Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN PROJEK

Tujuan utama cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) adalah untuk
menyediakan akses yang pendek dan terus ke kawasan utama Puchong / Kinrara dan Petaling
Jaya / Damansara, memberi jaminan masa perjalanan dengan tempoh penyuraian trafik yang
dirancang secara strategik di sepanjang koridor jajaran untuk penyuraian trafik yang berkesan.
Secara khusus, KIDEX adalah lebuhraya yang menyediakan akses terus kepada pengguna
jalan raya dari Kinrara ke Damansara. Tujuan utama melaksanakan KIDEX adalah untuk
mengurangkan kesesakan lalu lintas sedia ada di LDP dan SPRINT, menyediakan masa
perjalanan yang lebih singkat, jarak perjalanan yang lebih pendek dan penyuraian trafik yang
efektif di antara kawasan Damansara / Petaling Jaya dan kawasan Puchong / Kinrara melalui
penyambungan dengan lebuhraya
yang sedia ada.

KIDEX juga akan melengkapkan


strategi pembangunan yang telah
digariskan di dalam Rancangan
Struktur Kuala Lumpur 2020 dan
Rancangan Struktur Selangor 2020.

Cadangan jajaran kebanyakannya


akan merentasi kawasan di Negeri
Selangor dengan hanya sebahagian
kecil sahaja yang melalui Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur iaitu, di
bahagian "on off ramps" di Jalan
Damansara CH2150-2200 & Jalan
Kinrara CH 13050. Permulaan
jajaran di Lebuhraya SPRINT adalah
terletak di koordinat 95492.582 N,
89776.969 E dan berakhir pada
koordinat 86325.849 N, 93893.616 E
di Bandar Kinrara 5.

Jumlah panjang jajaran adalah 14.9


km. Terdapat 7 persimpangan yang
terdiri daripada 21 jalan susur
bertingkat dicadangkan untuk projek
ini. Selain itu, terdapat juga 2 plaza tol bagi laluan utama dan 2 plaza tol bagi jalan susur untuk
cadangan jajaran. Fasa pembinaan projek yang dicadangkan dijadualkan akan siap dalam
tempoh jangka masa 48 bulan dari Oktober 2013 hingga Oktober 2017.

PART C : IMPAK POTENSI (UMAR ABDUL RAHMAN BIN AHMAD TAJUDIN :


201409040163)
IMPAK POTENSI
1. Fasa Pra-pembinaan.

Tiada impak potensi yang dijangka berlaku pada fasa pra-pembinaan.

2. Fasa Pembinaan
a) Hakisan dan Sedimentasi Tanah

Kesan buruk Bersifat sementara. Kadar purata hakisan tanah tapak projek untuk
keadaan sedia ada adalah rendah dan dijangka sebanyak 0.850 ton/hek/thn.
Senario terburuk semasa fasa pembinaan dijangkakan berlaku apabila semua
vegetasi dibersihkan. Kadar hakisan tanah semasa senario terburuk ini dijangkakan
sebanyak 283.385 ton/hek/thn. Hakisan tanah dan kesan-kesannya akan
berkurangan setelah tamatnya fasa pembinaan kerana kawasan yang terdedah
akan diturap dan ditutupi dengan tanaman penutup bumi.

b) Perparitan dan Banjir


Kesan buruk Bersifat sementara. Jajaran projek terletak dalam kawasan bandar
dengan sistem rangkaian parit jalan permukaan dan sub-permukaan. Oleh itu,
masalah banjir dan sistem perparitan dijangka tidak ketara kerana pembinaan
lebuhraya KIDEX yang bertingkat hanya melibatkan kawasan kerja yang terhad. Di
kawasan plaza tol di mana kerja pembersihan tapak perlu dijalankan, penutupan
dan gangguan longkang sedia ada boleh menjejaskan keberkesanan sistem saliran
dan menyebabkan masalah banjir kilat yang sementara.

c) Pencemaran Air

Kesan buruk - Pembersihan tapak dan kerja tanah akan menyebabkan lapisan atas
tanah terdedah kepada hakisan air hujan dan seterusnya larian air yang berkelodak
akan mengalir ke dalam sistem perparitan sedia ada dan memasuki Sg. Kayu Ara,
Sg. Penchala dan Sg. Klang.

