Anda di halaman 1dari 67

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PANDUAN PENGAJARAN GURU

PENDIDIKAN
KESIHATAN

Terbitan

Kementerian Pendidikan Malaysia


Bahagian Pembangunan Kurikulum

2016
Cetakan Pertama 2016

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang


mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan
buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
KANDUNGAN

RUKUN NEGARA v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi

PENDAHULUAN vii

1 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 1

2 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 3

3 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 8

4 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 10

5 PENYALAHGUNAAN BAHAN 13

6 PENYALAHGUNAAN BAHAN 15

7 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 17

8 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 19

9 KEKELUARGAAN 22

10 KEKELUARGAAN 24

11 PERHUBUNGAN 25

12 PERHUBUNGAN 27

13 PENYAKIT 28

14 KESELAMATAN 32

15 KESELAMATAN 36
16 PEMAKANAN 39

17 PEMAKANAN 43

18 PERTOLONGAN CEMAS 45

1
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh


masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh


tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip
yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke


arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.

vi
PENDAHULUAN
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid
mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk
membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan
mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa
menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan
rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang
terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan
optimum.

Justeru itu, Panduan Pengajaran Pendidikan Kesihatan Tingkatan Dua


ini dibina untuk membantu guru menterjemah kandungan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan serta melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Panduan pengajaran ini adalah usaha Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dengan pelbagai pihak. Panduan pengajaran ini mengandungi
18 contoh pengajaran yang diharap dapat dimanfaatkan oleh guru dan
murid. Kreativiti dan inovatif guru dalam mengubah suai serta
menambah baik contoh aktiviti yang disediakan dalam panduan
pengajaran ini amat digalakkan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan
idea, kepakaran, masa serta tenaga dalam penghasilan panduan
pengajaran ini.

vii
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

PENGENALAN MASA: 1 Jam

Setiap orang akan melalui zaman STANDARD KANDUNGAN


peralihan dari kanak-kanak kepada
remaja dalam keadaan berbeza.
1.1 Kemahiran membuat
Kebanyakan kita berasa takut dan keputusan dalam konteks
tertekan dengan perubahan kesihatan diri dan
perkembangan fizikal sekunder reproduktif
namun ada yang berjaya
mengatasinya dengan baik.
Perkembangan seksual
Kita perlu mengetahui perubahan sekunder
yang berlaku dan menggunakan
maklumat yang diperolehi serta STANDARD PEMBELAJARAN
mengaplikasi cara mengurus
perkembangan seksual sekunder
secara berkesan. Murid boleh:

1.1.1 Mengetahui maksud


perkembangan seksual
sekunder dari aspek fizikal.

1.1.2 Mengaplikasikan cara


mengurus perkembangan
seksual sekunder dari aspek
fizikal.

BAHAN BANTU BELAJAR

Kertas sebak, pen marker dan


pelekat.

1
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

AKTIVITI NOTA GURU

1. Dalam kumpulan kecil Perubahan ciri-ciri seksual lelaki:


membincangkan Ciri-ciri seksual primer yang
perkembangan fizikal seksual berubah adalah perubahan
sekunder. zakar dan buah zakar.
Ciri-ciri seksual sekunder pula
2. Sumbang saran bagaimana melibatkan pertumbuhan misai
mengurus perubahan dan janggut, jerawat, ketinggian
perkembangan fizikal seksual meningkat, dada dan bahu
sekunder melebar, otot membesar, serta
suara yang lebih garau.
3. Menerangkan perasaan Bulu ketiak dan bulu pubik
semasa mengalami perubahan merupakan tanda-tanda akil
tersebut. baligh.

Perubahan ciri-ciri seksual


4. Memberi pendapat tentang perempuan:
cara terbaik untuk
menguruskan perubahan Ciri-ciri seksual primer yang
berubah adalah perubahan faraj
perkembangan fizikal seksual
dan ovari.
sekunder.
Ciri-ciri seksual sekunder pula
melibatkan ketinggian
5. Perbincangan dan rumusan.
meningkat, paha berbentuk
corong, perubahan payu dara
dan punggung membesar.
Bulu ketiak dan bulu pubik
merupakan tanda-tanda akil
baligh.

(Sumber: Info Sihat,


Kementerian Kesihatan Malaysia.)

2
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

PENGENALAN MASA: 1 Jam

STANDARD KANDUNGAN
Terdapat perubahan dari segi aspek
fizikal, mental, emosi dan psikologi.
1.2 Kemahiran membuat
Setiap orang akan melalui zaman keputusan dalam konteks
remaja. Terdapat remaja yang tidak kesihatan diri dan reproduktif
dapat mengurus dengan baik
perubahan emosi semasa Perkembangan seksual
perkembangan fizikal sekunder. sekunder

Contohnya, sekiranya kita


mengetahui perubahan emosi yang STANDARD PEMBELAJARAN
berlaku dan cara mengurus
perubahan emosi tersebut, maka
Murid boleh:
kita dapat menangani perubahan
emosi secara berkesan.
1.1.3 Mengaplikasikan kemahiran
membuat keputusan dalam
menangani perubahan emosi
semasa perkembangan
seksual sekunder.

1.1.4 Menilai perubahan emosi


semasa perkembangan
seksual sekunder.

BAHAN BANTU BELAJAR


Borang penilaian kendiri dan sticky
notes.

3
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

AKTIVITI
1. Penilaian kendiri (lembaran 5. Perbincangan dan rumusan.
kerja 1) diedarkan dan diberi 6. Aktiviti pengukuhan –menulis
masa 5 minit untuk menjawab diari selama sebulan
semua pernyataan. bagaimana mereka mengurus
2. Merumus jawapan penilaian perubahan emosi semasa
kendiri. perkembangan seksual.
3. Perbincangan dalam kumpulan,
cara-cara mengurus perubahan
emosi semasa perkembangan
seksual sekunder.
4. Aktiviti ‘Gallery walk’.
a. Hasil perbincangan ditampal
pada dinding kelas.
b. Dalam kumpulan, murid
akan bergerak mengikut
arah jam untuk melihat dan
membaca hasil
perbincangan kumpulan lain.
c. Murid membuat
penambahbaikan dengan
menulis cadangan mereka di
atas sticky-notes dan tampal
pada hasil kumpulan itu tadi.
d. Murid akan bergerak
sehingga habis pusingan.

