Anda di halaman 1dari 1

Sidang Kemuncak Wanita Pertama

dijangka tampil enam resolusi


2010/10/11 - 19:05:02 PM Cetak Emel Kawan
KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Wanita-wanita Pertama 2010 di sini
dijangka akan menampilkan kira-kira enam resolusi, kata pengerusi
jawatankuasa kecil persidangan itu, Datuk Dr Rafiah Salim.

Beliau yang juga Pengarah Institut Pengupayaan Wanita bagi Pergerakan


Negara-Negara Berkecuali (NIEW) berkata, sidang kemuncak itu akan
memastikan bahawa semua resolusi dilaksanakan.
Katanya, antara perkara yang akan turut dimuatkan dalam resolusi-resolusi
itu nanti adalah berhubung keselamatan kanak-kanak, persekolahan,
pendidikan dan juga aspek kesihatan.

"Isu yang paling mendesak sekarang ialah pendidikan, perlu beri fokus kepada
kanak-kanak yang mempunyai kepandaian," katanya pada sidang akhbar di
hujung mesyuarat pra sidang kemuncak di sini hari ini.

Sidang kemuncak dengan tema "Anak Hari ini, Pemimpin Hari Esok" yang
dijadual bermula esok akan dihadiri oleh 15 Wanita Pertama, di samping
enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri.

Sidang Kemuncak Wanita Pertama 2010 yang juga inisiatif isteri Perdana
Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, memberi fokus kepada cara bagaimana
keluarga, komuniti, dan kerajaan, boleh bekerjasama untuk mengilap potensi
dalam setiap kanak-kanak.

Rafiah berkata, salah satu cabaran dalam melaksanakan resolusi itu nanti
ialah dari segi bajet.
"Cabaran terbesar bagi kami adalah untuk mendapatkan bajet yang
mencukupi, kerana tanpa bajet yang tepat, cara efektif dalam menangani
setiap masalah tidak akan dapat ditampilkan," katanya. - BERNAMA

Anda mungkin juga menyukai