Potensi kesan buruk - Di samping itu, penyimpanan dan pelupusan sisa buangan
secara sembarangan juga boleh menyebabkan keadaan parit tersumbat yang akan
menjadi tempat pembiakan vektor penyakit dan mewujudkan masalah estetik.
Impak terhadap aspek kualiti air termasuklah peningkatan paras TSS, kekeruhan,
BOD, COD serta minyak dan gris.

d) Pencemaran Udara

Kesan Burk - Bersifat sementara. Punca-punca pencemaran udara adalah dari


penghasilan dan penyebaran debu daripada aktiviti pembinaan, kenderaan dan
mesin berat. Masalah estetik, keselamatan, ketidakselesaan diri dan kesihatan
adalah kesan negatif pencemaran udara. Pencemaran udara di sepanjang jajaran
lebuhraya adalah lebih ketara semasa kerja pembersihan tanah di kawasan Tol C
berbanding dengan kawasan penanaman cerucuk. Pengangkutan bahan
pembinaan juga boleh menyebabkan peningkatan dalam paras habuk ambien di
sepanjang jalan akses tempatan. Namun begitu, pencemaran debu adalah
sementara dan untuk jangka masa yang pendek memandangkan operasi mesin
dan kenderaan berat akan disetempatkan dan dihadkan kepada waktu kerja yang
dibenarkan sahaja.

e) Pencemaran Bunyi
Kesan buruk - Bersifat sementara. Kesan pencemaran bunyi semasa fasa
pembinaan dijangka setempat dan sementara. Dengan pelaksanaan langkah-
langkah tebatan, paras bunyi akan diminimumkan ke tahap yang boleh diterima.

f) Getaran

Potensi kesan buruk - Semasa fasa pembinaan, punca-punca getaran di kawasan


sensitif yang berdekatan adalah daripada kerja-kerja penanaman cerucuk dan
pergerakan trak pengangkutan. Kesan getaran yang lebih ketara berpunca daripada
operasi penanaman cerucuk, di mana kaedah yang akan digunakan harus dipilih
dan dikawal untuk memastikan tiada kerosakan struktur mahupun mendatangkan
kerosakan terhadap kediaman berdekatan yang sedia ada. Potensi kesan getaran
dapat dikurangkan memandangkan kaedah bored piling akan digunakan.

g) Ekologi
Kesan baik - Sebarang impak terhadap flora, jika ada, adalah minima
memandangkan cadangan lokasi jajaran lebuhraya adalah di atas rizab sungai dan
jalan sedia ada yang ditutupi rumput dan belukar. Tiada spesis endemik yang akan
terjejas dan pembersihan flora di dalam tapak projek tidak akan memberi kesan
terhadap biodiversiti tumbuhan di kawasan tersebut.

Jumlah dan diversiti spesis haiwan di sepanjang tapak projek juga adalah rendah
kerana kekurangan kawasan vegetasi dan habitat semulajadi. Justeru, tiada
sebarang impak dijangkakan ke atas spesis haiwan.

h) Laluan Masuk & Trafik


Kesan buruk Bersifat sementara. Semasa fasa pembinaan, jalan sedia ada akan
digunakan sebagai jalan utama untuk mengangkut bahan pembinaan dan
memunggah sisa buangan pembinaan. Sebarang tumpahan ke atas jalan awam
akan mendatangkan masalah trafik dan seterusnya mendatangkan gangguan dan
potensi bahaya terhadap pengguna jalan awam. Peningkatan trafik semasa fasa
pembinaan dijangka tidak akan menyebabkan masalah kesesakan trafik di jalan-
jalan sedia ada.

