Anda di halaman 1dari 28

T o p ik 8X Perancangan

Pengurusan
Kejohanan
Olahraga
(Teknikal)
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan cara melaksanakan upacara perasmian dan penutup
dalam sesuatu kejohanan olahraga;
2. Menghuraikan peranan yang di mainkan oleh jawatan kuasa
teknikal dalam sesuatu kejohanan olahraga;
3. Menyatakan kepentingan mengadakan post-mortem serta langkah
untuk membuat post-mortem; dan
4. Menyatakan kepentingan laporan dan sub tajuk yang perlu ada
dalam laporan serta jenis-jenis laporan.

X PENGENALAN
Persiapan dan perancangan dalam menguruskan kejohanan olahraga dari segi
teknikal memerlukan individu yang berkepakaran dan berpengalaman. Namun
bagi mereka yang baru dalam bidang teknikal mereka perlu belajar dari mereka
yang berpengalaman dan berpengetahuan. Selain daripada itu mereka juga perlu
menyertai kursus kepegawaian anjuran Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM) dan
142 X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

kursus pengurusan anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) bagi


menjadikan mereka bertauliah.

Bagi menjadikan kejohanan olahraga yang dianjurkan berwibawa dan mencapai


objektif kejohanan pihak pengelola olahraga perlu membentuk peraturan am
kejohanan. Peraturan am perlu dirangka bertujuan untuk mengawal perjalanan
kejohanan. Peraturan Am yang dibina seharusnya adil dan bebas daripada
pengaruh luar termasuk pengaruh tuan rumah. Undang-undang dan peraturan di
bina akan menjadi panduan dalam satu kejohanan olahraga.

Pegawai-pegawai teknikal kejohanan seharusnya dilantik daripada mereka yang


mempunyai tauliah daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).
Pegawai-pegawai teknikal merupakan mereka yang berperanan penting ketika
acara olahraga berlangsung. Pegawai teknikal bertanggungjawab memastikan
peserta dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan dan melicinkan lagi
perjalanan sesuatu acara olahraga.

8.1 PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG


KEJOHANAN
Sebelum mengendalikan kejohanan jawatan kuasa teknikal dan induk perlu
menyediakan satu set peraturan am kejohanan yang akan menjadi rujukan setiap
pasukan yang menyertainya. Walaupun peraturan am adalah hak mutlak
penganjur namun sebagai penganjur yang beretika kita perlu memastikan
peraturan am yang dirangka jelas dan tidak menguntungkan mana-mana pihak.
Sebaliknya peraturan am yang kita rangka dan bina bertujuan mengawal perjalanan
kejohanan.

Peraturan am adalah saling lengkap melengkapi dengan undang-undang


permainan. Peraturan am kejohanan juga seharusnya tidak membelakangi undang-
undang teknikal yang telah termaktub dalam undang-undang persatuan sukan dan
badan teknikal sukan dunia. Sebagai contohnya dalam menganjurkan kejohanan
olahraga undang bagi setiap acara perlulah mengikut spesifikasi yang telah di
tetapkan oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

8.1.1 Contoh Peraturan Am


Berikut adalah contoh peraturan am yang di ambil dari peraturan Majlis sekolah-
sekolah Malaysia:
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W 143

1.0 Peraturan Am

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan


dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia
(KOAM).

1.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan
akan diputuskan seperti berikut:

1.2.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am


Majlis Sukan Sekolah Malaysia.

1.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada Undang-


Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

2.0 Tarikh Pertandingan


09 Sept hingga 12 Sept, 2006

3.0 Tempat Pertandingan


Kompleks Sukan Bandar Batu Pahat, Johor.

4.0 Penyertaan

4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah dalam daerah Batu Pahat
Johor yang berdaftar dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Batu Pahat.

4.2 Pegawai
Satu (1) orang Pengurus
Dua (2) orang Jurulatih Lelaki
Dua (2) Jurulatih Wanita

4.3 Peserta
4.3.1 Setiap peserta hanya boleh didaftarkan untuk menyertai tiga (3)
acara perseorangan dan dua (2) acara berpasukan.
4.3.2 Setiap peserta hanya boleh didaftarkan untuk satu kategori sahaja.

5.0 Kelayakan Peserta

5.1 Peserta hendaklah terdiri daripada pelajar yang menghadiri kursus penuh di
sekolah-sekolah yang berdaftar dan menjadi ahli Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah Daerah Batu Pahat.

5.2 Pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM/STPM tidak


layak menyertai pertandingan ini.
144 X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

5.3 Mereka yang berdaftar di sekolah swasta selepas mendapat keputusan


SPM/STPM layak menyertai pertandingan ini dengan syarat mempunyai
kedatangan tidak kurang daripada 75% kehadiran (kiraan bermula sebulan
selepas pengumuman keputusan peperiksaan).

5.4 Peserta di bahagikan kepada enam kategori seperti Jadual 8.10:

Jadual 8.1: Kategori dan Syarat-syaratnya


Kategori Syarat
Lelaki 12 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 13 tahun pada 1.1.2006
Perempuan 12 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 13 tahun pada 1.1.2006
Lelaki 15 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2006
Perempuan 15 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2006
Lelaki 20 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 21 tahun pada 1.1.2006
Perempuan 20 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 21 tahun pada 1.1.2006

5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan Kad Pengenalan
diri, dan tiga (3) keping gambar berukuran Pasport Antarabangsa bagi setiap
peserta bersama Borang Pendaftaran peserta. Semua peserta yang
menggunakan dokumen pendaftaran JPN 1/9 atau 1/11 mestilah disahkan
oleh Pengerusi pertandingan.

5.4 Peserta-peserta gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran/


semasa taklimat Pengurus Pasukan akan dikenakan Yuran Pendaftaran RM
20.00 seorang. Gantian peserta hanya boleh dilakukan kepada peserta yang
telah didaftarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran. Semua Yuran
Pendaftaran peserta tidak akan dikembalikan.

5.5 Taraf pemastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am Perkara


20.11.

6.0 Mesyuarat Pengurus Pasukan

6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum
pertandingan pertama dijalankan.

6.2 Pengurus-Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama


peserta beserta dengan Kad Pengenalan atau Dokumen Pendaftaran JPN
1/9atau JPN 1/11 yang asal untuk disahkan. Tambahan kepada bilangan
peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan.
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W 145

6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah
muktamad.

