Anda di halaman 1dari 6

SOALAN KBAT TAHUN 5

KBAT (ms 11)

Sebagai seorang murid , apakah tindakan yang boleh dibuat disekolah kamu
bagi mengelakkan kes demam denggi berlaku?

Menjalankan kempen membersihkan persekitaran sekolah bagi mengelakkan tempat


air bertakung

KBAT (ms 35)

Ibu ayam meninggalkan Penyu bertelur sedikit dan


sarangnya tidak menyembunyikan
telurnya

Apakah yang akan berlaku sekiranya situasi di atas terjadi? Ramalkan

Populasi ayam akan pupus kerana telur ayam tidak dieramkan dan telur ayam tidak dapat
menetas untuk menghasilkan anak ayam.

Populasi penyu akan berkurang kerana telur penyu yang tidak ditutup akan mudah dimakan
oleh musuh, Bilangan telur yang sedikat menyebabkan hanya sedikit anak penyu yang akan
sempat menjadi dewasa

Telur penyu yang tidak dieramkan dengan sempurna menyebabkan banyak telur yang tidak
dapat menetas untuk menghasilkan anak penyu.

KBAT (ms 45)

Kancil merupakan haiwan yang diancam kepupusan di Malaysia. Bina satu rantai
makanan bermula daripada pengeluar sehingga haiwan yang memakan kancil.
Bagaimanakah kamu dapat membantu negara kita membendung kepupusan kancil?

Tumbuhan kancil ular

Membantu kerajaan dengan memerangi pemburuan haram terhadap haiwan yang hampir
pupus dan penebangan pokok secara haram.
KBAT (ms 47)

Pak Amin ialah seorang pesawah. Dia telah mengusahakan sawah sejak 25 tahun lepas.
Sawah padinya subur dan dia berjaya mendapatkan hasil yang banyak setiap tahun.
Bagaimanakah Pak Amin dapat menanam pokok padinya dengan subur dan
mengeluarkan hasil yang banyak?

Pak Amin menguruskan sawahnya dengan menggunakan kaedah kawalan musuh perosak
secara biologi dan organik.
Kaedah biologi seperti:
i.. Melepaskan itik ke dalam sawah , kerana itik akan memakan siput gondang iaitu haiwan
perosak keada padi.
ii. menambah predetor dan parasitoid seperti labah-labah penyengat dan pepijat
Kaedah organic seperti:
i. Tidak menggunakanracun serangga untuk membunuh perosak
Pak Amin juga menggunakan kaedah moden untuk membajak dan menuai padi.

KBAT (ms 62)

Mengapakah kebanyakkan biji benih berada di dalam buah?


Mudah dipencarkan oleh haiwan yang memakan buahnya
Apakah tumbuhan yang bijinya berada diluar buah? Mengapa?
Biji gajus berada di luar buahnya , kerana jus buahnya mengandungi jus yang boleh
membantutkan kesuburan biji benih.

KBAT (ms 76)

Fikirkan satu situasi di mana bentuk tenaga berubah daripada tenaga kimia kepada
tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik kepada tenaga bunyi dan tenaga haba.

Keadaan budak yang baru lepas makan nasi kemudia menaiki gelonsor, kemudian menuruni gelonsir
tersebut.
KBAT (ms 80)

Selain sumber air, apakah sumber tenaga yang boleh dibaharui yang sesuai digunakan
di Malaysia. Berikan alasan kamu

Sumber yang boleh dibaharui ialah biojisim, hujan , angin dan ombak

Kerana sumber ini mudah didapati

KBAT (ms 106)

Terdapat pelbagai sumber tenaga elektrik yang boleh memberikan manfaat kepada
kehidupan seharian. Bagaimanakah cara penjimatan sumber tenaga elektrik yang
boleh kita amalkan bagi memastikan kelestarian hidup

1. Menutup suis peralatan elektrik jika tidak digunakan lagi


2. Menggunakan televisyen, lampu dan peralatan elektrik yang menggunakan LED
kerana teknologi ini menjimatkan tenaga elektrik dan tahan lebih lama

KBAT (ms 113)

Kamu diberi lima biji mentol dan dua biji sel kering untuk membina litar elektrik yang
lengkap. Apakah yang akan kamu lakukan untuk mendapatkan nyalaan mentol yang
paling malap pada litar elektrik yang kamu pasang. Jelaskan tindakan kamu

Pasang litar secara selari . Mentol yang paling jauh daripada sel kering paling malap
kerana menerima tenaga elektrik paling kurang

KBAT (ms 118)

Sebiji mentol akan menyala dengan cerah jika disambungkan dengan dua sel kering
dalam satu litar elektrik. Tetapi jika dua lagi sel kering ditambah kepada litar elektrik
tersebut, didapati mentol tidak menyala. Mengapa?

