Anda di halaman 1dari 4

Bab 6 Kesultanan Johor Riau

1) Pengasasan Kesultanan Johor Riau


a) Pengasasan Kerajaan
– Diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah dengan gelaran
Sultan Alauddin Riayat Shah I.
– Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan untuk menghimpunkan rakyat untuk membuka
negeri di pesisir Sungai Johor.

b) Pusat Pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua


– Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua
pada tahun 1528.
– Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran sungai yang lebar dan dalam,
memudahkan kapal untuk keluar masuk.
– Kawasan berbukit bukau sekitarnya menjadi benteng pertahanan dari ancaman luar.

c) Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang


– Kota Kara diserang dan dimusnahkan Portugis pada tahun 1535.
– Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat pemerintahan Kota
Sayong.
– Lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar melintasi sungai yang sempit.

d) Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama


– SARS I memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu pada tahun 1540.
– Kawasan ini juga dikenali sebagai Tanjung Batu.
– Kedudukannya yang strategik memudahkan kemasukan kapal dagang
2) Cabaran Ke Arah Kegemilangan
a) Persaingan Johor Acheh Portugis
– peperangan 3 kuasa untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka dikenali sebagai
Perang Tiga Segi/ Perang Seratus Tahun.
– perang ini berakhir apabila Johor memberikan bantuan kepada Belanda untuk
mengalahkan Portugis dan menguasai Melaka pada tahun 1641.
– Acheh mengalami kemorosotan selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani.

b) Perang Johor Jambi


– Johor menuntut wilayah Tungkal daripada kerajaan Jambi. Krisis dan peperangan
berlaku dari tahun 1659-1679.
– Johor menyerang Jambi pada bulan Jun 1679. Jambi tewas dan tunduk di bawah kuasa
Kesultanan Johor Riau berpusat di Riau

c) Konflik Pembesar
– Konflik antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Lasamana Tun Abdul Jamil
untuk menguasai pemerintahan Kerajaan Johor Riau.
– Persaingan berakhir dengan pengunduran Laksamana ke Terengganu.
– Keturunan Bendahara kembali berpengaruh dalam pemerintahan Johor Riau.

d) Ancaman Raja Kechil


– Baginda menyerang Johor pada tahun 1718 kerana menuntut takhta kerajaan Johor-
mendakwa dirinya sebagai putera Sultan Mahmud Shah I (Sultan Mahmud Mangkat
Dijulang) (1685-1699).
– Baginda mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil
Rahmat Shah.
– Raja Sulaiman meminta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir Raja
Kechil.
– Raja Kechil dikalahkan 4 Oktober 1722.
– Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor (1722-1760), manakala Daeng Merewah
sebagai Yang di-Pertuan Muda di Johor.

3) Strategi Menghadapi Cabaran


a) Pemindahan Pusat Pemerintahan
– Majoriti pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau terletak di sepanjang pesisir pantai.
– Kegemilangan Kesultanan Johor Riau diteruskan di Kepulauan Riau Lingga yang
menjadi pusat pemerintahan yang baharu semasa pemerintahan Sultan Ibrahim(1677-
1685)
– Pusat pemerintahan terpaksa berpindah untuk strategi ketenteraan dan pertahanan

b) Membina kota pertahanan


– Kota pertahanan yang dibina sering berubah mengikut lokasi pusat pemerintahan dan
mempunyai bentuk serta ciri yang tersendiri
– Kota kara Dibina semasa pengasasan kerajaan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah
– Terletak di Kuala Sungai Telor
– Pagar dibuat dengan pancang kayu besar setinggi 40 kaki (12 meter)
– Diperkuatkan dengan meriam dan bedil

c) Menjalinkan Hubungan dengan Belanda


– Mengadakan perjanjian persahabatan dengan Belanda
– Belanda menawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II untuk melindungi
Johor dari serangan Portugis dan Acheh.
– Perjanjian Johor Belanda ditandangi pada 17 Mei 1606 antara Admiral Belanda, Cornelis
Matelief de Jonge dan Sultan di atas kapal Belanda bernama Oranje.
– Belanda meminta bantuan Johor untuk menyerang Melaka
– Johor memberi bantuan dalam perang Belanda-Portugis
– Membantu mengangkut peralatan perang
– Membuat tapak meriam
– Menggali parit kubu
– Menyekat musuh lari ke dalam hutan
– Menaikkan semangat tentera Belanda
– Johor membantu Belanda menyerang Portugis di Melaka-2 Ogos 1640
– Portugis Berjaya ditewaskan- Januari 1641
4) Kegemilangan Kesultanan Johor Riau
a) Pusat Perdagangan yang Unggul
i) Kedudukan Strategik
– Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal besar
kerana Sungai Johor yang dalam dan lebar.
– Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka membolehkann ya mengawal lalu
lintas kapal dagang dari Timur dan Barat.
– Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas maritim menjadi tumpuan para
pedagang luar untuk berurus niaga.

ii) Tumpuan Para Pedagang


– Pedagang Jawa memilih pelabuhan di Johor kerana tidak berminat dengan Portugis di
Melaka
– Pedagang Siam memasarkan beras
– Tumpuan pedagang dari China, Gujerat, Belanda, dan Inggeris
iii) Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barang Dagangan
Barang dagangan oleh tanah jajahan Johor : lada hitam, bijih timah, dan emas.
-Lada hitam dibawa dari Jambi dan emas dari Inderagiri.
-Barang tempatan lain ialah kelapa kering, kayu gaharu, damar, kelembak dari Pahang,
Klang, Naning dll.
-Bijih timah dari Klang, Sg Ujong, dan Pulang Bangka, Sumatera.

Barangan dari China didagangkan di Pelabuhan Batu Sawar.


-Barang dagangan dari China: benang emas, kain sutera putih, barang tembikar, seramik.
-Pedagang Jawa bawa beras dan Pedagan Gujerat bawa kain, wangian dan manik.
-Johor mendapat bekalan beras dari pedagang Siam.

iv) Kesibukan Pelabuhan Johor Riau


-Terdapat 500-600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di pelabuhan Johor
terutama di Riau.
-Antaranya kapal siam, Portugis, Inggeris, dan pulau-pulau di Alam Melayu.

b) Pengurusan Pelabuhan
i) Kemudahan Pelabuhan
ii) Urusan Jual Beli
iii) Sistem Naungan
iv) Peranan Orang laut
v) Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal
c) Pusat Persuratan

Anda mungkin juga menyukai