Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PENUTUP TADARUS AL-QURAN DAN FESIVAL NASYID 2019 ZON 1

‫الر ِحْي ِم‬ ِ ‫بِس ِم‬


َّ ‫اهلل الرَّمْح َ ِن‬ ْ
‫السالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا حُمَ َّم ٍد َو َعلَى آلِِه‬
َّ ‫الصالَة َُو‬ َّ ‫العاقِبَة لِْل ُمت َِّقنْي َ َو‬ ِ ‫ب‬
َ ‫ َو‬, َ ‫العالَمنْي‬
ِ
َ ِّ ‫اَحْلَ ْم ُد هلل َر‬
ِ ِ
َ ‫َص َحابِه أَمْج َعنْي‬
ْ ‫َوأ‬
Ya Allah Ya Karim ,
Ya Allah, sempena Majlis Tadarus al-Quran dan Festival Nasyid zon 1 PPD Gua
Musang pada kali ini, kami menadah tangan memohon rahmat dan keberkatan serta
petunjuk al-Quran yang sentiasa Engkau pelihara di bawah kebesaran dan keagungan-
Mu. Berilah dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam semua urusan hidup demi
kebahagiaan dunia dan juga akhirat.

Ya Allah , yang bersifat sempurna dan penuh kemuliaan. Kami memohon ehsan
dari-Mu, kurniakanlah kepada kami nikmat kestabilan, kesejahteraan dan keselamatan.
Lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban. Hindarkanlah kami dari segala
rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang
Engkau redhai buat selama-lamanya.

Ya Rahman Ya Rahim ,

Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara, selamatkanlah kami
daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan di hari akhirat.
Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami ketakutan kepada-Mu yang dapat
menghindarkan kami daripada berbuat maksiat kepada-Mu, ketaatan yang dapat
menyampaikan kami kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat memberikan kami
kesabaran di dalam menghadapi musibah-Mu, berikanlah kenikmatan kepada kami
dengan pendengaran, penglihatan dan akal fikiran yang sempurna selama hidup kami.

Ya Allah, kami memohon daripada-Mu  dengan penuh harap agar majlis dan segala
perancangan pada hari ini berjalan dengan baik dan lancar.

ِ ِ ُّ ‫َربَّنَا ءَاتِنَا يِف‬


َ ‫الد ْنيَا َح َسنَة ً َويِف األخَر ِة َح َسنَة ًَوقنَا َع َذ‬
ِ ‫اب النَّار‬
ِ ‫ب‬ ِ َّ‫ واحْل م ُدلِل‬، ‫وصلَّى اهلل علَى حُم َّم ٍد وعلَى ءالِِه وصحبِ ِه وسلَّم‬
َ ‫العالَمنْي‬ ِّ ‫ر‬ ‫ه‬
َ َ َْ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ ُ َ َ

Anda mungkin juga menyukai