Anda di halaman 1dari 1

"Era kini The Covid Gangster sedang bergerak menguasai dunia.

Dalam
keadaan kita tersangkar berkubu, serangan kita harus melalui udara secara
digital".

Sambung cerita diatas dengan suatu karangan yang menarik.

Era kini The Covid Gangster sedang bergerak menguasai dunia. Dalam keadaan kita
tersangkar berkubu, serangan kita harus melalui udara secara digital. The Covid
Gangster membuli rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan budaya, mahupun
orang tua atau bayi yang baru berlahir. The Covid Gangster suka merosakkan paru-
paru manusia secara bersembunyi. Kedatangan the Covid Gangster menyebabkan
manusia di segala dunia perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan supaya
mengawal displin pergerakan the covid gangster. Dalam masa kemunculan the covid
gangster, semua manusia telah diuji dari segi mental dan fizikal. Setiap manusia
perlu mempunyai displin dan bersatu padu untuk menjemput the covid gangster ini
keluar daripada negara kita.

Rakyat Malaysia juga telah menghadapi gangster ini hampir selama 1 tahun.
Rakyat Malaysia melakukan pendidikan serta bekerja melalui udara secara digital.
Secara tidak langsung, semua rakyat Malaysia terpaksa mempelajari cara memakai
teknologi dalam kehidupan seharian. Perkara ini agak susah kepada rakyat yang
lebih tua dan tidak pernah menggunakan alat-alat digital. Terdapat juga keluarga
yang tidak mampu menanggung kos untuk membeli alat digital kepada anak-
anaknya untuk berlajar secara atas talian.

Gangster ini juga mengakibatkan keruntuhan ekonomi negara dalam pelbagai


bidang. Terutamanya bidang pelancongan, bidang perindustrian dan bidang
makanan. Kehidupan seharian rakyat telah diganggu oleh gangster-gangster ini.
Rakyat Malaysia tidak boleh bersiar-siar dan mengadakan apa-apa aktiviti yang
melibatkan ramai orang lagi.

Pendek kata, gangster covid ini banyak mempengaruhi kehidupan kita. Namun,
kita tidak boleh berputus asa untuk menangani gangster ini. Saya berharap kita akan
berjaya pada suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai