Anda di halaman 1dari 2

L&C LEARNING NETWORK

L&C 3A, SELASAR


L & C ROKAM 11,
TAMAN IPOH JAYA,
31350 IPOH, PERAK

Rujukan: KAP7ONLINE/2020
Tarikh : 21hb September 2020

Kepada Pengusaha TASKA yang berkenaan,

Cik / Puan / Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK PESERTA MENJALANI UJIAN PRAKTIKUM


KURSUS ASUHAN PERMATA (KAP) DI PREMIS TASKA

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Agensi L&C Learning Network sedang mengadakan
latihan KAP secara atas talian di bawah skim Penjana. Para peserta adalah terdiri daripada pengusaha,
penyelia, pengasuh dan bakal pengusaha.

2. Sehubungan dengan perkara tersebut, pihak kami ingin memohon kebenaran dari pihak Taska
untuk menggunakan Taska Tuan/Puan sebagai pusat Latihan Praktikum KAP pada tarikh dan masa
seperti dibawah. Pihak taska tidak perlu menyediakan makanan/minuman untuk peserta tersebut.

Nama peserta :

No. Tel Peserta :

Tarikh : 19/10/2020 - 23/10/2020 (Isnin - Jumaat – 5 hari)

Masa : 9.00am hingga 1.00pm

3. Pihak L&C juga ingin memohon kebenaran dari pihak Taska untuk menyediakan atau
memberi perkara berikut untuk kertas kerja Buku Log Pemerhatian peserta:

I. Menu Makanan mengikut umur kanak-kanak


II. Jadual-jadual (harian, mingguan, bulanan dan tahunan)
III. Carta Organisasi Taska dan takwim Taska.
IV. Memberikan penerangan kepada peserta tentang hal-hal yang berkaitan dengan TASKA
seperti budaya kerja, kurikulum dan peraturan-peraturan TASKA
V. Memberikan penerangan kepada peserta tentang tugas utama peserta (memastikan
keselamatan, kebersihan dan keselesaan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti).
VI. Mengawasi tingkahlaku peserta dan mengesahkan kehadiran peserta.
VII. Memberi kebenaran kepada peserta mengambil gambar atau video untuk aktiviti Ujian
Amali, kajian kes dan buku log peserta.
VIII. Memberi maklumat ringkas kanak-kanak untuk tugasan kes kajian dan teknik pemerhatian
ke atas perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

4. Kerjasama puan dalam perkara tersebut di atas adalah amat dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih. Sekian.

Yang Berkhidmat,

……………………………
Linda Ding Swee Ling
Penyelaras L&C Learning Network
( No. H/P: 011-11150933)

Anda mungkin juga menyukai