Masalah gangguan trafik dan kesesakan lalu lintas lazimnya akan berlaku semasa
kerja-kerja penanaman cerucuk di bahagian pembahagi tengah jalan terutamanya
di kawasan komersial dan jalan utama yang sibuk. Walaubagaimanapun, impak ini
dijangka berlaku untuk jangka masa yang pendek dan dihadkan semasa fasa
pembinaan sahaja.
i) Sosio-ekonomi
Kesan buruk - Kesan sosial akibat daripada pengambilalihan tanah memerlukan
penempatan semula penduduk atau penghuni rumah/bangunan. Sebanyak 290 lot
tanah (15.15 hektar) yang merangkumi 288 lot tanah persendirian (14.98 ha) dan 2
lot tanah persekutuan (0.17 ha) akan diambilalih. Pengambilalihan tanah tidak akan
melibatkan tanah milik bangunan agama. Tiada isu pemisahan komuniti kerana
jajaran kebanyakanya dicadangkan di atas median jalan sedia ada dan rizab jalan.
Beberapa lot kediaman dan komersil di sepanjang jajaran akan diambilalih (86 lot di
Petaling Jaya dan 15 lot di Puchong).

Aktiviti pembinaan yang akan menimbulkan kesan estetik termasuk penyediaan


tanah yang melibatkan pengalihan struktur / utiliti yang sedia ada, kerja menanam
cerucuk dan pembinaan jejambat dan landasan. Kerja pembinaan juga akan
menyebabkan kemerosotan estetik kawasan terlibat memandangkan bahan
pembinaan dan sisa buangan akan diletakkan di sekitar kawasan kerja tapak
projek.

Kesan baik - Fasa pembinaan mungkin akan mendatangkan sedikit sebanyak


kesan positif kepada penduduk tempatan dari segi penambahan jumlah aktiviti,
keperluan bekalan-bekalan harian dan perbelanjaan runcit yang disebabkan oleh
peningkatan jumlah pekerja. Secara amnya, kesan negatif yang akan muncul
adalah gangguan trafik tempatan yang sementara dan peningkatan kesesakan
lalulintas di sepanjang jalan-jalan yang terjejas. Kerja kerja pembinaan akan
menyebabkan penutupan sementara sesetengah jalan secara berperingkat sebagai
suatu langkah keselamatan. Ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan
mendatangkan kesulitan kepada penduduk tempatan dan operator komersial di
sepanjang jalan-jalan yang terlibat.

Dari segi kebaikan ekonomi pula, peningkatan aktiviti perniagaan dan aktiviti
sampingan yang lain dijangka akan menjanakan lebih banyak pendapatan kepada
kerajaan negeri melalui pengutipan cukai. Peluang pekerjaan untuk penduduk
tempatan juga akan meningkat melalui perkembangan aktiviti perlaburan. Namun
begitu, peningkatan jumlah pekerja asing mungkin menimbulkan konflik dengan
penduduk tempatan dari segi cara atau tabiat hidup. Di samping itu, penambahan
saiz populasi juga membawa kepada permintaan perkhidmatan awam dan
fasiliti/infrastruktur yang melebihi kapasiti sedia ada di kawasan projek dan
seterusnya melibatkan kos sosial yang lebih tinggi.

j) Sisa Pepejal dan Sisa Buangan Terjadual

Potensi kesan buruk. Pelupusan sisa pepejal secara sembarangan boleh


membahayakan kesihatan penduduk tempatan. Semua bahan buangan terjadual
perlu disimpan, dibuang dan dihapuskan mengikut Peraturan-Peraturan Alam
Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
k) Projek Terbengkalai

Potensi kesan buruk. Impak-impak yang akan berlaku akibat daripada projek
terbengkalai semasa fasa pembinaan termasuklah pemendapan, penakungan atau
saluran air tersumbat oleh sisa pembinaan, pencemaran air, aduan daripada orang
awam dan pandangan buruk di sekitar tapak projek. Projek terbengkalai semasa
fasa penanaman cerucuk pula akan menimbulkan masalah estetik.

