang dibulatkan sama ada 1, 2 atau 3.

10-11
Modul 10 Tajuk 3
PENILAIAN UNTUK BAHAGIAN KETIGA

Dalam bahagian ketiga kaedah skala likert juga digunakan untuk menilai keberkesanan aktiviti.
Penilai dikehendaki membulatkan nombor berdasarkan penilaian yang diberikan mengikut seperti
berikut :
SKALA
5 : Sangat Memuaskan
4 : Memuaskan
3 : Sederhana
2 : Kurang memuaskan
1 : Sangat tidak memuaskan

Bahagian ini mempunyai 12 item untuk dinilai. Semuanya untuk melihat pencapaian setiap murid
selepas aktiviti dijalankan.

Status pencapaian murid ini dilihat melalui peratusan (%) keberkesanan setiap item yang dinilai.
Peratusan (%) keberkesanan ini dikira dengan melihat jumlah skala yang yang dibulatkan dibahagi
dengan keseluruhan item (25) dan didarabkan dengan 100.

Contoh : jika Pelajar A mendapat 10 untuk skala 5 bermakna;

20 X 100 = 80.00%
25

Sebagai panduan, para penilai atau guru kelas boleh mengesan kategori murid yang mempunyai
pencapaian yang tinggi dan yang masih memerlukan perhatian melalui % keberkesanan pelajar ini
secara keseluruhan atau mengikut aspek atau item yang ada.

PANDUAN KRITERIA PENILAIAN MENGIKUT ITEM

1. Bahagian Pengurusan (10 item) :

1.1 Kertas Cadangan - ada kandungan seperti:

i. Tajuk, Pengenalan, Objektif, J/Kuasa, Tarikh dan tempat pelaksanaan.


ii. Perancangan aktiviti, pelan bertindak, personalia yang terlibat
iii. Kewangan - sumber dan perbelanjaan

1.2 Jawatan Kuasa Induk / Kerja

- Penasihat, Pengerusi, Naib/Timbalan, Setiausaha ( guru


Tahun Satu ), Bendahari, Ahli Jawatan Kuasa - bidang tugas
masing-masing.
- Melibatkan semua guru di sekolah-guru Tahun Satu, panitia
mata pelajaran dan sebagainya

1.3 Taklimat Untuk Guru / Kakitangan

- Melibatkan semua guru dan kakitangan


- Personalia yang menyampaikan taklimat - sepatutnya guru besar atau
guru kanan dengan bantuan guru Tahun Satu
- Persediaan dan bahan edaran.
10-12
Modul 10 Tajuk 3

1.4 Pelaksanaan aktiviti Pendaftaran

- Penubuhan AJK. kerja


- Persediaan yang terancang - jemputan, tempat, peralatan,
kebersihan, sambutan.
- Aktiviti khas yang sesuai untuk ibu bapa dan murid.

x Taklimat Ibu Bapa / Penjaga

- Penglibatan ibu bapa - kehadiran


- Personalia yang memberi taklimat
- Persediaan tempat dan peralatan penyampaian
- Bahan Edaran
- Kerjasama ibubapa / penjaga membantu aktiviti

Perancangan Aktiviti selepas Minggu Orientasi

- Perancangan aktiviti
- Personalia yang terlibat
- Penyediaan bahan mengikut tahap pencapaian murid
- Aktiviti penilaian

1.5 Pemilihan Guru Tahun Satu

- Cara pemilihan yang digunakan


- Atas dasar sukarela dan minat
- Komitmen guru terhadap aktiviti
- Persiapan yang disediakan
- Kerjasama dengan guru lain

1.6 Penilaian Berterusan

- Penilaian terhadap pelajar


- Penilaian terhadap aktiviti
- Penilaian terhadap keberkesanan aktiviti
- Sekurang-kurangnya 2 kali

1.7 Laporan Aktiviti 3 Bulan

- Disediakan dan dihantarkan untuk Sekolah, PPD. dan JPN.


- Kandungan laporan - keberkesanan aktiviti, kelemahan, penglibatan dan tahap
pencapaian murid, tindakan susulan.

10-13
Modul 10 Tajuk 3
1.8 Kerjasama dengan PIBG / Pihak lain yang terlibat

- Bentuk sokongan PIBG / pihak lain


- Penglibatan PIBG dalam perancangan & pelaksanaan aktiviti

2. Bahagian Guru Tahun Satu (10 Item):

2.1 Memahami Objektif Program Transisi

- Memahami tujuan pelaksanaan program


- Memahami tujuan pelaksanaan setiap aktiviti
- Memahami tujuan keceriaan kelas
- Memahami tujuan hubungan mesra dengan semua pihak yang
terlibat termasuk kanak-kanak

2.2 Memahami Kurikulum dan Budaya Prasekolah

- Ada kesinambungan aktiviti dari Prasekolah


- Tahu cara menceria dan kedudukan perabot di kelas
- Dapat membina hubungan mesra dengan murid-murid
- Faham corak pengajaran bertema, gabungjalin dan main sambil
belajar

2.3 Kesediaan Memahami Perbezaan Murid

- Ada cara membina hubungan dengan murid yang berbeza


- Penggunaan pendekatan kasih sayang dengan murid
- Ada unsur-unsur kemahiran melayan
- Menggunakan pelbagai teknik melayan kerenah murid

2.4 Kemesraan Terhadap Murid

- Ada sentuhan dan pujian


- Penglibatan semua murid dalam aktiviti
- Mempunyai pelbagai kaedah melayan
- Suara yang menyenangkan dalam percakapan dan teguran
- Riaksi riang, menyeronokkan di kalangan murid

10-14
Modul 10 Tajuk 3
2.5 Persediaan Menjalankan Aktiviti Transisi

- Perancangan awal setiap aktiviti


- Pemilihan aktiviti yang bersesuaian dengan pencapaian murid
- Alat bantu yang bersesuaian dan menarik
- Pemilihan tempat yang sesuai
- Bantuan rakan sekerja

2.6 Memahami Teknik Penyelesaian Masalah dan Teknik TOC

- Mengetahui beberapa teknik penyelesaian masalah


- Tahu menggunakan pendekatan 'TOC' - Teknik Awan, Sebab
dan Akibat, Mencita-citakan Kejayaan dan lain-lain
- Menggunakan teknik yang difahami dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran

2.7 Memahami Pelaksanaan Aktiviti Tematik

- Memahami maksud dan matlamat pengajaran bertema


- Mengetahui tahap pendekatan tematik - tahap pemilihan tema,
penerokaan tema dan pelaksanaan.
- Keseragaman dengan guru mata pelajaran yang lain
- Menyediakan tema tertentu mengikut minggu

2.8 Personaliti dan Penampilan Guru

- Kesesuaian pemilihan pakaian yang dipakai


- Kekemasan guru
- Keceriaan perwatakan guru
- Penampilan keseluruhan

2.9 Kerjasama dengan guru yang lain

- Dapat dilihat bantuan dari rakan-rakan lain dalam pengajaran,


bahan dan persiapan kelas.

2.10 Usaha meningkatkan kemahiran

- Ada perbincangan dengan pihak pengurusan dan rakan dari


sekolah lain melalui pembacaan.

10-15
Modul 10 Tajuk 3
3. Bahagian Murid-Murid Tahun Satu (23 Item) :

3.1 Penyesuaian Diri

Penyesuaian diri dengan kawan


- Corak perhubungan dengan kawan-kawan
- Cara murid menghormati kawan-kawan lain
- Mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap situasi

Penyesuaian diri dengan guru


- Corak perhubungan dengan guru
- Cara murid menghormati guru
- Mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap situasi

Penyesuaian diri dengan persekitaran kelas


- Cara memelihara persekitaran kelas yang ceria
- Cara murid menjaga menghayati kebersihan dan keceriaan kelas
- Mengamalkan nilai-nilai murni dalam penggunaan setiap alat dan
sudut

3.2 Minat terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran

- Murid-murid nampak ceria, seronok dan gembira dalam aktiviti


pengajaran dan pembelajaran.
- Sentiasa aktif dan terkawal
- Mematuhi arahan guru dalam setiap aktiviti
- Melakukan aktiviti dengan penuh bersungguh-sungguh
- Melihatkan kerjasama di antara murid
- Saling bantu membantu dalam keadaan-keadaan tertentu

3.3 Penguasaan Kemahiran

Pratulisan
- Dapat menggunakan kemahiran motor halus – memegang
pensil, menulis dengan arahan, menyambung titik-titik hingga
membentuk huruf, dapat menulis huruf atau perkataan dengan
baik
- Dapat menuliskan beberapa perkataan atau ayat-ayat mudah
- Dapat membaca ayat-ayat mudah

Prabacaan
- Dapat mengenal dan menyebut huruf atau nombor yang awal
- Dapat menyambungkan huruf menjadi perkataan
- Dapat membaca perkataan-perkatan mudah

10-16
Modul 10 Tajuk 3
Pranombor
- Dapat mengawal dan menyebut nombor 1 digit
- Dapat menyambungkan titik nombor

Mewarna
- Dapat mengenal warna-warna asas
- Dapat mempelbagaikan warna dalam aktiviti yang diberikan
- Mampu mewarnakan gambar dalam ruangan yang disediakan

3.4 Kemahiran Berkomunikasi

Berinteraksi dengan rakan


- Berinteraksi dalam keadaan yang menyeronokkan
- Tidak menimbulkan kemarahan kawan yang lain
- Bermain dengan kawan-kawan

Berinteraksi dengan guru


- Berinteraksi dalam keadaan yang menyeronokkan
- Tingkah laku tidak timbulkan kemarahan guru
- Dapat mengikut arahan-arahan yang diberikan
- Membantu guru di situasi-situasi yang tertentu

Penglibatan dengan aktiviti menyanyi

- Dapat sama-sama terlibat dalam aktiviti nyanyian


- Dapat menggayakan senikata dengan perbuatan
- Sama-sama menampakkan kegembiraan bersama kawan

3.5 Keyakinan diri

- Berani tampil ke hadapan untuk melibatkan diri dalam sesuatu


aktiviti
- Boleh membantu guru dan rakan tanpa diberi arahan
- Dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan baik dan berkesan
- Sentiasa awal dan mendahului kawan-kawan yang lain
- Semangat berlumba-lumba dalam menyiapkan sesuatu aktiviti

3.6 Pemupukan nilai murni

x Sentiasa mengucapkan salam kepada guru-guru atau kawan- kawan


x Sentiasa mengucapkan terima kasih
x Menghormati harta kawan-kawan
x Bersalam dengan guru sewaktu sampai dan balik
x Tidak berebut-rebut ketika membeli barangan
x Berbaris dengan baik sewaktu di perhimpunan, ketika masuk
x kelas atau bergerak ke sesuatu tempat

10-17
Modul 10 Tajuk 3
3.7 Kemajuan Murid Dalam Pendekatan Tematik

Mengambil bahagian secara aktif

- mengikut arahan dari masa ke semasa


- cepat melakukan sesuatu aktiviti
- memberi sumbangan idea dan tenaga dalam aktiviti berkumpulan
- seronok dalam pembelajaran

Berani mencuba sesuatu


- tidak teragak-agak dalam sesuatu aktiviti
- terus melakukan sesuatu yang diminta

Menunjukkan minat ingin tahu


- selalu bertanya dalam kelas
- menggunakan masa lapang meninjau maklumat di sudut pembelajaran
- sering berbincang dan bertanya kawan

Mampu mencari maklumat sendiri


- sering melawat sudut-sudut pembelajaran
- selalu meneroka dengan deria
- tidak banyak membuang masa

