Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat pagi semua.

Berikut adalah pengumuman 15 langkah keselamatan yang perlu kita patuhi ketika
berada di sekolah.

Satu,
Setibanya anda di sekolah, anda hendaklah beratur dan mengambil suhu di kaunter suhu yang
telah ditetapkan mengikut laluan kelas masing-masing.

Dua,
Sekiranya suhu badan anda melebihi 37.5° Celcius, anda dilarang masuk ke kelas dan akan
dibawa ke bilik isolasi.

Tiga,
Ibu bapa atau penjaga anda akan dihubungi untuk membawa anda pulang.

Empat,
Semasa di sekolah sila pastikan anda menjaga jarak sosial satu meter, tidak kira ketika berada
di dalam atau luar kelas.

Lima,
Anda hendaklah sentiasa memakai pelitup muka.

Enam,
Anda dilarang berkumpul, bersembang rapat, bersentuhan, merayau-rayau dan bermain di
sekitar sekolah.

Tujuh,
Anda juga tidak dibenarkan berkongsi alat tulis dengan rakan lain.

Lapan,
Anda dilarang mengubah kedudukan kerusi meja yang telah diatur dan tidak boleh bertukar-
tukar tempat duduk.

Sembilan,
Sentiasa mengikuti laluan yang telah ditetapkan.

Sepuluh,
Amalkan budaya membasuh tangan dengan air dan sabun, di sinki yang telah disediakan
berhampiran dengan kelas anda. Elakkan pembaziran air dan sabun. Hanya seorang sahaja
yang dibenarkan mencuci tangan pada setiap masa.

Sebelas,
Anda diminta mengikuti arahan pada tanda-tanda yang dipaparkan di laluan pejalan kaki,
kelas, tandas dan kantin. Anda tidak dibenarkan melakukan vandalisme.

Dua Belas
Amalkan kebersihan diri setiap hari dengan memastikan pakaian, kuku dan keseluruhan
anggota badan anda bersih.
Tiga Belas
Gunakan pas keluar untuk ke tandas. Semasa di tandas elakkan bersesak. Hanya seorang
murid dibenarkan keluar ke tandas pada setiap masa.

Empat Belas
Tiada perhimpunan dan aktiviti sukan.

Lima Belas
Sentiasa mendengar arahan guru setiap semasa.

Kepatuhan dan kerjasama anda dapat membendung penularan Covid-19.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai