Anda di halaman 1dari 12

PERTANDINGAN INOVASI DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

PERINGKAT SEKOLAH SMK INTAN PERDANA TAHUN 2020

KERTAS CADANGAN (PENERANGAN INOVASI)

MATA PELAJARAN: BAHASA INGGERIS


TAJUK INOVASI: ‘MAGIC WHEEL OF PREFIXES AND SUFFIXES’
HASIL CIPTAAN MILIK: SHAMALA A/P BALAKRISHNAN

SINOPSIS INOVASI
Proses mendidik murid- murid bertambah kompleks dalam arus moden ini. Menurut
Mahasan Mahmood (2003), kaedah pengajaran seperti ‘kaedah chalk and talk’ sudah tidak
relevan lagi buat masa kini. Justeru itu, guru perlu memberanikan diri untuk berubah daripada
pemikiran yang jumud dan perlu berinisiatif untuk mengaplikasikan proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif.

Oleh itu, produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi yang saya hasilkan ialah
‘Magic Wheel of Prefixes and Suffixes’. Produk ini berbentuk bahan bantu belajar yang
berfokuskan topik ‘prefixes dan suffixes’ dimana ia adalah satu teknik yang amat efektif
untuk membantu murid-murid meningkatkan vocabulary dalam bahasa Inggeris dengan
mengetahui penggunaan ‘prefixes’ atau kata imbuhan awalan dan juga ‘suffixes’ iaitu kata
imbuhan akhiran dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.

Penguasaan Bahasa Inggeris dapat memudahkan anak murid kita berdaya saing di
peringkat antarabangsa. Kita mempelajari dan memberi penekanan serius terhadap
penguasaan bahasa Inggeris dalam pendidikan Malaysia, disebabkan bahasa tersebut
merupakan medium pencetus teknologi Barat. Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan
murid amat penting, namun seringkali kita mendapati mereka menghadapi masalah dalam
penguasaan mata pelajaran tersebut. Secara umumnya, murid-murid mampu menguasai
bahasa Inggeris jika pendekatan dan kaedah digunakan berkesan. Saya yakin inovasi ini dapat
membantu mereka mengasah dan menguasai Bahasa Inggeris secara berterusan.

Sehubungan itu, produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi yang saya hasilkan
adalah berdasarkan teori pembelajaran seperti Teori Pemprosesan Maklumat, Teori

1
Behaviorism, Teori Konstruktivisme dan Teori Humanism. Pendekatan yang digunakan
adalah seperti Pendekatan Induktif, Kaedah Komunikatif dan Pendekatan Main Sambil
Belajar. Produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi ini telah diaplikasikan sebanyak
lima kali. Guru yang menjalankan aktiviti ini adalah saya sendiri.

OBJEKTIF INOVASI
Matlamat
a. Membantu murid-murid membetulkan sikap yang negatif yang menjejaskan
pembelajaran.
b. Memupuk serta mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Objektif Umum
Produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan
pencapaian murid-murid dalam kosa kata bahasa Inggeris dengan mengetahui penggunaan
prefixes atau kata imbuhan awalan dan juga suffixes iaitu kata imbuhan akhiran.

HASIL PEMBELAJARAN
a. Murid-murid dapat mencapai markah yang lebih tinggi berbanding dengan pra ujian.
b. Meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid dalam penggunaan ‘prefixes dan
suffixes’
iaitu kata imbuhan awalan dan kata imbuhan akhiran dalam matapelajaran Bahasa
Inggeris.
c. Meningkatkan pencapaian keseluruhan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

PENYATAAN MASALAH
Selepas membuat kajian pemerhatian, dapatan menunjukkan kebanyakan murid Tingkatan 1
Al Farabi (kelas yang terpilih untuk menjalankan aktiviti inovasi) banyak melakukan
kesalahan dalam memilih unsur yang tidak tepat iaitu memilih imbuhan awalan ‘prefixes’ dan
imbuhan akhiran ‘suffixes’ yang salah dan tidak memilih imbuhan awalan ‘prefixes’ dan
imbuhan akhiran ‘suffixes’ yang sepatutnya.

KUMPULAN SASARAN

Kajian terhadap inovasi ini berfokuskan kepada semua murid Tingkatan 1 di kelas 1 Al
Farabi, SMK Intan Perdana. Pada dasarnya, kebanyakan murid-murid di dalam kelas 1 Al
Farabi menghadapi masalah-masalah seperti yang tertera di bawah:

2
 Kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan bertindak, cepat lupa, sukar memahami
dan lemah pengamatan
 Leka dan lambat
 Suka bercakap dan bergerak dalam kelas
 Kurang tumpuan
 Ketidaksesuaian bahan pengajaran guru
 Tiada keyakinan diri

RASIONAL PRODUK ATAU PENGAJARAN SAN PEMBELAJARAN INOVASI


Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak
2014

2
Hasil pembelajaran
a. Murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza-beza. Murid-murid yang
lebih lambat atau lemah memerlukan program khas untuk menguasai sesuatu
kemahiran atau pengetahuan yang belum dikuasai.
b. Produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi ini disuaikan dengan pelbagai
aktiviti yang dapat menarik perhatian murid yang kurang memberi tumpuan dalam
kelas.
c. Murid-murid diberi lebih banyak peluang untuk berinteraksi, berkomunikasi sesama
kawan apabila aktiviti pembelajaran dan pengajaran diadakan.
d. Produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi ini telah mengambil kira murid-
murid yang tidak dapat mengikut pengajaran dan pembelajaran yang sering diaplikasi
di dalam kelas. Ia juga dapat dijadikan sebagai aktiviti pengayaan bagi murid yang
telah menguasai kebanyakan.
e. Pelbagai kaedah pengajaran serta teori pembelajaran diterapkan untuk memastikan
murid- murid dapat menguasai sesuatu pengetahuan secara keseluruhan.
f. Murid- murid dapat belajar dengan seronok dan tanpa berasa tertekan.
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak
2014

LATARBELAKANG
Proses penghasilan inovasi mengikut kronologi

3
a) Mendapatkan laporan keputusan murid-murid dengan menggunakan Pra ujian.
b) Mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dengan menganalisis
cara murid menjawab ujian yang dijalankan.
c) Mengenal pasti punca-punca yang menjadikan murid-murid bermasalah dalam
pembelajaran dari aspek fizikal, intelek, emosi dan pembelajaran.
d) Merancang produk inovasi dan aktiviti untuk menolong murid lemah sama ada
secara individu, kumpulan kecil atau melalui rakan sebaya.
e) Mengadakan Pasca Ujian untuk mengenal pasti peningkatan dalam pencapaian ujian
dan juga mengenal pasti keberkesanan produk atau pengajaran dan pembelajaran
inovasi ini.
f) Laporan dibuat untuk disimpan sebagai rujukan.
g) Dengan menggunakan perisian secara online (lampiran), data yang dikumpul
dianalisis dan dilaporkan dalam bentuk mod, min dan median bagi memudahkan
kerja merumus data.

Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak
2014

CARA BAHAN DIGUNAKAN

1. Untuk tujuan pemulihan bagi murid-murid 1 Al Ghazali yang belum menguasai


sesuatu kemahiran dan pengetahuan, contohnya belum menguasai ‘prefixes dan
suffixes’ iaitu penggunaan prefixes atau kata imbuhan awalan dan juga suffixes iaitu
kata imbuhan akhiran , murid- murid boleh mulakan aktiviti iaitu P1hingga P3 tanpa
mengikut urutan.
2. Seorang murid dilantik sebagai penguji P1/P2/P3.
3. Penguji diberi set jawapan sebagai rujukan.
4. Penguji perlu mencatat markah yang diperoleh murid yang bermain ke dalam buku
yang dibawa bersama murid tersebut.
5. Murid yang lain boleh bermain secara bergilir-gilir.
6. Masa ditetapkan untuk setiap permainan.
7. 2 markah diperuntukkan bagi setiap jawapan yang betul.

4
8. Untuk jawapan yang salah, penguji perlu memberi jawapan yang betul, murid perlu
membaca nota ringkas yang diberi tersebut supaya dapat belajar walaupun membuat
silap.
9. Guru menetapkan masa untuk setiap permainan mengikut kebolehan kebanyakan
murid-murid dalam kelas tersebut.
10. Masa yang ditetapkan boleh sama untuk setiap aktiviti. Murid akan diberi markah
dengan menjawab soalan sekadar yang mampu.
11. Guru pula akan menjadi pemerhati dan penjaga masa kemudian menekan loceng
apabila masa telah tiba, murid pula akan tukar ke permainan yang seterusnya.

12. Huraian P1 (Permainan 1)


a) Dalam P1, murid diterangkan nota berkenaan ‘prefixes dan suffixes’.
b) Kemudian murid dikehendaki mengulang penjelasan tersebut.
c) Markah dikumpul jika murid mampu memberi keterangan tentang nota
berkenaan ‘prefixes dan suffixes’.

5
13. Huraian P2 (Permainan 2)
a) Dalam P2, murid dikehendaki memutar roda yang direka khas mengandungi
‘prefixes dan suffixes’ dan ‘root words’ atau kata akar.
b) Murid memutar roda dan menyesuaikan ke root words yang betul. Murid
dikehendaki menyebut perkataan selepas disesuaikan dengan ‘prefixes dan
suffixes’ yang betul. Murid akan diberi markah berdasarkan jumlah
perkataan ‘prefixes dan suffixes’ yang mampu dijawab dalam masa yang
ditetapkan.

P1
P2
P3

6
Permainan
menyerupai
catur ular
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak
2014

8
P

Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak
2014

14. Huraian P3 (Permainan 3)


a) Untuk P3, pemain dikehendaki mengambil soalan-soalan yang disediakan di
dalam sebuah botol dan padankan dengan imbuhan ‘prefixes dan suffixes’ yang
betul.
15. Aktiviti ini perlu dijalankan beberapa kali supaya murid dapat menguasai
pengetahuan
dan disimpan sebagai ingatan jangka panjang.
16. Murid-murid juga boleh menjalankan aktiviti tanpa bantuan guru. Ia juga dapat
dijalankan secara berpasangan iaitu seorang akan menjadi penguji dan seorang lagi
bermain.

Buah
Catur
Yang
dilekat
muka
murid

Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak
ISU/MASALAH YANG DITANGANI OLEH BAHAN INOVASI

Sebelum pembelajaran dan pengajaran dijalankan, pra Ujian telah diadakan untuk mengenal
pasti tahap penguasaan murid dan juga mengenal pasti sama ada murid mengenal perkataan-
perkataan yang menggunakan ‘prefixes dan suffixes’ bersesuaian terhadap murid yang
terlibat dalam program ini. Guru mendapati murid-murid tidak mempunyai sebarang
pengetahuan tentang topik yang akan dipelajari.

7
Inovasi ini Mendapat tempat ke 3 sempena Perayaan hari Guru Peringkat Negeri Sarawak
2014

Kesan: Produk atau pembelajaran dan pengajaran inovasi ini telah berjaya mengatasi masalah
pembelajaran seperti bosan, tiada minat, rasa tertekan, tidak dapat mengingati
pengetahuan, rendah diri, diam, tidak mahu menglibatkan diri, kurang tumpuan di
kalangan
murid-murid. Murid-murid kelihatan ceria apabila bermain sambil belajar. Mereka
kelihatan lebih yakin walaupun sekali sekala tidak dapat memberikan jawapan yang betul
dalam aktiviti berbantukan bahan inovasi yang dihasilkan. Murid-murid juga dapat bermain
dan belajar dengan daripada kesilapan dan juga berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
dengan lebih yakin.

HURAIAN INOVASI
Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi
 Kadboard (terpakai)
 Mounting board (terpakai)
 Kad manila 5 warna berbeza
 Kertas warna 5 warna yang berbeza
 Skru
 Gunting
 Gam
 Botol plastik (terpakai)
 Kertas laminate

KOS BAGI MENGHASILKAN INOVASI

Inovasi ini melibatkan kos yang sangat rendah. Bahan kitar semula telah seperti kad board
terpakai, mounting board terpakai dan botol plastik terpakai telah digunakan. Kos bahan
wajib bagi menghasilkan inovasi adalah seperti berikut:

Bil Bahan Harga (RM)


1 Kad manila 5 warna berbeza 5.00
2 Kad warna 5 warna berbeza 2.50
3 Skru 2.00

8
4 Gunting 1.50
5 Gam 2.00
6 Kertas laminate 5.00
Jumlah 18.00

KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Semua murid yang terlibat telah lulus Ujian Pasca yang mengandungi 10 jenis
soalan ‘prefixes dan suffixes’. Selepas aktiviti ini dijalankan sebanyak lima kali. Semua
murid telah mencapai peningkatan setelah selesai menjalankan pembelajaran dan pengajaran
inovasi yang berpusatkan murid ini. Keputusan daripada ujian t test, seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 1. Peningkatan markah juga boleh dibezakan daripada statistik yang dipaparkan
dalam Jadual 1 seperti berikut:

Min skor ujian selepas program inovasi (M =49.59) adalah lebih tinggi berbanding sebelum
ini program ( M =38.37).

BIL NAMA PESERTA JANTINA PRA PASCA PENINGKATAN/


UJIAN UJIAN PENURUNAN
1 ADAM DANISH BIN ROSLI L 40 60 + 20
2 AFIQ ZULKARNAIN BIN MUHAMAD L 25 35 +10
HOUSNI
3 AINUL MARDHIAH BINTI ZAIDI P 25 30 +5
4 IZZATI INSYIRAH BINTI ROZIATAN P 30 40 +10
5 KHAIF NUSYAR BIN MOHD L 30 40 +10
NORAZAN
6 MOHAMAD FAKHRI NAJMI BIN MD L 30 40 +10
YUSOF
7 MOHAMMAD AMJAD WAJDI BIN L 30 50 +20
MUHAMMAD MUSTAKIM
8 MUHAMMAD AFIQ DANIAL BIN L 25 35 +10
MOHD AFANDI
9 MUHAMMAD ALIF HAIKAL BIN MD L 30 45 +15
AZAHAR
10 MUHAMMAD DANISH AFDAL AHZA L 30 35 +5
BIN RAHAMAD
11 MUHAMMAD DANISH HAZIMI BIN L 30 40 +10
MOHD ERWAN
12 MUHAMMAD FAHMI BIN KHAIRUL L 35 55 +20
AZHAR
13 MUHAMMAD HAFIZ AZHAR BIN L 35 45 +10
HERRYWYEN
14 MUHAMMAD HAZIQ ITMI'AN BIN L 25 35 +10
MOHD JAILANI
15 MUHAMMAD IRFAN ISKANDAR BIN L 45 50 +5
AZMIR

9
16 MUHAMMAD NASRUN SAFWAN L 45 55 +10
BIN SAIDIN
17 MUHAMMAD SYAHIR BIN MOHD L 40 45 +5
RIZAL
18 MUHAMMAD ZAFRAN BIN L 45 50 +5
SHAMSUDDIN
19 NOOR DEA ARIANNA BINTI P 50 60 +10
ABDULLAH
20 NORATIKA NAJWA BINTI P 50 65 +15
NORAZRIN
21 NUR AINNA ALIZA BINTI AZMI P 35 45 +10
22 NUR ALEEYA MAISARA BINTI P 50 60 +10
AHMAD FAUZI
23 NUR ALYA NABILAH BINTI P 45 55 +10
SUHAILI
24 NUR DANIESYA BINTI SALLEH P 50 55 +5
25 NUR SHUHADAH BINTI ABD RAZAK P 55 65 +10
26 NUR SYAFIKAH ATIRAH BINTI P 35 45 +10
HAIRMAN
27 NURAFIFAH AMIERAH SHAHRIZAL P 45 55 +10
28 NURIN HAZWANI BINTI MOHD P 50 55 +5
FADLI
29 NURUL AQHILAH BINTI P 45 60 +15
KAMAROLZAMAN
30 NURUL FATIN HUSNA BINTI P 35 55 +20
KHALID
31 NURUL SYUHAIDAH BINTI MOHD P 40 55 +15
RASID
32 PUTERI NUR SHAZA BINTI P 35 50 +15
BAHARON
33 SHARIEZAN DANNY BIN SAIPUDIN L 35 45 +10
34 SITI NUR NAJWA BINTI MOHD P 35 55 +20
SHAH
35 SITI NURRABIATUL ADAWIYAH P 55 65 +10
BINTI YUSRI
36 SITI ZULAIKA EZRINA BINTI P 30 45 +15
KEPLIE @ MOHAMAD ZULKEPLI
37 ZIKRI BIN AZIZAN L 50 65 +15
1420 1835

Jadual 1

Dalam pemerhatian dan temubual yang dijalankan, produk atau pembelajaran dan
pengajaran inovasi ini bukan sahaja telah meningkatkan pencapaian mereka bahkan juga
dapat menyemai sikap yakin dalam diri murid-murid. Kaedah teknik dan teori serta falsafah
yang diaplikasikan dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan
kreatif dan seterusnya dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan. Paling penting,
produk atau pengajaran dan pembelajaran inovasi ini mampu untuk menyemai sikap dan nilai
10
seperti yakin, mempunyai daya kepimpinan dalam diri mereka dan nilai inilah yang akan
membawa kejayaan mereka pada masa yang akan datang.

POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN


Produk ini sesuai digunakan guru menengah bawah bahkan juga kelas menengah atas
kerana murid-murid dapat mengguna pakai sebagai kosa kata semasa menulis karangan
dalam Bahasa Inggeris. Maklumat, lukisan yang berbentuk softcopy seperti latihan dan
permainan yang menyerupai puzzle dan boleh disebarkan secara meluas melalui internet.

KEUNIKAN/KEISTIMEWAAN INOVASI
Produk atau pembelajaran dan pengajaran inovasi ini amat unik kerana belum ada produk
yang
serupa ini dihasilkan sebelum ini. Selain itu, ia juga tidak susah dibina, berkos rendah dan
boleh
diaplikasikan ke dalam subjek yang lain. Ia juga dibina berdasarkan keperluan murid dari segi
psikologi, mental dan fizikal. Ia juga mampu untuk melahirkan murid yang aktif,
bekeyakinan,
bermaya, mempunyai daya kepimpinan dan dapat bersosial, berinteraksi dan
berkomunikasi
dengan rakan dan guru. Murid-murid juga boleh menggunakan produk ini semasa ketiadaan
guru contohnya pada waktu rehat kerana murid yang menjadi penguji boleh menguji
dan mencatat markah yang diperolehi oleh kawan.

KESIMPULAN

Pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan kaedah dan teknik mengajar yang
kreatif dan berkesan melalui penggunaan bahan bantu belajar, aktiviti berkumpulan, motivasi
dan interaksi akan merangsang pelajar untuk belajar. Guru yang bersifat positif akan
menerima perubahan sebagai satu cabaran dalam profesion mereka. Guru yang dinamik,
cekap dan sentiasa berusahuntuk memajukan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
dengan merancang teknik mengajar dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik.
Rajesvari, (2008) juga mengatakan dalam kajiannya bahawa dalam pengajaran
pemulihan, strategi pengajaran diubah suai untuk keperluan murid-murid yang mengalami
ketidakupayaan dalam pembelajaran. Keadah pengajaran perlu dipelbagaikan mengikut

11
keperluan murid yang mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza untuk memudahkan
murid memahami pengajaran guru.
Sehubungan itu, murid yang lemah mesti diberi pemulihan seperti mana yang
dinyatakan oleh Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan
untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu. Selepas, tinjauan
dijalankan, produk atau pengajaran dan pembelajaran inovatif ini bukan saja dapat membantu
murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran, ia juga boleh dijadikan aktiviti
pengukuhan dan pengayaan bagi murid yang telah menguasai sesuatu pengetahuan atau
kemahiran.

12

Anda mungkin juga menyukai