Penerokaan melalui deria


- mengkaji dan meneroka menggunakan deria
- melihat, mendengar, merasa, menghidu dan menyentuh
- Mengambil bahagian secara aktif
- Berani mencuba sesuatu
- Menunjukkan minat ingin tahu
- Mampu mencari maklumat sendiri
- Penerokaan melalui deria

3.8 Perkembangan Sosio-Emosi

Bertanggungjawab di atas tingkah laku sendiri


- berani mengaku kesilapan / kesalahan
- sanggup meminta maaf
- sedia menerima teguran guru dan rakan

Bekerjasama dalam penyelesaian masalah


- bekerja dalam kumpulan
- bersetuju dengan keputusan bersama
- bersama menjalankan sesuatu tugasan

10-18
Modul 10 Tajuk 3
Mampu menghadapi konflik yang mudah
- tidak menganggu kawan
- boleh berbincang dengan guru
- mampu menegur tingkahlaku kawan
- sanggup membantu kawan

Mampu membuat keputusan sendiri


- tekun membuat aktiviti individu
- berani memohon kebenaran keluar kelas
- membuat aktiviti 3M dengan sendiri

Sentiasa nampak ceria dan gembira


- mudah senyum
- mudah ketawa
- aktif terkawal
- melibatkan diri dalam aktiviti kelas

4. Bahagian Fizikal Bilik Darjah (7 Item)

4.1 Lokasi bilik darjah

- Kedudukan bilik darjah yang sesuai - tidak jauh dari kelas lain,
tidak terlalu hampir dengan jalan, sungai atau pintu pagar
sekolah.

4.2 Keceriaan bilik darjah

- Kebersihan setiap sudut dan ruang


- Pemilihan warna-warna yang menarik
- Mempunyai langsir yang bersih dan menarik
- Pameran bahan-bahan hasil kerja murid
- Susunan bahan bantu mengajar di setiap sudut
- Kebersihan dan keceriaan kerusi meja yang menarik
- Mempunyai ruang untuk aktiviti-aktiviti kumpulan kecil
- Pandangan keseluruhan yang menarik dari sudut pandangan
kanak-kanak

4.3 Pemilihan dan susunan perabot

- Saiz kerusi meja dan perabot yang bersesuaian


- Bilangan kerusi meja dan perabot yang mencukupi
- Susunan kerusi meja ikut kumpulan
- Susunan perabot-perabot lain yang kemas dan teratur

10-19
Modul 10 Tajuk 3
4.4 Penggunaan ruang / sudut

- Mempunyai susunan sudut-sudut mata pelajaran yang teratur


- Ada ruang aktiviti bacaan individu
- Ada ruang untuk aktiviti kumpulan besar
- Ada sudut-sudut untuk aktiviti kumpulan kecil
- Penggunaan ruang atau sudut sepenuhnya

4.5 Keceriaan Luar Bilik Darjah

- Dinding luar yang bersih dan menarik


- Mempunyai rak kasut (jika murid diminta menanggalkan kasut
sebelum masuk ke kelas)
- Susunan kasut yang memudahkan murid untuk memakai dan
mengenali kasut merka
- Ada sudut bacaan atau aktiviti murid sewaktu rehat

4.6 Hasil Kerja Murid

- Terdapat hasil kerja murid dipamerkan di sudut-sudut matapelajaran


- Hasil kerja itu silih berganti

4.7 Ada Kesungguhan/ Kreativiti

- Secara keseluruhan nampak kesungguhan dan kreativiti dalam


pengurusan fizikal bilik darjah

10-20
MODUL 11
PERANCANGAN STRATEGIK :
PROGRAM TRANSISI

Tajuk Perkara
1 Sumber Kewangan

2 Sumber Tenaga

3 Perancangan Menyeluruh

4 Pelan Tindakan Utama


PERANCANGAN PROGRAM

Beberapa pertimbangan penting perlu diambil kira sebelum pelaksanaan Program Transisi secara
menyeluruh pada tahun 2001. Antara pertimbangan tersebut ialah dari aspek :

x Sumber Kewangan
x Sumber Tenaga
x Perancangan Menyeluruh
x Pelan Tindakan Utama