7.0 Acara-acara

7.1 Pertandingan ini terbahagi kepada acara-acara seperti berikut:-


7.1.1 Balapan dan Padang Lelaki 20 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA


1) 100M 13) 20,000M Jalan Kaki
2) 200M 14) 4 x 100M Lari Berganti
3) 400M 15) 4 x 400M Lari Berganti
4) 800M 16) Lompat Tinggi
5) 1,500M 17) Lompat Jauh
6) 5,000M 18) Lompat Kijang
7) 10,000M 19) Lompat Bergalah
8) Dekathlon 20) Lontar Peluru
9) 110M Lari Berpagar 21) Lontar Cakera
10) 400M Lari Berpagar 22) Merejam Lembing
11) 3,000M Lari Berhalang 23) Baling Tukul Besi
12) 10,000M Jalan Kaki

7.1.2 Balapan dan Padang Wanita 20 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA


1) 100M 12) 10,000M Jalan Kaki
2) 200M 13) 4 x 100M Lari Berganti
3) 400M 14) 4 x 400M Lari Berganti
4) 800M 15) Lompat Tinggi
5) 1,500M 16) Lompat Jauh
6) 10,000M 17) Lompat Kijang
7) Hepthathlon 18) Lompat Bergalah
8) 100M Lari Berpagar 19) Lontar Peluru
9) 400M Lari Berpagar 20) Lontar Cakera
10) 5,000M Lari Berhalangan 21) Merejam Lembing
11) 15,000M Jalan Kaki 22) Baling Tukul Besi
146 X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

7.1.3 Balapan dan Padang Lelaki 15 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA


1) 100M 10) Lompat Tinggi
2) 200M 11) Lompat Jauh
3) 400M 12) Lompat Kijang
4) 800M 13) Lompat Bergalah
5) 1,500M 14) Lontar Peluru
6) 110M Lari Berpagar 15) Lontar Cakera
7) 400M Lari Berpagar 16) Merejam Lembing
8) 4 x 100M Lari Berganti 17) Baling Tukul Besi
9) 4 x 400M Lari Berganti

7.1.4 Balapan dan Padang Wanita 15 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA


1) 100M 10) Lompat Tinggi
2) 200M 11) Lompat Jauh
3) 400M 12) Lompat Kijang
4) 800M 13) Lompat Bergalah
5) 1,500M 14) Lontar Peluru
6) 100M Lari Berpagar 15) Lontar Cakera
7) 400M Lari Berpagar 16) Merejam Lembing
8) 4 x 100M Lari Berganti 17) Baling Tukul Besi
9) 4 x 400M Lari Berganti

7.1.5 Balapan dan Padang Lelaki 12 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA


1) 100M 6) Lompat Tinggi
2) 200M 7) Lompat Jauh
3) 400M 8) Lompat Kijang
4) 4 x 100M Lari Berganti 9) Lontar Peluru
5) 4 x 400M Lari Berganti 10) Merejam Lembing

7.1.6 Balapan dan Padang Wanita 12 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA


1) 100M 6) Lompat Tinggi
2) 200M 7) Lompat Jauh
3) 400M 8) Lompat Kijang
4) 4 x 100M Lari Berganti 9) Lontar Peluru
5) 4 x 400M Lari Berganti 10) Merejam Lembing
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W 147

8.0 Sistem Pertandingan

8.1 Bagi ketinggian pagar dalam acara berpagar Lelaki/Wanita akan


menggunakan had ketinggian seperti yang digunakan dalam mana-mana
acara olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia yang telah ditetapkan.

8.2 Bagi berat alat-alatan sukan seperti Peluru, Cakera dan Lembing
Lelaki/Wanita dan acara Baling Tukul Besi juga akan menggunakan kategori
berat yang digunakan dalam mana-mana acara olahraga Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia yang telah ditetapkan.

9.0 Masa Melaporkan Diri

9.1 Acara Balapan


Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta 30 minit
sebelum acara-acara mereka bermula.

9.2 Acara Padang


Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta 45 minit
sebelum acara-acara mereka bermula.

9.3 Sebarang perubahan atau pindaan mengenai perkara 9.1 dan 9.2 akan
dimaklumkan kelak.

10.0 Penggantian

10.1 Bagi acara Lari Berganti-ganti, penggantian pelari boleh dibuat dengan
peserta yang telah didaftarkan sahaja. Dengan itu semua nama peserta yang
mengambil bahagian hendaklah diserahkan kepada Pegawai bertugas
bersama dengan Borang Penyertaan.

10.2 Seseorang peserta yang diterima sebagai pengganti dibenarkan mengambil


bahagian dalam acara-acara yang telah didaftarkan oleh peserta yang menarik
diri dan hendaklah dibuat semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

10.3 Bagi acara (perseorangan) dan berpasukan, peserta yang telah didaftarkan
sahaja yang layak mengambil bahagian. Peserta gantian tidak dibenarkan.

11.0 Pembatalan

11.1 Semua peserta yang telah melayakkan diri dari pusingan awal ke pusingan
berikutnya, tidak dibenarkan menarik diri daripada menyertai acara tersebut.
148 X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

11.2 Sekiranya berlaku, maka peserta berkenaan akan dibatalkan daripada


pertandingan berikutnya kecuali dengan kebenaran daripada Pengadil atau
Doktor (jika kecederaan).

12.0 Abjad/Nombor Peserta

12.1 Peserta tidak dibenarkan bertanding melainkan mereka memakai


Abjad/Nombor yang ditentukan di hadapan dan di belakang badan dan di
pin atau dilekatkan dalam keadaan sempurna iaitu empat pin pada
pepenjuru. Hanya peserta-peserta Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah sahaja
dibenarkan memakai satu nombor.

13.0 Peralatan

13.1 Dalam acara Lompat Bergalah, seseorang peserta itu dibenarkan


menggunakan galah sendiri. Semua alat pertandingan termasuk Blok
Permulaan (Starting Block) akan disediakan oleh Jawatan kuasa Teknikal dan
Pertandingan.

13.2 Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan galah peserta yang lain


kecuali mendapat kebenaran daripada peserta berkenaan.

14.0 Saringan

14.1 Lima (5) Saringan Hanya dua (2) peserta dari setiap saringan dan enam (6)
lagi peserta yang mencatat masa terbaik dari kelima-lima adalah layak
memasuki peringkat Separuh Akhir.

14.2 Empat (4) Saringan Hanya tiga (3) peserta dari tiap-tiap saringan dan empat
(4) lagi peserta yang mencatat masa terbaik dari keempat-empat saringan
layak memasuki peringkat Separuh Akhir.

14.3 Tiga (3) Peringkat Separuh Akhir Hanya dua (2) peserta dari setiap separuh
akhir dan dua (2) lagi peserta yang mencatatkan masa yang terbaik dari
ketiga-tiga Separuh Akhir adalah layak memasuki peringkat Akhir.

14.4 Dua (2) Peringkat Separuh Akhir Hanya tiga (3) peserta dari tiap-tiap Separuh
Akhir dan dua (2) lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik dari kedua-dua
Separuh Akhir adalah layak memasuki peringkat Akhir.

15.0 Pembahagian Lorong

15.1 Semua pembahagian lorong akan dijalankan oleh Jawatan kuasa Teknikal dan
Pertandingan Olahraga.
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W 149

15.2 Bagi pusingan pertama, setiap peserta akan diundi untuk menentukan lorong
masing-masing.

15.3 Bagi pusingan berikutnya, maka dua (2) undian akan dibuat seperti berikut:-
15.3.1 Undian pertama adalah untuk empat peserta atau pasukan yang
telah mencatat masa terpantas bagi memutuskan tempat-tempat
mereka di lorong 3, 4, 5 dan 6.
15.3.2 Undian kedua adalah untuk empat peserta atau pasukan lain yang
telah melayakkan diri bagi memutuskan tempat mereka di lorong 1,
2, 7 dan 8.

15.4 Peraturan 15 adalah menjadi tanggungjawab Jawatan kuasa Teknikal dan


Pertandingan.

16.0 Pengadil/Pegawai Pertandingan

16.1 Semua Pegawai Teknikal yang bertauliah akan dilantik oleh Kesatuan
Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk bertugas di sepanjang
berlangsung.

16.2 Keputusan Pegawai Teknikal Dalam Setiap Pertandingan Adalah Muktamad.

17.0 Bantahan/Tatatertib

17.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja
dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah secara bertulis dan
disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00.

17.2 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati
tidak wajar.

17.3 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah/Pegawai Pertandingan


dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan itu tamat. Walau
bagaimanapun semua prosedur atur cara bantahan hendaklah mengikut
amalan yang digunakan oleh KOAM.

18.0 Jawatan Kuasa Bantahan/Tatatertib

18.1 Pelantikan Jawatan kuasa Bantahan/Tatatertib dan prosedur atur cara


mesyuarat adalah mengikut yang digunakan oleh Kesatuan Olahraga Amatur
Malaysia.
150 X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

18.2 Jawatan kuasa Bantahan/Tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat


daripada mana-mana pihak berkaitan dengan perkara yang dibincangkan
untuk membuat sesuatu keputusan.

18.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

19.0 Kawasan Pertandingan

19.1 Hanya pegawai-pegawai pertandingan yang bertugas dan peserta-peserta


yang sedang bertanding sahaja dalam acara masing-masing dibenarkan
berada dalam kawasan pertandingan.

20.0 Hadiah-hadiah

20.1 Pingat-pingat akan disediakan seperti Jadual 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.6 dan 8.7.

Jadual 8.2: Pingkat untuk Lelaki Bawah 20 Tahun


LELAKI 20 Tahun EMAS PERAK GANGSA
100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
800M 1 1 1
1,500M 1 1 1
5,000M 1 1 1
10,000M 1 1 1
Dekathlon 1 1 1
110M Lari Berpagar 1 1 1
400M Lari Berpagar 1 1 1
3,000M Lari Berhalangan 1 1 1
10,000M Jalan Kaki 1 1 1
20,000M Jalan Kaki 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lompat Bergalah 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Lontar Cakera 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
Baling Tukul Besi 1 1 1
JUMLAH 23 23 23
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W 151

Jadual 8.3: Pingkat untuk Wanita Bawah 20 Tahun

WANITA 20 tahun EMAS PERAK GANGSA


100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
800M 1 1 1
1,500M 1 1 1
10,000M 1 1 1
Hepthathlon 1 1 1
100M Lari Berpagar 1 1 1
400M Lari Berpagar 1 1 1
3,000M Lari Berhalangan 1 1 1
15,000M Jalan Kaki 1 1 1
10,000M Jalan Kaki 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lompat Bergalah 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Lontar Cakera 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
Baling Tukul Besi 1 1 1
JUMLAH 22 22 22
152 X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

Jadual 8.4: Pingkat untuk Lelaki Bawah 16 Tahun

LELAKI 16 Tahun EMAS PERAK GANGSA


100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
800M 1 1 1
1,500M 1 1 1
110M Lari Berpagar 1 1 1
400M Lari Berpagar 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lompat Bergalah 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Lontar Cakera 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
Baling Tukul Besi 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
JUMLAH 17 17 17

Jadual 8.5: Pingkat untuk Wanita Bawah 16 Tahun

WANITA 16 tahun EMAS PERAK GANGSA


100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
800M 1 1 1
1,500M 1 1 1
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W 153

110M Lari Berpagar 1 1 1


400M Lari Berpagar 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lompat Bergalah 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Lontar Cakera 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
Baling Tukul Besi 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
JUMLAH 17 17 17

Jadual 8.6: Pingkat untuk Lelaki Bawah 14 Tahun

LELAKI 14 Tahun EMAS PERAK GANGSA


100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
JUMLAH 10 10 10
154 X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

Jadual 8.7: Pingkat untuk Wanita Bawah 16 Tahun

WANITA 14 Tahun EMAS PERAK GANGSA


100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
JUMLAH 10 10 10

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Apakah faktor yang utama harus kita fikirkan dalam membina


peraturan am sebagai penganjur yang beretika?
2. Nyatakan tujuan utama peraturan am yang kita rangka.
3. Nyatakan tugas dan tanggungjawab pengadil dalam
kejohanan olahraga.
4. Dalam mengendalikan kejohanan olahraga penganjur mesti
mematuhi undang-undang teknikal yang di keluarkan oleh
satu badan. Namakan badan tersebut di Malaysia.

8.2 PEGAWAI TEKNIKAL KEJOHANAN


OLAHRAGA
Ketika anda menjadi pelajar sekolah satu ketika dulu sudah pasti anda pernah
menyertai dan melihat kejohanan olahraga tidak kira sama ada di peringkat
sekolah, Majlis Sukan Sekolah Daerah, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri atau
Majlis Sukan Sekolah Malaysia. Dalam kejohanan ini anda pasti akan dapat melihat
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W 155

pegawai-pegawai yang bertugas ada antaranya duduk di tangga kayu untuk


mencatat nama pemenang lumba lari, mengukur dan mencatat balingan dan lain-
lain lagi. Apakah tugas mereka? Sebenarnya mereka bertugas sebagai pegawai
teknikal kejohanan olahraga. Tahukah anda kebanyakan pegawai-pegawai ini ialah
guru-guru yang telah didedahkan dalam tugas kepegawaian semenjak di Institusi
Perguruan lagi iaitu dalam aktiviti Gerak Kerja Ko Kurikulum Olahraga atau
Kejohanan Olahraga di peringkat Institusi perguruan.

Sebagai seorang guru satu ketika nanti, sudah pasti anda akan di beri tugas sebagai
pegawai teknikal. Keringat semua guru di peringkat sekolah ditagih dalam
membantu urusan mengelola dan mengendalikan kejohanan olahraga peringkat
sekolah. Dalam kejohanan peringkat sekolah-sekolah daerah, negeri dan negara
kebanyakan guru-guru terlibat sebagai pegawai teknikal. Selain daripada itu
terdapat juga guru-guru tertentu dilantik sebagai pengelola dan pengurus
kejohanan. Dari pengalaman yang luas ini tidak hairanlah sekiranya dalam
kejohanan olahraga peringkat kebangsaan seperti SUKMA, Kejohanan Olahraga
Kebangsaan dan lain-lain lagi, kebanyakan guru-guru di beri penghormatan
sebagai pegawainya teknik.

Pegawai-pegawai teknikal kejohanan seharusnya dilantik daripada mereka yang


mempunyai tauliah daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).
Pegawai-pegawai teknikal merupakan mereka yang berperanan penting ketika
acara olahraga berlangsung. Pegawai teknikal bertanggungjawab memastikan
peserta dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan dan melicinkan lagi
perjalanan sesuatu acara olahraga.

Tugas sebagai pegawai teknikal bukan satu tugas yang mudah, mereka yang
bertugas dalam bidang ini perlulah berpengalaman dan berpengetahuan luas.
Untuk mendapat pengiktirafan KOAM pegawai yang terbabit perlu melepasi ujian
amali dan praktikal yang agak ketat. Merujuk kepada Teng (1994), secara amnya
pegawai teknikal boleh di bahagikan kepada empat kumpulan umum iaitu:

(a) Kumpulan Pengurusan


(a) Pengurus Kejohanan
(b) Pengurus Teknik
(c) Setiausaha Kejohanan

(b) Kumpulan Juri Rayuan


Dianggotai oleh tiga hingga lima orang ahli juri rayuan. Kalau di peringkat
sekolah juri rayuan di pengerusikan oleh pengetua sekolah dan setiausaha juri
rayuan biasanya merupakan setiausaha sukan sekolah. Ahli juri rayuan
biasanya orang yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam kejohanan
156 X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

olahraga. Juri rayuan juga perlu bebas atau tidak mempunyai kepentingan
dengan mana-mana pasukan yang bertanding.

(c) Kumpulan Pertandingan


(i) Seorang pengadil bagi acara balapan
(ii) Seorang pengadil bagi acara padang
(iii) Seorang pengadil bagi acara jalan kaki
(iv) Hakim-hakim bagi acara balapan
(v) Hakim-hakim bagi acara padang
(vi) Hakim-hakim bagi acara jalan kaki
(vii) Pengadil-pengadil balapan
(viii) Seorang ketua penjaga masa
(ix) Penjaga-penjaga masa
(x) Pelepas
(xi) Penolong pelepas
(xii) Pencatat pusingan
(xiii) Perakam
(xiv) Pengawas-pengawas balapan
(xv) Penyelia peserta

(d) Kumpulan Pegawai-pegawai Tambahan


(i) Juru acara
(ii) Seorang juru ukur rasmi
(iii) Juru teknik alat penyukat angin
(iv) Pasukan pembantu padang

Tanggungjawab pegawai teknik secara amnya semasa kejohanan olahraga ialah:


Ć Semua pegawai yang bertugas hendaklah hadir 20 minit sebelum kejohanan
dimulakan bagi sesi taklimat.
Ć Ketua pegawai teknikal perlu memberi taklimat kepada pegawai tentang
masalah dan etika.
Ć Ketua pegawai teknikal perlu memastikan dan mencatat kehadiran pegawai.
Sekiranya ada pegawai yang tidak dapat hadir ketua pegawai teknikal boleh
merujuk kepada urus setia untuk penggantian pegawai.
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W 157

Ć Ketua pegawai teknikal perlu memastikan bahawa pegawai bertugas di setiap


tempat pertandingan adalah mencukupi bagi melancarkan lagi kejohanan.

SEMAK KENDIRI 8.2

1. Nyatakan kumpulan pegawai teknikal kejohanan olahraga


2. Dengan ringkas, huraikan tanggungjawab mereka

8.2.1 Bidang Tugas Pegawai Teknikal


Pegawai teknik biasanya di lantik daripada individu yang bertauliah,
berpengetahuan dan mempunyai pengalaman luas dalam satu temasya olahraga.
Sekiranya perlu pegawai yang dilantik hendaklah menjalani kursus sebelum
kejohanan bagi melicinkan lagi pengelolaan kejohanan. Berikut di antara bidang
tugas pegawai teknik:

1. Pengurus Kejohanan
Ć Bertanggungjawab terhadap kelicinan dan kelancaran perjalanan
kejohanan olahraga.
Ć Berkuasa dalam menentukan dan mengendali keseluruhan perjalanan
majlis.
Ć Memastikan kehadiran pegawai teknikal yang bertugas serta mendapat
pengganti sekiranya ada di antara pegawai teknikal tidak dapat hadir.
Ć Memastikan keselamatan perjalanan kejohanan.
Ć Mengaturkan perjumpaan dan taklimat dengan pegawai-pegawai
pengurusan dan teknikal kejohanan olahraga.
Ć Menentukan hanya mereka yang berkenaan sahaja dibenarkan berada di
arena.