3. Fasa Operasi

a) Perparitan dan Banjir

Potensi kesan buruk - Air larian permukaan yang meningkat dalam jajaran
bertingkat akan disalirkan ke dalam rain water down pipes yang mengalir ke
bawah tiang jejambat dan ke sistem saliran yang sedia ada di bahagian permukaan
bumi. Rekabentuk parit adalah berdasarkan Manual Saliran Mesra Alam Malaysia
(MSMA Edisi Kedua).

b) Pencemaran Air
Kesan baik - Tiada kesan pencemaran air yang signifikan dijangka untuk fasa
operasi. Impak pencemaran air yang berpunca daripada tumpahan minyak/bahan
kimia/bahan berbahaya, jelaga dari paip ekzos dan pembuangan sampah yang
sembarangan juga mungkin berlaku pada tahap yang minima.

c) Pencemaran Bunyi
Kesan buruk - Permodelan paras bunyi dijalankan untuk jumlah trafik yang
dijangkakan sehingga tahun 2045. Keputusan menunjukkan kontur bunyi 72dBA,
60dBA, 48dBA dan 36dBA pada siang masing-masing melanjut sebanyak 80m,
280m, 700m dan 1160m dari cadangan lebuhraya. Pada waktu malam, tahap bunyi
adalah tidak melebihi 70dBA di sepanjang jajaran lebuhraya. Kontur bunyi 63dBA,
53dBA, 43dBA dan 33dBA masing-masing melanjut kira-kira 40m, 200m, 480m dan
840m dari cadangan lebuhraya.

Berdasarkan permodelan paras bunyi dan corak transmisi bunyi, peningkatan paras
bunyi setelah projek mula beroperasi sepenuhnya akan memberikan kesan kepada
13 kawasan dan memerlukan langkah-langkah tebatan.

d) Getaran
Kesan baik - Getaran daripada aktiviti trafik di semua kawasan adalah kurang
daripada 5 mm/s dan berada dalam lingkungan Cadangan Had-had JAS untuk
Risiko Kerosakan pada Bangunan dari Getaran Semasa Keadaan Tetap. Dengan
itu, tiada kesan negatif getaran dijangkakan.

e) Pencemaran Udara
Potensi kesan buruk - Punca utama pencemaran udara adalah dari pelepasan gas
ekzos kenderaan yang menggunakan cadangan lebuhraya ini. Permodelan
dijalankan untuk mengenalpasti jumlah perlepasan CO dari peningkatan aktiviti
trafik di tapak projek dengan menggunakan CALINE4. Secara keseluruhannya,
peningkatan tahap CO adalah tidak signifikan kerana tahap yang diramalkan adalah
lebih rendah daripada had yang ditetapkan oleh Piawaian Kualiti Udara Malaysia
pada 30 ppm.

f) Trafik

Kesan baik - Apabila cadangan pembangunan siap sepenuhnya, ia dijangka akan


mendatangkan kebaikan jangka masa panjang dengan pengurangan masalah
kesesakan lalu lintas di jalan sedia ada.

g) Sosio-ekonomi
Kesan baik - Semasa operasi Lebuhraya Kinrara - Damansara, faedah dari segi
sosio ekonomi untuk penduduk tempatan berkait rapat dengan pengurangan masa
perjalanan di mana jajaran ini dapat memudahkan serta memendekkan masa
perjalanan di antara Damansara dan Puchong. Di samping itu, perkhidmatan
pengangkutan yang efektif juga akan meningkat dan memanfaatkan mereka yang
berulang alik.

Projek ini juga dijangka dapat menambahkan peluang pekerjaan bagi masyarakat
tempatan. Di samping itu, permintaan untuk kawasan perumahan bagi jangka masa
panjang dijangkakan akan menunjukkan perubahan positif disebabkan akses yang
mudah melalui Lebuhraya KIDEX.

h) Sisa Pepejal dan Buangan Terjadual

Kesan baik - Sisa buangan pepejal yang dihasilkan akan dikendalikan dan
dilupuskan oleh majlis tempatan (Selangor) danAlam Flora Sdn Bhd (Kuala
Lumpur). Tiada sebarang impak dijangkakan dari aktiviti pelupusan sisa pepejal.

i) Projek Terbengkalai

Potensi kesan buruk. Projek terbengkalai semasa fasa operasi hanya boleh
berpunca daripada sebab-sebab yang luar biasa dan semua struktur pembinaan
perlu dirobohkan dan dilupuskan. Tapak projek sebegini akan mewujudkan kesan
penampilan yang tidak estetik, habitat pembiakan vektor penyakit dan aktiviti-aktiviti
anti sosial. Pekerja-pekerja juga perlu ditamatkan perkhidmatannya.
PART D : LANGKAH PENEBATAN (MAZNIE BINTI HUSSIN : 201411040044)
4. PERSEKITARAN FIZIKAL.
a) Kawalan hakisan tanah

Fasa pembinaan.
Kawalan hakisan.
Semasa fasa pembinaan, aktiviti yang boleh memberi impak kepada berlakunya
hakisan tanah ialah semasa kerja-kerja pembersihan tapak, penanaman
cerucuk dan juga aktiviti pembinaan. Langkah-langkah penebatan yang perlu
diambil ialah dengan melakukan aktiviti pembersihan tanah secara berjadual
mengikut hadual pembangunan yang telah dirancang untuk meminimakan
jumlah kawasan yang terdedah dah kerja-kerja pembinaan perlu dijalankan
secepat mungkin selepas kawasan itu dibersihkan. Tanaman rumput perlu
dilakukan dalam kadar segera untuk mengelakkan berlakunya hakisan tanah
atau cara alternatif lain yang boleh digunakan ialah dengan membuat
perlindungan semetara pada permukaan tanah dengan menggunakan plastik
atau hamparan fiber.

Kawalan sedimentasi
Membina parit sementara dan kolam perangkap sebelum kerja tanah dimulakan
yang bertujuan untuk mengawal aliran air larian permukaan bagi mengawal
pemendapan kelodak.
Membina sistem perparitan yang mencukupi untuk mengelakkan berlakunya
banjir kilat.

b) Pencemaran air
Fasa pembinaan Pembersihan tapak, penanaman, serucuk dan aktiviti
pembinaan.
Semua produk-produk petroleum diletak di tempat yang berbumbung, bertar,
berbenteng dan mempunyai saluran keluar yang dilengkapi dengan tempat
takungan minyak untuk mengelakkan dari minyak tertumpah dan meresap ke
dalam tanah. Dan sekiranya berlakunya tumpahan minyak, ia perlu dilakukan
tindakan pembersihan dalam kadar yang segera untuk mengelakan
pencemaran mintak di saliran air/sungai dan parit umum.
Minyak, gris terpakai dan semua sisa-sisa pembinaan perlu dikumpul dan
disimpan jauh dari saliran air sebelum dilupuskan. Minyak dan gris terpakai
hendaklah dilupuskan oleh kontraktor yang berlesen dan sisa-sisa pembinaan
lain dilupuskan di tempat perlupusan yang telah ditentukan oleh pihak
bandaraya.
Semua penyimpanan dan pengendalian bahan buanganterjadual perlu
dilaksanakan mengikutPeraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan
Terjadual) 2005 serta menyediakan tempat simpanan berasingan untuk setiap
sisa-sisa buangan berkaitan.
Fasa operasi.
Melakukan kerja-kerja landskap seperti meracun tumpai dan baja pada waktu
cuaca kering.
Menyediakan satu Pelan Tindakan Kecemasan bagi tumpahan besar daripada
lori yang mengangkut pelbagai jenis bahan di lebuh raya kelak.

