Anda di halaman 1dari 51

0

KANDUNGAN

1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang
1.3 Objektif
1.4 Tafsiran
1.5 Strategi Pelaksanaan
1.6 Peranan dan Tanggungjawab
1.7 Pelaksanaan Program
1.8 Penutup
2.0 Modul Orientasi Pemugaran Emosi Murid dalam Kebiasaan Baharu
3.0 Tips Keselamtan sebelum PDPC dan balik dari sekolah
4.0 Aktiviti Pengurusan Stress
5.0 Penghargaan

1
1.1 PENGENALAN

Modul ini disediakan sebagai rujukan kepada pentadbir serta guru di sekolah tentang pengurusan
sekolah pada hari pertama persekolahan dengan mengambil kira langkah-langkah bagi
mengawal penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) serta memastikan murid
berasa tenang dan selesa dengan kebiasaan baharu. Selain itu, ianya bertujuan untuk :
1.1.1 menyemak dan mengenal pasti kesediaan psikososial murid bagi menghadapi
persekolahan semula selepas Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
1.1.2 mengetahui kesediaan dan tahap emosi murid bagi menghadapi sistem persekolahan
sesuai dengan kebiasaan baharu.
1.1.3 membantu murid menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu di sekolah

1.2 LATAR BELAKANG

Panduan Pelaksanaan Modul Orientasi Pembugaran Emosi Murid ini dibina sejajar dengan
kehendak garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merupakan satu panduan kepada pentadbir dan guru bagi
melaksanakan sesi persekolahan pada hari pertama pembukaan semula sekolah.

Modul ini merangkumi Soal Selidik Kesediaan Psikologi Murid (ujian pra / pos), Sejarah
Pandemik Covid-19 di dunia, cara berhadapan dengan kebiasaan baharu, pengurusan emosi,
pengurusan stress, kerohanian, dan halatuju murid. Harapannya, selepas sehari mengikuti
orientasi persekolahan semula selepas murid direhatkan di rumah, mereka akan kembali
bersemangat meneruskan persekolahan dan seterusnya bersedia mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi menghadapi peperiksaan.

Setiap murid di Malaysia perlu dibantu emosi dan sosial bagi membolehkan mereka
mengupayakan dan membiasakan diri menghadapi kebiasaan baharu dalam kehidupan
seharian. Seterusnya ia berupaya mengembalikan semangat dan keyakinan mereka untuk
meneruskan persekolahan dan bersosial dengan rakan mereka sesuai dengan Tema Hari Guru
2020 iaitu “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”.
Melalui modul ini juga, murid dapat mengenal pasti kesediaan psikososial mereka dan
seterusnya menyesuaikan diri dengan kaedah belajar secara baharu.

2
1.3 OBJEKTIF
Modul ini adalah untuk memastikan:
1.3.1 membantu pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teratur dan
lancar.
1.3.2 psikologikal, psikososial dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah diberi perhatian
semasa berada di sekolah dan asrama.
1.3.3 memastikan tahap kesediaan emosi murid stabil.

1.4 TAFSIRAN
Definisi konsep orientasi pemugaran emosi murid dalam kebiasaan baharu:
1.4.1 Orientasi merupakan kegiatan (peninjauan dan sebagainya) yang menjadikan seseorang
faham akan atau dapat menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan baru (matlamat tertentu dan
lain-lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
1.4.2 Pemugaran emosi merupakan konsep yang menunjukkan pendekatan yang bertujuan
untuk memperelok strategi, membaharui semangat, memulihkan suasana muram, dan membuat
pembaharuan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran, sama ada yang berlangsung di bilik
darjah atau di luar bilik darjah.
1.4.3 Kebiasaan baharu merupakan tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti
kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti
pandemik penyakit berjangkit, dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu.

1.5 STRATEGI PELAKSANAAN

1.5.1 Menyediakan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program.

1.5.2 Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan perlaksanaan
kepada murid dan guru.

1.5.3 Melaksanakan program Orientasi Pemugaran Emosi Murid dalam Normal Baharu pada
hari pertama persekolahan.

1.5.4 Tempat pelaksanaan program adalah di dalam kelas atau mengikut kesesuaian sekolah.

1.5.5 Jawatankuasa pemantauan adalah terdiri daripada pihak pengurusan sekolah dan
penyelaras program.

3
1.6 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Peranan dan tanggungjawab umum pihak yang terlibat adalah seperti yang berikut:

1.6.1 Pentadbir Sekolah


i. memastikan tahap kesediaan sekolah dalam keadaan selamat.
ii. memastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir ke sekolah berada dalam keadaan
sihat dan selamat.
iii. memastikan GBKSM menyediakan carta organisasi Panduan Pelaksanaan Modul
iv. memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi perjalanan program.
v. memantau program yang dijalankan dan memberikan sokongan yang bersesuaian
kepada guru.

1.6.2. Guru
i. melaksanakan modul dengan bimbingan guru bimbingan dan kaunseling
ii. mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan penjarakan
sosial.
iii. memaklumkan kepada pentadbir sekolah jika terdapat murid yang bergejala.

1.6.3. Ibu Bapa/Penjaga


i. memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan
tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah;
ii. memastikan anak/anak jagaan tidak hadir ke sekolah sekianya bergejala
iii. membantu anak/anak jagaan belajar mengikut kemampuan ibu bapa/penjaga; dan
iv. memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk terus belajar.

1.6.4 Guru Bimbingan dan Kaunseling


i. melaksanakan Ujian Minda Sihat secara berkala bagi mengenal pasti murid yang terkesan
dengan kebiasaan baharu di sekolah;
ii. melaksanakan program orientasi pembugaran emosi murid dalam kebiasaan baharu
mengikut SP yang disediakan oleh BPSH, KPM.
iii. melaksanakan sesi bimbingan dan kaunseling kepada murid yang berkeperluan.

4
1.6.5 Guru Mata Pelajaran

i. Menyampaikan modul kepada murid di dalam kelas.

ii. Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan.

iii. Mengenalpasti murid-murid yang memerlukan sesi bimbingan atau sesi kaunseling dan
merujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

1.6.6 Pemantau
i. Memantau perjalanan dan pelaksanaan program mengikut jadual yang ditetapkan.

ii. Membantu menyelesaikan sebarang isu yang timbul berkaitan pelaksanaan modul.

iii. Memastikan sesi perjumpaan diadakan seperti jadual yang dirancang.

1.6.7 Penyelaras
i. Menyelaras program yang dirancang berjalan dengan baik dan mencapai objektif yang
telah ditetapkan.

ii. Memantau dan mengumpul semua laporan perjumpaan untuk didokumentasikan.

iii. Membentangkan laporan pelaksanaan program dan menghantar pelaporan apabila


diarahkan oleh pihak KPM.

1.6.8 Setiausaha

i. Membantu menyelaras program yang dirancang berjalan dengan baik dan mencapai
objektif yang telah ditetapkan.

ii. Membantu memantau dan mengumpul semua laporan perjumpaan untuk


didokumentasikan.

iii. Membantu membentangkan laporan pelaksanaan program dan menghantar pelaporan


apabila diarahkan oleh pihak KPM.

5
1.7 PELAKSANAAN PROGRAM ORIENTASI PEMUGARAN EMOSI MURID DALAM
KEBIASAAN BAHARU
1.7.1 Jadual Pelaksanaan

Masa Aktiviti
1 Slot 1
(60 minit) Soal selidik
- Ujian Pra
Guru mengucapkan selamat kembali ke sekolah
- Sejarah Covid-19
2 Slot 2
(60 minit) Kebiasaan Baharu dan SOP Pencegahan Covid- 19 di sekolah.
- 7 langkah cuci tangan
- Penjarakan sosial
- Penggunaan pelitup muka (guna dan pelupusan)
- Keselamatan murid, warga sekolah dan asrama
- Pergerakan murid dalam kawasan sekolah dan asrama
3 Slot 3
(40 minit) - Perkongsian Pengalaman
- Relaksasi Minda Covid-19
4 Slot 4
(60 minit) Spritual
- Tuhan Sayang Padaku
- Pengurusan Masa Kebiasaan Baharu
5 Slot 5
(60 minit) Pengurusan Daya Tindak
6 Slot 6 dan 7
(20 minit) - Refleksi dan rumusan
- Pesanan Keselamatan Semasa di sekolah dan balik dari sekolah

• Waktu rehat bergantung kepada jadual persekolahan


• Guru dibekalkan Panduan Pelaksanaan Modul Orientasi Pemugaran Emosi Murid
Dalam Kebiasaan Baharu
• Murid dibekalkan modul aktiviti

6
• Ujian Pos akan dilaksanakan selepas 2 minggu persekolahan oleh Guru Bimbingan dan
Kaunseling
• Merujuk SOP sekolah

1.8 PENUTUP

Panduan Pelaksanaan Modul Orientasi Pemugaran Emosi Murid Kebiasaan Biasa ini
merupakan satu panduan kepada pentadbir dan guru bagi melaksanakan sesi persekolahan
selepas berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ianya menjadi satu
mekanisma yang akan membantu murid untuk lebih bersedia secara fizikal, mental dan emosi
bagi menghadapi persekolahan semula setelah bercuti panjang.

Modul ini juga turut menyediakan garis panduan pematuhan dan amalan kebiasaan
baharu dalam kehidupan ekoran penularan wabak Covid-19. Pelaksanaan Modul ini diharapkan
dapat menyuntik semangat baru kepada semua murid untuk meneruskan persekolahan malahan
kehidupan seharian dan seterusnya bersedia mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
mereka dengan baik. Modul ini juga diharapkan dapat menerapkan kesedaran tentang
kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan sosial yang sangat penting dalam
pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan murid,
guru dan warga sekolah.

7
2.0 MODUL ORIENTASI PEMUGARAN EMOSI MURID KEBIASAAN BAHARU

BORANG SOAL SELIDIK


KESEDIAAN PSIKOSOSIAL MURID DI SEKOLAH DALAM KEBIASAAN BAHARU
Arahan :
Sila baca setiap kenyataan yang menggambarkan keadaan anda. Tidak ada jawapan betul atau
salah. JANGAN guna terlalu banyak masa untuk mana-mana kenyataan.

Bahagian A : DEMOGRAFI
Nama: Tingkatan/Tahun :
Jantina: Lelaki Perempuan No. Telefon :

Bahagian B UMUM : COVID-19


BIL PENYATAAN (SILA TANDAKAN √) YA TIDAK

1 Saya tahu tentang Pandemik Covid-19.


2 Saya memerlukan maklumat tambahan tentang COVID-19.

DAYA TAHAN DIRI


BIL PENYATAAN (SILA TANDAKAN √) YA TIDAK

3 Saya rasa diterima oleh rakan-rakan.


4 Saya dapat menyelesaikan masalah saya sendiri.

5 Saya menjadi rujukan dalam kelas apabila berlaku sebarang masalah.

6 Saya mempunyai matlamat hidup yang jelas.

7 Saya dapat menerima apa yang berlaku sekarang.


8 Saya mempunyai disiplin diri yang tinggi.

9 Saya tidak peduli dengan apa yang berlaku di persekitaran saya


10 Saya boleh berdikari.

11 Saya rasa gembira dapat kembali semula ke sekolah.

12 Saya rasa selamat ketika berada di sekolah.


13 Saya rasa masa depan saya semakin baik.
14 Saya mempunyai tempat rujukan untuk memudahkan saya memahami
sesuatu isi pelajaran.

SOALAN TAMAT, TERIMA KASIH

8
SLOT 1

Tajuk : Sejarah Covid 19


Nilai : Sejarah
Objektif : Pada akhir slot ini murid akan dapat;

i. mengetahui asal-usul wabak Covid-19


ii. memahami punca kejadian dan gejala Covid-19

Sasaran : Semua murid


Masa : 30 minit

LANGKAH :

1. Guru menerangkan tentang sejarah kronolgi Covid-19


a. Pandemik Covid-19. juga dikenali novel koronavirus. Mula dikesan pada pertengahan
Disember 2019, di bandaraya Wuhan, Hubei China.
b. Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf sebagai pandemik
bagi penyakit Covid-19. Penyebaran koronavirus berlaku di kalangan kenalan rapat
melalui titisan pernafasan yang dihasilkan oleh bersin dan batuk.
c. Virus ini boleh merebak sesama haiwan dan manusia. Jangkitan virus ini adalah sama
seperti jangkitan selesema yang lain dan komplikasi lebih teruk pada golongan lemah
imunisasi badan.
d. Merupakan musuh yang tidak nampak yang berada di sekeliling kita.

