Anda di halaman 1dari 11

BINCANGKAN PERANAN AKTA PENDIDIKAN 1996 TERHADAP

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

PENDAHULUAN

Dari sudut sejarahnya iaitu sebelum penjajahan Inggeris, pendidikan untuk rakyat  jelata di
tanah air ini berlangsung secara tradisional dalam institusi keluarga dan masyarakat.
Pendidikan pada masa itu bercorak warisan turun temurun yang diwarisi dari satu generasi ke
satu generasi. Rakyat berpegang kuat pada adat resam yang bersifat ketimuran ditambah pula
dengan ajaran agama Islam yang teguh . Pendidikan melibatkan perkara-perkara asas bagi
tujuan kelangsungan kehidupan harian seseorang baik dalam keluarga mahu pun dalam
masyarakat.

Pendidikan tradisional juga melibatkan perkara-perkara berkaitan budaya dan warisan.


Ibu bapa sebagai orang yang memainkan peranan utama sebagai pendidik. Anak-anak tidak
kira lelaki atau perempuan dididik dengan ketertiban, nilai, budi bahasa serta adab sopan yang
diterima pakai dalam lingkungan masyarakat pada ketika itu. Sebagai contoh, setiap individu
perlu menghormati orang lainterutama kepada ibu bapa serta orang yang lebih dewasa
daripada mereka. Tutur kata sertaperbuatan perlu sentiasa dijaga bagi memelihara keamanan,
kesejahteraan dankeharmonian dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Bagi anak-anak
lelaki, mereka akan dididik bagi tujuan untuk menjadi ketua keluarga disuatu masa kelak.
Bagi tujuan ini biasanya anak-anak lelaki akan diminta membantubapanya menjalankan
kegiatan ekonomi keluarga seperti berkebun, bersawah, menangkap ikan, mengambil upah
bertukang membina rumah dan sebagainya.

Asuhan ini berterusan sehingga anak-anak lelaki tersebutmencapai peringkat umur


remaja dan dewasa. Kesinambungan daripada itu, anak-anak lelaki tersebut akan seterusnya
mewarisi aktiviti ekonomi keluarga untuk membina kehidupan keluarganya sendiri setelah
mereka mendirikan rumah tangga diterima pakai dalam lingkungan masyarakat pada ketika
itu. Sebagai contoh, setiap individu perlu menghormati orang lain terutama kepada ibu bapa
serta orang yang lebih dewasa daripada mereka. Tutur kata serta perbuatan perlu sentiasa
dijaga bagi memelihara keamanan, kesejahteraan dankeharmonian dalam hidup berkeluarga
dan bermasyarakat. Bagi anak-anak lelaki, mereka akan dididik bagi tujuan untuk menjadi
ketua keluarga disuatu masa kelak. Bagi tujuan ini biasanya anak anak lelaki akan diminta
membantu bapanya menjalankan kegiatan ekonomi keluarga seperti berkebun bersawah
menangkapikan mengambil upah bertukang membina rumah dan sebagainya selaras dengan
konsep berbakti kepada tanah dan alam. Asuhan ini berterusan sehingga anak-anak lelaki
tersebutmencapai peringkat umur remaja dan dewasa. Kesinambungan daripada itu, anak anak
lelaki tersebut akan seterusnya mewarisi aktiviti ekonomi keluarga untuk membina kehidupan
keluarganya sendiri setelah mereka mendirikan rumah tangga. Bagi anak-anak perempuan
pula, mereka akan dididik dan diasuh dengan perkara-perkara berkaitan rumah tangga agar
suatu masa nanti mereka menjadi suri rumah yang baik.

KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996

Tujuan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk membentuk sistem pendidikan ke arah yang lebih
baik. Sebelum Akta Pendidikan 1996 terdapat beberapa penyata pendidikan seperti penyata
Razak dan Penyata Rahman Talib. Semua penyata pendidkan yang digubal adalah semata-
mata untuk memajukan system pendidikan yang ada di Negara kita. Kandungan setiap
penyata yang digubal adalah berdasarkan suasana dan keadaan kehidupan semasa demi untuk
memajukan sistem pendidikan di Malaysia.

Dalam setiap penyata yang digubal masih ada lagi kelemahan dari segi beberapa
perkara yang dihadapi dalam suasana semasa dan dalam kehidupan masyarakat yang
berbilang bangsa. Maka Akta Pendidikan 1996 diperkenalkan untuk memperbaiki kelemahan
yang terdapat dalam penyata pendidikan sebelum ini. Akta Pendidikan 1996 telah
menggariskan beberapa perkara. Antaranya ialah mengutamkan ilmu pengetahuan kerana
ilmu penetahuan adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa Tujuan
pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan
nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang bersaing tinggi serta bersifat global, kesan
daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.
Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi
untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial,
dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang
bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem
pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia. Dasar yang dinyatakan di atas akan
dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang
sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan
memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya,
sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun negara.

Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah terdiri daripada pendidikan prasekolah,


pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi.
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar. Ada tiga kategori institusi
pendidikan iaitu institusi pendidikan kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta. Bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi
pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah
diajar sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu. Kurikulum Kebangsaan
hendaklah digunakan oleh semua sekolah. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi
peperiksaan yang ditetapkan
SOALAN 4: PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH CABARAN-CABARAN UTAMA
DALAM PELAKSANAAN AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN BAGAIMANAKAH
LANGKAH BERKESAN BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGATASINYA.

1.0 Peta minda

Akta Pendidikan1996 atau Akta 550 merupakan Akta Pendidikan1996 menegaskan


suatu akta untuk mengadakan peruntukan bahawa ilmu merupakan penentu
undang-undang bagi pendidikan dan perkara- utama arah tujuan Negara dan
perkara yang berkaitan dengannya penyelamat bangsa.

Akta
pendidikan
1996

Akta ini diwujudkan khusus bagi menggantikan


akta pelajaran 1961 yang bertujuan untuk
memantapkan system pendidikan untuk
generasi akan dating sejajar dengan hasrat untuk Akta pendidikan merupakan satu
menjadikan Malaysia sebagai pusat bentudk perundangan
kecemerlangan pendidikan yang berkualiti serta pendidikan yang lengkap, kemas
bertaraf dunia dan kini bersifat futuristik
2.0 PENGENALAN

Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan ataupun pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.
Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini adalah untuk mantapkan sistem pendidikan kebangasaan
untuk generasi akan datang. Hal ini sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan
bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan baru, akan tetapi ia
menunjukkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia telah sedia ada.
Ia berpandukan kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas
dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga sedikit sebanyak mengekalkan
peruntukan yang masih sesuai digunakan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan penggubalan
undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop dan
memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

Di samping mengambil kira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat berbilang kaum
di Malaysia, Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan lagi banyak peruntukan perundagan
(Legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21
dalam memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020. Dalam pada masa itu juga, beberapa
peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang tidak sesuai telah digugurkan.

Sebelum ini telah dikatakan bahawa Laporan Razak boleh dianggap sebagai batu asas
bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan yang telah digunakan. Ciri-ciri ini dapat
dibuktikan dalam pendidikan kebangsaan di mana yang pertama hasrat untuk membentuk satu
sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum. Kedua, menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama di Malaysia. Ketiga, menjadikan kurikulum yang berorientasikan
kepada alam keliling tanah air dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi
kandungannya. Keempat, memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua
pelajar di Malaysia.
3.0 LATAR BELAKANG

Akta Pendidikan 1996 mempunyai konsep sistem pendidikan kebangsaan yang dimantapkan
dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat
pendidikan tinggi. Ia meliputi smua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan
kerajaan dan sekolah swasta.

Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan lagi melalui peruntukaan bahasa


sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Perkara ini
diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib
diajar di semua sekolah dan juga institusi pendidikan.

Seterusnya kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak
negara apabila Kurikulum Kebangsaan yang diperuntukkan di dalam Akta Pendidikan 1996
dan ia wajib digunakan oleh semua pihak. Setiap dari murid-murid dari smua jenis dan
kategori sekolah akan diberikan peperiksaan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Hal ini
sebagai pemudah cara dalam membuat penilaian tentang pencapaian murid-murid dari
sekolah di setiap negeri.

Pendidikan Islam akan diperluaskan bagi murid-murid islan di semua kategori sekolah
termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan lagi ia sebagai syarat wajib mata pelajaran teras
di sekolah. Dengan adanya cadangan yang membolahkan Menteri Pendidikan menubuhkan
dan menguruskan tadika, maka dengan itu keluarga yang berlatar belakangkan kurang mampu
akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik dalam
memulakan pendidikan rendah.

Akta Pendidikan 1996 juga memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara
ini. Hal ini demikian kerana, sekiranya didapati munasabah dan praktik yang diadakan. Kelas-
kelas agama seperti pembelajaran bible classes tidak diperlukan untuk mendaftar di bawah
Akta Pendidikan 1996.
4.0 CABARAN DAN LANGKAH

4.1 Asas pembangunan negara.

Dalam menerajui asas pembangunan negara terdapat cabaran dalam usaha


membangunkan iaitu terbahagi kepada beberapa cabang antaranya dari segi material,
emosi dan serta intelektualisme individu. Pembangunan ini adalah sesuai
dilaksanakan pada waktu itu dan perlu diolah semula mengikut kehendak dan aspirasi
pendidikan masa kini. Disamping itu juga, ia melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang
mempunyai daya inovasi dan kreatif serta menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam
mencapai aspirasi negara seperti mana yang telah termaktub dalam Wawasan 2020.

4.2 Ilmu dan pendidikan sebagai penentu utama arah tujuan negara.

Adalah sesungguhnya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakt


Malaysia menguasai ilmu yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing ini. Selain
itu juga, keadaan yang tinggi serta bersifat global iaitu kesan daripada perkembangan
pesat sains, teknologi dan maklumat.

4.3 Mengembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara.

Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan perundangan baru bagi


menangani cabaran pendidikan menjelang aba ke-21 dan memenuhi kehendak hasrat
Wawasan 2020. Adalah sesungguhnya pendidikan juga, mempunyai peranan penting
dalam menjayakan wawasan negara demi mencapai taraf negara maju. Kemajuan ini
meliputi dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial dan kekuatan rohani serta moral
dan etika ke arah mewujudkan suatu masyarakt yang bersatupadu, demokratik, liberal
dan dinamik.

4.4 Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan.
Akta Pendidikan 1996 menjelaskan bahwasa dasar pendidikan adalah berlandaskan
kepada hasrat wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara. Seterusnya dasar
pendidikan adalah bergaris pandukan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.5 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagau


bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi
dengan menjadikan bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran yang wajib untuk
diajarkan di semua sekolah dan institusi pendidikan. Menerusi seksyen 17 Dalam Akta
Pendidikan 1996 menjelaskan tentang kedudukan Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa
Melayu sebagaimana yang telah ditentukan dalam Perkara 152 Perkembangan
Persekutuan. Ia merupakan sebagai bahasa penghantar utama di semua sekolah atau
institusi kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan atau lain-lain sekolah yang diberi
pengecualian.

4.6 Kurikulum kebangsaan dan sistem peperiksaan yang sama.

Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara
apabila Kurikulum Kebangsaan yang diperkukuhkan dalam Akta Pendidikan 1996
wajib digunapakai oleh semua pihak. Hal ini termaktub dalam Seksyen 18. Kurikulum
ini juga, memastikan murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan
disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan. Melalui
peluang seperti ini akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran
yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah du negara kita.
Perkata ini termasuk di dalam Seksyen 19.

4.7 Sistem Pendidikan Kebangsaan Di Semua Peringkat.

Seksyen 15 dan Seksyen 16 dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperjelaskan


tentang Sistem Pendidikan Kebangsaan yang meliputi semua peringkat dan jenis
sekolah atau institusi pendidikan kecuali sekolah ekspatriat. Di samping itu juga,
dalam Akta Pendidikan 1996, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan
dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringat pra sekolah sehingga ke
peringkat tinggi dan meliputi semua kategori sekolah iaitu sekolah kerajaan sekolah
bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

4.8 Perpaduan kaum.

Mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah
Cina swasta. Di samping itu, Unified Exiamination yang diambil oleh sekolah-sekolah
ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.
Pengajaran bahasa Cina, Tamil dan bahasa bumiputera diperuntukkan di sekolah.

4.9 Pendemokrasian pendidikan.

Seksyen 21 telah memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyenggara
tadika. Seksyen ini juga perlu untuk membolahkan kementerian mengadakan
kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khusunya masyarakat luar bandar dan
berpendapatan rendah. Mutu program pendidikan di semua tadika juga akan dapat
dipertimbangkan kerana tadika akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan
Kurikullum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Pendidikan
boleh diikuti oleh kanak-kanak bermula seawal usia lima tahun.
5.0 PENUTUP

Untuk memastikan peningkatan dalam sistem pendidikan negara dari peringkat sekolah
rendah hinggakan keperingkat sekolah menengah setiap pihak perlulah memainkan peranan.
Peranan kerajaan sangat penting dalam memastikan sistem pendidikan mempunyai kualiti
sejajar dengan kemajuan yang diperolehi negara pada masa kini. Melalui Akta Pendidikan
1996 sistem pendidikan di Malaysia kini mengalami pengurusan yang sangat sempurna dan
mampu meningkatkan kualiti pembelajaran para pelajar.

Walau bagaimanapun terdapat juga cabaran dan implikasi dalam melaksanakan akta
ini untuk memastikan kualiti pendidikan negara berada dalam landasan yang terbaik.
Kesimpulannya, Akta Pendidikan 1996 merupakan akta 550 yang pada mulanya merupakan
Akta Pelajaran 1961. Seterusnya Akta Pendidikan 1996 menjadi asas kepada Sistem
Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, ia juga Akta Pendidikan 1996 merupakan landasan
kepada Akta Pendidikan sekali gus merupakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Bibliografi

Ahmad, N. A., & Mahamod, Z. (2015). Pengubahsuaian dalam pengajaran kemahiran


Bahasa Malaysia bagi murid bermasalah pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia,
40(1), 63-73.
Chicago
Awang, M. M., Rahman, N. A. A., Amin, N. M., & Ahmad, A. R. (2015). Mesej
perpaduan dalam buku teks Bahasa Malaysia tingkatan 4 dan 5: analisis terhadap
peribahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu; Malay Language Education
(MyLEJ), 5(1), 44-52.

Aslina Ahmad, Abd. Malek Abd. Rahman , Muhammad Bazlan Mustafa, Noraini
Ismail, Che Anuar Che Abdullah. (2014). Pembangunan Sahsiah Falsafah,
Konsep, Teori dan Praktis. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Diperoleh


daripada http://www.moe.gov.my/v/falsafah-pendidikan-kebangsaan.

Mohd Saupi Ashari. (2012). Falsafah Pendidikan. Diperoleh daripada


http://cikgusaupi.blogspot.com/2012/05/falsafah-pendidikan.html.

Anda mungkin juga menyukai