Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2021

MINGGU: 1 HARI: Rabu TARIKH: 20.01.2021 KELAS: 5D MASA: 11.30–12.30 pm


SUBJEK: MATEMATIK KEHADIRAN: 29/29

BIDANG PEMBELAJARAN:
Program Intensif Matematik (PIM)
TOPIK:
Statistik

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pelajaran ini, sekurang-kurangnya 80% murid dapat

1. Menyatakan 3 jenis graf dengan betul.


2. Menerangkan maklumat asas & langkah untuk melukis graf histogram, poligon dan ogif.
3. Menjawab soalan 1 dengan lengkap.
Aktiviti PdP
5 minit 1. Murid-murid dimaklumkan tentang keperluan PdPC dan kepentingan memberi fokus
dalam Pdp untuk menhadapi SPM
5 minit 2. Murid-murid diberi penerangan tentang peraturan kelas Matematik : FACH
F: Full attention / perhatian penuh
A: Ask Questions / tanya soalan
C: Complete work / siapkan tugasan
H: Help your friends / membantu kawan
15 minit 3. Murid-murid merujuk nota dari buku kerja NILAM Publication m.s 73 & diminta untuk
- menyatakan 3 jenis graf di bawah tajuk statistik
- menjelaskan maklumat penting dalam melukis setiap jenis graf.
- menjelaskan langkah dalam melukis histogram, poligon kekerapan dan ogif
20 minit 4. Murid-murid diberi lembaran kerja dan menjawab soalan 1.
10 minit 5. Perbincangan dan semak jawapan. Guru menyerlah lukisan poligon kekerapan yang
baik. Murid-murid diberi penerangan tambahan yang mana perlu.
5 minit 6. Guru dan murid-murid membuat rumusan pdpc hari ini.
REFLEKSI

 Semua murid hadir pada hari pertama persekolahan, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid.
 Murid-murid dapat menyatakan 3 jenis graf di bawah tajuk statistik iaitu histogram, poligon kekerapan dan
ogive.
 Murid-murid dapat menjelaskan maklumat asas dan langkah dalam melukis setiap jenis graf dengan
bimbingan guru:
Histogram : kekerapan, sempadan bawah, sempadan atas
Poligon kekerapan : kekerapan, tambahan 1 kelas pertama & kelas akhir dengan kekerapan sifar, titik tengah bagi
setiap selang kelas.
Ogif : kekerapan, kekerapan longgokan, tambahan 1 kelas pertama dengan kekerapan sifar, sempadan atas.
 Semua murid dapat menyiapkan soalan (a) lengkapkan jadual kekerapan, (b) hitungkan min.
 Kebanyakan murid tidak sempat menyiapkan (c) & (d) kerana kesuntukan masa.
Soalan (c) lukis poligon kekerapan dan (d) nyatakan bil rumah mengikut syarat disiapkan sebagai kerja
rumah, disemak pada esok.

Anda mungkin juga menyukai