FALSAFAH :
Menghargai setiap peristiwa yang dialami.

9
10
11
12
SLOT 2

Tajuk : Kebiasaan Baharu dan Garis Panduan (SOP) Langkah-Langkah Pencegahan


Covid-19 di sekolah.
Nilai : Pematuhan garis panduan dan amalan pencegahan
Objektif : Pada akhir slot ini murid akan dapat;

i. memahami amalan penjagaan kebersihan diri yang betul seperti saranan Kementerian
Kesihatan Malaysia
ii. mengetahui kepentingan amalan kebersihan terhadap kesihatan diri
iii. memahami dengan jelas langkah-langkah pencegahan penyakit yang disarankan
iv. memahami peranan dan tanggungjawab setiap individu dalam memahami dan
mengamalkan normal baharu

Sasaran : Semua murid


Masa : 1 jam

LANGKAH :

1. Guru menerangkan tentang amalan mencuci tangan sebagai amalan kebersihan harian

NOTA GURU :-
Amalan mencuci tangan dengan sabun perlu dijadikan amalan seharian, bukan hanya guru -
untuk mencegah penularan COVID-19 semata-mata, amalan mencuci tangan ini juga untuk
kesihatan semua (dan menghindarkan) mana-mana penyakit lain juga. Menurut Pakar Perubatan
Kesihatan Awam, jika seseorang berada di luar rumah, mereka perlu mencuci tangan sekerap
mungkin terutama apabila menyentuh sebarang permukaan.
Jika di rumah pula, kita dinasihatkan mencuci tangan selepas selesai melakukan aktiviti dalam
rumah seperti memasak atau memegang permukaan yang kotor dan disyaki ada kuman. Seperti
sebelum makan, selepas makan, ketika menyediakan makanan, keluar dari tandas, itu perkara
rutin yang perlu diperkukuhkan. Pakar Perubatan Kesihatan Awam juga lebih menggalakkan
amalan mencuci tangan dengan menggunakan sabun berbanding penggunaan bahan nyah
kuman, sekiranya orang awam ada akses kepada air dan sabun. Apa juga jenis sabun boleh
digunakan untuk tujuan itu dan langkah atau cara mencuci tangan boleh dirujuk kepada laman
sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang akan dibincangkan.
13
1. BILA PERLU MENCUCI TANGAN
Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih. Basuh tangan
dengan betul dan sempurna dengan air dan sabun:
a. Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
b. Selepas menggunakan tandas
c. Selepas mengendalikan sisa makanan
d. Selepas menghembus hingus
e. Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan merbahaya
Basuh dengan sabun untuk membersihkan tangan dari kuman dan kotoran.

2. 7 LANGKAH MENCUCI TANGAN DENGAN BETUL


Terdapat tujuh langkah yang perlu diikuti untuk membasuh tangan dengan betul:
1. Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih secukupnya
2. Gosok tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah-celah jari
4. Gosok kuku pada tapak tangan
5. Gosok belakang tangan
6. Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna
7. Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau alat pengering tangan

14
15
3. PENJARAKAN SOSIAL

PENJARAKAN SOSIAL (social distancing) ialah seaturan tindakan kawalan jangkitan yang tidak
melibatkan sebarang rawatan perubatan yang bertujuan untuk menghentikan atau
memperlahankan penyebaran suatu penyakit berjangkit. Objektif penjarakan sosial adalah untuk
mengurangkan kebarangkalian bersentuh antara orang membawa suatu jangkitan, dan mereka
lain yang tidak terjangkit, agar dapat mengurangkan penularan penyakit, morbiditi dan
akhirnya, kematian. Dengan kata mudahnya, ia bermaksud tidak berjabat tangan, mengelakkan
daripada berada di tempat orang ramai, menjarakkan diri anda dengan orang lain dan paling
penting, duduk di rumah jika anda tidak sihat.

LANGKAH PENJARAKAN SOSIAL ADALAH;

16
PENJARAKAN SOSIAL BAGI SEORANG MURID

17
4. PENGGUNAAN PELITUP MUKA (PENGUNAAN DAN PELUPUSAN)

Memakai pelitup muka di tempat awam merupakan cara untuk membantu pengawalan jangkitan
COVID-19. Bukti saintifik menunjukkan penggunaan pelitup muka berkesan dalam mengawal
jangkitan awal. Inilah kunci inisiatif kesihatan awam, kerana sebilangan besar jangkitan COVID-
19 berlaku pada fasa asimptomatik. Ia terbukti berkesan sama seperti amalan membasuh tangan
sebagai langkah mengurangkan jangkitan

Penutup mulut dan hidung tiga lapisan adalah paling sesuai digunakan orang awam
sebagai langkah pencegahan ekoran penularan wabak koronavirus. Ia lebih selamat kerana
boleh menghalang virus berkenaan tersebar melalui pengudaraan jika individu terkena titisan
cecair dari hidung atau mulut yang dijangkiti koronavirus. Bagaimanapun, penutup mulut dan
hidung yang digunakan perlu ditukar dalam tempoh beberapa jam untuk mengelakkan kuman
terus membiak.

Pelitup muka atau perubatan yang betul mempunyai tiga lapisan, dan setiap satu
mempunyai fungsi yang spesifik:
• Lapisan luar yang berunsur hidrofobik atau kalis-bendalir
• Lapisan tengah untuk menapis kuman
• Lapisan dalam untuk menyerap lembapan daripada udara yang kita hembus keluar.
Fungsi lapisan biru atau hijau adalah untuk mencegah kuman daripada melekat padanya, dan ia
sepatutnya memandang ke luar. Jika pelitup dipakai sebaliknya, lembapan dalam udara akan
melekat padanya, dan memudahkan kemasukan kuman. Semasa menarik nafas, kuman akan
berpindah daripada lapisan luar, terus ke dalam paru-paru anda.

18
KAEDAH PEMAKAIAN PELITUP MUKA DENGAN BETUL:

Berikut adalah arahan langkah-demi-langkah untuk cara memakai pelitup muka dengan betul:
1. Bersihkan tangan dengan sabun dan air atau pensanitasi tangan sebelum menyentuh
pelitup.
2. Periksa untuk memastikan tiada bahagian koyak atau berlubang pada kedua-dua belah
pelitup.
3. Pegang pelitup dengan jalur boleh bengkok di atas, dan sebelah berwarna memandang ke
luar.
4. Bergantung pada jenis pelitup yang digunakan, pakai pelitup menurut arahan di bawah:

19
20
CARA PENGGUNAAN PELITUP MUKA YANG BETUL

21
22
Pakar kesihatan mengatakan bahawa pelitup separuh muka yang dibuang secara
sembarangan terutama yang tercemar atau yang mempunyai rembesan pernafasan, boleh
menjadi bahaya ke atas kesihatan sekiranya orang lain bersentuhan dengannya. Pembuangan
pelitup separuh muka secara sembarangan juga akan memberi kesan negatif kepada alam
sekitar, terutama pada kehidupan laut ketika ia disalurkan ke sungai dan laut atau boleh
mengakibatkan saluran air tersumbat. Maka guru harus mengingatkan murid agar membuang
pelitup muka yang telah digunakan mengikut tatacara yang betul.
Arahan langkah-demi-langkah untuk menanggalkan pelitup muka:
1. Bersihkan tangan dengan sabun dan air atau pensanitasi tangan sebelum menyentuh
pelitup.
2. Elakkan menyentuh bahagian depan pelitup kerana ia tercemar. Hanya sentuh
sangkut/ikat/tali telinga.
3. Bergantung pada jenis pelitup yang digunakan, tanggalkan pelitup menurut arahan di
bawah:
a. PELITUP MUKA DENGAN SANGKUT TELINGA
- Pegang kedua-dua sangkut telinga
- Buka dan angkat perlahan-lahan untuk menanggalkan pelitup
b. PELITUP MUKA DENGAN IKAT
- Lepaskan ikatan bawah dahulu diikuti ikatan atas
- Tarik pelitup menjauhi anda semasa melonggarkan ikatan
c. PELITUP MUKA DENGAN TALI
- Angkat tali bawah ke atas kepala anda
- Tarik tali atas ke atas kepala anda.
4. Buang pelitup di dalam tong sampah.
5. Bersihkan tangan dengan sabun dan air atau pensanitasi tangan sebelum menyentuh
sebarang benda lain.

23
5. KAEDAH PELUPUSAN PELITUP MUKA YANG BETUL SETELAH DIGUNAKAN

5. KEPERLUAN MEMAKAI PELITUP MUKA

24
25
6. KESELAMATAN MURID DAN WARGA SEKOLAH
KENALPASTI SIMPTOM DAN GEJALA
Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat lima tahap gejala dialami pesakit
Covid-19 termasuk ada antara mereka tidak menunjukkan tanda-tanda awal sehingga saringan
dibuat. Kajian menunjukkan individu yang juga digelar ‘asymptomatic’ berupaya menjadi
pembawa virus tanpa disedari.
Di Malaysia, 88 peratus pesakit berada pada tahap satu dan dua, tujuh peratus (tahap tiga dan
empat) dan hanya lima peratus (tahap lima). Lima tahap berkenaan.

TAHAP ▪ Tidak menunjukkan sebarang gejala dijangkiti virus


1 ▪ Memiliki antibodi kuat antara faktor tiada gejala. Mereka termasuk kanak-kanak dan
golongan muda
▪ Kelihatan sihat dan mampu membuat aktiviti harian termasuk bekerja dan bersukan
▪ Pembawa virus Covid-19 tanpa disedari. Kelompok paling berisiko menyebarkan
virus terutama ahli keluarga dan kontak rapat
▪ Jangkitan sukar dikesan kecuali terlibat saringan
▪ Ada kes mereka sembuh sendiri tanpa mengambil ubat
TAHAP ▪ Ada gejala ringan seperti demam, batuk, sakit tekak
2 ▪ Mampu melakukan aktiviti ringan tetapi cepat letih
▪ Sukar dibezakan mereka dijangkiti virus atau sakit lain kecuali saringan
▪ Berisiko menyebarkan virus kepada ahli keluarga atau kontak rapat
▪ Berbanding tahap satu, individu ini lebih mudah dikesan
TAHAP ▪ Alami radang paru-paru (pneumonia)
3 ▪ Rasa sakit dan ‘ketat’ di dada ketika menarik nafas
▪ Boleh berjalan tetapi tidak mampu membuat aktiviti harian
▪ Bernafas tanpa bantuan sebarang alat
TAHAP ▪ Alami radang paru-paru, perlu bantuan pernafasan terapi oksigen
4 ▪ Tidak mampu menjalankan aktiviti tetapi boleh bercakap
▪ Alami sesak nafas lebih teruk daripada tahap tiga
▪ Kurang selera makan
TAHAP ▪ Sesak nafas, perlu bantuan alat pernafasan (ventilator)
5 ▪ Hanya baring
▪ Lazimnya tidak sedarkan diri kerana dibius penuh
▪ Berpotensi mati jika bantuan pernafasan dihentikan

26
27
SIMPTOM DAN GEJALA COVID-19

7. PERGERAKAN MURID DALAM KAWASAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Guru bertugas harus mengingatkan bahawa;


1. Penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan sosial adalah amat penting dalam
pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan
murid, guru dan warga sekolah.
2. Murid sentiasa memastikan diri berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan
tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah. Saringan demam
serta gejala batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas dilakukan terhadap murid, guru
dan warga sekolah pada setiap hari di pintu masuk sekolah sebelum sesi persekolahan
bermula. Jika mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C atau bergejala, mereka tidak
dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
3. Setiap murid juga bertanggungjawab memastikan susunan meja dalam kelas mesti
berada dalam jarak satu (1) meter antara satu dengan yang lain.
4. Pengusaha kantin hanya akan menyediakan makanan berbungkus. Penggunaan kerusi,
meja dan ruang makan di kantin tidak dibenarkan
28
5. Murid akan makan di dalam bilik PdP di bawah seliaan guru pada waktu rehat yang telah
ditetapkan
6. Murid yang makan di dewan makan asrama pada waktu rehat perlulah sentiasa dalam
makluman guru bertugas
7. Bilik kesihatan/sakit di sekolah harian dan sekolah berasrama akan dijadikan sebagai bilik
isolasi bagi murid yang bergejala sebelum mendapatkan rawatan.
8. Tanda penjarakan sosial disediakan oleh pihak pengurusan sekolah dengan
menggunakan pita pelekat dan setiap murid memsti peka dan mengamalkan penjarakan
sosial yang dimaksudkan di lokasi yang telah ditetapkan seperti yang berikut:
i. Bilik PdP - tanda penjarakan diletakkan pada kaki meja baris hadapan dan baris
tepi pertama untuk rujukan;
ii. Kantin - tanda penjarakan diletakkan pada ruang berbaris untuk pembelian dan
pengambilan makanan serta laluan ke singki;
iii. Bilik guru/pejabat - tanda penjarakan diletakkan pada kerusi, meja, kaunter dan
tempat mengimbas kehadiran; dan
iv. Lif - tanda penjarakan diletakkan mengikut kapasiti lif.
9. Murid mesti memastikan kedudukan dijarakkan dengan selang satu tempat duduk apabila
mereka menaiki kenderaan sekolah seperti bas/van/coaster
10. Murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang rendah mesti sentiasa
memakai pelitup muka.
11. Murid yang merasa terkesan dengan normal baharu di sekolah akan melaksanakan Ujian
Minda Sihat bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dan mengikuti sesi
kaunseling sekiranya perlu.
12. Perhimpunan/perjumpaan (melebihi 10 orang) dalam kalangan murid di asrama tidak
dibenarkan. Warden akan memantau keberadaan murid di asrama. Semasa di asrama,
murid yang tidak sihat akan diasingkan dan diberi pelitup muka untuk dipakai serta
dihantar ke klinik kesihatan untuk rawatan atau dibawa pulang oleh ibu bapa/penjaga;
13. Murid hendaklah melaporkan dengan segera kepada warden sekiranya diri sendiri atau
rakan mengalami tanda-tanda demam, batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas;
14. Solat berjemaah di surau dan semua aktiviti berkumpulan ditangguhkan. Murid digalakkan
menggunakan sejadah sendiri untuk solat;
15. Pelawat hanya dibenarkan berjumpa dengan murid di asrama sekiranya terdapat urusan
kecemasan. Pelawat perlu mendapat kebenaran daripada pentadbir/Ketua Warden.
16. Pemantauan secara berkala akan diadakan bagi memastikan murid sentiasa mematuhi
penjarakan sosial dan berada dalam keadaan sihat semasa di asrama.
29
SLOT 3
Tajuk : PERKONGSIAN PENGALAMAN
Masa : 40 minit
Bahan : (Lampiran 1)
1. Murid sedari / memahami emosi sendiri.
Objektif 2. Murid menghargai setiap pengalaman dan perasaan.
3. Murid dapat meningkatkan daya mengawal diri sendiri (self control)
ke atas emosi sendiri.
Langkah : 1. Murid diedarkan lampiran kepada semua murid.
2. Murid diminta mencatatkan 1 pengalaman yang membuatkan
dirinya rasa bersyukur di petak A dalam tempoh PKP/PKPB/PKPP.
3. Selepas murid-murid mencatatkan pengalaman di petak A, guru
minta murid catatkan 1 pengalaman yang murid rasa kecewa /
marah / sedih di petak B dalam tempoh PKP/PKPB/PKPP.
4. Murid diminta menerangkan apa reaksi / tindakan / semasa mereka
berdepan dengan kedua-dua keadaan mengikut petak masing-
masing.
5. Guru meminta murid berkongsi pengalaman mereka.
6. Guru buat rumusan ke atas pengalaman yang dikongsikan.
7. Hasil perkongsian dalam kertas dikumpul balik untuk tindakan
GBK.
Lampiran 1

A (Pengalaman positif) B (Pengalaman negatif)


1. 1.
2. 2.
3. 3.

Tindakan Tindakan

30
Tajuk : RELAKSASI COVID-19

Masa : 20 minit

Bahan: Peralatan : Lampiran 2

Objektif : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. menyatakan maklumat berkaitan SOP pencegahan dan kawalan Covid-19.


2. menambah pengetahuan sedia ada.

Langkah:

1. Murid diedarkan dengan lampiran aktiviti (lampiran 2 )


2. Murid diminta menjawab dalam tempoh masa yang diberikan.
3. Guru dan murid berbincang jawapan yang diperolehi.
4. Guru membuat rumusan.

31
Lampiran 2

Relaksasi Covid-19

CARI PERKATAAN TERSEMBUNYI


Cari dan bulatkan perkataan berikut:
CORONA BASUH SATU
SABUN DEMAM BATUK SELESEMA SIMPTOM
VIRUS TANGAN METER
KITA
AMBIL JARAK PELITUP
SESAK SEMPIT GEJALA JAGA BERATUR
SUHU SOSIAL MUKA
KITA

W S C S E S A K G K A E C S K R
G N F E R Q P I D R H v I A A E
J H G I G I P A L S E S K T S A
A A W O C O R O N A V I R U S D
R L C E N F Q E B U N M I M E A
A I S A Y T M G I L R P O E M K
K S B E R A T U R R U T P T P A
S A C D M E T U I P B O H E I T
O M E R A N N G H F I M H R T S
S B A S U H T A N G A N B U O E
I I T A H E R A T I K O L E U A
A L E B U G E J A L A N G E P T
L S T U D E H I O P T K U B H A
E U F N I N G K A T E W G I G R
A H Z A H R S E L E S E M A K P
K U S R G J L B I O K I M B U A
G W A W I N G A H U P O R T E S
A T I P E L I T U P M U K A A U
R H C D E T M U N E W Q T A S D
W D E M A M B K Y P O W E T D R
A L A E F B N M L I G Q A I F T
B A K I T A J A G A K I T A G Y
Falsafah : Merilaksasikan minda yang gementar, takut dan stress.
32
SLOT 4 : SPIRITUAL
Tajuk : Tuhan Sayang Pada Ku

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas A4 (Lampiran 3)

Objektif : Pada akhir aktiviti ini murid dapat :


1. mensyukuri nikmat kehidupan selama ini.
2. menghargai individu yang berada di sekeliling kita

Langkah :
1. Setiap murid dibekalkan dengan lampiran 3.
2. Murid diminta mengisi lampiran 1 iaitu aktiviti yang dilakukan sebelum PKP
dan dilakukan semasa PKP. Contohnya solat berjemaah, bertadarus bersama
keluarga,mengemas rumah, memasak, berkebun dan lain-lain.
3. Setiap murid diminta membentangkan jawapan masing-masing.
4. Setiap murid diberi peluang untuk memberi maklum balas berdasarkan
jawapan yang diberikan oleh rakan lain.
5. Guru selaku fasilitator memilih beberapa jawapan yang terbaik untuk dibuat
huraian.
6. Guru membuat rumusan keseluruhan tentang manfaat yang diperolehi
sepanjang tempoh PKP/PKPB bagi menzahirkan rasa syukur dan reda dengan
ujian/musibah yang dihadapi.
7. Guru meminta murid menyebut individu yang sering bersama mereka semasa
tempoh PKP/PKPB bagi menimbulkan perasaan kasih sayang kepada individu
tersebut. Murid di disaran agar menyayangi dan menghargai individu
tersebut.(dapatkan alasan dari murid mengapa individu berkenaan perlu
disayangi)

Falsafah : Tuhan Maha mengetahui dan memberikan apa yang terbaik untuk kita sebagai
hambaNya

33
Lampiran 3

AKTIVITI YANG DILAKUKAN AKTIVITI YANG DILAKUKAN


SEBELUM PKP SEMASA PKP

34
PANDUAN PENGURUSAN MASA BAGI REMAJA/MURID

Tajuk : Dunia Baru Ku.

Masa : 30 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti ini murid dapat :


1. menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan terkini.
2. menghargai nikmat dan peluang kehidupan yang masih ada secara positif.

Bahan : Lampiran 4

Langkah :
1. Guru sebagai fasilitator menerangkan tentang kebiasaan baharu kehidupan
kini untuk semua individu. (orang awam)
2. Murid secara sumbangsaran diminta menyatakan bagaimana keadah
menguruskan masa mereka.
3. Guru membimbing murid menyatakan contoh –contoh aktiviti yang sering
diamalkan di sekolah sebelum ini tetapi sekarang tidak lagi dibenarkan.
Contohnya makan di kantin, aktiviti PJPK, berkumpul dalam bilangan yang
ramai, dan lain-lain lagi.
4. Murid diminta untuk memberikan rasional kenapa sesuatu aktiviti itu tidak
boleh dilakukan lagi di sekolah. (dengan bimbingan guru)
5. Guru membaca nota yang disediakan berkaitan pengurusan masa berkesan
bagi seorang murid. (Lampiran 4) .
6. Guru bersama-sama murid menghayati konsep bersyukur kerana diberikan
peluang belajar berbanding dengan rakan-rakan lain. (tingkatan 5 dan 6
sahaja sekarang)

Falsafah : Menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu sebagai murid.

35
Lampiran 4

PENGURUSAN MASA

• Nota Guru

Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi
melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan.
Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat.
Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang
dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk
meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi
membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab.

36
SLOT 5 : PENGURUSAN DAYA TINDAK
Tajuk : Hidup Adalah Pilihan
Masa : 30 minit
Bahan : Lampiran 5

Objektif : Murid dapat :


1. mengetahui cara mereka mengisi masa secara bermanfaat sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
2. menyenaraikan aktiviti yang bermanfaat untuk memperbaiki hubungan
dengan Pencipta dan ahli keluarga
3. mendapat celik akal tentang cara mengurus diri berkaitan penggunaan
teknologi

Langkah : 1. Murid memperoleh bahan edaran .

2. Murid mendapat penerangan tentang perjalanan aktiviti yang akan


dilaksanakan sebentar lagi.
3. Murid diminta membaca dahulu dan memahami setiap pernyataan sebelum
menanda (guru membimbing murid memahamkan pernyataan).
4. Murid menanda setiap aktiviti tersebut berdasarkan kekerapan mereka
melakukan aktiviti itu.
5. Murid dipilih secara rawak (murid yang sukarela) untuk berkongsi aktiviti
yang mereka kerap lakukan sepanjang tempoh PKP.
6. Berdasarkan langkah 5, murid menyatakan perasaan yang dialami ketika
mengadakan aktiviti-aktiviti tersebut.
7. Rumusan dari modul yang dilakukan.

Falsafah ` : 1. Bersyukur kerana masih dikurniakan kedua ibu bapa dan masih tinggal
bersama anggota keluarga. Hormati dan hargai perasaan rakan-rakan yang
telah kehilangan ahli keluarga dan terpaksa tinggal dengan orang lain.

2. Bersyukur dapat beribadat dengan bimbingan ahli keluarga/ penjaga.


3. Memanfaatkan masa dengan cara yang betul.

37
Lampiran 5

Arahan : Tandakan ( / ) pada ruangan yang kamu rasakan ia berkenaan dengan diri kamu sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

KADANG- TIDAK
BIL PERNYATAAN KERAP
KADANG PERNAH
Saya solat 5 waktu setiap hari/
1
Saya beribadat mengikut ajaran agama saya

2 Saya selalu menolong ibu bapa /nenek/ penjaga memasak

Saya selalu menolong ibu bapa/nenek/penjaga mengemas


3
rumah

4 Saya bermain games setiap hari

5 Saya bermain bersama adik-beradik

Saya solat berjemaah bersama ahli keluarga/


6 Saya melakukan ibadat mengikut ajaran agama bersama
semua anggota keluarga
Saya membaca Al-quran/
7
Saya membaca buku tentang agama saya
Saya membaca Al-quran bersama-sama anggota keluarga /
8 Saya membaca buku tentang agama saya bersama anggota
keluarga
Saya membantu ibu/bapa /datuk/penjaga mengemas
9
kawasan luar rumah
Saya mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan tugasan
10
yang diberikan oleh guru

11 Saya menonton televisyen

12 Saya melayari internet

Saya menonton filem/ Youtube menggunakan telefon


13
pintar/ komputer
Saya bekerjasama dengan adik-beradik membantu ibu
14
bapa/datuk/nenek/penjaga mengemas rumah

15 Saya bersenam

38
SLOT 6

Tajuk : Refleksi dan Rumusan

Masa : 30 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti, murid dapat:

1. murid dapat menzahirkan perasaan masing-masing.


2. guru dapat mengenalpasti keadaan emosi murid.

Bahan : Lampiran 6

Langkah :

1. Guru memulakan sesi dengan mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada


murid.

2. Guru menyoal murid apa perasaan mereka apabila dapat kembali ke sekolah.

3. Kemudian, guru meminta murid untuk berkongsi dengan dengan rakan-rakan apa
yang mereka lakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

4. Bagi setiap aktiviti baik yang dikongsi, guru memberikan peneguhan yang positif
seperti memberi pujian dan menjelaskan manfaat yang diperolehi.

5. Setelah itu, guru meminta murid untuk menyatakan perasaan masing-masing


terhadap apa yang berlaku (tidak dapat ke sekolah).

6. Kemudian, guru memberikan kata-kata perangsang dan motivasi untuk menaikkan


semangat dan jati diri murid.

7. Akhir sekali, guru merumuskan kepada murid bahawa setiap apa yang berlaku ada
hikmahnya. Hidup tetap perlu diteruskan walau apa yang berlaku.

Falsafah

Hidup mesti positif.

Nota : Guru digalakkan membimbing murid yang pencapaian sederhana dan lemah untuk
berkongsi secara lisan. Guru mencatat perkongsian murid di papan putih. (rujuk lampiran 7)

39
Lampiran 6

Senaraikan lima maklumat yang anda perolehi hari ini.

BIL PERKARA

1.

2.

3.

4.

5.

Lukis emoji yang menggambarkan perasaan anda hari ini.

40
SLOT 7 : KESELAMATAN DIRI

1.1 NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 (SEBELUM PDPC)

Murid murid dinasihatkan untuk terus mempraktikkan norma dan kebiasaan baharu semasa
berada di kawasan sekolah. Kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19
sekiranya normal dan kelaziman baharu ini dijadikan satu amalan dalam kehidupan seharian,
antaranya:

• Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang
sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close
conversation).

• Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan
memakai alat pelitup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear),
dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

o Elak bersalaman / bersentuhan;


o Amalkan etika batuk dan bersin;
o Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
o Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
o Sambutlah perayaan secara tertutup bersama ahli
keluarga di rumah sahaja;
o Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di
kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, sentiasa ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

• S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;


• O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang
upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera
menjalani pemeriksaan kesihatan;

• P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-
kurangnya 1 meter.

41
Murid murid dinasihatkan supaya teruskan amalkan kebersihan diri yang tinggi seperti
kerap membasuh tangan dengan air dan sabun, dan amalkan jarak sosial yang selamat iaitu
sekurang-kurangnya 1 meter (social distancing). Ini penting dalam memutuskan rantaian
penularan COVID-19 di dalam masyarakat.

1.2 NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 ( SEBELUM BALIK)

Murid murid dinasihatkan untuk terus mempraktikkan normal dan kebiasaan baharu semasa
berada di kawasan sekolah. Kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID19
sekiranya normal dan kelaziman baharu ini dijadikan satu amalan dalam kehidupan seharian,
antaranya:

• Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang
sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close
conversation).

• Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan
memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear),
dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

➢ Elak bersalaman / bersentuhan;


➢ Amalkan etika batuk dan bersin;
➢ Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
➢ Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
➢ Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, KKM juga khuatir masyarakat alpa lalu mengambil mudah nasihat-nasihat kesihatan
yang telah dikeluarkan kerana memikirkan bahawa wabak ini hampir selesai. Pada hakikatnya,
peperangan menentang musuh yang tidak kelihatan ini masih belum tiba ke penghujungnya. Oleh
itu, Langkah-langkah berikut boleh membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19.

42
- Setelah habis sisi persekolahan, terus balik ke rumah. Jangan singgah di mana mana
untuk mengelakkan jangkitan virus.
- Sejurus sampai di rumah, terus mandi dan bersihkan diri dengan sabun.
- Jangan bersalaman atau berpeluk ibu bapa atau bermain dengan adik adik sebelum anda
bersihkan diri.
- Cuci semua pakaian sekolah setiap hari selepas balik dari sekolah.

Virus COVID-19 adalah musuh kita bersama, namun harus diingat bahawa kelalaian dan sikap
ambil mudah masyarakat pula adalah sekutu kepada virus ini.

1.3 MENJAGA KESELAMATAN DIRI

Assalamualaikum dan selamat pagi semua murid-murid. Cikgu harap murid-murid semua sihat
dan bersedia untuk memulakan sesi persekolahan pada hari ini. Seperti yang kamu semua sudah
maklum, negara kita telah dilanda satu wabak iaitu Corona Virus ataupun Covid 19 yang mana
ianya sangat merbahaya sehingga boleh meragut nyawa. Jadi, sebelum kita mulakan sesi
pembelajaran hari ini, cikgu nak memberikan beberapa langkah keselamatan yang perlu kita
amalkan demi membasmi penularan wabak ini dari merebak.

1. Sentiasa menjaga kebersihan diri

Kerap mandi terutama sekiranya baru balik dari sekolah atau mana-mana tempat dan
mencuci tangan dengan betul dengan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

7 langkah membasuh tangan dengan betul ialah:


i. Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih secukupnya.
ii. Gosok tapak tangan
iii. Gosok setiap jari dan celah-celah jari
iv. Gosok kuku pada tapak tangan
v. Gosok belakang tangan
vi. Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna
vii. Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau alat pengering tangan.

2. Memakai pelitup hidung dan mulut (face mask).

43
Sekiranya anak-anak tidak sihat seperti batuk atau selsema, pakailah pelitup hidung dan
mulut dan segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Jangan menggunakan
pelitup hidung dan mulut yang sama berulang-ulang kali, sebaiknya keraplah menukarnya
dari masa ke semasa. pelitup hidung dan mulut ini juga perlu kita pakai sekiranya berada
di tempat awam termasuk semasa berada di sekolah.

3. PENJARAKAN SOSIAL - Jaga jarak satu meter.

Anak-anak perlu jaga jarak satu meter dari kawan-kawan ya. Maksudnya anak-anak tak
boleh berada terlalu dekat dengan kawan-kawan.

4. Kekal berada di dalam rumah atau ‘Stay at Home’.

Dengan kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri kita daripada dijangkiti virus
COVID-19. Inilah masa terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama
keluarga. Jadi anak-anak, lepas sekolah terus balik ke rumah ya. Jangan singgah di
mana-mana.

44
8.0 AKTIVITI PENGURUSAN STRESS

8.1 Modul 1 : Teknik Bernafas 4 – 7 – 8

1. Hembuskan nafas (melalui mulut) sambil meletakkan lidah pada langit-langit.


2. Sedut udara melalui hidung dalam kiraan 4 saat
3. Tahan nafas selama 7 saat
4. Hembus nafas melalui mulut dalam kiraan 8 saat.
5. Ulangi langkah di atas sebanyak 4 kali.

45
8.2 Modul 2 : Teknik Bersenam

1. Buka kedua belah kaki seluas bahu.


2. Mulakan dengan menarik nafas secara perlahan sambil menggerakkan tangan dari
bawah dan membuat bulatan sehingga kedua-dua tangan bertemu di atas kepala.
3. Ulangi menarik nafas sebanyak 3 kali.
4. Temukan kedua-dua tangan di hadapan dada secara lurus dan tolak ke hadapan dalam
kiraan 8.
5. Tolak ke atas juga dalam kiraan 8
6. Tolak ke kanan juga dalam kiraan 8
7. Tolak ke kiri juga dalam kiraan 8.
8. Tangan masih dalam posisi yang sama.
9. Bengkokkan badan ke kanan dalam kiraan 8.
10. Bengkokkan badan ke kiri juga dalam kiraan 8.

8.3 Modul 3 : Berurut

(urutan pada diri sendiri)

1. Kulit kepala bahagian belakang


Urut di bahagian tengah kepala sambil sambil bernafas dengan betul dan fikirkan yang
baik-baik sahaja.
2. Lengan
Cuba tekan di kawasan siku iaitu di sendi antara dua lengan. Membantu tumpuan
mental dan mengurangkan tekanan. Membantu tenaga bergerak ke arah yang betul.
3. Tapak tangan
Ramai yang percaya, banyak tekanan yang kita alami disimpan dalam hati. Oleh itu,
pakar berpendapat dengan menekan bahagian ini dapat melegakannya. Selain stress ia
juga dapat memberikan kelegaan pada gejala insomnia dan senak perut.
4. Tapak kaki
Sesetengah pakar refleksiologi percaya dengan menekan tengah-tengah tapak kaki
dapat meringankan fikiran dan merungkai kekusutan.

46
URUTAN
DI
LENGAN
URUTAN DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

URUTAN DI TAPAK TANGAN URUTAN DI TAPAK KAKI

10.4 Modul 4 : Brain Gym (Senaman Otak)

1. Mulakan aktiviti brain gym dengan berkawad (marching) setempat.


a. Buka kaki seluas bahu.
b. Angkat lutut kanan paras 90 darjah dan selang seli dengan kaki kiri.
c. Murid boleh menggunakan kerusi sebagai sokongan untuk berkawad setempat
jika menghadapi masalah untuk berdiri tanpa sokongan.
d. Lakukan sebanyak 30 kali.

47
2. Sentuh Buku Lali
a. Berdiri lurus dan kaki dibuka seluas bahu
b. Angkat kaki kanan ke dalam dan sentuh menggunakan tangan kiri.
c. Ulangi dengan mengangkat kaki kiri dan menyentuh buku lali menggunakan
tangan kiri.
d. Ulangi sebanyak 15 – 20 kali.

3. Sentuh Buku lali di belakang badan


a. Berdiri lurus dan kaki dibuka seluas bahu
a. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala dan siku dibengkokkan.
b. Angkat kaki kanan ke belakang dan pada masa sama sentuh tangan kiri pada
buku lali kak kanan.
c. Ulangi langkah sama untuk kaki kiri.
d. Ulangi sebanyak 15 – 20 kali.

48
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran kerana dengan izin dan kurniaNya, modul ini dapat
disempurnakan dengan jayanya.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada :

1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan

3. Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

4. Panel Penggubal (Majlis Guru Kaunseling Negeri Kedah)

a) Dr. Zainol Abidin Bin Ishak

Penolong Pengarah HEM, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

b) Muhammad Fazli Bin Abu Bakar

Penolong Pengarah HEM, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

c) Ahmad Tarmizi Bin Ramli (SMK Aman Jaya)

d) Mokhtar Bin Mohd Yusoff (SMK Changlun)

e) Wan Azmi Bin Wan Jaffar (SK Kuala Pegang)

f) Azmah Bt Haji Ahmad Padzali (SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman)

g) Erny Marlina Bt Ahmad (SK Langgar)

h) Nur Amalin Teh Bt Abdullah (SMK Sultanah Asma)

i) Mohamad Hapisol Bin Che Pi (SMK Tunku Abdul Malik)

j) Mahfuzah Bt Mahmud (Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin)

k) Rosmawati Bt Abdul Ghani (SK Pokok Sena)

l) Tan Chui Hoon (SMK Bandar Baru Sintok)

m) Zurina Bt Zakarya (SMK Jerai)

49
50

Anda mungkin juga menyukai