4
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

NOTA GURU

Perubahan Emosi Remaja

1. Sikap suka menentang dan


agresif
2. Inginkan perhatian dan
penghargaan
3. Ingin sentiasa disayangi
4. Mencari identiti kendiri
5. Tidak selesa dengan perubahan Jerawat...satu,
dua,
fizikal.
tiga...argh!
6. Perasaan keliru, rendah diri,
malu dan mudah kecewa
7. Ingin mencuba sesuatu yang
baharu dan mencabar
8. Sangat mengambil berat
tentang penampilan diri
9. Tidak suka dikongkong
10. Tarikan seksual (crush) dan
mudah dirangsang
11. Perasaan ingin tahu terhadap
aspek seksual dan mudah jatuh
cinta

5
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
BORANG PENILAIAN KENDIRI

Sila tanda (√) pada ruang Ya atau (x) pada ruang Tidak untuk setiap pernyataan.

BIL. PERUBAHAN EMOSI YA TIDAK


1. Mengalami moodiness yang disebabkan oleh perubahan paras
hormon estrogen (perempuan) dan hormon testosteron (lelaki)

2. Mudah tersinggung, agresif, murung, cuai, memberontak, dan


emosional

3. Sangat mengambil kira tentang penampilan diri, dan


pandangan orang lain

4. Inginkan privasi dan memerlukan ruang untuk diri sendiri


5. Berasa malu dan keliru dengan perubahan diri
6. Perasaan ingin tahu tentang aspek seksual dan mudah jatuh
cinta
7. Tidak suka dikongkong oleh ibu bapa
8. Sering berselisih faham dengan ibu bapa
9. Mencari identiti kendiri
10. Tidak selesa dengan ciri-ciri perubahan fizikal seperti jerawat,
bau badan dan ketinggian

11. Mempunyai perasaan rendah diri


12. Suka menentang pendapat orang lain
13. Suka dipuji dan dihargai atas sesuatu yang dilakukan
14. Ingin mencuba sesuatu yang baharu dan mencabar
15. Mudah terpengaruh dengan pendapat rakan sebaya

Sila jumlah dan catatkan bilangan yang diperoleh untuk:

Ya=

Tidak=

6
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

Jawapan- Penilaian Kendiri.

Perbincangan.

Adakah anda banyak menanda ”Ya” ?

Jangan risau... ini adalah sesuatu yang


normal.

Cara-cara menguruskan perubahan emosi.

1. Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.


2. Membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Contoh, mengemas
rumah, menjaga adik, memasak, melipat baju, mencuci kereta,
mengecat rumah dan menyapu laman.
3. Melibatkan diri dengan hobi yang berfaedah. Contoh, membaca,
berkebun, bermain dan mendengar muzik, mengumpul setem, pelekat,
dan melayari laman sesawang untuk mendapat maklumat berfaedah.
4. Menyertai aktiviti sosial yang berfaedah bersama-sama keluarga dan
rakan supaya dapat membina keyakinan diri. Contoh, melakukan kerja
amal di rumah kebajikan, menyertai aktiviti kebudayaan, berkebun,
berkelah, memancing dan bergotong royong.
5. Berani menyatakan pendirian positif. Contoh, berkata “TIDAK” kepada
sentuhan tidak selamat, ajakan untuk merokok, mengambil dadah dan
alkohol serta hubungan seksual.
6. Melibatkan diri secara aktif dalam program keagamaan.
Contoh, di masjid, gereja, kuil dan tokong.
7. Merujuk kepada kaunselor sekolah atau orang dewasa yang boleh
dipercayai. Contoh, ibu bapa, guru dan doktor.

7
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

PENGENALAN MASA: 1 Jam

Dalam kehidupan harian, kita STANDARD KANDUNGAN


terdedah kepada pelbagai pengaruh
multimedia.
2.1 Kemahiran menangani
Terdapat majalah, lirik lagu, program pengaruh dalaman serta
television dan filem yang luaran yang mempengaruhi
menggambarkan tingkah laku kesihatan diri dan
seksual. reproduktif
Kemahiran menangani pengaruh
dalaman serta luaran yang Pengaruh multimedia
mempengaruhi kesihatan diri dan kepada tingkah laku
reproduktif menyediakan peluang seksual berisiko
kepada kita untuk
membinbcangkan nilai dan mesej
yang disampaikan oleh pihak media. STANDARD PEMBELAJARAN

Kesimpulannya, pengaruh Murid boleh:


multimedia ke atas perasaan,
pemikiran dan tingkah laku dalam 2.1.1 Memahami pengaruh
aspek positif dan negatif. negatif multimedia kepada
tingkah laku seksual
berisiko.

2.1.2 Mengaplikasikan kemahiran


menangani pengaruh
negatif multimedia terhadap
tingkah laku seksual
berisiko.

2.1.3 Menganalisis pengaruh


negatif multimedia kepada
tingkah laku seksual
berisiko.

BAHAN BANTU BELAJAR


Iklan – imej dalam media.

8
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

AKTIVITI

1. Bahagikan kepada kumpulan 4. Membentangkan hasil


kecil. perbincangan kumpulan.
2. Setiap kumpulan melantik 5. Pengukuhan – menulis
seorang wartawan yang akan rencana untuk buletin sekolah.
berkongsi penemuan kumpulan.
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
3. Berikan setiap kumpulan satu
iklan dan membincangkan
soalan-soalan berikut:
a) Apakah produk yang
hendak dipasarkan oleh
iklan tersebut?
b) Adakah imej yang
digunakan
menggambarkan
kehidupan sebenar?
c) Apakah mesej yang
hendak disampai oleh iklan
tersebut? Adakah ia
memberikan mesej tentang
kualiti yang menarik bagi
seseorang lelaki atau
wanita?
d) Apakah mesej yang
disampaikan berkait rapat
dengan hubungan dan
seksualiti?
e) Menyenaraikan pengaruh
negatif iklan tersebut.
f) Menyenaraikan cara
menangani tingkah laku
seksual berisiko.

9
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

AKTIVITI
MASA: 1 Jam
“I see, I think, I wonder “
1 Perbincangan kesan negatif
STANDARD KANDUNGAN multimedia terhadap tingkah
laku seksual berisiko remaja.
2.1 Kemahiran menangani Gambar pasangan kekasih
pengaruh dalaman serta dipamerkan.
luaran yang mempengaruhi
kesihatan diri dan 2 “Bubble talk” diberi dan murid
reproduktif menulis bahasa pemikiran
mengikut jantina.
Pengaruh multimedia 3 Merumus bahasa pemikiran
kepada tingkah laku dan tingkah laku seksual
seksual berisiko berisiko remaja.
a) Apa yang ditulis mungkin
STANDARD PEMBELAJARAN ada persamaan dan
mungkin sebaliknya.
Murid boleh: b) Bahasa pemikiran yang
anda bersetuju dengan?
2.1.2 Mengaplikasikan kemahiran Tidak setuju dengan?
menangani pengaruh negatif c) Jika anda adalah seorang
multimedia terhadap tingkah ibu atau bapa, apakah
laku seksual berisiko. mesej atau nasihat yang
paling penting yang akan
2.1.4 Menjana idea cara
diberikan kepada anak
menangani tingkah laku
seksual berisiko dan anda?
kepentingan penahanan diri 4 Memberi 10 sebab kenapa
daripada seks. perlu abstinen dalam bentuk
peta minda.
BAHAN BANTU BELAJAR 5 Memilih salah satu alasan
dan hasilkan poster.
Gambar pasangan, kad bubble talk
Tampalkan poster tersebut di
dan pelekat
dalam kelas untuk
menyebarkan pesanan positif
mengenai abstinen.

10
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

Contoh gambar sepasang kekasih

11
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

MESEJ PENTING
Anda perlu bertanggungjawab
dalam sebarang tingkah laku
seksual yang anda pilih. Oleh
itu, remaja perlu mengenal
pasti amaran bagi menghindar
hubungan seks yang tidak
diingini dan tidak dirancang.
Abstinen adalah cara terbaik
untuk mengelak risiko seks.
SUMBER: LPPKN. KPWKM

12
PENYALAHGUNAAN BAHAN

PENGENALAN MASA: 1 Jam

Zaman remaja adalah zaman yang


paling mencabar. Kita sering STANDARD KANDUNGAN
terdedah kepada penggunaan 3.1 Kemahiran menangani
barang haram dan penyalahgunaan situasi berisiko terhadap
bahan. penyalahgunaan bahan
Dalam usia muda dan masih kepada diri, keluarga serta
kurang pengalaman hidup, adakah masyarakat
kita tidak bersedia dan tidak
mengetahui akibat penyalahgunaan Pengaruh rokok, alkohol
bahan. dan dadah
Kemahiran menangani situasi
berisiko terhadap penyalahgunaan STANDARD PEMBELAJARAN
bahan kepada diri, keluarga dan
masyarakat dapat mengelakkan Murid boleh:
kita daripada bahaya pengambilan
rokok, alkohol dan dadah. 3.1.1 Memahami pengaruh
rokok, alkohol dan dadah
kepada diri, keluarga serta
masyarakat.
3.1.3 Menganalisis kesan bahaya
asap rokok kepada perokok
pasif.
3.1.4 Menilai taraf kesihatan
individu yang terlibat dalam
kegiatan merokok,
pengambilan alkohol dan
dadah.

BAHAN BANTU BELAJAR


Lakaran tubuh manusia,
kertas sebak, pen marker
dan pelekat.

13
PENYALAHGUNAAN BAHAN

AKTIVITI

1. Melabel bahagian dan sistem menerangkan kepada


tubuh manusia yang rosak kumpulan yang datang.
akibat penyalahgunaan d. Proses ini berulang dan
rokok, alkohol dan dadah. selesai sehingga semua
2. Merumus aktiviti langkah 1. kumpulan dilawati.
3. Perbincangan dalam 7. Rumusan.
kumpulan kecil. Memberi
fokus kepada kesan
pengaruh rokok alkohol dan
dadah kepada keluarga,
masyarakat serta kepada
perokok pasif.
4. Aktiviti World Cafe.
a. Setiap ketua kumpulan
akan tinggal manakala
ahli kumpulan yang lain
akan bergerak ke
kumpulan sebelah
kanan mereka.
b. Ketua kumpulan yang
tinggal akan memberi
penerangan hasil
perbincangan kumpulan
dan melantik seseorang
sebagai pembantu.
c. Setelah selesai memberi
penerangan ketua itu
tadi bersama ahli
kumpulan baharu
bergerak meninggalkan
pembantu untuk

14
PENYALAHGUNAAN BAHAN

MASA: 1 Jam AKTIVITI

1. Permainan ‘Domino’
STANDARD KANDUNGAN a. 5 orang murid dipilih secara
3.1 Kemahiran menangani rawak.
situasi berisiko terhadap b. Murid tersebut dilekatkan
penyalahgunaan bahan kad perkataan iaitu
kepada diri, keluarga serta ‘Penyalahgunaan Bahan’,
masyarakat ‘Rakan’, ‘Keluarga’,
Pengaruh rokok, alkohol dan ‘Masyarakat’ dan ‘Negara’.
dadah c. Murid berbaris dalam satu
barisan dari bahu ke bahu.
d. ‘Penyalahgunaan Bahan’
STANDARD PEMBELAJARAN
akan melanggar bahu
Murid boleh: ‘Rakan’ dan seterusnya.
e. Murid lain akan
3.1.2 Mengaplikasikan kemahiran menjelaskan mengapa teori
mengelak diri daripada domino berlaku dan
pengaruh rokok, alkohol dan kesannya kepada diri,
dadah. rakan, keluarga,
masyarakat dan negara.
2. Menulis dialog berdasarkan
BAHAN BANTU BELAJAR situasi,di mana murid mesti
Kad perkataan, kertas berpelekat, membuat keputusan
pen marker pelbagai warna. bagaimana mengelakkan diri.
‘Kalaulah saya dihampiri /
dipujuk / diberi / dipelawa...’
Murid membaca dialog
sambil melakonkannya.
3. Menghasilkan Bumper Sticker
mengenai penyalahgunaan
rokok, alkohol dan dadah.
4. Perbincangan dan rumusan.

15
PENYALAHGUNAAN BAHAN

TIDAK
’Kalaulah saya dihampiri / dipujuk / diberi / dipelawa …’

Situasi 1

Awang menghulurkan rokok kepada kawannya, Abu ketika bermain permainan


video. Tulis dialog antara Awang dan Abu. Abu menggunakan kemahiran asertif
membuat penolakan secara berhemah dengan menjelaskan kesan
pengambilan rokok bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Situasi 2

Abang dan rakan-rakannya membeli alkohol dari kedai serbaneka untuk


meraikan sambutan Tahun Baharu. Abang terserempak dengan guru Pendidikan
Kesihatannya. Guru tersebut memberi nasihat kepada abang dan rakan-
rakannya. Tulis dialog antara mereka dengan menjelaskan kesan pengambilan
alkohol bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Situasi 3

Kakak dan ayahnya menonton iklan AADK. Ayahnya memberi nasihat kepada
kakak mengenai bahaya dadah. Tulis dialog antara mereka dengan
menjelaskan kesan pengambilan dadah bagi jangka masa pendek dan jangka
masa panjang .

16
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

PENGENALAN MASA: 1 Jam

Pemikiran positif adalah cara STANDARD KANDUNGAN


pemikiran yang menjurus ke arah
keupayaan iaitu melihat kepada 4.1 Kemahiran mengurus
aspek yang baik dan membina. mental dan emosi dalam
kehidupan harian.
Seseorang yang berpemikiran
positif akan berasa bahagia,
disenangi dan dihormati, mudah Pemikiran positif
mendapat kawan dan akan
menjalinkan hubungan sosial yang STANDARD PEMBELAJARAN
baik. Selain daripada itu, berupaya
untuk menangani stres dengan Murid boleh:
menjadikan keadaan negatif
sebagai peluang untuk belajar, dan 4.1.1 Mengetahui maksud dan
melihat kebaikan orang lain. ciri-ciri pemikiran positif.
Pemikiran positif boleh diamalkan 4.1.2 Memahami faedah
pada bila-bila masa dan di mana
pemikiran positif dalam
sahaja, terutama sekali apabila kita
mempunyai perasaan negatif. mengurus mental dan
emosi.

BAHAN BANTU BELAJAR


3 buah kotak dan kertas nota
kecil.

17
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

AKTIVITI

1. Menulis satu sifat positif kawan


dan masukkan ke dalam 3
buah kotak yang disediakan.

2. Permainan ‘Kotak Beracun’


dimainkan. 3 buah kotak
bermain secara serentak.
Murid yang memegang kotak PEMIKIRAN
terakhir akan mencabut satu
sifat positif kawan secara
NEGATIF
rawak akan bincangkan dan PEMIKIRAN
cuba meneka siapa rakan yang POSITIF
bersifat positif itu.

3. Membina peta minda dengan


ciri-ciri pemikiran positif dan
faedah pemikiran positif dalam
mengurus mental dan emosi
dalam kumpulan kecil.

4. Wakil kumpulan akan


membentangan hasil
perbincangan dan menyatakan
kepentingan berfikiran positif.

5. Rumusan -menerima kelebihan


dan memperbaiki kelemahan
diri.

18
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

1. Menggambarkan / main
MASA: 1 Jam peranan individu yang bersifat
positif dan negatif dalam
STANDARD KANDUNGAN kehidupan harian melalui
puppet show / wayang kulit /
4.1 Kemahiran mengurus
role play (tugasan ini diberi
mental dan emosi dalam
seminggu awal)
kehidupan harian.

Pemikiran positif 2. Menerangkan cara mengurus


pemikiran, emosi dan tingkah
laku dalam kehidupan harian
STANDARD PEMBELAJARAN
melalui puppet show / wayang
Murid boleh: kulit / role play .

4.1.3 Mengaplikasikan cara 3. Menggunakan ayat-ayat yang


mengurus pemikiran, positif dalam dialog.
emosi dan tingkah laku
dalam kehidupan harian. 4. Mencatat dialog yang
menggambarkan pemikiran
4.1.4 Menganalisis hubungan positif.
antara pemikiran, emosi
dan tingkah laku dalam 5. Mengisi lembaran kerja
kehidupan harian. dengan mengaitkan
hubungan pemikiran, emosi
dan tingkah laku dalam
BAHAN BANTU BELAJAR kehidupan harian.
Puppet / wayang kulit dan
lembaran kerja 6. Rumusan.

Nota: Tugasan ini diberi seminggu


awal sebagai persediaan.

19
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

20
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

NOTA GURU

Contoh ciri-ciri rakan yang bersifat positif.

1. Bagaimanakah rupa seseorang rakan yang bersifat positif ?


Tersenyum, gembira dan sebagainya.
2. Bagaimanakah watak seorang rakan yang bersifat positif ?
Bertimbang rasa, baik hati, penyayang, pendengar
yang baik dan sebagainya.
3. Bagaimanakah cara percakapan rakan yang bersifat positif ?
“Boleh saya tolong awak?”, “Kita berkongsi
permainan…” dan sebagainya.

Contoh ciri-ciri rakan yang bersifat negatif.

4. Bagaimanakah rupa seorang rakan yang bersifat nagatif?


Sombong, sinis dan sebagainya.
5. Bagaimanakah watak seorang rakan yang bersifat negatif ?
Penipu, iri hati, pentingkan diri dan sebagainya.
6. Bagaimanakah cara percakapan rakan yang bersifat negatif?
“Saya tidak suka …”, Awak ni busuklah…” dan
sebagainya.

21
KEKELUARGAAN

PENGENALAN MASA: 1 Jam


Perkahwinan adalah ikatan
hubungan yang sah antara dua
STANDARD KANDUNGAN
individu yang didaftarkan secara
sivil dan / atau diiktiraf oleh 5.1 Peranan diri sendiri dan
jabatan agama atau secara adat ahli keluarga serta
resam. kepentingan institusi
kekeluargaan dalam
Perkahwinan berlaku apabila dua
aspek kesihatan keluarga
individu yang berlainan jantina
membuat keputusan untuk hidup Perkahwinan
bersama dan melafazkan
komitment sepanjang hayat antara
satu sama lain, saling menyintai STANDARD PEMBELAJARAN
serta memberi sokongan antara
satu sama lain yang akhirnya Murid boleh:
membentuk sebuah keluarga.
5.1.1 Mengetahui tujuan
perkahwinan.

5.1.2 Mengaplikasikan cara


menyesuaikan diri
sekiranya berlaku
perubahan dalam struktur
keluarga.

BAHAN BANTU BELAJAR


Kotak, kertas nota kecil.

22
KEKELUARGAAN

AKTIVITI NOTA GURU

1. Mencatat apa yang mereka Institusi perkahwinan ialah


ingin ketahui secara lebih satu perkara yang dituntut
mendalam maksud dan tujuan oleh agama dan budaya.
perkahwinan dengan Perkahwinan mestilah
menjawab soalan-soalan yang
didaftarkan secara sah dan
berikut:
lazimnya disertai dengan
a. Apakah yang saya patut majlis keagamaan atau
tahu tentang maksud kebudayaan.
perkahwinan? Melalui ikatan perkahwinan
b. Apakah tujuan yang sah boleh mencegah
perkahwinan? seks sebelum nikah.
c. Bilakah saya patut tahu Kita mesti membuat
tentang maksud dan keputusan yang bijak dan
tujuan perkahwinan? bertanggungjawab.
d. Adakah perkahwinan itu Setiap ahli keluarga
komitmen sepanjang mempunyai peranan dan
hayat? tanggungjawab yang perlu
dipikul untuk kebahagiaan
2. Soalan dicabut secara rawak
dan keharmonian sesebuah
dan dibuka untuk perbincangan.
keluarga.
3. Merumuskan maksud dan Setiap anggota keluarga
tujuan perkahwinan. perlu mengamalkan nilai
4. Menjelaskan dengan contoh murni serta bersedia
cara menyesuaikan diri menghadapi cabaran
sekiranya berlaku perubahan bersama.
dalam struktur keluarga.
5. Menulis satu karangan pendek
atau pantun mengenai peranan
mereka dalam keluarga.
6. Menulis salasilah keluarga
sebagai kerja projek.

23
KEKELUARGAAN

MASA: 1 Jam AKTIVITI

STANDARD KANDUNGAN 1. Mencipta dan menganalisis


pokok keluarga masing-
5.1 Peranan diri sendiri dan ahli
masing.
keluarga serta kepentingan
2. Membentangkan hasil ciptaan
institusi kekeluargaan
masing-masing.
dalam aspek kesihatan
3. Berbincang sekiranya berlaku
keluarga
perubahan dalam struktur
Perkahwinan keluarga, apakah yang akan
dilakukan anda?
STANDARD PEMBELAJARAN 4. Main peranan berdasarkan kad
situasi, contohnya;
Murid boleh: a. Ayah kahwin lain…
b. Ayah / Ibu kahwin lagi …
5.1.3 Menilai peranan individu c. Saya dapat adik beradik
dalam keluarga nukleus, tiri...
keluarga kembangan d. Saya dapat adik baharu...
(extended) atau keluarga 5. Mencatat peranan diri dan ahli
tunggal.
keluarga untuk kebahagiaan
BAHAN BANTU BELAJAR dan keharmonian.
Kad dialog dan kad situasi. 6. Perbincangan.
7. Aktiviti pengukuhan -
Mencipta garis masa keluarga
(life events) . Setiap perkara
yang berlaku dalam keluarga
ditulis dengan tepat
berdasarkan kepada situasi
yang diberi oleh guru.

24
PERHUBUNGAN

PENGENALAN MASA: 1 Jam

Komunikasi pula merupakan asas


STANDARD KANDUNGAN
kepada perhubungan interpersonal
iaitu perhubungan antara 6.1 Kemahiran
interpersonal
seseorang dengan seseorang yang
serta komunikasi
lain. Komunikasi interpersonal tidak berkesan dalam
akan berkesan tanpa kehidupan harian
menggunakan deria manusia
dengan bijaksana. Ini akan Kemahiran komunikasi
berkesan dalam
membantu seseorang itu bercakap perhubungan interpersonal
dengan berkesan, melihat dengan
nyata, mendengar secara aktif dan STANDARD PEMBELAJARAN
merasa dengan hati akan apa yang
didengar atau disampaikan. Murid boleh:
Perhubungan interpersonal ialah
bagaimana kita berinteraksi dan 6.1.1 Mengetahui cara
berkomunikasi dengan orang lain. berkomunikasi secara lisan
Perhubungan interpersonal adalah dan bukan lisan.
perhubungan dan komunikasi 6.1.2 Memahami perhubungan
antara individu yang berbeza interpersonal dalam
latarbelakang dan pengalaman kalangan ahli keluarga,
tersendiri. rakan, guru dan jiran.
Kebanyakan masalah timbul di
6.1.3 Mengaplikasi kemahiran
rumah, di sekolah atau dalam
berkomunikasi secara
masyarakat adalah berpunca
berkesan iaitu mendengar
daripada perselisihan faham,
dengan teliti, mengekalkan
pertengkaran, tidak sesuai dan
eye-contact serta
berbagai lagi. Semua berpunca
meluahkan perasaan, idea
daripada pertembungan sikap,
dan fikiran.
peribadi dan kelakuan manusia
yang berbeza. Oleh itu amat BAHAN BANTU BELAJAR
penting bagi setiap orang untuk Kad dialog, kad situasi.
mengetahui cara menjalin
perhubungan yang baik antara
individu.

25
PERHUBUNGAN

AKTIVITI

i. Bermain ‘Win, Lose or Draw ’ 3. Bersoal-jawab mengenai


(secara bukan lisan) kedua-dua aktiviti di atas.
a. Penyampai dialog mestilah
menggunakan bahasa a. Adakah komunikasi di
isyarat atau bahasa badan dalam kedua-dua aktiviti
tanpa suara. itu tadi membantu
b. Ahli kumpulan yang lain seseorang itu bercakap
akan meneka dialog dengan berkesan, melihat
berdasarkan topik. dengan nyata, mendengar
c. Bandingkan komunikasi secara aktif dan merasa
secara lisan dan bukan dengan hati akan apa yang
lisan dengan dialog asal. didengar atau
d. Lihat bagaimana disampaikan.
komunikasi berlaku dalam b. Adakah komunikasi di
kalangan ahli kumpulan. dalam kedua-dua aktiviti
2. Main peranan ( secara lisan) itu tadi menggunakan laras
a. Seorang abang bahasa yang
memperkenalkan adiknya betul,mempamerkan
kepada kawan baharunya. bahasa badan yang
b. Seorang remaja meminta bersesuaian dan intonasi
pertolongan jirannya yang betul.
menghantar bapa yang 4. Perbincangan.
sakit ke rumah sakit.
c. Seorang murid ingin
mendapatkan kelulusan
menggunakan dewan
sekolah daripada
Pengetua bagi tujuan
jualan amal.

26
PERHUBUNGAN

MASA: 1 Jam AKTIVITI

STANDARD KANDUNGAN 1. Secara berkumpulan


menghasilkan peta minda.
6.1 Kemahiran
interpersonal a. Mengapa kita perlu
serta komunikasi berkomunikasi dengan
berkesan dalam baik terhadap, keluarga,
kehidupan harian rakan, guru dan jiran?
Komunikasi berkesan dalam b. Apakah yang berlaku
perhubungan interpersonal sekiranya kita tidak
berkomunikasi dengan
STANDARD PEMBELAJARAN baik terhadap, keluarga,
rakan, guru dan jiran?
Murid boleh: 2. Pembentangan hasil
kumpulan.
6.1.2 Memahami perhubungan 3. Menulis surat menasihati
interpersonal dalam rakan mengenai kepentingan
kalangan ahli keluarga, komunikasi berkesan dengan
rakan, guru dan jiran. perhubungan interpersonal
dalam kalangan ahli keluarga,
6.1.4 Menilai kepentingan rakan, guru dan jiran.
berkomunikasi secara 4. Rumusan.
berkesan dalam kalangan
ahli keluarga, rakan, guru
dan jiran

BAHAN BANTU BELAJAR

Kertas sebak, pen marker dan


pelekat.

27
PENYAKIT

PENGENALAN MASA: 1 Jam

Masalah jerawat dan senggugut STANDARD KANDUNGAN


selalunya sering dialami oleh
golongan remaja dan dewasa. 7.1 Penyakit dan cara
Jerawat merupakan perkara yang mencegah serta
biasa dialami golongan remaja mengurangkan faktor
disebabkan oleh perubahan hormon risiko penyakit dalam
badan dan jangkitan kuman. kehidupan harian
Manakala, senggugut kerap dialami
oleh golongan wanita yang masih Jerawat
datang haid. Jangan jadikan Senggugut
masalah jerawat dan senggugut Kanser serviks
tidak harus dijadikan alasan yang
menghalang aktiviti harian kita.
STANDARD PEMBELAJARAN
Vaksin Human Papillomavirus
(HPV) boleh mengurangkan risiko
kanser serviks dan menghalang Murid boleh:
seseorang wanita dari dijangkiti
HPV iaitu penyebab utama kanser 7.1.1 Mengetahui masalah
serviks. Vaksin HPV diberi kepada jerawat, senggugut, dan
golongan perempuan seawal usia kanser serviks.
13 tahun.
7.1.2 Memahami langkah-
langkah pencegahan
kanser serviks.

7.1.3 Menilai langkah-langkah


pencegahan yang boleh
diambil untuk
mengurangkan masalah
jerawat dan senggugut.

BAHAN BANTU BELAJAR


Borang soal selidik, Poster
penyakit tidak berjangkit iaitu
jerawat, senggugut, dan kanser
serviks dari KKM.

28
PENYAKIT

AKTIVITI
Kesian, kakak.
Gallery walk: Apa kata survey? Setiap kali didatangi
1. Menjawab borang soal selidik haid mesti
mengenai penyakit tidak senggugut. Kakak
berjangkit seperti jerawat, juga diberi suntikan
senggugut dan kanser serviks. HPV untuk
2. Memilih fakta atau mitos dengan
memberi justifikasi. mencegah kanser
3. Explorasi atau pembelajaran serviks. Saya pula
kendiri. mengalami masalah
4. Meneroka pameran kesihatan di jerawat.
sekolah untuk mendapatkan
maklumat mengenai penyakit
tidak berjangkit seperti jerawat,
senggugut dan kanser serviks
dari aspek :
a. Gejala dan simptom
b. Cara-cara untuk
mendapatkan rawatan awal.
c. Faktor-faktor pemakanan,
gaya hidup dan persekitaran
yang mempengaruhinya.
d. Mengetahui fakta dan mitos
mengenai penyakit tidak
berjangkit seperti jerawat,
senggugut dan kanser
serviks.
5. Menulis langkah-langkah
pencegahan dengan
menghubungkait faktor-faktor
pemakanan, gaya hidup dan
persekitaran.
6. Membentangkan hasil kerja.
7. Rumusan.
8.

29
PENYAKIT
BORANG SOAL SELIDIK

Soal Selidik ‘Jerawat’ Soal Selidik ‘Senggugut’

Tandakan Fakta (/) atau Tandakan Fakta (/) atau / X


/ X
Mitos (x) Mitos (x)

1. Jerawat adalah 1. Senggugut adalah


penyakit berjangkit penyakit tidak

2. Jerawat disebabkan berjangkit

oleh jangkitan kuman


2. Senggugut
3. Jerawat akan menjadi disebabkan oleh
lebih teruk jika aktiviti fizikal
membasuh muka di
3. Senggugut akan
waktu panas
menyebabkan wanita
4. Jerawat disebabkan mandul
oleh makanan
4. Senggugut boleh
berminyak seperti
dikurangkan dengan
kacang, cokelat dan
mengambil ubat
resedung.
daripada doktor
5. Jerawat boleh dielak
5. Senggugut kerap
dengan
dialami oleh golongan
mengamalkan
wanita yang masih
pemakanan yang
datang haid.
sihat.

30
PENYAKIT

Soal Selidik ‘Kanser Serviks’ Jadual Analisis

Tandakan Fakta (/) atau / X No. Soalan Bil. Bil.


Mitos (x) Fakta Mitos
1. Kanser serviks adalah 1. Jerawat
penyakit tidak
2. Senggugut
berjangkit
3. Kanser serviks
2. Kanser serviks boleh
disebabkan oleh

jangkitan virus HPV

3. Kanser serviks boleh


menjangkiti lelaki

4. Kanser serviks boleh

dikesan dengan ujian


pap smear

5. Kanser serviks boleh

disebabkan oleh tuala


wanita.

31
KESELAMATAN

PENGENALAN MASA: 1 Jam

Pengaruh rakan sebaya dan STANDARD KANDUNGAN


persekitaran dikenal pasti sebagai 8.1 Menjaga keselamatan diri
antara faktor yang menyumbang dan mendemonstrasi
kepada gejala perbuatan buli dan kemahiran kecekapan
masalah disiplin di kalangan murid psikososial dalam
sekolah. kehidupan harian
Faktor trend semasa turut Buli
menyebabkan golongan remaja Gangsterisme
mudah terpengaruh dan terikut-ikut
dalam penggunaan perkataan,
perbuatan dan cara kehidupan STANDARD PEMBELAJARAN
masyarakat pada hari ini.
Murid boleh:
Kemahiran kecekapan psikososial
diharap dapat menjadi panduan 8.1.1 Mengetahui maksud
dalam membentuk peribadi membuli, dibuli dan
seseorang agar tidak menjadi gangsterisme.
pembuli, mangsa buli atau
gangster. Semua pihak perlu 8.1.2 Memahami faktor-faktor
berganding bahu menangani kes penyebab perbuatan
buli dan masalah gangsterisme membuli, dibuli dan
dalam kalangan murid baik di gangsterisme.
dalam atau diluar kawasan
sekolah. BAHAN BANTU BELAJAR
Gambar, kertas sebak, pen
marker dan kertas warna.

32
KESELAMATAN

AKTIVITI

Save Our School (SOS)

1. Gambar dipaparkan dan


sumbang saran dalam kalangan
murid.
2. Dalam kumpulan kecil, murid
diberi satu kes juvana untuk
menjelaskan faktor-faktor
penyebab perbuatan buli dan
gangsterisme.
3. Murid menulis langkah-langkah
yang boleh diambil untuk
menangani perbuatan buli dan MASYARAKAT
gangsterisme yang berlaku.
4. Perbentangan hasil kumpulan.
5. Membina ikrar untuk mengelak
diri daripada perbuatan buli dan
gangsterisme.

33
KESELAMATAN

Sumber: www.moe.gov.my

34
KESELAMATAN

Sumber: www.moe.gov.my

35
KESELAMATAN

MASA: 1 Jam AKTIVITI

STANDARD KANDUNGAN 1. Aktiviti menilai kesan membuli


dan dibuli.
8.1 Menjaga keselamatan diri a. Sehelai kertas diberi kepada
dan mendemonstrasi setiap murid dan meminta
kemahiran kecekapan murid menulis perkataan
psikososial dalam yang menerangkan helaian
kehidupan harian kertas kosong tersebut.
Contohnya: bersih, licin,
Buli berguna, dan lain-lain.
Gangsterisme b. Remuk kertas tersebut,
merosakkannya, dipijak di
STANDARD PEMBELAJARAN atasnya, segala-galanya
kecuali mengoyak kertas
tersebut.
Murid boleh:
c. Meminta murid meratakan
dan cuba untuk
8.1.3 Mengaplikasikan kemahiran
mendapatkan kertas kembali
berkata TIDAK dan
kepada keadaan asal. Murid
mengelak diri daripada
menggambarkan keadaan
membuli, dibuli dan
kertas itu tadi. Contoh: kotor,
gangsterisme.
berkedut, hampir musnah,
dan lain-lain
8.1.4 Menilai kesan membuli dan
d. Sekarang minta murid
dibuli terhadap diri dan
memohon maaf kepada
keluarga.
kertas tersebut- mengakui
semua perkara yang
BAHAN BANTU BELAJAR
dilakukan kepadanya dan
menyesali apa yang telah
Kertas A4, kertas sebak, pen
berlaku.
marker dan pelekat. e. Menggambarkan apa yang
telah berlaku kepada kertas
tersebut. Fikirkan walaupun
mereka telah meminta maaf
dan melakukan semua yang
mereka boleh untuk kembali
kertas kepada keadaan
asalnya bahawa masih
terdapat banyak parut akibat
tingkah laku yang negatif.

36
KESELAMATAN

f. Menjelaskan kepada SENARIO


kelas bahawa ini adalah
prinsip yang sama yang Seorang rakan anda berdiri di luar
berlaku kepada murid kelas dan mengejek serta
apabila mereka dibuli. menggugut murid lain. Dia
Walaupun ada mengejek dan menggugut murid
permohonan maaf
itu tanpa henti. Anda sedang
secara tulus, parut tidak
pernah akan hilang. berdiri di sebelah rakan anda
2. Dalam kumpulan kecil, murid semasa kejadian itu berlaku,
mengkaji senario yang diberi tetapi anda tidak berkata apa-apa.
dan menjawab soalan.
3. Pembentangan. 1. Apakah senario di atas?
4. Kaedah 3 M iaitu mengenal 2. Adakah anda seorang kawan
buli, menjauhi buli dan yang baik?
melapor buli. 3. Apakah perasaan rakan anda
5. Rumusan dan apabila diejek dan diugut oleh
penambahbaikan.
pembuli?
4. Apakah tindakan anda
seterusnya?
5. Bagaimana anda berhadapan
dengan pembuli atau
gangster?
6. Apakah tindakan atau cara
mengelak diri daripada
membuli, dibuli dan
gangsterisme?
7. Bincangkan kesan membuli
dan dibuli terhadap diri
seseorang dan keluarganya.

37
KESELAMATAN

NOTA GURU
3M
1. Mengenal buli.
Meningkatkan kefahaman dan kesedaran tingkah laku buli dan
kesannya.
Mengenal situasi buli apabila anda atau seseorang yang anda
kenali sedang dibuli dan mengambil langkah-langkah menghentikan
perbuatan buli.
2. Menjauhi buli.
Kebanyakan buli tidak akan berlaku jika pembuli tidak mempunyai
"penonton " .
JANGAN ketawa jika seseorang diejek.
JANGAN melihat pergaduhan di sekolah atau di luar
sekolah.
JANGAN mengambil bahagian dalam menghantar mesej
yang menyakiti perasaan orang lain.
JANGAN ketawa pada jenaka yang tidak sesuai.
JANGAN majukan mesej peribadi untuk dilihat atau dibaca
orang lain.
JANGAN mengambil bahagian dalam menyebarkan khabar
angin.
JANGAN menjadi pemerhati buli.
3. Melapor buli.

Laporkan sekiranya anda adalah mangsa buli. Berbincang


dengan ibu bapa, bercakap dengan kawan, bercakap
dengan guru, berbincang dengan kaunselor, berbincang
dengan pengetua atau orang dewasa yang dipercayai.
Memberitahu seseorang supaya tindakan boleh diambil
untuk menghentikan perbuatan buli.

Semua murid mempunyai hak untuk berasa selamat


di sekolah - jika anda adalah mangsa buli, berdiri dan
mengambil tindakan yang diperlukan untuk
memastikan ia tidak diteruskan.

LAPORKAN BULI !

38
PEMAKANAN

PENGENALAN MASA: 1 Jam

Tubuh kita memerlukan pelbagai STANDARD KANDUNGAN


jenis zat makanan untuk kesihatan.
Zat makanan yang diperlukan 9.1 Amalan pemakanan sihat
termasuk vitamin, zat galian, protein dan selamat
dan asid lemak bagi pertumbuhan Makro nutrien
optimum tubuh badan yang sihat Mikro nutrien
serta cergas.

Zat makanan diperolehi daripada STANDARD PEMBELAJARAN


pelbagai jenis makanan. Setiap
jenis makanan adalah unik. Selain
Murid boleh:
daripada membekalkan zat
makanan, makanan mengandungi 9.1.1 Memahami fungsi dan
pelbagai bahan lain yang memberi kepentingan makro nutrien
khasiat untuk menggalakkan iaitu karbohidrat, protein
kesihatan. serta lemak.
Tubuh yang sihat adalah melalui 9.1.2 Memahami fungsi dan
amalan pemakanan yang sihat kepentingan mikro nutrien
setiap hari. Pemakanan yang sihat iaitu mineral serta vitamin.
boleh mengurangkan risiko pelbagai
jenis penyakit.
BAHAN BANTU BELAJAR
Label makanan, kertas sebak, pen
marker, pelekat.

39
PEMAKANAN

AKTIVITI

‘Duta Kecil.’

1. Dalam 4 hingga 5 kumpulan c. ‘Duta Kecil’ akan


kecil, ‘Duta Kecil’ dikehendaki; menerangkan hasil
a. Mengenal pasti kandungan dapatan kumpulan
nutrien pada label tersebut sekiranya ahli-ahli
makanan.
kumpulan lain tiba di
b. Mengelaskan maklumat
nutrien kepada makro stesen kumpulannya
nutrien dan mikro nutrien. sehinggalah selesai
c. Memberikan contoh makro semua kumpulan.
dan mikro nutrien selain Penilaian dan
yang terdapat pada label penambahbaikan
makanan. maklumat berlaku di sini.
d. Berbincang tentang fungsi
3. Perbincangan dan rumusan.
nutrien dan kepentingan
makro serta mikro nutrien 4. Projek folio berkaitan dengan
kepada individu. nutrien, fungsi dan
kepentingannya dalam
2. Pembentangan - hasil menangani obesiti serta
dapatan dilekatkan pada kurang berat badan.
stesen masing-masing.
a. Setiap ahli kumpulan akan
menghantar duta masing-
masing ke kumpulan yang
lain secara serentak.
b. Kumpulan akan bergerak
mengikut arah pusingan
jam.

40
PEMAKANAN

NOTA GURU

Nutrien diperlukan untuk


pertumbuhan fizikal yang
sempurna. Terdapat dua jenis iaitu
makro nutrien dan mikro nutrien.

Makro nutrien adalah nutrien


penghasilan tenaga.

Karbohidrat, protein dan lemak.


Antara fungsi makro nutrien
ialah:
o Membekalkan tenaga
o Membantu pertumbuhan
fizikal
o Memanaskan badan
Mikro nutrien adalah nutrien yang
tidak menghasilkan haba.

Vitamin dan mineral.


Fungsi mikro nutrien ialah:
o Mengelakkan penyakit
o Bahan pelawas

Sumber : Kementerian Kesihatan Sumber : Kementerian Kesihatan


Malaysia (KKM) Malaysia (KKM)

41
PEMAKANAN

42
PEMAKANAN

AKTIVITI
MASA: 1 Jam
‘Pengguna Muda Bijak’
STANDARD KANDUNGAN 1. Senaraikan jenis makanan
9.1 Amalan yang telah dibelanjakan
pemakanan sihat dengan wang saku.
dan selamat 2. Mengenal pasti makanan
berdasarkan makro nutrien
Makro nutrien
Mikro nutrien dan mikro nutrien.
3. Berbincang mengenai faktor
STANDARD PEMBELAJARAN penentu pilihan murid.
4. Bersoal jawab mengenai
Murid boleh:
makanan pilihan murid.
a. Adakah menjurus kepada
9.1.3 Menganalisis pemakanan
yang sesuai berdasarkan obesiti atau kurang berat
makro nutrien dan mikro badan?
nutrien untuk menangani b. Adakah murid akan
obesiti serta kurang berat mengalami kekurangan zat
badan. makanan.
5. Mengkritik pelan atau program
9.1.4 Menilai kepentingan
pengambilan makro nutrien diet dengan melihat adakah
dan mikro nutrien mengikut pelan atau program diet
keperluan. tersebut memenuhi kriteria
pengambilan nutrien yang
BAHAN BANTU BELAJAR betul.
Pelan atau program diet 6. Merancang diet pemakanan
yang sesuai untuk menangani
obesiti dan kurang berat
badan.
7. Perbincangan.

43
PEMAKANAN
CONTOH PELAN PEMAKANAN

44
PERTOLONGAN CEMAS

PENGENALAN MASA: 1 Jam


Pertolongan cemas asas boleh
membantu anda menghadapi STANDARD KANDUNGAN
ketika kecemasan. Anda mungkin
boleh membantu pernafasan 10.1 Pengetahuan asas
seseorang, mengurangkan pertolongan cemas dan
kesakitan seseorang sehingga kepentingan bertindak
ambulans tiba. dengan bijak mengikut
situasi
Pengetahuan pertolongan cemas
membantu anda mengenal pasti D - Danger
situasi kecemasan dan memberi R - Response
pertolongan cemas asas sehingga A - Airway
bantuan tiba. B - Breathing
C - Circulation
Kaedah D.R.A.B.C. [Danger.
Response. Airways. Breathing.
STANDARD PEMBELAJARAN
Circulation.] adalah bantuan
penting dalam menilai sama ada
pesakit mempunyai apa-apa isyarat Murid boleh:
yang mengancam nyawa atau
memerlukan sebarang jika apa-apa 10.1.1 Mengetahui prinsip dan
bantuan kecemasan segera. Ianya prosedur D.R.A.B.C.
digunakan untuk memberi bantu
mula kepada mangsa yang tidak 10.1.2 Mengaplikasi prinsip dan
sedar diri atau mengalami kejutan. prosedur D.R.A.B.C.

D.R.A.B.C. juga akan membantu 10.1.3 Menilai tindakan yang


anda dalam menilai keadaan dan diambil semasa
pernafasan mangsa serta melaksanakan prosedur
membolehkan anda untuk D.R.A.B.C.
menentukan jenis langkah-langkah
asas pertolongan cemas yang BAHAN BANTU BELAJAR
diperlukan.
Kad situasi, kad manila dan pen
marker.

45
PERTOLONGAN CEMAS

AKTIVITI
NOTA GURU
1. Ahli Persatuan Bulan Sabit Arahan am untuk memberi
Merah atau St. John Ambulance bantu mula:
mendemonstrasikan prosedur Bertindak dengan cepat dan
D.R.A.B.C. tenang. Dapatkan bantuan orang
2. Secara berpasangan murid akan yang berhampiran untuk membuat
melakukan prosedur D.R.A.B.C. panggilan kepada pihak polis,
ambulans, keluarga dan lain-lain.
3. Situasi kecemasan diberi murid
akan berlakon serta akan Bertindak berdasarkan
mengaplikasikan prosedur D.R.A.B.C. iaitu:
D.R.A.B.C. 1. Keluarkan mangsa dari
4. Membina carta aliran prosedur kawasan yang berbahaya. [D]
D.R.A.B.C. 2. Pastikan mangsa bertindak
5. Perbincangan. balas dengan memanggil
6. Pengukuhan – murid diberi masa mangsa atau bertanya
dua minggu untuk menyiapkan dengannya jika mangsa sedar.
satu ringkasan D.R.A.B.C. [R]
melalui hasil ilustrasi dan 3. Pastikan mulut dan hidung
penulisan secara kreatif, mangsa tidak tertutup atau
berkaitan langkah-langkah asas tersumbat . Jika terdapat
bantu mula yang dapat dilakukan benda asing di dalam mulut,
semasa kecemasan. keluarkan dan letakkan
mangsa dalam kedudukan
yang selesa. [A]
4. Pastikan mangsa bernafas .
Sekiranya mangsa tidak
bernafas, perlu lakukan EAR -
External Air Resuscitation. [B]
5. Pastikan nadi mangsa
berfungsi depan memeriksa
nadi karotid atau pada leher
[C]: Jika tiada nadi lakukan
CPR iaitu Cardio Pulmonary
Resuscitation.

46
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8, BLOK E 9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
TEL: 03-88842000 FAX: 03-88889917
http://www.moe.gov.my/bpk

Anda mungkin juga menyukai