Anda di halaman 1dari 2

Kumbang Elektrik

Tujuan : Mengenal pasti sifat bahan dari segi kebolehan mengalirkan arus elektrik;
konduktor atau penebat elektrik.

Alat dan Bahan : Bateri, tanah liat, pita pelekat, mentol, wayar, kertas berwarna, kerajang
aluminium

Bahan untuk diuji : kunci, pemedam, wayar kuprum, tali pinggang, pembaris plastik, kayu
aiskrim, paku, reben

Langkah – langkah :
1. Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Hasilkan seekor kumbang elektrik mengikut langkah-langkah di bawah :
a) Buat sambungan wayar dengan mentol , bateri dan lekatkan dengan pita
pelekat seperti dalam gambar rajah.

b) Lekatkan mentol dan bateri dengan menggunakan tanah liat. Uji nyalaan
mentol dengan menyentuh kedua-dua hujung wayar.

c) Balut bateri dengan menggunakan kertas berwarna. Tambah mata, sayap dan
kaki mengikut kreativiti kamu.
d) Balut kedua-dua hujung wayar dengan menggunakan kerajang aluminium. Uji
bahan satu persatu.

e) Sentuh setiap bahan yang ingin diuji dengan kedua-dua hujung sesungut
kumbang. Perhatikan sama ada mentol menyala atau tidak.

3. Bina jadual dan rekodkan pemerhatian.

Keputusan :
Jenis objek Keadaan Mentol ( Menyala / Tidak menyala )
Kerajang aluminium
Kunci
Pemadam
Kayu aiskrim
Wayar kuprum
Tali pinggang
Pembaris plastik
Paku
Reben

Soalan :
a) Apakah bahan yang merupakan konduktor elektrik?

…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………

b) Apakah bahan yang merupakan penebat elektrik?


…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai