Anda di halaman 1dari 1

3.

1) CIRI-CIRI GURU PROFESIONAL


Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar, profesion keguruan perlu menyediakan
diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Secara umumnya, guru mesti mencintai profesion
keguruan, mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diajar, sanggup mendidik dan menunjuk ajar
murid-murid, bersifat sabar, berkeperibadian mulia,mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan dan
sanggup bekerja tanpa mengira di bandar atau di luar bandar. 
                   Secara peribadi, guru mesti berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik. Guru
mesti sentiasa menunjukan contoh dan teladan yang utuh sama ada di dalam atau di luar kelas. Guru
perlu mengajar kebertanggungjawaban murid-murid dan budi pekerti yang tinggi. Terhadap pelajar,
guru mesti mempunyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain, mengajar  anak
murid cara belajar, menganalisis dan berfikir secara kritis, menghubungkan “mata pelajaran” dengan
kehidupan murid, kenal, hormati dan mempercayai murid-murid, menjana idea-idea baru dan menarik
bagi murid berfikir, mengalakan anak murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran dan menghadiri
dalam aktiviti-aktiviti yang murid terlibat seperti sukan tahunan sekolah dan persembahan dalam
sekolah. Guru mesti bersikap adil terhadap muridnya untuk mengelak meluka hati murid dan
menjejaskan hubungan antara murid-murid.  
                   Terhadap tugas mengajar pula, guru mesti mempastikan situasi ”guru mengajar murid
belajar” wujud dalam kelas. Guru mesti merancang pengajaran terdahulu, memberi masa yang cukup
bagi setiap tajuk, dan sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid.
Guru juga perlu melakukan refleksi dan kritik kendiri, berfikir secara sistematik mengenai amalannya
dan belajar daripada pengalaman. Selain itu, guru harus fleksibel dalam pendekatan-pendekatan
pengajaran dan pembelajaran. Secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi
memastikan kurikulum yang sentiasa baru dan segar serta relevan.

Anda mungkin juga menyukai