Mentol tidak menyala kerana tenaga elektrik yang melalui litar terlalu tinggi menyebabkan
mentol terbakar, atau:

 Tersilap memasang selkering pada litar


 Bateri yang ditambah rosak
KBAT (ms 123)

Pengunaan peralatan elektrik di dalam bilik air adalah berbahaya. Mengapa? Sebagai
seorang pengurus hotel , apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil
untuk menggunakan peralatan elektrik di dalam bilik air?
Arus elektrik boleh mengalir melalui air dan juga peralatan elektrik yang dibuat daripada
logam. Antara langkah keselamatan yang boleh diambil ialah memastikan semua peralatan
elektrik di bilik air diperbuat daripada plastik atau getah.

KBAT (ms 134)

Ahmad meletakkan satu botol air mineral kosong ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
Terangkan apakah yang terjadi kepada botol air tersebut.

Botol tersebut kemek sedikit kerana udara di dalam botol tersebut mengecut apabila berada
di dalam peti sejuk kerana kehilangan haba

KBAT (ms 157)

Ais yang dikisar untuk dijadikan air batu campur wujud dalam dua keadaan jirim.
Apakah dua keadaan jirim tersebut? Bagaimanakah caranya para peniaga
mengekalkan keadaan ais ketika cuaca panas?
Keadaan jirim tersebut ialah pepejal dan cecair
Cara peniaga mengekalkan keadaan ais pada musim cuaca panas ialah dengan menyimpan
ais tersebut dalam peti sejuk atau menyimpan dalam bekas polisterena, atau guna habuk
kayu.
KBAT (ms 166)

El Nino menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan air. Mengapakah keadaan ini


berlaku? Bagaimanakah langkah-langkah yang perlu kita lakukan bagi menghadapi masalah
ini?
Keadaan ini berlaku kerana kekurangan hujan dan proses penyajatan berlaku secara
berterusan.
Langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini ialah:
1. Simpan bekalan air yang secukupnya
2. Berjimat cermat menggunakan air dan elakkan pembaziran
3. Pembenihan hujan
4. Memproses air sungai atau laut untuk dijadikan air rawaan dan boleh
digunakansemula oleh manusia, haiwan dan tumbuhan
KBAT (ms 167)

Apakah yang akan berlaku jika air tersejat dari bumi dan terlepas ke ruang atmosfera
bumi?

Kitar air semulajadi akan terganggu dan mungkin menyebabkan bumi menjadi kering
kontang dan suhu bumi meningkat dan menyebabkan semua hidupan bumi akan mati dan
pupus

KBAT (ms 168)

Kitaran air semulajadi sangat penting bagi membekalkan sumber air bersih kepada
hidupan di bumi. Apakah peranan kita bagi memastikan kitaran semulajadi ini tidak
terjejas.

1. Menjaga kebersihan sungai dan laut supaya tidak tercemar


2. Menjalankan pembalakan dan penerokaan hutan seara berhemah
3. Menghijaukan bumi dengan menanam pokok di kawasan yang diteroka

KBAT (ms 171)

Berdasarkan pengetahuan yang telah kamu pelajari tentang keadaan dan perubahan
jirim, bantu Rina untuk membentuk coklat yang peblagai bentuk .

Coklat yang pelbagai bentuk boleh dibuat dengan menggunakan pelbagai acuan yang ada.
Coklat boleh dicarikan dengan menggunakan bekas bertingkat. Tuangkan di dalam acuan
yang pelbagai dan biarkan sejuk. Sifat cair coklat membolehkannya di tuang mengikut bekas
yang dikehendaki dan boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk

KBAT (ms 175)

Apakah cara yang boleh kamu gunakan untuk menguji sifat kimia bahan jika kamu
kehabisan kertas litmus?

dengan merasa menggunakan lidah bagi jenis makanan / menggunakan ekstrak bunga
bunga raya / pertan pH
KBAT (ms 187)

Bagaimanakah kita tahu yang bumi berputar dari Barat ke Timur?

Kita dapati matahari terbit dari arah timur dan terbenam di barat

KBAT (ms 200)

Mengapakah bentuk bulan kelihatan sama pada malam-malam tertentu?

Bentuk bulan kelihatan sama pada satu malam kerana peredaran bulan mengelilingi bumi
adalah perlahan berbanding putaran bumi. Jadi pada satu malam perubahan bentuk bulan
adalah sedikit sahaja dan akan kelihatan sama

KBAT (ms 209)

Jika kamu seorang jurutera bagunan, apakah yang perlu kamu lakukan supaya
bangunan yang kamu bina kuat dan kukuh

1. Memastikan struktur yang dibina mempunyai reka bentuk yang stabil


2. Menggunakan bahan yang kuat dan sesuai dengan fungsi bahagian-bahagian
bangunan.
3. Membina bangunan mengikut perancangan, pada no 1 dan 2. Perlu jalankan
pemantauan semula pembinaan bangunan supaya kerja yang dilakukan mengikut
spesifikasi yang betul

Anda mungkin juga menyukai