Tajuk 1

Sumber Kewangan
Pada peringkat awal, satu peruntukan khas telah disediakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti
persiapan awal seperti mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil Bahagian Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan negeri, Guru-guru Besar, Guru-guru Tahun Satu, Guru-guru
Prasekolah dan pihak swasta bagi mendapatkan input-input yang diperlukan.

Ini diteruskan dengan mesyuarat pembinaan dan pemurniaan Manual dan Kit Program Transisi.
Sebelum manual dan kit ini disebarluaskan, dengan sumber kewangan yang ada, satu kajian rintis
terhadap enam buah sekolah telah dijalankan. Latihan khas juga diberikan kepada semua kakitangan
sumber peringkat negeri dan daerah sebelum pelaksanaan secara menyeluruh dijalankan pada awal
2001.

Untuk perancangan seterusnya, adalah diharapkan agar pihak Jabatan Pendidikan Negeri dapat
membuat perancangan awal dengan mengambil kira aktiviti Program Transisi ini dalam penyediaan
peruntukan latihan bagi setiap negeri untuk tahun-tahun seterusnya.

Begitu juga dengan pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat menjadikan aktiviti Program Transisi
ini sebagai salah satu aktiviti dalam panitia mata pelajaran agar keperluan kewangan dan bahan-
bahan dapat disalurkan melalui peruntukan yang sedia ada.

11-1
Tajuk 2
Sumber Tenaga

Kejayaan pelaksanaan Program Transisi ini juga banyak bergantung kepada kepakaran sumber
tenaga di peringkat negeri, bahagian, daerah dan sekolah.

Dalam hal ini satu jaringan kumpulan tenaga pakar telah dibina untuk setiap peringkat yang
ditetapkan. Di peringkat negeri, seramai empat orang personalia yang terdiri daripada seorang
Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, seorang Guru Besar, seorang Guru Penolong Kanan dan
seorang Guru Tahun Satu telah dilatih oleh Pusat Perkembangan Kurikulum selama lima hari empat
malam.

Adalah diharapkan selepas latihan yang diberikan pihak Jabatan Pendidikan negeri pula akan dapat
melatih kakitangan sumber mereka di peringkat bahagian, daerah dan sekolah masing-masing.

Dengan adanya jaringan kakitangan sumber ini, pelaksanaan dan pemantauan program akan dapat
dilaksanakan secara menyeluruh bagi mencapai matlamat yang diharapkan

11-2
Tajuk 3

Perancangan Menyeluruh
Perancangan yang menyeluruh oleh semua pihak yang terlibat dalam Program Transisi ini akan
memastikan program ini mencapai kejayaan yang diharapkan. Antara perancangan yang perlu diberi
perhatian ialah :

x Penglibatan jawatankuasa secara menyeluruh sama ada di peringkat negeri, bahagian,


daerah dan sekolah

x Komitmen dan kerjasama yang jitu antara pihak pengurusan sekolah dengan semua guru di
sesebuah sekolah

x Persediaan awal yang perlu dilakukan oleh semua guru Tahun Satu dan panitia mata
pelajaran yang terlibat

x Perancangan dan pelaksanaan yang teratur bagi setiap peringkat sama ada di peringkat awal
pelaksanaan, semasa Minggu Orientasi, semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
yang menjuruskan kepada pendekatan tematik, main sambil belajar dan bersepadu.

x Latihan dan peningkatan ilmu yang berterusan untuk semua kakitangan sumber di peringkat
negeri, bahagian, daerah dan sekolah

x Pemantauan yang berterusan untuk melihat keberkesanan dan mengesan kelemahan yang
ada

x Membudayakan setiap aktiviti yang dirancang agar ia sebati dengan kehidupan seharian
murid dan guru sama ada di dalam atau luar bilik darjah

11-3
Tajuk 4

Pelan Tindakan Utama

Bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar, satu Pelan Tindakan Utama sangat
diperlukan agar keseragaman aktiviti dapat diteruskan. Setiap aktiviti dalam pelan ini perlu dirancang
mengikut peringkat yang telah ditetapkan seperti :

Peringkat Perancangan Awal

Antara tindakan yang perlu dilakukan ialah :

x Penubuhan jawatankuasa di peringkat negeri, bahagian, daerah dan sekolah


x Mesyuarat perancangan dan pelaksanaan program di peringkat negeri, bahagian, daerah dan
sekolah.
x Pemilihan guru Tahun Satu yang bersesuaian
x Mengadakan kursus perkembangan staff di peringkat sekolah
x Persediaan fizikal di bilik darjah
x Majlis pendaftaran murid dan aktiviti suaikenal
x Kerjasama dari pihak pengurusan Prasekolah
x Taklimat kepada ibu bapa murid yang akan masuk ke Tahun Satu

Aktiviti Di Minggu Orientasi

Aktiviti minggu pertama orientasi bertujuan untuk menggalakan murid-murid berinteraksi dan
berkenalan antara satu dengan lain di samping mengurangkan rasa malu dan segan di kalangan
mereka yang datang dari latarbelakang budaya dan sosio-ekonomi yang berbeza.

Aktiviti minggu kedua orientasi bertujuan untuk meningkat dan memupuk semangat kerjasama secara
kolaberatif di kalangan murid agar dapat menceriakan bilik darjah mereka sebelum proses pengajaran
dan pembelajaran bermula secara formal

11-4
Aktiviti Selepas Minggu Orientasi

Aktiviti selepas Minggu Orientasi bermula pada minggu ketiga bulan Januari hinggalah ke akhir bulan
Mac. Dalam masa ini proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Penekanan
hendaklah dijuruskan kepada aktiviti main sambil belajar, pengajaran bertema (tematik) dan
bersepadu.

Dalam masa yang sama aktiviti-aktiviti pranombor, pratulisan, prabacaan dan melukis turut diberikan
perhatian. Diharapkan melalui aktiviti yang dirancang akan dapat mengesan potensi dan kelemahan
murid dalam bidang-bidang tertentu.

Penilaian Program

Satu format borang penilaian telah direkabentuk bagi kegunaan semua personalia yang terlibat.
Format penilaian ini boleh digunakan dengan mudah oleh semua pegawai yang bertanggungjawab
dalam pemantauan program seperti Pegawai dari Kementerian, Jemaah Nazir, Jabatan Pendidikan
Negeri, Bahagian dan Daerah serta Pihak Pengurusan Sekolah.

11-5
PENGHARGAAN

Semua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia

Semua Jabatan Pendidikan Negeri

Semua Ahli Pasukan


Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu

Unit Prasekolah
Pusat Perkembangan Kurikulum

Persatuan Tadika Malaysia

SEKOLAH CONTOH
Sekolah Kebangsaan Singkir, Bidong, Kedah
Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Jeram, Perak
Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh, Perak

SEKOLAH RINTIS
Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam, Selangor
Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur, W. Persekutuan
Sekolah Kebangsaan Dato' Shah Bandar Abu Bakar, Negeri Sembilan
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ranggon, Kerteh, Terengganu
Sekolah Kebangsaan Permatang Badak, Kuantan, Pahang
Sekolah Kebangsaan Jeram Mengkuang. Bidor, Perak

Juru Teknik Pusat Perkembangan Kurikulum


En.Che Azman Bin Yusuf
En.Hamzah Bin Isa

Juru Taip Pusat Perkembangan Kurikulum


En. Johari Md. Zain
Pn. Malizala Bt. Rahmat

Anda mungkin juga menyukai