c) Pencemaran udara.
Fasa pembinaan Pembersihan tapak, penanaman cerusuk dan aktiviti
pembinaan.
Pembakaran terbuka sampah sarap atau sisa vegetasi di tapak projek adalah
dilarang.
Kenderaan yang mengangkut bahan binaan, sisa buangan dan tanah harus
ditutup dengan kanvas dan kelajuan kenderaan di tapak pembinaan hendaklah
sentiasa perlahan untuk mengurangkan penyebaran debu dah partikulat ke
atmosfera.
Sentiasa melalukan pengawasan udara untuk menentukan tahap pencemaran
udara.
Menyediakan fasiliti pembasuhan tayar wash through di jalan keluar tapak
projek ke jalan awam dan sisa air takungan hendaklah disalurkan ke kawasan
takungan.

d) Pencemaran bunyi.
Fasa pembinaan Bunyi dari aktiviti pembinaan dan mesin/kenderaan berat.
Memasang bahan penyerap bunyi yang sesuai dan sentiasa membuat
penyelenggaraan pada mesin yang mana mengeluarkan paras bunyi yang
tinggi.
Menghadkan jangka masa kerja untuk aktiviti yang menjana bunyi bising dan
waktu kerja hanya dijalankan pada waktu siang sahaja.

Fasa operasi Operasi jajaran lebuhraya.


Membina benteng rintangan bunyi di kawasan yang terjejas oleh peingkatan
bunyi bising untuk mengurangkan bunyi bising ke tahap yang dibenarkan oleh
JAS.

e) Pencemaran getaran.
Fasa pembinaan - Aktiviti penanaman cerucuk.
Memilih kaedah penanaman cerucuk alternatif untuk mengurangkan kesan
terhadap peningkatan getaran terutama dikawasan perumahan dan kawasan
sensitif dan juga mengurangkan rintangan terhadappenembuasan melalui
beberapa cara seperti pra-galian dan penambahan air ke dalam lubang galian.

f) Trafk.
Fasa pembinaan Pengangkutan bahan pembinaan
Perlu membuat perancangan mengenai jadual perjalanan seperti pergerakan
pada waktu tidak sibuk terutama bagi pengangkutan bahan pembinaan yang
berat bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan kemalangan.
Membuat perancangan berkenaan dengan laluan yang akan digunakan seperti
mewujudkan laluan keluar masuk yang berasingan untuk memastikan aktiviti
trafik tidak tertumpu dan elakkan dari melalui kawasan perumahan.
Melantik penjaga bendera untuk mengarah trafik abila kenderaan memasuki
jalan utama terutama pada waktu sibuk dan meminimakan aktiviti penutupan
jalan supaya trafik berjalan dengan lancar.
Fasa operasi Aktiviti trafik
Sistem pengurusan trafik yang efektif di masukkan kdalam rangka kerja
pembangunan keseluruhan cadangan projek.
Memasang papan tanda keselamatan dan lampu isyarat dengan betul sebagai
salah satu ciri-ciri untuk meningkatkan tahap keselamatan.

g) Aspek ekologi.
Fasa pembinaan
Sisa tumbuhan perlu dilupuskan dan tidak boleh dibakar sama sekali bagi
mengelakkan berlakunya pencemaran udara akibat daripada asap
pembakaran. Sisa tumbuhan tersebut perlu di lupuskan di tapak pelupusan
yang dibenarkan.
Melakukan kerja-kerja landskap dengan kadar yang segera setelah kerja-kerja
pembinaan habis bagi mengelakkan daripada berlakunya hakisan tanah dan
sedimentasi.

