Anda di halaman 1dari 11

Mengukur Keberkesanan Kursus Pendek

Dalam Melahirkan Usahawan Bagi Kursus Pendek Pastri di


Kolej Komuniti Bandar Darulaman

Irmayariani Binti Kamalsha


Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kolej Komuniti Bandar Darulaman
Jitra, Kedah
irkasha_sonsy@yahoo.com.my

Rahanita Binti Abd Rahman


Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kolej Komuniti Bandar Darulaman
Jitra, Kedah
nita_nitnit09@yahoo.com.my

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Kursus Pendek di Kolej Komuniti Bandar
Darulaman dalam melahirkan usahawan dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan
isirumah komuniti setempat. Skop kajian adalah terdiri daripada peserta Kursus Pastri yang
tinggal di sekitar Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah. Batasan kajian adalah bagi kursus yang
dijalankan dalam tempoh enam bulan iaitu dari bulan Jun – Disember 2013 dan
merangkumi kursus Pastri sahaja. Kajian ini dilakukan ke atas empat belas (14) kursus yang
terdiri daripada 313 orang peserta program. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal
selidik dan temubual. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik peratusan
untuk menunjukkan keberkesanan program. Analisis dapatan kajian menunjukkan 55%
dalam kalangan peserta Kursus Pastri telah menjadi usahawan Pastri walaupun dalam masa
yang singkat iaitu empat (4) bulan. Oleh itu, kajian mendapati Kursus Pendek di Kolej
Komuniti Bandar Darulaman mampu melahirkan usahawan kecil seterusnya dapat
meningkatkan pendapatan isirumah komuniti setempat. Kajian juga telah dapat membantu
Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Bandar Darulaman mengesan
usahawan kecil bagi Kursus Pastri .

Kata Kunci : kursus pendek, usahawan, pastry


1.0 PENGENALAN

Kolej Komuniti telah ditubuhkan melalui Memorandum No.


398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada
Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. 12 buah Kolej Komuniti rintis telah
mula beroperasi pada tahun 2001. Pada tahun 2004, Kabinet telah
bersetuju menjadikan Kolej Komuniti sebagai HUb Pembelajaran
Sepanjang Hayat.Kini terdapat sejumlah 87 Kolej Komuniti di seluruh
negara.

Kolej Komuniti juga telah memberi nafas baru dalam pendekatan dan
pembudayaan di kalangan pelajar dan komuniti setempat dengan
menerapkan pendekatan “keusahawanan sosial”, iaitu usahawan yang
dapat menyelesaikan masalah sosial dan alam sekitar. Ini seiring
dengan Model Ekonomi Baru (MEB). Kolej Komuniti berusaha
membantu masyarakat setempat menambah ilmu pengetahuan dalam
bidang keusahawanan atau menambahbaik kemahiran sedia ada
sehingga dapat mempelbagaikan produk yang dikeluarkan.

Kursus pendek yang dijalankan di Kolej Komuniti kepada masyarakat


setempat yang menekankan latihan dan kemahiran amali yang telah
dirangka, ditawarkan dan dilaksanakan kepada komuniti setempat
tanpa mengira kaum,agama, jantina, peringkat umur dan latarbelakang
pendidikan bagi membantu tahap kemahiran dan sosio-ekonomi
mereka. Dengan adanya latihan dan kursus-kursus pendek ini, Kolej
Komuniti adalah satu institusi yang paling hampir dengan masyarakat
setempat dalam membudayakan program Pembelajaran Sepanjang
Hayat serta dapat mewujudkan kerjasama dengan institusi pendidikan
tinggi awam dan swasta, institusi latihan awam dan swasta, agensi
kerajaan dan swasta.

Melalui latihan dan kursus-kursus pendek yang dijalankan, Kolej


Komuniti berperanan dalam membantu meningkatkan tahap ekonomi
masyarakat setempat. Kolej Komuniti juga merupakan pemudah cara
dengan menyediakan latihan dan kursus-kursus pendek dengan tenaga
pengajar yang mempunyai kepakaran masing-masing. Masalah sosial di
kalangan belia juga dapat dikurangkan dengan adanya pelbagai latihan
kursus-kursus pendek di Kolej Komuniti.

Kursus-kursus pendek ini adalah antara elemen yang sangat penting


dalam program dan aktiviti di Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan
Malaysia selaras dengan misi dan visi Pendidikan Malaysia dalam
menyediakan peluang kepada semua lapisan masyarakat setempat
untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosio
ekonomi melalui program sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah
alih.
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kursus pendek merupakan pembelajaran berpandukan konsep 'hands-


on' di mana peserta mempunyai peluang untuk menjalankan kursus
secara praktikal mengikut bidang kursus dalam masa yang singkat.
Kumpulan sasaran bagi kursus pendek ini adalah lepasan
sekolah,surirumah, pekerja industri/swasta/kerajaan, bekerja sendiri,
pesara, pertubuhan bukan kerajaan, warga emas dan golongan OKU.

Kursus Pendek bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan


produktiviti dan peluang pekerjaan tetapi untuk memperkayakan jiwa
dan minda melalui ilmu pengetahuan Pembelajaran Sepanjang Hayat
ialah proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi
tujuan meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam
sesuatu bidang pekerjaan pada masa sekarang mahupun pada masa
hadapan dan ia juga bermaksud proses pembelajaran seseorang bagi
meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir apabila
seseorang itu meninggalkan alam persekolahan, ianya adalah proses
sepanjang hayat.

Kolej Komuniti juga telah merancang dan menyediakan pelbagai


program dan latihan kepada masyarakat setempat dengan pelbagai
kursus pendek yang boleh diikuti oleh semua peringkat umur dan
bangsa dengan tujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan
ketrampilan individu seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan
alam pekerjaan. Kursus-kursus pendek yang ditawarkan juga
bersesuaian dengan kehendak semasa selaras dengan aspek
pembangunan modal insan untuk mewujudkan masyarakat yang
berdaya saing selain dari meningkatkan taraf ekonomi masyarakat
setempat. Tenaga pengajar yang mahir dalam bidang masing-masing
terutamanya usahawan setempat diketengahkan dalam kursus-kursus
yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti agar dapat memberi ilmu serta
khidmat terbaik kepada seluruh masyarakat. Kajian ini adalah untuk
mengetahui sejauh mana kesan hasil dari Kursus Pendek samada
ianya memberi impak atau tidak menepati objektif pelaksanaan
program. Tumpuan terhadap kewujudan usahawan baru adalah
merupakan keutamaan kajian ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah mengenalpasti :-

1) Keberkesanan Kursus Pendek di Kolej Komuniti Bandar Darulaman


dapat membantu melahirkan usahawan dalam bidang penghasilan
Pastri.
2) Sejauh mana peningkatan pendapatan usahawan dalam bidang
Penghasilan Pastri yang dilahirkan melalui Kursus Pendek di Kolej
Komuniti Bandar Darulaman.

4.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Diharap dapatan kajian ini dapat membantu Kolej Komuniti Bandar


Darulaman dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dalam mengukur
keberkesanan kursus Penghasilan Pastri yang dijalankan dalam
mencapai objektif iaitu membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat
(Kursus Pendek) dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran yang
diperlukan oleh komuniti.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

5.1 SKOP KAJIAN

Skop bagi kajian ini adalah mengenai penyertaan komuniti


setempat di sekitar Kolej Komuniti Bandar Darulaman iaitu
Daerah Kubang Pasu yang berkursus dalam kursus Penghasilan
Pastri dalam tempoh 6 bulan iaitu dari bulan Jun hingga bulan
Disember 2013.

5.2 POPULASI

Populasi kajian adalah semua peserta kursus Penghasilan Pastri


dari bulan Jun hingga Disember 2013 iaitu seramai 313 orang
dari empatbelas (14) kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti
Bandar Darulaman.

