Anda di halaman 1dari 3

Terang dan gelap

Topik 4 Terang dan Gelap

4.1 Keadaan Terang dan Gelap


Sumber cahaya
1. Apa-apa objek yang mengeluarkan cahaya merupakan sumber cahaya.
2. Contoh sumber cahaya ialah matahari, mentol lampu, lampu suluh, bintang,
dan lilin.

3. Kita boleh melihat dalam keadaan terang.


4. Kita tidak boleh melihat dalam keadaan gelap kerana tiada cahaya.

Bayang-bayang
1. Cahaya bergerak dalam garis lurus.
2. Bayang-bayang akan terbentuk apabila cahaya dihalang oleh sesuatu objek.
3. Bentuk baying-bayang yang terbentuk bergantung kepada objek itu.

4. Cara-cara untuk menghasilkan bayang-bayang:


(a) Suluhkan lampu suluh pada dinding.
(b) Letakkan satu objek di hadapan lampu suluh.
(c) Lihat bayang-bayang yang terbentuk.

Keperluan cahaya
1. Manusia, haiwan, dan tumbuhan memerlukan cahaya.
2. Kita memerlukan cahaya untuk melihat.
3. Pada waktu siang, keadaan adalah terang. Matahari memberikan cahaya
kepada kita.

4. Pada waktu malam, keadaan adalah gelap.

5. Kita tidak boleh melihat apa-apa di sekeliling kita jika tiada cahaya.
6. Tumbuhan juga memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanannya
sendiri.
4.2 Pengetahuan tentang Pembentukan Bayang-bayang.
1. Kita boleh membuat permainan dengan bayang-bayang.
2. Wayang kulit dihasilkan menggunakan bayang-bayang.
3. Bayang-bayang daripada patung terbentuk pada kain latar.

4. Kamu juga boleh menggunakan tangan kamu untuk menghasilkan bayang-


bayang bentuk haiwan.

Anda mungkin juga menyukai