5. SOSIO EKONOMI
a) Aspek Sosio-Ekonomi.

Fasa Pembinaan Pengambilan pekerja tapak pembinaan, aspek keselamatan dan


kesihatan.
Pengambilan pekerja dititik beratkan kepada pengambilan pekerja tempatan
dahulu dan sekiranya mengambil pekerja asing, semua pekerja asing perlu
melepasi ujian saringan penyakit berjangkit untuk memastikan mereka bebas
dari sebarang penyakit berjangkit seperti malaria, tibi dan beberapa penyakit
berjangkit lain.
Tidak membenarkan mereka yang berumur 18 tahun kebawah bekerja di tapak
pembinaan kerana ia melanggar Seksyen 2(a) Akta Kanak-Kanak & Orang
Muda (Pekerjaan) 1966 (Akta 350) yang mana menerangkan mereka yang
berumur di bawah 18 tahun tidak dibenarkan melakukan kerja yang merbahaya.
Bagi pengendalian mesin-mesin yang merbahaya, ianya perlu dikendalikan oleh
pekerja yang terlatih dengan sijil/lesen serta menyediakan peralatan
perlindungan peribadi (PPE) yang bersesuaian dan mencukupi bagi
mengelakkan berlakunnya kemalangan dan kecederaan ditempat kerja..
Memasang papan tanda yang jelas serta lampu keselamatan untuk
menunjukan kawasan bahaya yang bertujuan untuk memberi amaran kepada
pekerja dan orang luar tentang kawasan bahaya bagi mengelakkan berlakunya
sebarangan kemalangan yang tidak diingini.

Fasa operasi Keselamatan jalan dan nilai estetik.


Memasang papan tanda jalan yang lebih baik dan mencukupi serta dilengkapi
dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih banyak di lokasi yang strategik untuk
mencegah kemalangan melibatkan pengguna jalanraya.
Memasang papan tanda halaju di kawasan yang berpontensi untuk berlakunya
kemalangan.

b) Pengurusan sisa buangan.

Fasa pembinaan & Fasa operasi- Pengurusan sisa pepejal.


Pengurusan sampah perlu diuruskan dengan sempurna. Sampah-sampah perlu
dikumpulkn dan disimpan ditempat yang telah ditetapkan sebelum dibawa ke
tempat perlupusan oleh kontraktor berlesen. Kawasan tempat kerja juga perlu
sentiasa dijaga.

Pengurusan sisa buangan terjadual.


Semua sisa buangan terjadual di kendalikan mengikut Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Buangan terjadual) 2005 iaitu menyimpan didalam tong
bertutup, tempat simpanan mempunyai benteng konkrit, berturap dan berupaya
menampung 10% daripada jumlah isipadu tong yang terbesar.
Membuat pengasingan tempat pengumpulan sisa mengikut jenis dan disimpan
tidak melenihi 180 hari atau jumlah isipadunya tidak melebihi 20 ton.

6. PROJEK TERBENGKALAI.

Fasa pembinaan.
Sekiranya projek ini terbengkalai, pemaju projek perlu meninggal tapak projek
dalam keadaan persekitaran yang optimum dan tidak memberikan kesan bahaya
kepada orang awam serta bertanggungjawab dalam isu pengurusan persekitaran
tapak projek dan juga menyediakan Pelan Projek Terbengkalai.
Menyediakan Pelan Projek Terbengkalai.

Fasa operasi
Memaklumkan kepada pihak berkuasa tentang isu projek terbengkalai.
Memasang pagar dan tanda amaran untuk mengelakan sebarang kemasukan
tanpa kebenaran bgi tujuan keselamatan.
Sisa buangan di lupuskan dengan betul dan semua peralatan hendaklah
dikeluarkan dari tapak binaan bagi mengelakkan berlakunya kecederaan termasuk
pemeriksaan wayar hidup.
Membuat pelan pemuliharaan yang sesuai jika keadaan alam sekeliling telah
merosot.

Anda mungkin juga menyukai