Anda di halaman 1dari 3

UNTUK SIARAN

SEGERA

KENYATAAN MEDIA
i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS
PENDAPATAN AKIBAT COVID-19
Permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin
mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8
juta ahli yang layak.

Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:

Kategori 1
Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang
bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang
pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan


berturut-turut semasa permohonan; ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak
30% dan ke atas selepas Mac 2020.

Bagi kategori ini:


 Tiada dokumen sokongan diperlukan;
 Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
 Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21
Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Page 1 of 3
Kategori 2

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan
pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan
elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana
pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada


ahli iaitu:
 Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
 Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti
penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai
11 Januari 2021.

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan


dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Jumlah kelayakan i-Sinar


Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

a. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh
membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan
dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran
pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh
membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah)
daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh
maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Page 2 of 3
Contoh:

Simpanan Akaun 1 RM100,000 dan ke Simpanan Akaun 1 lebih RM100,000


bawah

Amaun pengeluaran maksimum RM10,000 Amaun pengeluaran maksimum sehingga


10% daripada simpanan Akaun 1
(sehingga RM60,000)

Contoh: Contoh:

Baki dalamAmaun Pembayaran Baki dalamAmaun Pembayaran


Akaun 1 pengeluaran bulan Akaun 1 pengeluaran bulan
maksimum: pertama maksimum: pertama
RM4,500 RM4,400* RM4,400 RM100,001 RM10,000 RM10,000
RM10,000 RM9,900* RM5,000 RM500,000 RM50,000 RM10,000
RM70,000 RM10,000 RM5,000 RM800,000 RM60,000 RM10,000
RM100,000 RM10,000 RM5,000

*Ahli perlu meninggalkan baki sekurang-


kurangnya RM100 dalam Akaun 1 untuk terus
menikmati faedah sebagai ahli KWSP

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun,
mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC)
di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk


Jabatan Hal Ehwal Korporat
2 Disember 2020

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia.
Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan
menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai
masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem
kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha
tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin
kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

Page 3 of 3

Anda mungkin juga menyukai