Anda di halaman 1dari 3

CERITA : MONYET YANG NAKAL

Beatrisya : Suatu hari, seekor monyet sedang bermain berdekatan sungai.

Tiba-tiba, dia terdengar bunyi bising, lalu mendongak ke atas.

Seekor gajah sedang menuju ke sungai. Monyet terfikir untuk

mempermainkan gajah.

Monyet mengutip beberapa ketul batu dan memanjat ke atas sebatang

pokok.

Dia menunggu sehingga gajah sampai.

Monyet membaling seketul batu ke arah gajah dan meyorok di atas

pokok. Batu itu mengena belakang gajah.

Gajah itu sangat terkejut, tetapi dia tidak melihat sesiapa.

Gajah menggelengkan kepala dan terus berjalan.

Monyet yang nakal tersenyum dan ketawa. Kemudian, dia membaling

lagi seketul batu ke arah gajah. Kali ini, batu itu mengenai kepala gajah.

Gajah yang marah terus melihat ke atas pokok.

Dia ternampak monyet menyorok di atas pokok. Dia bercadang untuk

mengajar monyet.

Stefanny : Nanti engkau ye monyet…

Aku akan cari cara untuk membalas dendam.

Beatrisya : Gajah menyedut air dari sungai dengan belalainya.

Stefanny : Slurp…. Slurp….

Beatrisya : Di atas pokok monyet ketawa besar.

Scott : Kahkahkahkahkah, Kamu tidak boleh menangkap aku! La la la la la…

( sambil menggoyang-goyangkan badan )


Beatrisya : Gajah yang sangat geram mengangkat belalainya dan menyembur air ke

arah monyet.

Stefanny : Brus…brus…brus…

Beatrisya : Monyet terjatuh dari atas pokok.

Semasa monyet terjatuh di atas tanah, gajah terus menyemburkan lebih

banyak air ke arah monyet.

Scott : Tolong berhenti…. Tolong jangan sembur aku dengan air lagi…

Maafkan aku, maafkan aku….

Stefanny : Hahahahahaaa… Sekarang kamu tahu bagaimana rasanya apabila

dipermainkan.

Beatrisya : Akhirnya, monyet meminta maaf kepada gajah.

(SEMUA PELAKON MEMBACA SEKALI )

PENGAJARAN DARIPADA CERITA INI IALAH

‘JANGAN SUKA MEMPERMAINKAN ORANG LAIN JIKA KAMU TIDAK SUKA


DIPERMAINKAN’
CERITA ARNAB DENGAN KURA-KURA

Ishtoshika : Suatu masa dahulu, ada seekor kura-kura yang riang berjalan-jalan
melalui hutan.

Tidak lama kemudian, seekor arnab melompat keluar dari semak ke


arahnya. Arnab berkata:

Mitchell : Aku pasti tiada sesiapa pun di dunia ini yang bergerak perlahan seperti
kamu!

Ishtoshika : Kura-kura tidak menyukai perangai arnab. Kura-kura berkata:

Alexandria : Mari kita berlumba dan lihat siapa yang pantas!

Mitchell : Hahahaha… Jangan berguraulah…( sambil berguling-guling)

Ishtoshika : Arnab berdiri semula.

Mitchell : Baiklah… mari kita lihat siapa dulu yang sampai di puncak bukit itu.

Ishtoshika : Sambil ketawa, arnab berlari dengan pantas. Kura-kura ditinggalkan jauh
di belakang.

Tidak lama kemudian, arnab berhenti untuk berehat. Dia menunggu kura-
kura sampai. Dia mula berasa mengantuk.

Mitchell : Aku akan tidur sekejap. Kura-kura tidak akan dapat mengejar aku…

Ishtoshika : Arnab berbaring di bawah pokok lalu memenjamkan matanya. Dia tidur
dengan nyenyaknya. Kura-kura terus merangkak perlahan

Anda mungkin juga menyukai