2. Penolong Pengurus Kejohanan


Ć Membantu tugas- tugas Pengurus Kejohanan.
Ć Mencatatkan kedatangan pegawai pada setiap sesi.
Ć Mencatat masa mula dan berakhirnya setiap sesi.
Ć Menilai tugas pegawai, kekuatan dan kelemahan-kelemahannya.
158 X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

Ć Membantu pengelolaan Majlis Penyampaian Hadiah.


Ć Membantu pengagihan cenderamata jika ada.
Ć Mengagihkan kain lengan pegawai.

3. Pengurus teknik
Ć Memastikan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan
boleh digunakan.
Ć Memastikan ukuran gelanggang balapan dan padang menepati piawaian.
Ć Memastikan alatan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik
dan boleh digunakan.
Ć Memastikan borang-borang teknikal untuk kegunaan pegawai-pegawai
teknikal tersedia.

4. Setiausaha Kejohanan
Ć Bertanggungjawab menguruskan urusan mesyuarat-mesyuarat jawatan
kuasa induk dan mesyuarat yang berkaitan dengan pengelolaan
kejohanan.
Ć Membuat catatan dan penyediaan minit mesyuarat.
Ć Menguruskan perjalanan surat-menyurat.
Ć Menyediakan laporan perjalanan mesyuarat.

5. Juri Rayuan
Ć Menerima masalah, bantahan dan rayuan daripada peserta dan pasukan
yang bertanding.
Ć Menyelesaikan masalah bantahan dan rayuan yang dikemukakan
daripada peserta dan pasukan yang bertanding.
Ć Keputusan juri rayuan adalah muktamad.

6. Pengadil
Ć Memastikan dan menentukan peraturan pertandingan dipatuhi di dalam
kejohanan olahraga.
Ć Membuat keputusan dari aspek teknikal yang berbangkit terutama
sekiranya masalah ini tiada terdapat dalam peraturan-peraturan
pertandingan.
Ć Merupakan orang yang di rujukan dan seterusnya membuat keputusan
dalam satu pertelingkahan teknikal sekiranya hakim tidak dapat membuat
keputusan.
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W 159

Ć Pengadil perlu memastikan terdapat hakim yang bertugas bagi acara-


acara tertentu, sekiranya belum terdapat lantikan hakim bagi acara-acara
tertentu pengadil perlu membuat pelantikan.
Ć Membuat taklimat kepada hakim-hakim dan pegawai teknikal tentang
aspek teknikal sebelum memulakan kejohanan.
Ć Mengawasi pengukuran yang dilakukan dalam acara padang dan
memeriksa keputusan-keputusan akhir serta menyelesaikan
pertelingkahan.
Ć Mengawasi cara mengambil masa dalam acara balapan dan seterusnya
memeriksa keputusan-keputusan akhir serta menyelesaikan
pertelingkahan.
Ć Mengesahkan semua catatan rekod dan menandatanganinya.
Ć Memastikan semua keputusan dicatat dengan betul sebelum diserahkan
kepada pencatat. (Ketua Hakim perlu membantu).
Ć Pengadil berkuasa memberi amaran kad kuning dan kad merah dengan
itu pengadil berkuasa untuk menyingkirkan peserta dari kejohanan atas
sebab-sebab tertentu.
Ć Pengadil berkuasa membatalkan acara dan mengatur semula
pertandingan pada masa yang sama mengikut budi bicara.
Ć Pengadil berkuasa menukarkan tempat pertandingan dalam acara padang
jika pada pendapatnya keadaan memerlukan dengan syarat sesuatu
pusingan itu ditamatkan dahulu.
Ć Berkuasa menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak bersopan dan
memutuskan semua bantahan mengenai seseorang peserta pada ketika itu
juga.

7. Ketua Hakim
Bagi membantu pengadil menjalankan tugas yang agak berat dari segi
teknikal ketua hakim biasanya dilantik bagi membantu pengadil. Ketua hakim
akan membantu pengadil dari segi memantau dan memastikan perjalanan
kejohanan olahraga di laksanakan dengan licin serta mengurangkan masalah
teknikal. Di balapan ketua hakim akan mengumpulkan keputusan sebelum
diserahkan kepada pengadil untuk ditandatangani.

8. Hakim Balapan
Hakim balapan bertanggungjawab menghakimi semua acara balapan. Antara
tugasnya ialah:
Ć Menentukan kedudukan setiap peserta yang mengambil bahagian dalam
sesuatu acara.
160 X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

Ć Mencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara


balapan untuk tindakan ketua hakim.
Ć Memerhati kedudukan peserta-peserta bagi setiap pusingan dalam acara
jarak jauh dengan bantuan pencatat.
Ć Mencatatkan nombor dan kedudukan peserta serat-merta sebaik sampai
di garisan penamat.
Ć Hakim balapan tidak digalakkan berbincang kedudukan peserta dengan
hakim lain.

9. Hakim Padang
Hakim padang akan bertugas di bawah seorang ketua hakim, di antara
tugasnya hakim padang ialah:
Ć Menghakimi acara padang mengikut peraturan.
Ć Mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh peserta
Ć Menyemak catatan pada akhir setiap pusingan
Ć Mengesahkan balingan atau lompatan

10. Pengadil Lorong


Sentiasa berada di sesuatu tempat seperti yang telah ditetapkan oleh Pengadil
atau Ketua pengadil Lorong. Mereka bertugas dibawah seorang ketua
pengadil dan membantu pengadil dalam membuat membuat sebarang
keputusan dan melaksanakan undang-undang dalam sesuatu kejohanan.
Namun pengadil lorong tiada mempunyai kuasa dalam pembatalan dan
membuat keputusan. Sebaliknya tugasnya adalah melapurkan kesalahan
kepada pengadil untuk diambil tindakan. Di antara tugasnya ialah:

Ć Memerhati bahawa semua peserta yang bertanding tidak melanggar


peraturan ketika mengambil bahagian dalam perlumbaan
Ć Pengadil lorong perlu memastikan peserta berlari mengikut lorong
masing-masing dari mula sampai penamat
Ć Mengawasi kawasan pertukaran baton semasa acara lari berganti-ganti di
patuhi mengikut peraturan pertandingan
Ć Mengangkat bendera merah sebagai isyarat adabila berlaku pelanggaran
peraturan ketika bertugas
Ć Melapor kepada pengadil semua peristiwa atau kejadian yang berlaku
untuk membolehkan pengadil membuat keputusan

11. Penjaga Masa


Tugas utama penjaga masa ialah untuk mengambil masa yang di lakukan oleh
pelumba lari dan pelumba jalan kaki dari permulaan hingga ke penamat.
Masa akan mula diambil daripada daripada kilat atau cahaya tembakan pistol
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W 161

(cahaya bergerak lebih cepat dari bunyi) sehingga detik badan (torso) peserta
itu sampai ke garis penamat seperti yang di syarat dalam buku peraturan.

Memandangkan tugasnya yang memerlukan tumpuan sepenuhnya terhadap


pergerakan permulaan sehingga tamat seorang atlit bisanya penjaga-penjaga
masa ditempatkan di luar balapan iaitu bertentangan dengan garisan
penamat. Mereka duduk di atas pentas yang bertingkat dan mengadap
barisan hakim balapan. Seorang ketua penjaga masa akan mengawasi para
penjaga masa yang bertugas. Di antara tugasan penjaga masa ialah:
Ć Sebelum bertugas penjaga masa perlu memeriksa dan memastikan jam
yang digunakan dalam keadaan baik.
Ć Setiap jam mempunyai butang arahan yang berlainan oleh itu penjaga
masa perlu membuat latihan serta memahami fungsi butang yang
terdapat pada jam.
Ć Mengambil dan mencatat masa perlumbaan peserta yang di tetapkan oleh
ketua penjaga masa dalam acara balapan
Ć Mencatat maklumat ke dalam Âborang penjaga masaÊ untuk di serahkan
kepada ketua penjaga masa
Ć Untuk mengelakkan bias ketika menjalankan tugas penjaga masa
hendaklah bertugas sendirian, mereka tidak di galakan berbincang,
membanding atau menujukan masa yang dicatatkan kepada penjaga masa
yang lain.
Ć Penjaga masa perlu menunjukkan jamnya kepada ketua penjaga masa
yang akan memeriksa jam untuk menentukan masa yang di laporkan
sama dengan masa di jam. Oleh itu penjaga masa tidak di benarkan untuk
balikkan jarum jam (reset) sehingga diperiksa atau diarah oleh Ketua
Penjaga Masa.

12. Ketua Penjaga Masa


Ketua penjaga masa bertanggungjawab untuk membuat keputusan berkaitan
masa rasmi yang di catat oleh setiap peserta dengan mengisi semula
maklumat yang di perlukan dalam borang laporan ketua penjaga masa.
Biasanya terdapat tiga atau dua jam digunakan untuk mengambil masa
seorang peserta. Dalam keadaan dua daripada tiga jam rasmi menunjukkan
masa yang sama dan jam ketiga mencatatkan masa berlainan, maka masa
rasmi adalah masa yang di tunjukkan oleh dua jam yang sama. Jika ketiga-
tiga jam menunjukkan masa yang berlainan maka jam yang menunjukkan
masa di tengah-tengah di ambil sebagai masa rasmi. Sekiranya dua jam di
gunakan masa jam yang lebih lambat di terima sebagai masa rasmi. Namun
dalam keadaan tertentu ketua penjaga masa akan mengambil sendiri masa
162 X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

perlumbaan, sekiranya terdapat perbezaan yang nyata ketua penjaga masa


boleh mengambil masa yang diambilnya sebagai masa rasmi.

13. Pelepas dan Pelepas Panggil Balik


Pelepas dan pelepas panggil balik biasanya terdiri daripada individu yang
mempunyai lesen khas dalam mengendali pistol. Di antara tugas pelepas
ialah:
Ć Pelepas bertanggung jawab membuat pelepasan semua peserta bagi setiap
acara balapan mengikut syarat-syarat yang telah di tetapkan.
Ć Pelepas bersama-sama dengan pembantu perlu mengawal semua peserta
yang bertanding dari sebelum masa ke garisan sehingga peserta berlepas.
Ć Pelepas atau pelepas panggil balik boleh bertindak sekiranya terdapat
pelanggaran peraturan ketika proses pelepasan.
Ć Pelepas panggil semula bertugas membantu pelepas mengawasi peraturan
pelepasan di patuhi oleh peserta.
Ć Jika peserta berlepas lebih awal dari tembakan pistol pelepas atau pelepas
panggil semula perlu melepaskan tembakan sebagai syarat memanggil
semula peserta-peserta yang berlepas
Ć Amaran dan penyingkiran hanya boleh di berikan oleh pelepas
Ć Pelepas perlu memastikan para hakim dan penjaga masa bersedia sebelum
memulakan pelepasan.
Ć Pelepas juga perlu memastikan arahan yang di berikan dapat di dengari
oleh kesemua peserta.
Ć Pelepas perlu mengambil masa yang bersesuaian ketika memberi arahan
dalam keadaan Âke garisanÊ, danÊ "Sedia‰.

14. Penolong Pelepas


Penolong pelepas bertugas membantu pelepas, antara tugas ini ialah:
Ć Memeriksa dan memastikan hanya peserta-peserta yang sah dan
didaftarkan sahaja bertanding atau mengambil bahagian dalam sesuatu
perlumbaan atau acara tertentu.
Ć Menentukan peserta-peserta memakai nombor mengikut peraturan yang
telah di tetapkan di bahagian hadapan dan belakang bajunya seseorang
peserta.
Ć Memastikan dan mengawas peserta-peserta sentiasa berada di lorong dan
tempat permulaan yang betul seperti yang di tetapkan dalam borang
pelepas (Borang laporan penyeliaan peserta).
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W 163

Ć Mengawasi bahawa tiada peserta melanggar peraturan permulaan setelah


pelepas memberi isyarat ke garisan. Jika ada, penolong pelepas hendaklah
memberi isyarat kepada pelepas.
Ć Memastikan baton-baton telah tersedia bagi pelari pertama dalam acara
lari berganti-ganti.
Ć Sekiranya segala peraturan pelepas sudah di patuhi penolong pelepas
perlu memberi isyarat kepada pelepas bahawa semua peserta sudah sedia.

15. Pencatat Pusingan


Dalam acara yang melibatkan pusingan yang banyak contohnya acara jarak
jauh seperti acara 5000m atau 10000m pencatat pusingan di perlukan bagi
mengelak kekeliruan. Tugas utama pencatat ialah mencatat bilangan pusingan
yang di buat oleh tiap-tiap peserta dan pencatat pusingan juga
bertanggungjawab untuk memberitahu peserta bilangan pusingan yang perlu
di sempurnakan. Catatan ini akan di buat dalam borang pencatat pusingan.
Loceng akan di bunyikan sebagai tanda kepada peserta yang beliau perlu
menghabis satu pusingan sahaja lagi. Biasanya seorang pencatat pusingan
akan di tugaskan untuk mengawasi seorang peserta.

16. Perakam
Perakam bertugas untuk membuat catatan terhadap keputusan dalam
kejohanan olahraga. Antara tugas perakam ialah:
Ć Mendapatkan keputusan semua pertandingan daripada Ketua Hakim
yang telah disahkan oleh Pengadil.
Ć Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam borang
keputusan rasmi yang akan menunjukkan masa, jarak atau ketinggian
setelah menerima maklumat daripada pengadil atau ketua hakim dan
maklumat dari juru teknik dan penyukat angin.
Ć Menyediakan carta pungutan mata dan pingat bagi setiap pasukan yang
bertanding.
Ć Menyediakan carta pungutan mata mengikut tiap-tiap peringkat umur
dan jantina bagi acara yang di pertandingkan.
Ć Mencatat rekod baru kejohanan yang telah di pecahkan mengikut
peringkat umur dan jantina.
Ć Menyediakan senarai nama peserta yang layak ke peringkat seterusnya
dan di edarkan kepada pengurus pasukan.
Ć Menyediakan semua keputusan dari peringkat saringan ke peringkat
akhir dan kedudukan peserta tersebut.
Ć Menyediakan Buku Keputusan Rasmi keseluruhan kejohanan dan
edarkan kepada semua pengurus pasukan.
164 X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

Ć Menyediakan rekod pencapaian individu bagi setiap bahagian untuk


memudahkan pemilihan olahragawan dan olahragawati kejohanan.
Ć Setelah membuat catatan perakam hendaklah menyampai keputusan
rasmi itu kepada juru acara.

17. Marsyal
Marsyal merupakan orang yang bertanggung jawab terhadap keselamatan
gelanggang. Dengan kata lain marsyal berkuasa penuh mengawasi arena
pertandingan dan tidak membenarkan sesiapa yang tidak berkenaan
berkumpul atau berada dalam kawasan pertandingan. Ini termasuk pegawai-
pegawai teknik yang tidak bertugas dan sepatutnya berada di tempat yang
dikhaskan kepada mereka. Antara tugas marsyal ialah:
Ć Berkuasa penuh mengarahkan penonton dan pegawai yang tidak
berkenaan supaya meninggalkan gelanggang.
Ć Mengagihkan pembantu-pembantu padang dan memaklumkan tugas
mereka.
Ć Mengawas supaya tiada gangguan berlaku di tempat pertandingan.
Ć Menyediakan prosedur keluar dan masuk peserta dan pegawai serta
majlis penyampaian hadiah.

18. Pembantu Marsyal


Pembantu marsyal biasanya terdiri daripada pelajar atau ahli-ahli badan-
badan uniform antara tugas pembantu marsyal:
Ć Membantu marsyal menjalankan tugas-tugas mengawal keselamatan
gelangang permainan.
Ć Membantu pengelola peserta membawa dan mengiringi peserta-peserta ke
tempat pertandingan dan balik.
Ć Membantu pengelola jawatan kuasa hadiah membawa pemenang ke
tempat penyampaian hadiah dan balik.

19. Penyelia Peserta


Di antara tugas penyelia peserta ialah:
Ć Mendapatkan semua borang penyertaan daripada Pengerusi Teknik
Pertandingan.
Ć Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang akan
bertanding dalam sesuatu acara.
Ć Membuat panggilan dan mengumpulkan peserta untuk ke gelanggang.
Ć Mendapat bantuan pembantu marsyal untuk menghantar peserta ke
gelanggang.
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W 165

Ć Menyusun peserta masuk ke padang mengikut lorong bagi memudahkan


tugasan pelepas atau hakim.
Ć Menulis di papan markah bertujuan mengingatkan pengurus pasukan
menyediakan peserta untuk pertandingan.
Ć Mencatat maklumat jika terdapat dalam borang penyelia peserta
(misalnya peserta yang menarik diri) untuk makluman dan perhatian
penolong pelepas.
Ć Menjalankan tugas mengumpul pemenang-pemenang hadiah untuk
upacara penyampaian hadiah.
Ć Menyusun pemenang hadiah mengikut kedudukan tempat bagi
memudahkan acara penyampaian hadiah.

20. Juru acara


Antara tugas juruacara ialah:
Ć Juru acara akan membuat pengumuman kepada orang ramai maklumat
yang berkaitan dengan peserta yang mengambil bahagian dalam satu
acara.
Ć Juru acara biasanya membuat pengumuman dalam bentuk nama peserta,
nombor, pasukan, lorong dan saringan.
Ć Juruacara juga akan menghebahkan keputusan sesuatu acara yang di
pertandingkan sebaik saja menerima maklumat yang sah daripada
perakam atau pencatat.
Ć Juru acara juga perlu mengumumkan upacara penyampaian hadiah
berdasarkan kenyataan pada borang penyampaian hadiah.
Ć Juru acara akan membacakan keputusan dengan menyatakan acara,
pemenang, pasukan dan pencapaian yang dibuat
Ć Semasa membuat pengumuman- perhatikan di tempat-tempat
pertandingan juru acara perlu mengelakkan dari membuat ulasan selari
semasa peserta sedang bertanding.
Ć Juru acara kejohanan juga tidak di galakan menggunakan bahasa yang
berbunga- bunga dan berbelit-belit.
Ć Umumkan sebarang kesilapan sebaik sahaja disedari.
Ć Selain daripada maklumat berkaitan dengan pertandingan juru acara juga
diarahkan untuk membuat pengumuman yang tertentu berkaitan dengan
kejohanan atau perkara-perkara lain yang perlu di hebahkan.

21. Juru Ukur Rasmi


Juru ukur bertugas sebelum kejohanan olahraga bermula:
166 X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

Ć Beliau bertanggungjawab mengukur dan memastikan ukuran balapan dan


semua bulatan lontaran termasuk sektornya memenuhi spesifikasi rasmi.
Ć Beliau akan menyerahkan sijil pengesahan yang menyatakan semua
ukuran kawasan pertandingan adalah betul kepada pengurus kejohanan,
pengurus teknik dan pengadil setelah berpuas hati terhadap semua
ukuran gelanggang pertandingan.

22. Pegawai Perubatan


Pegawai perubatan yang di bantu oleh pasukan sukarela amat perlu untuk
memberi bantu mula dan merawat kecederaan kecil. Pegawai perubatan
bertugas memberi rawatan kepada peserta-peserta yang tercedera atau
memerlukan perhatian perubatan ketika kejohanan berlangsung.

23. Juru teknik Alat Penyukat Angin


Ć Juru teknik perlu menempatkan alat penyukat angin di tempat yang
sesuai seperti yang disyaratkan oleh pihak pengelola dan mengikut
undang-undang KOAM.
Ć Tugas rasmi beliau ialah memerhati dan mencatat kelajuan angin dan arah
larian ketika sesuatu acara berlangsung.
Ć Catatan ini akan di serahkan kepada ketua hakim balapan dan padang
yang berkenaan bagi menentukan dan mengesahkan apakah terdapat
bantuan angin dalam sesuatu acara. Ini penting dalam mengesahkan
rekod kejohanan.

(Di antara acara olahraga yang memerlukan kelajuan di sukat ialah 100 meter,
200 meter, 100, 110 meter lompat pagar, lompat jauh dan lompat kijang).

24. Pengawas Wartawan


Ć Dalam kejohanan besar seorang pegawai akan di lantik oleh pengelola
sebagai pegawai perhubungan antara pihak pengelola kejohanan dengan
pihak wartawan.
Ć Maklumat untuk sebaran akan di hantar kepada pihak akhbar melalui
pengawas wartawan.

25. Pengawas Pembantu Padang


Ć Pengawas pembantu padang bertanggungjawab mengagihkan tugas
kepada pembantu padang yang biasanya terdiri daripada pelajar sekolah
atau pertubuhan sukarela.
Ć Pembantu padang ini akan membantu menguruskan hal-hal berkaitan
dengan penyediaan perkakasan dan alatan untuk pertandingan dan
menyimpannya selepas pertandingan.
TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) W 167

Ć Sebelum mengendalikan kejohanan Jawatan kuasa teknikal dan induk perlu


menyediakan satu set peraturan am kejohanan.

Ć Peraturan am kejohanan akan menjadi rujukan setiap pasukan yang


menyertainya.

Ć Peraturan am adalah hak mutlak penganjur.

Ć Penganjur yang beretika kita perlu memastikan peraturan am yang dirangka


jelas dan tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Ć Peraturan am adalah saling lengkap melengkapi dengan undang-undang


permainan.

Ć Peraturan am kejohanan perlu tidak membelakangi undang-undang teknikal


yang telah termaktub dalam undang-undang persatuan sukan dan badan
teknikal sukan dunia.

Ć Ahli juri rayuan biasanya orang yang berpengalaman dan berpengetahuan


dalam kejohanan olahraga.

Ć Juri rayuan juga perlu bebas atau tidak mempunyai kentingan dengan mana-
mana pasukan yang bertanding.

Ć Pegawai-pegawai teknikal kejohanan dilantik daripada mereka yang


mempunyai tauliah daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

Ć Pegawai teknikal bertanggungjawab memastikan peserta dalam sesuatu acara


tidak melanggar peraturan dan melicinkan lagi perjalanan sesuatu acara
olahraga.

Ć Untuk mendapat pengiktirafan KOAM sebagai pegawai kejohanan yang


bertauliah mereka perlu melepasi ujian amali dan pratikal yang agak ketat.

Ć Pegawai teknik biasanya di lantik daripada individu yang bertauliah,


berpengetahuan dan mempunyai pengalaman luas dalam satu temasya
olahraga.
168 X TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

Bendahari Jawatan kuasa Persembahan


Jawatan kuasa Alatan Jawatan kuasa Persiapan/Keceriaan
Jawatan kuasa Atur cara Jawatan kuasa Promosi/Publisiti
Jawatan kuasa Audio dan Visual Jawatan kuasa Protokol
Jawatan kuasa Bantu Mula Jawatan kuasa Sambutan
Jawatan kuasa Buku Program Jawatan kuasa Teknik Kepegawaian
Jawatan kuasa Disiplin dan Keselamatan Jawatan kuasa Teknik Pertandingan
Jawatan kuasa Fotografi Jawatan kuasa Teknikal Alatan
Jawatan kuasa Hadiah dan Cenderahati Jawatan kuasa tugas-tugas khas
Jawatan kuasa Hiasan Astaka Laporan post-mortem
Jawatan kuasa induk Mesyuarat perancang
Jawatan kuasa Jamuan/Makanan Objektif pertandingan
Jawatan kuasa Jemputan Pengarah
Jawatan kuasa Kebersihan Pengerusi Projek
Jawatan kuasa kecil perancangan kejohanan
Jawatan kuasa Kewangan post-mortem
Jawatan kuasa Khemah Peserta Setiausaha
Jawatan kuasa Pendaftaran dan Peserta Timbalan Pengarah
Jawatan kuasa Pengacaraan Timbalan Setiausaha
Jawatan kuasa Pengangkutan Urus setia
Jawatan kuasa Penginapan Kejohanan olahraga
Jawatan kuasa Perbarisan

Clarke, R., & Boyle, R. (1978). Successful Track and Field. Dubuque, Iowa: Walliam
C. Brown.
Darren Bennet (1992). Sports Facts Athletic Sports. London: Franklin Watts.
Helen Ten. (1996). Manual Olahraga. Kuala Lumpur: Junjuara Publications Sdn.
Bhd.
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (2003). Undang-undang Kejohanan Olahraga
3.
Teng Bong Tong. (1994). Gerko: Panduan Pengajaran Olahraga. Shah Alam:
Penerbitan Fajar Bakti
Wee Eng Hoe (2002). Panduan Pengajaran Olahraga: Kepegawaian dan
Kejurulatihan. Karisma Publication Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai