Anda di halaman 1dari 5

IDA 202- KEMASYARAKATAN DAN KENEGARAAN ISLAM

CLASS ACTIVITY 1: KEKELUARGAAN DALAM ISLAM

1. Apakah maksud keluarga? Nyatakan definisi keluarga menurut Islam.

Keluarga bermaksud saudara-mara, kaum kerabat dan sanak saudara. Manakala keluarga
sedarah bermaksud sekalian orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu
sama lain (Kamus Dewan: 2002: h. 602). Pembentukan keluarga bermula dengan
perkahwinan (nikah). Tujuan perkahwinan adalah murni sekali, iaitu untuk memenuhi fitrah
semulajadi manusia yang dijadikan oleh Allah swt, lelaki dan wanita, selain untuk
mengabdikan diri kepada Allah swt. Masing-masing saling memerlukan di antara satu sama
lain. Melalui perkahwinan, konsep mawaddah wa rahmah dan sakinah dapat dilaksanakan.

2. Apakah maksud perkahwinan dalam Islam?

Perkahwinan menurut bahasa ialah bercampur atau berkumpul. Di dalam istilah pula,
perkahwinan membawa makna ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan
antara lelaki dan perempuan yang diucapkan dengan kata-kata yang menunjukkan nikah
nikah atau terjemahannya.

“Berikut dinyatakan beberapa ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkahwinan dan tujuan-
tujuan disyariatkannya Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya:

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka
nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu
takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu
miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku
sewenang-wenangnya.” ("Perkahwinan", 2014)

3. Jelaskan perbezaan perkahwinan dalam agama Kristian, Buddha dan Islam. Sila sertakan
contoh.

Perkahwinan di dalam Kristian adalah bersifat monogami di mana berpoligami amatlah


dilarang sama sekali. Menurut 1 Korintus 7:2, “Hendaklah setiap lelaki mempunyai isteri
sendiri, dan hendaklah setiap wanita mempunyai suami sendiri.”. Bible telah menyatakan
bahawa seorang lelaki Kristian yang sudah berkahwin dan diberikan tanggungjawab di
sidang haruslah “mempunyai seorang isteri sahaja.” (1 Timotius 3:2, 12). Oleh yang
demikian, agama Kristian melarang umatNya daripada melakukan poligami. Menurut
Yohanes 8:28, “Apabila orang menanya Yesus tentang perkahwinan, dia berkata, ‘Dia yang
menciptakan manusia pada mulanya menciptakan lelaki dan perempuan”. Dia juga
berfirman, “Itulah sebabnya seorang lelaki akan meninggalkan ibu bapanya dan tinggal
bersama isterinya, lalu mereka berdua akan menjadi satu.”’—Matius 19:4, 5.

Menurut agama Buddha, perkahwinan berpoligami tidaklah dilarang mahupun dibenarkan.


Hal ini kerana Buddha mengajar penganutnya untuk mematuhi hukum yang ditetapkan di
sesebuah negara. Ajaran agama Buddha adalah bersifat fleksibel. Ianya selaras dengan
undang-undang yang terdapat di sesebuah negara. Seorang pengajar agama Buddha, Ven. K.
Sri Dhammananda dalam bukunya Rumah Tangga Bahagia: Dalam Sudut Pandang Agama
Buddha (halaman ke 60-61) menjelaskan pendapatnya dengan sudut pandang ajaran agama
Buddha dalam hal poligami, “Walaupun sang Buddha tidak menyebutkan apapun berkaitan
dengan jumlah istri yang dapat dimiliki oleh seorang pria, beliau secara jelas menyatakan
dalam ajaran-ajarannya bahwa saat seorang pria yang telah menikah pergi ke wanita lainnya
yang tidak berada dalam ikatan pernikahan, hal tersebut dapat menjadi sebab bagi
keruntuhannya sendiri dan ia akan menghadapi berbagai permasalahan dari rintangan
lainnya,”. Selain itu, “Ajaran sang Buddha hanyalah untuk menjelaskan suatu kondisi dan
akibat-akibatnya. Orang-orang dapat berpikir sendiri mana yang baik dan mana yang buruk.
Sang Buddha tidak menetapkan aturan-aturan tentang jumlah istri yang sepatutnya dimiliki
atau tidak dimiliki oleh seorang pria di mana orang terpaksa untuk mengikutinya.
Bagaimanapun juga, jika hukum dalam suatu negara menetapkan bahwa pernikahan
haruslah monogami, maka hukum tersebut mesti dipatuhi, karena sang Buddha telah
menjelaskan bagi pengikut ajarannya untuk menghormati hukum dalam suatu negara, jika
hukum tersebut bermanfaat bagi semua orang,”.

Di dalam agama Islam pula, perkahwinan berpoligami adalah dibenarkan. Hal ini telah
terbukti sejak awal-awal lagi. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Dari ibnu Umar, bahwa
Ghailan bin Salamah Ats-Tsaqafi masuk Islam, sedangkan ia mempunyai sepuluh orang istri
pada zaman jahiliyah, lalu mereka juga masuk Islam bersamanya, kemudian Nabi SAW
memerintahkan Ghailan untuk memilih (mempertahankan) empat diantara mereka. (Hadis
Riwayat Tirmizi),”. Hadis tersebut membicarakan hal berpoligami bagi Ghailan As-Tsaqafi
yang mana meminta beliau memilih 4 orang isteri sahaja dan menceraikan yang lainnya.
Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 , Seksyen 23:
Poligami; 5(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu,
memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran
jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi
perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri
yang sedia ada; barulah berpoligami dibenarkan. Akan tetapi, seorang suami yang ingin
berpoligami haruslah berlaku adil terhadap isteri-isterinya sebagaimana yang telah disebut
oleh nabi s.a.w: “Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah
seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat
dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat
Ahmad bin Hanbal)”.

4. Nyatakan definisi perceraian. Mengapa perceraian tidak begitu digalakkan dalam Islam?

Cerai menurut bahasa membawa maksud menguraikan ikatan sama ada dalam perkara hissi
iaitu perkara yang dapat disaksikan melalui pancaindera manakala menurut istilah pula,
cerai bermaksud menguraikan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talak atau
seumpamanya. Islam tidak menggalakkan penceraian kerana ianya merupakan perkara yang
paling dibenci oleh Allah SWT.

Namun Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda:

"Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak." Dan: "Mana-
mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka
haram ke atasnya bau syurga."

Penceraian ialah jalan terakhir sekiranya semua usaha bagi memulihkan perkahwinan gagal.
Penceraian memberi pelbagai kesan buruk tidak hanya kepada pasangan suami isteri malah
kepada anak-anak dan keluarga terdekat.

5. Berikan pandangan anda tentang isu perkahwinan kontrak. Adakah ia dibenarkan dalam
agama Islam?
Pada pendapat saya, perkahwinan kontrak pada dasarnya adalah tidak bermoral.
Perkahwinan kontrak atau lebih dikenali sebagai nikah mut’ah merupakan sebuah
pekahwinan yang bersifat sementara. Mut’ah berasal dari perkataan Arab iaitu “al-Tamattu”
yang bermaksud bersenang-senang. Menurut istilah, nikah mut’ah membawa maksud
perkahwinan yang dilakukan untuk waktu tertentu dengan memberikan sesuatu sesuai
dengan kesepakatan dan berakhir dengan waktu tertentu tanpa ada talak. Perkahwinan ini
amatlah tidak dibenarkan di dalam Islam. Hal ini kerana perkahwinan ini hanyalah untuk
keseronokan semata-mata. Ianya bersifat untuk memuaskan nafsu dan bukannya bertujuan
untuk mendapatkan zuriat atau lain-lain tujuan dari maksud perkahwinan yang dikehendaki
oleh Islam itu sendiri kepada umatNya (Syeikh Zakaria al-Ansari, Kitab Tuhfah al-Tullab).
Sumber rujukan:

1. Ismail, A. (2011). Konsep keluarga berkualiti menurut Islam - UKM Journal Article


Repository. Journalarticle.ukm.my. Retrieved 3 November 2020, from
http://journalarticle.ukm.my/3419/.

2. Perkahwinan. Kelantan.jksm.gov.my. (2014). Retrieved 3 November 2020, from


http://kelantan.jksm.gov.my/jksnk/v2/index.php/en/pusat-media/jenis-jenis-perkahwinan.

3. Adakah Poligami Diizinkan? | Jawapan Bible. JW.ORG. (2020). Retrieved 3


November 2020, from https://www.jw.org/ms/ajaran-bible/soalan/poligami-pandangan-
bible/.

4. El Rhoy, P., & S, H. (2017). Ulasan lengkap: Hukum Berpoligami Bagi Penganut


Agama Buddha. hukumonline.com/klinik. Retrieved 3 November 2020, from
https://www.hukumonline.com/klinik/detail/ulasan/lt58304fb1e6170/hukum-berpoligami-
bagi-penganut-agama-buddha/.

5. Ustaz Khairuddin Bin Haiyon. Bicara Poligami Siri 1. Jabatan Agama Islam
Selangor. (2018). Retrieved 3 November 2020, from https://www.jais.gov.my/v2/page.php?
id=392&k=poligami.

6. Perceraian. Pahang.jksm.gov.my. (2017). Retrieved 3 November 2020, from


http://pahang.jksm.gov.my/index.php/perceraian.

7. Awang, M. Nikah Mut`ah (Kahwin Kontrak). Academia.edu. Retrieved 3 November


2020, from https://www.academia.edu/18252331/Nikah_Mutah_Kahwin_Kontrak_.

Anda mungkin juga menyukai