Anda di halaman 1dari 4

ANATOSI JURNAL 1

FAKTOR-FAKTOR PENGLIBATAN AKTIVITI SUKAN REKREASI


DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH

1.0 Tujuan kajian


Setelah jurnal ini dikaji, kajian yang dilakukan oleh penulis ini bertujuan untuk
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan aktiviti sukan rekreasi
dalam kalangan murid sekolah menengah menggunakan pendekatan Teori
Penentuan Diri (Deci & Ryan, 1985), Model Komitmen Sukan (Scanlan et al., 1993)
dan “Theory Of Planned Behavior” (Ajzen, 1991). pada tahap rendah (Yusof & Shah,
2007). Untuk menangani masalah murid yang kurang aktif dalam aktiviti fizikal, para
penyelidik telah cuba untuk menerangkan tingkah laku aktiviti fizikal dengan
menggunakan model psikologi yang berbeza (De Bourdeaudhuij, 1998).
Aktiviti sukan rekreasi dapat menjadi salah satu medium untuk menggalakkan
penglibatan aktiviti fizikal murid sekolah bagi mencapai matlamat kesihatan awam.
Penglibatan dalam aktiviti sukan rekreasi akan dapat memberikan peluang kepada
murid sekolah untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti sukan yang telah diikuti di
sekolah. Dalam usaha untuk meningkatkan penglibatan murid sekolah dalam aktiviti
sukan rekreasi maka adalah perlu untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi penglibatan murid sekolah dalam aktiviti sukan rekreasi. Oleh itu,
tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor penglibatan aktiviti sukan
rekreasi dalam kalangan murid sekolah menengah dengan menggunakan Teori
Penentuan Diri (TPD), Model Komitmen Sukan (MKS) dan “Theory Of Planned
Behavior” (TPB).

2.0 METADOLOGI KAJIAN


2.1 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memahami faktor-faktor yang
mempengaruhi penglibatan aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid sekolah
menengah menggunakan pendekatan Teori Penentuan Diri (Deci & Ryan, 1985),
Model Komitmen Sukan (Scanlan et al., 1993) dan “Theory Of Planned Behavior”
(Ajzen, 1991). Fenomena penglibatan aktiviti sukan rekreasi boleh dikaitkan dengan
faktor motivasi, komitmen sukan, sikap, norma subjektif dan tanggapan kawalan
tingkah laku dalam kalangan murid sekolah menengah.
2.2 SAMPEL KAJIAN
Kajian ini telah menggunakan sampel murid sekolah menengah sebagai
sampel kajian mereka.
2.3 ANALISIS KAJIAN
Salah satu teori yang digunakan dalam kajian bidang psikologi sukan ialah Teori
Penentuan Diri (TPD) (Deci & Ryan, 1985). Secara asasnya, TPD menyediakan satu
pendekatan secara multidimensi untuk memahami motivasi intrinsik (Ryan & Deci,
2007). Motivasi intrinsik menyatakan bahawa individu melakukan suatu aktiviti
adalah untuk aktiviti itu sendiri, manakala motivasi ekstrinsik adalah kesan daripada
keputusan yang bukan terhadap aktiviti tersebut (Ryan & Deci, 2007). Dalam konteks
kajian ini, motivasi akan digunakan untuk memahami mengapa individu melibatkan
diri dalam sukan (Shank, 2009). Motivasi telah ditakrifkan sebagai "satu kuasa
dalaman yang akan mengarahkan tingkah laku ke arah memenuhi keperluan"
(Shank, 2009). Motivasi adalah salah satu faktor yang penting apabila hendak
meramal penglibatan sukan dalam kalangan kanakkanak (Vallerand, Deci & Ryan,
1987). Teori ini menyatakan individu yang bermotivasi adalah lebih berpenentuan diri
dan akan lebih mengalami kognitif, afektif dan tingkah laku yang positif (Deci & Ryan,
1985; Ryan & Deci, 2000, 2002).
Selain itu, salah satu cara untuk mengukur kebarangkalian sama ada seseorang
akan terus melibatkan diri dalam sukan pada masa depan adalah berdasarkan tahap
komitmen individu dalam aktiviti tersebut (Jess, 2009). Dalam konteks bidang sukan,
komitmen sukan didefinisikan sebagai “satu tahap psikologikal berkaitan keinginan
dan berazam untuk terus terlibat atau meneruskan penglibatan dalam sukan”
(Scanlan et al., 1993). Scanlan et al. (1993) telah memperkenalkan model komitmen
dalam bidang sukan. Komitmen sukan mempunyai enam faktor iaitu keseronokan
sukan, peluang penglibatan, penglibatan alternatif, pelaburan peribadi, kekangan
sosial dan sokongan sosial. Faktor pertama ialah keseronokan sukan, iaitu “satu
tindak balas afektif yang positif terhadap pengalaman dalam sukan yang
mewujudkan perasaan seperti keseronokan dan suka” (Scanlan et al., 1993). Kajian
telah menyatakan terdapat hubungan positif yang signifikan di antara faktor
keseronokan dan keinginan untuk melibatkan diri dalam sukan (Scanlan et al, 1993).

3.0 DAPATAN KAJIAN


Kajian oleh Sarrazin et al. (2002) menunjukkan atlit bola baling yang tidak
meneruskan penglibatan mempunyai tahap motivasi intrinsik yang rendah manakala
tahap motivasi“amotivasi’ adalah tinggi berbanding dengan atlit yang meneruskan
penglibatan mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi. Selain itu, Pelletier et al.
(1995) menyatakan bahawa terdapat hubungan antara faktor-faktor motivasi
berpenentuan diri dengan beberapa jenis kesan motivasi iaitu halangan semasa
melakukan aktiviti, usaha dan keinginan pada masa hadapan untuk melakukan
aktiviti. Tambahan juga Hashim, Golok, dan Ali (2011) melaporkan bahawa murid
sekolah menengh di Malaysia yang tinggi aktiviti fizikal mempunyai tahap motivasi
yang tinggi manakala sebaliknya bagi murid yang rendah aktiviti fizikal. Namun, TPD
belum digunakan sebagai pendekatan teoretikal untuk mengkaji penglibatan murid
sekolah dalam aktiviti sukan rekreasi di Malaysia. Oleh itu, kajian lanjut perlu
dilakukan untuk mengesahkan bahawa TPD boleh digunakan dalam konteks sukan
di sekolah menengah.
Kajian lepas telah menyokong cadangan bahawa motivasi berpenentuan diri
akan dapat menghasilkan kesan positif seperti usaha dan keinginan untuk
melakukan aktiviti pada masa hadapan dan motivasi tidak berpenentuan diri
mempunyai hubungan negatif dengan halangan untuk melakukan aktiviti. Maka,
adalah perlu dijalankan kajian lanjut untuk memahami bagaimana faktor faktor
motivasi berpenentuan diri mempengaruhi tingkah laku keinginan penglibatan dalam
aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid-murid sekolah. Namun, kajian lepas
menyatakan TPD tidak mengukur dan meramal tingkah laku penglibatan aktiviti
sukan (Hangger et al., 2003; Chatzisarantis et al., 2007; Chatzisarantis & Hangger,
2009). Kajian telah menyatakan terdapat hubungan positif yang signifikan di antara
faktor keseronokan dan keinginan untuk melibatkan diri dalam sukan (Scanlan et al,
1993).
Peluang penglibatan iaitu nilai sesuatu peluang yang wujud melalui penglibatan
berterusan menurut (Scanlan et al., 1993). Peluang ini boleh dianggap sebagai
tanggapan untuk tetap terlibat atau meneruskan penglibatan dalam sukan. Ia
memberikan satu peluang untuk bersama- sama dengan rakan dalam aktiviti sukan
yang diminati, iaitu “peluang penglibatan akan menyokong komitmen terhadap
sesuatu aktiviti yang disertai” (Scanlan et al., 1993; Jess, 2009). Faktor ketiga ialah
pelaburan peribadi iaitu faktor atau sumber peribadi yang ada kaitan dengan aktiviti
sukan rekreasi yang disertai seperti masa, usaha, tenaga dan wang yang akan
hilang jika tidak meneruskan penglibatan dan tidak akan dapat diperolehi sekiranya
tidak meneruskan penglibatan.
Seterusnya ialah kekangan sosial yang didefinisikan sebagai “norma atau
jangkaan sosial yang akan menyebabkan suatu perasaan “tanggungjawab” untuk
terus terlibat dalam aktiviti. Faktor kelima ialah penglibatan alternatif yang wujud
apabila “alternatif” adalah dianggap sebagai lebih menarik berbanding dengan
penglibatan dalam sukan yang disertai pada masa kini (Scanlan et al., 1993).
4.0 DAPATAN KESELURUHAN
Banyak kajian yang telah dijalankan untuk memahami sebab atau motif
penglibatan dalam aktiviti sukan dengan hanya menggunakan satu teori atau model.
Namun, kurang kajian yang mengaplikasikan beberapa teori atau model untuk
menerangkan penglibatan dalam aktiviti sukan. Oleh yang demikian, kajian lanjutan
perlu dijalankan dengan menggunakan pendekatan multiteoretikal untuk mengkaji
tingkah laku penglibatan dalam aktiviti sukan rekreasi (Chatzisarantis & Hangger,
2007; Huang, Lee & Chang, 2007). Selain itu, tidak banyak kajian yang dijalankan
untuk meramal tingkah laku keinginan penglibatan murid sekolah menengah dalam
aktiviti sukan. Maka, kajian lanjutan adalah perlu dijalankan untuk mengenal pasti
peramal yang terbaik dari kalangan faktor motivasi, komitmen sukan dan penentu
TPB meramal tingkah laku keinginan penglibatan aktiviti sukan rekreasi dalam
kalangan murid sekolah menengah. Di samping itu, satu model penglibatan dalam
aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid sekolah menengah dapat dihasilkan
berdasarkan faktor peramal yang terbaik untuk meramal keinginan murid sekolah
menengah terlibat dalam aktiviti sukan rekreasi.

5.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulan, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi penglibatan
aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid sekolah menengah. Dengan memahami
faktor-faktor yang dapat menghuraikan penglibatan aktiviti sukan rekreasi dalam
kalangan murid sekolah maka program intervensi dan langkah-langkah untuk
menggalakkan penglibatan yang aktif dalam aktiviti sukan rekreasi dapat dijalankan
dengan jayanya. Usaha untuk menyemai dan memupuk sikap dan minat murid
sekolah untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan rekreasi perlulah
dimulakan dari peringkat usia yang muda agar ia dapat menjadi amalan gaya hidup
yang sihat dalam kalangan murid sekolah kelak.

Anda mungkin juga menyukai