5.3 INSTRUMEN KAJIAN


Instrumen kajian yang digunakan adalah :-

i. Temubual ( Telefon )

ii. Borang Soal Selidik : Merangkumi dua (2) bahagian iaitu:


a) Bahagian A – Latarbelakang responden
b) Bahagian B - Soalan berkaitan kajian

6.0 DAPATAN KAJIAN

Maklumat kajian diperolehi apabila maklumat responden dikumpul


dari bulan Jun hingga Disember 2013. Maklumat diperolehi melalui
borang pendaftaran peserta kursus yang mempunyai maklumat
lengkap responden ( meliputi nama, nombor telefon, alamat, umur,
pendidikan dan sebagainya ). Maklumat ini digunakan untuk
menganalisis tujuan responden hadir berkursus (samada untuk
kegunaan sendiri atau berniaga) dan jumlah pendapatan responden.
Berdasarkan maklumat tersebut kajian dilakukan dengan menelefon
responden untuk mendapatkan maklumat samada mereka memulakan
perniagaan (menerima tempahan) dan terdapat peningkatan
pendapatan selepas menghadiri kursus. Maklumat disimpan dan
temubual (telefon ) mula dijalankan pada 14 April hingga 15 Mei 2014
oleh pengkaji. Hasil kajian seperti ditunjukkan dalam Jadual 1 (lihat
lampiran) memperihal jumlah kursus dan bilangan peserta dari bulan
Jun hingga Disember 2013.

Analisis data dibuat selepas berjaya menelefon setiap responden.


Pengkaji menyenaraikan kesemua nama peserta bagi setiap kursus
yang disertai. Contoh : Bulan Jun,kursus pertama terdapat 19 orang,
peserta akan disenaraikan nama, nombor telefon, apa yang berlaku
selepas berkursus.

Merujuk kepada Jadual 1, jumlah responden yang hadir Kursus


Pendek Pastri ialah berniaga dengan peratusan 49%. Manakala
penyertaan daripada responden yang tidak bekerja ialah sebanyak 13%.
Peratusan ini diperolehi untuk melihat kesan Kursus Pendek Pastri
yang dipelajari di KKBD terhadap responden yang tidak bekerja dan
peningkatan pendapatan bagi mereka yang sememangnya mempunyai
perniagaan selepas menghadiri kursus tersebut.

Hasil analisis data juga mendapati bahawa faktor pendorong minat


responden menghadiri kursus juga menentukan kesan kursus tersebut.
Berdasarkan Rajah 2, 42% responden berminat menghadiri kursus ini
bagi meningkatkan kemahiran meraka. Bagi tujuan untuk memulakan
atau mengembangkan perniagaan di dalam bidang Penghasilan Pastri
ini, terdapat 29% responden. Selain itu, hanya 22% sahaja responden
yang menghadiri kursus bagi mengisi masa lapang mereka. Manakala
responden yang menghadiri Kursus Pendek untuk menambah peluang
mereka adalah sebanyak 7% sahaja. Ini menunjukkan pelbagai
kemahiran dapat membantu dalam meningkatkan pendapatan
seseorang walaupun hanya pendapatan sampingan.

Kemajuan responden selepas menghadiri kursus adalah penting untuk


memastikan keberkesanan Kursus Pendek bagi kursus Penghasilan
Pastri. Analisis kajian mendapati 171 orang atau 55% responden yang
telah mengikuti Kursus Pendek Pastri telah berjaya menjadi usahawan
kecil-kecilan di rumah (lihat Rajah 3). Responden yang berjaya menjadi
usahawan dikira berdasarkan aktiviti yang dijalankan oleh responden
iaitu daripada tidak mempunyai pekerjaan dan menjadi surirumah
sepenuh masa telah berubah menjadi seseorang yang mempunyai
kerjaya ( menjalankan perniagaan di rumah ) dan mempunyai
pendapatan serta daripada perniagaan lain berjaya menjalankan
perniagaan pastri. Manakala sebanyak 19% pula mempraktikkan
membuat pastri dan mampu menghasilkan pastri sendiri untuk diri
sendiri dan keluarga. Kemajuan mereka yang mempraktikkan
kemahiran ini dapat mengurangkan penggunaan wang untuk membeli
pastri atau menempah pada orang lain seterusnya dapat meningkatkan
semula pendapatan isirumah. Dalam masa yang singkat iaitu 4
bulan,dengan jumlah peserta yang menjadi usahawan kecil sebanyak
55%, ini menunjukkan Kursus Pendek di Kolej Komuniti Bandar
Darulaman berjaya memberi latihan dan kemahiran dengan berkesan.

Bagi persoalan kajian kedua iaitu adakah pendapatan usahawan dalam


bidang Penghasilan Pastri yang dilahirkan melalui Kursus Pendek di
Kolej Komuniti Bandar Darulaman dapat meningkatkan pendapatan
isirumah .

Jadual 3 menunjukkan kesemua usahawan yang telah dilahirkan iaitu


100% telah dapat meningkatkan pendapatan pendapatan mereka.

Kiraan ini dibuat secara purata (average) iaitu peningkatan pendapatan


dalam sebulan berdasarkan enam kadar iaitu RM100 hingga RM200,
RM200 hingga RM300, RM300 hingga RM400, RM400 hingga RM500,
RM500 hingga RM600 dan RM600 ke atas. Rajah 4, menunjukkan 49%
responden telah berlaku peningkatan pendapatan pada kadar antara
RM100 hingga RM200. (Rajah 4)

Secara keseluruhan, kajian mendapati Kursus Pendek di Kolej


Komuniti Bandar Darulaman melalui latihan dan kemahiran telah
dapat melahirkan usahawan kecil yang mana pendapatan bagi
usahawan tersebut telah meningkatkan isirumah di kalangan komuniti
setempat iaitu di daerah Kubang Pasu. Kemampuan seseorang
menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran baru merupakan kunci
utama untuk mendapatkan tawaran pekerjaan atau menjadi
usahawan. Pendidikan dan latihan adalah sistem asas di mana 171
orang usahawan telah dilahirkan daripada 313 orang peserta yang
menghadiri Kursus Pendek Pastri dan mereka telah berjaya dilahirkan
melalui Kursus Pendek ini dalam masa yang singkat.

7.0 PENUTUP

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh UNESCO yang bertajuk


"Learning To Be" menyatakan bahawa capaian kepada pendidikan tidak
sepatutnya dihadkan kepada golongan elit atau untuk mereka yang
berada dalam lingkungan umur yang tertentu sahaja. Ia sebaliknya
perlu disebatikan ke dalam keseluruhan anggota masyarakat dan
kehidupan setiap ahlinya. Apa yang lebih penting ialah pembelajaran
sepanjang hayat membolehkan semua orang mendapatkan
pengetahuan yang sepatutnya untuk membolehkannya mengambil
bahagian secara cergas sebagai seorang warganegara yang
bertanggungjawab. Jadi, Kursus Pendek melalui latihan dan kemahiran
Penghasilan Pastri di Kolej Komuniti Bandar Darulaman dilihat
berkesan dan berjaya. Kajian telah membuktikan jumlah responden
yang berjaya menjadi usahawan selepas berkursus adalah seramai 171
orang serta membantu komuniti meningkatkan pendapatan isirumah.
Perkara ini amat membanggakan Kolej Komuniti Bandar Darulaman
kerana mampu melahirkan usahawan kecil Pastri dalam masa yang
singkat, sekaligus telah berjaya mengeluarkan mereka dari kepompong
kemiskinan.
RUJUKAN

Buku Maklumat Kolej Komniti KPTM (2008). Bahagian Pengurusan


Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Rahanita Abd Rahman, Rosli Mohd Ariff & Irmayariani Kamalsha,


Mengukur Keberkesanan Program Latihan 1Malaysia Melalui
Latihan dan Kemahiran Dalam Melahirkan Usahawan Untuk Kluster
Kemahiran Kulinari :Satu Tinjauan di Kolej Komuniti Bandar
Darulaman (2011), Kolej Komuniti Bandar Darulaman.

Rahanita Abd Rahman, Irmayariani Kamalsha & Nor Jamarina


Mustaffa, Mengukur Keberkesanan Program Latihan 1Malaysia,
Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Bandar
Darulaman Melalui Latihan dan Kemahiran Dalam Melahirkan
Usahawan Untuk Kluster Kemahiran Kulinari Di Kampong Bukit
Teriak, Mukim Telaga Mas, Pokok Sena, Kedah (2012), Kolej
Komuniti Bandar Darulaman

http://www.bharian.com.my/articles/Kadarpenyertaanpembelajaranse
panjanghayatdijangkanaik_TPM/Article/

http://eprints.uthm.edu.my/2434/1/pelaksanaan_program_pendidika
n_sepanjang_hayat.pdf

http://www.kkbba.edu.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=75:kepentingan-pembelajaran-
sepanjang-hayat&catid=47:jabatan-pembelajaran-sepanjang-hayat-
jpsh&Itemid=40

http://www.mohe.gov.my/transformasi/images/Bab8.pdf

http://www.scribd.com/doc/133090077/PresentationPUAN-ZAITON-1

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2012&dt=0303&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm
APPENDIKS

Jadual 1 : Bilangan Peserta Kursus Penghasilan Pastri Jun – Disember 2013

JUMLAH BIL.PESERTA
BULAN
BIL KURSUS KURSUS
1 Jun 5 94
2 Julai 0 0
3 Ogos 0 0
4 September 0 0
5 Oktober 1 24
6 November 4 89
7 Disember 4 106
Jumlah 14 313

Rajah 1 : Status Pekerjaan Responden

Rajah 2 : Faktor Respoden Menghadiri Kursus


Jadual 2: Kemajuan Responden Selepas Menghadiri Kursus

Status Aktiviti Responden Bilangan Peratus


Mengambil Tempahan Dari
171 55 %
Rumah
Menghasilkan Pastri Untuk
61 19 %
Diri Sendiri
Tidak Praktikkan 81 26 %

Rajah 3: Kemajuan Responden Selepas Menghadiri Kursus

Jadual 3: Peningkatan Pendapatan Responden


Peningkatan Peningkatan
Responden Responden
Pendapatan (RM) Pendapatan (RM)
1 100 - 200 33 300 - 400
2 100 - 200 34 200 - 300
3 200 - 300 35 300 - 400
4 100 - 200 36 300 - 400
5 300 - 400 37 600 ke atas
6 100 - 200 38 500 - 600
7 200 - 300 39 100 - 200
8 100 - 200 40 100 - 200
9 500 - 600 41 200 - 300
10 200 - 300 42 200 - 300
11 200 - 300 43 200 - 300
12 400 - 500 44 100 - 200
13 200 - 300 45 500 - 600
14 100 - 200 46 300 - 400
15 100- 200 47 200 - 300
16 300 - 400 48 200 - 300
17 600 ke atas 49 100 - 200
18 200 - 300 50 100 - 200
19 100 - 200 51 300 - 400
20 100 - 200 52 100 - 200
21 500 - 600 53 400 - 500
22 300 - 400 54 300 - 400
23 600 ke atas 55 100 - 200
24 200 - 300 56 100 - 200
25 100 - 200 57 500 - 600
26 300 - 400 58 600 ke atas
27 300 - 400 59 600 ke atas
28 200 - 300 60 200 - 300
29 100 - 200 61 100 - 200
30 400 - 500 62 100 - 200
31 300 - 400 63 100 - 200
32 600 ke atas 64 400 - 500
Peningkatan Peningkatan
Responden Responden
Pendapatan (RM) Pendapatan (RM)
1 100 - 200 33 300 - 400
2 100 - 200 34 200 - 300
3 200 - 300 35 300 - 400
4 100 - 200 36 300 - 400
5 300 - 400 37 600 ke atas
6 100 - 200 38 500 - 600
7 200 - 300 39 100 - 200
8 100 - 200 40 100 - 200
9 500 - 600 41 200 - 300
10 200 - 300 42 200 - 300
11 200 - 300 43 200 - 300
12 400 - 500 44 100 - 200
13 200 - 300 45 500 - 600
14 100 - 200 46 300 - 400
15 100- 200 47 200 - 300
16 300 - 400 48 200 - 300
17 600 ke atas 49 100 - 200
18 200 - 300 50 100 - 200
19 100 - 200 51 300 - 400
20 100 - 200 52 100 - 200
21 500 - 600 53 400 - 500
22 300 - 400 54 300 - 400
23 600 ke atas 55 100 - 200
24 200 - 300 56 100 - 200
25 100 - 200 57 500 - 600
26 300 - 400 58 600 ke atas
27 300 - 400 59 600 ke atas
28 200 - 300 60 200 - 300
29 100 - 200 61 100 - 200
30 400 - 500 62 100 - 200
31 300 - 400 63 100 - 200
32 600 ke atas 64 400 - 500

(Jadual 3 hanya menunjukkan peningkatan pendapatan isirumah 40%


usahawan daripada jumlah sebenar usahawan kecil)

Rajah 4 : Peningkatan Pendapatan Isirumah

Anda mungkin juga menyukai